34
PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM MEMPELAJARI KONSEP LUKISAN PERSPEKTIF BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN LIMA MOHD ZULFADLY BIN OTHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI

KONSTRUKTIVISME DALAM MEMPELAJARI KONSEP LUKISAN PERSPEKTIF

BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN LIMA

MOHD ZULFADLY BIN OTHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL:

PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM MEMPELAJARI KONSEP LUKISAN PERSPEKTIF BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN LIMA

SESI PENGAJIAN :

Saya

2009/2010

(HURUF BESAR) MOHD ZULFADLY BIN OTHMAN__________

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

_______________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

DR MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD

IBU PEJABAT POLIS, (NAMA PENYELIA) DAERAH KOTA KINABATANGAN

,

SANDAKAN, SABAH

Tarikh : 20 APRIL 2010 Tarikh :

20 APRIL 2010

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

Tandatangan : …………………………..........................

Nama Penyelia : Dr. Muhammad Sukri Bin Saud

Tarikh : 20 APRIL 2010

Page 4: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

i

PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN

TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM MEMPELAJARI KONSEP LUKISAN

PERSPEKTIF BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN

TINGKATAN LIMA

MOHD ZULFADLY BIN OTHMAN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 5: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Karya ini adalah memadai dari segi skop

dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kejuruteraan Awam)”

Tandatangan : ……………………………………….

Nama Penulis : Mohd Zulfadly Bin Othman

Tarikh : 20 APRIL 2010

Page 6: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

iii

Teristimewa untuk insan – insan tersayang ...

Untuk Ayahanda & Bonda

Othman Bin Baharum & Orip Binti Alan

Yang banyak berkorban dan memberikan semangat

serta mengiringkan doa buatku agar tercapai kejayaan ini.

Untuk kekanda-kekandaku & insan-insan yang dihargai

Terima kasih atas dorongan dan tunjuk ajar.

Untuk teman – teman seperjuangan,

Terima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan daripada kalian

Ya Allah, Tuhan yang menetapkan segala sesuatu.

Hanya Engkaulah yang memberikan segala kekuatan padaku

Golongkanlah kami ke dalam golongan orang – orang bersyukur

Amin

Page 7: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat, taufik dan hidayah

serta inayahNya, kajian ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Selawat dan salam ke

atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat dikasihi. Pada

kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada mereka yang telah

banyak memberikan sokongan dan dorongan untuk menjayakan Projek Sarjana Muda ini

sehingga dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Pada kesempatan ini ingin saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga

kepada Dr. Muhammad Sukri Bin Saud, selaku penyelia kajian saya di atas sokongan,

nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan. Segala yang dipelajari daripada beliau amat

berguna dalam menjayakan projek ini.

Kepada kedua-dua ibu bapa saya, Othman Bin Baharum dan Orip Binti Alan

yang tidak pernah jemu-jemu memberi sokongan dan semangat semenjak saya mula

melihat dunia. Dorongan, doa dan keperluan bahan yang diberikan amat saya hargai dan

tidak mampu dibalas dengan wang ringgit. Turut tidak saya lupakan sahabat-sahabat,

kawan-kawan, kenalan dan juga teman seperjuangan yang telah memberi sokongan dan

pendapat.

Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam projek pembinaan laman web ini.

Page 8: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

v

ABSTRAK

Pembelajaran berasaskan laman web dan pembelajaran konstruktivisme merupakan dua

penyumbang penting kepada perkembangan semasa dalam bidang pendidikan

profesional. Pembelajaran berasaskan web menawarkan lebih peluang untuk

mempersembahkan pengalaman pembelajaran dari pelbagai aspek yang boleh dicapai

oleh individu pelajar pada berlainan masa atau tempat berbanding peluang pembelajaran

secara tradisional. Laman web ini menawarkan pendekatan intruksi yang dapat

memotivasikan pelajar terlibat dalam pembelajaran yang authentik serta

memperkembangkan sikap dan kemahiran yang diperlukan untuk pembelajaran kendiri

sepanjang hayat. Projek ini adalah mengenai reka bentuk dan pembangunan sistem

pembelajaran berasaskan laman web yang menggunakan pendekatan konstruktivisme

sebagai rangkakerja reka bentuk. Objektif projek ini adalah untuk membantu pelajar

dalam mempelajari topik Lukisan Perspektif Tingkatan Lima dan bagaimana ia boleh

digunakan dengan efektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dapat

mempelajari konsep dan membina Lukisan Perspektif. Di samping itu, antara faktor

yang ditekankan adalah elemen interaktiviti, kepelbagaian aktiviti dan pembelajaran

melalui pengalaman. Projek ini juga menggunakan grafik dan animasi sebagai kekuatan

yang dapat dimanipulasikan bagi menarik minat pelajar terhadap topik yang disediakan.

Adobe Flash CS4 dipilih sebagai perisian pengarangan yang utama untuk mencipta

sistem pembelajaran berasaskan laman web dan disokong oleh perisian pembangunan

yang lain seperti Adobe Dreamweaver CS4, Adobe Fireworks CS4 dan Sound Forge 8.0.

Dengan terhasilnya laman web ini, diharapkan dapat membantu pengguna memahami

topik ini dengan baik serta mampu dijadikan sebagai panduan kepada pembinaan

pembelajaran berasaskan web yang lain.

Page 9: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

vi

ABSTRACT

Web based learning and constructivist learning are two significant contributions to

current developments in professional education. Web based learning offers the

opportunity to present rich, multifaceted learning experiences that can be accessed by

individual students who are separated by time or geography from more traditional

learning opportunities. This web site offers instructional approaches that motivate

students to engage with authentic problems of practice and to develop the attitudes and

skills required for lifelong independent learning. This project is about the design and

development of web based learning system using a constructivist learning design

framework. The objective was to assist students in learning about Perspective Drawing

and how it can be used effectively teaching and learning process. Students learn

fundamental concepts and constructing Perspective Drawing. In addition, few other

factors that has been highlighted on this project is the element of interactivity, multiple

activities and exploratory learning This project also make use of the graphic and

animation which can be manipulated to attract student’s interest on the given topic.

Adobe Flash CS4 was chosen as the primary authoring tool to create the web based

learning system and supported by other development software such as Adobe

Dreamweaver CS4, Adobe Fireworks CS4 and Sound Forge 8.0. With the availability of

this web based leaning system, hoped that it can be utilized in order to help user to

understand this topic easier and able to become an example to the development of other

web based learning.

Page 10: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN PENULIS

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

ISI KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xii

xiii

xv

xvi

Page 11: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

viii

1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.2.1 Kelemahan Pelajar untuk Memahami Konsep

Lukisan Kejuruteraan

1.2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer Sangat

Bersifat Tradisi

1.2.3 Cabaran Mengintegrasikan Teknologi

Multimedia Interaktif dan Web dalam Mata

Pelajaran Lukisan Kejuruteraan

1.2.4 Aplikasi Teori Konstruktivisme dalam

Perisian Integrasi Multimedia dan Web.

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Rasional Pembangunan Laman Web

1.5 Objektif Rekabentuk dan Pembangunan Laman Web

1.6 Tujuan Pembangunan Laman Web

1.7 Skop Laman Web

1.8 Kepentingan Laman Web

1.9 Definisi Operasi

1.9.1 Multimedia

1.9.2 Web Berasaskan Multimedia

1.9.3 Interaktif

1.9.4 Internet

1.9.5 Teori Konstruktivisme

1.10 Penutup

1

5

8

8

10

12

13

14

14

15

16

16

17

17

18

18

18

19

19

19

Page 12: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

xii

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan

2.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

2.4 Komputer Dalam Pendidikan Teknikal

2.5 Multimedia Dalam Pendidikan

2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

2.7 Pembelajaran Teori Konstruktivisme

2.7.1 Ciri-ciri Pembelajaran Secara

Konstruktivisme

2.8 Pembelajaran Berasaskan Web

2.9 Penutup

21

22

22

24

25

27

28

30

31

32

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan

3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran ADDIE

3.2.1 Fasa Pertama Analisis

3.2.2 Fasa Kedua: Reka bentuk

3.2.3 Fasa Ketiga: Pembangunan

3.2.4 Fasa Keempat: Perlaksanaan

3.2.5 Fasa Kelima: Penilaian

3.3 Konsep Reka Bentuk Integrasi Web Multimedia

3.3.1 Reka Bentuk Informasi

3.3.2 Reka Bentuk Interaksi

3.3.3 Reka Bentuk AntaraMuka dan Persembahan

33

34

36

30

37

38

39

33

40

41

44

Page 13: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

xiii

3.4 Pemilihan Perisisan Pembangunan Aplikasi Web dan

Multimedia

3.4.1 Perisian Pengarangan Web

3.4.2 Perisian Animasi

3.4.3 Perisian Penyuntingan Grafik

3.4.4 Perisian Penyuntingan Video

3.4.5 Perisian Penyuntingan Audio

3.5 Penutup

46

47

47

48

48

49

49

4 REKA BENTUK LAMAN WEB

4.1 Pendahuluan

4.2 Persembahan Laman Web

4.2.1 Halaman Utama

4.2.2 Bahagian Pembelajaran Utama

4.2.3 Bahagian Aktiviti, Rujukan dan Pautan-

pautan lain

4.3 Penilaian Pengguna

4.4 Analisis Dapatan Soal Selidik

4.4.1 Reka bentuk Infromasi atau Strategi

Pembelajaran

4.4.2 Reka Bentuk Antaramuka atau Persembahan

4.4.3 Reka Bentuk Interaksi

4.5 Pengujian Sistem

4.6 Penutup

50

51

53

56

59

62

63

64

65

67

68

69

Page 14: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

xiv

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan

5.2 Perbincangan

5.2.1 Pandangan Pengguna Mengenai Reka bentuk

Informasi atau Strategi Pembelajaran

5.2.2 Pandangan Pengguna Mengenai Reka Bentuk

Antara Muka Atau Persembahan

5.2.3 Pandangan Pengguna Mengenai Reka bentuk

Interaksi

5.3 Rumusan

5.4 Cadangan Kajian dan Pembangunan Lanjutan

5.5 Penutup

70

70

71

72

73

74

75

76

RUJUKAN

LAMPIRAN

77

79

Page 15: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

xv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 4.2 4.3 4.4 4.5

Ruangan tambahan dalam Laman Web Lukisan Perspektif Analisis Data Bagi Reka Bentuk Informasi Analisis Data Bagi Reka Bentuk Antara Muka Analisis Data Bagi Reka Bentuk Interaksi Pengujian sistem laman web

59

63

64

65

66

Page 16: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 2.2 3.1 3.2 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7

Teori Konstruktivisme Ciri-ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme Aliran kerja Model Reka Bentuk Pengajaran ADDIE Reka bentuk interaksi: Struktur hirarki Paparan kandungan Laman Web Lukisan Perspektif Menu utama pembelajaran Lukisan Perspektif Pautan tambahan yang terletak pada bahagian atas laman web Ruangan forum pelajar dan guru Bahagian pautan-pautan menarik laman web Bahagian pembelajaran Konsep Lukisan Perspektif Bahagian pembelajaran Jenis-jenis Lukisan Perspektif

28

30

35

45

52

54

54

55

56

57

58

Page 17: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

xvii

4.8 4.9 4.10 4.11

Bahagian pembelajaran Pembinaan Lukisan Perspektif Ruangan Aktiviti dan Tips yang terdapat dibawah Pautan Interaktif Sumber nota dan soalan yang disediakan Ruangan Berita dan Ruangan Laman pembelajaran yang disediakan

58

60

61

62

Page 18: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

xviii

SENARAI SINGKATAN

ABM

CAD

CS4

KPM

MSC

PBK

PSM

PTV

P&P

SPM

− Alat Bantu Mengajar.

− Computer Aided Design

− Creative Suite version 4

− Kementerian Pelajaran Malaysia.

− Multimedia Super Corridor

− Pembelajaran Berbantukan Komputer.

− Projek Sarjana Muda.

− Pendidikan Teknik dan Vokasional.

− Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

− Sijil Pelajaran Malaysia.

Page 19: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

xix

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A B

Borang Penilaian Soal Selidik Pengguna Borang Papan Cerita

77

78

Page 20: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

“Pendidikan bertaraf dunia” sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara

meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan

seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi

perkembangan ilmu. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah

melahirkan generasi mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya

manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta

menjanakan idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa

dan negara. Namun begitu, dengan kepesatan zaman sekarang yang semakin

berlumba-lumba dalam menghasilkan teknologi terkini, masyarakat kita bukan sahaja

perlu menjadi bijak fikiran malah berkemahiran dalam menggunakan teknologi yang

semakin canggih dari semasa ke semasa.

Bidang pendidikan dalam negara kita juga tidak ketinggalan dalam

mengaplikasikan teknologi maklumat ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Malah, kerajaan optimis bahawa dengan menyerapkan teknologi maklumat ke dalam

sistem pendidikan dapat meningkatkan lagi tahap pendidikan kita. Ini dapat

Page 21: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

2

dibuktikan dengan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam

merealisasikan hasrat negara ini. Aspek teknologi telah digabungkan dalam

kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat

serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Kewujudan Sekolah

Bestari yang sekaligus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan

Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor atau MSC). Pelaksanaan

Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan

internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem

pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas

dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam

bidang pendidikan.

Komitmen kerajaan untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai

sekolah bestari menjelang tahun 2010 juga memberikan satu gambaran tentang arus

perubahan besar yang berlaku di dalam sistem pendidikan negara khususnya

berhubung dengan penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan. Perkembagan

ini sejajar dengan aspirasi negara untuk muncul sebagai sebuah negara maju

menjelang tahun 2020 dengan memberikan penekanan kepada penguasaan teknologi

maklumat di kalangan rakyat Malaysia. Koridor Raya Multimedia, sebagai satu

langkah strategik kearah mencapai matlamat untuk mewujudkan sebuah masyarakat

bermaklumat telah menetapkan sekolah bestari salah satu tempat dari tujuh

aplikasinya (Mohd Aizaini, 2004).

Sebelum pengenalan komputer di sekolah-sekolah, kaedah pengajaran dan

pembelajaran adalah secara tradisional hanya melibatkan dua entiti utama sahaja iaitu

antara guru dan pelajar. Di samping itu, ia juga lebih banyak menggunakan konsep

menghafal fakta-fakta yang diberikan oleh guru. Kaedah sebegini menimbulkan

banyak masalah terutamanya apabila hendak mengingati fakta yang terlalu banyak

dan tidak banyak dokumen bertulis yang boleh dirujuk mengenainya apabila

diperlukan. Penyediaan alat bantu mengajar bagi pengajaran tradisi juga terhad

kepada bahan-bahan statik sifatnya. Perkara ini secara tidak langsung mengurangkan

minat pelajar terhadap pengajaran yang diberikan.

Page 22: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

3

Multimedia merupakan salah satu bidang yang amat penting pada masa kini.

Maklumat dapat disampaikan secara lebih mudah dengan penggunaan aplikasi

multimedia. Di zaman teknologi maklumat ini, penyampaian maklumat dengan cara

yang lebih mudah difahami adalah salah satu faktor untuk menarik minat orang ramai

terhadap perkara yang ingin disampaikan. Kini, pengguna multimedia boleh

berinteraksi dengan perisian tersebut, bukannya sekadar lihat dan dengar sahaja.

Perkara ini merupakan antara faktor yang menarik minat orang ramai terhadap

multimedia.

Penggunaan teknologi multimedia dalam pembelajaran sesebuah

matapelajaran akan dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai apa yang

mereka pelajari. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia contohnya, telah

menjadikan bidang pembelajaran menggunakan multimedia atau lebih dikenali

sebagai e-pembelajaran sebagai alat untuk memberikan kefahaman kepada para

pelajar sekolah di seluruh Malaysia. Jelaslah di sini bahawa penggunaan multimedia

adalah sebagai pemangkin dalam bidang pembelajaran untuk masa depan yang lebih

mencabar.

Dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) khasnya,

penggunaan teknologi multimedia masih belum digunakan secara meluas berbanding

matapelajaran lain seperti sains dan matematik. Bagi pengajaran Lukisan

Kejuruteraan pula, kaedah biasa digunakan adalah linear iaitu pengajaran guru

menggunakan kaedah-kaedah biasa seperti tunjukcara, perbincangan dan kaedah

berkumpulan. Kaedah-kaedah ini menunjukkan sesuatu langkah untuk melukis

sesuatu lukisan. Sekiranya terdapat segelintir pelajar yang tercicir, guru terpaksa

menerangkan kembali sesuatu langkah dan ini akan menyukarkan tugas guru dan

pengajaran pelajar-pelajar yang lain.

Page 23: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

4

Bagi menarik minat golongan pelajar dan sebagai memudahkan lagi proses

pengajaran, satu kaedah baru adalah perlu bagi meningkatkan keberkesanan

pengajaran konsep Lukisan Kejuruteraan di sekolah. Menyelitkan elemen-elemen

multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu kaedah yang

boleh membantu para pelajar dalam memahami konsep Lukisan Kejuruteraan.

Dengan wujudnya elemen-elemen multimedia ini, maka sesuatu perubahan akan

menjadi lebih menarik dan berlakunya proses komunikasi interaktif. Manakala proses

pengajaran dan pembelajaran pula akan menjadi suatu pengalaman yang

menyeronokkan dan membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan lebih cepat

dan mudah.

Terdapat beberapa strategi pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru

untuk mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain

daripada menggunakan teknologi multimedia interaktif, sumber pengajaran dan

pembelajaran berasaskan penggunaan internet juga boleh menjadi wahana yang

berkesan dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Rangkaian internet

yang begitu meluas membolehkan pelajar mendapat maklumat ke serata dunia.

Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid

di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.

Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibu bapa khususnya dalam

menghadapi cabaran teknologi maklumat dan era globalisasi.

Pengalaman dalam penggunaan internet dalam kehidupan harian seharusnya

diintegrasikan kepada dunia pendidikan bagi menyediakan pengalaman pembelajaran

sebenar kepada pelajar. Ciri interaktif dan fleksibel yang disediakan menjadi pilihan

utama yang menjadikan laman web dilihat sebagai alternatif terkini proses

penyampaian pengajaran. Oleh yang demikian, penggunaan sumber pengajaran dan

pembelajaran berasaskan multimedia interaktif dan laman web dapat membantu

guru-guru dalam mempelbagaikan teknik pengajaran mereka agar pembelajaran di

dalam kelas menjadi efektif dan bermakna bagi pelajar. Guru mempunyai alternatif

dalam menyampaikan pengajaran mereka di samping mengurangkan beban mencari

maklumat melalui buku-buku rujukan. Tambahan pula, melalui penggunaan laman

Page 24: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

5

web, pelajar akan berasa lebih tertarik untuk terus melayari maklumat yang ada

memandangkan laman web yang dibina digabungkan dengan unsur-unsur multimedia

di dalamnya bagi menggalakkan pembelajaran secara kendiri.

Kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan

menggunakan teknologi multimedia interaktif dan laman web bergantung kepada

keupayaan dan kebolehan aplikasi teknologi yang ada pada guru-guru dan pelajar-

pelajar yang terlibat. Isu ini memberi satu cabaran besar terhadap kadar penerimaan

dan persiapan mental dan kompetensi dalam penggunaan teknologi di kalangan guru-

guru secara amnya. Justeru itu, guru-guru perlu bersedia untuk menukar peranan

yang mereka jalankan selama ini kepada sebagai pemudahcara dengan menggunakan

teknologi maklumat dan multimedia di hadapan pelajar-pelajar mereka.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sistem pendidikan negara sedikit sebanyak telah mengalami perubahan

sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Perkembangan sains dan teknologi

yang mula berkembang dengan pesat harus dieksploitasikan ke dalam sistem

pendidikan negara. Jika sains dan teknologi sahaja yang berkembang tetapi sistem

pendidikan masih tidak berubah adalah tiada ertinya perkembangan itu. Oleh itu,

perkembangan ini hendaklah diterapkan sebaik mungkin ke dalam sistem pendidikan

negara agar sistem pendidikan negara tidak ketinggalan oleh arus perkembangan

sains dan teknologi.

Menurut Sulaiman (1996), Internet akan menjadi sebahagian dari program

Sekolah Bestari menjelang Januari 2012 kelak dan telah pun diumumkan bahawa,

semua sekolah menengah akan mendapat talian ke Internet pada tahun 2009.

Kementerian Pendidikan Malaysia pada ketika itu dengan kerjasama serta bantuan

Page 25: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

6

kepakaran MIMOS, telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan. Melalui projek

ini, pihak kementerian telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian

kepada para pelajar dan pendidik disamping menyediakan program latihan yang

berterusan kepada para guru. Ini menunjukkan pihak kerajaan telah mula memandang

serius penggunaan laman web dalam pendidikan.

Bidang kejuruteraan kini memerlukan lebih ramai pakar yang dapat

membantu membangunkan industri negara ini mencapai status negara maju

menjelang tahun 2020. Selaras dengan ini, satu kaedah pengajaran yang menarik dan

mudah difahami perlu disediakan bagi membolehkan negara menghasilkan jurutera

yang berkualiti bagi memenuhi bekalan tenaga kerja dalam bidang kejuruteraan pada

masa akan datang.

Melalui penggunaan multimedia berasaskan web, penyampaian maklumat

akan menjadi lebih mudah. Berdasarkan penggunaan aplikasi multimedia dan

teknologi maklumat yang semakin berkembang, adalah perlu bagi mereka yang

terlibat dalam bidang kejuruteraan bagi mengikut arus ini. Ini kerana, jika kita tidak

mengikut arus ini, kita akan ketinggalan jauh di belakang dari pelbagai aspek. Oleh

itu, penyampaian multimedia dalam bentuk interaktif ditambah pula dengan aplikasi

maklumat berasaskan web dikatakan mampu menarik minat orang ramai

menggunakan teknologi tersebut.

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan merupakan satu mata pelajaran yang

amat penting. Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan memerlukan daya imaginasi yang

mendalam bagi menggambarkan objek yang dihasilkan. Penguasaan pada peringkat

asas adalah amat penting kepada pelajar dalam mempelajari sesuatu topik dalam

mata pelajaran ini sebelum dapat diaplikasikan sepenuhnya. Selain diajarkan di

sekolah-sekolah teknik, mata pelajaran ini juga telah ditawarkan kepada pelajar-

pelajar sekolah menengah harian biasa. Bagi sesebuah sekolah teknik, ia dilengkapi

dengan bilik lukisan yang lengkap dengan perlalatan melukis seperti meja lukis,

sesiku-T dan alat-alat melukis yang lain. Akan tetapi sebaliknya di sekolah

Page 26: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

7

menengah harian kerana peruntukan yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk

melengkapkan sesebuah sekolah dengan bilik lukisan yang lengkap. Ini akan

menyukarkan pengajaran guru dan pembelajaran murid.

Pendekatan pengajaran secara tradisi awal yang berasaskan “chalk and talk”

tidak berapa menarik minat atau merangsang proses pembelajaran kerana tidak

melibatkan kesemua pancaindera terutama sekali dalam pembelajaran mata pelajaran

pengajian Lukisan Kejuruteraan. Mata pelajaran ini berhubung kait dengan mata

pelajaran teknikal yang mengandungi banyak topik yang memerlukan pelajar berfikir

secara kreatif dan kritis untuk menggambarkan lukisan yang akan dihasilkan.

Salah satu daripada topik yang memerlukan kefahaman yang mendalam

dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah topik Lukisan Perspektif.

Penggunaan sedia ada sekarang untuk mengajar topik Lukisan Perspektif kurang

sesuai kerana penggunaan kapur tulis sukar untuk membezakan jenis-jenis garisan.

Penggunaan papan putih dapat mengatasi sedikit masalah ini namun ia tetap tidak

dapat mengelakkan masalah lain seperti:

(a) Pelajar tidak nampak dengan jelas konsep perspektif.

(b) Alat bantu mengajar sedia ada tidak dapat menggambarkan konsep

perspektif.

(c) Kejituan lukisan guru adalah rendah kerana penggunaan jangka lukis

pada papan tulis adalah kurang sesuai.

Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran juga menjadi lambat kerana

guru terpaksa melukis dan menerangkan sesuatu langkah kerja kepada pelajar. Jika

terdapat keciciran di antara pelajar, guru terpaksa mengulangi langkah melukis

sesuatu lukisan.

Page 27: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

8

1.2.1 Kelemahan pelajar untuk memahami konsep Lukisan Kejuruteraan

Lukisan Kejuruteraan adalah gabungan antara Lukisan Geometri dan Lukisan

Berkaitan. Analisis peperiksaan SPM yang dibuat oleh KPM menunjukkan mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan mempunyai prestasi pencapaian yang paling rendah

berbanding dengan mata pelajaran kejuruteraan yang lain.

Dalam Lukisan Kejuruteraan, pembentukan konsep yang tepat amatlah

diperlukan agar setiap pelajar mampu menggambar dan menyelesaikan masalah

dalam lukisan dengan betul. Walau bagaimanapun, sebilangan kecil pelajar masih

mengulangi kesalahan yang sama apabila melukis objek yang sama. Perkara ini

adalah disebabkan kebanyakan daripada mereka gagal untuk memahami konsep yang

betul.

Kajian mendapati bahawa kelemahan pelajar dalam penyelesaian Lukisan

Kejuruteraan adalah dari sudut persepsi yang rendah dan tidak memahami konsep

dengan jelas serta lemah dalam visualisasi. Secara keseluruhan, beberapa kajian yang

telah dijalankan lebih bersetuju bahawa kelemahan pembelajaran pelajar adalah

disebabkan tidak dapat mengintegrasikan pengetahuan yang terdahulu dengan yang

baru dipelajari secara bersepadu dan bermakna.

1.2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer Sangat Bersifat Tradisi

Sesuatu perisian yang bermutu tinggi serta berkualiti agak sukar untuk

dihasilkan. Faktor masa dan kekurangan tenaga mahir adalah penghalang utama

menjadikan perisian yang bermutu tinggi sukar dihasilkan. Pembangunan sesebuah

perisian juga sering menumpukan kepada nilai komersial yang menyebabkan kualiti

Page 28: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

9

hanya dinilai berdasarkan kualiti media yang digunakan dan bukannya kepada kualiti

nilai pengajaran dan pembelajaran serta perubahan tingkahlaku pelajar yang ingin

dicapai.

Kebanyakan perisian yang ada pada hari ini tidak mempunyai ciri tambahan

sepertimana yang diperlukan. Biasanya, perisian tidak mampu membezakan input

pelajar yang hampir sama ataupun yang mempunyai maksud yang sama.

Pembelajaran melalui komputer pada hari ini lebih tertumpu kepada kaedah tutorial

dan latih tubi yang bersifat objektif. Selain daripada itu, perisian yang dibangunkan

kebanyakannya bersifat tradisi dan tidak berkualiti. Menurut Jamalludin dan

Zaidatun (2001), fungsi sesetengah perisian yang menyerupai buku teks hanya

membantu pelajar dari segi pemahaman serta perubahan tingkahlaku secara

berperingkat apabila berlakunya suatu proses pembelajaran.

Menurut Rio Sumarni (1996), pembelajaran berasaskan komputer (PBK)

sewajarnya menerapkan teori pembelajaran yang berupaya membantu pelajar berfikir

dan melaksanakan proses pembelajaran secara aktif. Pembelajaran berasaskan

komputer juga sewajarnya mampu membimbing pelajar meneroka, menyelesaikan

masalah dan mempelajari sesuatu konsep dengan berkesan. Kesemua ini hanya dapat

dicapai sekiranya pembangunan sesuatu PBK diasaskan kepada sesuatu teori yang

sesuai seperti teori konstruktivisme. PBK ini juga perlu diaplikasikan untuk

membantu pelajar menguasai konsep dalam sesuatu mata pelajaran seperti mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

Usaha ke arah pembinaan perisian ini direka bentuk disebabkan oleh beberapa

faktor. Faktor kekurangan perisian berbentuk teknikal di pasaran menjadikan

matlamat utama projek ini. Perisian pendidikan yang terdapat di pasaran

kebanyakannya tidak menepati objektif atau hasil pembelajaran serta aktiviti

pembelajaran yang digariskan dalam kurikulum yang dikehendaki oleh pihak

pendidikan. Perisian berperanan sebagai sebuah buku elektronik yang memerlukan

murid menggunakan komputer sahaja. Masalah kekurangan guru pakar dalam mata

Page 29: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

10

pelajaran Lukisan Kejuruteraan juga mendorong pembangun untuk membina perisian

integrasi ini.

1.2.3 Cabaran mengintegrasikan teknologi multimedia interaktif dan web

dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Pembelajaran yang banyak memerlukan kefahaman tentang bentuk,

pergerakan dan ketepatan seperti mata pelajaran teknikal iaitu Pengajian

Kejuruteraan Awam dan Lukisan Kejuruteraan akan lebih mudah difahami dan

dihayati oleh pelajar sekiranya suatu sumber alternatif direka untuk mempengaruhi

dan merangsang minda pelajar. Pelbagai media pengajaran perlu digabungkan

bertujuan untuk mengatasi masalah ini. Sehubungan dengan itu, projek ini

merupakan satu usaha untuk mereka bentuk perisian yang mengintegrasikan

multimedia dan web khususnya untuk pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan sebagai mata pelajaran elektif di sekolah.

Penggunaan laman web sebagai salah satu sumber untuk proses pengajaran

dan pembelajaran semakin mendapat pendedahan dan perhatian pendidik.

Perkembangan web yang semakin meluas membuatkan majoriti masyarakat

terutamanya pelajar menjadikan sumber ini sebagai sumber untuk mencari maklumat

ataupun bahan pembelajaran. Tidak dinafikan terdapat banyak laman-laman web

yang dibangunkan dengan pelbagai reka bentuk khusus untuk tujuan pembelajaran

dan pendidikan supaya pelajar-pelajar memperolehi pendedahan dan dapat

mempelbagaikan lagi kaedah pembelajaran mereka.

Namun begitu, tidak semua laman web yang terdapat di dalam internet

tersebut dapat memenuhi keperluan untuk sesuatu proses pengajaran dan

pembelajaran. Pelajar bukan setakat tidak dapat belajar atau sukar mencari maklumat

Page 30: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

11

malah pelajar akan berasa keliru kerana terpaksa berhadapan dengan masalah yang

terdapat di dalam web. Kadangkala masalah laman web yang tidak memenuhi

spesifikasi proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja mengelirukan malah

seterusnya akan mengganggu peringkat perlaksanaan pembelajaran pelajar sendiri.

Ditambah lagi dengan grafik laman web yang tidak direka bentuk dengan sempurna,

ini akan menyulitkan lagi pembelajaran pelajar dan pemahaman pelajar menjadi

kurang jelas. Hal ini adalah kerana reka bentuk juga merupakan salah satu unsur

penting dalam memudahkan lagi pemahaman pelajaran dalam sesuatu subjek.

Elemen-elemen multimedia yang terdapat dapat laman web seharusnya direka

bentuk sebaik mungkin agar fungsi-fungsinya dapat berfungsi dengan baik.

Pembelajaran menerusi integrasi multimedia dan web ini dapat dilaksanakan dengan

lebih kondusif dan efektif sekiranya pembinaannya dilakukan berdasarkan teknik dan

kaedah yang betul.

Kebaikan yang ditawarkan oleh integrasi multimedia dan laman web dapat

menghasilkan satu suasana pembelajaran yang lebih segar dan efektif. Pelajar bukan

sahaja dapat melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran malah dapat belajar

secara kendiri. Kesepaduan web di dalam teknologi multimedia sesuai digunakan

sebagai sumber topik ini kerana pelajar dapat mencapai contoh-contoh bagi topik ini

dengan lebih mudah dan realistik. Terdapat banyak contoh yang boleh didapati

dengan cepat hanya dengan terus melayari internet berbanding terpaksa mencarinya

di dalam buku-buku.

Oleh itu pembinaan dan penggunaan integrasi multimedia dan web

merupakan suatu kaedah yang sesuai yang dapat membantu guru mencapai objektif

pengajaran dan pembelajarannya dalam tajuk Lukisan Perspektif. Perisian integrasi

ini akan menjadi satu alternatif kepada guru bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran

dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Page 31: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

12

1.2.4 Aplikasi Teori Konstruktivisme dalam perisian integrasi multimedia dan

web

Menyedari kelemahan perisian yang dibangunkan pada masa kini, pengkaji

memilih pendekatan konstruktivisme sebagai satu pendekatan dalam perisian

integrasi multimedia dan web yang dibangunkan kerana teori ini memberi penekanan

kepada penglibatan pelajar secara aktif. Teori ini memberi penekanan kepada

tingkahlaku pelajar (hands-on) serta menekankan aktiviti mental (minds-on) pelajar.

Mengikut pandangan teori konstruktivisme, pelajar telah mempunyai idea tersendiri

mengenai kejadian suatu fenomena sebelum memasuki bilik darjah.

Pembelajaran berasaskan komputer yang berlandaskan teori konstruktivisme

menekankan kepada pembangunan suatu perisian yang mempunyai perspektif yang

pelbagai (multiple perspectives) seperti penggunaan alat kolaborasi dan komunikasi

dan juga akses kepada data bagi membolehkan pelajar belajar dari pelbagai

perspektif. Pembelajaran juga berpusatkan pelajar mengaplikasikan sepenuhnya

keupayaan pelajar untuk bebas memilih tajuk yang ingin dipelajari, menjana

persoalan sendiri serta merancang pembelajaran masing-masing. Menurut

Baharuddin (2002), teori konstruktivisme menggalakkan strategi penemuan dalam

perisian yang dibangunkan. Pelajar harus diberikan aktiviti yang membolehkan

pelajar menemui sendiri prinsip pelajaran. Guru pula tidak seharusnya membantu

dengan memberi prinsip kepada pelajar bagi membantu proses pengajaran supaya

lebih berkesan. Dalam konteks ini, pelajar dibantu untuk membuat generalisasi dan

memindahkan pembelajaran kepada situasi lain dengan menggunakan konsep yang

sama.

Pembangun berpendapat bahawa teori pembelajaran konstruktivisme sesuai

dipraktikkan di dalam penghasilan laman web ini kerana teori ini memberi

penekanan kepada kegiatan pelajar. Teori ini juga kurang memberi penekanan

Page 32: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

13

kepada tingkahlaku pelajar tetapi lebih menekankan aktiviti mental pelajar. Mengikut

pandangan teori konstruktivisme, pelajar telah mempunyai idea tersendiri mengenai

kejadian sesuatu fenomena sebelum memasuki bilik darjah. Melalui laman web yang

dihasilkan ini, pembelajaran kendiri akan dapat dibentuk di mana pelajar akan belajar

dengan sendirinya yang melibatkan interaksi antara pelajar dengan komputer.

1.3 Pernyataan Masalah

Pemerhatian dan kesedaran terhadap peri pentingnya kesan, implikasi dan

cabaran penggunaan teknologi dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan kepada

generasi muda, khususnya pelajar, ditambah pula dengan kekurangan pendedahan

penggunaan perisian dan web di dalam kelas Lukisan Kejuruteraan. Maka projek

pembangunan ini diharap dapat membantu dalam memperkasakan penggunaan

aplikasi laman web multimedia pada masa kini.

Perisian integrasi multimedia interaktif berasaskan web boleh bertindak

sebagai pembimbing dalam proses pembelajaran. Pakej perisian kursus multimedia

interaktif boleh digunakan dalam bentuk cakera padat, sistem rangkaian internet dan

cakera keras. Perisian integrasi multimedia dan web ini juga diharap akan dapat

menjadi media pengajaran yang boleh digunakan oleh semua sekolah di Malaysia

pada waktu pembelajaran yang anjal.

Page 33: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

14

1.4 Rasional Pembangunan Perisian

Perubahan sistem pendidikan yang fleksibel telah memberi peluang kepada

pelajar-pelajar untuk memilih bidang yang bersesuaian diminati dengan minat

mereka. Perkara ini terbukti apabila pelajaran Lukisan Kejuruteraan telah pun

dikembangkan di sekolah sekolah akademik harian biasa berbanding dengan

sebenarnya apabila mata pelajaran dulu hanya tertumpu di sekolah-sekolah aliran

teknik sahaja.

Sehubungan dengan itu, perisian integrasi multimedia dan web amat

diperlukan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih

menarik. Proses pengajaran dan pembelajaran ini juga lebih fleksibel dan mampu

berinteraksi mengikut kehendak pengguna serta kesesuaian tahap pembelajaran

dibandingkan dengan penggunaan alat bantu mengajar yang sedia ada. Selain itu,

proses pengajaran dan pembelajaran ini dapat membantu guru dan juga pelajar

memahami setiap konsep dengan cepat dan tepat. Proses pengajaran guru juga akan

menjadi lebih mudah dan berkesan.

1.5 Objektif Reka Bentuk dan Pembangunan Perisian

Berdasarkan penyataan masalah yang telah dibincangkan, pembangun telah

menggariskan dua objektif utama untuk dicapai menerusi pembangunan perisian

integrasi ini. Objektif-objektif rekabentuk dan pembangunan perisian integrasi ini

adalah seperti berikut:

1.5.1 Menghasilkan sebuah perisian pembelajaran laman web yang diintegrasikan

dengan Multimedia mengenai satu topik kecil “Lukisan Perspektif” mengikut

Sukatan Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Tingkatan Lima yang dapat

Page 34: PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... · PEMBANGUNAN APLIKASI WEB DAN MULTIMEDIA BERDASARKAN TEORI ... 2.6 Perisian Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal

15

menggabungkan pelbagai media seperti audio, imej, animasi grafik dan

sumber maklumat dengan tujuan meningkatkan keberkesanan proses

pembelajaran dan pengajaran para pendidik dan pelajar.

1.5.2 Menambah bilangan dan kualiti perisian pembelajaran berasaskan laman web

versi tempatan khasnya dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan serta

boleh dijadikan sebagai panduan kepada pembinaan perisian-perisian

pembelajaran yang lain.

1.6 Tujuan Pembangunan Laman Web

Pembinaan perisian integrasi multimedia dan web ini mempunyai beberapa

tujuan dan matlamat yang hendak dicapai. Antara tujuan perisian integrasi ini

dibangunkan adalah seperti berikut:

(a) Membolehkan pelajar-pelajar belajar secara sendiri tanpa kehadiran

guru.

(b) Memberikan keselesaan dan menarik minat pelajar untuk terus belajar

bagi menghasilkan pembelajaran berkesan.

(c) Membantu pelajar-pelajar dalam memahami bahagian-bahagian

abstrak dengan melihat simulasi yang disediakan.

(d) Memudahkan pelajar-pelajar membuat ulangkaji pelajaran, membuat

latihan pengukuhan dan mendapatkan maklumat tambahan melalui

pautan yang disediakan di dalam perisian tersebut.

(e) Membolehkan pelajar berinteraksi dan bertanya secara terus kepada

guru melalui kemudahan forum internet yang disediakan.

(f) Menyediakan ruang kepada pelajar-pelajar untuk berkongsi maklumat

dengan pelajar dari sekolah-sekolah lain melalui rangkaian yang

disediakan di dalam perisian integrasi tersebut.