Upload
nurulhuda84
View
223
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/19/2019 Panduan Pelaksanaan Pilihanaraya QH NOV 2013-2
1/22
PANDUAN PELAKSANAAN PILIHANRAYA
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
8/19/2019 Panduan Pelaksanaan Pilihanaraya QH NOV 2013-2
2/22
Panduan Pilihanraya JPP
1
ISI KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN
Ciri utama sesebuah institusi yang mengamalkan sistem demokrasi ialah
mengadakan pilihanraya yang adil dan bebas. Dalam konteks ini, pilihanraya
diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar menggunakan hak
mereka untuk memilih pemimpin yang berkelayakan dan dipercayai. Oleh itu,
individu yang paling banyak mendapat kepercayaan pelajar berhak untuk
menggunakan mandat itu selama setahun atau sehingga pilihanraya
seterusnya diadakan.
2.0 RASIONAL
Perlembagaan dan demokrasi adalah dua konsep yang sangat besar ertinya
bagi kita di institut ini. Pegangan kita terhadap kedua-dua konsep ini
menentukan corak pimpinan kita disamping mengecapi kebebasan dankemakmuran yang kita nikmati sehingga kini.
Secara amnya, demokrasi bermaksud pelajar mempunyai suara mutlak
dalam memilih wakil yang bakal menerajui kepimpinan pelajar. Sebagai
pelajar IPG, mereka berhak menunaikan tanggungjawab untuk memilih wakil-
wakil yang akan menjaga kebajikan mereka di IPG ini. Pihak pengarah dan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar pula akan melantik calon-calon yang menang
pilihanraya bagi mewakili portfolio yang telah ditentukan.
Panduan Pelaksanaan Pilihanraya JPP ini diterbitkan khusus untuk
dijadikan satu piawai agar proses pilihanraya JPP dapat dilaksanakan dengan
seragam, lancar dan berkesan bagi seluruh IPG Kampus.
8/19/2019 Panduan Pelaksanaan Pilihanaraya QH NOV 2013-2
3/22
Panduan Pilihanraya JPP
2
3.0 DEFINISI
3.1“JPP” ertinya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang ditubuhkan di bawah
Seksyen 7, Akta 174.
3.2“SPR” ertinya Suruhanjaya Pilihanraya iaitu sebuah badan bebas yang
dibentuk di bawah Fasal 24, Perlembagaan JPP sebagai pelaksana
pilihanraya JPP.
3.3“MAJLIS PENASIHAT JPP” ertinya sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan
di bawah Fasal 18, Perlembagaan JPP yang terletak dalam bidang kuasa
Ketua Eksekutif untuk mengurus dan menyelaras hal-hal berkaitan dengan
JPP.
3.4“JAWATANKUASA AMT” ertinya Ahli Majlis Tertinggi dalam JPP yang
dilantik di bawah peruntukan Fasal 12, Perkara 12.1(a), Perlembagaan
JPP.
3.5“JAWATANKUASA AMM” ertinya Ahli Majlis Mesyuarat dalam JPP yang
dilantik di bawah peruntukan Fasal 12, Perkara 12.1(b), Perlembagaan
JPP.
3.6“BIRO” ertinya sebuah jawatankuasa berportfolio dalam JPP yang
dibentuk di bawah peruntukan Fasal 12, Perkara 12.1(c), Perlembagaan
JPP.
3.7“PERISYTIHARAN PILIHANRAYA” ertinya satu kenyataan yang
menandakan bahawa JPP sedia ada telah dibubarkan dan satu
pilihanraya baharu perlu diadakan.
8/19/2019 Panduan Pelaksanaan Pilihanaraya QH NOV 2013-2
4/22
Panduan Pilihanraya JPP
3
4 PROSES PILIHANRAYA
4.1PEMBUBARAN JPP
4.1.1 JPP yang sedang berkhidmat perlu dibubarkan mengikutperuntukan di bawah Fasal 26, Perlembagaan JPP dan
Seksyen 8, Akta 174.
4.1.2 JPP dengan rasminya terbubar setelah notis pembubaran
dikeluarkan oleh Ketua Eksekutif.
4.2PENUBUHAN SPR
4.2.1 SPR perlu ditubuhkan serta merta setelah notis pembubaran
JPP dikeluarkan.
4.2.2 Ketua Eksekutif mengeluarkan surat pelantikan ahli SPR dan
mengarahkan agar satu pilihanraya JPP yang baharu diadakan.
4.2.3 Pengerusi SPR yang dilantik perlu mengadakan mesyuarat SPR
kali pertama dalam tempoh seminggu dari surat pelantikan ahli
SPR dikeluarkan.
4.3MENGISYTIHARKAN PILIHANRAYA
4.3.1 SPR mengeluarkan notis pilihanraya dalam minggu kedua
selepas pembubaran JPP.
4.3.2 SPR menyediakan dokumen pilihanraya.
4.3.3 SPR mengiklankan kerusi yang akan dipertandingkan.
4.3.4 SPR menentukan tempat serta menyediakan keperluan untuk
mengundi.
4.4PERATURAN PILIHANRAYA
4.4.1 SPR meneliti dokumen peraturan pilihanraya sedia ada dan
membuat penyesuaian mengikut IPG Kampus.
8/19/2019 Panduan Pelaksanaan Pilihanaraya QH NOV 2013-2
5/22
Panduan Pilihanraya JPP
4
4.4.2 SPR menerbit, mempamerkan dan mengedar peraturan
pilihanraya JPP.
4.5PENAMAAN CALON
4.5.1 SPR menguruskan hari penamaan calon pada minggu kedua
selepas pembubaran JPP.
4.5.2 SPR memproses dokumen dan menyemak status kelayakan
calon.
4.5.3 SPR mengisytiharkan calon yang layak bertanding.
4.6TEMPOH KEMPEN
4.6.1 SPR menetapkan tempoh, prosedur dan peraturan berkempen.
4.6.2 SPR menguruskan aktiviti pidato umum dan perisytiharan
manifesto calon dalam minggu ketiga.
4.7HARI MENGUNDI
4.7.1 SPR menguruskan tempat dan pelaksanaan proses mengundi
pada minggu keempat.
4.7.2 SPR mengurus proses pengiraan undi.
4.8PENGUMUMAN CALON YANG MENANG
4.8.1 Pengerusi SPR membuat pengumuman calon yang menang
selepas tamat proses pengiraan undi.
4.9BANTAHAN KEPUTUSAN
4.9.1 SPR mengumumkan tempoh dan prosedur bantahan.
4.9.2 SPR memproses borang bantahan dan mengumumkan
keputusan sekiranya ada.
8/19/2019 Panduan Pelaksanaan Pilihanaraya QH NOV 2013-2
6/22
Panduan Pilihanraya JPP
5
5 PEMBENTUKAN JPP
5.1SENARAI CALON YANG MENANG
5.1.1 SPR mengemukakan senarai calon yang menang kepada MajlisPenasihat JPP.
5.1.2 SPR dibubarkan.
5.2PEMBENTUKAN JAWATANKUASA
5.2.1 MPJPP membentuk Jawatankuasa AMT.
5.2.2 AMT membentuk Jawatankuasa AMM
5.2.3 AMM membentuk Jawatankuasa Biro.
5.3MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN JPP
5.3.1 MPJPP mengendalikan majlis penyampaian Watikah Pelantikan
JPP.
8/19/2019 Panduan Pelaksanaan Pilihanaraya QH NOV 2013-2
7/22
Panduan Pilihanraya JPP
6
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran 1 Panduan Peraturan PilihanrayaLampiran 2 Contoh Notis Pembubaran JPP
Lampiran 3 Contoh Surat Lantikan Suruhanjaya Pilihanraya & PanggilanMesyuarat
Lampiran 4 Contoh Notis PilihanrayaLampiran 5 Contoh Borang Penamaan CalonLampiran 6 Contoh Notis Calon Layak BertandingLampiran 7 Contoh Borang UndiLampiran 8 Contoh Notis Pengumuman Calon Yang MenangLampiran 9 Contoh Notis Pembubaran Suruhanjaya PilihanrayaLampiran 10 Carta aliran proses mengundiLampiran 11 Carta aliran tugas SPRLampiran 12 Carta aliran tugas majlis penasihat JPP
8/19/2019 Panduan Pelaksanaan Pilihanaraya QH NOV 2013-2
8/22
Panduan Pilihanraya JPP
7
Lampiran 1: Contoh Panduan Pilihanraya
PANDUAN PERATURAN PILIHANRAYA
1.0 PENGISYTIHARAN HARI PEMILIHAN JAWATANKUASA PERWAKILANPELAJAR (JPP).
Maka dengan ini diisytiharkan bahawa pilihanraya untuk memilih ahli-ahliJawatankuasa Pemilihan Pelajar (JPP) Institut Pendidikan Guru Kampus ....... bagisesi .... akan diadakan pada ...(hari)...
2.0 JUMLAH KERUSI
Jumlah kerusi yang ditetapkan untuk dipertandingkan ialah 27 kerusi mengikutpecahan seperti berikut :-
2.1 Ahli Majlis Tertinggi (AMT) 72.2 Ahli Majlis Mesyuarat (AMM) 20
3.0 HARI PENAMAAN CALON
3.1 Hari penamaan calon untuk Kerusi AMT dan AMM ditetapkan pada :-
HARI :TARIKH :MASA :TEMPAT :
3.2 Calon hendaklah mematuhi segala syarat dan peraturan pendaftaran menjadicalon seperti yang ditetapkan.
3.3 Borang pencalonan untuk Kerusi AMT dan AMM serta syarat dan peraturanpemilihan boleh diperoleh dari Urusetia Suruhanjaya Pilihanraya ...(tarikh)...
bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Kaunter JabatanHal Ehwal Pelajar .
3.4 Calon-calon perlu mengemukakan borang pencalonan pilihanraya kepadapegawai SPR yang telah dilantik.
3.5 Wang cagaran berjumlah RM20 perlu disertakan semasa mengemukakanborang penamaan calon kepada pihak SPR. Wang tersebut akandikembalikan setelah bahan-bahan kempen seperti poster, sepanduk danbahan-bahan kempen yang lain ditanggalkan serta diturunkan sehinggakawasan kampus kelihatan seperti sediakala.
3.6 Wang cagaran akan hilang sekiranya calon mendapat kurang majoriti (1%dari jumlah pengundi yang layak mengundi).
8/19/2019 Panduan Pelaksanaan Pilihanaraya QH NOV 2013-2
9/22
Panduan Pilihanraya JPP
8
3.7 Calon yang layak bertanding untuk menjadi JPP hendaklah mematuhi syarat-syarat seperti berikut:3.7.1. Calon adalah pelajar sepenuh masa IPG Kampus dan pernah
menduduki peperiksaan akhir semester.3.7.2. Calon masih bergelar pelajar pada tahun pilihanraya diadakan.3.7.3. Calon tidak terlibat dengan kesalahan-kesalahan displin yang
termaktub dalam Akta 174 atau mana-mana kes disiplin.3.7.4. Setiap calon hendaklah mempunyai gred purata (PNGK)
sekurang-kurangnya 3.00 ke atas dan sahsiah yang muliaserta mempunyai daya kepimpinan yang baik.
4.0 PENGUMUMAN CALON YANG BERTANDING
Nama-nama calon yang disahkan layak bertanding akan dipaparkan di PapanKenyataan oleh Urusetia Suruhanjaya Pilihanraya JPP pada ...(tarikh)... mulai
....(jam)....
5.0 KEPUTUSAN MENANG TANPA BERTANDING
5.1 Sekiranya 7 atau kurang daripada 7 calon sahaja yang bertanding kerusi AMT maka calon-calon tersebut akan diisytiharkan menang tanpa bertanding.
5.2 Sekiranya 20 atau kurang daripada 20 calon sahaja yang bertanding kerusi AMM maka calon-calon tersebut akan diisytiharkan menang tanpabertanding.
5.3 Urusetia Suruhanjaya Pilihanraya JPP akan mengumumkan calon yangmenang tanpa bertanding pada ...(tarikh)... mulai ...(jam).. di PapanKenyataan oleh Urusetia Suruhanjaya Pilihanraya JPP.
6.0 PERATURAN KEMPEN PEMILIHAN
6.1 Tatacara Umum Berkempen
6.1.1 Calon-calon dilarang membuat kecaman-kecaman peribadi
terhadap calon-calon lain dalam apa-apa bentuk sekalipun. Tindakantatatertib boleh diambil terhadap calon atau wakilnya jika terdapatbukti yang nyata berhubung dengan perkara tersebut.
6.1.2 Berkempen menggunakan surat layang adalah dilarang. Penggunaanrisalah mestilah mendapat kelulusan Urusetia SuruhanjayaPilihanraya JPP.
6.1.3 Calon tidak boleh mengganggu atau mempertikaikan prosesmengundi yang telah ditetapkan.
6.1.4 Calon dilarang memancing undi dalam kawasan mengundi.
8/19/2019 Panduan Pelaksanaan Pilihanaraya QH NOV 2013-2
10/22
Panduan Pilihanraya JPP
9
6.1.5 Berkempen hanya dibenarkan di tempat-tempat yang ditetapkan olehUrusetia Suruhanjaya Pilihanraya JPP.
6.1.6 Berkempen melalui atau menggunakan Persatuan/Kelab yang dibawah penyeliaan Institut adalah dilarang.
6.2 Peraturan Poster Pemilihan
6.2.1 Peraturan penyediaan poster.
6.2.1.1 Setiap poster hanya boleh mengandungi nama calon, tahun,program serta tahun kursus, tanda ’X’ di mana-mana bahagianposter dan pengesahan pegawai yang ditugaskan olehUrusetia Suruhanjaya Pilihanraya JPP.
6.2.1.2 Calon dilarang menukar atau mengubah poster-poster yang
telah dicetak dan disahkan oleh pihak Urusetia SuruhanjayaPilihanraya JPP.
6.2.2 Penggunaan poster dalam pemilihan JPP
6.2.2.1 Tidak dibenarkan menampal poster sama ada di dinding, tiangdan di tempat-tempat kemudahan awam seperti telefon awam.Poster hendaklah digantung sahaja.
6.2.2.2 Calon dan penyokong adalah bertanggungjawabmenanggalkan dan menurunkan poster masing-masing sertamemastikan kawasan tersebut bersih dalam tempoh tujuh (7)
hari selepas pengundian pemilihan selesai. Calon yang gagalmematuhi semua peraturan di atas akan kehilangan wangcagaran mereka.
6.2.2.3 Calon yang gagal menurunkan poster dan gagal memastikankawasan berkenaan bersih bukan sahaja akan kehilanganwang cagaran malah juga akan didenda RM 20.00 (RinggitMalaysia Dua Puluh)
6.2.2.4 Calon dan penyokong hendaklah mematuhi peraturan IPGsemasa berada dalam kampus.
6.2.2.5 Tindakan tatatertib akan diambil ke atas mana-mana pelajar atau orang perseorangan yang menanggalkan, menurunkanatau merosakkan poster semasa tempoh pemilihan.
6.2.3 Berkempen Melalui ’Sudut Pidato’
6.2.3.1 Calon hendaklah mematuhi segala arahan dan peraturanumum pilihanraya semasa berkempen di Sudut Pidato.
6.3 Jangkamasa berkempen yang dibenarkan adalah 7 hari dari hari penamaancalon atau tertakluk kepada keputusan Urusetia Suruhanjaya PilihanrayaJPP.
8/19/2019 Panduan Pelaksanaan Pilihanaraya QH NOV 2013-2
11/22
Panduan Pilihanraya JPP
10
7.0 HARI MENGUNDI
7.1 Hari mengundi ialah pada ....(tarikh).......
7.2 Masa Mengundi
Jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang
7.3 Tempat Mengundi
Tempat Mengundi bagi pelajar sesuatu program sama ada untuk kerusi AMTdan AMM adalah di.................
7.4 Peraturan Mengundi
7.4.1 Setiap pengundi hendaklah membawa bersama salah satu daripadaKad Matrik, Kad Keselamatan, Kad Pengenalan, atau Resit KadPengenalan Sementara Bergambar ( JPN1/9).
7.4.2 Setiap pengundi akan diberikan dua jenis kertas undian. Satu kertasundi untuk memilih calon bagi kerusi AMT dan satu lagi kertas undiuntuk memilih calon bagi kerusi AMM.
7.4.3 Pengundi adalah diingatkan bahawa undian lebih daripada calonyang diperuntukkan untuk Kerusi AMT dan Kerusi AMM adalah dikiraundi rosak.
7.4.5 Undi yang bertanda pangkah ”X” dalam petak yang disediakan sahajaditerima. Selain dari tanda tersebut dikira sebagai undi rosak.
7.4.6 Pengundi tidak dibenarkan membawa masuk sebarang dokumenbertulis.
7.4.7 Pengundi hendaklah mematuhi semua tatacara mengundi yang telahditetapkan.
8 PENGIRAAN KERTAS UNDI DAN KEPUTUSAN PEMILIHAN JPP.
8.1 Pengiraan kertas undi akan dibuat mulai jam 4.30 petang pada ... (tarikh).. di....(tempat)... IPG Kampus ........
8.2 Keputusan pemilihan akan diumumkan setelah pengiraan undi selesai, dankeputusan diterima dan disahkan oleh Urusetia Suruhanjaya Pilihanraya JPP.
9 BANTAHAN KEPUTUSAN PEMILIHAN JPP
Bantahan tentang keputusan hendaklah dikemukakan kepada Urusetia SuruhanjayaPilihanraya JPP sebaik sahaja selepas pengumuman keputusan pemilihan dibuat.
Bantahan boleh dilakukan dengan mengisi Borang Bantahan dengan bayaranRM50.00.
8/19/2019 Panduan Pelaksanaan Pilihanaraya QH NOV 2013-2
12/22
Panduan Pilihanraya JPP
11
Lampiran 2: Contoh Notis Pembubaran JPP
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ……………………
Ketua Jabatan,Ketua Unit,Pensyarah,Pelajar.
Tuan,NOTIS PEMBUBARAN JPP IPG-KAMPUS……………………………………..............................Saya dengan ini memaklumkan dengan rasminya bahawa Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPG Kampus ……. sesi …………………… dibubarkan bermula dari ….(tarikh)… bersamaan
…(hari)....
2. Pembubaran JPP tersebut adalah berikutan dengan pilihanraya JPP yang akan
diadakan pada …(tarikh)… bersamaan …(hari)…. Dengan pembubaran ini sebarang urusan
berhubung dengan JPP ditangguhkan sehinggalah pelantikan JPP yang baharu.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
........................................( )Pengarah,IPG Kampus …………………..
8/19/2019 Panduan Pelaksanaan Pilihanaraya QH NOV 2013-2
13/22
Panduan Pilihanraya JPP
12
LAMPIRAN 3: CONTOH SURAT LANTIKAN SPR & SURAT PANGGILAN MESYUARAT SPR
...........................................
...........................................
Tuan,
LANTIKAN JAWATANKUASA SURUHANJAYA PILIHARAYA (SPR) DAN MESYUARATSPR IPG KAMPUS …..
Saya dengan sukacitanya merujuk kepada perkara yang di atas.
2. Pihak pengurusan telah mengambil ketetapan bahawa Pilihanraya JawatankuasaPerwakilan Pelajar (JPP) akan diadakan pada ...(tarikh)....
3. Sehubungan itu, tuan dilantik sebagai ahli Jawatankuasa SPR bagi membantumelancarkan proses pilihanraya tersebut. Oleh itu, tuan diminta menghadiri mesyuarat yangakan diadakan pada:
Tarikh :Hari :Masa :Tempat :
4. Kerjasama yang tuan berikan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului denganucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
( )Pengarah,IPG Kampus .....
8/19/2019 Panduan Pelaksanaan Pilihanaraya QH NOV 2013-2
14/22
Panduan Pilihanraya JPP
13
Lampiran 4 Contoh Notis Pilihanraya
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ……………………
Ketua Jabatan,Ketua Unit,
Pensyarah,Pelajar.
NOTIS PILIHANRAYA JPP IPG-KAMPUS ……………………………………….
Saya dengan rasminya memaklumkan bahawa pilihanraya untuk memilih ahli-ahliJawatankuasa Pemilihan Pelajar (JPP) Institut Pendidikan Guru Kampus ............................bagi sesi ............ akan diadakan pada ....(tarikh)...
2. Sehubungan itu, sebanyak 7 kerusi Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan 20 kerusi Ahli MajlisMesyuarat (AMM) akan dipertandingkan. Hari penamaan calon akan diadakan seperti
butiran berikut:
HARI :TARIKH :MASA :TEMPAT :
3. Calon hendaklah mematuhi segala syarat dan peraturan pendaftaran menjadicalon seperti yang ditetapkan. Borang pencalonan untuk Kerusi AMT dan Kerusi AMM sertasyarat dan peraturan pemilihan boleh diperolehi dari Urusetia Suruhanjaya Pilihanraya pada...(tarikh)... bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Kaunter Hal EhwalPelajar .
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
........................................( )Pengarah,IPG Kampus …………………..
8/19/2019 Panduan Pelaksanaan Pilihanaraya QH NOV 2013-2
15/22
Panduan Pilihanraya JPP
14
Lampiran 5: Contoh Borang Penamaan Calon
BORANG PENCALONAN PEMILIHANJAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ...................,
KERUSI YANG DITANDINGI : AHLI MAJLIS TERTINGGI /AHLI MAJLIS MESYUARAT
A. Diisi oleh Calon
B. Diisi Oleh Pencadang
C. Diisi oleh Penyokong
Saya dengan ini menyertakan wang sebanyak RM20.00 sebagai cagaran. Saya juga akur padaperaturan pilihanraya.
DISAHKAN OLEH,
............................................( )PENGERUSI
SURUHANJAYA PILIHANRAYAIPG KAMPUS ...........
NAMA CALON : _____________________
NO. KAD PENGENALAN : _____________________
OPSYEN/ UNIT : _____________________
SEMESTER : _____________________
TANDA TANGAN : _____________________ TARIKH : _____________________
NAMA PENCADANG : _____________________
NO. KAD PENGENALAN : _____________________
OPSYEN/ UNIT : _____________________
SEMESTER : _____________________
TANDA TANGAN : _____________________
TARIKH : _____________________
NAMA PENYOKONG : _____________________
NO. KAD PENGENALAN : _____________________
OPSYEN/ UNIT : _____________________
SEMESTER : _____________________
TANDA TANGAN : _____________________
TARIKH : _____________________
LEKATKAN
GAMBAR
8/19/2019 Panduan Pelaksanaan Pilihanaraya QH NOV 2013-2
16/22
Panduan Pilihanraya JPP
15
Lampiran 6: Contoh Notis Calon Layak Bertanding
CALON LAYAK BERTANDING KERUSI AHLI MAJLIS TERTINGGI
MALEK HUSAINI
ABDILLAH
ARIVALAGAN A/L
SRITHARAN
KOH BEE CHING BILYEMBEN
SINDEH
MOHD ZAIRY
FIRDAUS MOHD
A’SRI
SITI SYUHAIDA
SABRI
SUHAILAH
JUMAAT MUHD. SYAFIK
BIN
MUHAMMAD
8/19/2019 Panduan Pelaksanaan Pilihanaraya QH NOV 2013-2
17/22
Panduan Pilihanraya JPP
16
Lampiran 7: Contoh Kertas Undi
KERUSI AHLI MAJLIS TERTINGGI
(Tandakan X pada TUJUH calon pilihan anda di petak yang disediakan)
MALEK HUSAINI
ABDILLAH
ARIVALAGAN A/L
SRITHARAN
KOH BEE CHING BILYEMBEN
SINDEH
MOHD ZAIRY
FIRDAUS MOHD
A’SRI
SITI SYUHAIDA
SABRI
SUHAILAH
JUMAAT MUHD. SYAFIK
BIN
MUHAMMAD
SURUR
8/19/2019 Panduan Pelaksanaan Pilihanaraya QH NOV 2013-2
18/22
Panduan Pilihanraya JPP
17
Lampiran 8: Contoh Notis Pengumuman Calon Yang Menang
KEPUTUSAN CALON YANG MENANG
KERUSI AHLI MAJLIS TERTINGGI
BIL NAMA CALON UNIT JUMLAHUNDI
STATUS
1 MALEK HUSAINI ABDILLAH 3PISMPMATE
672 MENANG
2 ARIVALAGAN A/LSRITHARAN 3PISMP
PK(BT
602 MENANG
3 KOH BEE CHING 3PISMPSAINS
4 BILYEMBEN SINDEH 1PISMP RBT
5MOHD ZAIRY FIRDAUSMOHD A’SRI
3PISMP RBT
6SITI SYUHAIDASABRI
B.ED TESL
7 SUHAILAH JUMAAT 3 PISMPRBT
JUMLAH KERTAS UNDI 1021 100%
JUMLAH KELUAR MENGUNDI 1000 97.9%
JUMLAH UNDI ROSAK 21 2.1%
8/19/2019 Panduan Pelaksanaan Pilihanaraya QH NOV 2013-2
19/22
Panduan Pilihanraya JPP
18
Lampiran 9: Contoh Notis Pembubaran SPR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ……………………
Ketua Jabatan,Ketua Unit,
Pensyarah,Pelajar.
NOTIS PEMBUBARAN SPR 2015 IPG-KAMPUS …………………………………..................
Saya dengan ini memaklumkan dengan rasminya bahawa Jawatankuasa Suruhanjaya
Pilihanraya IPG Kampus…. dibubarkan pada …(tarikh)...
2. Pembubaran tersebut adalah berikutan selesainya proses pilihanraya JPP bagi sesi
…...
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
........................................( )Pengarah,
IPG Kampus …………………..
8/19/2019 Panduan Pelaksanaan Pilihanaraya QH NOV 2013-2
20/22
Panduan Pilihanraya JPP
19
PROS S M NGUN I
Lampiran 10: Carta Aliran Proses Mengundi
8/19/2019 Panduan Pelaksanaan Pilihanaraya QH NOV 2013-2
21/22
Panduan Pilihanraya JPP
20
CARTA ALIRAN TUGAS SPR
Mula
Penubuhan
Suruhanjaya Pilihanraya
Pembubaran JPP
Mengisytiharkan/Mengeluarkan Notis
Mengadakan Pilihanraya
Menerbitkan Peraturan
Pilihanraya
Pendaftaran Calon
Pidato Umum
Manifesto Pilihanraya
Tempoh Kempen Bermula(Poster calon mula digantung)
Tempoh Kempen Tamat(Poster calon diturunkan)
Hari Mengundi
Pengumuman
Calon Yang Menang
AMT & AMM
Tamat
Lampiran 11: Carta aliran tugas SPR
8/19/2019 Panduan Pelaksanaan Pilihanaraya QH NOV 2013-2
22/22
Panduan Pilihanraya JPP
21
CARTA ALIRAN
TUGAS MAJLIS PENASIHAT JPP
Menerima Senarai Calon
Yang menang
Membentuk
Jawatankuasa
Mengadakan Majlis
Penganugerahan Watikah
Pelantikan JPP
Lampiran 12: Carta aliran tugas MP