PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT .termasuklah Kompleks Dewan Kuliah Pusat bernilai RM2050 juta

  • View
    260

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT .termasuklah Kompleks Dewan Kuliah Pusat bernilai RM2050 juta

Naskhah belum disemak

DEWAN RAKYAT

PARLIMEN KETIGA BELAS

PENGGAL KEEMPAT

MESYUARAT KEDUA

Bil. 28 Khamis 26 Mei 2015

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Hak milik Strata (Pindaan) 2016 (Halaman 27) Rang Undang-undang Pertahanan Awam (Pindaan) 2016 (Halaman 67) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2016 (Halaman 129) USUL-USUL: Meminda Susunan Aturan Urusan Mesyuarat Di Bawah P.M. 14(2) (Halaman 53) Rang Undang-undang Persendirian Ahli Bukan Kerajaan Di Bawah P.M. 49(1) Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (Halaman 65) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 66) USUL MENTERI KEWANGAN: Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Halaman 168)

DR.26.5.2016 1

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

PARLIMEN KETIGA BELAS

PENGGAL KEEMPAT

MESYUARAT KEDUA

Khamis, 26 Mei 2016

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)] mempengerusikan Mesyuarat]

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Puan Hajah Nancy binti Shukri]: Terima

kasih Tuan Yang di-Pertua, Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengemukakan usul saya, izinkan saya

bersama membawa rakan-rakan dalam Dewan ini untuk mengucapkan kepada warga Sabah

selamat menyambut Tadau Keamatan dan kepada warga kita dari Sarawak pula Selamat Hari

Gawai [Berucap dalam bahasa Sarawak] dan kepada kaum Muslim dan Muslimat puasa kita

tidak lama lagi akan datang dan tiba bulan Ramadan. Selamat menyambut bulan Ramadan

dan selamat berpuasa.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, terima

kasih.

USUL

MENANGGUHKAN BACAAN KALI YANG KEDUA DAN KETIGA RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH P.M. 62

Puan Hajah Nancy binti Shukri [Puan Hajah Nancy binti Shukri]: Tuan Yang di-

Pertua, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, D.R.5/2016 Rang Undang-undang Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2016 seperti yang tertera di No.4 dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan bacaan kali yang kedua dan ketiga dan dibawa ke mesyuarat yang akan datang.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, baiklah.

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Datuk Rozman bin Isli [Labuan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya

berpantun. Saya bagi pihak jiran saya dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian ingin

mengalu-alukan rombongan kaunselor Majlis Daerah Samarahan Parlimen Kota Samarahan ke

Dewan ini. [Tepuk]

Dulu oil and gas banyak maju,

Hari ini ekonomi Labuan mesti dibantu,

Jadikan ia hab pendidikan adalah perlu,

Soalan saya alhamdulillah nombor satu.

1. Datuk Rozman bin Isli [Labuan] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan apakah perancangan yang ada untuk meningkatkan kapasiti Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) untuk membolehkan ia mengambil lebih ramai pelajar-pelajar antarabangsa seperti yang dirancang pada awalnya.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi [Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin]:

Terima kasih Yang Berhormat Labuan atas soalan berkaitan dengan UMSKAL. Tuan Yang di-

Pertua, sebelum saya menjawab soalan, izinkan saya membalas pantun Yang Berhormat

Labuan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ini pantun

bocor kah?

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: [Ketawa]

Dahulu minyak dan gas memang maju,

ekonomi Labuan dibiar jangan,

KPT dengan soaring upwards akan membantu,

Labuan hab pendidikan dalam rancangan. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kerajaan melalui

Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia atau KPT amat menitikberatkan penambahbaikan

pendidikan di semua institusi pendidikan tinggi termasuk Universiti Malaysia, Sabah, Kampus

Antarabangsa Labuan atau UMSKAL.

Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat berkaitan UMSKAL, Kementerian

Pendidikan Tinggi dari semasa ke semasa sentiasa peka, prihatin dan sentiasa berusaha untuk

mempertingkatkan kemudahan infrastruktur termasuk penyediaan bangunan baru dan

kemudahan facilities mengikut keperluan dan keadaan ekonomi semasa. Sehingga ini,

sebanyak 16 projek prasarana telah siap dilaksanakan untuk kegunaan warga UMSKAL dan ini

termasuklah Kompleks Dewan Kuliah Pusat bernilai RM2050 juta di bawah Rancangan

Malaysia Kesepuluh yang telah siap dibina pada tahun 2014. Kos keseluruhan yang telah

diperuntukkan dan dibelanjakan di UMSKAL adalah sebanyak RM162 juta.

Pada masa ini juga, pihak Universiti Sabah atau UMS ada juga kemukakan rancangan

mereka bagi cadangan projek pembangunan tanah membina blok tambahan kampus

antarabangsa Labuan yang merangkumi dewan peperiksaan yang baru dan naik taraf

perpustakaan sedia ada. Projek ini masih dalam penelitian dan bergantung kepada keadaan

ekonomi semasa kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat Labuan, sememangnya UMSKAL

menjadi pilihan pelajar-pelajar termasuk dari luar negara untuk mengikuti program-program

yang ditawarkan di kampus tersebut iaitu lima program di Fakulti Kewangan Antarabangsa

Labuan dan dua program di Fakulti Perkomputeran dan Informatik.

Universiti Sabah telah melaksanakan pelbagai promosi akademik untuk menarik lebih

ramai pelajar antarabangsa untuk mengikuti pengajian di UMS termasuk di UMSKAL. Promosi

secara menyeluruh untuk 60 program telah dilaksanakan pada tahun 2015 di China, Brunei.

Manakala bagi tahun 2014 diteruskan di Kalimantan, Timor Leste, Oman, Bangladesh dan

Jordan. Selain daripada itu EMGS juga ada mengadakan program promosi dan dalam tahun

2015 hingga 2016 hampir 1,000 program sudah dijalankan. Sekian, terima kasih.

1010

Datuk Rozman bin Isli [Labuan]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih

Yang Berhormat Menteri. Pelajar antarabangsa adalah antara penyumbang besar ekonomi

negara, di mana kita menyasarkan seramai 200,000 orang pelajar antarabangsa menjelang

2020 dengan anggaran sumbangan RM15.6 bilion kepada ekonomi negara akan tercapai.

Hujung tahun lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sebagai Pengerusi ASEAN

melancarkan ASEAN Economic Community. Soalan saya, apakah pandangan Yang Berhormat

Menteri saya cadangkan kita buat inisiatif melalui IPTA-IPTA terutamanya mengadakan

program pertukaran pelajar dengan semua negara-negara ASEAN sebesarnya dan berterusan

untuk membantu dan untuk Malaysia terus menerajui proses integrasi komuniti ASEAN tersebut

dan UMSKAL ataupun Kampus Antarabangsa Labuan dijadikan antara pusat utama untuk itu.

Terima kasih.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Terima kasih Yang Berhormat Labuan

atas soalan tambahan. Saya hendak memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa memang

cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Labuan tadi adalah satu cadangan yang

begitu baik dan sebenarnya ketua negara-negara anggota ASEAN telah bersetuju untuk

mengadakan satu deklarasi Kuala Lumpur mengenai pendidikan tinggi atau The Kuala Lumpur

Declaration on Higher Education. Dalam deklarasi ini merangkumi salah satu item yang

berkaitan dengan pertukaran pelajar dan ini bukan hanya ditumpukan kepada pertukaran

pelajar tetapi ada juga melibatkan pertukaran staf akademik. Jadi, ini memang adalah satu

program untuk meningkatkan mobiliti mahasiswa dan staf akademik di benua Asia Tenggara

dan sebenarnya pada 26 hingga 28 Mei ASED Education Summit dijalankan di Sunway Resort.

Dalam mesyuarat ini, juga ada menyentuh tentang peningkatan mobiliti mahasiswa dan staf

akademik di negara ASEAN. Cadangan Yang Berhormat Labuan memang amat dihargai dan

Kementerian Pendidikan Tinggi akan mempertimbangkan cadangan ini sehabis baik. Sekian,

terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang

Berhormat Rantau Panjang.

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih, Tuan

Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya saya mengucapkan tahniah di atas segala usaha

kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan negara kita dan di peringkat

antarabangsa. Apa yang saya ingin jelaskan ialah sejauh mana pihak kementerian mengenal

pasti terhadap penyalahgunaan visa di kalangan pelajar di peringkat antarabangsa yang masuk

ke dalam negara kita mereka hanya datang bukan semata-mata untuk belajar tetapi dia

mengambil kesempatan untuk aktiviti sosial yang tidak bermoral yang mungkin menjejaskan

memberi kesan yang besar kepada masyarakat sekitar. Jadi sejauh mana perkara ini diteliti dan

diambil perhatian dan tindakan oleh pihak kementerian? Minta penjelasan.

Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin: Terima kasih. Soalan tambahan yang

dikemukakan oleh Yang Berhormat dan ini ada berkaitan dengan kawalan pelajar asing apabila

mereka masuk untuk belajar di IPTS atau IPTA