23
TAJUK 5: INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN 5.3 STRATEGI PENGAJARAN INOVATIF 5.3.1 Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning / PBL) Definisi PBL Proses pembelajaran ini berfokuskan tugasan berdasarkan isi pelajaran yang melibatkan kutipan dan analisis data serta penyediaan satu laporan yang lengkap dan betul secara holistik. Pelajar dapat melalui pengalaman belajar yang kompleks berdasarkan situasi sebenar terhadap permasalahan autentik yang memerlukan pemikiran kritis. Proses pembelajaran memerlukan pelajar mengaplikasi pelbagai sumber maklumat, menentukan dan mengurus sumber, masa dan bahan pembelajaran. Pelajar mempunyai autonomi dalam membina pembelajaran masing-masing dan rasa tanggungjawab dalam diri mereka akan turut meningkat.

PBL

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PBL

Citation preview

Page 1: PBL

TAJUK 5: INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

5.3 STRATEGI PENGAJARAN INOVATIF

5.3.1 Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning / PBL)

Definisi PBL

Proses pembelajaran ini berfokuskan tugasan berdasarkan isi pelajaran yang

melibatkan kutipan dan analisis data serta penyediaan satu laporan yang lengkap dan

betul secara holistik. Pelajar dapat melalui pengalaman belajar yang kompleks

berdasarkan situasi sebenar terhadap permasalahan autentik yang memerlukan

pemikiran kritis. Proses pembelajaran memerlukan pelajar mengaplikasi pelbagai

sumber maklumat, menentukan dan mengurus sumber, masa dan bahan pembelajaran.

Pelajar mempunyai autonomi dalam membina pembelajaran masing-masing dan rasa

tanggungjawab dalam diri mereka akan turut meningkat.

Page 3: PBL

Projek perlu menarik dan bermafaat serta dapat membina

kemahiran baru, namun masih berfokus kepada aktiviti pembelajaran

bukannya pentaksiran .

Peranan Guru dalam PBL

Membantu pelajar mengenali strategi pembelajaran yang sesuai

Terapkan kaedah inkuiri – menjana hipotesis, membuat ramalan dan

menyelesaikan masalah

Pastikan pelajar mempunyai pengetahuan tentang projek yang hendak

dijalankan

Alat pengukuran informal

Aplikasi teknik pengurusan mutakhir

Wujudkan suasana pembelajaran dan penerokaan

Menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus

Apakah kelebihan PBL ?

Memberi peluang kepada pelajar menjana idea mengenai topik tugasan yang

dijalankan.

Mengajar mereka untuk menerima dan menghormati perbezaaan individu.

Menggalakkan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan

pandangan masing-masing.

Menunjukkan bahawa sumbangan idea mereka dihargai.

Page 4: PBL

5.3.2 Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)

Konsep PBM

Pembelajaran berasaskan masalah disokong oleh konsep pembelajaran secara kendiri

bagi memudahkan para pensyarah dan pelajar melalui proses pembelajaran yang lebih

berkesan dan efektif. PBM merangkumi cabaran kepada keadaan penyelesaian

masalah sebenar berkaitan topik yang dibincangkan, melibatkan penggunaan akal dan

fikiran yang kritikal serta menyeluruh, kemahiran meyelesaikan pemasalahan yang

berkaitan, memenuhi keperluan dan disiplin kerja atau tugasan, pembelajaran kendiri,

gerak kerja berpasukan dan menguasai kemahiran komunikasi, serta

bertanggungjawab dan gigih dalam menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan.

Apakah kemahiran yang diperoleh daripada PBM?

Hasil daripada pendekatan pengajaran berasaskan masalah, pelajar akan dapat :

belajar menyelesaikan masalah berdasarkan realiti permasalahan yang sebenar.

menguasai kemahiran pemikiran aras tinggi (high order thinking skills).

kemahiran menyelesaikan masalah.

kemahiran mencari maklumat dari pelbagai bidang pengajian.

kemahiran pembelajaran secara kendiri (Self-Directed Learning Skills).

kemahiran bekerja secara berkumpulan.

menguasai kemahiran berkomunikasi yang berkesan.

Page 5: PBL

Rajah 5.3 : Ciri-ciri PBM

Langkah-langkah Pembelajaran Berasaskan Masalah

1. Kemukakan masalah

2. Jelaskan hasil pembelajaran

3. Sediakan persekitaran pembelajaran yang selamat

4. Sediakan bimbingan & strategi “coaching apprenticeship” dan “scaffolding”

5. Sediakan resos pembelajaran (modul pembelajaran, sumber pengayaan/

pemulihan, multimedia)

6. “Debriefing”

7. Penilaian – secara berkumpulan dan individu

Page 6: PBL

5.3.3 Pembelajaran Elektronik

Konsep pembelajaran elektronik Dimensi pembelajaran secara kolaboratif melalui

perbincangan atau interaksi secara bersemuka dapat dilanjutkan dan diperluas lagi

secara dalam talian selari (synchronous) atau tidak selari. Melalui pendekatan ini juga,

pelajar mempunyai masa pembelajaran yang lebih anjal untuk berinteraksi sesama

mereka atau dengan pensyarah. Pelajar dapat menjimatkan masa dalam proses

pengukuhan fakta perbincangan melalui carian maklumat di internet tanpa perlu

meninggalkan sesi perbincangan dalam talian. Infostruktur ICT dalam aspek e-

pembelajaran, terdiri daripada tiga komponen utama iaitu perkakasan komputer (sistem

server, sistem rangkaian dan komputer pengguna), perisian serta aplikasi e-

pembelajaran dan pelbagai kategori pengguna (pengajar, pelajar, pereka bentuk

pengajaran, pembangun kandungan dan staf teknikal).

Pendekatan Pembelajaran Elektronik

Online learning

Technology based learning

Web based training

Computer based training

Technology enhanced learning

Computer supported collaborative learning

Bentuk Penyampaian pengajaran dan Pembelajaran

Page 7: PBL

Cetak seperti jurnal, artikel, rencana, majalah, e-book

Video seperti klip video, rakaman video, siaran satelit

Audio seperti rakaman audio dan podcast

Ciri – ciri Pembelajaran Elektronik

mengikut kadar kendiri pelajar

mengikut kehendak atau keperluan pelajar

memenuhi kepelbagaian gaya pembelajaran

Capaian lebih mudah dan luas

Perlukan kemahiran komputer dan internet

5.3.4 Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang (PBLS)

Konsep PBLS

PBLS menggunakan gabungan streaming video, penerangan berbantukan power point,

penerangan audio dan penyampaian- penyampaian lain dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Pembelajaran lebih luas dan kaya dengan sumber pembelajaran yang

pelbagai dengan pautan laman berkaitan serta audio dan video. Maklumat

pembelajaran, pentaksiran dan perkongsian idea serta pandangan menjadi lebih

mudah, pantas dicapai dan dapat disebarkan melalui paparan menerusi laman

sesawang.

Page 8: PBL

Fungsi PBLS dalam 7 aplikasi

Pengumuman real time

Teks, html, spread sheet, video, powerpoint, fail audio

Buku gred real time

Pautan luar (External links)

Ruang perbincangan maya (Chat rooms)

Kuiz automatik

E-mel

5.4 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN

5.4.1 Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran

Penggunaan teknologi dalam P&P telah dapat meningkatkan kualiti pengajaran.

Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah memberi kesan yang

kuat hingga merubah kaedah dan teknik pengajaran tersebut. Antaranya ialah :

media tayang seperti powerpoint, video, filem dan papan interaktif. Penggunaan

multimedia dalam pengajaran banyak membantu guru untuk mencapai objektif

pembelajaran yang telah dirancang.

Internet dalam pengajaran – penggunaan emel, blog, portal dan laman

sesawang memberi ruang untuk guru membimbing dan mengukuhkan

pembelajaran.

Page 9: PBL

Perpustakaan Maya - E-jurnal dan e-buku. Perpustakaan maya membolehkan

pelajar mengakses pengkalan data (database) untuk mendapatkan maklumat.

Web-based learning – Bahan P&P dengan mudah boleh dipaparkan di laman

sesawang. Dengan cara tersebut maklumat mudah diakses oleh pelajar.

Pembelajaran secara atas talian (On-line learning) – Kewujudan rangkaian

pendidikan yang berkesan membolehkan pendidikan jarak jauh dilakukan.

Penggunaan ICT dalam P&P -Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah

penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil

yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah (PPK, 2001).

5.4.2 Impak Teknologi Dalam Pengajaran

1. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.

2. Penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar proses pengajaran dan

pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.

3. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah,

ringkas dan padat.

4. Pelajar tidak mudah berasa jemu dan bosan.

5. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana

pembelajaran yang menyeronokkan.

6. Guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran

7. Mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai

kemudahan yang terdapat dalam ICT.

8. Membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan terkini

dengan lebih cepat serta efisen.

Page 10: PBL

5.5 PERKEMBANGAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Guru pada hari ini berdepan dengan pelajar yang dikenali sebagai generasi internet.

Mereka lebih selesa dengan dunia internet dan cekap serta pantas menguasai

kemahiran dalam pelbagai unsur baharu dalam internet. Maka persekitaran

pembelajaran juga perlu berubah daripada bilik darjah formal kepada bilik darjah maya,

seterusnya akan mengubah persekitaran pembelajaran kepada pembelajaran personal.

Page 11: PBL

Jadual 5.1 : Perbandingan PLE, VLE, ILE dan OLE

5.6 REKA BENTUK RESOS

5.6.1 Konsep Reka Bentuk Resos

Rekabentuk resos digunakan untuk membangunkan pelbagai jenis bahan pengajaran

Page 12: PBL

dan pembelajaran menggunakan resos tradisional seperti bahan bercetak, bahan 2-D

dan 3-D ataupun resos terkini seperti bahan berbantukan komputer melalui pelbagai

media audio-visual, pengaksesan maklumat, pembelajaran secara online dan jaringan

sosial.

Tujuan Reka Bentuk Resos

Mendorong murid menanam sifat berdikari sewaktu meneroka bidang ilmu.

Pembelajaran berpusatkan murid.

Menggunakan konsep Pembelajaran Masteri.

Meningkatkan kualiti serta keberkesanan sistem pendidikan keseluruhannya.

Bahan pengajaran berbantu komputer di pasaran adalah kurang sesuai dan tidak

menepati objektif Falsafah Pendidikan Negara kerana pakar komputer yang

menghasilkan bahan P&P tidak mahir dalam aspek pedagogi.

Rajah 5.4 : Jenis reka bentuk resos

Page 13: PBL

Model Reka Bentuk Resos

Model Berorientasikan Bilik Darjah

Guru merancang pelajaran untuk satu atau dua waktu dan menyediakan reka

bentuk pengajaran sebelum masuk ke bilik darjah. Contoh-contoh model RP

beroreintasikan bilik darjah adalah model Gerlach dan Ely (1980), model

ASSURE (1996), model Kemp (1985) dan model Dick dan Reiser (1989).

Model Berorientasikan Produk

Contoh model yang berorientasikan produk adalah model Van Patten (1989),

model Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) dan model Bergman dan Moore

(1990).

Jenis Reka Bentuk Resos

Berasaskan Teknologi ICT

Bukan Berasaskan Teknologi ICT

Bahan 2-D

e-buku

e-majallah

e-portfolio

Blogs and Forums

Bahan 3-D

Page 14: PBL

Model Berorientasikan Sistem

Contoh model yang berorientasikan sistem adalah model IDI (1973), model

IPISD (1975), model Dick dan Carey (1979), model Diamond (1989) dan model

Seels dan Glasgow (1990).

Peringkat Reka Bentuk Resos

Untuk memastikan pengajaran yang baik dapat dilaksanakan, reka bentuk resos

pengajaran yang sesuai haruslah dipertimbangkan. Peringkat reka bentuk resos ialah:

Analisis Murid - Merangkumi tiga perkara iaitu ciri-ciri umum, kompentensi

khusus peringkat masuk dan gaya pembelajaran. Ciri-ciri umum meliputi umur,

tahap, tingkatan dan latar belakang sosioekonomi.

Nyatakan Objektif - Menyatakan objektif dapat membantu guru dalam

merancang resos pengajaran. Pemilihan kaedah, media dan bahan adalah

berdasarkan kebolehan murid, dan objektif pengajaran. Oleh kerana

kebiasaanya setiap kelas terdiri daripada murid pelbagai kebolehan,

berkumpulan dan pengajaran secara kelas. Justeru penggunaan media dan

bahan perlulah pelbagai.

Pada peringkat ini terdapat beberapa langkah yang perlu dipertimbangkan antaranya

adalah seperti berikut :

Page 15: PBL

1. beri gambaran awal tentang bahan yang akan digunakan

2. penyediaan bahan

3. sediakan persekitaran yang sepadan untuk pengajaran yang menggunakan

bahan yang dipilih

4. sediakan murid menerusi set induksi atau pernyataan objektif

5. sediakan pengalaman pembelajaran supaya pengajaran dapat dilaksanakan

dengan berkesan dan diingati oleh murid.

Penglibatan murid - Aktiviti yang boleh dijalankan untuk melibatkan murid ialah

seperti latih tubi, latihan, kuiz dan sebagainya. Guru juga boleh melibatkan murid

dalam kaedah berkumpulan.

Penilaian - Nilai dan semak adalah penting untuk melihat keberkesanan sesuatu

perkara serta untuk menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan

keberkesanannya. Penilaian meliputi pencapaian murid berdasarkan kemahiran,

sikap dan objektif.

Ciri-Ciri Rekabentuk Resos

Kos yang berpatutan (boleh juga guna bahan terbuang)

Mempunyai identiti kebangsaan

Menepati arahan dan kurikulum

Bersesuaian dengan pencapaian murid

Hiasan berpada dan ketepatan teknik

Page 16: PBL

Kelebihan Reka Bentuk Resos

Mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran

Guru dan murid boleh mengakses maklumat daripada pelbagai

Sumber

Sumber maklumat mudah diperolehi

Menjimat masa

Pengurusan dan pengemaskinian bahan yang lebih bersistematik

Murid dan guru tidak jemu

5.7 REKA BENTUK PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN YANG INOVATIF

Konsep Penilaian Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif

bagi menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Ia

sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam

mentafsir hasil pengukuran yang bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian

akademik, kemahiran atau sikap. Ia merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.

Tujuan Penilaian

1. Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.

Page 17: PBL

2. Membantu guru membuat perbandingan antara pelajar dengan pelajar mahupun

antara satu kelas dengan kelas yang lain.

3. Membuat perbandingan pencapaian pelajar dalam subjek tersebut dengan

subjek lain.

4. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dengan yang rendah pencapaiannya.

5. Membantu guru melakukan pengayaan dan pemulihan.

6. Membolehkan guru menilai bahan dan teknik serta kaedah pengajaran.

7. Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.

Pentaksiran Pembelajaran

Tujuan pentaksiran adalah untuk memastikan pembelajaran berlaku seperti yang

dirancang selain membantu guru merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Pentaksiran dapat memberikan manfaat kepada guru dan murid dalam bentuk maklum

balas bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

Perkembangan Dalam Pentaksiran Pembelajaran

Pentaksiran Prestasi

Menilai perkembangan pembelajaran pelajar secara langsung apa yang dapat dibuat,

bagaimana proses dan pengalaman pembelajaran. Proses ini menilai keupayaan

pelajar dalam melakukan sesuatu atau menggunakan sesuatu kemahiran dalam

menghasilkan sesuatu yang baharu. Pentaksiran dibuat melalui pemerhatian terhadap

apa sebenarnya dialami dan dihasilkan oleh pelajar. Pentaksiran prestasi juga dikenali

sebagai pentaksiran autentik.

Kelebihan pentaksiran prestasi:

Page 18: PBL

Merekod apa yang diketahui dan dilakukan oleh pelajar

Menilai keupayaan pelajar berfikir, membuat analisis, sintesis dan Penilaian

Memudahkan guru membuat pentaksiran secara individu berdasarkan

pemerhatian secara berterusan.

Memudahkan guru merancang pengajaran berdasarkan keupayaan pelajar.

Memudahkan pihak sekolah, ibu bapa dan sebagainya memperoleh maklumat

terperinci tentang pembelajaran pelajar.

Memudahkan guru mengurus pengajaran dan pembelajaran dengan lebih

bermakna.

Komponen-komponen pentaksiran prestasi:

Senarai semak perkembangan

Portfolio pembelajaran

Laporan pembelajaran

Ciri-ciri pentaksiran prestasi

Pelajar terlibat dalam aktiviti berbentuk autentik

Tugasan akan jadi lebih bermakna, berbentuk aplikasi kemahiran, pengetahuan

dan integrasi KBKK.

Page 19: PBL

Bagi mendapatkan tugasan yang baik, penggunaan bahasa dan laras bahasa

yang betul perlu digunakan

Dua bentuk tugasan prestasi iaitu berasaskan projek dan berasaskan produk

Penekanan diberikan terhadap kedalaman pemahaman dalam melaporkan

tugasan

Tugas guru dalam pentaksiran prestasi

Tentukan matlamat tugasan

Sediakan hasil pembelajaran yang eksplisit

Sediakan tugasan berdasarkan keadaan sebenar (real world)

Sediakan langkah pelaksanaan tugasan yang lengkap bagi membimbing pelajar.

Bina pentaksiran dalam tugasan iaitu dalam bentuk kontekstual

Guna borang penilaian agar pentaksiran dilakukan dengan adil dan tepat.

B. Pentaksiran Berasaskan Portfolio

Portfolio ialah satu bentuk bukti proses perkembangan pembelajaran. Penyediaan

portfolio merupakan antara keperluan dalam pentaksiran prestasi. Penyediaan portfolio

yang sistematik mengandungi ciri-ciri berikut:

CRADLE iaitu:

Collecting - mengutip

Reflecting - refleksi dan catatan jurnal

Page 20: PBL

Assessing - penaksiran

Documenting - mendokumentasi

Linking - perkaitan

Evaluating – penilaian

Ciri-ciri Portfolio yang sistematik

Komprehensif: Pengumpulan data yang tepat dan pelbagai

Terancang dan sistematik: Mengandungi perancangan yang baik sebelum

dilaksanakan.

Bermaklumat: Maklumat yang dimasukkan mestilah yang bermakna kepada

guru.

Dibuat khusus: Menepati tujuan dan matlamat penyediaannya.

Autentik: Maklumat yang dimasukkan berkait rapat dengan tugasan autentik

pelajar.

Prosedur pentaksiran portfolio

Kenal pasti tujuan dan fokus

Rancang isi

Reka bentuk analisis

Sediakan tatacara penyampaian

Kenal pasti prosedur pengesahan

Laksanakan model pentaksiran

Page 21: PBL

C. Pentaksiran Kendiri

Pentaksiran kendiri melibatkan pelajar menilai diri sendiri; apa yang telah dipelajari dan

bagaimana dia mempelajarinya. Pelajar akan memantau perkembangan dan kemajuan

pembelajaran mereka berdasarkan objektif dan hasil pembelajaran.

Langkah-langkah pentaksiran kendiri:

1. Membuat refleksi pengalaman yang lalu

2. Mengingat semula apa yang telah berlaku

3. Menggambarkan semula idea yang telah dipelajari

4. Menyimpan rekod tindakan yang telah diambil

5. Menentukan hala tuju akan datang

Strategi pentaksiran kendiri

Modeling - menggunakan hasil kerja yang baik sebagai contoh.

Kemahiran menyoal secara berfokus - pelajar diminta membina soalan untuk

mendapatkan maklumat tambahan.

Pengurusan grafik - bentuk visual yang dapat membantu pelajar menstrukturkan

pemikiran mereka dalam bentuk diagram.

Membuat refleksi pembelajaran- catatan jurnal tentang apa yang dialami.

Penilaian rakan sebaya - maklum balas daripada rakan sebaya.

Page 22: PBL

Senarai semak - untuk mentaksir sikap pelajar, tingkah laku dan tindakan pelajar

semasa proses pembelajaran.

Portfolio digital – penggunaan ICT dalam pentaksiran pembelajaran.

Aplikasi teknik pentaksiran bilik darjah - menggunakan pelbagai aktiviti

penaksiran untuk pembelajaran.

D. Pentaksiran Berasaskan Komputer

Pentaksiran ini merupakan pentaksiran yang disediakan, ditadbir dan disemak

oleh komputer.

Terdapat perisian khas untuk kegunaan guru.

Pentaksiran pembelajaran lebih menarik dan boleh mendapat maklum balas

secara langsung

Prestasi pelajar akan ditentukan oleh program komputer berdasarkan aras

kesukaran soalan

Electronic votting system membolehkan guru membuat pentaksiran selepas

pengajaran dan pembelajaran selesai

Tahap penguasaan pembelajaran pelajar dapat diukur dengan cepat dan

tindakan susulan dapat dibuat.

Rujukan

Jarvela, S. (2006). Personalised Learning? New Insights into Fostering Learning

Capacity. Persinalising Education – ISBN-92-64-03659-8© OECD 2006.

Mohd Izham Mohd Hamzah & Noraini Atan (2007). Tahap kesediaan guru Sains

Page 23: PBL

dalam penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Teknologi. 46(E) Jun 2007;

45-60.