Upload
firda
View
3.548
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
falsafah dan logika melayupantun nasihatSITI HALIMATUN SAADIAH BT AZAM
Citation preview
SARJANA MUDA PENGAJIAN MELAYU
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
JXEA 1104
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
KARYA KLASIK : PANTUN NASIHAT
NAMA : SITI HALIMATUN SAADIAH BT AZAM
NO.MATRIK : JEA 080131
NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD
SEMESTER : SATU SESI 08/09
1
PENGENALAN
FALSAFAH
Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani atau Greek purba iaitu
“philo”bermaksud “cinta”, dan “Sophia” bermaksud “kebijaksanaan”. Dengan lain
perkataan falsafah dapat diertikan sebagai “cinta akan kebijaksanaan”. Perkataan falsafah
ini pertama kali digunakan oleh Pythagoras (570-504 S.M.) iaitu ahli fikir yunani dalam
abad ke-6 S.M manakala Plato merupakan orang yang mula-mula memberikan takrif
falsafah dengan lebih terkhusus. Kini falsafah telah ditakrifkan dengan pelbagai
takrifan,iaitu bergantung kepada pandangan dan pegangan hidup pentakrifnya.
Falsafah boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikan atau pengajian dan ilmu
yang berasaskan renungan dan pentaakulan untuk merumuskan sifat, hakikat dan
kandungan alam wujud atau alam semesta dilihat secara keseluruhan sebagai satu
kesatuan, berdasarkan penelitian dan pengkajian terhadap data dan fakta yang diambil
daripada semua aspek alam semesta.
LOGIKA
Kata logika berasaskan kata logos dalam bahasa Yunani dan Latin yang bererti
‘ucapan atau perkataan’. Antara tokoh yang mempelopori bidang tersebut ialah
Herakleitos (540-475 S.M.). Ia menggunakan logos atau kaedah berfikir yang benar
untuk mengkaji kuasa yang menguasai dan mentadbirkan alam dan mengkaji sebab-sebab
berlakunya perubahan pada alam. Dengan perkataan lain, logika yang berasal daripada
kata logos itu ialah kaedah berfikir untuk memperoleh keputusan yang benar atau untuk
mmbezakan sesuatu yang sah daripada sesuatu yang tidak sah.
2
PENDAHULUAN
PANTUN
Pantun ialah pengucapan kemelayuan yang terkandung seluruh jiwa, seni,
kebijaksanaan, buah bahasa, dan pandangan dunia kemelayuan. Pantun juga merupakan
salah satu bentuk sastera lisan melayu yang masih hidup dan dipergunakan oleh
masyarakat sehingga kini. Pantun bukan saja digunakan sebagai alat hiburan, kelakar,
sindir-menyindir, melampiaskan rasa “rindu dendam” antara bujang dan dara, tetapi yang
lebih menarik adalah media dakwah dan tunjuk ajar Melayu. Di dalam setiap pantun
mempunyai makna yang tersirat dan tersurat. Oleh itu, kita perlu memahami apa yang
cuba disampaikan oleh pengarang dalam pantun tersebut.
KUPASAN DARI SUDUT FALSAFAH
PANTUN NASIHAT
Orang berkain menutup aurat
Sesuai dengan petua hadis
Orang muslimin hidup beradat
Lakunya sopan mukanya manis
Pantun nasihat ciptaan TENAS EFFENDY adalah berlandaskan dengan falsafah
islam. Falsafah beliau yang boleh dilihat dalam pantun ini ialah mengajak dan
menyedarkan manusia betapa pentingnya menutup aurat mengikut perspektif Islam.
Sesungguhnya, suruhan “menutup aurat” merupakan salah satu perintah Allah S.W.T
kepada hambanya yang beriman. Amalan menutup aurat dapat menghindarkan seseorang
3
daripada pandangan negatif sebaliknya dipandang tinggi dan dihormati serta terhindar
daripada gejala-gejala yang tidak bermoral. Contohnya, seseorang yang menjaga auratnya
tidak akan diganggu kerana dilihat mempunyai keperibadian yang murni dan suci.
Malahan orang yang menjaga auratnya juga mempunyai kelakuan yang sopan dan
dikurniakan Allah S.W.T. cahaya (NUR) diraut wajahnya. Oleh itu, amalan menutup
aurat seharusnya dititikberatkan khasnya masyarakat yang beragama Islam kerana amalan
ini dapat memartabatkan keperibadian dan maruah orang Islam.
Kalau ingat hidup kan mati
Tentulah tak mau dengki khianat
Kalau ingat perintah illahi
Tentulah malu umpat mengumpat
Pantun ini membicarakan tentang kehidupan dan kematian. Hal ini demikian
kerana, setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya. Ajal atau kematian adalah
sesuatu yang pasti (Mahiyyah) dan sebagai manusia perlulah mengingatinya pada setiap
masa dengan melengkapkan diri dengan amal ibadat sebagai bekalan untuk menemuiNya.
Namun manusia sering kali alpa dalam kehidupan dengan melakukan perkara-perkara
yang merugikan.
Manusia sering kali menjadikan sifat-sifat dengki-mendengki, khianat-
mengkhianati, dan umpat-mengumpat sebagai sahabat sejati dalam kehidupan seharian
mereka. Pada hakikatnya sifat-sifat sebegini boleh membawa kepada keruntuhan moral
dan melonggarkan silaturrahim sesama manusia. Sebagai makhluk ciptaannya, sifat-sifat
ini tidak seharusnya ada dalam diri manusia sebaliknya amalkanlah sifat-sifat terpuji
4
sebagai bekalan untuk bertemu denganNya. Sesungguhnya sifat-sifat terpuji ini dapat
melindungi daripada seksaan Allah S.W.T.
Oleh itu, kita hendaklah berusaha untuk membersihkan hati dari sifat-sifat yang
kotor dan sentiasa bermujahadah untuk menghilangkan sifat-sifat yang tercela seperti
“hubbud Dunia” (Cinta kepada dunia) dan “takut mati” yang merupakan punca dari
segala kelemahan kaum muslimin dan punca kemenangan musuh terhadap kita. Untuk
tujuan ini kita hendaklah mempelajari dan mendalami Ilmu Akhlak (Ilmu Tasauf) serta
menghayatinya di dalam penghidupan kita.
Kalau hendak mencari kawan
Carilah kawan sampai ke kubur
Kalau hendak mencari tuhan
Patrilah iman banyakkan tafakur
Sahabat atau kawan amat penting dalam sesuatu perhubungan. Ini kerana,
kehadiran insan yang bernama sahabat dapat menjadikan hubungan lebih sempurna jika
sahabat itu dapat membimbing kita ke jalan yang diredhai. Sebagai contoh, jika kita
bersahabat dengan sahabat yang cintakan agama maka kita akan selamat daripada
terjebak dengan perkara-perkara negatif, manakala jika kita bersahabat dengan sahabat
yang cintakan keseronokan duniawi semata-mata maka terpesonglah hidup. Sahabat yang
baik akan membentuk keperibadian yang elok dan sentiasa mendoakan sahabatnya agar
selamat dunia dan akhirat. Sahabat yang baik juga sanggup berkorban apa sahaja asalkan
persahabatan yang dibina kekal berpanjangan.
5
Bukan itu saja, kita juga perlu mencari ilmu dan banyakkanlah amal ibadat jika
ingin mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah S.W.T sentiasa berada
di samping hambanya. Apabila kita menyebutNya, dia akan ada bersama dengan kita
kerana firman Allah Taala (dalam hadis qudsi) yang berbunyi “Aku sekedudukkan
bersama siapa yang mengingatiku”. Oleh itu, hendaklah kita memahami Islam ini
dengan bentuknya yang “Syumul” yang melengkapi seluruh aspek kehidupan. Dengan
itu kita hendaklah mengikuti dan melaksanakan ajaran Islam di dalam semua bidang
kehidupan kita. Islam ketika berada di masjid, Islam ketika berada di tengah masyarakat,
Islam ketika bernegara, dan Islam di dalam semua lapangan kehidupan kita.
Jangan ditentang ibu dan bapak
Bila ditentang badan melarat
Jangan dibuang hukum dan syarak
Bila dibuang datanglah laknat
Kupasan falsafah yang boleh dibuat melalui rangkap ini ialah kita sebagai anak
haruslah menghormati ibu dan bapa kerana tanpa mereka tiadalah kita di dunia yang fana
ini. Ini dapat dilihat dalam rangkap pertama dan kedua. Sebagai anak janganlah sesekali
menyakiti hati kedua orang tua kita dan jangan sesekali meninggikan suara dengan
mereka. Ini kerana syurga seorang anak terletak di bawah telapak kaki ibu.
Betapa agungnya pengorbanan seorang ibu yang mengandung selama Sembilan
bulan dengan pelbagai alahan yang terpaksa ditanggung demi kasih dan cinta kepada
anak yang dikandungnya. Namun pengorbanan belum terhenti, apabila anak yang
dikandungnya selamat dilahirkan ke dunia, pelbagai halangan perlu ditempuhinya agar
6
anak yang dilahirkannya menjadi anak yang soleh dan patuh kepada agama. Manakala
insan yang bernama bapa sanggup mengorbankan masa dan tenaga semata-mata untuk
mencari nafkah demi anak-anak dan isteri tercinta. Oleh itu, hormatilah dan sayangilah
mereka kerana merekalah satu-satunya harta yang paling berharga dan selamatlah kita
dunia dan akhirat. Jika kita derhaka kepada ibu bapa maka hidup kita tidak akan diredhai
dan dilaknat oleh Allah S.W.T.
Kalau bercakap peliharalah lidah
Kalau berjalan peliharalah kaki
Kalau menghadap kepada Allah
Luruskan iman sempurnakan hati
Allah S.W.T telah menciptakan lidah supaya dapat berzikir dengannya dan dapat
membaca al-Quran untuk membimbing manusia ke jalan kebenaran dan dapat melahirkan
perasaan baik dalam urusan dunia ataupun urusan akhirat. Ini kerana lidah adalah anggota
yang paling berkesan di atas diri kita dan yang paling berkesan terhadap orang lain. Oleh
itu, jagalah lidah daripada lapan perkara iaitu bercakap bohong, menyalahi janji,
mengumpat, bertengkar, memuji diri sendiri, melaknat, mendoakan celaka bagi orang
lain, dan mengejek orang lain. Inilah lapan perkara yang merupakan penyakit lidah yang
besar, maka jagalah lidah kerana ia adalah yang paling berkesan dalam membinasakan
manusia baik di dunia ataupun di akhirat.
Selain itu, kaki juga harus dijaga daripada berpijak ke tempat yang dimurkai
Allah S.W.T. Sebagai contoh, manusia sekarang sering kali meringankan kaki ke tempat
yang tidak sepatutnya seperti disko, konsert dan sebagainya. Ini kerana, bagi mereka
7
tempat sebegitu dapat menenangkan fikiran dan meringankan tekanan yang dihadapi.
Daripada menghabiskan masa ke tempat yang tidak berfaedah lebih baik habiskan masa
di rumah Allah S.W.T.
Ringkas kata, peliharalah setiap anggota daripada perbuatan yang dimurkai oleh
Allah S.W.T. Dan apabila memelihara segala anggota yang zahir, maka mulakanlah
perbaikan itu dengan membersihkan hati dan inilah yang dinamakan dengan “Taqwa
batin” dan hati yang ada di dalam dada itulah yang dinamakan dengan “Mudh-gah”
(seketul daging) yang apabila ia baik maka akan baiklah seluruh anggota dan apabila ia
rosak maka rosaklah seluruh anggota dan kebersihan hati itu hanyalah dicapai melalui Al
Muraqabah.
PENUTUP
Kesimpulannya, walaupun kehidupan pantun masa kini tidak secerah masa silam
tidaklah bermakna bahawa pantun tidak ada peminat dan pengdukungnya, apalagi dengan
digalaknya acara “berbalas pantun” oleh pelbagai pihak, memberi harapan bahawa
pantun akan kembali berperanan dalam kehidupan masyarakat secara luas. Jika kita
mencungkil makna disebalik Pantun Nasehat yang dikarang oleh Tenas Effendy, kita
dapati kebenaran dan hakikat kehidupan saling berkaitan antara kosmologi, teologi, dan
psikologi dalam kehidupan manusia khasnya.
8
RUJUKAN
FALSAFAH, LOGIK, TEORI NILAI DAN ETIKA MELAYU (HASHIM BIN
HAJI MUSA, Ph. D.), APM
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU (Prof. Dr. Awang Sariyan), JABATAN
BAHASA MELAYU, APM, UM
PANTUN NASEHAT (TENAS EFFENDY), PERPUSTAKAAN APM, (CALL
NO. PL 5131.2 Pan)
BIDAYATUL HIDAYAH (PERMULAAN JALAN HIDAYAH) karangan AL
IMAM HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL GHAZALI
40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN susunan ABU ALI AL-
BANJARI AN-NADWI (Ahmad Fahmi Zamzam)
9