pak pandir sakti

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/14/2019 pak pandir sakti

    1/7

    FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

    JXEA 1104

    TAJUK : PAK PANDIR SAKTI

    NAMA : NOR FAHIMAH BINTI ISMAIL

    NO. MATRIK : JEA 080071

    SESI : SEM 1,2008/2009

    NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD

    NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH BINTI ABDUL RAHMAN

    FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

  • 8/14/2019 pak pandir sakti

    2/7

    SINOPSIS CERITA PAK PANDIR SAKTI

    Mengisahkan tentang kesaktian Pak Pandir dengan barang- barang yang diperolehinya

    semasa melukah dan mengembara. Daripada melukah, Pak Pandir mendapat barang-

    barang ajaib serta petua dari haiwan yang dia lepaskan semula apabila diminta oleh

    haiwan tersebut. Antaranya duri landak, Raja Tenggiling memberi petua menyeru

    namanya 3 kali sekiranya di dalam kesusahan, dan cincin dari ular yang boleh meminta

    apa sahaja yang dikehendaki.

    Dengan barang dan petua yang dia dapati,Pak Pandir keluar pergi merantau

    mengikut kehendaknya meninggalkan isterinya di rumah. Semasa merantau,dia mendapat

    lagi barang-barang ajaib seperti tali, parang puting,kijang dan kacip yang mendengar

    arahan tuannya iaitu Pak Pandir.Setelah penat berjalan,Pak Pandir tumpang tinggal di

    rumah Nenek Kebayan Bunga.

    Berhampiran dengan rumah nenek kebayan,terdapat sebuah negeri naungan Raja

    Shah Alam yang ditakluki oleh Raja Naga Laut yang amat jahat.Hal ini kerana naga itu

    inginkan anak dara sebagai habuannya.Setelah habis semua anak dara di negeri itu,tibalah

    giliran puteri Raja Shah Alam untuk dijadikan habuan naga itu.Oleh kerana baginda amat

    menyanyangi puterinya,disuruh hulubalang menyebarkan berita,sekiranya ada dalam

    kalangan rakyat dapat membunuh naga tersebut akan dapat mengahwini puterinya.

    Dengan menggunakan barang sakti yang ada, Pak Pandir dapat mengalahkan naga

    tersebut dan puteri telah terselamat daripada menjadi mangsa naga tersebut. Namun

    begitu, konflik berlaku ketika untuk mengahwinkan puteri.Hal ini kerana hulubalang

    yang berpura-pura telah mengalahkan naga tersebut. Akhirnya, hal yang sebenar

    diketahui raja lalu dikahwinkan puterinya dengan Pak Pandir.

    2

  • 8/14/2019 pak pandir sakti

    3/7

    Daripada cerita Pak Pandir Sakti ini,telah saya temui beberapa falsafah yang terkandung

    dalam cerita ini dan saya hanya mengambil sebahagian sahaja cerita tersebut diantara

    halaman 7 hingga 13 untuk disingkap falsafah-falsafah tersebut.

    Falsafah yang pertama saya temui didalam cerita ini ialah tentang menghormati

    tetamu. Menghormati tetamu ini merupakan salah satu adat yang amat penting kepada

    masyarakat Melayu dalam memuliakan kedatangan tetamu ke rumah. Di sini, tetamu

    akan dilayan sebaik-baiknya oleh tuan rumah. Di dalam cerita ini, dapat dilihat Pak

    Pandir singgah sebentar di rumah tuan ladang untuk minum air tetapi tuan rumah tersebut

    bukan sahaja memberikan air minuman malah memberikan sekali makanan kepada Pak

    Pandir. Hal ini dapat dilihat daripada petikan di bawah

    Tidak berapa lama berjalan maka sampailah ia kesebuah ladang yang sangat

    luas. Ditepi ladang itu didapati ada sebuah rumah. Dengan tidak berlengah lagi ia pun

    berjalan menuju kerumah itu. Apabila sampai dihalaman tangga rumah itu maka PakPandir pun memanggil, Oh chik orang dirumah, aku hendak menumpang minum air.

    Maka jawab tuan rumah itu, Naiklah.

    Pak Pandir pun naik dan duduk diserambi rumah itu lalu ia pun dijamu oleh tuanrumah itu makan nasi

    ( m/s 7-8 )

    Falsafah berikutnya ialah berkaitan meminta izin atau beradab dalam meminta

    sesuatu. Dalam cerita ini, Pak Pandir kerap meminta izin dahulu sebelum ingin

    melakukan sesuatu atau meminta sesuatu benda. Hal ini dapat menunjukkan sikap

    seseorang itu baik pekertinya dan beradab. Petikan berikut menunjukkan sikap Pak

    Pandir yang meminta izin untuk turut ingin memakan sirih bersama-sama.

    Tidak berapa lamanya berjalan itu maka sampailah ia kesebuah dusun pinang.

    Didalam dusun itu ada sebuah rumah. Pada masa itu tuan rumah itu sedang dudukdiserambinya. Apabila terpandang kepada orang itu, Pak Pandir pun bertanya, Wahai

    tuan, bolehkah hamba menumpang makan sirih.

    Maka sahut orang itu, Apa pula salahnya. Naiklah kepondok hamba ini.

    ( m/s 9 )

    3

  • 8/14/2019 pak pandir sakti

    4/7

    Daripada petikan tersebut, Pak Pandir menunjukkan sifat yang ada dalam

    masyarakat melayu yang amat menitikberatkan soal mendapatkan keizinan terlebih

    dahulu sebelum mendapatkan sesuatu yang dihajati kepunyaan individu lain. Hal ini bagi

    mengelakkan daripada tuan punya barang tersebut memberi tanggapan yang buruk

    terhadap individu yang ingin meminta barang yang diingini daripadanya.

    Seterusnya, didalam cerita Pak Pandir Sakti ini juga turut terkandung tentang

    perlunya mendengar arahan atau perintah dari orang atasan. Hal ini menunjukkan taat

    setia dalam menjalankan tugas atau amanah yang diberikan oleh tuan dengan baik. Di

    sini, saya telah mengambil keratan petikan yang menunjukkan dengarnya barang yang

    dimiliki oleh tuan rumah iaitu kacip kepada arahan tuan yang menyuruhnya mengambil

    pinang di pokok.

    Apabila pak Pandir duduk, tuan rumah itupun menghulurkan puan kepada Pak

    Pandir. Setelah sirih dikapurnya, didapatinya puan itu tiada berpinang lalu ia pun

    memberitahu tuan rumah itu.Setelah diketahuinya puan itu tidak berpinang maka tuan rumah itupun I

    mengambil kachip seraya berkata, Hai kachip pergi engkau ambil buah pinang.

    Dengan tidak berlengah lagi kachip itupun turun ketanah dan menuju kesebatangpinang yang sedang berbuah masak. Apabila sampai dibatang pinang itu, kachip pun

    memanjat dan mengachip tiga biji buah pinang masak. Setelah selesai berbuat demikian,

    kachip itupun turunlah semula dan membawa tiga biji pinang tadi masuk kedalam

    puan( m/s 9 )

    Petikan tersebut dapat memberikan gambaran bahawa kacip tersebut tidak

    membantah arahan tuannya malah dengan cepat melakukan arahan tersebut. Walaupun

    tuannya tidak mengarahkan mengambil pinang dari pokok mana,kacip tersebut mampu

    4

  • 8/14/2019 pak pandir sakti

    5/7

    mencari pokok pinang yang telah ada buah pinang yang sudah masak lalu meletakkannya

    didalam puan.

    Setiap individu di dunia ini perlu adanya sikap ingin mengetahui dan ingin

    mendalami sesuatu ilmu yang baru diperolahi atau yang baru ditemui. Hal ini penting

    dalam meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam diri seseorang itu. Seseorang hanya

    akan dipandang berdasarkan pada banyaknya ilmu yang ada pada dirinya. Justeru dalam

    ingin menuntut ilmu tidak perlu berasa malu untuk bertanya atau meminta ilmu itu.

    Perkara ini ditunjukkan oleh Pak Pandir yang ingin mengetahui mengapa kijang tersebut

    berakkan benda berwarna kuning iaitu emas yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

    Oleh kerana jangkal dan adanya sifat ingin tahu dalam dirinya yang mendalam tentang

    perkara tersebut, dia meminta menukar kijang tersebut dengan cincin saktinya daripada

    tuan punya kijang tersebut.

    dilihat oleh Pak Pandir kijang itu melompat kekiri dan melompat kekananmengikut sahaja apa kehendak penonggangnya. Apabila puas menonggang kijang itu

    maka laki2 itu turun dan mengogah-ngogah pangkal ekor kijang itu, tatkala itu keluarlah

    beberapa banyak mas sebesar buah chenerai daripada ekor kijang itu.Akan Pak Pandir, tersangatlah hairannya ia melihatkan kijang itu berakkan

    benda2 yang kekuning-kuningan, akan tetapi oleh kerana ia tiada kenalkan mas maka ia

    pun berfikir, Mengapa pula kijang ini berakkan benda kuning macham itu. Aku tak

    pernah jumpa. Kalau begitu baik aku minta tukar.( m/s 11 )

    Selain itu, daripada petikan di atas juga dapat dilihat akan kebodohan Pak Pandir.

    Hal ini kerana Pak Pandir tidak dapat mengenali akan najis kijang dengan emas. Dengan

    sifat kebodohannya itu, dia meminta menukarkan kijang tersebut dari tuan kijang itu

    dengan cincin yang boleh meminta apa sahaja dikehendaki yang dia ada.

    5

  • 8/14/2019 pak pandir sakti

    6/7

    Akhir sekali dapat saya temui daripada cerita ini ialah tentang patuhnya pada janji

    dan tanggungjawab menjaga rakyat negeri. Hal ini ditunjukkan apabila Raja Shah Alam

    menghantar seorang anak dara sebagai habuan kepada Raja Naga Laut bagi mengelakkan

    Raja Naga Laut itu naik ke darat membinasakan negeri dan mencederakan rakyat jelata.

    Daripada tindakan yang dilakukan oleh Raja Shah Alam menunjukkan yang baginda

    amat menjaga keselamatan dan kebajikan rakyatnya. Tindakan baginda itu menunjukkan

    tentang sifat yang harus ada dalam diri seseorang pemimpin negeri mahupun negara.

    Petikan dibawah menunjukkan gambaran tentang Raja Shah Alam yang mematuhi janji

    dan sifat pentingkan kebajikan rakyatnya dalam mentadbir jajahan takluknya.

    Pada masa itu negeri itu sedang ditakluki oleh Raja Naga Laut. Sungguhpunnegeri itu ada mempunyai beberapa ramai hulubalang dan bala tentera akan tetapi tiada

    seorang pun yang berani hendak membunuh naga kepala tujuh itu. Pada tiap2 bulan

    purnama Raja Shah Alam terpaksa menghantarkan seorang dara yang rumaja puteri

    ketepi laut dekat tempat naga itu betapa untuk dijadikan makanannya. Jikalau tiadaberbuat demikian, neschaya naga itu akan naik kedarat dan membinasakan hamba rakyat

    sekalian

    ( m/s 13 )

    Daripada petikan di atas, dapat disimpulkan bahawa pentingnya dalam menepati

    janji dalam kehidupan seharian . Sekiranya tidak menepati janji akan dapatlah balasannya

    kepada individu tersebut. Selain itu juga, sikap menjaga kebajikan terhadap anak buah

    juga penting oleh pemimpin.

    Kesimpulannya, falsafah-falsafah yang terkandung di dalam cerita ini mempunyai

    mesej yang tersendiri dan harus dijadikan tauladan di dalam kehidupan seharian kita.

    Dalam menjalani kehidupan di dalam arus permodenan, tidak harus kita berputus asa dan

    jangan segan dalam menuntut ilmu walaupun dikutuk. Sesungguhnya, manusia dijadikan

    untuk terus mencari ilmu dan mengamalkan segala nilai-nilai murni di dalam kehidupan

    seharian.

    6

  • 8/14/2019 pak pandir sakti

    7/7

    BIBLIOGRAFI

    Awang Sariyan. 2007.Falsafah dan Logika Melayu . Kuala Lumpur : Akademi

    Pengajian Melayu

    Hashim Musa. 2001.Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu . Kuala

    Lumpur : Akademi Pengajian Melayu

    Lok Chong Hoe. 1997.Falsafah Barat klasik Plato dan Aristotle : Universiti sains

    Malaysia

    Zakaria Hitam. 1972.Pak Pandir Sakti : Dewan Bahasa dan Pustaka

    7