PELAKSANAAN AKTIVITI PERKHEMAHAN 2015.docx

Embed Size (px)

Citation preview

PELAKSANAAN AKTIVITI

RABU- 15 APRIL 20152.30-3.30 petang Pendaftaran peserta perkhemahan seramai 50 orang yang terdiri daripada tiga unit beruniform di ruang legar INTAN Wilayah Timur, Kemaman.

Petugas pendaftaran ialah Pn Nor Maiza bt Abdul Malik dengan Cik W Norsaidatina Hasma bt W Nawang. Kumpulan sasaran ialah murid tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6.

3.30-4.30 petang Pengurusan Khemah

4.30-5.00 petang Peserta berkumpul dan taklimat kem dilaksanakan. Taklimat dilakukan oleh Kem Komandan. Taklimat yang diberikan berkaitan dengan peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua peserta dan pelaksanaan aktiviti. Semua peserta dikehendaki mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan. Pembahagian khemah dan kumpulan mengikut kumpulan masing-masing. Solat asar berjemaah Peserta disediakan minum petang.

5.00-6.30 petang

SLOT INTAN

6.30-9.00 malam

Peserta perkhemahan melakukan persiapan diri. Makan malam disediakan di bawah khemah Solat maghrib dan isyak secara berjemaah Beberapa aktiviti kerohanian dilakukan seperti kuliah maghrib yang disampaikan oleh En Ruzaidi.

9.00-11.00 malam

MOTIVASI DIRI

11.00 malam Minum malam disediakan Tidur zzzzzz

KHAMIS-16 APRIL 2015.30-7.00 pagi Urus diri dan solat subuh

7.00-9.30 pagi Sarapan pagi Senaman pagi diketuai oleh Pn Rohaida bt Hitam 9.30-10.30 pagi Minum pagi dan bertolak ke Zoo Kemaman 10.30-11.00 pagi Taklimat oleh penyelaras aktiviti iaitu Pn Zuria Akma bt Mat Rani.

11.00-1.30 petang Di bahagikan kepada 3 aktiviti1. Aktiviti Tracking di Zoo Kemaman2. Pertandingan Mini Gajet3. Pertandingan Bawa Gula-Gula dengan Jari 1.30-2.30 petang Makan tengahari dan solat zohor

Pertandingan Ikatan/Balutan 2.30-5.00 petang Pertandingan Menu Simple Aktiviti mandi kolam/ latihan malam kebudayaan Solat asar dan minum petang.

5.00-6.30 petang Bertolak pulang ke INTAN dan latihan Malam Kebudayaan6.30-9.00 malam Makan malam Persiapan diri untuk Solat maghrib dan isyak berjemaah Aktiviti kerohanian iaitu kuliah maghrib

9.00-11.00 malam Pertandingan persembahan malam kebudayaan

BBQ11.00 malam Tidur zzzzzzz

JUMAAT - 17 APRIL 20155.30-7.00 pagi Urus diri dan solat subuh Kuliah subuh yang disampaikan oleh En A Rahim Musly

7.00-9.30 pagi Sarapan pagi Sukaneka Pantai 9.30-10.30 pagi SLOT BOMBA ( Pertolongan cemas dan kawad kaki )

10.30-11.00 pagi Minum pagi

11.00-1.30 petang Ucapan daripada guru besar SK Kg Baharu Felda Neram 1

Perasmian Penutup oleh INTAN

Cenderahati diberikan kepada INTAN

Acara menurunkan khemah, peserta membersihkan tapak perkhemahan bersama guru unit masing-masing

1.30-2.30 petang Makan tengahari dan solat zohor

2.30 petang Bertolak pulang

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

Keputusan keseluruhan tempat pertama dimenangi oleh Pengakap, naib johan puteri Islam dan tempat ketiga TKRSCADANGAN DAN KESIMPULANCadangan dan penambahbaikan untuk program perkhemahan dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu : Peserta1. Peserta yang menyertai perkhemahan haruslah bersedia dengan aktiviti dan segala masalah yang akan dihadapi2. Menambahkan jumlah peserta3. Para peserta boleh menyediakan makanan sendiri bagi memberi pengalaman untuk pelajar berdikari

Aktiviti

a. Jadikan kawad kaki aktiviti utama untuk membentuk disiplin peserta. b. Perbanyak kan aktiviti yang boleh mencabar murid.c. Guru tidak dibenarkan berada bersama murid semasa aktiviti memasak supaya murid boleh berdikari dengan menu yang telah ditetapkan.d. Penyediaan tempat memasak yang sesuai dan bekalan air mentah yang mencukupi.

Perkhemahan telah berjaya dijalankan dengan sempurna, segala kemungkinan harus diambil tindakan untuk penambahbaikan di masa depan.

Disediakan Oleh,

......................................(Rohana bt Abdul Rahman)AJK Laporan,SK Kg.Baharu Felda Neram 1

Disemak Oleh,

.....................................(Dayang Fatimah Wati bt. Osman)PK Kokurikulum,SK Kg.Baharu Felda Neram 1Disahkan Oleh,

......................................(Roslan bin Ismail)Guru Besar,SK Kg. Baharu Felda Neram 1

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2015

PENGENALAN

Perkhemahan Unit Beruniform antara rumah merupakan aktivititi pasukan badan beruniform yang disertai oleh ahli semua pasukan unit beruniform Tahap Dua yang terdiri daripada Pengakap, Pergerakan Puteri Islam (PPIM ) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi. Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

RASIONAL

Perkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat perpaduan kaum, disiplin yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja. Menyampaikan mesej hubungan antara manusia dengan alam sekitar ciptaan Allah dengan penerapan mata pelajaran khususnya Pendidikan Islam, Kajian Tempatan, Sains dan lain-lain ke arah melahirkan generasi yang tahu menghargai alam. Memupuk keinsafan pada diri murid-murid dalam penggunaan masa ke arah melahirkan generasi yang sentiasa tahu menghargai dan mengurus masa dengan baik dan sistematik. Tema perkhemahan pada tahun ini ialah ialah KERJASAMA, USAHA & YAKIN BOLEH TERAS KEJAYAAN .

OBJEKTIF

Melahirkan peserta perkhemahan yang sentiasa berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum. Memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh. Memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta. Menanam sikap toleransi. Kerjasama dan bermuafakat dalam segala perkara serta menghindarkan diri daripada perasaan mazmumah dan mementingkan diri sendiri. Menimbulkan perasaan sentiasa ingin menghayati, melindungi dan menghargai alam sejagat ciptaan Allah melalui konsep perlindungan bersepadu menerusi penerapan aktiviti alam sekitar.

TARIKH : 15,16 dan 17 April 2015

TEMPAT : INTAN Wilayah Timur dan Zoo Kemaman

SASARAN PESERTA :

Ahli Unit Beruniform Tahap 2 ( Tahun 4, 5, Dan 6 ) seramai 50 orang.

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORMSEKOLAH KAMPONG BAHARU FELDA NERAM 1TAHUN 2015

PENGAKAP

BilPerkaraCatatan

1.

Guru Penasihat

1. En Mokhtar2. Pn Siti Zubaidah3. Pn Rohaida4. Pn Nor Maiza5. En W Ahmad Fairuz b Zulkifli

2.Aktiviti yang disertai:

1. Mini Gajet2. Ikatan dan balutan3. Menu Simple4. Bola Tampar Pantai5. Baling Tin6. Bawa Gula-Gula Dengan Jari7. Persembahan Malam Kebudayaan

Pencapaian

-Tempat pertama Mini Gajet-Tempat pertama Bola Tampar Pantai-Tempat pertama Baling Tin-Tempat pertama Bawa Gula-Gula Dengan Jari-Tempat pertama Malam Kebudayaan-Tempat ketiga Ikatan/Balutan-Tempat ketiga Menu Simple

3.Masalah

-Tiada Masalah

4.Penambahbaikan

-Aktiviti yang dijalankan mencabar minda murid.

PUTERI ISLAM

BilPerkaraCatatan

1.

Guru Penasihat

1. Pn Rohana bt Abdul Rahman2. Pn Junainah bt Jusoh3. Pn Noor Azliza bt Abdul Rahman4. Pn Noor Erany bt Mohd Nordin5. Pn Aimi Liyana bt Mohammed

2.Aktiviti yang disertai:

1. Mini Gajet2. Ikatan dan balutan3. Menu Simple4. Bola Tampar Pantai5. Baling Tin6. Bawa Gula-Gula Dengan Jari7. Persembahan Malam Kebudayaan

Pencapaian

-Tempat pertama Menu Simple-Tempat kedua Mini Gajet-Tempat kedua Ikatan/Balutan-Tempat kedua Bola Tampar Pantai-Tempat kedua Baling Tin-Tempat kedua Bawa Gula-Gula Dengan Jari-Tempat kedua Malam Kebudayaan

3.Masalah

-Penyediaan tempat memasak kurang sesuai kerana tiada bekalan air mentah

4.Penambahbaikan

-Pihak berkenaan memilih tempat yang sesuai untuk pertandingan memasak dan ada bekalan air mentah.

TKRS

BilPerkaraCatatan

1.

Guru Penasihat

1. En A Rahim Musly b Said2. Pn Roslina bt Sabiran3. Pn Zuria Akma bt Mat Rani4. Pn Hanani bt Omar

2.Aktiviti yang disertai:

1. Mini Gajet2. Ikatan dan balutan3. Menu Simple4. Bola Tampar Pantai5. Baling Tin6. Bawa Gula-Gula Dengan Jari7. Persembahan Malam Kebudayaan

Pencapaian

-Tempat pertama Ikatan/Balutan-Tempat kedua Menu Simple-Tempat ketiga Bola Tampar Pantai-Tempat ketiga Baling Tin-Tempat ketiga Bawa Gula-Gula Dengan Jari-Tempat ketiga Mini Gajet-Tempat Ketiga Malam Kebudayaan

3.Masalah

-Tiada persediaan persembahan malam kebudayaan

-Kekurangan guru

4.Penambahbaikan

- Setiap pertandingan membuat persediaan lebih awal untuk mengelakkan masalah yang akan timbul.