7

Click here to load reader

paper2-04-02-02-0013

Embed Size (px)

DESCRIPTION

paper2-04-02-02-0013

Citation preview

Page 1: paper2-04-02-02-0013

PEMBANGUNAN SIDANG VIDEO PADA IPV6 ATAS PELANTAR LINUX

Lee Ling Chuan, Kasmiran Jumari Dan Mahamod Ismail

Fakulti Kejuruteraan

Abstrak

Persidangan video merupakan satu sesi komunikasi dua hala dan interaktif di antara dua atau lebih individu dengan perjumpaan muka ke muka dalam masa nyata dengan menggunakan sistem komputer. Dalam projek ini, persidangan video dijalankan menggunakan sambungan rangkaian IPv6. IPv6 membekalkan alamat sebanyak 128 bit yang membolehkan berbilion-bilion alamat digunakan. IPv6 juga bersesuaian dengan alamat IPv4 dan mempunyai ciri-ciri keselamatan, kualiti perkhidmatan, struktur routing berhiraki dan berupaya berintegrasi dengan ip terkini semasa peralihan. Secara ringkas, perkhidmatan persidangan video akan lebih terjamin jika dijalankan menggunakan sambungan IPv6.

Abstract

Video conferencing allows people to simulate face-to-face conversions by integrating real-time two-way audio and video with the computer system. In this project, video conferencing is running in ipv6 environment. IPv6 (also known as IPng - ng for new/next generation), provides 128-bit addressing (that's billions upon billions of addresses), compatibility with IPv4 addresses, security and authentication, quality of service (reserving bandwidth), plug-and-play for network device configuration, hierarchically structured routing and an ability to seamlessly integrate with the current IP during the transition stages. In conclusion, quality of the service more guarentee if the video conferencing is running in ipv6 environment. 1.0 PENDAHULUAN

Persidangan video merupakan satu sesi komunikasi dua hala dan interaktif di antara dua atau lebih individu yang berada pada lokasi yang berlainan pada suatu masa yang sama. Untuk tujuan ini, kamera video mesti dipasang pada setiap tempat yang mengambil bahagian dalam persidangan video untuk membenarkan interaksi dua hala berlaku, dengan syarat rangkaian yang terlibat mesti berupaya menyokong pertukaran data dua hala dalam masa nyata (Real-time). Persidangan video mula dilaksanakan dengan menggunakan televisyen analog tradisi dan satelit, dengan sistem bilik yang membolehkan sekumpulan individu berada dalam satu bilik yang dilengkapkan dengan satu kamera dan monitor besar untuk mengadakan persidangan dengan kumpulan yang lain pada lokasi yang berlainan. Sistem

IRPA No : 04 - 02 - 02 - 0013

Page 2: paper2-04-02-02-0013

bilik dalaman (inhouse) menjadi popular pada awal tahun 80'an dengan pengenalan sistem video digit yang dapat dipadatkan (compressed). Sistem sebegini membolehkan data dipindahkan melalui rangkaian peribadi, talian sewa (leased line) atau dengan menggunakan kemudahan suis digit (digital switching facilities) yang boleh disewa daripada syarikat telefon. Satu bahagian yang amat penting dalam persidangan video adalah persidangan data (data conferencing) yang membolehkan dua atau lebih pengguna dapat berkomunikasi dan bekerjasama sebagai satu kumpulan dalam masa nyata. Ini adalah kerana persidangan data membenarkan data dan program dikongsi oleh semua peserta persidangan, misalnya para peserta boleh berkongsi program, bertukar maklumat, hantar fail dan berbual-bual.Keupayaan bagi semua peserta untuk merujuk dan mengubah data atau program yang sama adalah sama penting dengan keupayaan melihat para peserta. Misalnya ia membenarkan beberapa orang yang sedang mengerjakan sesuatu projek yang sama bekerjasama dan berkongsi idea tanpa perlu berada pada lokasi yang sama. Ia juga membantu dalam proses membuat keputusan dengan membekalkan maklumat yang diperlukan dan maklumat ini boleh dikongsi oleh semua peserta persidangan. Secara ringkas, persidangan video telah muncul sebagai satu alat yang berguna dan perlu bagi banyak organisasi, terutamanya bagi syarikat antarabangsa. 2.0 BAHAN DAN KAEDAH Rajah 1 telah memberi satu gambaran yang jelas dan ringkas tentang sambungan Ipv4 dan sambungan ipv6 yang telah dipasangkan. Kedua-dua komputer PC1 dan PC2 yang mempunyai sistem operasi Linux telah disambungkan kepada 'gateway' yang telah diaktifkan sambungan ipv4 dan sambungan ipv6. Selepas itu, pastikan sambungan rangkaian ipv4 telah diaktifkan. Merujuk rajah 1 di atas, terdapat beberapa spesifikasi yang perlu diterangkan. Spesifikasi tersebut adalah penting dalam menentukan sambungan ipv6. Selepas itu, persidangan video telah cuba dijalankan. Kedua-dua komputer PC1 dan PC2 adalah disambungkan dengan Ipv4 dan Ipv6. Spesifikasi adalah seperti yang diterangkan dalam jadual 1.

Alamat IPv4 Alamat IPv6 PC1 (sistem operasi Linux) 202.185.45.44 3ffe:80d0:ff00:2::44 PC2 (sistem operasi Linux) 202.185.45.50 3ffe:80d0:ff00:2::50 Gateway Ipv4 202.185.45.254 - Gateway Ipv6 - 3ffe:80d0:ff00:2::253 UKM-MANIS - 3ffe:80d0:fffe:10::2 MANIS-UKM - 3ffe:80d0:fffe:10::1

Jadual 1 : Spesifikasi Sambungan IPV4 Dan IPV6

Page 3: paper2-04-02-02-0013

Rajah 1 : Sambungan IPV4 Dan Sambungan IPV6

Direktori Fail /etc/protocol Ipv6 41 ipv6 #ipv6

ipv6-route 43 ipv6-route #routing header for ipv6

ipv6-frag 44 ipv6-frag #fragment header for ipv6

ipv6-crypt 50 ipv6-crypt #encryption header for ipv6

ipv6-auth 51 ipv6-auth #authentication header for ipv6

ipv6-icmp 58 ipv6-icmp icmpv6 icmp6 #icmp for ipv6

ipv6-nonxt 59 ipv6-nonxt #no next header for ipv6

ipv6-opts 60 ipv6-opts #distination option for ipv6 /etc/hosts ::1 ip6-localhost ip6-loopback

fe00::0 ip6-localnet

ff00::0 ip6-mcastprefix

ff02::1 ip6-allnodes

ff02::2 ip6-allrouters

ff02::3 ip6-allhosts

Jadual 2 : Seting Bagi IPV6

PC1

Eth0 Eth0

PC2

Gateway Ipv4

Gateway Ipv6

Internet

UKM-MANIS

MANIS-UKM

Page 4: paper2-04-02-02-0013

Langkah seterusnya ialah kompile kernel Linux sekali dengan memilih pilihan protokol ipv6. Memastikan fail seperti dibawah terdapat dalam direktori yang ditunjukkan dalam jadual 2. Selain itu, terdapat beberapa pengesetan yang penting. Seting tersebut perlu ditetapkan dalam fail-fail tertentu seperti yang ditunjukan dalam jadual 3.

Fail Seting /etc/sysconfig/network NETWORKING_IPV6=yes

IPV6FORWARDING=no

IPV6_AUTOCONF=yes

IPV6_AUTOTUNNEL=no /etc/sysconfig/network-scripts/ifcfg-eth0 IPV6INIT="yes"

IPV6ADDR="3ffe:80d0:ff00:2::44"

IPV6_ROUTER=no

Jadual 3 : Seting IPV6

Seterusnya, sambungan rangkaian ipv4 dan ipv6 boleh dikaji. Dalam ujikaji ini, persidangan video cuba dijalankan menggunakan sambungan rangkaian ipv6. Rajah 2 menunjukkan sambungan rangkaian ipv6 dan ipv4 yang dikaji :

Rajah 2 : Persidangan Video Melalui Sambungan Rangkaian IPV6 Dan Sambungan Rangkaian IPV4

PC1 202.185.45.44

3ffe:80d0:ff00:2::44

PC2 202.185.45.50

3ffe:80d0:ff00:2::50

Eth0

Kamera 2 Kamera 1

Eth0

Gateway IPV6

3ffe:80d0:ff00:2::253

Gateway IPV4

202.185.45.254

Page 5: paper2-04-02-02-0013

3.0 HASIL DAN PERBINCANGAN

Menurut teori dan konsep ipv6, kualiti bagi perkhidmatan persidangan video adalah lebih baik bagi sambungan ipv6 jika dibandingkan dengan sambungan ipv4. Sungguhpun demikian terdapat masalah perkakasan iaitu kamera. Creative Labs Webcam3 yang hanya berjaya menjalankan persidangan video dalam kadar penghantaran yang rendah. Ini telah menyebabkan ujikaji perbandingan sambungan ipv6 dan sambungan ipv4 perlu dijalankan semula. Setakat ini, usaha untuk mencari kamera yang sesuai telah dijalankan. Ujikaji persidangan video secara umumnya dibahagi kepada dua bahagian iaitu hos setempat dan PC1 ke PC2. i)Ujian hos setempat

Jenis Kamera Bingkai Per Saat Kadar Penghantaran Bit Creative Labs Webcam3 7.5 fps 250 bit/s Prolink 11-12fps 150 bit/s

Jadual 4 : Keputusan Persidangan Video Dengan Sambungan Rangkaian IPV6

Jadual 4 menunjukkan prestasi jenis kamera yang berlainan dengan menggunakan sambungan ipv6. Perhatikan ujikaji ini menggunakan pemacu yang belum diubahsuai. Kamera Prolink mempunyai prestasi yang lebih baik jika dibandingkan dengan kamera Creative Labs Webcam3. Usaha untuk mengubahsuaikan pemacu kamera Prolink (Color Processor Interface Asic) telah dijalankan tetapi kualiti adalah sangat rendah. Walau bagaimanapun, bilangan bingkai per saat dan kadar penghantaran bit telah bertambah. Kajian terhadap persidangan video dalam sambungan rangkaian ipv4 dan ipv6 juga dapat dijalankan. Dalam kes ini, kamera Prolink telah dipilih. Keputusan adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 5. Jenis Sambungan Bingkai Per Saat Kadar Penghantaran Bit IPV4 15fps 235 Kbps IPV6 18fps 1.1 Mbps

Jadual 5 : Keputusan Persidangan Video Dengan Sambungan Rangkaian IPV6 Selepas

"Driver" CPIA Diubahsuai Dalam Hos Setempat

Dari jadual di atas, didapati prestasi persidangan video adalah lebih baik jika dijalankan pada sambungan rangkaian IPV6. Tetapi keputusan di atas adalah didapati dengan beberapa syarat seperti objek tidak mempunyai pergerakan yang laju dan dijalankan dengan hos setempat. Jika objek mempunyai pergerakan yang laju, prestasi dan kualiti persidangan video akan turun. Rajah 6 di bawah adalah gambar yang ditangkap pada sambungan ipv4 dan ipv6.

Page 6: paper2-04-02-02-0013

IPV4 IPV6

Rajah 3: Gambar Yang Ditangkap Dalam Keadaan Hos Setempat

ii)ujian PC1 ke PC2 Dalam bahagian ini, persidangan video dijalankan dari PC1 ke PC2 dan sebaliknya. Dengan rujuk rajah 2, kedua-dua PC1 dan PC2 disambungkan ke "gateway" yang diaktif ipv4 dan ipv6. Keputusan adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 6. Jenis Sambungan Bingkai Per Saat Kadar Penghantaran Bit IPV4 6.1 fps 114 kbps IPV6 11fps 375 kbps

Jadual 6:Keputusan Persidangan Video Dengan Sambungan Rangkaian IPV6 Selepas "Driver" CPIA Diubahsuai Dari PC1 Ke PC2

Berdasarkan jadual 6, didapati bilangan bingkai per saat dan kadar penghantaran bit telah menurun secara mendadak yang berpunca daripada masalah kamera yang tidak dapat disokong sepenuhnya bagi sistem operasi Linux. kesimpulannya, walaupun persidangan video yang dijalan menggunakan sambungan ipv6 adalah lebih baik banding dengan ipv4, tetapi kualiti dan prestasi adalah tidak stabil disebabkan masalah kamera yang tidak dapat disokong sepenuhnya oleh sistem operasi Linux. Merujuk kepada www.smcc.demon.nl/webcam, terdapat tiga model kamera Philips USB Webcam dapat menjalankan persidangan video dalam prestasi dan kualiti yang baik. Model kamera yang telah diuji dan sesuai digunakan adalah PCVC675K (Vesta), PCVC680K (Vesta Pro) dan PCVC690K (Vesta Scan).

Page 7: paper2-04-02-02-0013

IPV4 IPV6

Rajah 7 : Gambar Yang Ditangkap Dari PC1 Ke PC2 Dan Sebaliknya

PENGHARGAAN Projek ini dibiayai sepenuhnya oleh projek IRPA 04-02-02-0013. Pihak penyelidik mengucapkan terima kasih di atas kesudian pihak IRPA membiayai projek ini.

RUJUKAN

J.D.Wegner, Robert Rockell (2000) IP Addressing And Subnetting Including IPV6, Syngress. http://www.ipv6forum.com/navbar/links/v6articles.htm http://www.cs-ipv6.lancs.ac.uk/ipv6 http://www.risc.uni-linz.ac.at/systems/phdwork/descriptions/videoconference/ http://www.ora.com/catalog/runux2/noframes.html http://www.itg.lbl.gov/mbone/ Laura Long, Michel L.Bayard (2000) 3rd Edition Video Conferencing The Whole Picture, CMD Media, Inc.