Upload
tokayohli-bachok
View
50
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
HBIS3203Semester September 09
1. Pendahuluan
Agama Islam adalah agama yang diakui oleh Allah Taala dan tertinggi darjatnya di sisi
Allah . Umat islam adalah sebaik-baik umat yang dijanjikan sebagaimana firman Allah Taala
dalam surah Ali-Imran ayat 110 :
110. Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh
kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya
ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman,
dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
Salah satu cabang dalam perwatakan orang islam ialah mempunyai akhlak mulia dan
adab-adab yang baik sebagaimana yang dituntut oleh syariat islam. Ilmu dan didikan yang
sempurna akan membantu seseorang itu mengenali sifat-sifat mahmudah ( akhlak yang baik )
dan sifat-sifat mazmumah ( sifat –sifat yang tidak baik ). Di dalam al-quran telah digariskan
akhlak-akhlak baik yang perlu ada pada setiap individu muslim kerana ianya akan menjadi pagar
diri dari melakukan sesuatu yang berlawanan dengan apa yang telah diajarkan oleh junjungan
besar nabi Muhammad S.A.W.
Dewasa ini kita sering disajikan dengan pelbagai isu keruntuhan dan kemerosotan akhlak
dilkalangan muda-mudi dan juga pelajar yang mana ianya semakin hari semakin parah dan perlu
ditangani segera sebelum menjadi kudis yang bernanah di dalam masyarakat. Justeru itu, adalah
menjadi kewajipan semua pihak mengembeleng tenaga bagi mengataasi masalah ini.
Bagi melahirkan murid- murid yang berjaya di dunia dan akhirat maka perkara pokok
yang perlu diberi perhatian ialah menjaga akhlak dan adab mereka terutamanya dengan ibu bapa.
Antara adab-adab murni yang perlu dijadikan asas dalam kehidupan murid seperti adab
ibu bapa, adab dengan guru, adab dengan orang tua, adab dengan jiran tetangga, adab dengan
1
HBIS3203Semester September 09
rakan sebaya, adab menjaga harta benda sekolah dan sebagainya. Kesemua adab-adab yang
dinyatakan di atas hendaklah dipraktitkan dalam kehidupan sebagai didikan asas dalam
menjalani kehidupan.
2.1.1 Adab Dengan Ibu Bapa
Antara adab-adab dengan ibu bapa ialah :
Mendengar dan menurut cakap ibu bapa,
Amat penting bagi seorang anak untuk mendengar dan menutur perintah dari
orangtua kerana ianya satu amalan yang terpuji dan diberikan pahala oleh Allah
taala selagi suruhan atau perintah itu tidak memyeleweng dari apa yang di
syariatkan oleh islam. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
” Ada tiga dosa besar yang Allah mengharamkan pelakunya daripada masuk
syurga ; Orang yang selalu minum arak, orang yang derhaka kepada ibu bapanya
dan orang dayus ( orang yang membiarkan keluarganya melakukan maksiat ).Dari
hadis nabi ini jelas menunjukkan kepada kita bahaya atau balasan yang dikenakan
oleh Allah kepada mereka yang derhaka kepada kedua orangtuanya.”
Menurut satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam Al-Adabul
Mufrad .
” Tidakkah seorang muslim mempunyai ibu bapa yang muslim dan dia berbakti
kepada keduanya, melainkan Allah membuka baginya dua pintu syurga. Jika
seorang sahaja, maka satu pintu. Dan bila ia membuat marah salah seorang dari
mereka, Allah tidak redha kepadanya sampai orang tua itu redha kepadanya. ”
Ada sahabat bertanya; Meskipun kedua orang tua itu aniaya kepadanya? ” Beliau
menjawab: Meskipun kedua orng tua itu berbuat aniaya kepadanya”.
Menurut pendapat At-Thanawi Al-Fatani, hal itu harus dilakukan
meskipun kedua orang tua berbuat aniya kepadanya dalam masalah duniawi ,
bukan ukhrawi.
2
HBIS3203Semester September 09
Menurut Izzuddin ibn Abdulsalam As-Syafii, dalam”Qawaidul Ahkam ”,
anak tidak wajib mentaati kedua orang tuanya dalam setiap perintah dan
larangannya. Dasarnya adalah kesepakatan ulama.
Menurut Imam Al-Ghazalirahimahullah, kebanyakan ulama berpendapat,
ketaatan kepada kedua ibu bapa adalah wajib dalam hal-hal yang meragukan dan
tidak wajib dalam hal-hal yang jelas haram kerana meninggalkan sesuatu yang
meragukan adalah wara’ ( berhati-hati ), sedangkan keredhaan orang tua adalah
wajib.
Mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada kedua ibu bapa;
Anak yang baik akan sentiasa mendoakan kepada keduac ibu bapanya
sama ada keduanya masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Dalam satu
hadis nabi yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud;
Dari Abu Usaid- dengan dhammahnya hamzah dan fathahnya sin- iaitu Malik bin
Rabi’ah As-Saidi r.a., katanya ; ” Pada satu ketika ketika kita semua duduk-duduk
bersama rasulullah S.A.W., tiba-tiba datangkan seorang lelaki datri bani
Salamah.Orang itu bertanya: Ya Rasulullah, apakah masih ada amalan yang dapat
aku amalkan sebagai kebaktian saya kepada kedua orang tuaku setelah keduanya
meninggal dunia?” Beliau S.A.W menjawab;Ya , masih ada, iaitu mendoakan
keselamatan untuk keduanya, memohon pengampunan kepadanya, melaksanakan
janji kedua oran tua itu setelah wafatnya, mempereratkan hubungan kekeluargaan
yang tidak dapat dihubungi kecuali dengan adanya kedua orangtua itu serta
memuliakan sahabatnya.
Dari hadis di atas jelas baginda menerangkan tanggungjawab yang perlu
dilakukan oleh seorang anak terhadap kedua ibu bapanya sama ada masih hidup
tau pun yang telah meninggal dunia.
Hendaklah berdiri ketika bercakap dengan kedua ibu bapa,
3
HBIS3203Semester September 09
Apabila hendak bercakap dengan kedua ibu bapa, maka sebagai anak kita
hendaklah berdiri ketika berbual dengan mereka sebagai tanda hormat dan
beradad. Anak yang soleh akan sentiasa menjaga tingkah laku ketika bercakap
dengan kedua ibu bapa. Berdiri semasa bercakap dengan ibu bapa akan
menimbulkan perasaan sayang dan kasihkan ibu bapa kerana mereka adalah insan
mulia yang melahirkan dan membsarkan kita.
Sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu bapa;
Setiap orang anak berkewajipan untuk sentiasa berbuat baik kepada kedua
ibu bapanya tidak kira sama ada di masa kecil atau pun dewasa kerana
sememangnya menjadi tanggungjawab setiap anak. Dalam kitab Riyadhus
Shalihin ( Taman orang-orang salah ) karangan Imam Nawawi ada menerangkan
tajuk berbakti kepada kedua orang tua dan mengeratkan keluarga.Antara ayat al-
quran yang dipetik bagi menerangkan maksud ini Ialah Firman Allah Taala dalam
surah Luqman ayat 14 :
Maksudnya ; Dan kami perintahkan kepada manusia ( berbuat baik ) kepada dua i bapanya, telah mengandungkan dalam keadaan lemah yang bertambah-
tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun, Bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu.hanya kepada kaulah kembali.
Hendaklah meminta izin terlebih dahulu sebelum bermusafir.
Seorang anak yang soleh akan sentiasa meminta izin atau memaklumkan
kepada kedua ibu bapanya ke mana sahaja dia hendak pergi . Tujuan berbuat
4
HBIS3203Semester September 09
demikian adalah untuk memberitahu kepada kedua ibu bapanya akan tujuan dan
destinasi yang ingin dituju. Hal ini ditimbulkan kerana kemungkinan kedua ibu
bapa kita memerlukan pertolongan atau pun bantuan dalam jangka masa kita
bermusafir. Menjaga dan berbakti kepada kedua ibu bapa amat besar pahalanya
dan lebih besar pahalanya dari berjihad di jalan Allah jika kedua-duanya memang
memerlukan penjagaan. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah,
bahawa seseorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W dan meminta izin
untuk ikut berperang lalu baginda bertanya :
” Apakah engkau masih mempunyai ibu ?
” Ya, masih,” Jawab lelaki itu.
Baginda pun bersabda yang bermaksud ” jagalah ibumu itu kerana syurga itu
di bawah tapak kakinya.”
Dalam riwayat lain, disebutkan bahawa rasulullah S.A.W betanya kepada
lelaki itu: Apakah kedua ibu bapamu masih ada ?’ Lelaki itu menjawab: Ya,
kedua-duanya masih ada. Maka baginda bersabda :’ jagalah mereka berdua,
kerana syurga berada di bawah tapak kaki mereka.
Bercakap dengan bahasa yang baik dan sopan dengan kedua ibu bapa,
Ibu bapa adalah insan paling mulia di dunia ini kerana tanpa mereka,
tentunya kita tidak wujud di muka bumi ini. Justeri itu amatlah wajar kita sentiasa
bersopan dan bercakap dengan bahasa yang baik . Alah melarang keras anak-anak
yang bercakap dengan bahasa yang kasar kepada kedua orang tua sebagaimana
firman Allah taala dalam surah Al-Isra’ ayat 23 :
Ertinya : ” Dan Tuhanmu telah memerintaahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara kedua-duanya samapi lanjut dalam pemeliharaannya. Maka Jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ” ah ’ dan jangan kamu membentak mereka dan ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia
5
HBIS3203Semester September 09
Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
” Bukanlah sifat orang mukmin menyumpah, melaknat, mencarut dan memaki ”
( Riwayat Tarmizi )
Dalam hadis ini nabi dengan jelas menyatakan bahawa seseorang mukmin
yang sebenar tidak akan menyumpah, melaknat, mencarut dan memaki lebih-lebih
lagi kepada kedua orang tuanya. Justeru itu ,kita hendaklah sentiasa bercakap
dengan bahasa yang lemah lembut dan sopan ketika bercakap atau berbual dengan
kedua-duanya.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa tidak semua kehendak atau
permintaan anak dapat ditunaikan oleh ibu bapa, namun anak-anak tetap wajib
bersyukur kepad Allah Taala .Syukur yang paling besar sekali ialah telah
dilahirkan kedunia oleh melaui pasangan yang sah dan nama ayahnya tertera di
belakang namanya. Cuba kita bayangkan bagaimanakah perasaan seseorang yang
dilahirkan hasil dari hubungan luar nikah ? Alangkah malunya mereka lebih-
lebih lagi kalau anak itu perempuan dan satu hari nanti tentu akan berkahwin
sedangkan nama bapanya tidak dinyatakan.
Segera menyahut panggilan kedua ibu bapa,
Dalam masa kita tinggal di rumah, kekadang ibu atau bapa kita
memangggil kita ketika sedang melakukan aktiviti sama ada kerja sekolah,
berbual bersama rakan atau pun sedang bermain. Apabila kita mendengar
panggilan mereka, maka kita hendaklah dengan kadar segera menyahut panggilan
mereka . jangan kita melengah-lengahkan menyahut panggilan itu .
Al-Qurtubi berkata : ” Berbahagialah orang yang cepat merebut peluang
berkhidmat kepada kedua ibu bapanya sebelum kesempatan itu hilang kerana
mereka tiba- tiba meninggal dunia. Maka dia akan menyesal berpanjangan kerana
tidak sempat membalas budi. Maka menyesallah dia ”.
Tunjukkan wajah yang ceria dan mesra ketika berbual dengan mereka.
6
HBIS3203Semester September 09
Semasa berbual dengan kedua ibu bapa, tunjukkan wajah yang ceria dan
penuh kemesraan terhadap mereka. Wajah yang ceria akan memberikan
ketenangan kepada ibu bapa. Di samping itu ianya juga menunjukkan bahawa kita
senang dan gembira dengan kehadiran mereka terutamanya jika kita tinggal
berjauhan dengan ibu bapa. Memandang wajah ibu bapa saja sudah mendapat
pahala.demikian kita lihat betapa besar dan banyaknya pahala yang Allah
sediakan bagi seseorang anak untuk berbakti kepada kedua ibu bapanya.
Jangan menghina atau memaki kedua ibu bapa dengan penuh penghinaan,
Menurut Qurtubi , termasuk berbakti dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa
ialah tidak menghina atau mencaci dan tidak derhaka kepada keduanya kerana
perbuatan itu termasuk dalam dosa besar. Itulah yang disebutkan dalam sunnah
yang sahih. Diriwayatkan dalam shahih Muslim dari Abdullah ibn Amru,
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
” Sesengguhnya termasuk dosa besar adalah bila seseorang memaki kedua orang
tuanya..” Para sahabat berkata : ” ya Rasulullah, adakah ada seseorang yang
memaki kedua orang tuanya?” Baginda menjawab: Ya.Bila seseorang memaki
ayah orang lain, lalu orang itu memaki ayahnya, dan memaki ibunya lalu orang
itu membalas memaki ibunya”.
Sentiasa menuntut keredhaan kedua ibu bapa.
Setiap anak perlu mendapat keredhaan kedua ibu bapanya untuk mencapai
kejayaan dan kecemerlangan dalam hidup sama ada di dunia mahu pun akhirat.
Setiap anak perlu memohon keredhaan dari orang tuanya dalam semua perkara
seperti dalam mencari jodoh, membeli sesuatu yang bernilai seperti rumah, kereta
dan sebagainya. Segala tindak tanduk kita juga perlu mendapat keredhaan dari ibu
bapa kita agar kerja atau amal yang kita lakukan itu akan diberi balasan pahala
dari Allah taala.
Ibnu Abbas berkata, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
” Barangsiapa membuat redha kedua orang tuanya di waktu pagi dan
petang, ia pun mendapat dua pintu syurga yang terbuka dan jika seorang, maka
7
HBIS3203Semester September 09
satu pintu. Barangsiapa diwaktu petang dan pagi membuat marah kedua ibu
bapanya, maka ia mendapat dua pintu neraka yang terbuka, jika seorang maka
satu pintu. ”
Hadis di atas jelas menerangkan akan pentingnya setiap orang anak
mendapat keredhaan ibu bapanya dalam melakukan sesuatu perkara sehinggakan
Allah memberikan balasan 2 pintu syurga atau 1 pintu syurga sebagai
ganjarannya, begitu juga jika kita menimbulkan kemarahan kedua ibu bapa kita,
maka 2 pintu neraka akan terbentang dihadapan kita sebagai balasan atas
perbuatan kita itu.
Tidak membelakangkan mereka ketika berbual.
Semasa bercakap dengan ibu bapa, kita hendaklah memandang muka
mereka sebagai tanda kita menghormati ibu bapa. Jangan sekali-kali bercakap
dalam keadan kita membelakangi kedua ibu bapa kerana perbuatan ini amat tidak
baik dan menampakkan kebiadaban terhadap kedua ibu bapa.
Jangan duduk atau berjalan di hadapannya
Perbuatan duduk atauberjalan dihadapan ibu bapa adalah satu
bentukperbuatan yang tidak beradab sama sekali. Hendaklak kita menjauhi
perbuatan ini. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari seseorang telah datang
kepada Rasulullah S.A.W bersama seorang lelaki tua.Nabi bertanya:” Hai lelaki,
siapakah lelaki yang bersammu itu ?”.Lelaki itu menjawab.” Ayahku ”.Lalu nabi
bersabda yang bermaksud.” Janganlah engkau berjalan dihadapannya, jangan
duduk dihadapannya, jangan panggil dia dengan namanya dan jangan engkau
samakan dia dengan sesuatu.
Dari hadis di atas kita boleh ambil pengajaran bahawa setiap anak tidak
boleh duduk atau berjalan di hadapan ibu bapanya kerana ianya dilarang oleh
Rasulullah S.A.W.
Mencium tangan kedua – duanya apabila bersalam.
8
HBIS3203Semester September 09
Bersalam- salaman dengan kedua ibu bapa amat diberi penekanan dalam
islam sebagai tanda kasih sayang dan penghormatan seorang anak terhadap kedua
ibu bapanya.Bersalam – salaman juga akan menambahkan ikatan kasih sayang
antara anak dan ibu bapanya. Perbuatan ini sangat di tuntut dalam islam kerana
hanya anak yang soleh sahaja akan mendapat tempat di dalam syurga Allah taala.
2.1.2. Hikmah beradab dengan ibu bapa .
Muslim sejati tentu akan mempraktitikan adab-adab yang baik ketika bersama kedua ibu bapanya
tidak kira dalam pergaulan, pertututan dan sebaginya. Daripada keluhuran beradab ini maka
tentunya akan menimbulkan hikmah atau kebaikan yang terkandung di sebalik adab-adab
bersama ibu bapa. Lantas di bawah ini akan ditonjolakan apakah hikmah yang terkandung di
dalam adab-adab dengan ibu bapa. Semoga ianya menjadi pedoman dan panduan kepada kita
generasi muslim dan mukmin untuk di hayati dalam kehidupan seharian.
i. Melahirkan anak yang beriman dan bertaqwa.
Di zaman Rasulullah S.A.W ada seorang pemuda memikul kedua ibu bapanya
yng lumpuh ke masjid Rasulullah S.A.W untuk sembahyang berjemaah bersamanya.
Pada satu hari Rasulullah S.A.W mencari kedua orang itu, namun tidak ditemui. Baginda
pun bertanya kepada kedua ibu bapa pemuda itu, lalu dijawab, bahawa anaknya telah
meninggal dunia. Baginda bersabda yang bermaksud :’ Andaikata ada orang yang hidup
kekal bagi seseorang, nescaya putera kedua orang yang lumpuh tetap hidup bagi kedua
orang tuanya.
ii. Mendapat keberkatan hidup .
Anak yang soleh iaitu yang sentiasamenjaga adab ketika bersama kedua ibu
bapanya akan mendapat keberkatan hidup dalam bentuk usia yang panjang dan
kemurahan rezeki dari Allah. Ianya bersesuaian dengan satu hadis Rasulullah S.A.W
yang bermaksud :
” Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usia dan dimurahkan rezekinya, maka berlaku
baiklah kepada ibu bapa dan ssanak saudaranya.
9
HBIS3203Semester September 09
iii. Mewujudkan hubungan yang baik antara anak dan ibu bapa,
Apabila seseorang anak beradab dan taat kepada kedua ibu bapanya, maka ianya
akan menimbulkan hubungan yang baik antara kedua-duanya. Hubungan yang wujud itu
adalah berasaskan ketakwaan dan kesedaran terhadap tanggungjawab masing-masing .
iv. Mendapat keredhaan Allah Taala,
Dalam satu hadis nabi yang diriwayatkan oleh Muadz bin Jabal ra. Rasulullah
bersabda yang bermaksud : ” Siapa yang berbakti kepada kedua ibu bapanya,
beruntunglah dia dan Allah menambah rahmatnya.” Hadis ini menunjukkan bahawaorang
yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya akan mendapat keredhaan Allah dengan
mendapat rahmat dariNya.
v. Mendapat ganjaran pahala dari Allah,
Tuhan telah menjanjikan balasan pahala yang amat besar kepada setiap anak
yang berbakti dan beradab dengan kedua ibu bapanya. Firman Allah taala dalam surah
Al-Mukmin ayat 40 yang bermaksud :
” barangsiapa yang mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan
sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amal yang soleh baik
lelaki atau perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk
syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa hisab.”
Amatlah beruntung anak soleh yang sentiasa berbakti dan memuliakan kedua ibu
bapanya kerana akan mendapat kenikmatan hidup di dunia dan akhirat.
vi. Jaminan syurga dari Allah Taala.
Anak –anak yang soleh dan taat kepada kedua orang tuanya mendapat jaminan
syurga dari Allah sebaliknya anak-anak yang tholeh dan derhaka akan menerima balasan
azab neraka di negeri akhirat nanti. Baginda Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang
bermaksud : ” Ibu bapa adalah syurga ( bagi yang taat ) atau neraka ( bagi yang derhaka )
bagi anak-anak mereka .”
10
HBIS3203Semester September 09
vii. Hidup akan bahagia
Antara hikmah lain yang dapat dihuraikan ialah kehidupan akan bahagia di mana
masyarakat akan memberikan penghormatan dan tidak akan disisihkan dalam masyarakat
manakala anak-anak derhaka akan mendapat kecelakaan di dunia malahan lebih teruk
lagi mendapat balasan azab di akhirat nanti.
viii. Diri disayangi
Anak yang baik akan akan disayangi oleh kedua ibu bapanya, di hormati oleh
masyarakat serta mendapat sanjungan dari pelbagai pihak. Kita perlu menjaga adab-adab
semasa bersama ibu bapa agar kita akan rasa dikasihi dan disayangi oleh kedua ibu bapa
dan juga dalam keluaraga.
3.1.1 Adab menjaga kebersihan sekolah.
Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan . Justeru itu umat islam perlu
menjaga diri, pakaian dan tempat dari segala kekotoran.
Antara adab-adab menjaga kebersihan sekolah ialah :
Mematuhi peraturan kebersihan sekolah,
Setiap badan atau Masyarakat mempunyai peraturan atau undang-undang
tersendiri bertujuan untuk memelihara tingkah laku komuniti tersebut. Setiap anggota
masyarakat atau komuniti tersebut perlu mematuhi peratruran dan undang-undang yang
telah digubal. Begitu juga halnya di sekolah. Pada dasarnya undang-undang atau
peraturan yang di buat di sekolah bertujuan mempastikan tahap kebersihan sekolah
adalah memuaskan.Adalah menjadi kewajipan setiap orang murid mematuhi peraturan
kebersihan sekolah.
Membuang sampah ke dalam tong sampah,
Tong sampah dan penyapu adalah alatan asas dalam menjaga kebersihan sekolah
terutamanya di dalam kelas. Murid – murid dikehendaki membuang sampah ke dalam
11
HBIS3203Semester September 09
tong sampah yang telah disediakan. Kebiasaannya setiap kelas akan dibekalkan dengan
satu tong sampah. Kebersihan kelas amat dititikberatkan demi mempastikan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam suasana yang kondusif.
Menggunakan tandas dengan betul,
Tandas adalah tempat yang perlu dijaga dan diberi perhatian yang sewajarnya
dalam adab menjaga kebersihan. Hendaklah membaca doa sebelum masuk ke dalam
tandas dan melangkah dengan kaki kiri. Begitu juga menjaga adab-adab yang lain semasa
berada di dalam tandas.
Mempastikan tandas sentiasa bersih,
Setiap kali selepas menggunakan tandas, maka pastikan ianya bersih sebelum
meninggalkan tandas. Ianya perlu dilakukan supaya orang lain yang datang untuk
menggunakan tandas tersebut akan merasa selesa untuk menggunakannya.
Menjalankan tugas menjaga kebersihan kelas,
Setiap kelas atau bilik semestinya mempunyai jadual bertugas setiap hari yang
telah disiapkan oleh guru kelas masing-masing. Jadi menjadi tanggungjawab setiap murid
untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan itu dengan sebaik-baiknya. Jalankan
tugas dengan amanah dan tanggungjawab kerana sekiranya kita tugas itu dengan ikhlas,
maka tentunya ganjaran pahala akan kita perolehi dari Allah.
Menasihati rakan yang mengotorkan kawasan sekolah,
Sekiranya kita dapati ada dikalangan rakan kita yang mengotorkan kawasan
sekolah, maka hendaklah kita menasihati mereka dengan cara yang baik dan berhemah
agar menjaga kebersihan kawasan sekolah. Rasulullah S.A.W telah mengajar kita supaya
menegur orang hendaklah dengan bijaksana dan berhemah agar orang yang di tegur tidak
akan kecil hati dan terhina kerana ianya melibatkan maruah diri.
Mempastikan sekolah berada dalam keadaan bersih.
12
HBIS3203Semester September 09
Islam sangat mementingkan kebersihan kerana ianya mengambarkan peribadi
insan itu sendiri. Sekolah yang bersih dan sihat juga melambangkan sifat warga sekolah
tersebut. Syaitan tidak dapat mempengaruhi atau menimbulkan kekacauan terhadap
sekolah yang sentiasa berada dalam keadaan bersih.
3.1.2 Hikmah menjaga kebersihan sekolah
Terdapat beberapa hikmah menjaga kebersihan sekolah yang dapat dinyatakan. Antara
hikmah-hikmah itu ialah :-
Menimbulkan rasa seronok ketika belajar.
Bilik darjah dan persekitaran yang bersih akan menimbulkan rasa seronok ketika
belajar. Keseronokan ini akan memberi motivasi kepada murid untuk mengikuti pelajaran
dengan berkesan. Sekolah yang bersih juga akan selalu dilawati oleh pihak luar untuk
melihat dan menjadi teladan kepada sekolah lain.
Mengekalkan keindahan dan keceriaan persekitaran sekolah
Apabila persekitaran sekolah bersih, sememangnya akan menampakkan
keindahan dan keceriaan kawasan sekolah. Warga sekolah akan rasa nyaman dan
menyegarkan apabila kebersihan persekitaran dijaga dengan baik dan rapi.
Menjauhkan penyakit berjangkit
Hikmah seterusnya ialah dapat menjauhkan penyakit berjangkit seperti sakit mata,
selsema, denggi dan sebagainya. Penyakit berjangkit akan mudah merebak sekiranya
aspek kebersihan tidak diberi penekanan yang sewajarnya.
Mengukuhkan keimanan
Orang yang beriman akan sentiasa berusaha untuk melakukan apa sahaja kebaikan untuk
meningkatkan keimanan kepada Allah Taala. Menjaga kebersihan adalah antara salah
satu cara untuk meningkatkan keimanan kepada Allah Taala.
Melambangkan kesucian agama islam.
13
HBIS3203Semester September 09
Islam agama suci dan diakui agama yang sebenarnya di sisi Allah Taala. Menjaga
kebersihan sekolah mencerminkan kesucian agama islam sebagaimana firman Allah
Taala dalam surah yang bermaksud :’ Sesungguhnya Allah itu suka kepada kebersihan ”
4.1.1 Adab menjaga harta benda sekolah
Antara adab-adab menjaga harta benda sekolah ialah :
Menggunakan peralatan sekolah dengan cermat.
Setiap murid hendaklah menjaga peralatan sekolah sama seperti menjaga harta
benda sendiri. Antara contoh harta benda sekolah ialah kerusi, meja, alatan sukan,
barang- barang di bilik makmal.kesemua barang itu perlu diguna dan dijaga dengan baik.
Penggunaan yang cermat akan membolehkan sesuatu alatan itu digunakn dengan lebih
lama lagi.
Menggunakan peralatan atau harta benda sekolah setelah mendapat kebenaran
guru,
Apabila hendak menggunakan peralatan atau harta benda sekolah, pastikan ianya
mendapat kebenaran dari guru atau pun pekerja sekolah. Ianya bertujuanc mengelakkan
dari timbul massalah seperti ditimpa kecederaan, rosak dan sebagainya. Murid-murid
adlah dilarang sama sekali menggunakan perlatan tanpa kebenaran atau pengawasan guru
kerana ianya boleh menimbulkan pelbagai masalah sekiranya berlaku kecederaan.
Menyimpan dengan baik setelah menggunakannya,
Setelah kita menggunakan peralatan atau harta benda sekolah, amatlah penting alatan itu
disimpan dengan baik ketempatnya yang asal bagi memudahkan orang lain untuk
menggunakannya semula. Buku catatan penggunaan biasanya disediakan bertujuan
memudahkan urusan keluar masuk alatan atau harta benda sekolah. Ianya telah menjadi
satu rutin dalam penggunaan harta benda kerajaan dimana buku rekod keluar masuk
sesuatu barang itu perlu dinyatakan demi melicinkan perjalanan kerja.
Tidak merosakkan peralatan sekolah,
14
HBIS3203Semester September 09
` Alatan atau harta benda sekolah hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin. Jangan
kita merosakkan harta benda sekolah dengan sesuka hati kerana ianya adalah satu dosa.
Di samping itu ianya juga akan menyebkan kos pembelian barang akan bertambah dan
merugikan.
Mematuhi peraturan penggunaannya,
Setiap harta benda sekolah mempunyai kaedah atau cara penggunaannya
tersendiri. Contohnya peralatan komputer. Ianya memerlukan kemahiran dan
pengetahuan yang baik dalam mengendalikan komputer. Penggunaan komputer perlu
kepada prosedur yang tertentu bagi menjamin ketahanannya. Begitu juga peralatan lain
seperti alatan permainan, makmal sains dan sebagainya.Setiap penggunaan harta benda
sekolah perlu melalui prosedur yang telah ditetapkan.
Memelihara dan memulihara harta benda sekolah,
Harta benda sekolah perlu dipelihara dan dipulihara dengan sebaik-baiknya agar dapat
digunakan dengan lebih lama dan terjamin keselamatannya. Kita hendaklah menganggap
harta benda sekolah itu seperti harta benda kita sendiri . Murid – murid dan guru hendaklah
istiqamah dalam memelihara dan memulihara harta benda sekolah agar selamat dan dapat
digunakan secara berpanjangan.
4.1.2 Hikmah adab menjaga harta benda sekolah.
Antara hikmah yang terkandung di dalam adab menjaga harta benda sekolah ialah :-
1) Melahirkan murid –murid yang berdisiplin.
Harta benda sekolah yang di jaga dengan cukup rapi dan elok mengambarkan disiplin dan
budi pekerti yang tinggi. Disiplin yang diterapkan dalam diri akan melahirkan murid yang
menjaga dan menyayangi harta benda sekolah dengan baik seolah-olah menjaga harta benda
sendiri.
2) Melahirkan murid- murid yang cemerlang di samping memupuk semangat
cintakan sekolah.
15
HBIS3203Semester September 09
Murid- murid yang cemerlang dalam akademik atau pun Ko-Kurikulum biasanya
dilahirkan dari kelompok mereka yang mematuhi dan mengikuti tunjuk ajar dari guru.
Mereka dididik supaya sayangkan diri sendiri, keluarga dan sekolah.
3) Mendapat pahala dan ganjaran kebaikan dari Allah Taala.
Allah telah memberikan jaminan akan setiap balasan sama ada balasan kebaikan atau pun
keburukan sebagaimana firman Allah Taala dalam surah Al-Zalzalah yang bermaksud :
” barangsiapa yang berbuat baik walau pun sebesar zarah, akan di balas baik dan barangsiapa
yang berbuat jahat walau pun sebesar zarah , nescaya akan dibalas denganb kejahatan”
4) Mewujudkan suasana kondusif dan sihat di sekolah.
Proses pengajaran dan pembalajaran hendaklah berjalan dalam suasana yang kondusif
dan sihat kerana ianya akan menjadikan pertukaran maklumat itu berjalan lancar. Apabila
harta benda sekolah berada dalam keadaan selamat dan terkawal, maka sudah tentu akan
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baik.
5. Kesimpulan
Seorang muslim mempunyai banyak tanggungjawab dan peranan dalam keluarga,
masyarakat dan negara. Individu yang bertaqwa dan istiqamah akan sentiasa cuba mengimbangi
hidup antara duniawi dan ukhrawi kerana kedua-duanya penting dalam kehidupan. Ilmu dunia
penting untuk kelangsungan hidup manakala ilmu ukhrawi lebih penting sebagai bekalan untuk
menemui tuhan rabbul-Jalil di negeri Abadi.
Kehidupan yang sementara ini perlu disulami dan dihiasi dengan adab dan akhlak mulia
terutamanya dalam aspek pergaulan. Ibnu Khaldun telah menyatakan bahawa manusia itu saling
memerlukan antara satu sama lain ( insan madani ).Oleh itu amatlah penting kita mengetahui dan
mengamalkan adab-adab yang baik dalam kehidupan seharian kerana ianya dituntut dalam islam
yang syumul dan agama yang penuh dengan bunga-bunga peribadi luhur.
Di dalam islam, ketinggian keperibadiaan seseorang itu di nilai dari segi akhlak yang
mulia. Di dalam akhlak pula terkandung nilai-nilai murni seperti adab dengan ibu bapa, adab
dengan harta benda sekolah dan sebagainya. Dengan adanya nilai dan adab yang mulia ini, telah
16
HBIS3203Semester September 09
melahirkan umat islam yang baik budi pekertinya. Ini akan menyebabkan umat islam menjadi
lebih kuat kerana mmepunyai sahsiah dan keperibadian yang tinggi.
Rujukan.
17
HBIS3203Semester September 09
Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar2009. Panduan Bergaul dan memilih
Teman.: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur
Dr.Adnan Mohamed Yusoff, Noorliza Haji Mohamed Said. 2009. HBIS
3203 Pendidikan Islam : Tahun 5 & 6. Open University Malaysia., Kuala
Lumpur.
Hajjah Hasanah Bt.haji Yahya, Azlan Bin Haji Muaz atl..2006. Pendidikan
islam Tahun 6: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Imam Nawawi.1994. Riyadhus Shalihin ( Taman Orang-Orang Salih ) .
Pustaka Nasional Pte Ltd. Singapura
Muahammad Al-Ghazali.1980.Pekerti Muslim ( Siri 2 ). Penerbitan
Yayasan Islam Terengganu, Terengganu,
Muhammad Isa Selamat. 1998. Lelaki Soleh , Kedudukan &
keperibadian serta peranannya. Penerbitan Darul Nu’man. Kuala
Lumpur.
Pendidikan Islam, Bidang Adab dan Akhlak Islamiyyah.2005.
18