8
AB 10 PENGENDALIAN BAHAN DAN PERALATAN SAINS Bahan dan peralatan sains perlu dalam keadaan baik dan berfungsi supaya dapat digunakan dan dikendalikan dengan cara yang betul oleh guru, kakitangan makmal dan murid. Guru sains dan murid perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan bahan dan peralatan sains dengan betul supaya kerja amali dapat dijalankan dengan sempurna dan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Ini juga membolehkan murid menguasai kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif semasa kerja amali dijalankan serta mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni. Kemahiran pengendalian bahan dan peralatan sains adalah dituntut dalam kurikulum sains yang seprti yang dinyatakan dalam Kemahiran Saintifik. Kemahiran maniputif yang merupakan sebahagian daripada kemahiran saintifik perlu kuasai oleh murid adalah seperti berikut: Mengguna dan mengendalikan bahan dan peralatan sains secara betul dan sempurna. Membersihkan peralatan sains secara betul dan sempurna. Menyimpan peralatan sains secara betul dan selamat selepas digunakan. Mengendalikan spesimen secara betul dan sempurna. Memerhati, mengukur dan merekod secara betul dan sempurna. Peralatan dan bahan sains yang biasa dikendalikan oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran dalam makmal sains adalah seperti berikut: Alat kaca. Bahan kimia.

Pegendalian Bahan Saintifik (Mengumpul Maklumat)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kerja kursus sains

Citation preview

Page 1: Pegendalian Bahan Saintifik (Mengumpul Maklumat)

AB 10

PENGENDALIAN BAHAN DAN PERALATAN SAINS

Bahan  dan peralatan sains perlu dalam keadaan baik  dan berfungsi  supaya dapat digunakan  dan dikendalikan  dengan  cara yang betul  oleh  guru,  kakitangan  makmal  dan murid.    Guru sains dan murid  perlu mempunyai  pengetahuan dan kemahiran  dalam mengendalikan  bahan dan peralatan sains dengan  betul  supaya kerja amali  dapat dijalankan  dengan  sempurna  dan berkesan  dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains.   Ini  juga membolehkan  murid  menguasai  kemahiran  proses sains dan kemahiran manipulatif semasa kerja amali dijalankan serta mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.

Kemahiran pengendalian bahan dan peralatan sains adalah dituntut dalam kurikulum sains yang  seprti  yang  dinyatakan  dalam Kemahiran  Saintifik.    Kemahiran maniputif  yangmerupakan sebahagian daripada kemahiran saintifik perlu kuasai oleh murid adalah seperti berikut:

  Mengguna dan  mengendalikan  bahan dan  peralatan sains secara betul  dan sempurna.

  Membersihkan peralatan sains secara betul dan sempurna.

  Menyimpan peralatan sains secara betul dan selamat selepas digunakan.

  Mengendalikan spesimen secara betul dan sempurna.

  Memerhati, mengukur dan merekod secara betul dan sempurna.

Peralatan dan bahan sains yang biasa dikendalikan oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran dalam makmal sains adalah seperti berikut:

  Alat kaca.

  Bahan kimia.

  Alat optik.

  Instrumen.

  Spesimen dan Bahan Biologi.

  Peralatan ICT

Page 2: Pegendalian Bahan Saintifik (Mengumpul Maklumat)

10.1     Pengendalian Alat Kaca

Kaca adalah sesuatu bahan yang digunakan secara luas di dalam pelbagai bidang.  Terdapat banyak peralatan diperbuat daripada kaca, antaranya peralatan kegunaan harian/domestik,  peralatan  kegunaaan  saintifik  dan teknologi  moden.    Alat kaca diperbuat daripada  berbagai  jenis kaca  untuk  kegunaan khusus di  dalam bidangsaintifik terutama di dalam makmal sains.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│137

Page 3: Pegendalian Bahan Saintifik (Mengumpul Maklumat)

Bab 10 -

Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

Guru sains, kakitangan  makmal  dan murid harus mempunyai  pengetahuan serta kemahiran  dalam  menggunakan  dan mengendalikan  alatan  kaca  dengan selamat, supaya aktiviti kerja amali dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan.  

10.1.1  Jenis-Jenis Kaca

Kaca  boleh  dibahagi  kepada  tiga jenis yang utama,  iaitu kaca  soda (soda-lime glass), kaca borosilikat dan kaca khas (lead glass/special glass).  Alatan kaca yang terdapat di makmal kebanyakannya dihasilkan daripada kaca sodadan kaca  borosilikat.    Setiap jenis  kaca  tersebut  mempunyai  ciri-ciri  khususseperti dalam jadual di bawah: 

Jadual 10.1:   Jenis-jenis kaca

Jenis Kaca

Kaca soda  (Soda-lime glass)

Kaca borosilikat (Borosilicate glass)

Page 4: Pegendalian Bahan Saintifik (Mengumpul Maklumat)

Kaca khas  (Lead glass/special glass)

Ciri-Ciri

  Mempunyai warna yang cerah (hijau cerah).   Keupayaan mengembang yang tinggi (mengembang dengan cepat apabiladipanaskan).   Apabila dibakar akan mengeluarkan warnamerah pucat atau kekuningan.       Contoh: mentol, botol minuman, cermin                       tingkap   Mempunyai warna agak gelap.   Keras dan kuat (dinding tebal).   Keupayaan mengembang yang rendah(mengembang dengan lambat apabiladipanaskan).   Apabila dibakar, kaca borosilikat akan mengeluarkan warna merah cerah.   Tidak mudah pecah apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan.       Contoh: bikar, kelalang kon, kondeser,                         tabung uji, botol media    Sesuai untuk cantuman diantara logam dan kaca.   Digunakan dalam mentol telivisyen, lampuflourescent.

10.1.2  Alatan  Kaca Yang Biasa Digunakan Dalam Makmal Sains 

  Pipet.   Buret.   Silinder bersenggat (silinder pengukur).   Bikar.   Kelalang volumetrik (kelalang isipadu).   Kelalang kon.

138│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Page 5: Pegendalian Bahan Saintifik (Mengumpul Maklumat)

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan

Peralatan Sains

Rajah 10.29:  Kabinet Mikroskop

  Mikroskop  adalah  alat yang  mahal  dan mudah rosak  jika tidak  di  kendalikan dengan  betul.    Oleh  itu,  ia mestilah  digunakan  dengan  cermat.    Perlu  disimpan dalam kabinet  khas yang  dilengkapi  dengan  pemanas dan termostat  untuk mengawal  suhu di  dalam kabinet  untuk mengelak  pembiakan kulat/ mikroorganisma seperti Rajah 10.29.

  Setiap mikroskop  mesti  berlabel  dan mempunyai  buku log  penggunaan.      Mikroskop mesti di selenggara oleh juruteknik yang bertauliah.

10.3.1 Pengendalian dan Penjagaan Mikroskop

a.  Untuk tujuan memindah

  Gunakan kedua-dua belah tangan apabila mengangkat mikroskop dari satu tempat  ke satu tempat.    Sebelah  tangan mesti  memeganglengannya dan sebelah tangan lagi memegang bahagian bawahnya. 

kanta didalamnya tidak terkeluar daripada tempatnya.

 Mikroskop  hendaklah  diletakkan dalam  keadaan tegak  dan berada dalam keadaan kering.

b.  Pembersihan kanta-kanta mikroskop

  Hanya guna tisu kanta.

  Bahan-bahan lain seperti  kertas    tisu bisa („Kleenex‟)  dan kain

Page 6: Pegendalian Bahan Saintifik (Mengumpul Maklumat)

akan  mencalarkan  kanta atau meninggalkan  serbuk  halus di  atas        kanta. 

  Jangan  guna tapak  jari  untuk  membersihkan  kekotoran atau  debu pada permukaan kanta.  Minyak dan gris pada jari akan melekat pada permukaan kanta dan mengurangkan kualiti imej. 

162│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Page 7: Pegendalian Bahan Saintifik (Mengumpul Maklumat)

 Bab 10 -

Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

c.  Teknik menggunakan mikroskp                     

Kanta mata

Tiub

Pelaras kasar

Pelaras halus

Kanta objektif Lengan Pentas sisip kaca

Sumber cahaya

Tapak

Rajah 10.30:  Mikroskop 

  Fokuskan  specimen  menggunakan  kanta objektif  bermagnifikasi rendah (4x  dan 10x)  dahulu sebelum menggunakan  kanta objektif bermagnifikasi  tinggi  (40x  dan 100x).    Apabila  menggunakan  kanta kuasa  tinggi,  fokuslah  dengan  menggunakan  tombol  pemutar fokus halus.

  Semasa memfokus, tombol itu hendaklah diputarkan supaya kanta itu bergerak  jauh dari  sisip kaca.    Ini  akan  mengelakkan  mikroskop daripada memecahkan sisip itu.

  Kedua-dua belah  mata  hendaklah  dibuka semasa  melihat  melalui mikroskop.

d.  Penghasilan imej yang jelas

Page 8: Pegendalian Bahan Saintifik (Mengumpul Maklumat)

  Jangan  biarkan  sebarang  minyak  rendaman  terlekat  di  permukaan kanta objektif.  Ini akan menghasilkan imej kabur.

  Jika minyak  tersebut  kering, ia hanya boleh  dihilangkan  dengan menggunakan Xylene.

e.   Penjagaan pentas mikroskop

  Pentas mikroskop haruslah sentiasa bersih.

  Sebarang tumpahan di  atas pentas mikroskop perlu dibersihkan dengan segera. (contoh: Canada Balsam dan minyak tumpahan).