51
PEMARKAHAN KARANGAN UMUM DAN KARANGAN UPSR Oleh Mohd. Isa bin Abd. Razak PENGENALAN Soalan subjektif, khususnya karangan, boleh menjadi alat pengukuran yang berkesan jika dilengkapkan dengan peraturan memberi markah (PMM) yang sesuai, diperiksa oleh pemeriksa yang cekap dan ada penyelarasan antara pemeriksa-pemeriksa. PMM, kecekapan pemeriksa dan penyelarasan pemeriksaan adalah perkara mesti jika ujian itu ialah ujian pencapaian dan pemeriksanya lebih daripada seorang. Keperluan PMM pula tetap menjadi perkara mesti bagi soalan esei walaupun pemeriksanya hanya seorang. Berbagai-bagai faktor di luar dan di dalam diri si pemeriksa itu sentiasa sahaja mempengaruhi kebolehpercayaan pemarkahannya. Kertas ini membincangkan secara ringkas PMM bagi karangan. Tumpuan perbincangan ialah pada aspek amali pemarkahan karangan. Beberapa contoh PMM karangan dikemukakan. Pemarkahan karangan peringkat sekolah rendah diberi perhatian istimewa dengan harapan kecemerlangan pendidikan bahasa kita semerbak sejak peringkat sekolah rendah lagi. Bagaimanapun, contoh-contoh PMM yang dikemukakan di sini tidak semestinya sama dengan PMM dalam ujian sebenar. Sebagai melengkapkan kertas ini, dibincangkan juga teknik memarkah, penyelarasan dan beberapa isu yang berkaitan dengan pemeriksaan karangan. PERATURAN MEMBERI MARKAH Sebelum memeriksa karangan, kita perlu menyediakan PMM. Bagi ujian sumatif seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), PMM telah disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab. Amnya, ada dua teknik membina PMM iaitu teknik global (impresif, holistik, tanggapan) dan teknik analisis (perincian) (Abdul Aziz (1993: 155). Pemarkahan global boleh digabungkan dengan pemarkahan analisis, dan boleh dinamakan teknik eklektik. Teknik Global Global atau holistik bermaksud menyeluruh. Rasional teknik ini ialah keseluruhan lebih penting daripada bahagian. Berasaskan rasional ini, pemeriksa melakukan penilaian secara keseluruhan terhadap sesuatu karangan. Karangan itu dibaca sekali lalu untuk menganggarkan prestasi calon berasaskan sesuatu skala seperti gred A hingga E. Pemeriksa meletakkan nilainya sendiri terhadap karangan itu. Katakan

PEMARKAHAN KARANGAN upsr

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

PEMARKAHAN KARANGAN UMUM DAN

KARANGAN UPSR

 

Oleh Mohd. Isa bin Abd. Razak

PENGENALAN

Soalan subjektif, khususnya karangan, boleh menjadi alat pengukuran yang berkesan jika dilengkapkan dengan peraturan memberi markah (PMM) yang sesuai, diperiksa oleh pemeriksa yang cekap dan ada penyelarasan antara pemeriksa-pemeriksa. PMM, kecekapan pemeriksa dan penyelarasan pemeriksaan adalah perkara mesti jika ujian itu ialah ujian pencapaian dan pemeriksanya lebih daripada seorang. Keperluan PMM pula tetap menjadi perkara mesti bagi soalan esei walaupun pemeriksanya hanya seorang. Berbagai-bagai faktor di luar dan di dalam diri si pemeriksa itu sentiasa sahaja mempengaruhi kebolehpercayaan pemarkahannya.

Kertas ini membincangkan secara ringkas PMM bagi karangan. Tumpuan perbincangan ialah pada aspek amali pemarkahan karangan. Beberapa contoh PMM karangan dikemukakan. Pemarkahan karangan peringkat sekolah rendah diberi perhatian istimewa dengan harapan kecemerlangan pendidikan bahasa kita semerbak sejak peringkat sekolah rendah lagi. Bagaimanapun, contoh-contoh PMM yang dikemukakan di sini tidak semestinya sama dengan PMM dalam ujian sebenar. Sebagai melengkapkan kertas ini, dibincangkan juga teknik memarkah, penyelarasan dan beberapa isu yang berkaitan dengan pemeriksaan karangan.

PERATURAN MEMBERI MARKAH

Sebelum memeriksa karangan, kita perlu menyediakan PMM. Bagi ujian sumatif seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), PMM telah disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab. Amnya, ada dua teknik membina PMM iaitu teknik global (impresif, holistik, tanggapan) dan teknik analisis (perincian) (Abdul Aziz (1993: 155). Pemarkahan global boleh digabungkan dengan pemarkahan analisis, dan boleh dinamakan teknik eklektik.

Teknik Global

Global atau holistik bermaksud menyeluruh. Rasional teknik ini ialah keseluruhan lebih penting daripada bahagian. Berasaskan rasional ini, pemeriksa melakukan penilaian secara keseluruhan terhadap sesuatu karangan. Karangan itu dibaca sekali lalu untuk menganggarkan prestasi calon berasaskan sesuatu skala seperti gred A hingga E. Pemeriksa meletakkan nilainya sendiri terhadap karangan itu. Katakan pemeriksa memberi gred B. Karangan itu dibaca sekali lagi untuk mengenal pasti kekuatan-kekuatan dan kesilapan-kesilapannya pula. Sesudah itu dimuktamadkanlah markahnya.

Cara ini amat subjektif, memerlukan pemeriksa yang cukup mahir dan berkebolehan membaca secara kritikal. Amat subjektif bermakna kebolehpercayaan pemarkahan amat rendah. Bagaimanapun, kebolehpercayaan pemarkahan pemeriksa itu dapat ditinggikan sedikit melalui penyelarasan antara para pemeriksa dan penyediaan model jawapan untuk rujukan bersama.

Page 2: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

Satu lagi teknik global dilakukan melalui perbandingan. Dengan teknik ini pemeriksa membaca karangan berkenaan sekali lalu dan menyusunnya mengikut kualiti. Karangan terbaik diletakkan di atas dan yang paling lemah diletakkan di bawah sekali. Kesemua karangan itu dibaca sekali lagi untuk memastikan kedudukannya. Kemudian ditentukan peratus A, B, C dan seterusnya. Teknik bandingan ini sesuai untuk memarkah esei panjang seperti kerja projek. Teknik ini juga sesuai untuk memilih esei, cerpen, sajak, novel dan lain-lain bagi sesuatu peraduan, terutamanya pada peringkat saringan. Satu contoh PMM teknik global diberi dalam Lampiran A.

Teknik Analisis

Markah diberi berdasarkan kriteria tertentu. Sekiranya jawapan calon mempunyai banyak unsur yang dinyatakan dalam kriteria itu, maka tinggilah markahnya. Pemarkahannya sistematik dan kebolehpercayaannya tinggi. Pemeriksa pula tidak semestinya pakar dalam bidang berkenaan. Teknik pemarkahan ini sesuai untuk ujian pencapaian dan boleh juga digunakan untuk ujian formatif kerana ia boleh digunakan untuk tujuan diagnostik dan memberi maklumat kembali kepada pelajar dan pengajar.

(a) Perincian Aspek Karangan Biasa

Teknik ini digunakan untuk memarkah karangan berdasarkan peruntukan markah tertentu. Bagi karangan Bahasa Melayu, pembahagian markah mungkin seperti di bawah.

Isi = 30%

Bahasa = 40%

Gaya dan Olahan = 30%

Jumlah = 100%

Bagi isi, tetapkan jumlah isi dan gunakan skala global 10 mata atau teknik analisis. Jika skala global 10 mata dipilih, kriterianya hendaklah berkaitan dengan isi. Jika teknik analisis digunakan, butirkan pembahagian markah dan sertakan contoh-contoh isi. Bagi aspek bahasa, gunakan sistem tolak iaitu tolak satu markah bagi setiap kesalahan bahasa seperti struktur frasa, struktur ayat, penggunaan kata, ejaan dan sebagainya. Bagi gaya dan pengolahan, gunakan skala global 10 mata. (Lihat Lampiran C.)

Sebenarnya teknik analisis ini boleh dinamakan teknik gabungan kerana jelas dicampurkan unsur global dengan unsur analisis. Teknik ini amat sesuai digunakan untuk menguji kemahiran bahasa kerana 70% daripada markah diperuntukkan bagi aspek-aspek bahasa dan penglahirannya. Teknik ini juga amat berguna untuk tujuan menganalisis kesilapan. Lazimnya, isi diberi pemberatan separuh atau lebih daripada separuh. Kelaziman itu sesuai untuk memarkah esei pengajian tinggi seperti mata pelajaran Pengajian Am, Sijil Tinggi Persekolahan dan tugasan-tugasan tertentu bagi Sijil Perguruan Malaysia.

(b) Perincian Aspek Karangan Berformat

PMM analisis karangan berformat selalunya lebih terperinci. Katakan kita telah meyediakan soalan berbentuk wawancara. Markah penuh bagi soalan itu ialah 15. Kita boleh menggunakan nisbah 2:2:1 bagi aspek bahasa, isi dan format. Dengan

Page 3: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

kata lain bahasa diperuntukkan enam markah, isi diperuntukkan enam markah dan format diperuntukkan tiga markah.

Perincian Markah Bahasa

Laras dan gaya 2 markah

Tanda baca 1 markah

Ayat, ejaan dll. 3 markah

Perincian Markah Isi

Dalam pendahuluan 1 markah

Dalam susulan 4 markah

Dalam penutup 1 markah

Perincian Markah Format

Nama penyoal ½ markah

Nama tetamu ½ markah

Tajuk ½ markah

Pendahuluan ½ markah

Pemerengganan ½ markah

Penutup ½ markah

TEKNIK MEMARKAH

Katakanlah kita akan memarkah sebuah karangan. Pemarkahan boleh dilakukan berdasarkan susunan kertas iaitu kita periksa jawapan calon A, diikuti dengan calon B dan seterusnya. Pemarkahan boleh juga dilakukan berdasarkan tajuk karangan. Misalnya, mula-mula kita periksa semua karangan "Cita-cita Saya". kemudian kita periksa pula karangan "Faedah Membaca", dan seterusnya tanpa mengikut susunan kertas ujian.

Kedua-dua cara ini boleh digunakan. Jika kertas yang hendak diperiksa itu banyak, cara kedua lebih berkesan kerana pemeriksa dapat menumpukan fikirannya kepada isi tajuk berkenaan. Jika kertas itu mengandungi lebih daripada satu soalan karangan, cara kedua perlu diutamakan kerana dengan cara ini fikiran kita tidak disela oleh pelbagai isi karangan yang lain; apa lagi jika skema pemarkahannya berbeza-beza. Mokhtar (1995: 110) menyatakan, cara ini boleh menghindarkan pemeriksa daripada dipengaruhi oleh soalan sebelumnya ketika memeriksa butiran seterusnya.

Bagi ujian formatif, elok diwujudkan kebiasaan merahsiakan nama calon seperti yang dilakukan dalam peperiksaan awam. Dengan cara ini kita dapat mengurangkan kesan emosi yang dinamakan kesan halo. Bagi ujian formatif juga, skema pemarkahan sepatutnya diberitahu kepada pelajar.

Page 4: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

PENYELARASAN

Dalam peperiksaan awam, penyelarasan pemarkahan item esei memang sentiasa dilakukan. Amalan ini elok dilaksanakan di sekolah bagi kedua-dua jenis ujian, sumatif dan formatif, jika pemeriksanya lebih daripada seorang. Penggubalan kertas soalan bagi ujian semester dan tahunan yang dipusatkan dalam sesuatu mukim atau daerah sangat digalakkan. Usaha ini perlu disempurnakan dengan penyelarasan pemarkahan.

Penyelarasan boleh meninggikan kebolehpercayaan pemarkahan. Mereka yang menghadiri mesyuarat penyelarasan memeriksa sampelan jawapan calon. Kemudian, dibincangkan sebab-sebab markah yang diberi itu terlalu tinggi atau terlalu rendah. Melalui perbincangan, pemeriksaan semula, perubahan terhadap skema dan sebagainya, perbezaan markah di antara pemeriksa-pemeriksa itu boleh diminimumkan. Lazimnya penyesuaian atau moderasi markah dilakukan dalam penyelarasan apabila selisih markah antara pemeriksa melebihi 5%.

PEMARKAHAN KARANGAN UPSR

ertas Bahasa Melayu (Ujian Penulisan) UPSR mengandungi dua soalan yang dinamakan Soalan 1 dan Soalan 2. Calon dikehendaki menjawab kedua-dua soalan. Bagi Soalan 1, calon boleh memilih sama ada Soalan 1 (a) atau Soalan 1 (b). Bagi Soalan 2, calon tidak diberi pilihan.

Pemarkahan yang sesuai bagi kertas ini ialah teknik analisis. Jika markah penuh 50, markah bagi setiap soalan ialah 25 markah. Oleh sebab Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah menekankan kemahiran berbahasa, nisbah markah bahasa wajar melebihi markah isi. Pecahannya ialah 15 markah bagi bahasa dan 10 markah bagi isi

Perincian markah bahasa di bawah ini lazimnya digunakan.

(a) Perbendaharaan kata 3 markah

(b) Struktur ayat 3 markah

(c) Penggunaan imbuhan 3 markah

(d) Penggunaan tanda baca 3 markah

(e) Ejaan 3 markah

Bagi komponen perbendaharaan kata dan struktur ayat, markah boleh diberi secara global. Markah penuh diberi jika calon berjaya memperlihatkan keluasan penggunaan perbendaharaan kata dan menggunakan pelbagai jenis dan ragam ayat. Bagi komponen-komponen yang lain, sistem pemotongan markah boleh digunakan. Potong setengah markah bagi setiap kesalahan penggunaan imbuhan, penggunaan tanda baca, dan ejaan. Markah tidak dipotong bagi kesalahan yang berulang. Ini bermakna calon boleh kehilangan sembilan daripada 15 markah bahasa.

Markah isi pula boleh diagihkan seperti di bawah:

Pendahuluan 1 markah

4 isi x 2 markah 8 markah

Page 5: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

Penutup 1 markah

Agihan markah isi ini boleh digunakan untuk kesemua soalan. Di bawah ini diberikan beberapa contoh umum berdasarkan soalan UPSR yang sebenar.

1992: Soalan 1 (a) Empat cara menggunakan masa dengan sebaik-baiknya.

Soalan 1 (b) Empat cara kita boleh menggembirakan ibu bapa.

1993: Soalan 1 (a) Empat episod peristiwa yang tidak dapat dilupakan.

Soalan 1 (b) Empat cara menggunakan wang, jika saya ada banyak wang.

1994: Soalan 1 (a) Empat cara menjaga kesihatan badan.

Soalan 1 (b) Empat faedah bersukan.

1995: Soalan 1 (a) Empat episod cerita aneh.

Soalan 1 (b) Empat gambaran Hari Kebangsaan yang telah disaksikan.

1996: Soalan 1 (a) Empat cara menjaga kebersihan diri dan kawasan tempat tinggal.

Soalan 1 (b) Empat faedah membaca.

1997: Soalan 1 (a) Empat cara mengenang jasa ibu bapa.

Soalan 1 (b) Empat kepentingan kerjasama di kalangan murid.

Pembahagian markah isi tidaklah terlalu rigid. PMM yang baik lazimnya menyatakan bahawa pemeriksa boleh mempertimbangkan markah yang sesuai bagi isi yang berkaitan dengan soalan walaupun isi-isi itu tidak tercatat dalam PMM. PMM yang baik juga disertai contoh rangka jawapan. Di bawah ini diberikan satu contoh rangka jawapan bagiSoalan 1 (b) tahun 1996:

Pendahuluan (1 markah)

Amalan membaca sangat bermanfaat kepada manusia.

Isi (2 markah x 4 isi)

1. Meluaskan pengetahuan yang dipelajari dalam bilik darjah.

2. Menambah pengalaman melalui cerita benar atau pengembaraan.

3. Menambah perbendaharaan kata.

4. Mendapat keseronokan atau kepuasan melalui cerita-cerita rekaan.

Penutup (1 markah)

Tabiat membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi.

Bagi soalan yang memerlukan format, calon mesti menulis karangan dalam format yang dikehendaki. Pemeriksa boleh memotong sehingga tiga markah daripada keseluruhan markah yang diperoleh bagi item yang berkenaan.

Page 6: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

Perhatikan contoh penerangan tentang hal ini yang sesuai untuk PMM sekolah rendah:

Soalan 1 (a) jika tidak ditulis dalam bentuk dialog, tolak tiga markah.

Soalan 1 (b) jika tiada pendahuluan, tolak satu markah; jika tiada kata penegasan di tengah karangan, tolak satu markah; dan jika tiada penutup, tolak satu markah.

Sebelum tahun 1996, Kertas Bahasa Melayu (Ujian Penulisan) UPSR mensyaratkan calon menulis karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Apabila frasa tidak kurang daripada 80 patah perkataan digunakan, PMM perlu menerangkan sistem pemotongan markah jika calon menggunakan lebih daripada 80 patah perkataan. Cadangan pemotongan markah bagi karangan yang pendek adalah seperti yang berikut:

60 -- 75 patah perkataan: tolak satu markah daripada jumlah markah yang diperoleh untuk soalan itu.

50 -- 59 patah perkataan: tolak dua markah daripada jumlah markah yang diperoleh untuk soalan itu.

40 -- 49 patah perkataan: tolak tiga markah daripada jumlah markah yang diperoleh untuk soalan itu.

39 patah perkataan ke bawah: peruntukan markah tidak boleh melebihi 10 daripada 25 markah.

Mulai tahun 1996, had maksimumnya perkataan yang boleh digunakan oleh calon dicatatkan dalam arahan, iaitu tidak melebihi 120 patah perkataan. PMM perlu memberikan garis panduan kepada pemeriksa jika calon melanggar had maksimum yang ditetapkan itu. Lazimnya, pemeriksa tidak perlu menilai bahagian yang melebihi had maksimum itu. Dengan kata lain, calon tidak diberi sebarang markah untuk perkara yang ditulis selepas had maksimum itu. Penggunaan perkataan melebihi had maksimum itu juga tidak membabitkan pemotongan markah. Namun demikian, calon dijangka akan kehilangan markah isi jika isinya, khususnya penutup, terkandung dalam perkataan-perkataan yang melebihi had maksimum itu.

Pemeriksaan secara analisis untuk karangan sekolah rendah sudah tentu memerlukan pemeriksa yang teliti. Pemeriksa perlu membaca karangan itu sekali lalu terlebih dahulu untuk mendapatkan kesan dan menentukan jumlah perkataan yang digunakan oleh calon. Kemudian karangan itu dibaca sekali lagi untuk menimbangkan markahnya yang sebenar berdasarkan ketetapan cara pemberian markah. Ketika membaca, pemeriksa perlu menanda isi dan kesalahan-kesalahan seperti Rajah 1.

Apabila penandaan telah selesai dilaksanakan, tuliskan markah yang telah dipertimbangkan itu pada sebelah kanan bahagian bawah karangan seperti dalam Rajah 2.

Rajah 1: Penandaan Karangan

 

Page 7: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

Aspek Pecahan Markah

Isi (a) 8

Bahasa (b) 3

 (c) 2

 (d) 3

 (e) 2

Jumlah 18

- Format 0

- Bilangan perkataan -1

JUMLAH 15

Rajah 2: Catatan Markah

Biasa markah penuh yang diberi adalah dalam angka bulat. Jika calon mendapat 85½ markah daripada 100, markah itu boleh dibulatkan menjadi 86. Namun demikian, apabila nilai ½ markah itu dari segi peratusnya begitu tinggi, pembulatan itu tentulah kurang wajar. Bagi kertas Bahasa Melayu (Ujian Penulisan) UPSR, ½ markah bernilai 2%. Pembulatan markah bagi kes ini kurang wajar.

Markah muktamad hendaklah ditulis di penjuru sebelah kanan halaman pertama karangan calon. Bagi karangan yang terpesong, peruntukan markah tidak boleh melebihi lima markah.

BEBERAPA ISU

Penandaan Kesilapan

Penandaan kesilapan boleh dilakukan berpandukan Rajah 1 atau cara-cara yang difikirkan sesuai (lihat Abdul Aziz Abdul Talib, 1993: 278-279). Penandaan kesilapan sangat penting bagi ujian sumatif. Dalam ujian sumatif lazimnya sampelan kertas yang telah diperiksa oleh pemeriksa akan disemak semula oleh ketua pasukan. Sampelan kes lulus biasa, semua kes gagal dan semua kes cemerlang mungkin juga akan disemak oleh ketua pemeriksa. Penandaan kesilapan itu akan memudahkan ketua pasukan dan ketua pemeriksa melaksanakan tugas mereka.

Page 8: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

  

Bagi ujian formatif, kesilapan yang telah ditanda pada kertas jawapan boleh menjadi sumber maklumat yang sangat berguna untuk guru dan murid. Guru boleh menggunakannya untuk menganalisis kesilapan dan mengadakan tindakan susulan. Pelajar pula dapat mengetahui kelemahan mereka dan boleh berusaha membaiki kelemahan yang ditunjukkan itu.

Pemeriksa boleh juga menggunakan tanda-tanda penyuntingan jika sasaran memahami tanda-tanda penyuntingan itu. Penandaan kesilapan dan penyuntingan dengan menggunakan tanda-tanda penyuntingan sangat sesuai dilakukan di sekolah menengah dan peringkat pengajian tinggi bagi ujian-ujian formatif, khususnya latihan harian.

Dua Ekstrem

Pemeriksa mungkin sukar membuat keputusan apabila bertemu dengan keadaan yang bertentangan. Yang pertama ialah isi jawapan calon sangat tepat dan matang, tetapi ada masalah dari segi bahasa. Antara masalah bahasa yang lazim berlaku ialah kesilapan struktur frasa dan ayat, kurang keragaman susuk ayat dan kesilapan penggunaan tanda baca. Peringkat tertinggi bagi kes ini ialah peringkat B. Yang kedua ialah isi jawapan calon terpesong terus, tetapi prestasi bahasanya cemerlang. Peringkat tertinggi yang boleh diberi kes ini ialah peringkat D.

PENUTUP

Berbanding dengan butiran berbilang pilihan, butiran subjektif, khususnya karangan, mudah digubal. Namun demikian penyediaan PMM dan usaha memarkah butiran subjektif menuntut kesungguhan yang bukan kepalang. Pemeriksa mestilah melaksanakan tugasnya secara profesional dan bersungguh-sungguh. Penguasaan yang mendalam terhadap subjek yang diperiksa juga sangat dituntut. Pemeriksa terdedah kepada tuduhan tidak adil jika gagal mengesan kesilapan calon atau menyalahkan sesuatu yang sememangnya sudah betul.

Abu Bakar Nordin (1986: 220) menyarankan pemeriksa melakukan tugasnya semasa fikiran tenteram dan di tempat yang sesuai. Namun demikian, jika masih terdengar rungutan daripada calon setelah segala usaha dilakukan sebaik mungkin, pemeriksa boleh secara bersahaja meluahkan rasa, "Memang sudah adat benda subjektif!"

BIBLIOGRAFI

Page 9: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

Abdul Aziz Abdul Talib, (1993). Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip, Teknik dan Contoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Bakar Nordin, (1986). Asas Penilaian Pendidikan. Petaling Jaya: Longman.

Azman Wan Chik, (1994). Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahir Publications, (1997). Koleksi Kertas UPSR Bahasa Malaysia. Shah Alam: Mahir Publications Sdn. Bhd.

Mohd. Isa Ab. Razak, (1988). "Soalan Subjektif: Teknik Penggubalan dan Skema Pemarkahan". Kertas kerja. Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban.

Mokhtar Ismail, (1995). Penilaian di Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Haji Sabran, (1991). Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia, Penerapannya pada Peringkat Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Isa b. Ab. Razak adalah Ketua Jabatan, Jabatan Bahasa, Maktab Perguruan Keningau, Sabah.

LAMPIRAN A

TEKNIK GLOBAL

Soalan 1: Karangan (100 markah)

Calon dikehendaki memilih dan mengarang satu tajuk sahaja. Panjang karangan kira-kira 350 patah perkataan seperti yang ditetapkan itu adalah panduan sahaja. Tidak ada potongan markah bagi karangan yang kurang atau lebih daripada 350 perkataan.

Panduan Am

Pemeriksa hendaklah membaca karangan itu sekali lalu untuk mendapatkan kesan dan menganggarkan peringkat karangan itu sambil memerhatikan perkara-perkara berikut:

Bahasa dan Gaya. Menggunakan bahasa yang betul, lancar dan jelas. Gaya bahasanya sesuai dengan tajuk karangan.

Isi dan Susunan. Mempunyai sekurang-kurangnya lima isi yang sesuai; memperlihatkan kematangan fikiran, tersusun dan baik penyampaiannya.

Pemberian Markah

Setelah membaca karangan itu sekali lalu, tetapkan peringkat yang sesuai berdasarkan peringkat-peringkat di bawah ini.

Peringkat A (75--100 markah)

Takrif terhadap tajuk karangan yang dipilih tepat. Bahasa lancar dan bersih daripada kesalahan tatabahasa: struktur ayat, imbuhan, perenggan, tanda baca, peribahasa dan lain-lain. Susuk ayat beragam dan penggunaan perbendaharaan katanya luas dan tepat. Isinya cukup dan berkembang, lengkap dengan contoh-contoh yang sesuai. Pengolahannya sangat

Page 10: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

menarik dan berkesan. Hujah-hujahnya sangat logik dan memperlihatkan ciri-ciri kematangan fikiran yang tinggi.

Peringkat B (60--74 markah)

Takrif terhadap tajuk karangan yang dipilih masih lagi tepat. Bahasa memuaskan. Keragaman susuk ayat kurang sedikit. Perbendaharaan katanya sederhana. Isinya cukup dan pengolahannya agak menarik. Terdapat juga ciri-ciri kematangan fikiran dalam penulisannya.

Peringkat C (40--59 markah)

Takrif terhadap tajuk karangan yang dipilih kurang tepat. Ada kesalahan tatabahasa tetapi dapat dimaafkan. Tidak menunjukkan keanekaragaman susuk ayat. Perbendaharaan katanya terhad, mudah dan kurang tepat. Isinya kurang: ada yang cocok, ada yang tidak sesuai. Pengolahannya kadang kala kabur.

Peringkat D (30--39 markah)

Tajuk karangan kurang difahami. Terdapat kesilapan tatabahasa yang tidak boleh dimaafkan. Susunan bahasanya membayangkan penguasaan bahasa yang kurang mantap. Perbendaharaan katanya tidak tepat. Pengolahan dan penyusunannya agak lemah dan tidak teratur. Isinya sipi.

Peringkat E (1--10 markah)

Tajuk karangan tidak difahami langsung. Penguasaan bahasanya lemah. Struktur ayat berkecamuk. Olahannya mengelirukan dan sukar difahami. Perbendaharaan katanya salah. Isinya terpesong.

Kesimpulan

Baca karangan itu sekali lagi dengan teliti untuk menimbangkan markah yang sebenar. Sambil membaca itu, tandakan kesalahan-kesalahan bahasa, isi dan ejaan. Bagi kesalahan ayat, frasa dan perkataan, buat garisan di bawah kesalahan itu. Bagi kesalahan isi, kurungkan perenggan atau ayat yang mengandungi kesalahan isi dengan kurungan. Bagi kesalahan ejaan, tandakan dengan satu palang / dan kesalahan ejaan yang sama tandakan dengan dua palang //. Bagi kesalahan tanda baca buat bulatan pada bahagian yang berkenaan. Potong setengah markah bagi tiap-tiap kesalahan ejaan. Markah tidak dipotong bagi kesalahan yang berulang. Potongan maksimum kesalahan ejaan ialah lima markah. Tulis markah yang telah dipertimbangkan di sebelah kanan bahagian bawah karangan. Contoh: Keseluruhan 70

Tolak Ejaan -4

Jumlah 66

Bagi karangan yang berbentuk perbahasan, calon dikehendaki menulis kontra kepada tajuk itu. Tajuk itu sendiri dianggap sebagai pro atau pencadang dalam karangan itu. Untuk karangan yang berbentuk perbincangan, calon dikehendaki menulis pro dan kontra. Bagi karangan yang berbentuk cerpen dan peribahasa pula, sesuaikan kriteria. 

LAMPIRAN B

TEKNIK ANALISIS

Karangan Berformat: Berita

Page 11: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

Format 4 markah

Isi 6 markah

Bahasa 5 markah

Perincian Markah Format

Tajuk berita ½ markah

Nama penulis ½ markah

Tempat berlaku ½ markah

Tarikh ½ markah

Pemerengganan 1 markah

Penutup 1 markah

Jumlah 4 markah

Perincian Markah Isi

Isi dalam intro 2 markah

Isi dalam susulan 3 markah

Isi dalam penutup 1 markah

Jumlah 6 markah

Perincian Markah Bahasa

Laras dan gaya 1½ markah

Tanda bacaan ½ markah

Ayat, ejaan dll. 3 markah

Jumlah 5 markah

LAMPIRAN C

TEKNIK EKLEKTIK

Soalan 1: Karangan (20 markah)

Calon dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. Pemarkahan untuk semua jawapan adalah seperti yang berikut:

Bacaan pertama untuk mengesan isi dan menggredkan pengolahan. Bacaan kali kedua untuk menandakan kesilapan dan memastikan markah pengolahan.

Page 12: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

Isi = 10 markah

Pengolahan = 10 markah

Jumlah = 20 markah

(a) Teknik Analisis untuk Isi

Isi (10 markah). Dikehendaki sekurang-kurangnya empat isi. 4 isi x 2½ markah = 10 markah. Beri markah penuh bagi isi yang tepat dan lengkap. Jika isi melebihi empat, beri satu markah bonus asalkan tidak melebihi markah maksimum keseluruhan. Beri satu markah sahaja bagi isi yang kurang tepat atau kurang lengkap.

Contoh isi:

(Skema sebenar menyenaraikan isi bagi semua soalan. Di sini diturunkan contoh isi bagi satu soalan sahaja.)

Soalan (a) Faktor sosial yang menentukan penggunaan kata ganti diri:

- Kelas sosial

- Kedudukan ekonomi atau pekerjaan dalam keluarga

- Umur

- Situasi formal dan tidak formal

-Jawapan-jawapan lain yang sesuai

(b) Teknik Global 10 Mata untuk Pengolahan

Pengolahan (10 markah). Bagi kesalahan ayat, frasa dan perkataan: tandakan dengan garisan di bawah kesalahan berkenaan. Bagi kesalahan isi, tandakan dengan kurungan. Bagi kesalahan ejaan: tandakan dengan satu garis miring ke kanan (back slash). Bagi kesalahan ejaan yang sama, tandakan dengan dua garis miring ke kanan. Bagi kesalahan tanda bacaan: tandakan dengan bulatan. Potong ½ markah bagi tiap-tiap kesalahan ejaan. Markah tidak dipotong bagi kesalahan yang berulang (dua palang). Potongan maksimum kesalahan ejaan ialah dua markah. Tulis markah yang telah dipertimbangkan di sebelah kanan bahagian bawah karangan seperti contoh di bawah ini:

Isi 7/10

Pengolahan 6/10

Jumlah 13/20

- E - 1

Jumlah akhir 12/20

Peringkat A (9--10 markah) Takrif terhadap tajuk esei tepat dan bahasa lancar. Tiada kesalahan tatabahasa. Susuk ayat beragam. Penggunaan perbendaharaan katanya luas dan tepat. Pengolahannya sangat menarik dan berkesan. Hujah-hujahnya sangat lojis dan memperlihatkan ciri-ciri kematangan fikiran yang tinggi.

Page 13: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

Peringkat B (7--8 markah) Takrif terhadap tajuk esei masih lagi tepat. Bahasanya memuaskan. Keragaman susuk ayat kurang sedikit. Perbendaharaan katanya agak sederhana. Pengolahannya agak menarik. Terdapat juga ciri-ciri kematangan fikiran dalam penulisannya.

Peringkat C (5--6 markah) Takrif terhadap tajuk esei kurang tepat. Terdapat kesalahan tatabahasa--dapat dimaafkan. Tidak menunjukkan keanekaragaman susuk ayat. Perbendaharaan katanya terhad, mudah dan kurang tepat. Pengolahannya kadang kala kabur.

Peringkat D (3--4 markah) Tajuk esei kurang difahami. Terdapat kesilapan tatabahasa yang tidak boleh dimaafkan. Susunan bahasanya membayangkan penguasaan bahasa yang kurang cekap. Perbendaharaan katanya tidak tepat. Pengolahan dan penyusunannya agak lemah dan kurang teratur.

Peringkat E (1--2 markah) Tajuk esei tidak difahami langsung. Penguasaan bahasanya lemah. Struktur ayat berkecamuk. Olahannya mengelirukan dan sukar difahami. Perbendaharaan katanya salah

Page 14: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

Petua Penulisan Karangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah UPSRNOTA: Beberapa isi kandungan di dalam artikel ini telah diubahsuai dan dipermudahkan oleh Cikgu Amiene Rev berdasarkan sumber asal yang diperolehi menerusi: http://members.tripod.com/~skdarau/petua.html

PENGENALAN KARANGAN ( PENULISAN )1. Lazimnya , dalam ujian penulisan Bahasa Melayu adik-adik dikehendaki

menulis dua buah karangan, iaitu soalan satu dan soalan dua.2. Dalam soalan 1, adik-adik diberi dua tajuk karangan , oleh itu pilihlah salah

satu daripada dua tajuk tersebut sama ada soalan 1(a) atau soalan 1(b). Soalan 2 tiada pilihan dan merupakan soalan wajib.

3. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab kedua-dua soalan itu ialah satu jam.

4. Bagi tiap-tiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Jenis-Jenis Karangan Karangan Berformat:1. Jenis Surat Kiriman Rasmi2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi3. Karangan jenis Ucapan4. Karangan jenis Syarahan5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara6. Karangan jenis Berita7. Karangan jenis Catatan Diari8. Karangan jenis Laporan9. Karangan jenis Perbahasan10. Kad Jemputan

Jenis-Jenis Karangan Tidak Berformat1. Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan4. Karangan Jenis Perbincangan5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita6. Karangan Jenis Autobiografi / Biografi7. Karangan Jenis Peribahasa

TUJUAN ANDA MENGARANG menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu. menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat

pembaca. menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda. menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.

PANDUAN MENGARANG / MENULIS

Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :A. PengenalanB. Isi-isi danC. PenutupA. PengenalanSetiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu.

Page 15: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.

B. IsiIsi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain.

Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain.

Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.

Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.

Panduan mencari isi-isi berdasarkan peta minda:Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda. Kemukakan pertanyaan kepada diri anda dan fikirkan jawapannya sama ada menerusi logik akal atau berdasarkan bahan rujukan seperti buku, majalah, surat khabar, ensiklopedia atau kamus bagi fakta. Antara lima pertanyaan paling utama dan popular ialah:

Apa? Siapa? Bila? Mengapa? Di mana? Bagaimana?

C. PenutupKalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan.

Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS

1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :

a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2 Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi. Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat. Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan

Page 16: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

Bagaimana hendak memahami kehendak soalan supaya tidak terkeluar daripada tajuk?

Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti contoh-contoh di bawah:

CONTOH 1:Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan sebuah karangan mengenainya.

CONTOH 2:Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.

Komen: Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza. Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat.

Tips: Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar.

b. Menyusun rangka karangan Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin. Susun isi mengikut urutan kepentingannya. Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan

dihurai. Isi penting jangan diulang-ulang

c. Menulis karangan Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan

terlebih dalu satu perenggan. Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan

contohnya. Bahagian-bahagian karangan yang ideal:1. Perenggan Pendahuluan2. Perenggan isi pertama dengan contoh berkaitan isi pertama3. Perenggan isi kedua dengan contoh berkaitan isi kedua4. Perenggan isi ketiga dengan contoh berkaitan isi ketiga5. Perenggan isi keempat dengan contoh berkaitan isi keempat6. Perenggan Penutup

Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.

d. Menyemak karangan Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan

jika ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.

Baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.

e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan 4 minit mencari isi 24 minit menulis karangan 2 minit menyemak semula karangan Jumlah = 30 minit

Tips Pengurusan Masa: Jika tidak faham soalan satu, cubalah jawab soalan lain

Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan.

Page 17: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah melebihi 30 minit beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan yang baik.

Tips Menulis Ayat: Ayat biarlah ringkas tetapi padat. Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat

berbanding yang panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa.

Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan. Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi

huraian satu isi.

Panduan Menulis Dialog: Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik?Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda. Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh:

Contoh Penulisan Dialog Yang Bagus"Kamu baru pulang ?""Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya.""Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal, lembut.

Contoh Penulisan Dialog Yang Teruk

"Kamu baru pulang ?" "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal, lembut.

PETUA BILA MENULIS KARANGAN Perlu memahami betul-betul kehendak soalan. Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun

mengikut mana yang lebih penting. Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan. Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup. Bagi karangan meminta fakta, sekurang-kurangnya mempunyai empat isi (

seelok-eloknya cari lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi. Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.

PEMARKAHAN PENULISAN

A. Pemberian Markah

Soalan 1 = 25 markahSoalan 2 = 25 markahSoalan 1 + Soalan 2 = 50 markahJumlah keseluruhan = 50 X 2 = 100 markah

1. Penilaian aspek isi ( 10 markah )

Isi mestilah terdiri daripada 4 atau 5 isi penting:Setiap isi memerlukan HURAIAN, KETERANGAN dan CONTOH yang sesuai. Huraian isi perlu jelas dan tepat. Contoh yang diberikan mestilah bersesuaian dengan isi atau tema yang hendak ditulis.2 markah x 4 isi yang lengkap = 8 markah1 markah pendahuluan = 1 markah1 markah penutup = 1 markahJumlah markah isi = 10 markah

Page 18: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

2. Penilaian aspek Bahasa ( 15 markah )

Aspek bahasa terbahagia. Perbendaharaan kata = 3 markahb. Struktur ayat = 3 markahc. Imbuhan = 3 markahd. Tanda baca = 3 markahe. Ejaan = 3 markah

Jadi jumlah markah keseluruhannya ialah 15 + 10 = 25 markah untuk satu soalan.

Markah penuh diberi untuk satu-satu isi yang dapat disampaikan dengan baik iaitu pengolahannya menarik dan sangat berkesan.

1 markah diberi untuk satu-satu isi yang pengolahannya kurang menarik. Maksudnya tidak dapat markah penuh.

½ markah pula untuk satu-satu isi yang pengolahannya lemah. Penulisan yang kemas, bersih, teratur serta senang dibaca juga

mempengaruhi markah. Pembahagian markah adalah sama banyak bagi kedua-dua soalan

tersebut. Adik-adik mesti menjawab kedua-dua soalan untuk lulus dengan gred yang baik.

* Peringatan: Karangan yang terpesong, markah yang diberi tidak melebihi 5 markah

daripada 25 markah. Ini bermakna walau baik sekali pun karangan tersebut , jika terpesong, markah tertinggi hanyalah 5 markah sahaja.

Isi yang berunsur negatif tidak akan diberi markah. ( ukuran nilai ialah yang berteraskan budaya Melayu / Islam )

Tahukah kamu?1. Ada markah tambahan (bonus) diberikan untuk karangan yang mempunyai

susunan isi dan jalinan idea yang baik.2. Kata aluan dan ucap terima kasih bagi karangan berbentuk surat kiriman

dan ucapan adalah dikira sebagai format.3. Markah tambahan juga mungkin akan diberikan bagi karangan yang

bertulisan cantik.

B. Potong Markah: Perkara yang perlu dielakkan semasa menulis karangan.

1. Bilangan perkataan tidak mencukupi: kurang daripada 40 perkataan ( markah penuh tidak melebihi 10 ) 41 hingga 50 patah ( tolak 3 markah ) 51 hingga 60 patah ( tolak 2 markah ) 61 hingga 70 patah ( tolak 1 markah )

2. Bagi setiap satu kesalahan: imbuhan tolak ½ markah tanda baca tolak ½ markah ejaan tolak ½ markah

3. Karangan yang terpesong langsung: markah yang diperolehi tidak melebihi 10 markah

4. Format:

Page 19: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

salah format tolak 3 markah daripada jumlah markah (markah keseluruhan) yang diperolehi untuk soalan itu.

Contoh pemotongan markah surat kiriman: tiada alamat = tolak 1 tiada nama pengirim = tolak 1 tiada tanda tangan = tolak 1 tiada tarikh tolak = ½ tiada kata panggilan hormat = tolak 1 tiada ucapan terima kasih = tolak 1 Salah letak format = tolak ½ tiada tajuk bagi surat rasmi = tolak ½

Tahukah kamu ? Kesalahan yang melebihi enam (6) kali bermakna anda tidak mendapat

sebarang markah, (0 markah) bagi setiap satu aspek tatabahasa. Tiada potongan bagi kesalahan ejaan yang berulang. Potongan keseluruhan bagi tiap-tiap 5 aspek tatabahasa tidak lebih

daripada 3 markah.

TANDA MEMERIKSA

isi üsalah guna perkataan _____________________kesalahan struktur ayat /\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\kesalahan ejaan /kesalahan ejaan yang berulang //tanda yang tertinggal /kesalahan imbuhankesalahan tanda baca Oisi yang tidak berkaitan ( )

Tips : Cara membilang perkataanNama khas yang terdiri daripada beberapa patah perkataan dikira sebagai satu perkataan saja contoh 'Bahasa Melayu Tahun Enam'

BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU?

1. Baca semua soalan yang diberi: Fahami arahan kehendak soalan. Kenal pasti format yang perlu digunakan. Karangan yang tidak terlalu panjang atau pendek mengikut jumlah

perkataan yang ditetapkan.

2. Guna isi yang berlainan: susun isi secara berturutan letak isi mengikut perenggan memberi huraian yang tepat kepada isi. sebaik-baiknya karangan mengandungi nilai-nilai murni.

3. Penggunaan perkataan yang pelbagai: ada menggunakan perkataan yang terkini elak penggunaan perkataan sama yang berulang / kerap penggunaan perkataan teknikal dengan tepat

Page 20: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

elak perkataan dialek atau daerah yang tidak diterima.

4. Susun ayat dengan kemas: elak pengaruh struktur ayat percakapan daerah / dialek guna ayat yang pendek tetapi lengkap kebolehan menggunakan rangkai kata / ungkapan yang menarik

5. Penggunaan tanda baca pada tempat yang betul: gunakan tanda baca pada tempat yang diperlukan gunakan huruf kecil dan huruf besar pada tempatnya.

6. Dapat membezakan antara kata depan dan kata imbuhan: dapat membezakan imbuhan an dan kan guna imbuhan yang pelbagai - awalan / akhiran / sisipan / apitan

( sekurang-kurangnya 5 imbuhan yang berbagai jenis )

7. Tulis mengikut ejaan yang betul: elak mengikut sebutan dialek / daerah elak menulis huruf yang mengelirukan / cermat dalam bentuk tulisan

Tahukah kamu ?Hanya terdapat 29 perkataan sahaja menggunakan ejaan yang disatukan. (contoh keretapi, jawatankuasa, dan lain-lain )

PUNCA-PUNCA PENULISAN KARANGAN MENJADI LEMAH DAN DIPOTONG MARKAH

A. Kesalahan memilih tajuk Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami

apa yang dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja.

B. Kekurangan isi Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara

mendatar atau meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini berlaku kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan.

C. Pembahagian perenggan Ada calon meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini

menyebabkan sesuatu isi tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu perenggan untuk satu karangan!

D. Tidak merangka karangan Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon

yang tidak merangka bererti calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak kemas dan bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan.

Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil mengharapkan isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ).

E. Kesalahan tatabahasa Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi

memastikan karangan mendapat ‘A’. Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi

timbul. Masih ada calon yang tidak dapat membezakan antara "pada" dengan "di", "dari" dengan "daripada", "bila" dengan "apabila" dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak menggunakan imbuhan dengan betul. Lebih malang lagi calon tidak menggunakan imbuhan langsung untuk karangannya.

Page 21: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

F. Kesuntukan masa Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan

peranan penting. Calon yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan tiada masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat ditulis.

Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan baik dan mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau hanya mendapat 50 % ( ‘C’ ) sahaja.

G. Kesalahan lain Tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan. Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan. Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung /

bahasa Kelantan / bahasa Utara / bahasa Jawa / bahasa Bugis / bahasa SMS )

Di bawah ini adalah contoh kesalahan tatabahasa dan pembetulannya.

A. Penggunaan Perkataan Yang Berulang Dalam Suatu Ayat. SALAH: Selepas mandi Yusri bersarapan, selepas itu dia memakai baju,

selepas itu dia pergi ke sekolah pula dengan menaiki basikal. BETUL: Selepas mandi, Yusri bersarapan dan memakai baju.

Kemudian Yusri pergi ke sekolah dengan menaiki basikal.

B. Salah Menggunakan Perkataandari dan daripada

SALAH: Kain batik itu datang daripada Terengganu.BETUL: Kain batik itu datang dari Terengganu.

Nota Cikgu Amiene Rev: Perkataan 'dari' digunakan untuk tempat.

SALAH: Saya baru terima surat itu dari kakak.BETUL: Saya baru terima surat itu daripada kakak.

Nota Cikgu Amiene Rev: Perkataan 'daripada' digunakan untuk orang.

untuk , supaya dan selama SALAH: Jenna Bush pergi ke pasar untuk membeli sayur. BETUL: Jenna Bush pergi ke pasar membeli sayur. SALAH: Steve McNair menjerit untuk meminta tolong. BETUL: Steve McNair menjerit meminta tolong. SALAH: Rihanna bercita-cita untuk menjadi doktor. BETUL: Rihanna bercita-cita hendak menjadi doktor. SALAH: Siti Nurhaliza belajar bersungguh-sungguh untuk lulus dalam

ujian. BETUL: Siti Nurhaliza belajar bersungguh-sungguh supaya lulus dalam

ujian. SALAH: Kami akan tinggal untuk dua minggu. BETUL: Kami akan tinggal selamadua minggu. SALAH: Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung untuksatu

jam. BETUL: Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung selama satu

jam.

adalah dan ialah BETUL: Adalahdengan hormatnya dimaklumkan …………. SALAH: Denganhormatnya dimaklumkan ………………. BETUL: Tuduhan itu adalah fitnah belaka.

Page 22: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

SALAH: Tuduhan itu fitnah belaka. SALAH: Keperluan asas manusia adalah makanan, perlindungan dan

pakaian. BETUL: Keperluan asas manusia ialah makanan, perlindungan dan

pakaian.

bila dan apabila SALAH: Zainal pun bangun bila namanya dipanggil. BETUL: Zainal pun bangun apabila namanya dipanggil. SALAH: Bila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu. BETUL: Apabila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.

ramai, banyak, semua dan para SALAH: Ramai murid-murid menonton pertandingan bola sepak itu. BETUL: Ramai murid menonton pertandingan bola sepak itu. SALAH: Banyak pakaian-pakaian terpakai dijual oleh Ali. BETUL: Banyak pakaian terpakai dijual oleh Ali. SALAH: Semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi

penghargaan. BETUL: Semua guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan. SALAH: Para-para jemputan dipersilakan masuk ke dewan. BETUL: Para jemputan dipersilakan masuk ke dewan. SALAH: Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah-

hadiahpemenang-pemenang. BETUL: Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah

pemenang-pemenang.

yang dan bahawa SALAH: Hasri memberitahu yang dia tidak dapat hadir ke sekolah. BETUL: Hasri memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah. SALAH: Mereka memberitahu yang tindakan itu tidak adil. BETUL: Mereka memberitahu bahawa tindakan itu tidak adil.

kata ganti nama SALAH: Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja sini. BETUL: Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja ini. SALAH: Entah siapa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung. BETUL: Entah apa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.

kata ganti "dia" dan "ia"

Nota : kata ganti "dia" ialah kata ganti nama untuk manusia sahaja. Kata ganti nama "ia" ialah untuk binatang, benda, pokok masalah dan sebagainya.

SALAH: Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Dia dijaga dengan rapi oleh Sani.

BETUL: Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Ia dijaga dengan rapi oleh Sani.

SALAH: Perut Rosli memulas. Ia memulas sejak malam tadi lagi. BETUL: Perut Rosli memulas sejak malam tadi lagi.

apa, mana dan bagaimana SALAH: Baju apa yang kamu pakai ? BETUL: Baju mana yang kamu pakai ? SALAH: Mana katanya betul belaka. BETUL: Apa katanya betul belaka. SALAH: Apa pendapat tuan mengenai soal itu ? BETUL: Bagaimana pendapat tuan mengenai soal itu ?

penjodoh bilangan SALAH: Ibunya seorangyang baik hati.

Page 23: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

BETUL: Ibunya baik hati. SALAH: Amran pulang ke rumah dengan sebuah bas sekolah. BETUL: Amran pulang ke rumah dengan bas sekolah.

Pada dan kepada

SALAH: Beri surat ini pada Hasrul.BETUL: Beri surat ini kepada Hasrul.

Nota Cikgu Amiene Rev: Gunakan perkataan 'kepada' untuk orang.

Di dan pada

SALAH: Di masa rehat saya ke kantin.BETUL: Pada masa rehat saya ke kantin.

Nota Cikgu Amiene Rev: Perkataan 'pada' mewakili masa.

C. Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit)

SALAH: Dengan cepat berjalan adik kerana mengikut emak hendak ke pasar.

BETUL: Adik berjalan dengan cepat kerana hendak mengikut emak ke pasar.

SALAH: Semua kuih di atas meja itu telah dimakan oleh saya. BETUL: Semua kuih di atas meja itu telah saya makan. SALAH: Bila bangun tidur saya mandi dan makan pagi lepas itu pergi ke

sekolah BETUL: Apabila bangun tidur saya mandi dan bersarapan. Kemudian, saya

pergi ke sekolah. SALAH: Mamat kelihatan muram ibunya meninggal dunia BETUL: Mamat kelihatan muram semenjak ibunya meninggal dunia. SALAH: Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai selama-lamanya. BETUL: Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai bila-bila. SALAH: Apakah nama kamu? BETUL: Siapakah nama kamu?

D. Tanda baca

Menggunakan tanda baca pada tempat yang salah

SALAH: Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik, gitar, piano dan, dram.

BETUL: Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik; gitar, piano, dan dram.

tidak menggunakan tanda baca pada tempat yang betul SALAH: Jangan bergerak Kalau bergerak kamu akan ditembak, jerit polis

kepada perompak itu. BETUL: "Jangan bergerak! Kalau bergerak kamu akan ditembak," jerit

polis kepada perompak itu.

Penggunaan huruf kecil / besar tidak pada tempat

Page 24: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

SALAH: Siapakah pemenang dalam Pertandingan Syarahan anjuran berita harian itu?

BETUL: Siapakah pemenang dalam pertandingan syarahan anjuran Berita Harian itu?

SALAH: Jarak rumah saya dari Bandar Jerteh ialah 2.5 Kilometer. BETUL: Jarak rumah saya dari bandar Jerteh ialah 2.5 kilometer.

E. Imbuhan

Tidak dapat membezakan antara kata depan dengan.imbuhan "di" dan "ke"

SALAH: Masukkan buku ini didalam beg. BETUL: Masukkan buku ini ke dalam beg. SALAH: Semua murid di kehendaki beratur dipadang sebelum masuk ke

dewan. BETUL: Semua murid dikehendaki beratur di padang sebelum masuk ke

dewan.

Tidak dapat membezakan imbuhan "an dan "kan" SALAH: Masakkan ibu sungguh lazat. BETUL: Masakan ibu sungguh lazat. SALAH: Masukan buku ini ke dalam almari. BETUL: Masukkan buku ini ke dalam almari.

Lain-lain kesalahan SALAH: Kejayaan Najib membanggakan dan mengembirakan ibu

bapanya. BETUL: Kejayaan Najib membangga dan menggembirakan ibu

bapanya. SALAH: Pasar Besar Jertih mempunyai tempat meletak kereta yang

menyelesa. BETUL: Pasar Besar Jertih mempunyai tempat letak kereta yang selesa

Page 25: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

Panduan Pemarkahan Ujian Penulisan UPSR

TUJUAN ANDA MENGARANG 

1. menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu. 2. menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca. 3. menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda. 4. menguji tentang sejauh mana pembacaan anda. 

PANDUAN MENGARANG / MENULIS 

Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang : a) Pengenalan b) Isi-isi dan c) Penutup 

A. Pengenalan Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan. 

B. Isi Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan

Page 26: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perengga yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercangggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca suratkhabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis. 

Tip : Antara kaedah mencari isi 

Kaedah I ( pertanyaan ) Kaedah II ( peta minda ) Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di mana ? Bagaimana ? 

C. Penutup Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup

Page 27: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan. 

& CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS 

1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah : 

a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2 - Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi. - Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat. - Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai - Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan ( Kehendak soalan biasanya berada diakhir arahan seperti : ……………… Tuliskan laporan mengenai lawatan tersebut. ) Contoh : Perhatikan soalan di bawah ini. Soalan 1 Sekolah anda telah mengadakan “Hari Sukan”. Tuliskan sebuah karangan mengenainya. Soalan 2 Sekolah anda telah mengadakan “Hari Sukan”. Tuliskan laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Komen : Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza. Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berfomat. 

Tip : Adalah lebih baik jika adik semua mengariskan

Page 28: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar. 

b. Menyusun rangka karangan - Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi - Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin. - susun isi mengikut urutan kepentingannya. - Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai. - Isi penting jangan diulang-ulang 

c. Menulis karangan - Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan. - Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya. 

( Bahagian-bahagian karangan yang ideal ) Perenggan Pendahuluan Perenggan isi pertama Perenggan isi kedua Perenggan isi ketiga Perenggan isi keempat Perenggan Penutup 

Tip : Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan. 

d. Menyemak karangan - Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain. - baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan

Page 29: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

kamu. 

e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan a. 4 minit mencari isi b. 24 minit menulis karangan c. 2 minit menyemak semula karangan Jumlah = 30 minit 

2. Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan. 3. Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan.Jika masa telah melebihi 30 minit beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan yang baik. 

Tip : Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang yang penjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa. Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan. Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi. 

Tahukah kamu ? Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik ? Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda. Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh : 

Contoh A ( dicadangkan ) “Kamu baru pulang ?” “Baru sebentar tadi.” Jawab saya. “Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya.” “Memang saya tertunggu-tunggu,” luah Jamal , lembut. 

Page 30: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

Contoh B ( mengelirukan ) “Kamu baru pulang ?” “Baru sebentar tadi.” Jawab saya. “Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya.” “Memang saya tertunggu-tunggu,” luah Jamal , lembut. 

& PETUA BILA MENULIS KARANGAN 

• Perlu memahami betul-betul kehendak soalan. • Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang lebih penting. • Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan. • Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup. • Bagi karangan meminta fakta , sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelok-eloknya cari lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi. • Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah. 

& PEMARKAHAN PENULISAN A. Pemberian Markah 

1. Penilaian aspek isi ( 10 markah ) Isi mestilah terdiri daripada 4 atau 5 isi penting. ( Setiap isi memerlukan HURAIAN, KETERANGAN dan CONTOH yang sesuai. Huraian isi perlu jelas dan tepat. Contoh yang diberikan mestilah bersesuaian dengan isi atau tema yang hendak ditulis. ) 2 markah X 4 isi yang lengkap = 8 markah 1 markah pendahuluan = 1 markah 1 markah penutup = 1 markah 

Soalan 1 = 25 markah Soalan 2 = 25 markah 50 markah. 

Page 31: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

Jumlah keseluruhan = 50 X 2 = 100 markah Jumlah = 10 marlah 

2. Penilaian aspek Bahasa ( 15 markah ) Aspek bahasa terbahagi a. Perbendaharaan kata = 3 markah b. Struktur ayat = 3 markah c. Imbuhan = 3 markah d. Tanda baca = 3 markah e. Ejaan = 3 markah Jumlah 15 markah 

3. Jadi jumlah markah keseluruhannya ialah 15 (bahasa) + 10 (isi) = 25 markah untuk satu soalan 4. Markah penuh diberi untuk satu-satu isi yang dapat disampaikan dengan baik iaitu pengolahannya menarik dan sangat berkesan. 5. 1 markah diberi untuk satu-satu isi yang pengolahannya kurang menarik. 6. ½ markah pula untuk satu-satu isi yang pengolahannya lemah. 7. Penulisan yang kemas, bersih, teratur serta senang dibaca juga mempengaruhi markah. 8. Pembahagian markah adalah sama banyak bagi kedua-dua soalan tersebut. Adik-adik mesti menjawab kedua-dua soalan untuk lulus dengan gred yang baik. 

* Peringatan Karangan yang terpesong, markah yang diberi tidak melebihi 5 markah daripada 25 markah. Ini bermakna walau baik sekali pun karangan tersebut , jika terpesong, markah tertinggi hanyalah 5 markah sahaja. Isi yang berunsur nagetif tidak akan diberi markah. ( ukuran nilai ialah yang berteraskan budaya Melayu / Islam ) 

Page 32: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

Tahukah kamu ? Ada markah tambahan (bonus) diberikan untuk karangan yang mempunyai susunan isi dan jalinan idea yang baik. Kata aluan dan ucap terima kasih bagi karangan berbentuk surat kiriman dan ucapan adalah dikira sebagai format. 

B. Potong Markah 

1. Bilangan perkataan tidak mencukupi - kurang daripada 40 perkataan ( markah penuh tidak melebihi 10 ) - 41 hingga 50 patah ( tolak 3 markah ) - 51 hingga 60 patah ( tolak 2 markah ) - 61 hingga 70 patah ( tolak 1 markah ) 

2. Bagi setiap satu kesalahan - imbuhan tolak ½ markah - tanda baca tolak ½ markah - ejaan tolak ½ markah 

3. Karangan yang terpesong langsung - markah yang diperolehi tidak melebihi 10 markah 4. Format Isi 10B a perbendaharaan katab struktur ayatc imbuhand tanda bacae ejaan 33333JumlahTolak bilangan perkataan- format

Page 33: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

- tiada perenggan 25-3-3-2Jumlah keseluruhan 17- salah format tolak 3 markah daripada jumlah markah yang diperolehi untuk soalan itu. (markah keseluruhan)

Contoh pemotongan markah surat kiriman ; tiada alamat tolak 1 tiada nama pengirim tolak 1 tiada tanda tangan tolak 1 tiada tarikh tolak ½ tiada kata panggilan hormat tolak 1 tiada ucapan terima kasih tolak 1 Salah letak format tolak ½ tiada tajuk bagi surat rasmi tolak ½ 

Tahukah kamu ?: Kesalahan yang melebihi enam (6) kali bermakna anda tidak mendapat sebarang markah (0) bagi setiap satu aspek tatabahasa. Tiada potongan bagi kesalahan ejaan yang berulang. Potongan keseluruhan bagi tiap-tiap 5 aspek tatabahasa tidak lebih daripada 3 markah. 

& TANDA MEMERIKSA isi  

salah guna perkataan _____________________ 

kesalahan struktur ayat /\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\ 

kesalahan ejaan / 

Page 34: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

kesalahan ejaan yang berulang // 

tanda yang tertinggal / 

kesalahan imbuhan 

kesalahan tanda baca O 

isi yang tidak berkaitan ( ) 

Tip : Cara membilang perkataan Nama khas yang terdiri daripada beberapa patah perkataan dikira sebagai satu perkataaan saja contoh Bahasa Melayu Tahun Enam , Proton Saga, Sekolah Kebangsaan Darau 

& BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI (‘A’) ? 

1. Baca semua soalan yang diberi Þ Fahami arahan kehendak soalan. Þ Kenal pasti format yang perlu digunakan. Þ Karangan yang tidak terlalu panjang atau pendek mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan. 

2. Guna isi yang berlainan Þ susun isi secara berturutan Þ letak isi mengikut perenggan Þ memberi huraian yang tepat kepada isi. Þ sebaik-baiknya karangan mengandungi nilai-nilai murni. 

3. penggunaan perkataan yang pelbagai Þ ada menggunakan perkataan yang terkini Þ elak penggunaan perkataan sama yang berulang / kerap 

Page 35: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

Þ penggunaan perkataan teknikal dengan tepat Þ elak perkataan dialek atau daerah yang tidak diterima. 

4. susun ayat dengan kemas Þ elak pengaruh struktur ayat percakapan daerah / dialek Þ guna ayat yang pendek tetapi lengkap Þ kebolehan menggunakan rangkai kata / ungkapan yang menarik Þ gaya bahasa karangan hendaklah sesuai dengan bentuk serta jenis karangannya. Gaya bahasa sesuatu karangan adalah berbeza dengan gaya bahasa karangan jenis lain. 

5. penggunaan tanda baca pada tempat yang betul Þ gunakan tanda baca pada tempat yang diperlukan Þ gunakan huruf kecil dan huruf besar pada tempatnya. 

6. dapat membezakan antara kata depan dan kata imbuhan Þ dapat membezakan imbuhan an dan kan Þ guna imbuhan yang pelbagai - awalan / akhiran / sisipan / apitan ( sekurang-kurangnya 5 imbuhan yang berbagai jenis ) 

7. tulis mengikut ejaan yang betul Þ elak mengikut sebutan dialek / daerah Þ elak menulis huruf yang mengelirukan / cermat dalam bentuk tulisan 

Tahukah kamu ? Hanya terdapat 29 perkataan sahaja menggunakan ejaan yang disatukan.( contoh keretapi, jawatankuasa, dan lain-lain lagi ) 

& KELEMAHAN KARANGAN 

A] Kesalahan memilih tajuk 

Page 36: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

• Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja. 

B] Kekurangan isi • Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar atau meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini berlaku kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan. 

C] Pembahagian perenggan • Ada calon meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu perenggan untuk satu karangan ! 

D] Tidak merangka karangan • Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak merangka bererti calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak kemas dan bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan. • Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil mengharapkan isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ). 

E] Kesalahan tatabahasa • Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan karangan mendapat ‘A’. • Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih ada calon yang tidak dapat membezakan antara “pada” dengan “di”, “dari” dengan “daripada”, “bila” dengan “apabila” dan pelbagai lagi (akan dibincangkan selepas ini ). Ramai yang tidak

Page 37: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

menggunakan imbuhan dengan betul. Lebih malang lagi calon tidak menggunakan imbuhan langsung untuk karangannya. 

F] Kesuntukan masa • Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan penting. Calon yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan tiada masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat ditulis. • Terdapat satu kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan baik dan mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau hanya mendapat 50 % ( ‘C’ ) sahaja.

G] Kesalahan lain • Tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan. • Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan. • Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasa Kelantan ) 

Di bawah ini adalah contoh kesalahan tatabahasa. Ayat di dalam kurungan adalah pembetulannya. 

A. Penggunaan Perkataan Yang Berulang Dalam Suatu Ayat. 

ÖSelepas mandi Yusri bersarapan , selepas itu dia memakai baju , selepas itu dia pergi ke sekolah pula dengan menaiki basikal. R( Selepas mandi , Yusri bersarapan dan memakai baju. Kemudian Yusri pergi ke sekolah dengan menaiki basikal. ) 

B. Salah Menggunakan Perkataan 

Page 38: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

dari dan daripada 

ÖKain batik itu datang daripada Terengganu. R( Kain batik itu datang dari Terengganu.) 

ÖSaya baru terima surat itu dari kakak. R( Saya baru terima surat itu daripada kakak.) 

untuk , supaya dan selama 

ÖCikgu Zaidi pergi ke pasar untuk membeli sayur. R( Cikgu Zaidi pergi ke pasar membeli sayur.) 

ÖAhmad menjerit untuk meminta tolong. R( Ahmad menjerit meminta tolong.) 

ÖSaya bercita-cita untuk menjadi doktor. R( Saya bercita-cita hendak menjadi doktor.) 

ÖAminah belajar bersungguh-sungguh untuk lulus dalam ujian. R( Aminah belajar bersungguh-sungguh supaya lulus dalam ujian.) 

ÖKami akan tinggal untuk dua minggu. R( Kami akan tinggal selama dua minggu.) 

ÖUjian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung untuk satu jam. R( Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung selama satu jam.) 

adalah dan ialah 

ÖAdalah dengan hormatnya dimaklumkan ………… R( Dengan hormatnya dimaklumkan ………………. ) 

Page 39: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

ÖTuduhan itu adalah fitnah belaka. R( Tuduhan itu fitnah belaka.) 

ÖKeperluan asas manusia adalah makanan, perlindungan dan pakaian. R( Keperluan asas manusia ialah makanan, perlindungan dan pakaian.) 

bila dan apabila 

ÖZainal pun bangun bila namanya dipanggil. R( Zainal pun bangun apabila namanya dipanggil.) 

ÖBila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu. R( Apabila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.) 

ramai, banyak, semua dan para 

ÖRamai murid-murid menonton pertandingan bola sepak itu. R( Ramai murid menonton pertandingan bola sepak itu.) 

ÖBanyak pakaian-pakaian terpakai dijual oleh Ali. R( Banyak pakaian terpakai dijual oleh Ali.) 

ÖSemua guru-guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan. R( Semua guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan.) 

ÖPara-para jemputan dipersilakan masuk ke dewan. R( Para jemputan dipersilakan masuk ke dewan.) 

ÖGuru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah-hadiah pemenang-pemenang. R( Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah pemenang-pemenang.) 

Page 40: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

yang dan bahawa 

ÖHasri memberitahu yang dia tidak dapat hadir ke sekolah. R( Hasri memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah. 

ÖMereka memberitahu yang tindakan itu tidakadil. R( Mereka memberitahu bahawa tindakan itu tidak adil.) 

kata ganti nama 

ÖAmbil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja sini. R( Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja ini. ) 

ÖEntah siapa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung. R( Entah apa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.) 

kata ganti “dia” dan “ia” 

nota : kata ganti “dia” ialah kata ganti nama untuk manusia sahaja. Kata ganti nama “ia” ialah untuk binatang, benda, pokok masalah dan sebagainya. 

ÖPokok bunga itu tumbuh dengan subur. Dia dijaga dengan rapi oleh Sani. R( Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Ia dijaga dengan rapi oleh Sani.) 

ÖPerut Rosli memulas. Ia memulas sejak malam tadi lagi. R( Perut Rosli memulas sejak malam tadi lagi.) 

apa, mana dan bagaimana 

Page 41: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

ÖBaju apa yang kamu pakai ? R( Baju mana yang kamu pakai ? ) 

ÖMana katanya betul belaka. R( Apa katanya betul belaka.) 

ÖApa pendapat tuan mengenai soal itu ? R( Bagaimana pendapat tuan mengenai soal itu ? ) 

penjodoh bilangan 

ÖIbunya seorang yang baik hati. R( Ibunya baik hati.) 

ÖAmran pulang ke rumah dengan sebuah bas sekolah. R( Amran pulang ke rumah dengan bas sekolah.) 

Di dan pada Di dan pada 

ÖBeri surat ini pada Hasrul. R( Beri surat ini kepada Hasrul.) 

ÖDi masa rehat saya ke kantin. R( Pada masa rehat saya ke kantin.) 

C. Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit) 

ÖDengan cepat berjalan adik kerana mengikut emak hendak ke pasar. R( Adik berjalan dengan cepat kerana hendak mengikut emak ke pasar.) 

ÖSemua kuih di atas meja itu telah dimakan oleh saya. R( Semua kuih di atas meja itu telah saya makan.) 

Page 42: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

ÖBila bangun tidur saya mandi dan makan pagi lepas itu pergi ke sekolah R( Apabila bangun tidur saya mandi dan bersarapan. Kemudian, saya pergi ke sekolah.) 

ÖMamat kelihatan muram ibunya meninggal dunia R( Mamat kelihatan muram semenjak ibunya meninggal dunia.) 

ÖSaya tidak akan melupai peristiwa itu sampai selama-lamanya. R( Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai bila-bila.) 

ÖApakah nama kamu ? R( Siapakah nama kamu ? ) 

D. Tanda baca 

menggunakan tanda baca pada tempat yang salah 

ÖRahman pandai bermain pelbagai alat muzik , gitar , piano dan , drum. R( Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik ; gitar , piano , dan drum.) 

tidak menggunakan tanda baca pada tempat yang betul 

ÖJangan bergerak Kalau bergerak kamu akan ditembak ,jerit polis kepada perompak itu. R( “Jangan bergerak ! Kalau bergerak kamu akan ditembak,” ,jerit polis kepada perompak itu.) 

Penggunaan huruf kecil / besar tidak pada tempat 

Ö Siapakah pemenang dalam Pertandingan Syarahan anjuran berita harian 

Page 43: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

itu ? R ( Siapakah pemenang dalam pertandingan syarahan anjuran Berita Harian itu ? ) 

ÖJarak rumah saya dari Bandar Jerteh ialah 2.5 Kilometer. R( Jarak rumah saya dari bandar Jerteh ialah 2.5 kilometer.) 

E. Imbuhan 

Tidak dapat membezakan antara kata depan dengan.imbuhan “di” dan “ke” 

ÖMasukkan buku ini didalam beg. R( Masukkan buku ini ke dalam beg.) 

ÖSemua murid di kehendaki beratur dipadang sebelum masuk ke dewan. R( Semua murid dikehendaki beratur di padang sebelum masuk ke dewan.) 

Tidak dapat membezakan imbuhan “an” dan “kan” 

ÖMasakkan ibu sungguh lazat. R( Masakan ibu sungguh lazat.) 

ÖMasukan buku ini ke dalam almari. R( Masukkan buku ini ke dalam almari.) 

Lain-lain kesalahan 

ÖKejayaan Najib membanggakan dan mengembirakan ibu bapanya. R( Kejayaan Najib membangga dan mengembirakan ibu bapanya.) 

Page 44: PEMARKAHAN KARANGAN upsr

Ö Pasar Besar Jertih mempunyai tempat meletak kereta yang menyelesa. R ( Pasar Besar Jertih mempunyai tempat letak kereta yang selesa.) 

Tahukah Kamu ? ‘mu’ dan ‘ku’ ditulis rapat dengan perkataan di hadapannya. Contoh ; wangku, tuanku, suratmu, hatiku, hatimu dan sebagainya. Menulis imbuhan ‘di’ ada caranya. Jika perbuatan ‘ di’ ditulis dekat contoh ; dimakan, dijamah, ditendang Jika ‘di’ menunjukkan tempat dan masa ‘di’ ditulis berjauhan contoh ; di Jerteh, di pantai, di sanaDicatat oleh taharmok di 9:44 AM