20
KEM MODAL INSAN © 2009 KEWAJA Hakcipta Terpelihara 1988 – 2009 Kebajikan Wanita Tanggungjawab Kami Wanita Didahulukan Maruah Diutamakan KURSUS ASAS PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN INTEGRITI WANITA 1

OBJEKTIF Kursus & Tentatif Program

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kem Modal Insan Kewaja; Menganjurkan Kursus, Latihan, Motivasi dan pemulihan moral untuk gadis dan wanita yang pernah terjebak dalam aktiviti tidak bermoral.

Citation preview

Page 1: OBJEKTIF Kursus & Tentatif Program

KEM MODAL INSAN

© 2009 KEWAJA Hakcipta Terpelihara

1988 – 2009Kebajikan Wanita Tanggungjawab Kami

Wanita Didahulukan Maruah Diutamakan

KURSUS ASAS PEMBANGUNAN MODAL INSAN

DAN INTEGRITI WANITA

No.Pendaftaran: 001688694-Hhttp://groups.yahoo.com/group/KEWAJA

E-Mail [email protected]

1

Page 2: OBJEKTIF Kursus & Tentatif Program

No.19,Jln SG 5/4 Tmn.Sri Gombak 68100 Batu Caves, Selangor Darul EhsanTel: 03-40254755 03-61857736 013-3384868 019-9886884

RASIONAL DAN PENGENALAN KURSUS

1. Kebiasaan atau secara amnya, gadis yang mengalami masalah sosial seperti yang telah dan akan ditempatkan di KEWAJA, mereka diklasifikasikan sebagai individu yang bermasalah yang diberikan perlindungan dan pemulihan ATAU disebut “Berada dirumah perlindungan atau pusat pemulihan”.

2. Demi memartabatkan semula wanita tersebut seterusnya kearah menjayakan dan merealisasikan Pelan Integriti Nasional (PIN) disamping bersama menjana dan membangunkan MODAL INSAN, kesemua gadis remaja dan wanita yang mendapatkan bantuan daripada KEWAJA dianggap sedang menghadiri “Kursus Asas Pembangunan Integriti Wanita Dan Modal Insan”.

3. Mereka diwajibkan sekurang-kurangnya tiga bulan (3 bulan) di KEWAJA demi memenuhi modul-modul kursus yang telah disediakan ini bermakna sekiranya mereka masuk ke KEWAJA ketika usia kandungan dibawah enam bulan, mereka telah menepati modul kursus, namun begitu jika mereka masuk ketika usia kandungan lebih dari enam bulan maka mereka diwajibkan berada disini selama tiga bulan walaupun telah sihat atau sudah habis berpantang.

4. Walaupun dalam ertikata sebenar mereka mendapatkan perlindungan dan pemulihan diri (jasmani dan rohani) di Kem Modal Insan KEWAJA, tetapi pada kesempatan ini mereka melalui proses memantapkan Integriti atau sahsiah diri agar mereka benar-benar menjadi MODAL INSAN KELAS PERTAMA setelah keluar dari KEWAJA.

5. Apa yang penting, pengisian di Kewaja kearah menjadikan mereka lebih berintegriti dan telah bersedia untuk memulakan kehidupan sebagai wanita hadhari.

6. Maka kemasukan mereka ke KEWAJA lebih diberikan pendekatan kepada Kursus Asas Pembangunan Integriti Wanita & Modal Insan. Walaupun mereka mungkin tidak dapat melupakan sejarah hitam sebelum masuk ke Kewaja, namun sebelum mereka keluar semula, mereka telah benar-benar di isi dengan nilai-nilai kehidupan yang beretika, berkualiti dan mempunyai

2

Page 3: OBJEKTIF Kursus & Tentatif Program

nilai asas kewanitaan sebenar berlandaskan kehendak adat dan agama.

Maksudnya : “Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihan (dengan sebab kekotoran maksiat)”.

OBJEKTIF UMUM

Untuk memupuk nilai, etika, kualiti dan ciri-ciri keperibadian wanita dan remaja yang sihat, inovatif, produktif, kompetitif dan berdaya tahan didalam menghadapi cabaran perubahan global dan glokal.

Untuk menyemarakkan sikap prihatin, penyayang serta bertanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat, agama dan Negara.

Untuk membimbing wanita dan remaja memilih laluan hidup yang tepat dengan membangunkan asas integriti dan modal insan dalam diri setiap pelatih atau peserta kursus sebagai persedian untuk memulakan hidup baru ditengah-tengah masyarakat dengah penuh berkeyakinan.

OBJEKTIF KURSUS

Mengenal kekuatan, kelemahan dan potensi diri

Mengubah paradigma diri dan membentuk keperibadian yang berketerampilan.

Memahami, menghayati dan membina nilai menghargai kesucian diri dan maruah diri.

Memahami dan membina matlamat hidup, berdaya saing dan bermotivasi tinggi.

Mengamalkan cara hidup berintegriti, menyerlahkan nilai-nilai murni dan kecermerlangan diri, semangat penyayang dan bertanggungjawab kepada keluarga, masyarakat dan Negara.

3

Page 4: OBJEKTIF Kursus & Tentatif Program

Membentuk pelan tindakan kearah melahirkan wanita dan remaja yang berintegriti dan bersedia untuk menjadi modal insan kelas pertama.

Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 104:

Maksudnya: " Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya " .

PRA-SYARAT KURSUS

SETIAP PELATIH ATAU PESERTA HENDAKLAH;

Berkeinginan dan bersedia untuk berubah, insaf dan merasa menyesal, benci atas kesilapan dan kelemahan diri sebelum ini demi untuk memperbaiki diri

Bersikap terbuka: Bersedia menerima teguran dan kritikan sama ada daripada urusetia, fasilitator dan rakan sesama pelatih.

Bersedia untuk berubah sikap, cara hidup, penampilan dan pendekatan diri bermula dari SEKARANG !!!.

Banyak bertanya, berbincang dan menyumbangkan idea-idea yang berintegriti untuk keperluan dan faedah bersama.

Melibatkan diri sepenuhnya dalam setiap aktiviti di KEWAJA serta serius dalam setiap tugasan yang dilakukan.

Releks, bersemangat dan seronok: Hindarkan daripada pandangan dan penilaian yang negatif.

Berdoa kepada Allah S.W.T agar memberi kita kekuatan untuk berubah kearah kecermerlangan khususnya untuk menjadi wanita hadhari.

ADAB DAN TATASUSILA SEMASA BERKURSUS

1. PENDAHULUAN

1.1. Kursus ini adalah bersifat latihan menyeluruh dan sepenuh masa (total training).

1.2. Peraturan dan arahan yang dikeluarkan adalah bertujuan untuk mempastikan kelicinan dan keberkesanan kursus berdasarkan sistem modular.

2. FASILITATOR

4

Page 5: OBJEKTIF Kursus & Tentatif Program

2.1. Fasilitator akan menyelaras sepenuhnya perjalanan kursus.

2.2. Fasilitator akan menyediakan perkhidmatan perubatan dan pertolongan cemas. Bagi mempastikan keberkesanan kursus, semua jenis perhubungan dengan orang luar adalah dilarang terutama pada waktu kursus sedang berjalan.

2.3. Segala bentuk perhubungan komunikasi adalah dilarang semasa berkursus Fasilitator akan mempertimbangkan jika perlu.

2.4. Jika ada barang penting yang hendak dibeli, pesanan boleh dibuat melalui fasiitator dengan menulis nota dan akan di uruskan kemudian.

2.5. Jika ada sebarang pesanan atau perkara mustahak diluar sana, urusetia akan memberikan pesanan tersebut pada waktu rehat.

2.6. Sila lapurkan segera kepada fasilitator atau urusetia jika berlaku sebarang masalah terutama kemalangan dan kecemasan.

2.7. Fasilitator akan mempastikan semua pelatihpeserta kursus dalam keadaan baik, harmoni malah tidak berlaku sebarang pergaduhan.

3. KESELAMATAN

3.1. Keselamatan di dalam dan sekitar tempat kursus adalah terkawal. Keselamatan adalah tanggungjawab bersama.

3.2. Tidak dibenarkan sebarang pelawat masuk ke kawasan tempat kursus semasa kursus sedang di jalankan.

3.3. Peserta yang membawa kenderaan sendiri endaklah meletakkannya di tempat yang telah di tetapkan oleh urusetia.

3.4. Jika berlaku kecemasan, siren akan dibunyikan tanpa henti untuk satu jangka waktu yang panjang dan di ikuti dengan arahan selanjutnya.

3.5. Dadah, minuman keras, rokok serta bahan-bahan lucah adalah ditegah daripada disimpan atau digunakan oleh semua pihak yang terlibat di dalam kursus.

3.6. Semua jenis bentuk judi atau pertaruhan adalah ditegah kepada semua yang terlibat di dalam kursus di KEWAJA.

3.7. Sebarang bentuk ancaman, ugutan dan yang mengancam keselamatan peserta hendaklah dilaporkan segera kepada urusetia.

3.8. Bagi mempastikan keselamatan peserta di sepanjang kursus, para peserta dinasihatkan tidak membawa telefon bimbit, barangan kemas atau barang yang bernilai serta sejumlah wang tunai yang banyak.

3.9. Semua peserta dilarang keluar daripada Kem Modal Insan KEWAJA kecuali atas urusan perubatan dan rawatan di klinik dengan di iringi oleh fasilitator atau urusetia kursus.

4. KETEPATAN MASA

4.1. Peserta hendaklah bersiap sedia 5 ke 10 minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan di dalam kursus dan aktiviti berikut.

5

Page 6: OBJEKTIF Kursus & Tentatif Program

4.1.1. Waktu solat

4.1.2. Ceramah, Perbincangan, Bengkel dan Kuliah

4.1.3. Riadah pagi atau petang.

4.1.4. Mesyuarat

5. ADAB RIADAH ATAU KEMBARA

5.1. Peserta dikehendaki berpakaian sukan yang lengkap.

5.2. Peserta dikehendaki berbaris mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.

5.3. Perbarisan akan dikelolakan oleh ketua peserta.

5.4. Ketua perbarisan akan melapurkan jumlah kekuatan peserta kepada fasilitator yang bertugas.

5.5. Jurulatih akan mengambil tempat dan tugas, seterusnya menjalankan tugas seperti yang terkandung di dalam jadual latihan.

6. ADAB PAKAIAN

6.1. Semasa ceramah dan dialog.6.1.1. Baju kurung atau pakaian yang tidak mendedahkan aurat.6.1.2. Bertudung /Bertudung Labuh dan Berjubah adalah digalakkan.6.1.3. Permakaian barang kemas tidak dibenarkan.

6.2. Semasa bersukan atau riadah6.2.1. Track-Bottom atau Seluar panjang sukan.6.2.2. T-Shirt atau Kemeja –T lengan panjang.6.2.3. Sarung kaki6.2.4. Kasut sukan.

6.3. Semasa ceramah agama atau solat6.3.1. Pakaian solat yang lengkap.

6.4. Pakaian hendaklah bersesuaian dengan keadaan dan tempat. Sentiasa kemas, menutup aurat. Pakaian yang ketat/sempit dan menjolok mata dilarang sama sekali.

7. TATASUSILA KEBERSIHAN PUSAT/KAWASAN KURSUS

7.1. Kawasan Di dalam Bilik Tidur.

7.1.1. Tempat tidur mestilah di dalam keadaan bersih dan teratur. Kain cadar dan sarung bantal hendaklah sentiasa kemas, bersih dan teratur.

7.1.2. Kedudukan tempat tidur (katil) mestilah lurus.

7.1.3. Di bahagian bawah katil (sekitar tempat tidur) hanya dibenarkan meletakkan pakaian dan peralatan peribadi yang dibenarkan sahaja, sebarang makanan atau minuman dilarang keras.

7.1.4. Barangan peserta/pelatih tidak dibenarkan diampai dikatil atau didalam kawasan bilik.

6

Page 7: OBJEKTIF Kursus & Tentatif Program

7.1.5. Keadaan bilik mestilah bersih, kemas dan teratur.

7.1.6. Semua barangan peribadi yang tidak diperlukan hendaklah disimpan di setor atau di sidai luar asrama.

7.1.7. Ketua bilik mestilah mempastikan keadaan bilik bersih atau teratur sebelum keluar menghadiri ceramah atau riadah.

7.1.8. Bilik akan diperiksa dan diawasi oleh fasilitator pada setiap masa.

7.2. Adab Di Dewan Makan

7.2.1. Kebersihan keseluruhan dewan makan adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap kumpulan atau semua peserta/pelatih.

7.2.2. Meja makan dan tempat duduk mestilah dibersihkan dan disusun semula.

7.2.3. Sisa-sisa makanan hendaklah dibuang ke tempat yang disediakan7.2.4. Tempat makanan, kole/gelas, sudu dan garpu hendaklah dicuci sendiri dan

disusun ditempat yang disediakan.

7.2.5. Tidak dibenarkan sesiapa pun makan sehingga semua peserta mengambil tempat dan dimulakan dengan bacaan doa. ( Bacaan doa boleh dipimpin oleh mana-mana peserta/pelatih).

7.2.6. Tidak dibenarkan sesiapa pun keluar daripada dewan makan sebelum semuanya selesai dan dewan hendaklah ditinggalkan bersih.

NOTA: Arahan ini hendaklah dilaksanakan pada setiap waktu makan dan minum.

8. KAWASAN LARANGAN

8.1. Peserta kursus dilarang keluar dari kawasan asrama/kem/pusat semasa dalam tempoh berkursus kecuali dengan kebenaran bersebab.

8.2. Asrama KEWAJA adalah kawasan larangan bagi semua lelaki kecuali mendapat arahan tertentu atau ada tugas yang perlu dilakukan.

8.3. Jurujual dan orang-orang yang tidak berkenaan dengan Kem Modal Insan KEWAJA adalah dlarang masuk.

8.4. Waris atau keluarga peserta atau pelatih dibenarkan berjumpa didalam pejabat dengan dkawal selia oleh fasilitator atau urusetia kursus. Berjumpa bersendirian diluar kawasan pejabat atau kem/pusat kursus adalah dlarang

9. MEROKOK

9.1. Di sepanjang tempoh berkursus semua peserta adalah DIHARAMKAN merokok atau menyimpan rokok.

9.2. Peserta yang merokok atau melakukan dan menyimpan bahan-bahan terlarang akan di ambil tindakan.

10. TATASUSILA PENGGUNAAN ELEKTRIK DAN AIR

10.1. Ditegah menyalahgunakan punca elektrik seperti menyambung pendawaian dan lain-lain yang tidak mengikuti klasifikasi T.N.B.

7

Page 8: OBJEKTIF Kursus & Tentatif Program

10.2. Semua lampu hendaklah ditutup selepas Jam 11.30 malam, kecuali lampu-lampu yang dibenarkan oleh pihak urusetia.

10.3. Lampu, kipas, pendingin udara dan segala punca peralatan letrik yang difikirkan perlu hendaklah ditutup sebelum meninggalkan bilik kediaman, dewan kuliah, surau, bilik mandi, andas dan sebagainya. Orang yang terakhir sekali adalah dipertanggungjawabkan untuk menutup suis berkenaan.

10.4. Semua paip air hendaklah ditutup selepas penggunaannya. Orang yang terakhir menggunakan tandas atau bilik mandi hendaklah mempastikan air yang telah digunakan dipenuhkan semula terutama untuk bekas-bekas air untuk simpanan.

10.5. Pelatih atau peserta hanya dibenarkan mandi 3 kali sahaja, untuk setiap hari.

10.6. Penggunaan kipas atau lampu untuk seorang diri adalah dlarang. Sekiranya Pelatih/Peserta hendak berehat didalam bilik mestilah tidak kurang daripada 3 orang.

10.7. Elakkan pembaziran elektrik dan air dan sebagainya.

11. PERINGATAN

11.1. Setiap peserta kursus atau pelatih adalah tertakluk kepada semua peraturan dan arahan yang telah disebutkan di dalam buku ini atau lampiran-lampiran lain yang telah dan akan diedarkan dari masa ke masa.

11.2. Peraturan dan arahan lain yang difikirkan perlu, akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

11.3. Peserta dan pelatih yang mempunyai idea, masalah atau aduan, mereka hendaklah membuat lapuran bertulis dengan menyertakan nama sebenar dan No.K.P dan surat hendaklah ditandatangan. Sebarang surat layang tidak akan di layan.

TENTATIF PROGRAM UNTUK TIGA BULAN

KURSUS-KURSUS YANG DI JALANKAN

1. Modul-Modul Smart Remaja / Permata Kasih dari LPPKN

1.1. Pembangunan Diri

1.2. Bina Keluarga / Aku & keluarga

1.3. Muhasabah Diri

1.4. Citra Remaja Malaysia

2. Pembangunan Integriti & Wanita Hadhari

2.1. Pembangunan Sasiah Diri

2.2. Penerapan Nilai-Nilai Murni

2.3. Fardu Ain

2.4. Pemulihan Akhlak

8

Page 9: OBJEKTIF Kursus & Tentatif Program

2.5. Motivasi Taubat & Keinsafan

2.6. Pendidikan Al-Quran

3. Mengenal, Memahami, Menghayati & Mengamalkan perinsip RUKUNEGARA

4. Kursus Bersiri Pembanguna Keluarga / Ilmu Keluarga

Anjuran Kem.Pembangunan Wanita Keluarga & Masyarakat : LPPKN

HARI ISNIN

5.00 pagi - 6.30 pagi SOLAT SUBOH6.30 pagi - 8.00 pagi KULIAH PAGI / BACAAN AL-QURAN8.00 pagi - 9.00 pagi Nyanyian Negaraku, Ikrar Rukunegara, Lagu KEWAJA

Takilmat Harian – SARAPAN PAGI9.00 pagi – 11.00 pagi MOTIVASI – “ Pembangunan Integriti:

Mengenal Diri & Pembangunan Diri”11.00 pagi – 2.30 ptg REHAT – SOLAT ZUHUR – MAKAN T/HARI2.30 ptg - 4.30 ptg KURSUS FARDU AIN4.30 ptg - 5.30 ptg REHAT – SOLAT ASAR – MINUM PETANG5.30 ptg - 7.00 ptg AKTIVITI RINGAN / RIADAH7.00 mlm - 9.00 mlm SOLAT MAGHRIB/TAHLIL/DOA SELAMAT

BACAAN AL-QURAN / SURAH YASINSOLAT ISYAK – MAKAN MALAM -TAZKIRAH

9.00 mlm - 10.30 mlm MOTIVASI : “Wanita Hadhari”10.30 mlm – 12.30 mlm SOLAT SUNAT / BACAAN AL-QURAN

HARI SELASA5.00 pagi - 6.30 pagi SOLAT SUBOH6.30 pagi - 8.00 pagi KULIAH PAGI / BACAAN AL-QURAN8.00 pagi - 9.00 pagi Nyanyian Lagu Negaraku, Ikrar Rukunegara, Lagu KEWAJA

Taklimat Harian – SARAPAN PAGI9.00 pagi – 11.00 pagi MOTIVASI – “ Pembangunan Integriti:

Aku Dan Keluarga”11.00 pagi – 2.30 ptg REHAT – SOLAT ZUHUR – MAKAN T/HARI2.30 ptg - 4.30 ptg KURSUS FARDU AIN4.30 ptg - 5.30 ptg REHAT – SOLAT ASAR – MINUM PETANG5.30 ptg - 7.00 ptg AKTIVITI RINGAN / RIADAH7.00 mlm - 9.00 mlm SOLAT MAGHRIB/TAHLIL/DOA SELAMAT

BACAAN AL-QURAN / SURAH YASINSOLAT ISYAK – MAKAN MALAM - TAZKIRAH

9.00 mlm - 10.30 mlm MOTIVASI : “Citra Remaja Malaysia”10.30 mlm – 12.30 mlm SOLAT SUNAT / BACAAN AL-QURAN

HARI RABU5.00 pagi - 6.30 pagi SOLAT SUBOH6.30 pagi - 8.00 pagi KULIAH PAGI / BACAAN AL-QURAN8.00 pagi - 9.00 pagi Nyanyian Lagu Negaraku, Ikrar Rukunegara, Lagu KEWAJA

Taklimat Harian – SARAPAN PAGI9.00 pagi – 11.00 pagi MOTIVASI ISLAM / KEIMANAN : “Muhasabah Diri”11.00 pagi – 2.30 ptg REHAT – SOLAT ZUHUR – MAKAN T/HARI2.30 ptg - 4.30 ptg KURSUS FARDU AIN4.30 ptg - 5.30 ptg REHAT – SOLAT ASAR – MINUM PETANG5.30 ptg - 7.00 ptg AKTIVITI RINGAN / RIADAH7.00 mlm - 9.00 mlm SOLAT MAGHRIB/TAHLIL/DOA SELAMAT

BACAAN AL-QURAN / SURAH YASIN

9

Page 10: OBJEKTIF Kursus & Tentatif Program

SOLAT ISYAK - MAKAN MALAM - TAZKIRAH9.00 mlm - 10.30 mlm MOTIVASI : “ Cinta Alaf Baru”10.30 mlm – 12.30 mlm SOLAT SUNAT / BACAAN AL-QURAN

HARI KHAMIS5.00 pagi - 6.30 pagi SOLAT SUBOH6.30 pagi - 8.00 pagi KULIAH PAGI / BACAAN AL-QURAN8.00 pagi - 9.00 pagi Nyanyian Lagu Negaraku, Ikrar Rukunegara, Lagu KEWAJA

Taklimat Harian – SARAPAN PAGI9.00 pagi – 11.00 pagi MOTIVASI – AL-QURAN / IQRA11.00 pagi – 2.30 ptg REHAT – SOLAT ZUHUR – MKAN T/HARI2.30 ptg - 4.30 ptg KURSUS FARDU AIN4.30 ptg - 5.30 ptg REHAT – SOLAT ASAR – MINUM PETANG5.30 ptg - 7.00 ptg AKTIVITI RINGAN / RIADAH7.00 mlm - 9.00 mlm SOLAT MAGHRIB / TAHLIL / DOA SELAMAT

BACAAN AL-QURAN / SURAH YASINSOLAT ISYAK – MAKAN MALAM - TAZKIRAH

9.00 mlm - 10.30 mlm MOTIVASI : “Aku Sudah Taubat”10.30 mlm – 12.30 mlm SOLAT SUNAT / BACAAN AL-QURAN

Firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 77:

Bermaksud: “Dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah), dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan."

HARI JUMAAT

5.00 pagi - 6.30 pagi SOLAT SUBOH6.30 pagi - 8.00 pagi KULIAH PAGI / BACAAN AL-QURAN8.00 pagi - 9.00 pagi Nyanyian Lagu Negaraku, Ikrar Rukunegra, Lagu KEWAJA

Taklimat Harian – SARAPAN PAGI9.00 pagi – 11.00 pagi MOTIVASI – “Bina Keluarga”11.00 pagi – 2.30 ptg REHAT - SOLAT ZUHUR - MAKAN T/HARI2.30 ptg - 4.30 ptg KURSUS FARDU AIN4.30 ptg - 5.30 ptg REHAT - SOLAT ASAR - MINUM PETANG5.30 ptg - 7.00 ptg AKTIVITI RINGAN / RIADAH7.00 mlm - 9.00 mlm SOLAT MAGHRIB / TAHLIL / DOA SELAMAT

BACAAN AL-QURAN / SURAH YASINSOLAT ISYAK - MAKAN MALAM - TAZKIRAH

9.00 mlm - 10.30 mlm MOTIVASI : “ Rukun Negara”10.30 mlm – 12.30 mlm SOLAT SUNAT / BACAAN AL-QURAN

HARI SABTU

5.00 pagi - 6.30 pagi SOLAT SUBOH6.30 pagi - 8.00 pagi KULIAH PAGI / BACAAN AL-QURAN8.00 pagi - 9.00 pagi Nyanyian Lagu Negaraku, Ikrar Rukunegara., Lagu KEWAJA

Taklimat Harian – SARAPAN PAGI9.00 pagi – 11.00 pagi MOTIVASI – “ Wawasan Diri”11.00 pagi – 2.30 ptg REHAT - SOLAT ZUHUR - MAKAN T/HARI

10

Page 11: OBJEKTIF Kursus & Tentatif Program

2.30 ptg - 4.30 ptg KURSUS FARDU AIN4.30 ptg - 5.30 ptg REHAT - SOLAT ASAR - MINUM PETANG5.30 ptg - 7.00 ptg AKTIVITI RINGAN / RIADAH7.00 mlm - 9.00 mlm SOLAT MAGHRIB / TAHLIL / DOA SELAMAT

BACAAN AL-QURAN / YASINSOLAT ISYAK - MAKAN MALAM - TAZKIRAH

9.00 mlm - 10.30 mlm MOTIVASI : “Mimpi Di siang Hari”10.30 mlm – 12.30 mlm SOLAT SUNAT / BACAAN AL-QURAN

HARI AHAD

5.00 pagi - 6.30 pagi SOLAT SUBOH6.30 pagi - 8.00 pagi KULIAH PAGI / BACAAN AL-QURAN8.00 pagi - 9.00 pagi Nyanyian Lagu Negaraku, Ikrar Rukunegara, Lagu KEWAJA

Taklimat Harian – SARAPAN PAGI9.00 pagi – 11.00 pagi MOTIVASI – “ Pembangunan Integriti:

Aku, Keluarga & Masyarakat”11.00 pagi – 2.30 ptg REHAT - SOLAT ZUHUR - MAKAN T/HARI2.30 ptg - 4.30 ptg KURSUS FARDU AIN4.30 ptg - 5.30 ptg REHAT - SOLAT ASAR - MINUM PETANG5.30 ptg - 7.00 ptg AKTIVITI RINGAN / RIADAH7.00 mlm - 9.00 mlm SOLAT MAGHRIB – TAHLIL – DOA SELAMAT

BACAAN AL-QURAN / SURAH YASINSOLAT ISYAK – MAKAN MALAM - TAZKIRAH

9.00 mlm - 10.30 mlm SOLAT SUNAT / BACAAN AL-QURAN

Maksudnya: " Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat." . Al-Isra’ ayat 32:

Falsafah Kewaja 10 Tips / Panduan untuk mengekalkan hubungan dengan pasangan Bermula dari proses berkenalan dan percintaan sehinggalah ke alam rumah tangga

1. Kenali dan fahami kelemahan diri sendiri di samping mengenali serta mengakui kehebatan

pasangan anda secara jujur.

11

Page 12: OBJEKTIF Kursus & Tentatif Program

2. Kekalkan kehebatan diri yang di kagumi oleh pasangan anda serta kekalkan pujian dan

kebanggaan anda terhadap setiap kehebatan yang di tunjukkan oleh pasangan anda.

3. Akui kesilapan dan kelemahan diri serta mengamalkan konsep memohon maaf dengan penuh rela

dan jujur di samping jangan mempersendakan kelemahan pasangan anda.

4. Bersikap terbuka dan bersedia menerima teguran dan kritikan dari pasangan anda di samping

menegur dengan penuh rasa bertanggung jawab dan ikhlas terhadap kesilapan pasangan anda.

5. Kenalkan dan mesrakan pasangan dengan semua ahli keluarga anda serta jalinkan hubungan baik

dan beramah mesra dengan keluarga pasangan anda.

6. Bentuk, jalinkan dan kekalkan persefahaman bersama di samping bersedia menghadapi apa jua kemungkinan dan perubahan dengan ikhlas dan rela.

7. Buang sikap berpura-pura, berahsia dan cemburu di samping bersedia berlaku jujur dengan

sepenuh hati.

8. Buktikan rasa cinta anda dengan sikap, perbuatan atau keterampilan diri bukannya dengan kata kata dan jangan sekali memaksa pasangan and membuktikan rasa cintanya walaupun anda meraguinya.

9. Pamerkan rasa bertanggung jawab anda terhadap orang yang anda cinta dan jangan sesekali menyulitkan dan menyusahkannya.

10. Saling mempercayai antara satu sama lain, berasaskan sembilan (9) perkara di atas jangan mudah percaya campur tangan orang ketiga sekiranya salah seorang tiada bersama.

Falsafah Kewaja 10 Tips / Panduan untuk mengenali pasangan yang ideal Khas untuk Gadis Remaja & Wanita

1. Jangan terlalu menonjolkan diri atau membuatkan sidia perasan yang anda meminatinya atau ingin mengenalinya.

2. Jangan mudah percaya kepada lelaki yang sentiasa menyoalkan serta menyiasat latar belakang anda.

3. Jauhkan diri daripada lelaki yang sering menceritakan keburukan dan kelemahan pasangannya yang terdahulu.

4. Jauhkan diri daripada lelaki yag ramai teman wanita atau kerap bertukar pasangan.

5. Berhati-hati dengan lelaki yang kurang berminat dengan aktiviti keagamaan, kekeluargaan dan kebudayaan sendiri.

12

Page 13: OBJEKTIF Kursus & Tentatif Program

6. Berhati-hati dengan lelaki yang aktif didalam aktiviti sosial yang tidak bermoral atau di tegah oleh agama dan undang-undang.

7. Berhati-hati atau jangan hampiri lelaki yang sentiasa berbual atas topik yang berunsur seks atau berbau lucah.

8. Berhati-hati atau jangan turutkan lelaki yang cenderung membawa anda ditempat sunyi atau jauh dari pandangan ramai.

9. Pilihlah lelaki yang menonjol sifat-sifat kepimpinan, keimanan dan berbudi perkerti mulia di samping bertimbang rasa.

10. Pilihlah lelaki yang menghormati dan menghargai anda sebagai wanita di samping keluarga anda.

Falsafah Kewaja5 Tips / Panduan untuk memilih pasangan Khas untuk Lelaki Sahaja

1. Jangan hampiri wanita yang tidak berminat dalam aktiviti yang berkaitan dengan rumah tangga, kekeluargaan dan kemasyarakatan.

2. Berhati-hati terhadap wanita yang terlalu kerap menukar pasangan atau teman hidup.

3. Jangan terlalu mesra atau jauhkan diri daripada wanita yang suka kepada aktiviti sosial yang tidak bermoral di samping lebih berminat kepada unsur-unsur hiburan dan kemewahan sahaja.

4. Jangan terlalu mesra atau jauhkan diri daripada wanita yang tidak menghormati dan tidak menhargai keluarga anda.

5. Pilihlah wanita yang penyayang, bertimbang rasa, beradat dan memiliki asas kewanitaan yang sempurna.

Falsafah Kewaja5 Tips / Panduan mengenali keperibadian lelaki sebenar Istimewa untuk lelaki dan panduan bagi wanita

1. Lelaki adalah pemimpin : Seharusnya dia melindungi, mendidik dan menyelamatkan wanita. Bukannya mengambil kesempatan diatas kelemahan wanita.

2. Lelaki yang mengakui cintanya sejati dan suci adalah lelaki yang menghormati dan menjaga maruah teman wanita atau kekasihnya: Seharusnya dia bertimbang rasa dan berusaha membahagiakan orang yang di cintainya, bukannya menguasai dan menggunakan kuasa 'veto' sebagai lelaki.

3. Lelaki yang benar-benar jatuh cinta kepada seorang wanita, dia akan menerima siapa sahaja wanita yang di cintainya bukannya menyiasat dan menilai wanita macam mana yang harus dicintai.

4. Lelaki yang bergelar suami adalah pemimpin dalam rumah tangga; Sebarang masalah, pergolakan atau kepincangan dalam rumah-tangga

13

Page 14: OBJEKTIF Kursus & Tentatif Program

adalah tanggung jawab suami, bukannya meletakkan masalah tersebut atas bahu isteri atau anak-anak atau menganggap mereka punca segala masalah. Kepimpinan suami itu penting.

5. Lelaki perlu bijaksana dalam setiap urasan dan tindakan. Jangan sesekali salahkan orang atas setiap kegagalan hidup yang di lalui.

Falsafah Kewajareformasi cinta alaf baru

Cinta adalah Iman : Keimanan juga yang menentukan ketahanankesetiaan pasangan bercinta.

Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidakakan di temui.

Anda sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dansemangat setia kawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan

ungkapan cinta.

Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang di pamirkan oleh seseorang bukannya dari kata-kata

bermadah walaupun terlalu indah.

Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orangkeliru dengan perasaannya sendiri.

Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran, bukannya pengorbananMereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang-orang

yang tidak pernah memahami erti sebenar cinta.

Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau di cintai sekiranyaanda mengatakan sering gagal dalam percintaan.

Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab "cinta itu buta" tetapi di sebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.

Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya andasering mengucapkan "Aku cinta padamu" dan "Adakah kau mencintai aku".

Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang.

Firman Allah SWT di dalam surah an-Nur ayat 26:

يَط:اِن> ِم>َن: ِب>اللِه> َأ:ُع6وُذ6 Gيِم>، الَّش ِج> Gالَّر

14

Page 15: OBJEKTIF Kursus & Tentatif Program

Maksudnya: “(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih dari tuduhan buruk yang dikatakan oleh orang yang jahat; mereka itu akan beroleh pengampunan dan pengurniaan yang mulia.”

SYARAT-SYARAT MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KEWAJA

1. Wanita atau gadis remaja yang menghadapi masalah pribadi yang serius dan mengaibkan diri sendiri serta keluarga malah mereka benar-benar memerlukan perlindungan, bimbingan, dan pemulihan setelah tiada ruang atau peluang untuk menetap dimana-mana rumah perlindungan yang sedia ada sama ada milik kerajaan atau NGO.

2. Gadis remaja bawah umur (Rujuk kepada Akta Perlindungan Wanita & Gadis) hendaklah diiringi oleh keluarga atau waris ATAU pihak kami akan memaklumkan kepada keluarga mereka setelah keadaan perlu dan mengizinkan.

3. Wanita atau gadis yang terlibat dengan jenayah akan dirujuk kepada keluarga dan seterusnya KEWAJA menasihatkan mereka merujuk kepada pihak-pihak yang berkenaan, sama ada JKM atau pihak Polis.

4. Wanita atau gadis yang datang dengan masalah yang sama untuk kali kedua terutama hamil luar nikah, akan dikenakan syarat yang lebih ketat atau berkemungkinan tidak akan diterima.

5. Pihak KEWAJA berhak menolak mana-mana wanita atau gadis bermasalah yang ditafsirkan tidak sesuai berada bersama KEWAJA, antaranya;

5.1. Terlibat dalam aktiviti jenayah berat seperti pelacuran, penyalahgunaan dadah atau aktivi sosial yang terlampau.

5.2. Gadis remaja bawah umur yang tidak mendapat jaminan atau sokongan daripada keluarga mereka.

5.3. Kemasukan yang dipaksa atau tanpa kerelaan wanita atau gadis terlibat.

5.4. Tidak memberikan kerja sama atau menimbulkan masalah kepada KEWAJA.

5.5. Mengidap atau mengalami penyakit berjangkit dan merbahaya atau berisiko.

SYARAT-SYARAT SEMASA TINGGAL SEMENTARA DI KEWAJA

1. Tidak dibenarkan keluar tanpa izin melainkan untuk tujuan rasmi.

2. Hanya waris dan keluarga terdekat (jika perlu) yang boleh berurusan atau datang melawat dan ahli keluarga lelaki tidak dibenarkan berada atau masuk kedalam rumah perlindungan KEWAJA.

3. Pihak kami berhak mengambil tahu atau mendengar perbualan, perbincangan antara pelatih kami dengan individu yang berurusan dengan mereka walaupun ahli keluarga atau waris terdekat.

4. Pelatih-pelatih KEWAJA tidak dibenarkan membawa dan menggunakan telefon bimbit/tangan atau sebarang alat komunikasi.

15

Page 16: OBJEKTIF Kursus & Tentatif Program

5. Surat menyurat, e-mail, telefon da apa uga jenis perhubungan dengan pihak luar walau ahli keluarga akan ditapis atau berada dibawah pengawasan KEWAJA

6. Penjagaan sementara hanya dibenarkan hingga tempoh habis berpantang sahaja, selepas 40 hari, pelatih yang berkenaan dinasihatkan kembali kepangkuan keluarga atau pihak keluarga akan datang mengambil mereka.

7. Sekiranya pelatih tidak mampu atau bermasalah untuk menjaga anak mereka setelah bayi lahir disamping tidak mendapat sokongan, keizinan atau bantuan daripada keluarga, bayi tersebut dinasihatkan diserahkan kepada keluarga angkat atau pihak JKM jika tiada sesiapa yang mahu mengambil bayi tersebut.

8. Urusan penyerahan kepada keluarga angkat akan diadakan dalam suasana penuh kekeluargaan dengan dihadiri oleh keluarga yang mengambil dan keluarga yang menyerahkan bayi tersebut (Urusan ini tertakluk kepada Akti Pengambilan Anak Angkat, Akta Pengangkatan dan Akta Pendaftaran Anak Angkat).

9. Wanita atau gadis yang berazam untuk memelihara sendiri anak mereka malah mendapat sokongan dan keizinan semua ahli keluarga terutama ibu bapa, mereka digalakkan memelihara anak tersebut malah adalah dinasihatkan tidak perlu berada di KEWAJA.

10. Wanita atau gadis atau bayi mereka yang mengalami masalah kesihatan atau penyakit merbahaya terutama H.I.V atau AIDS, dinasihatkan merujuk kepada rumah atau pusat perlindungai yag sesuai dengan mereka.

NOTA:

HARI LAWATAN KELUARGA : ISNIN hingga JumaatSebulan hanya sekali.

WAKTU MELAWAT : Dari Jam 10.00 pg – 12.00 T.Hari

2.00 ptg – 4.15 ptg

MASA YANG DI BENARKAN: 30 Minit Sahaja untuk satu keluarga

Waktu Makan dan ketika SolatTidak dibenarkan melawat/jumpa

pelatih

DI SEDIAKAN OLEHBahagian Latihan Dan KursusKem Modal Insan KEWAJA

16

Page 17: OBJEKTIF Kursus & Tentatif Program

1988 ~ 200921 Tahun Berkhidmat Berbakti

Untuk Wanita

© 2009 KEWAJA Hakcipta Terpelihara.

17