97

Panduan PdP Bahasa Malaysia Tahun 5 Masalah Pendengaran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kulit buku

Citation preview

  • KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

    PENDIDIKAN KHAS

    (MASALAH PENDENGARAN)

    MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    BAHASA MALAYSIA

    TAHUN LIMA

    Terbitan

    Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum

    2012

    i

  • Cetakan Pertama 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

    ii

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Kemahiran Mendengar dan Bertutur

    Tema/Tajuk Kekeluargaan (Rumahku Syurgaku)

    Masa : 120 Minit

    Standard

    Kandungan

    1.2 Melihat, mengecam, berisyarat, mendengar dan menyebut

    abjad suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

    Standard

    Pembelajaran

    1.2.6 Melihat, mengecam, mendengar, memahami, menyebut

    dan mengisyaratkan ragam ayat dengan betul dan tepat.

    Objektif

    Murid dapat :

    1) Melihat (mendengar) dan mengecam gambar aktiviti

    sebuah keluarga.

    2) Memahami dan berisyarat aktiviti-aktiviti yang dilakukan

    untuk setiap ahli keluarga.

    3) Menggunakan ragam ayat dengan betul dan tepat yang

    berkaitan dengan gambar.

    Aktiviti

    Pembelajaran dan

    Pengajaran

    1. Guru menayangkan persembahan power point Rumahku Syugaku. ( EK2.1 )

    2. Murid dan guru bersoal jawab tentang gambar. ( EK1.1 )

    3. Murid memberi maklum balas tentang persembahan power

    point. ( EK1.1 )

    Elemen Merentas

    Kurikulum

    Nilai : kasih sayang, hormat menghormati,

    TMK, EK1.1, 2.1

    Bahan Bantu

    Belajar

    1) Gambar

    2) Kad Perkataan

    3) Kad Ayat

    4) Persembahan Power Point

    Penilaian

    Pembelajaran dan

    Pengajaran

    1) Mengisyaratkan ragam ayat dengan betul dan tepat.

    2) Menyusun ayat dengan betul.

    3) Menghasilkan buku skrap.

    Refleksi

    1. ___ daripada ___ orang murid dapat mengisyaratkan

    ragam ayat dengan betul dan tepat.

    2. ___ orang yang belum menguasai diberikan aktiviti

    permulihan.

    3. ___ orang murid yang menguasai diberikan aktiviti

    pengayaan.

    Minggu

    1

    1

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Fasa persediaan

    1.1 Pemerhatian

    1.1.1 Menumpukan pemerhatian kepada objek, perkataan, ayat atau teks

    secara menyeluruh.

    Aktiviti 1.1.1

    Guru menunjukkan gambar sebuah keluarga (Persembahan MS PowerPoint).

    Murid diminta memerhati dengan teliti aktiviti yang dilakukan oleh setiap ahli

    keluarga.

    1.2 Analisis

    1.2.1 Mengumpulkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu.

    Fasa Persediaan

    2

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Lembaran Kerja 1

    Mengenal pasti aktiviti yang dilakukan oleh setiap ahli keluarga di atas

    (menggunakan kod/isyarat).

    Ahli keluarga Aktiviti

    3

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Fasa Imaginasi

    2.1 Penjanaan idea

    2.1.1 Menghasilkan idea secara berterusan.

    Lembaran Kerja 2

    Latihan 2.1.1

    Berdasarkan gambar-gambar di atas, bina empat ragam ayat yang bermakna.

    1)............................................................................................................................

    2)............................................................................................................................

    3)............................................................................................................................

    4)............................................................................................................................

    Fasa Imaginasi

    4

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    2.2 Sintesis idea

    2.2.1 Membuat refleksi berterusan.

    Latihan 2.2.1

    Berdasarkan gambar di atas nomborkan gambar isyarat di bawah menjadi ayat

    yang betul dan tuliskan ayat tersebut.

    5

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Fasa Perkembangan

    3.1 Penambahbaikan

    3.1.1 Memberi pelbagai contoh berkaitan dengan tugasan.

    Latihan 3.1.1

    Senaraikan tiga aktiviti lain yang boleh dilakukan bersama keluarga

    menggunakan ayat penyata.

    1)............................................................................................................................

    2)............................................................................................................................

    3)............................................................................................................................

    3.2 Menilai

    3.2.1 Membuat wajaran yang betul.

    Aktiviti 3.2.1

    Murid membentuk kumpulan dan melakonkan aktiviti yang dilakukan oleh keluarga

    ketika hujung minggu.

    Fasa Perkembangan

    6

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Fasa Tindakan

    4.1 Perlaksanaan

    4.1.1 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami.

    Lembaran Kerja 3

    Berdasarkan gambar di bawah, susunkan ayat supaya menjadi satu karangan

    ringkas.

    Kami melakukan aktiviti seperti berjoging di tepi Tasik Titiwangsa.

    Aktiviti berjoging bukan sahaja menyihatkan tubuh badan malahan dapat

    menghindarkan diri daripada penyakit.

    Keluarga saya suka dengan aktiviti ini kerana ia dapat menyihatkan tubuh

    badan.

    Saya dan keluarga sangat gembira dapat berjoging bersama-sama.

    Pada setiap hari Sabtu, saya dan keluarga akan meluangkan masa dengan

    beriadah bersama-sama.

    Fasa Tindakan

    7

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    4.2 Amalan berterusan

    4.2.1 Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baharu secara

    berterusan.

    Kerja kursus 4.2.1

    Murid diminta menghasilkan buku skrap mengenai tajuk Rumahku Syurgaku.

    Perkara yang perlu ada:

    1. Muka depan

    2. Isi kandungan

    Gambar keluarga

    Biodata setiap ahli keluarga.

    Karangan ringkas mengenai keluarga

    3. Penutup

    (dengan panduan guru)

    8

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Jawapan :

    Lembaran Kerja 1

    Ahli keluarga Aktiviti

    Ayah sedang membaca

    suratkhabar

    Ibu sedang menjahit

    pakaian

    Abang sedang membantu

    adik belajar

    Adik sedang belajar

    Lembaran Kerja 2

    Berdasarkan gambar-gambar di atas,

    bina empat ragam ayat yang

    bermakna.

    1) Ali dan keluarganya meluangkan

    masa berkelah bersama-sama pada

    hujung minggu.

    2) Puan Sarah menyediakan makan

    malam untuk keluarganya di rumah.

    3) Puan Mary sedang menanam bunga

    bersama dengan anak-anaknya.

    4) Sofea beriadah bersama keluarganya

    di taman berhampiran rumahnya pada

    setiap petang.

    Latihan 2.2.1

    Susun gambar isyarat berikut dengan betul dan bina ayat berdasarkan gambar di

    atas.

    Saya selalu membantu emak menanam pokok bunga di halaman rumah kami.

    Latihan 3.1.1

    Senaraikan tiga aktiviti lain yang boleh

    dilakukan bersama keluarga

    menggunakan ayat penyata.

    1) Saya dan keluarga sering keluar

    menonton wayang bersama-sama

    pada setiap hujung minggu.

    2) Liana dan ibunya suka membeli

    belah di pasaraya terkemuka di ibu

    kota setiap kali ada jualan murah.

    3) Shafik selalu menemani ayahnya

    memancing di Kolam Pancing Pak

    Abu pada setiap malam minggu.

    Lembaran Kerja 3

    Pada setiap hari Sabtu, saya

    dan keluarga akan meluangkan masa

    dengan beriadah bersama-sama.

    Kami melakukan aktiviti seperti

    berjoging di tepi Tasik Titiwangsa.

    Keluarga saya suka dengan aktiviti ini

    kerana ia dapat menyihatkan tubuh

    badan. Aktiviti berjoging bukan sahaja

    menyihatkan tubuh badan malahan

    dapat menghindarkan diri daripada

    penyakit. Saya dan keluarga amat

    gembira dapat berjoging bersama-

    sama.

    b

    9

  • Kemahiran Membaca

    Tema/Tajuk Kekeluargaan (Rumahku Syurga)

    Masa: 180 Minit

    Standard

    Kandungan

    2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat

    daripada pelbagai sumber menggunakan kod

    tangan/isyarat.

    Standard

    Pembelajaran

    2.2.3 Membaca/ berisyarat dan memahami ayat dalam

    petikan mudah daripada pelbagai sumber bacaan

    dengan betul.

    Objektif

    Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat:

    1. Memahami dan membaca petikan tunggal yang diberi

    dengan bahasa isyarat yang betul.

    2. Memahami perbezaan antara keluarga bahagia dan

    keluarga yang bermasalah.

    3. Mencari sekurang-kurangnya lima isi penting daripada

    petikan yang diberi.

    Aktiviti

    Pembelajaran dan

    Pengajaran

    1. Murid menonton klip video. (EK1.2)

    2. Murid memberi maklumat berdasarkan video yang

    ditonton.(EK1.6)

    3. Murid membaca lirik lagu keluarga bahagia dengan menggunakan kod bahasa isyarat .(EK1.4)

    4. Membuat peta minda berkaitan dengan isi-isi penting

    mengenai keluarga bahagia.(EK1.4)

    Bahan Bantu

    Belajar

    1. Komputer dan LCD

    2. Lirik lagu

    3. Kad perkataan

    4.Lembaran kerja

    Penilaian

    Pengajaran dan

    Pembelajaran

    1. Guru menilai tahap penguasaan murid terhadap kod

    tangan.

    2. Murid boleh memahami petikan teks dan juga lirik lagu

    yang diberikan.

    3. Murid dapat mengeluarkan isi penting yang difahami

    oleh murid daripada petikan teks.

    Elemen Merentas

    Kurikulum (EMK)

    1. Menggunakan pelayar web untuk melayari internet

    Belajar Melalui TMK

    2 Keusahawanan EK2 Menganalisis pemerhatian secara

    kritis dan kreatif menyatakan kebaikan/keburukan sesuatu perkara

    3.Nilai murni: kasih sayang,hormat menghormati

    Refleksi

    1. ___ daripada ___ orang murid dapat membaca dengan

    isyarat/sebutan yang betul.

    2. ___ orang murid yang belum menguasai diberi aktiviti

    pemulihan

    3. ___ murid lain yang tidak menguasai diberi aktiviti

    pengayaan.

    Minggu

    1

    10

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    1.0 Persediaan

    1.1. Guru menayangkan klip video Keluarga Bahagia kepada murid-murid.

    Guru menerangkan mengenai aktiviti pembelajaran yang akan dibuat.

    1.2. Murid mengecam dan mengenalpasti aktiviti dan situasi yang

    ditunjukkan oleh guru berdasarkan kepada klipvideotersebut.

    Klip video ini boleh dilayari melalui laman web sesawang

    http://www.youtube.com/watch?v=80N79zZ7hV0&feature=related

    Guru mempamerkan lirik lagu yang telah dilihat di papan putih. Semua murid

    diminta untuk membaca/berisyarat lirik lagu tersebut.

    Keluarga Bahagia

    Sedamai taman firdausi

    Limpahan kasih sayang sejati

    Seharum semerbak kasturi

    Mengharumi hidup insani

    Indahnya damainya

    Keluarga yang bahagia

    Itulah idaman impian setiap insan

    Yang dahagakan belaian

    Serta kasih dan sayang

    Ketika insan lain berbahagia

    Bersama keluarga

    Namun kita masih meniti

    Titian rapuh perhubungan

    Mengapa kita terpisah daripada rahmat-Nya

    Mungkinkah kita seringkali melupakan-Nya

    Ayuhlah bina semula

    Keluarga diredhai Allah

    Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan

    Dan luahan hatiku yang dahaga kasih

    Jiwaku terasa terseksa ketandusan kasihmu

    Marilah kita bina bersama-sama

    Keluarga bahagia

    Fasa Persediaan

    Album : Saujana

    Munsyid : Saujana

    http://liriknasyid.com

    11

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    1.1.6 Mengenal pasti ahli keluarga yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid

    tersebut. Murid membincangkan mengenai keluarga bahagia yang

    mengandungi bilangan anggota terdiri daripada ayah, ibu,kakak,

    adik,abang,datuk dan nenek.

    1.2 Analisis

    Murid membuat perbezaan di antara keluarga bahagia dengan keluarga

    bermasalah.

    Latihan 1.2.1

    Murid diminta untuk menyenaraikan perbezaan yang dapat dilihat berdasarkan

    kedua-dua gambar dibawah.

    Perbezaan yang dapat dikenalpasti.

    1. ........................................................................................................................................

    2. ........................................................................................................................................

    Murid menyenaraikan kebaikan bagi anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga

    yang bahagia dan sempurna.

    1.................................................................................................................................................

    2.................................................................................................................................................

    3.................................................................................................................................................

    4.................................................................................................................................................

    5.................................................................................................................................................

    12

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Fasa Imaginasi

    2.1. Penjanaan Idea

    2.1.4 Mencari hubung kait, gabung jalin atau corak berdasarkan kepada maklumat

    yang ada.

    Asas yang paling kukuh untuk membina budaya penyayang ialah institusi keluarga.

    Anak-anak yang dibesarkan dan dididik dengan penuh kasih sayang di dalam

    keluarga yang bahagia akan membesar sebagai individu yang berkualiti. Anak-

    anak ini akan mewarisi sifat-sifat positif dan nilai-nilai murni dari ibu bapa mereka.

    Kempen "Keluarga Bahagia", dan "Rumahku Syurgaku" diharapkan dapat

    melahirkan generasi yang bertanggungjawab.

    Murid diminta untuk menyediakan peta minda secara ringkas mengenai isi-isi

    penting yang dibaca dalam petikan di atas.

    2.2 Sintesis idea

    2.2.2 Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik lukisan kraf binaan, peta, rajah, puisi, muzik, lagu, karangan, laporan dan lakaran.

    Huraikan isi penting yang dinyatakan di dalam peta minda di atas.

    A. Peranan Ibu bapa kepada anak-anak

    i..

    ii..

    B. Kesan didikan kepada anak-anak

    i..

    ii.

    Keluarga Bahagia

    Peranan ibu bapa

    kepada anak-anak

    Kesan didikan kepada

    anak-anak

    Fasa Imaginasi

    13

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    3.0 Fasa Perkembangan

    3.1 Penambahbaikan

    Latihan 3.1.1 Jawab soalan berdasarkan kepada petikan dibawah.

    Manusia dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang tertentu. Sebagai

    sebuah institusi sosial yang asas, keluarga mempunyai pengaruh dalam mewujud

    dan membentuk satu masyarakat penyayang di mana ahli komuniti berhubung

    rapat antara satu dengan lain secara menyeluruh, bersimpati antara satu sama lain

    serta peka dan bertanggung jawab ke atas kesejahteraan dan keperluan ahli-

    ahlinya. Untuk mewujudkan suasana keluarga yang positif dan selesa, tunjukkan

    kasih sayang dan wujudkan interaksi yang sihat di kalangan ahli keluarga.Hubungan

    baik dalam keluarga hanya boleh dibina melalui kekuatan ilmu. Ilmulah yang akan

    mempertingkatkan kualiti kehidupan berkeluarga kerana dengan ilmu seseorang

    dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

    Kekeruhan suasana dalam kehidupan berkeluarga biasanya berpunca

    daripada masalah kurangnya ilmu dan kemahiran di kalangan mereka untuk

    menangani kehidupan keluarga. Oleh sebab itu setiap ibu bapa perlu memperoleh

    ilmu tentang ciri-ciri keluarga bahagia seperti ilmu pengurusan keluarga, fungsi

    keluarga, matlamat dan kaedah pejagaan anak, kaedah pendidikan kanak-kanak,

    corak kawalan dan disiplin keluarga. Terapkan minat terhadap menuntut ilmu

    dalam rumah tangga.Contohnya wujudkan budaya membaca dengan dimulakan

    oleh ibu bapa serta wujudkan perpustakaan keluarga dengan menggunakannya

    sekerap mungkin.

    1. Bagaimana untuk mewujudkan suasana keluarga yang positif dan kondusif?

    2. Apa yang diperlukan untuk mewujudkan hubungan yang lebih baik dalam

    keluarga?

    3. Apakah punca kekeruhan dalam hidup berkeluarga?

    4. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk

    membentuk keluarga bahagia?

    Fasa Perkembangan

    14

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    3.2 Menilai

    3.2.3 Membuat wajaran dengan betul.

    Latihan 3.2.3 Mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

    1. Encik Imran dan keluarganya berkelah di ______________________________.

    2. Mereka sekeluarga pergi ke sana dengan menaiki _________________________.

    3. Puan Adlina _________________________ kegemaran keluarganya.

    4. Anak-anak Encik Imran sangat gembira sepanjang _________________ ke

    Port Dickson.

    5. Puan Adlina ___________________________tikar untuk keluarganya di bawah

    pohon yang rendang.

    6. Amir dan adiknya sangat gembira _____________________ di pantai.

    7. Amir dan keluarga sempat membeli sedikit ___________________ untuk diberi

    kepada rakan-rakan sebelum pulang.

    8. Mereka sekeluarga sangat gembira dapat ____________________ di pantai

    Port Dickson yang cantik dan bersih.

    Port Dickson kereta memasak

    makanan

    buah tangan bermain pasir mandi-manda

    membentangkan perjalanan

    15

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    4.0 Fasa Tindakan

    4.1 Pelaksanaan

    Latihan 4.1 Membina ayat daripada kod tangan yang ditunjukkan di

    bawah.

    1.

    2.

    3.

    4.

    Fasa Tindakan

    16

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    4.2 Amalan Berterusan

    4.2.1 Peka kepada perkara sekeliling

    Murid dikehendaki untuk menyiapkan satu kad ucapan elektronik kepada ahli

    keluarga sebagai tanda penghargaan dan mengingati tarikh penting.

    Sebagai contoh, kad ucapan hari lahir.

    Laman kad ucapan sebagai contoh untuk digunakan oleh murid:

    http://www.karangkraf.com.

    Guru boleh mengadakan perbincangan dengan murid mengenai kebaikan

    mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga dan juga ibu bapa .

    17

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Helaian jawapan.

    Latihan 1.2.1

    1. Gambar satu : Keluarga yang bahagia.

    2. Gambar kedua: Keluarga yang bermasalah.

    Murid menyenaraikan kebaikan bagi anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga

    yang bahagia dan sempurna.

    1. Mendapat kasih sayang yang mencukupi.

    2. Membesar menjadi orang yang cemerlang

    3. Menghormati orang yang lebih tua

    4. Menjadi orang yang lebih bertimbang rasa

    5. Bertanggung jawab dan menghargai orang lain.

    2.1 Menjana idea.( Peta Minda. )

    Latihan 3.1.1

    1. Suasana keluarga yang positif dan kondisif boleh diwujudkan jika semua ahli

    keluarga menunjukkan kasih sayang dan interaksi yang sihat.

    2. Kekuatan ilmu diperlukan untuk mewujukan hubungan keluarga yang lebih baik

    3. Kekeruhan hidup berkeluarga berpunca masalah kurang ilmu dan kemahiran

    kekeluargaan.

    4. Ibu bapa perlu mempunyai ilmu mengenai pengurusan keluarga, kaedah dan

    pendidikan kanak-kanak.

    Peranan ibu bapa

    Memberikan kasih sayang

    Memberikan didikan yang mencukupi

    Menunjukkan contoh

    tauladan yang baik

    Kesan didikan kepada anak-anak

    Menjadi orang yang cemerlang dan berbudi

    bahasa

    Menjadi orang yang bertanggung jawab

    Menjadi orang pengasih dan menghormati orang yang

    lebih tua

    18

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Latihan 3.2.3

    1. Encik Imran dan keluarganya berkelah di Port Dickson .

    2. Mereka sekeluarga pergi ke sana dengan menaiki kereta .

    3. Puan Adlina memasak makanan kegemaran keluarganya.

    4. Anak-anak Encik Imran sangat gembira sepanjang perjalanan ke Port

    Dickson.

    5. Puan Adlina membentangkan tikar untuk keluarganya di bawah pohon

    yang rendang.

    6. Amir dan adiknya sangat gembira bermain pasir di pantai.

    7. Amir dan keluarga sempat membeli sedikit buah tangan untuk diberi

    kepada rakan-rakan sebelum pulang.

    8. Mereka sekeluarga sangat gembira dapat mandi-manda di pantai Port

    Dickson yang cantik dan bersih.

    Latihan 4.1

    1. Kami pergi berkelah

    2. Emak memasak mee

    3. Adik membina istana pasir.

    4. Abang berenang dengan gembira.

    19

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Kemahiran Menulis

    Tema/Tajuk Kekeluargaan (Rumahku Syurgaku)

    Masa : 60 Minit

    Standard

    Kandungan

    3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi

    dengan betul dan kemas

    Standard

    Pembelajaran

    3.2.7 Menulis secara mekanis satu perenggan ayat dalam

    bentuk tulisan berangkai yang betul

    Objektif

    Murid dapat:

    1. Menulis dengan menggunakan tulisan berangkai

    dengan betul dan kemas.

    2. Mengisyaratkan 5 kata kerja yang diberi dengan betul.

    Aktiviti

    Pembelajaran dan

    Pengajaran

    1. Murid mencantum jigsaw puzzle dan berbincang

    mengenai gambar. (EK 1.1)

    2. Murid membincangkan kata kerja yang terdapat di

    dalam gambar.

    3. Murid diperkenalkan dengan bentuk tulisan berangkai

    yang betul.

    4. Murid mengisyaratkan kad perkataan yang ditunjukkan

    oleh guru.

    5. Murid melengkapkan frasa ayat dengan betul.

    6. Murid mengisi tempat kosong dengan jawapan yang

    betul.

    7. Murid menulis tulisan berangkai dengan kemas dan

    betul berdasarkan ayat yang diberikan.

    8. Murid mengeja perkataan yang diisyarattkan oleh guru.

    9. Murid membuat lembaran kerja.

    Bahan Bantu

    Belajar

    1. Gambar (Persembahan Power Point)

    2. Jigsaw Puzzle

    3. Lembaran kerja

    Penilaian

    1. Guru menilai tahap penguasaan murid terhadap kod

    tangan.

    2. Murid boleh memahami maksud perkataan.

    3. Murid boleh menulis tulisan berangkai dengan betul dan

    kemas.

    EMK 1. Keusahawanan-EK 1.1

    2. TMK

    3. Nilai : Tolong-menolong, menjaga kebersihan

    Refleksi

    4 daripada 6 orang murid dapat menulis tulisan

    berangkai dengan betul dan kemas.

    2 orang murid diberi pemulihan dan 4 orang murid

    lain diberi aktiviti pengayaan.

    20

    Minggu

    1

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    1.0 FASA PERSEDIAAN

    1.1 Pemerhatian

    1.1.1 Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau

    Murid mencantum jigsaw puzzle dan berbincang mengenai gambar

    tersebut.

    1.2 Analisis

    1.2.3 Mengumpulkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu.

    Murid membincangkan kata kerja yang terdapat di dalam gambar.

    1. mengais

    2. menggembur

    3. menolak

    4. memetik

    5. mengelap

    Fasa Persediaan

    21

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    2.0 FASA IMAGINASI

    2.1 Penjanaan Idea

    2.1.2 Menghasilkan idea secara berterusan.

    Murid diperkenalkan dengan bentuk tulisan berangkai yang betul.

    Contoh frasa:

    1. mengais

    2. menggembur

    3. menolak

    4. memetik

    5. mengelap

    Fasa Imaginasi

    22

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    2.2 Sintesis Idea

    2.2.7 Membuat refleksi yang berterusan

    Murid mengisyaratkan perkataan menerusi tayangan persembahan

    power point.

    mengais

    menggembur

    memetik

    menolak

    mengelap

    23

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    3.0 FASA PERKEMBANGAN

    3.1 Penambahbaikan

    3.1.1 Menokok tambah idea

    Murid melengkapkan frasa ayat menggunakan kata kerja dan

    gambar yang diberi.

    (Lembaran Kerja 1)

    3.2 Menilai

    3.2.3 Membuat wajaran dengan betul

    Latihan 3.2.3 : Murid melengkapkan ayat menggunakan kata kerja yang

    betul.

    Arahan: Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

    1. Datuk sedang ___________________________ sampah di belakang rumah.

    2. Ayah sedang ___________________________ tanahdi bawah pokok.

    3. Abang sedang ___________________________ kereta sorong di halaman

    rumah.

    4. Ibu sedang ___________________________ terung menggunakan tangan.

    5. Kakak sedang ___________________________ peluh menggunakan tuala.

    Fasa Perkembangan

    mengais

    menggembur memetik

    menolak

    mengelap

    24

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    4.0 FASA TINDAKAN

    4.1 Pelaksanaan

    4.1.2 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami

    Latihan 4.1.2 : Murid menulis ayat lengkap menggunakan tulisan berangkai.

    Datuk sedang mengais sampah di belakang rumah

    Ayah sedang menggembur tanah di bawah pokok

    Abang sedang menolak kereta

    sorong di halaman rumah

    Ibu sedang memetik terung menggunakan tangan

    Kakak sedang mengelap peluh menggunakan tuala

    1. _________________________________________________________________.

    2. _________________________________________________________________.

    3. _________________________________________________________________.

    4. _________________________________________________________________.

    5. _________________________________________________________________.

    4.2 Amalan Berterusan

    4.2.3 Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baharu secara

    berterusan.

    Latihan 4.2.3 : Murid mengeja perkataan yang diisyaratkan oleh guru.

    1. mengais

    2. menggembur

    3. menolak

    4. memetik

    5. mengelap

    Fasa Tindakan

    25

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Lembaran Kerja 1

    Nama :______________________________

    Kelas :______________________________

    1. + = _____________________

    2. + = ______________________

    3. + = ______________________

    4. + = _______________________

    5. + = _______________________

    mengais

    menggembur

    memetik

    menolak

    mengelap

    26

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Lembaran Kerja 2

    Nama :______________________________

    Kelas :______________________________

    Arahan: Tulis semula ayat di bawah dengan menggunakan tulisan berangkai

    dalam satu perenggan.

    1. Datuk sedang mengais sampah di belakang rumah.

    2. Ayah sedang menggembur tanah di bawah pokok.

    3. Abang sedang menolak kereta sorong di halaman rumah.

    4. Ibu sedang memetik terung menggunakan tangan.

    5. Kakak sedang mengelap peluh menggunakan tuala.

    ___________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________

    27

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Lembaran Jawapan

    Lembaran Kerja 1

    1. Mengais sampah

    2. Menggembur tanah

    3. Menolak kereta sorong

    4. Memetik terung

    5. Mengelap peluh

    Latihan 3.2.3

    1. Datuk sedang mengais sampah

    di belakang rumah.

    2. Ayah sedang menggembur

    tanah di bawah pokok.

    3. Abang sedang menolak kereta

    sorong di halaman rumah.

    4. Ibu sedang memetik terung

    menggunakan tangan.

    5. Kakak sedang mengelap peluh

    menggunakan tuala.

    Latihan 4.1.2

    1. Datuk sedang mengais sampah di

    belakang rumah.

    2. Ayah sedang mengorek tanah di

    bawah pokok.

    3. Abang sedang menolak kereta

    sorong di halaman rumah.

    4. Ibu dan adik sedang memetik

    terung.

    5. Kakak sedang mengelap peluh

    sambil menyanyi.

    Latihan 4.2.3

    mengais menggembur

    memetik

    menolak mengelap

    28

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Lembaran Kerja 2

    Datuk sedang mencakar sampah di belakang rumah.

    Ayah sedang menggembur tanah di bawah pokok. Abang

    sedang menolak kereta sorong di halaman rumah. Ibu

    sedang memetik terung menggunakan tangan. Kakak

    sedang mengelap peluh menggunakan tuala.

    29

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Kemahiran Seni Bahasa

    Tema/Tajuk Kekeluargaan (Rumahku Syurgaku)

    Masa : 60 Minit

    Standard

    Kandungan

    4.1 Menyebut (kod tangan/ berisyarat) dan memahami

    unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

    Standard

    Pembelajaran

    4.1.1 Menyebut (kod tangan/ berisyarat) seni kata lagu

    yang mengandungi bahasa yang indah dalam

    nyanyian yang dipersembahkan secara didik hibur.

    Objektif

    Pada akhir Pembelajaran dan Pengajaran, murid dapat:

    1. Mengisyaratkan lirik lagu Sayangi Ibu Sayangi Bapa dengan betul sambil membuat pergerakan kreatif.

    2. Menulis perkataan yang betul berdasarkan isyarat

    yang diberi.

    Aktiviti Pembelajaran

    dan Pengajaran

    1. Murid menonton klip video.

    2. Murid diperkenalkan dengan kod tangan lagu Sayangi Ibu Sayangi Bapa.

    3. Murid menulis peranan ibu dan bapa.

    4. Murid mengisyaratkan seni kata lagu Sayangi Ibu Sayangi Bapa dengan bimbingan guru.

    5. Murid mengisyaratkan seni kata lagu Sayangi Ibu Sayangi Bapa tanpa bimbingan guru.

    6. Murid mengisyaratkan seni kata lagu Sayangi Ibu Sayangi Bapa sambil melakukan pergerakan bebas dengan iringan muzik.

    7. Murid menyiapkan lembaran kerja.

    Bahan Bantu

    Belajar

    1. Klip Video

    2. Persembahan Power Point

    Penilaian

    Pembelajaran dan

    Pengajaran

    1.Guru menilai tahap penguasaan murid terhadap kod

    tangan.

    2.Murid boleh menulis perkataan dengan betul.

    Elemen Merentas

    Kurikulum

    1.Nilai: Kasih sayang, hormat-menghormati

    2.TMK - Belajar Melalui TMK

    3.Keusahawanan EK2.2 menganalisis pemerhatian secara kritis dan kreatif.

    Refleksi

    1.Empat daripada enam orang murid dapat

    mengisyaratkan lirik lagu dan menulis perkataan dengan

    betul.

    2.Dua orang murid diberikan aktiviti pemulihan.

    3.Empat orang murid diberikan aktiviti pengayaan.

    FASA PERSEDIAAN

    Fasa Persediaan 30

    Minggu

    1

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    1.1 Pemerhatian

    1.1.1 Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa

    atau bau.

    Guru memaparkan video Keluarga Bahagia kepada murid-murid.

    1.1.2 Menumpukan pemerhatian kepada objek, perkataan, ayat atau

    teks secara menyeluruh.

    Guru memperkenalkan kod/isyarat lagu Sayangi Ibu Sayangi Bapa.

    Lirik Lagu: Sayangi Ibu Sayangi Bapa

    Geylang si paku geylang

    Geylang si rama-rama

    Pulang marilah pulang

    Marilah pulang bersama-sama

    Sayangi ibu sayangi bapa

    Jangan derhaka kepada mereka

    Besar jasanya tiada terhingga

    Hendak dibalas tiada upaya

    31

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    1.2 Analisis

    1.2.1 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul.

    Latihan 1.2.1: Murid menyatakan perbezaan di antara peranan bapa

    dan peranan ibu.

    Arahan: Tuliskan tiga peranan bapa dan peranan ibu.

    PERANAN BAPA PERANAN IBU

    FASA IMAGINASI

    2.1 Penjanaan Idea

    2.1.2 Menghasilkan idea secara berterusan.

    Murid mengisyaratkan seni kata lagu Sayangi Ibu Sayangi Bapa dengan bimbingan guru.

    2.1.4 Mencari hubung kait, gabung jalin atau corak berdasarkan

    maklumat yang ada.

    Murid mengisyaratkan seni kata lagu Sayangi Ibu Sayangi Bapa tanpa bimbingan guru.

    2.2 Sintesis Idea

    2.2.7 Membuat refleksi yang berterusan.

    Latihan 2.2.7: Murid melengkapkan tempat kosong berpandukan

    gambar kod tangan. (Lembaran Kerja 1)

    Fasa Imaginasi

    32

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    FASA PERKEMBANGAN

    3.1 Penambahbaikan

    3.1.1 Menokok tambah idea.

    Latihan 3.1.1 Murid melengkapkan teka silang kata. (Lembaran Kerja 2)

    3.2 Menilai

    3.2.3 Membuat wajaran dengan betul.

    Murid mengisyaratkan seni kata lagu Sayangi Ibu Sayangi Bapa sambil melakukan pergerakan bebas dengan iringan muzik.

    FASA TINDAKAN

    4.1 Pelaksanaan

    4.1.3 Menghasilkan idea tidak sama dengan orang lain, idea tidak

    seperti yang biasa dan idea yang belum ada atau frekuensi

    ideanya kecil.

    Latihan 4.1.3: Murid membina ayat berdasarkan gambar kod tangan

    yang diberi. (Lembaran Kerja 3)

    4.2 Amalan Berterusan

    4.2.3 Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baharu

    secara berterusan.

    Latihan 4.2.3: Murid membina ayat lengkap berdasarkan gambar-

    gambar kod tangan yang diberi. (Lembaran Kerja 4)

    Fasa Perkembangan

    Fasa Tindakan

    33

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Lembaran Kerja 1

    Nama: ______________________________ Kelas: _________________

    Arahan: Tulis semula lirik lagu di bawah dengan lengkap.

    Gelang si _______________ geylang

    Gelang si ________________________

    Pulang marilah ___________________

    Marilah pulang ber________________

    _____________________i ibu sayangi bapa

    Jangan _______________ kepada mereka

    Besar ______________ nya tiada terhingga

    Hendak dibalas tiada ___________________

    34

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Lembaran Kerja 2

    Nama: ______________________________ Kelas: _________________

    Arahan: Lengkapkan teka silang kata di bawah.

    1

    2

    4

    3

    5

    1

    2

    3

    4

    B

    5

    35

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Lembaran Kerja 3

    Nama: ______________________________ Kelas: _________________

    Arahan: Bina ayat berdasarkan gambar kod tangan yang diberi.

    1)

    ___________________________________________________________________________

    2)

    ___________________________________________________________________________

    3)

    ___________________________________________________________________________

    36

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Lembaran Kerja 4

    Nama: ______________________________ Kelas: _________________

    Arahan: Bina ayat yang lengkap berdasarkan gambar kod tangan yang diberi.

    1)

    ___________________________________________________________________________

    2)

    ___________________________________________________________________________

    3)

    __________________________________________________________________________

    4)

    ___________________________________________________________________________

    5)

    ___________________________________________________________________________

    37

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Lembaran Jawapan

    Latihan 1.2.1

    PERANAN BAPA PERANAN IBU

    Memberikan

    kasih sayang

    Menjadi model

    yang baik

    Menjadi ketua

    keluarga yang

    baik

    Menyediakan

    keperluan ahli

    keluarga

    Mencari rezeki

    yang halal

    Memberi nasihat

    dan pesanan

    Lembaran Kerja 1

    SAYANGI IBU SAYANGI BAPA

    Geylang si paku geylang

    Geylang si rama-rama

    Pulang marilah pulang

    Marilah pulang bersama-sama

    Sayangi ibu sayangi bapa

    Jangan derhaka kepada mereka

    Besar jasanya tiada terhingga

    Hendak dibalas tiada upaya

    Lembaran Kerja 2

    1) derhaka

    2) besar

    3) sayang

    4) balas

    5) jangan

    Lembaran Kerja 3

    1) Sayang sayang ibu dan ayah.

    2) Keluarga saya sangat besar.

    3) Abang sudah pulang dari sekolah.

    Lembaran Kerja 4

    1) Kita mestilah menyanyangi

    keluarga kita.

    2) Ibu telah membesarkan kita

    dengan baik.

    3) Kita haruslah membalas jasa ibu

    bapa kita.

    4) Jangan bercakap bohong kepada

    ayah.

    5) Kita tidak boleh derhaka kepada

    ibu dan ayah.

    38

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Kemahiran Tatabahasa

    Tema/Tajuk Kekeluargaan (Rumahku Syurgaku)

    Masa: 60 minit

    Standard

    Kandungan

    5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan

    betul mengikut konteks

    Standard

    Pembelajaran

    5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am tak

    hidup bukan institusi abstrak dengan betul mengikut

    konteks.

    Objektif

    Murid dapat:

    1. Mengisyaratkan sekurang-kurangnya lima kata nama

    am tak hidup bukan institusi abstrak dengan betul.

    2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima kata nama

    am tak hidup bukan institusi abstrak dengan betul.

    Aktiviti

    Pembelajaran dan

    Pengajaran

    1. Murid menyanyikan lagu Sayangi Ibu Sayangi Bapa menggunakan kod tangan yang telah dipelajari.( EK 1.1 )

    2. Murid mengisyaratkan perkataan-perkataan yang ditunjukkan

    oleh guru ( EK 1.1 )

    3. Murid mengisyaratkan isi kandungan surat yang dipaparkan

    dengan bimbingan guru.(EK 1.1)

    4. Murid mencari kata seerti bagi perkataan dan frasa .(EK 1.1)

    5. Murid mengisyaratkan kata nama am .(EK 1.1)

    6. Murid membuat pilihan kategori bagi kata nama am yang

    telah dipelajari.(EK 1.1)

    7. Murid menyenaraikan kata nama am tak hidup mengikut

    kategori .(EK 1.1)

    8.Murid menulis kata nama am tak hidup bukan institusi

    berdasarkan gambar kod tangan.(EK1.1)

    Bahan Bantu

    Belajar

    1. Lagu 4. Gambar

    2. Kad perkataan 5. Kad ayat

    3. Lembaran kerja

    Penilaian

    pembelajaran dan

    pembelajaran

    1. Mengeja dan mengisyaratkan kata nama am yang

    diberi dengan betul.

    2. Menyenaraikan kata nama am tak hidup mengikut

    kategori.

    3. Menulis kata nama am tak hidup bukan institusi

    berdasarkan gambar kod tangan.

    Elemen Merentas

    Kurikuulum

    Nilai : Kasih sayang, hormat menghormati, berbudi

    TMK,EK 1.2 Peka kepada peluang

    Refleksi

    __ daripada __ orang murid dapat menggunakan

    kata nama am tak hidup institusi dan bukan institusi

    dengan betul. __ orang murid yang belum menguasai

    diberi aktiviti pemulihan. __ orang murid yang telah

    menguasai diberikan aktiviti pengayaan.

    39

    Minggu

    1

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    FASA PERSEDIAAN

    1.1 Pemerhatian

    1.1.1 Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau

    bau

    Murid menyanyikan lagu Sayangi Ibu Sayangi Bapa menggunakan

    kod tangan yang telah dipelajari.

    Lirik Lagu: Sayangi Ibu Sayangi Bapa

    Geylang si paku geylang

    Geylang si rama-rama

    Pulang marilah pulang

    Marilah pulang bersama-sama

    Sayangi ibu sayangi bapa

    Jangan derhaka kepada mereka

    Besar jasanya tiada terhingga

    Hendak dibalas tiada upaya

    1.2 Analisis

    1.2.7 Mengimbas kembali idea

    Latihan 1.2.7: Murid mengisyaratkan perkataan-perkataan yang ditunjukkan

    oleh guru

    Arahan: Isyaratkan perkataan-perkataan di bawah:

    1) pulang

    2) sayang

    3) derhaka

    4) jasa

    5) upaya

    2 kali

    Fasa Persediaan

    40

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    FASA IMAGINASI

    2.1 Penjanaan Idea

    2.1.3 Menghasilkan idea yang bermakna

    Murid mengisyaratkan isi kandungan surat yang dipaparkan dengan

    bimbingan guru

    2.1.4 Mencari hubung kait, gabung jalin atau corak berdasarkan maklumat

    yang ada

    14, Park Avenue,

    Oxford Street,

    London.

    11 Januari 2013.

    Ke hadapan Nenda Siti Melur yang berada di Cheras, semoga sentiasa afiat

    dan sejahtera hendaknya.

    Nenda yang Norman sayangi,

    Cucunda di sini sihat tetapi sibuk dengan kuliah dan program kajian

    kursus di University of London ini. Tujuan cucunda menghantar surat ini

    adalah untuk bertanyakan khabar nenda di tanah air.

    Bagaimanakah keadaan nenda sekarang?Cucunda mendapat berita

    daripada e-mel yang dihantar oleh Adinda Fahmi bahawa nenda baru

    keluar dari hospital.Cucunda berharap dan berdoa agar nenda sentiasa

    sihat seperti sediakala.Nenda juga perlu banyak berehat dan jangan lupa

    makan ubat.

    Bersama-sama surat ini cucunda sertakan lima keping gambar foto

    cucunda di beberapa tempat peranginan di England. Semoga bingkisan ini

    dapat mengubati kerinduan nenda terhadap cucunda.

    Akhir kata, sampaikanlah salam cucunda kepada ayahanda, bonda,

    Adinda Fahmi dan Kakanda Suhana.

    Sekian, terima kasih.

    Cucundamu,

    Norman

    Fasa Imaginasi

    41

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Latihan 2.1.4: Murid mencari kata seerti bagi perkataan dan frasa yang

    dicetak berwarna merah dalam surat yang telah diisyaratkan.

    Arahan: Tuliskan kata seerti bagi perkataan-perkataan di bawah:

    1) afiat : ____________________

    2) program : ____________________

    3) sediakala : ____________________

    4) tempat peranginan : ____________________

    2.2 Sisntesis Idea

    2.2.1 Membuat kesimpulan, membuat pengitlakan dan membina tajuk

    Guru memperkenalkan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak

    kepada murid

    Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi:

    - sejahtera

    - kuliah

    - kursus

    - khabar

    - berita

    - bingkisan

    - kerinduan

    Murid mengisyaratkan kata nama am tersebut

    FASA PERKEMBANGAN

    3.1 Penambah baikan

    3.1.1 Menokok tambah idea

    Guru memperkenalkan kata nama am tak hidup institusi kepada murid

    Kata Nama Am Tak Hidup Institusi:

    - sekolah - lembaga

    - hospital - universiti

    - kolej - syarikat

    Murid mengisyaratkan kata nama am tersebut

    Fasa Perkembangan

    42

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    3.2 Menilai

    3.2.3 Membuat wajaran dengan betul

    Latihan 3.2.3: Murid membuat pilihan kategori bagi kata nama am yang

    telah dipelajari

    Arahan: Bulatkan kategori yang betul bagi kata nama am di bawah

    BIL. KATA NAMA AM KATEGORI

    1. Sejahtera Kata Nama Am Tak Hidup

    institusi / bukan institusi

    2. Lembaga Kata Nama Am Tak Hidup

    institusi / bukan institusi

    3. Kolej Kata Nama Am Tak Hidup

    institusi / bukan institusi

    4. Bingkisan Kata Nama Am Tak Hidup

    institusi / bukan institusi

    5. University Kata Nama Am Tak Hidup

    institusi / bukan institusi

    6. Kursus Kata Nama Am Tak Hidup

    institusi / bukan institusi

    7. Khabar Kata Nama Am Tak Hidup

    institusi / bukan institusi

    8. Berita Kata Nama Am Tak Hidup

    institusi / bukan institusi

    9. Sekolah Kata Nama Am Tak Hidup

    institusi / bukan institusi

    10. Kerinduan Kata Nama Am Tak Hidup

    institusi / bukan institusi

    11. Hospital Kata Nama Am Tak Hidup

    institusi / bukan institusi

    12. Kuliah Kata Nama Am Tak Hidup

    institusi / bukan institusi

    13. Syarikat Kata Nama Am Tak Hidup

    institusi / bukan institusi

    FASA TINDAKAN

    4.1 Pelaksanaan

    4.1.2 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami

    Latihan 4.1.2: Murid menyenaraikan kata nama am tak hidup mengikut

    kategori

    Fasa Tindakan

    43

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    (Lembaran Kerja 1)

    4.2 Amalan Berterusan

    4.2.1 Peka kepada perkara sekeliling

    Latihan 4.2.1: Murid menulis kata nama am tak hidup bukan institusi

    berdasarkan gambar kod tangan

    (Lembaran Kerja 2)

    44

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Lembaran Kerja 1

    Nama: ______________________________ Kelas: _________________

    Arahan: Lengkapkan jadual di bawah dengan kata nama am yang betul.

    KATA NAMA AM TAK HIDUP

    BUKAN INSTITUSI

    KATA NAMA AM TAK HIDUP

    INSTITUSI

    syarikat kerinduan sejahtera

    lembaga berita sekolah

    universiti kolej kuliah

    hospital kursus khabar

    bingkisan

    45

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Lembaran Kerja 2

    Nama: ______________________________ Kelas: _________________

    Arahan: Tuliskan kata nama am berdasarkan kod gambar yang diberi.

    1)

    ________________________________________________

    2)

    ________________________________________________

    3)

    ________________________________________________

    4)

    ________________________________________________

    5)

    ________________________________________________

    6)

    ________________________________________________

    46

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Lembaran Jawapan

    Latihan 1.2.7

    1) 2) 3)

    4) 5)

    Latihan 2.1.4

    1) sihat 2) aktiviti

    3) biasa 4) kawasan pelancongan

    Latihan 3.2.3

    Arahan: Tuliskan kategori yang betul bagi kata nama am di bawah

    BIL. KATA NAMA AM KATEGORI

    1. sejahtera Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi

    2. lembaga Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi

    3. kolej Kata Nama Am Tak Hidup Institusi

    4. bingkisan Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi

    5. universiti Kata Nama Am Tak Hidup Institusi

    6. kursus Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi

    7. khabar Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi

    8. berita Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi

    9. sekolah Kata Nama Am Tak Hidup Institusi

    10. kerinduan Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi

    11. hospital Kata Nama Am Tak Hidup Institusi

    12. kuliah Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi

    13. syarikat Kata Nama Am Tak Hidup Institusi

    47

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Lembaran Kerja 1

    KATA NAMA AM TAK HIDUP

    BUKAN INSTITUSI

    KATA NAMA AM TAK HIDUP

    INSTITUSI

    kerinduan syarikat

    sejahtera universiti

    lembaga kolej

    berita hospital

    kuliah sekolah

    kursus -

    Khabar -

    Lembaran Kerja 2

    1) kerinduan

    2) sejahtera

    3) berita

    4) kursus

    5) khabar

    6) bingkisan

    48

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Kemahiran Melihat, mengecam , mendengar, berisyarat, menyebut

    dan bertutur.

    Tema/Tajuk Kekeluargaan (Keluarga harmoni hidup diberkati)

    Masa: 60 Minit

    Standard

    Kandungan

    1.3 Melihat, mengecam, mendengar dan memberi respons

    terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang

    diterima dengan betul.

    Standard

    Pembelajaran

    1.3.1 Melihat, mengecam, mendengar, memahami dan

    memberikan respon yang sesuai secara isyarat dan lisan

    terhadap arahan mengikut urutan dengan betul.

    Objektif

    Murid dapat

    1) Berbual dengan menggunakan komunikasi seluruh

    dengan betul.

    2) Memahami sesuatu arahan dengan betul

    3) Memahami lima frasa dan ayat dengan betul.

    Aktiviti

    Pembelajaran dan

    Pengajaran

    1)Bersoal jawab untuk mendapatkan maklumat.(EK1.1)

    2) Mencari hubungkait, gabung jalin atau corak

    berdasarkan maklumat yang ada

    3) Menyediakan sandwich mengikut arahan dengan teratur

    dan betul.

    4) Merumuskan isi dengan nilai yang berkaitan dengan

    tugasan.

    Bahan Bantu

    Belajar

    1) Gambar 2) Kad perkataan

    3) Kad ayat 4) Persembahan powerpoint

    Penilaian

    Pembelajaran dan

    Pengajaran

    1)Murid boleh menyediakan sandwich mengikut arahan

    dengan teratur.

    2)Merumus isi dengan menyatakan nilai yang berkaitan

    dengan tugasan.

    3)Guru menilai penguasaan murid terhadap kod isyarat

    murid semasa berinteraksi.

    EMK Nilai: kasih sayang, hormat menghormati, kerjasama

    Keusahawanan. EK1.1

    TMK Belajar melalui TMK

    Refleksi

    Tiga daripada 5 orang murid telah menguasai

    kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik.

    Dua orang murid yang masih belum menguasai

    diberikan aktiviti pemulihan.

    Tiga orang murid yang telah menguasai kemahiran

    diberikan aktiviti pengayaan.

    Minggu

    3

    49

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Fasa persediaan

    1.1 Pemerhatian

    1.1.1 Guru menunjukkan gambar sebuah keluarga sedang berkelah di tepi

    pantai. (powerpoint)

    1.2 Analisis

    1.2.1 Mengumpulkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu

    Lisan 1.2.1

    Guru bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti yang boleh dilakukan

    bersama keluarga ketika berkelah di tepi pantai

    Contoh soalan :

    1) Apakah aktiviti yang dapat kamu perhatikan pada gambar di atas?

    2) Ceritakan tentang gambar di atas dengan menggunakan ayat sendiri.

    3) Ceritakan pengalaman kamu ketika berkelah bersama-sama keluarga.

    Fasa Persediaan

    50

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Fasa Imaginasi

    2.1 Penjanaan idea

    2.1.4 Mencari hubungkait, gabung jalin atau corak berdasarkan maklumat

    yang ada.

    Latihan 2.1.1

    Anas dan adiknya Elly telah menyediakan sandwich untuk dibawa ke Port Dickson.

    Nomborkan langkah-langkah penyediaan sandwich mengkut urutan yang betul

    berdasarkan gambar.

    Letakkan timun diatas roti tersebut.

    Akhir sekali potongkan roti kepada dua bahagian berbentuk segi tiga.

    Mula-mula ambil sekeping roti dan sapukan majerin.

    Lekapkan kedua-dua kepingan roti tersebut.

    Kemudian ratakan sardin ke seluruh permukaan roti.

    2.2 Sintesis idea

    2.2.1 Menentukan maklumat diperoleh mencukupi dan memastikan sama

    ada maklumat tambahan diperlukan.

    Latihan 2.2.1

    Murid menyatakan dengan lebih lanjut

    tentang kawasan yang sesuai bagi aktiviti

    yang terdapat dalam gambar di atas.

    1)

    2)

    3)

    4)

    5)

    Fasa Imaginasi

    51

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Fasa Perkembangan

    3.1 Penambahbaikan

    3.1.1 Memberi pelbagai contoh berkaitan dengan tugasan.

    Latihan 3.1.1

    Murid diminta menyenaraikan 4 aktiviti lain yang boleh dilakukan bersama-

    sama keluarga untuk mengeratkan kasih sayang. (gambar di bawah sebagai

    panduan)

    3.2 Menilai

    3.2.1 Membuat wajaran yang betul

    Aktiviti 3.2.1

    Murid bersoal jawab dengan guru.

    1) Apakah bukti yang menunjukkan kamu menyayangi keluarga?

    2) Aktiviti bersama-sama keluarga dapat mempererat kasih sayang.

    Mengapakah kita memerlukan kasih sayang?

    Fasa Perkembangan

    52

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Fasa Tindakan

    4.1 Perlaksanaan

    4.1.1 Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil dan

    khusus.

    Latihan 4.1.1

    Murid diminta menyediakan sandwich mengikut arahan dengan teratur dan betul

    secara bertulis berdasarkan gambar

    .

    Letakkan timun diatas roti tersebut

    Akhir sekali potongkan roti kepada dua bahagian berbentuk segitiga

    Lekapkan kedua-dua kepingan roti tersebut

    Mula-mula ambil sekeping roti dan sapukan majerin

    Kemudian ratakan sardin ke seluruh permukaan roti

    Fasa Tindakan

    53

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    4.2 Amalan berterusan

    4.2.1 Peka kepada perkara di sekeliling

    Latihan 4.2.1

    Rumuskan isi pelajaran dengan menerapkan 3 nilai murni yang berkaitan

    dengan tugasan.

    1).

    2).

    3).

    54

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Jawapan :

    Lisan 1.2.1

    Guru bersoal jawab dengan murid

    tentang aktiviti yang boleh dilakukan

    bersama keluarga ketika berkelah di

    tepi pantai

    Contoh soalan :

    1) Terdapat beberapa buah keluarga

    sedang berkelah di tepi pantai.

    2 Suasana pada hujung minggu di

    Pantai Cahaya Bulan penuh dengan

    pengunjung-pengunjung yang

    datang bersama-sama keluarga untuk

    berkelah. Kelihatan para ibu sedang

    sibuk menyediakan makanan untuk

    keluarga.Anak-anak kecil berkejaran

    di gigi pantai bermain ombak.

    3 Saya berkelah bersama-sama

    keluarga. Semasa berkelah, kami

    membawa bekalan, pelampung dan

    bola.Kami bermain bola di

    pantai.Semasa mandi, kami berhati-

    hati dan mematuhi arahan yang

    diberikan oleh pihak berkuasa.Kami

    berasa puas kerana dapat berkelah di

    Pantai Cahaya Bulan.

    Latihan 2.1.1

    2 Letakkan timun diatas roti tersebut

    5 Akhir sekali potongkan roti kepada

    dua bahagian berbentuk segi tiga

    1 Ambil sekeping roti dan sapukan

    majerin

    4 Lekapkan kedua-dua kepingan roti

    tersebut

    3 Kemudian ratakan sardin ke seluruh

    permukaan roti

    Latihan 2.2.1

    Murid menyatakan dengan lebih

    lanjut tentang kawasan yang sesuai

    bagi aktiviti yang terdapat dalam

    gambar di atas.

    1) Air Terjun 2) Tepi tasik

    3) Tepi sungai 4) Taman rekreasi

    5) Tepi pantai

    Latihan 3.1.1

    1) Berkebun 2) Menonton

    wayang

    3) Beriadah 4) Memancing

    5) Membeli-belah

    Aktiviti 3.2.1

    1) Menghormati pandangan dan

    pendapat mereka.

    2) Mendengar nasihat atau teguran

    mereka.

    3) Membantu mereka sekiranya perlu.

    Latihan 4.1.1

    1. Mula-mula ambil sekeping roti

    dan sapukan majerin

    2. Letakkan timun diatas roti

    tersebut

    3. Kemudian ratakan sardin ke

    seluruh permukaan roti

    4. Lekapkan kedua-dua kepingan

    roti tersebut

    5. Akhir sekali potongkan roti

    kepada dua bahagian berbentuk

    segitiga

    2) Jawapan : Kasih sayang perlu

    dipupuk dan dipererat. Sekiranya kasih

    sayang dipupuk, hubungan keluarga

    akan menjadi rapat. Dengan itu,

    kehidupan kita akan berasa seronok

    dan sentiasa riang.

    Latihan 4.2.1

    1) Kita perlu mengeratkan kasih

    sayang sesama ahli keluarga.

    2) Sikap saling menghormati antara

    ahli keluarga dapat memperkukuhkan

    hubungan kekeluargaan.

    3) Sifat bekerjasama antara keluarga

    dapat memupuk semangat

    kekeluargaan antara satu sama lain.

    55

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Kemahiran MEMBACA

    Tema/Tajuk Kekeluargaan

    Masa : 60 Minit

    Standard

    Kandungan

    2.3 Membaca dengan mengisyaratkan pelbagai bahan

    dengan lancar, jelas dan betul

    Standard

    Pembelajaran

    2.3.2 Membaca / berisyarat pelbagai jenis bahan bacaan

    yang mengandungi pelbagai jenis ayat dengan jelas /

    betul

    Objektif

    Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat;

    1) Membaca sekurang-kurangnya 8 daripada 10 ayat

    daripada petikan yang diberikan.

    2) Mencari isi penting daripada petikan perbualan yang

    dibaca.

    3) Membina ayat lengkap.

    Aktiviti

    Pembelajaran dan

    Pengajaran

    1.Guru menayangkan gambar perkhemahan

    menggunakan LCD.

    2.Murid meneliti gambar yang ditayangkan dan bersoal-

    jawab dengan guru.

    3.Murid membaca petikan menggunakan isyarat atau kod

    dengan bantuan guru.

    4.Murid membaca petikan perbualan dan bersoal jawab

    tentang petikan yang dibaca.

    5.Murid menjawab soalan yang di berikan.

    Bahan Bantu

    Belajar

    Komputer, Persembahan Power Point, Teks Bacaan,

    Gambar, Lembaran Kerja.

    Penilaian

    Pembelajaran dan

    Pengajaran

    Murid dapat menaakul gambar dan membaca petikan

    berdasarkan teks bacaan yang ditayangkan melalui

    persembahan Power Point.

    Elemen Merentas

    Kurikulum

    Nilai: Bertanggungjawab, Kasih-sayang

    TMK belajar melalui TMK

    EK 2.3 menghasilkan idea dari pemerhatian

    Refleksi

    1.Empat daripada enam orang murid dapat menjawab

    soalan dengan betul.

    2.Dua orang murid diberikan aktiviti pemulihan.

    3.Empat orang murid diberikan aktiviti pengayaan.

    56

    Minggu

    1

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    FASA PERSEDIAAN

    1.1 Pemerhatian

    1.1.1 Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau

    bau

    Guru menayangkan slaid gambar satu kawasan perkelahan di tepi pantai

    kepada semua murid. Guru meminta murid supaya mengenal pasti aktiviti

    dan situasi tempat yang ditayangkan.

    Guru meminta murid supaya mengenalpasti kawasan, aktiviti dan ahli keluarga

    yang terlibat dalam gambar.

    1.2 Analisis

    1.2.3 Mengumpulkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu

    Guru meminta murid supaya menceritakan pengalaman sendiri mengenai

    perkelahan yang pernah dihadiri bersama ahli keluarga di pantai atau tempat-

    tempat yang lain

    Fasa Persediaan

    57

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    FASA IMAGINASI

    2.1 Penjanaan idea

    2.1.4 Mencari hubung kait, gabung jalin atau corak berdasarkan maklumat yang

    ada

    Murid- murid membaca dan menyatakan isi-isi penting yang terdapat dalam

    petikan perbualan. Murid mengambil tempat untuk melakonkan kembali dialog

    perbualan di antara nenek,ayah dan Fahmi.

    Nenek : Fahmi, berapa harikah cuti sekolah?

    Fahmi : Satu minggu, nek.

    Nenek : Apakah rancangan Fahmi pada cuti kali ini?

    Fahmi : Saya akan menyertai Kem Motivasi Jati Diri selama empat hari. Kem itu

    dimulakan hari Rabu, nek.

    Nenek : Di manakah kegiatan itu akan diadakan? Sudahkah Fahmi meminta

    kebenaran daripada ayah dan ibu?

    Ayah : Sudah. Saya telah menandatangani surat kebenaran. Kem itu

    diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kem tersebut memang

    baik untuk murid-murid.

    Nenek : Oh, begitu! Apakah yang akan Fahmi buat semasa berada di sana

    nanti?

    Fahmi : Banyak perkara, nek. Antaranya mengikuti ceramah dan kegiatan

    riadah.

    Nenek : Wah, menarik sungguh kem motivasi itu!

    Ibu : Saya telah menyiapkan alatan dan pakaian yang perlu dibawa

    oleh Fahmi nanti. Seluar trek berwarna hitam sahaja belum

    dibeli oleh ayahnya. Abang, tolong belikan seluar trek itu, ya.

    Ayah : Semasa dalam perjalanan pulang nanti kita singgah di Pasar

    Raya Addin. Ayah akan membelikan Fahmi seluar trek itu, ya.

    Fahmi : Terima Kasih, ayah. Saya amat menyayangi ayah, ibu, nenek

    dan adik-beradik yang lain. Semuanya baik belaka.

    Fasa Imaginasi

    58

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    2.2 Sintesis idea

    2.2.3 Menentukan maklumat yang di perolehi mencukupi dan memastikan sama

    ada

    maklumat tambahan di perlukan.

    Latihan 2.2.3 : Murid diminta menyenaraikan isi-isi penting yang terdapat dalam

    dialog berdasarkan borang pengurusan grafik yang di sediakan.

    Kata Kunci Isi penting

    berkelah berkelah bersama-sama keluarga

    kem motivasi

    kebenaran

    diadakan

    kegiatan

    seluar trek

    3.0 FASA PERKEMBANGAN

    3.1 Penambahbaikan

    3.1.1 Menokok tambah idea

    Guru menyoal murid mengenai peralatan dan barang-barang yang perlu dibawa

    semasa aktiviti perkelahan.

    Fasa Perkembangan

    59

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Latihan 3.1.1

    Peralatan yang digunakan semasa perkelahan.

    60

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    3.2 Penilaian

    3.2.3 Membuat wajaran yang betul.

    Latihan membina ayat berdasarkan perkataan yang di beri.

    1.

    .

    2.

    ...

    3.

    4.

    ..

    5.

    abang - air - cawan

    ayah - tikar - pokok

    sudu - kotor - basuh

    abang - makan - pinggan

    adik - minum - habis

    61

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    4.0 FASA TINDAKAN

    4.1 Pelaksanaan

    4.1.2 Menghuraikan butiran idea kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil

    dan khusus

    Senaraikan lima tempat perkelahan yang diketahui oleh murid.

    1. ..

    2. ..

    3. ..

    4. ..

    5. ..

    4.2 Amalan berterusan

    4.2.1 Peka kepada perkara sekeliling.

    Murid-murid di minta melayari internet untuk melihat video klip suasana

    perkhemahan.

    Video klip ini boleh dilihat melalui laman sesawang

    http://www.youtube.com/watch?v=Fxitvqb3MQw&feature=related.

    Guru bersoal jawab dengan murid mengenai kebaikan aktiviti perkhemahan

    bersama keluarga. Murid diminta memberikan pendapat mengenai kebaikan yang

    mereka ketahui.

    Fasa Tindakan

    62

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Cadangan jawapan.

    1.1.1 Guru meminta murid supaya

    mengenal pasti aktiviti dan situasi

    tempat yang ditayangkan.

    Beberapa kumpulan keluarga

    sedang berkelah di tepi pantai.

    1.2.3 Guru meminta murid supaya

    menceritakan pengalaman sendiri

    mengenai perkelahan yang pernah

    dihadiri bersama ahli keluarga di pantai

    atau tempat-tempat yang lain.

    Pantai Cahaya Bulan

    Jeram Linang

    Kolam Air Panas Sungai Klah

    Taman Tasik Permaisuri

    Air Terjun Gunung Stong

    2.1.4 Murid- murid membaca dan

    menyatakan isi-isi penting yang terdapat

    dalam petikan perbualan.

    menyertai Kem Motivasi Jati Diri

    selama empat hari

    diadakan di Universiti Kebangsaan

    Malaysia

    telah menandatangani surat

    kebenaran

    aktiviti yang akan di jalankan ialah

    ceramah dan riadah

    alatan dan pakaian yang perlu

    dibawa

    2.2.3 Murid diminta menyenaraikan isi-isi

    penting yang terdapat dalam dialog

    berdasarkan borang pengurusan grafik

    yang di sediakan.

    Kata Kunci Isi penting

    berkelah berkelah bersama-

    sama keluarga

    kem motivasi menyertai Kem

    Motivasi Jati Diri

    selama empat hari

    kebenaran telah

    menandatangani

    surat kebenaran

    diadakan diadakan di

    Universiti

    Kebangsaan

    Malaysia

    kegiatan aktiviti yang akan di

    jalankan ialah

    ceramah dan

    riadah

    seluar trek alatan dan pakaian

    yang perlu dibawa

    3.1.1 Peralatan yang digunakan

    semasa perkelahan.

    Cawan

    Tikar

    Sudu

    Pinggan

    Minuman

    3.2.3 Latihan membina ayat

    berdasarkan perkataan yang di beri.

    Abang minum air menggunakan

    cawan

    Ayah membentangkan tikar di bawah

    pokok

    Sudu yang kotor perlu dibasuh

    sebelum di gunakan

    Abang makan nasi menggunakan

    pinggan

    Adik minum air sirap hingga habis

    4.1.2 Senaraikan lima tempat

    perkelahan yang diketahui oleh murid.

    1. Pantai Cahaya Bulan

    2. Jeram Linang

    3. Kolam Air Panas Sungai Klah

    4. Taman Tasik Permaisuri

    5. Air Terjun Gunung Stong

    63

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Kemahiran Menulis

    Tema/Tajuk Kekeluargaan (Keluarga Harmoni Hidup Diberkati)

    Masa : 60 minit

    Standard

    Kandungan

    3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat

    dengan betul.

    Standard

    Pembelajaran

    3.3.3 Membina dan menjawab pemahaman berdasarkan

    soalan bertumpu dengan betul dan kemas.

    Objektif

    Murid dapat:

    1. Menulis empat ayat majmuk dengan betul.

    2. Menjawab sekurang-kurangnya 4 soalan dengan betul

    berdasarkan petikan.

    3. Menulis 5 nilai murni berdasarkan petikan.

    Aktiviti

    Pembelajaran dan

    Pengajaran

    1. Murid menonton klip video Keluarga Saya. (EK2.1) 2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang apa yang

    terdapat dalam kandungan video. (EK1.1)

    3. Murid memberi maklumbalas hasil daripada klip video

    yang ditonton. (EK2.2)

    Bahan Bantu

    Belajar

    1. Persembahan video

    2. Petikan Karangan

    3. Lembaran kerja

    Penilaian

    Pembelajaran dan

    Pengajaran

    1. Murid boleh menulis ayat majmuk dengan betul.

    2. Murid memahami petikan.

    3. Murid dapat mengenalpasti nilai murni.

    EMK TMK EK1.9 Berkeupayaan memimpin Nilai : Rajin, berusaha

    Refleksi 3 daripada 5 orang murid dapat menjawab 4 soalan

    pemahaman dengan betul.

    2 orang murid lagi diberikan aktiviti pemulihan.

    Minggu

    4

    64

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    1.0 FASA PERSEDIAAN

    2.0 1.1 Pemerhatian

    1.1.1 Menggunakan deria rasa penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau.

    Murid menonton klip video Keluarga Saya. Video klip ini boleh dilihat melalui laman sesawang

    (http://www.youtube.com/watch?v=SeTAmr5RP90&feature=player_detail

    page)

    1.1.2 Menumpukan pemerhatian kepada objek, perkataan, ayat atau teks

    secara menyeluruh.

    Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan video yang dipaparkan.

    Contoh soalan:

    1. Apakah yang kamu lihat di dalam video tadi?

    2. Keluarga tersebut terdiri daripada berapa orang?

    3. Apakah makanan kegemaran adik perempuan dalam keluarga

    tersebut?

    1.2 Analisis

    1.2.7 Mengimbas kembali idea.

    Murid menyenaraikan ahli keluarga yang terdapat dalam tayangan video tersebut.

    1. _________________________________________.

    2. _________________________________________.

    3. _________________________________________.

    4. _________________________________________.

    5. _________________________________________.

    6. _________________________________________.

    7. _________________________________________.

    8. _________________________________________.

    Fasa Persediaan

    65

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    3.0 FASA IMAGINASI

    .1 Penjanaan Idea

    2.1.3 Menghasilkan idea yang bermakna.

    Membimbing murid membina ayat berdasarkan cerita yang ditonton.

    Contoh ayat:

    1. Ini keluarga saya.

    2. Saya mempunyai ayah,ibu, abang, kakak dan adik perempuan.

    3. Ayah dan ibu suka berkebun pada masa lapang.

    2.2 Sintersis Idea

    2.2.7 Membuat refleksi yang berterusan

    Murid membina ayat majmuk berdasarkan gambar (Lembaran

    Kerja 1).

    4.0 FASA PERKEMBANGAN

    3.1 Penambahbaikan

    3.1.1 Menokok tambah idea

    Murid membaca cerita dengan isyarat (kod tangan) yang betul.

    Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan di atas.

    Fasa Imaginasi

    Fasa Perkembangan

    Keluarga Iskandar

    Iskandar murid tahun Lima Mawar. Dia bersekolah di Sekolah

    Kebangsaan Pendidikan Khas Melaka. Dia mempunyai dua orang adik

    lelaki yang bernama Imran dan Iqmal. Ibunya seorang suri rumah

    sepenuh masa. Ayahnya pula bekerja sebagai seorang doktor.

    Di sekolah, Iskandar adalah seorang murid yang

    bertanggungjawab. Dia sentiasa menyiapkan kerja sekolah yang

    diberikan oleh gurunya. Pada masa lapang, Iskandar suka membaca

    buku. Dia juga sering membantu ibunya menguruskan adik-adiknya di

    rumah.

    Pada waktu malam, mereka sekeluarga suka menonton televisyen

    bersama-sama. Selain itu,setiap hujung minggu mereka sering

    melakukan aktiviti riadah di taman berhampiran rumah mereka. Mereka

    sekeluarga hidup aman dan bahagia.

    66

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    1. Di manakah Iskandar belajar?

    _____________________________________________________________________

    2. Berapakah umur Iskandar?

    _____________________________________________________________________

    3. Apakah pekerjaan ayah dan ibu Iskandar?

    _____________________________________________________________________

    4. Adakah Iskandar seorang murid yang rajin? Berikan sebabnya.

    _____________________________________________________________________

    5. Apakah yang dilakukan oleh Iskandar pada hujung minggu?

    _____________________________________________________________________

    3.2 Menilai

    3.2.2 Menyatakan kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan,

    kelebihan dan kekurangan berdasarkan bukti atau alasan tertentu.

    Guru meminta murid menyenaraikan nilai murni yang terdapat dalam

    petikan.

    1. _______________________

    2. _______________________

    3. _______________________

    4. _______________________

    5. _______________________

    67

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    4.0 FASA TINDAKAN

    4.1 Pelaksanaan

    4.1.2 Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil

    dan khusus.

    Murid menulis nilai murni berdasarkan pernyataan yang betul untuk

    melengkapkan ulasan (Lembaran Kerja 2).

    4.2 Amalan berterusan

    4.2.3 Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baharu secara

    berterusan.

    Murid mengisyaratkan ayat yang diberi oleh guru.

    1. Iskandar adalah seorang murid yang bertanggungjawab.

    2. Dia sentiasa menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya.

    3. Pada masa lapang, Iskandar suka membaca buku.

    4. Dia juga sering membantu ibunya menguruskan adik-adiknya di

    rumah.

    5. Setiap hujung minggu mereka sering melakukan aktiviti riadah di

    taman.

    Fasa Tindakan

    68

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Lembaran Kerja 1

    Nama :_______________________________________________

    Kelas :___________________

    ________________________________________________________

    ________________________________________________________

    ________________________________________________________

    ________________________________________________________

    ________________________________________________________

    ________________________________________________________

    ________________________________________________________

    ________________________________________________________

    1

    .

    4

    .

    3

    .

    2

    .

    69

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Lembaran Kerja 2

    Nama :_______________________________________________

    Kelas :___________________

    Arahan: Tulis ulasan yang lengkap berdasarkan jadual yang diberi.

    Bil Pernyataan Nilai Murni

    1 Iskandar adalah seorang murid yang

    bertanggungjawab.

    2 Dia sentiasa menyiapkan kerja sekolah

    yang diberikan oleh gurunya.

    3 Pada masa lapang, Iskandar suka

    membaca buku.

    4 Dia juga sering membantu ibunya

    menguruskan adik-adiknya di rumah.

    5 Setiap hujung minggu mereka sering

    melakukan aktiviti riadah di taman.

    Nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah ________________________

    seperti ______________________________________________. Kedua ______________

    ___________ contohnya ____________________________________________________

    _______________________. Selain itu ________________________ seperti __________

    ______________________________________________________. Seterusnya _________

    _________________ contohnya _____________________________________________________

    ____________________________________________. Akhir sekali ialah ____________________

    ___________ _______________ seperti _______________________________________________

    ________________________________________________________________.

    berdisiplin rajin menjaga kesihatan

    tolong-menolong bertanggungjawab

    70

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Lembaran Jawapan

    Latihan 1.2.7

    1. Ayah 2. Ibu

    3. Abang 4. Kakak

    5. Adik

    perempuan

    6. Bapa

    saudara

    7. Ibu

    saudara

    8. Sepupu

    Latihan 3.1.1

    1. Iskandar belajar di Sekolah

    Kebangsaan Pendidikan Khas

    Melaka.

    2. Umur Iskandar ialah 11 tahun.

    3. Ayah Iskandar bekerja sebagai

    doktor dan ibunya seorang suri

    rumah sepenuh masa.

    4. Ya, kerana dia sentiasa

    menyiapkan kerja sekolah yang

    diberikan oleh gurunya.

    5. Setiap hujung minggu

    Iskandar dan keluarga sering

    melakukan aktiviti riadah di

    taman berhampiran rumah

    mereka.

    Latihan 3.2.2

    1. Bertanggung jawab

    2. Berdisiplin

    3. Rajin

    4. Tolong menolong 5. Menjaga kesihatan

    Lembaran Kerja 1

    1. Saya mempunyai sebuah

    keluarga yang bahagia.

    2. Adik perempuan saya suka

    makan aiskrim.

    3. Saya dan ayah suka

    menangkap ikan di sungai.

    4. Pada masa lapang, ayah dan

    ibu saya suka berkebun.

    Lembaran Kerja 2

    Bi

    l

    Pernyataan Nilai Murni

    1 Iskandar adalah

    seorang murid

    yang

    bertanggungja

    wab.

    Bertanggungja

    wab

    2 Dia sentiasa

    menyiapkan

    kerja sekolah

    yang diberikan

    oleh gurunya.

    Berdisiplin

    3 Pada masa

    lapang, Iskandar

    suka membaca

    buku.

    Rajin

    4 Dia juga sering

    membantu

    ibunya

    menguruskan

    adik-adiknya di

    rumah.

    Tolong-

    menolong

    5 Setiap hujung

    minggu mereka

    sering

    melakukan

    aktiviti riadah di

    taman.

    Menjaga

    Kesihatan

    Nilai murni yang terdapat

    dalam petikan ialah

    bertanggungjawab seperti Iskandar

    adalah seorang murid yang

    bertanggungjawab. Kedua berdisiplin

    contohnya dia sentiasa menyiapkan

    kerja sekolah yang diberikan oleh

    gurunya. Selain itu rajin seperti pada

    masa lapang, Iskandar suka

    membaca buku.Seterusnya tolong menolong contohnya dia juga sering

    membantu ibunya menguruskan adik-

    adiknya di rumah. Akhir sekali ialah

    menjaga kesihatan seperti setiap

    hujung minggu mereka sering

    melakukan aktiviti riadah di taman.

    71

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Kemahiran SENI BAHASA

    Tema/Tajuk Kekeluargaan (Keluarga Harmoni Hidup Diberkati).

    Masa: 60 minit

    Standard

    Kandungan

    4.2 Mengujarkan bahasa (kod tangan/ berisyarat) yang

    indahdan bahasa badan secara kreatif semasa bercerita

    secara didik hibur.

    Standard

    Pembelajaran

    4.2.1 Mengujarkan ayat (kod tangan/berisyarat) dengan

    sebutan intonasi yang betul serta ayat gramatis melalui

    penceritaan didik hibur secara lisan.

    Objektif

    Pada akhir Pembelajaran dan Pengajaran, murid dapat:

    1. Bercerita tentang gambar aktiviti yang diberi mengikut

    kreativiti sendiri.

    2. Menyusun ayat-ayat yang diberi mengikut urutan yang

    betul.

    Aktiviti

    Pembelajaran dan

    Pengajaran

    1.Guru menayangkan klip video mengenai suasana di

    pantai (EK 1.1)

    2.Murid bersoal jawab dengan guru berdasarkan klip video

    yang dipaparkan (EK 1.1)

    3.Murid member maklum balas hasi daripada video yang

    ditayangkan (EK 1.2)

    Bahan Bantu

    Belajar

    1.Persembahan video

    2.Petikan Karangan

    3. Lembaran kerja

    Penilaian

    1.Murid menyusun ayat ayat yang diberi dengan urutan

    yang betul.

    Elemen Merentas

    Kurikulum

    1. Nilai murni- menghargai,kasih

    sayang,tanggungjawab,rajin

    2. TMK

    3. Kreativiti dan Inovasi( EK1.4),(EK2.1)

    Refleksi

    1.Tiga daripada lima murid dapat menyusun ayatayat yang diberi menjadi sebuah cerita lengkap.

    2. Dua orang murid yang belum menguasai diberi

    aktiviti pemulihan.

    3. Tiga orang murid yang menguasai diberi aktiviti

    pengayaan.

    72

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    FASA PERSEDIAAN

    1.3 Pemerhatian

    1.1.1 Menggunakan deria rasa penglihatan, pendengaran, sentuhan,

    rasa atau bau.

    Murid menonton klip video mengenai suasana di pantai

    (http://www.youtube.com/watch?v=HhnG7AgZsJk)

    1.1.2 Menumpukan pemerhatian kepada objek, perkataan, ayat atau

    teks secara menyeluruh.

    Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan video yang

    dipaparkan.

    Contoh soalan: Apakah yang kamu lihat di dalam video tadi?

    Di manakah tempat yang kamu lihat tadi?

    Apakah aktiviti yang dilakukan oleh mereka?

    Adakah kamu pernah ke tempat tersebut bersama

    keluarga?

    1.4 Analisis

    1.2.3 Mengumpulkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu.

    Latihan 1.2.3: Murid menyatakan tempat-tempat percutian lain bersama

    keluarga.

    Arahan: Tuliskan tiga tempat percutian lain bersama keluarga.

    1) _________________________________________________

    2) _________________________________________________

    3) _________________________________________________

    73

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    FASA IMAGINASI

    2.1 Penjanaan Idea

    2.1.4 Mencari hubung kait, gabung jalin atau corak berdasarkan

    maklumat yang ada.

    Latihan 2.1.4: Murid bercerita berdasarkan gambar yang ditunjukkan

    secara individu

    2.2 Sintesis Idea

    2.2.2 Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik lukisan, kraf, binaan, peta rajah, puisi, muzik, lagu, karangan, laporan dan lakaran.

    Latihan 2.2.2: Murid melakar barangan yang perlu dibawa untuk pergi

    berkelah.

    2.2.7 Membuat refleksi berterusan.

    Murid mengisyaratkan petikan teks yang dipaparkan pada skrin

    LCD dengan bimbingan guru.

    Keluarga Fahmi telah pergi berkelah di Pantai Teluk Kemang.Port

    Dickson.Mereka berbual-bual sambil menikmati makanan. Fahmi

    menyatakan kepada keluarganya bahawa dia akan menyertai satu Kem

    Motivasi. Kem tersebut akan berlangsung selama empat hari di Universiti

    Kebangsaan Malaysia. Antara program yang dijalankan adalah ceramah

    dan kegiatan riadah.Fahmi meminta ibunya menyiapkan alatan dan

    pakaian yang perlu dibawa nanti.Fahmi juga meminta abangnya untuk

    membelikan seluar sukan.

    74

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    FASA PERKEMBANGAN

    3.1 Penambahbaikan

    3.1.2 Mengubah suai idea.

    Murid menceritakan kembali petikan teks yang dipelajari

    menggunakan gaya tersendiri secara individu.

    3.2 Menilai

    3.2.3 Membuat wajaran dengan betul.

    Murid bermain permainan Kotak Misteri (setiap murid memilih satu

    kad ayat secara rawak) dan menceritakan semula ayat tersebut.

    3.2.4 Membuat pilihan berdasarkan kenyataan atau fakta sebenar

    dan tidak dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka.

    Latihan 3.2.4: Murid membuat pilihan berdasarkan pernyataan yang

    benar atau salah

    Keluarga Fahmi telah pergi berkelah di Pantai Teluk Kemang Port

    Dickson.

    Mereka berbual-bual sambil menikmati makanan.

    Fahmi menyatakan kepada keluarganya bahawa dia akan menyertai satu

    Kem Motivasi.

    Kem tersebut akan berlangsung selama empat hari di Universiti

    Kebangsaan Malaysia.

    Antara program yang dijalankan adalah ceramah dan kegiatan riadah.

    Fahmi meminta ibunya menyiapkan alatan dan pakaian yang perlu dibawa

    nanti.

    Fahmi juga meminta abangnya untuk membelikan seluar sukan.

    75

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    Arahan: Tandakan pernyataan di bawah.

    PERNYATAAN BENAR SALAH

    Keluarga Fahmi telah pergi berkelah di Pantai Teluk

    Kemang Port Dickson.

    Keluarga Fahmi telah pergi berkelah di Pantai

    Cahaya Bulan.

    Mereka berbual-bual sambil duduk di bawah

    pokok.

    Mereka berbual-bual sambil menikmati makanan.

    Fahmi menyatakan kepada keluarganya bahawa

    dia akan menyertai satu perkhemahan sekolah.

    Fahmi menyatakan kepada keluarganya bahawa

    dia akan menyertai satu Kem Motivasi.

    Kem tersebut akan berlangsung selama enam hari

    di Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Kem tersebut akan berlangsung selama empat hari

    di Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Antara program yang dijalankan adalah ceramah

    dan kegiatan riadah.

    Antara program yang dijalankan adalah ceramah.

    Fahmi meminta ibunya menyiapkan alatan dan

    pakaian yang perlu dibawa nanti.

    Fahmi meminta bapanya menyiapkan alatan dan

    pakaian yang perlu dibawa nanti.

    Fahmi juga meminta abangnya untuk membelikan

    seluar sukan.

    Fahmi juga meminta abangnya untuk membelikan

    beg pakaian.

    FASA TINDAKAN

    4.1 Pelaksanaan

    4.1.2 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami.

    Latihan 4.1.2: Murid menyusun ayat-ayat yang diberi menjadi satu cerita

    yang lengkap (Lembaran Kerja 1).

    4.2 Amalan Berterusan

    4.2.1 Peka kepada perkara di sekeliling.

    Latihan 4.2.1: Murid mengenalpasti pernyataan yang benar dan salah

    (Lembaran Kerja 2).

    76

  • Panduan Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia ( Masalah Pendengaran ) Tahun 5

    L