Panduan Soalan Spontan Bercerita Mtqss-39

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Panduan Soalan Spontan Bercerita Mtqss-39

    1/4

    1

    PANDUAN SOALAN SPONTAN DAN BORANG RASMI PENGHAKIMAN

    BERCERITA KISAH DARIPADA AL-QURAN MTQSS PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

    1.0 Pendahuluan

    Usaha-usaha penambahbaikan bagi acara Bercerita Kisah Daripada Al-Quran telah dimulakan

    pada akhir 2009 lagi, apabila panel penggubal soalan pada tahun tersebut telah mencadangkan

    agar format pemarkahan sedia ada iaitu isi (40 markah), penyampaian (30 markah) dan bahasa

    (30 markah) ditukar kepada format yang baru iaitu isi (40 markah), penyampaian (40 markah)

    dan bahasa (20 markah). Borang-borang penghakiman dan syarat peraturan yang baru telah

    siap digubal pada tahun 2010 untuk digunapakai dalam Majlis Tadarrus Al-Quran Sekolah-

    sekolah pada tahun tersebut. Namun disebabkan oleh permasalahan teknikal, borang-borang

    penghakiman dan syarat peraturan yang baru itu tidak dapat digunapakai di dalam MTQSS.

    Pada tahun 2011, Bahagian Pendidikan Islam di bawah kepimpinan yang baharu, sekali

    lagi meminta cadangan daripada panel penggubal soalan MTQSS tentang penambahbaikan bagi

    acara bercerita ini. Justeru panel penggubal 2011 telah mencadangkan agar tajuk berceritadikurangkan daripada 5 tajuk kepada 3 tajuk dan penambahan soalan spontan dengan wajaran

    markah isi (30 markah), penyampaian (40 markah), bahasa (20 markah) dan soalan spontan (10

    markah.

    2.0 Objektif

    Meningkatkan mutu dan kualiti acara Bercerita Kisah Daripada Al-Quran

    Menyuntik pembaharuan dalam acara bercerita agar selari dengan tuntutan semasa

    Melahirkan murid yang lebih berketrampilan dan menghayati tuntutan dakwah Membugar strategi dan pendekatan baharu dalam kalangan GPI selaku mursyid Menambah nilai acara bercerita dalam membentuk kemenjadian murid

    3.0 Format Baru Pertandingan

    Dalam MTQSS kali ke-39 pada tahun 2013 ini, Bahagian Pendidikan Islam telah menerimacadangan untuk memperkenalkan format baru iaitu penambahan soalan spontan kepada setiap

    peserta. Format baru ini akan dilaksanakan dengan wajaran markah isi (30 markah),

    penyampaian (40 markah), bahasa (20 markah) dan soalan spontan (10 markah).

  • 7/29/2019 Panduan Soalan Spontan Bercerita Mtqss-39

    2/4

    2

    3.1 ISI (30 markah)

    Isi : 1 markah x 4 = 4 markah

    Huraian : 4 markah x 4 = 16 markah

    Nas / Dalil : 2 markah x 4 = 8 markah

    Markah Bonus: 2 markah

    3.2 PENYAMPAIAN (40 markah)

    Kelancaran : 9 markah

    Kesesuaian Nada dan Gaya : 9 markah

    Kesopanan : 9 markah

    Meyakinkan : 9 markah

    Markah Bonus : 4 markah

    3.3 BAHASA (20 markah)

    Bahasa yang baik : 18 markah

    Markah Bonus : 2 markah

    3.4 SOALAN SPONTAN (10 markah)*Isi : 4 markah

    Penyampaian : 4 markah

    Bahasa : 2 markah

    *Penghakiman Soalan Spontan akan dibuat oleh Hakim Isi, Hakim

    Penyampaian dan Hakim Bahasa.

    3.5 Sekiranya berlaku persamaan markah, maka hendaklah dirujuk kepada Bahagian

    Soalan Spontan. Sekiranya berlaku persamaan juga, maka hendaklah dirujuk

    kepada Bahagian Penyampaian dan sekiranya berlaku persamaan juga, makahendaklah dirujuk kepada Bahagian Isi. Sekiranya tetap berlaku persamaan,

    maka keputusan akan ditentukan melalui muzakarah hakim.

    3.6 Keputusan hakim adalah muktamad.

    4.0 Pelaksanaan Pertandingan

    4.1 Peserta akan menyampaikan cerita mengikut tajuk yang telah diundi.

    4.2 Selepas selesai bercerita, Pengacara Majlis akan menjemput peserta untukmemilih sampul soalan spontan.

    4.3 Peserta akan menyerahkan sampul soalan yang dipilih kepada urusetia untuk

    disampaikan kepada Ketua Hakim.

  • 7/29/2019 Panduan Soalan Spontan Bercerita Mtqss-39

    3/4

    3

    4.4 Ketua Hakim akan membacakan soalan spontan. Peserta boleh meminta Ketua

    Hakim mengulang membacakan soalan sebanyak 1 kali sahaja.

    4.5 Peserta akan diberi tempoh persediaan untuk menjawab. Pada waktu persediaan

    menjawab, peserta akan berdiri di atas pentas seperti kedudukan bercerita.

    4.6 Loceng akan dibunyikan sebagai tanda masa persediaan, masa mula menjawab

    dan masa tamat menjawab.

    5.0 Masa Bercerita

    5.1 Masa bagi setiap peserta untuk menyampaikan ceritanya ialah 8 minit

    sahaja.

    5.2 Masa dan markah dikira mulai daripada peserta menyampaikan ceritanya.

    5.3 Loceng akan dibunyikan sekali pada minit keenam dan akan dibunyikan sebanyak2 kali pada minit kelapan menandakan tamat masa bercerita.

    5.4 Masa bagi setiap peserta untuk soalan spontan ialah 3 minit iaitu 1 minit masa

    persediaan dan 2 minit masa untuk menjawab soalan spontan.

    5.5 Loceng akan dibunyikan sekali selepas Ketua Hakim membacakan soalan sebagai

    tanda bermula masa persediaan. Loceng kedua akan dibunyikan sekali selepas 1

    minit sebagai tanda bermula masa menjawab soalan spontan dan loceng akan

    dibunyikan 2 kali pada minit ketiga sebagai tanda berakhirnya masa untuk

    menjawab.

    6.0 Panduan Soalan Spontan

    6.1 Setiap peserta akan diberikan 1 soalan spontan berdasarkan tajuk cerita yang

    telah disampaikan.

    6.2 Soalan spontan yang diberikan adalah berbentuk soalan terbuka berkisarkan

    tentang pengajaran dan nilai daripada kisah yang telah disampaikan.

    6.3 Contoh-contoh soalan :

    i. Siti Aminah Bonda RasulullahKisah ini menceritakan tentang kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

    Cuba adik/anda ceritakan, apakah tanggungjawab seorang anak kepada

    ibubapanya?

  • 7/29/2019 Panduan Soalan Spontan Bercerita Mtqss-39

    4/4

    4

    ii. Qabil dan HabilTerdapat banyak pengajaran daripada kisah Qabil dan Habil. Boleh

    adik/anda ceritakan, apakah pengajaran utama yang boleh diambil

    daripada kisah ini?

    iii. Peristiwa Kewafatan Nabi Muhammad SAWKisah ini menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW amat menyayangi

    umatnya. Pada pandangan adik/anda, bagaimanakah caranya untuk kita

    menyayangi nabi kita?

    6.4 Pemarkahan Soalan Spontan dibuat berdasarkan :

    i. Isi : Isi, huraian, contoh dan pengolahan ideaii. Penyampaian : Kelancaran, keyakinan, kepetahan menjawab dan

    kesopanan (ada pendahuluan dan penutup)

    iii. Bahasa : Bahasa yang baik, sederhana atau lemah

    7.0 Penutup

    Semoga usaha ini dapat memberikan suntikan yang baharu kepada acara Bercerita Kisah

    Daripada Al-Quran dan menjadi tambah nilai kepada murid-murid yang menyertai pertandingan

    ini. Sesungguhnya Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa

    berusaha untuk meningkatkan mutu dan kualiti aktiviti-aktiviti Pendidikan Islam agar selari

    dengan transformasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia melalui sembilan bidang

    keutamaan yang telah digariskan.