8

Click here to load reader

Paperwork Camping (2)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kertas kerja

Citation preview

PERKHEMAHAN TAHUNAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM 2015

SMK BUKIT KUANG, 24000 KEMAMANPERKHEMAHAN TAHUNAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM 2015 REJIMEN 512, KEM ASKAR WATANIAH BUKIT KUANG (2- 4 APRIL 2015)

User[Pick the date]

KERTAS KERJAPERKHEMAHAN TAHUNAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM 2015

Nama Program : Perkhemahan Tahunan Pasukan Badan Beruniform 2015Tarikh : 2 4hb April 2015Hari: Khamis, Jumaat & SabtuTempat : Kem Askar Wataniah, Bukit Kuang, Kemaman

1.0 RASIONAL

Perkhemahan merupakan satu program tahunan bagi Pasukan Badan Beruniform SMK Bukit Kuang. Program ini mampu membentuk sahsiah positif di kalangan pelajar. Disamping itu juga pelajar-pelajar boleh mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari secara formal sewaktu di dalam kelas. Bakat-bakat kepimpinan dikalangan pelajar boleh dicungkil apabila menyertai perkhemahan. Semangat berpasukan dan bekerjasama dapat dipupuk dalam setiap aktiviti yang diadakan. Bagi memperkukuhkan lagi kemenjadian pelajar, unit kokurikulum SMK Bukit Kuang menjadikan perkhemahan pasukan beruniform sebagai aktiviti tahunan.

2.0 LATAR BELAKANG

Pasukan Badan Beruniform SMK Bukit Kuang terdiri daripada agensi KPM, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan. Kadet Remaja Sekolah (KRS) merupakan satu-satunya agensi KPM. Agensi kerajaan terdiri daripada Kadet Bomba dan Penyelamat dan Kadet Polis. Manakala agensi bukan kerajaan pula ialah Persatuan Pandu Puteri, Persatuan Pegakap, St. John Ambulan, Pergerakan Puteri Islam dan Silat Tapan Tiga. Kesemua pasukan beruniform ini telah mencapai pelbagai kejayaan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Gandingan guru, pelajar, ibu bapa dan kerjasama masyarakat setempat melancarkan lagi aktiviti-aktiviti kokurikulum sekolah ini.

3.0 OBJEKTIF

Objektif perkhemahan ini adalah untuk:i.memberi pengalaman perkhemahan sebenar kepada pelajar.ii.mendedahkan pelajar kepada kemahiran asas perkhemahan.iii. mencungkil bakat kepimpinan di kalangan pelajar.iv.melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Ahli pasukan badan beruniform SMK Bukit Kuang seramai 80 orang.

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Antara strategi yang akan dijalankan ialah pertandingan, solat berjemaah dan ikhtiar hidup.

6.0 JANGKAAN IMPAK

Pelajar saling bekerjasama dan berdaya saing tinggi.

7.0 MAKANAN DAN MINUMAN

Makanan dan minuman sepanjang perkhemahan ini disediakan oleh pihak sekolah.

8.0 PENGINAPAN

Peserta-peserta akan tidur di asrama yang disediakan oleh pihak kem. Manakala guru-guru dan pelajar-pelajar yang menjadi urusetia akan tidur di bilik urusetia.

9.0 PENGANGKUTAN

Peserta akan pergi ke tapak perkhemahan dengan dihantar oleh keluarga. Manakala pengangkutan peserta lelaki untuk ke masjid bagi menunaikan solat jumaat disediakan oleh pihak sekolah.

10.0 SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan perkhemahan ini dari wang peruntukan kokurikulum dan PIBG.

11.0 PERASMIAN

Perasmian pembukaan dan penutup akan dirasmikan oleh tuan pengetua SMK Bukit Kuang.

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DARI KEWANGAN KOKURIKULUM

BILPERKARAJUMLAH (RM)

1.Sewa Tapak Perkhemahan500.00

2.Pengangkutan Solat Jumaat300.00

3.Hadiah Pertandingan Perkhemahan

Johan ( 6 x RM100.00)600.00

Naib Johan (5 x RM80.00)400.00

Ketiga ( 7 x RM50.00)350.00

Pertandingan Keceriaan khemah

Pertandingan Membuat hammot

Pertandingan Persembahan

Pertandingan Compass Orienteering

Pertandingan Larian Berhalangan

Pasukan Perkhemahan Terbaik

Peserta Perkhemahan Terbaik Kategori Lelaki

Peserta Perkhemahan Terbaik Kategori Perempuan

4.Cenderahati Fasilitator (6 x RM20.00)120.00

5.Dokumentasi100.00

6.Lain-lain Keperluan100.00

JUMLAH2470.00

13.0 ANGGARAN BELANJAWAN DARI PIBG DAN SUMBANGAN LAIN

BILPERKARAJUMLAH (RM)

1.Makanan & Minuman Pelajar

(90 orang x RM10.00 x 2 hari)1800.00

2.Makanan & Minuman Guru

(30 orang x RM10.00 x 2 hari)600.00

3.Jamuan Penutup VIP (10 orang x RM5.00)50.00

4.Peralatan

Pinggan Mangkuk Polistrin (2 pek x RM12.00)24.00

Cawan & Gelas Polistrin (2pek RM12.00)24.00

Sudu & garfu (3 Set x RM10.00)30.00

Plastik Sampah (10 Pek x RM3.00)30.00

Pencuci Pinggan10.00

4.Bahan Pertandingan Gajet

Buluh100.00

Talia Rafia30.00

5.Peralatan Perkhemahan150.00

Kayu Penanda Kawasan Perkhemahan

Lilin

Bateri Pembesar Suara & Lampu Suluh

Hailer

Arang & Starter

9.Lain-lain Keperluan200.00

JUMLAH3,048.00

14.0 MAKLUMAT PENYERTAAN

Sila rujuk Lampiran I.

15.0 JAWATANKUASA PELAKSANA DAN TUGAS

Sila rujuk Lampiran II

16.0 PERATURAN PERKHEMAHAN

Sila rujuk Lampiran III

17.0 TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk Lampiran IV

18.0 RUMUSAN

Diharap pertandingan ini dapat melahirkan murid-murid yang lebih berdisiplin, berdaya saing, bersemangat patriotisme dan memupuk semangat berpasukan serta tidak mementingkan diri dalam kalangan peserta.

Disediakan oleh,Disahkan oleh,

..................................( Mariam Zaini Bt Muhamad)Penyelaras Perkhemahan PBB,SMK Bukit Kuang24000 Kemaman

Diluluskan oleh,

........................................

LAMPIRAN IMAKLUMAT PENYERTAANSeramai 90 orang pelajar yang akan menyertai perkhemahan ini. 80 orang pelajar mewakili setiap pasukan badan beruniform dan 10 orang pelajar lagi bertindak sebagai urusetia.

BILPASUKANBILANGAN AHLI

LELAKIPEREMPUAN

1Kadet Remaja Sekolah 55

2Kadet Bomba dan Penyelamat55

3Kadet Polis55

4Pengakap55

5Pandu Puteri-10

6Puteri Islam-10

7St John Ambulans 55

8Seni Silat55

JUMLAH PESERTA3060