16
PEMBELAJARAN TEKNIK MNEMONIK TERHADAP SIKAP DAN PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM MATAPELAJARAN SAINS TINGKATAN 2: PENCERNAAN NUR FAZIRAH RAHIM & SITI NUR DIYANA MAHMUD Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak: Pembelajaran Teknik Mnemonik dalam pengajaran dapat menjadikan pelajar lebih bersikap positif mengenai tajuk yang dipelajari dan dapat meningkatkan pencapaian akademik dalam matapelajaran Sains Tingkatan 2 dalam Pencernaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana teknik pembelajaran Mnemonik dapat meningkatkan pencapaian akademik dalam matapelajaran Sains tingkatan 2 iaitu dalam topik Pencernaan dan mengetahui sikap pelajar terhadap penggunaan Kata kunci Mnemonik ini. Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik yang telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya untuk mengetahui sikap pelajar. Selain itu, ujian pra dan ujian post dijalankan untuk mengetahui pencapaian akademik pelajar. Responden kajian terdiri daripada sejumlah 60 orang pelajar tingkatan 2 sebuah sekolah di Selangor. Analisis deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk menguji persoalan kajian menggunakan perisian SPSS versi 22. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengajaran Teknik Mnemonik dengan sikap dan pencapaian akademik pelajar dalam matapelajaran Sains Tingkatan 2 dalam topik Pencernaan. Oleh sebab itu, dapatan kajian ini akan membantu guru-guru untuk memilih kaedah pembelajaran yang sesuai agar pencapaian akademik dapat ditingkatkan. Selain itu, dapatan kajian ini juga memberikan gambaran tentang sikap pelajar ke atas kaedah pembelajaran yang di gunakan iaitu Teknik Mnemonik dalam pengajaran. Justeru itu, sekaligus membuktikan bahawa dengan menggunakan Teknik Mnemonik dalam pembelajaran dapat membantu pelajar bersikap positif terhadap topik Pencernaan dan juga dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Kesimpulannya, pembelajaran yang menggunakan Teknik Mnemonik dalam pengajaran dapat menjadikan pelajar lebih bersikap positif mengenai tajuk yang dipelajari dan dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam matapelajaran Sains iaitu dalam topik Pencernaan. Kata kunci: Teknik Mnemonik, Sikap, Pencapaian Akademik, Pengajaran, Kaedah Pembelajaran PENGENALAN Penggunaan kata kunci Mnemonik dalam pembelajaran adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Mnemonik adalah salah satu kaedah yang dapat membantu pelajar agar dapat mengingat dengan lebih cepat dan ingatan yang ada akan kekal dengan lebih lama. Oleh sebab itu, sikap pelajar akan lebih positif jika kaedah yang digunakan adalah banyak membantu mereka meningkatkan pencapaian dalam matapelajaran Sains terutamanya dalam tajuk Pencernaan. Menurut Tavakoli and Gerami (2013), penggunaan kata kunci mnemonik dapat membantu pelajar untuk mengingat dengan lebih lama berbanding dengan kaedah gambaran. Sekaligus, kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang sangat sesuai bagi pelajar dalam sesebuah sekolah untuk diaplikasi. Apabila sesuatu konsep dapat diingati dengan baik, secara tidak langsung ia akan membantu dalam mengingati sesuatu istilah atau konsep yang penting dapat diingat dalam tempoh masa yang lebih panjang. Kaedah penggunaan kata kunci Mnemonik dapat membantu pelajar dalam mengingati sesuatu fakta dengan betul dan teratur sekaligus dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik yang diajar. Menurut Taheri & Davoudi (2016), kaedah kata kunci mnemonik menunjukkan pencapaian yang baik berbanding dengan kumpulan kawalan yang menggunakan Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018 Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

PEMBELAJARAN TEKNIK MNEMONIK TERHADAP SIKAP DAN … · Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik ... sensori, kerencatan mental ... mengingat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEMBELAJARAN TEKNIK MNEMONIK TERHADAP SIKAP DAN … · Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik ... sensori, kerencatan mental ... mengingat

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

43 | MEDC 2018

PEMBELAJARAN TEKNIK MNEMONIK TERHADAP SIKAP DAN PENCAPAIAN

AKADEMIK DALAM MATAPELAJARAN SAINS TINGKATAN 2: PENCERNAAN

NUR FAZIRAH RAHIM & SITI NUR DIYANA MAHMUD

Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak: Pembelajaran Teknik Mnemonik dalam pengajaran dapat menjadikan pelajar lebih bersikap

positif mengenai tajuk yang dipelajari dan dapat meningkatkan pencapaian akademik dalam

matapelajaran Sains Tingkatan 2 dalam Pencernaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana

teknik pembelajaran Mnemonik dapat meningkatkan pencapaian akademik dalam matapelajaran Sains

tingkatan 2 iaitu dalam topik Pencernaan dan mengetahui sikap pelajar terhadap penggunaan Kata kunci

Mnemonik ini. Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik

yang telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya untuk mengetahui sikap pelajar. Selain itu, ujian pra

dan ujian post dijalankan untuk mengetahui pencapaian akademik pelajar. Responden kajian terdiri

daripada sejumlah 60 orang pelajar tingkatan 2 sebuah sekolah di Selangor. Analisis deskriptif dan

inferensi telah digunakan untuk menguji persoalan kajian menggunakan perisian SPSS versi 22. Dapatan

kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengajaran Teknik Mnemonik

dengan sikap dan pencapaian akademik pelajar dalam matapelajaran Sains Tingkatan 2 dalam topik

Pencernaan. Oleh sebab itu, dapatan kajian ini akan membantu guru-guru untuk memilih kaedah

pembelajaran yang sesuai agar pencapaian akademik dapat ditingkatkan. Selain itu, dapatan kajian ini

juga memberikan gambaran tentang sikap pelajar ke atas kaedah pembelajaran yang di gunakan iaitu

Teknik Mnemonik dalam pengajaran. Justeru itu, sekaligus membuktikan bahawa dengan menggunakan

Teknik Mnemonik dalam pembelajaran dapat membantu pelajar bersikap positif terhadap topik

Pencernaan dan juga dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Kesimpulannya, pembelajaran

yang menggunakan Teknik Mnemonik dalam pengajaran dapat menjadikan pelajar lebih bersikap positif

mengenai tajuk yang dipelajari dan dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam

matapelajaran Sains iaitu dalam topik Pencernaan.

Kata kunci: Teknik Mnemonik, Sikap, Pencapaian Akademik, Pengajaran, Kaedah Pembelajaran

PENGENALAN

Penggunaan kata kunci Mnemonik dalam pembelajaran adalah salah satu kaedah yang

digunakan untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Mnemonik adalah salah satu kaedah yang

dapat membantu pelajar agar dapat mengingat dengan lebih cepat dan ingatan yang ada akan

kekal dengan lebih lama. Oleh sebab itu, sikap pelajar akan lebih positif jika kaedah yang

digunakan adalah banyak membantu mereka meningkatkan pencapaian dalam matapelajaran

Sains terutamanya dalam tajuk Pencernaan. Menurut Tavakoli and Gerami (2013), penggunaan

kata kunci mnemonik dapat membantu pelajar untuk mengingat dengan lebih lama berbanding

dengan kaedah gambaran. Sekaligus, kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang sangat

sesuai bagi pelajar dalam sesebuah sekolah untuk diaplikasi. Apabila sesuatu konsep dapat

diingati dengan baik, secara tidak langsung ia akan membantu dalam mengingati sesuatu istilah

atau konsep yang penting dapat diingat dalam tempoh masa yang lebih panjang.

Kaedah penggunaan kata kunci Mnemonik dapat membantu pelajar dalam mengingati

sesuatu fakta dengan betul dan teratur sekaligus dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam

topik yang diajar. Menurut Taheri & Davoudi (2016), kaedah kata kunci mnemonik

menunjukkan pencapaian yang baik berbanding dengan kumpulan kawalan yang menggunakan

Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018

Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah

eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

Page 2: PEMBELAJARAN TEKNIK MNEMONIK TERHADAP SIKAP DAN … · Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik ... sensori, kerencatan mental ... mengingat

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

44 | MEDC 2018

kaedah konvensional. Oleh itu, kaedah Mnemonik dalam pembelajaran ingin dikaji samada

dapat membantu pelajar dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam pelajaran ataupun tidak

dan sikap pelajar tersebut terhadapa penggunaan kata kunci Mnemonik ini.

Selain dapat membantu pelajar untuk mudah mengingati sesuatu fakta, kaedah ini juga dapat

membantu untuk mengingati sesuatu fakta dengan lebih lama. Istilah dan urutan sains dapat

diimbas dengan mudah. Oleh sebab itu, sikap pelajar akan lebih positif kerana pencapaian

mereka adalah lebih baik. Keputusan yang diperoleh dalam kajian Siriganjanavong (2013)

mendapati bahawa MKM adalah kaedah yang terbaik untuk imbasan memori bagi jangka masa

panjang dan jangka masa pendek.

Teknik Mnemonik adalah satu kaedah pembelajaran yang digunakan untuk membantu

pelajar-pelajar dalam pembelajaran. Teknik ini dapat membantu pelajar untuk mengingat

dengan lebih cepat dan memori pelajar akan bertahan dengan lebih lama berbanding dengan

teknik-teknik pembelajaran yang lain. Selain itu, teknik Mnemonik merupakan satu kaedah

yang berkesan kepada pelajar-pelajar yang lemah. Menurut Therrian, Hughes & Hard (2011),

kaedah pembelajaran yang menggunakan teknik Mnemonik dapat membantu dalam mengingati

istilah Sains dengan cepat. Proses mengingat dengan cepat dan boleh bertahan untuk jangka

masa yang lama dapat membantu dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Donald (2011)

pencapaian yang baik sekaligus dapat memupuk sikap yang positif dikalangan pelajar dalam

kajian Antin&Kiflee (2018).

Kaedah pembelajaran adalah berbeza bagi untuk menyampaikan ilmu pengetahuan,

mempupuk kerohanian, membentuk sikap dan juga untuk memperoleh pencapaian akademik

yang baik. Kesemua penerimaan pelajar adalah bergantung kepada tahap pencapaian pelajar

tersebut. Akan tetapi, pelajar dalam golongan yang mempunyai masalah untuk menerima

pelajaran adalah memerlukan kaedah yang sangat bertepatan dan mudah untuk mereka terima.

Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah

sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi. Secara keseluruhannya, pelajar bermasalah

pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah

pemahaman, pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk

masalah pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan,

pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku. Oleh sebab itu, salah satu teknik atau strategi

diperlukan untuk membantu pelajar-pelajar yang sederhana dan juga bermasalah. Menurut

Therrian (2011), penggunaan teknik Mnemonik dalam pembelajaran dapat membantu pelajar

yang lemah dan bermasalah. Zarei & Salimi (2012) menggunakan tiga kaedah pembelajaran

iaitu kaedah gambar, kaedah kata kunci dan juga kaedah nyanyian. Antara ketiga-tiga kajian ini,

yang paling berkesan dalam pengajaran adalah kaedah gambaran. Seterusnya adalah kaedah

kata kunci dan yang terakhir adalah kaedah nyanyian.

KEPENTINGAN KAJIAN DAN SUMBANGAN UTAMA KAJIAN

Sains adalah satu matapelajaran yang banyak menggunakan konsep, istilah dan urutan untuk

diingati. Pencernaan adalah salah satu topik yang memerlukan pelajar untuk menguasai

kesemuanya. Akan tetapi, tidak semua pelajar dapat menguasai dengan cepat dan tepat. Pelajar

dengan masalah pembelajaran sering mendapati sukar untuk mengingati konsep Sains (Therrien

et al, 2011). Pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran ini biasanya akan mendapat

markah yang jauh lebih rendah dari rakan yang dapat menguasai dengan mudah dan cepat

(Mastropieri, Emerick & Scruggs, 1988).

Pada kebiasaannya, strategi pengajaran utama yang digunakan dalam bilik darjah

pendidikan umum adalah secara konvensional dimana penggunaan yang biasanya dipakai

termasuk buku teks dan penerangan oleh guru sahaja. Pelajar dengan masalah pembelajaran dan

yang sukar untuk menerima istilah dalam Sains biasanya memerlukan usaha yang lebih untuk

memahami konsep apabila hanya pengajaran secara konvensional diajar di dalam bilik darjah

(Taylor et. Al, 2014). Kaedah pengajaran yang paling sesuai sangat berkesan dalam membantu

pelajar dengan masalah pembelajaran adalah teknik mnemonik sekaligus untuk mengekalkan

dan mengingati fakta sains (Brigham et al., 2011)

Page 3: PEMBELAJARAN TEKNIK MNEMONIK TERHADAP SIKAP DAN … · Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik ... sensori, kerencatan mental ... mengingat

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

45 | MEDC 2018

Dapatan kajian in akan dapat mengenalpasti samada penggunaan teknik Mnemonik

dalam pembelajaran dapat membantu pelajar untuk mendapat pencapaian yang baik. Selain itu,

untuk mengetahui sikap bagi kaedah pembelajaran yang digunakan di dalam setiap kumpulan

iaitu bagi kumpulan kawalan menggunakan kaedah konvensional manakala kumpulan rawatan

menggunakan kaedah teknik Mnemonik. Keputusan bagi kajian ini juga akan membantu guru

untuk memilih kaedah pembelajaran yang sesuai sekaligus mencapai objektif pembelajaran dan

dapat membantu pelajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dengan mudah dan cepat. Sikap

yang ditunjukkan oleh pelajar merupakan gambaran kepada kaedaha yang digunakan oleh guru

didalam kelas.

MASALAH UTAMA KAJIAN, OBJEKTIF KAJIAN, KONTEK DAN UNIT ANALISIS

KAJIAN

Masalah utama kajian adalah berkenaan dengan bahasa yang sesuai untuk digunakan kepada

pelajar sepanjang kajian ini dijalankan kerana terdapat masalah bahasa di kalangan pelajar.

Masalah utama di dalam kelas adalah bahasa yang digunakan oleh guru untuk pemahaman

murid (Nikmah, 2014). Bahasa yang dipilih oleh pihak sekolah dalam mengajar matapelajaran

Sains adalah Bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris, akan tetapi latar belakang mereka

adalah dari sekolah rendah jenis kebangsaan dimana Bahasa Cina digunakan sebagai bahasa

pengantar.

Pihak sekolah dan guru mempunyai peranan dalam membantu pelajar menyelesaikan

masalah akademik yang dihadapi. Oleh sebab itu, pelbagai langkah dan kaedah yang sesuai

dijalankan supaya pelajar memperoleh kecemerlangan dari segi akademik. Kecemerlangan

dalam akademik dapat membantu pelajar mendapat pencapaian yang membanggakan dan

sekaligus sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sains akan lebih positif.

Sungguhpun begitu, semuanya akan bermula dari diri pelajar. Selain itu, peranan guru

dalam kelas juga akan dapat membantu pelajar memperoleh kefahaman yang sepatutnya dengan

sokongan daripada pengetua dan pentadbir-pentadbir yang lain. Sokongan pengetua berdasarkan

kepada empat atribut iaitu membimbing dan menyokong, berkongsi kuasa dan autoriti, amalan

keluasan pembuatan keputusan dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah ditetapkan

(Sujirah&Zuraidah,2017). Oleh sebab itu, kerjasama semua pihak adalah sangat penting dalam

meningkatkan pencapaian dan sikap pelajar terhadap sesuatu pelajaran.

TINJAUAN LITERATUR

Kaedah kata kunci Mnemonik dapat membantu pelajar untuk mengingat dalam jangka masa

yang lebih lama berbanding dengan kaedah gambaran. Kesan kepada dua jenis non-verbal

mnemonik adalah menghampiri kaedah kata kunci dan kaedah gambaran bagi L2 pembelajaran

bahasa dan imbasan memori telah dikaji oleh Tavakoli and Gerami (2013). Keputusan yang

diperoleh menunjukkan bahawa kaedah kata kunci meletakkan target bahasa L2 dapat

membantu pelajar untuk mengingat dengan lebih lama berbanding dengan kaedah gambaran.

Kaedah kata kunci dapat membantu pelajar untuk mengingat dengan lebih baik

berbanding dengan kaedah konvensional iaitu kaedah pengajaran yang biasa di ajar dalam kelas.

Tujuan kajian oleh Davoudi& Yousefi (2016) adalah untuk mengkaji kesan kaedah kata kunci

sebagai salah satu strategi mnemonic terhadap mengingati perkataan dikalangan pelajar senior

Iran EFL. Analisis data diperoleh menggunakan ‘paired-samples t-test’ dan ‘independent

samples t-test’. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah kata kunci lebih

membantu untuk mengingat dengan lebih baik berbanding dengan kaedah pengajaran biasa. Hal

ini dapat dibuktikan dengan menggunakan ujian post-test. Secara keseluruhannya, kajian ini

mendapati bahawa kata kunci dapat membantu dalam mengingati sekaligus dapat

mengurangkan masalah pembelajaran dikalangan pelajar L2.

Zarei dan Salimi (2012) mengkaji kesan tiga kaedah pensembahan perkataan iaitu gambar,

nyanyian dan juga penggunaan kaedah kata kunci. Mereka telag melakukan pre-test terhadap

Page 4: PEMBELAJARAN TEKNIK MNEMONIK TERHADAP SIKAP DAN … · Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik ... sensori, kerencatan mental ... mengingat

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

46 | MEDC 2018

102 pelajar pertengahan dari Iran. Keputusan yang diperoleh menyatakan bahawa kaedah

menggunakan gambar adalah paling efektif, diikuti oleh kaedah kata kunci dan seterusnya

adalah menggunakan nyanyian. Selain itu, kesan penggunaan kaedah kata kunci terhadap 24

pelajar Turki di Perancis yang mempelajari bahasa asing tahap tiga iaitu pembelajaran perkataan

L2 , mengingat dan persepsi terhadap kaedah ini telah dikaji oleh Köksal (2013b). Dapatan

kajian menunjukkan bahawa kaedah kata kunci dapat meningkatkan pengingatan perkataan.

Zheng Wei (2014) telah mengkaji tentang keberkesanan teknik menggunakan patah

perkataan berbanding kaedah kata kunci dan juga pembelajaran sendiri. Keputusan

menunjukkan bahawa kata kunci lebih efektif berbanding dengan teknik patah perkataan dan

juga pembelajaran sendiri. Taheri & Davoudi (2016) pula mengkaji tentang kesan penggunaan

kaedah kata kunci dalam pengajaran bahasa bagi pembelajaran dan proses mengingat bahasa

dalam jangka masa yang panjang dalam kelas EFL normal. Data dan keputusan yang diperoleh

dikira dengan menggunakan t-tests. Keputusan yang diperoleh mendapati bahawa kumpulan

eksperimen yang menggunakan kaedah kata kunci mnemonik menunjukkan pencapaian yang

baik berbanding dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah konvensional.

Tujuan kajian bagi Siriganjanavong (2013) adalah untuk memperkenalkan kaedah yang

dipanggil kata kunci mnemonic (MKM) untuk pelajar yang berprestasi rendah bagi

matapelajaran bahasa Inggeris. Selain itu, mengkaji keberkesanan kaedah ini untuk mengingat

bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Keputusan yang diperoleh mendapati

bahawa MKM adalah kaedah yang terbaik untuk imbasan memori bagi jangka masa panjang

dan jangka masa pendek.Objektif kajian bagi Campos & Camino (2011) adalah untuk menilai

sejauh mana gambaran imej mempengaruhi kadar dengan cepat dan juga dapat mengingat dalam

jangka masa yang panjang iaitu dalam sehari dengan menggunakan kaedah mengulang atau

kaedah kata kunci mnemonik. Walaubagaimanapun, tidak banyak perbezaan bilangan perkataan

yang boleh diingati dalam tempoh seharian.

METODOLOGI

Persampelan

Sampel kajian yang dipilih secara tak rawak adalah dari 60 orang pelajar yang terdiri dari

sebuah sekolah. Sampel dipilih dari dua kelas dari sebuah sekolah iaitu pelajar dari tingkatan 2.

Pelajar yang terpilih ini mempunyai tahap memperoleh pengetahuan yang sama. Sampel ini

akan dijadikan kumpulan eksperimen yang akan diajar menggunakan dua kaedah iatu

menggunakan pengajaran konvensional dan juga pengajaran menggunakan kaedah kata kunci

mnemonik. Manakala, kumpulan kawalan hanya diajar kaedah konvensional.

Populasi

Populasi kajian terdiri daripada pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras

Perdana. Pemilihan sampel kajian daripada sekolah ini adalah kerana sekolah ini merupakan

salah satu sekolah yang menduduki tangga bawah dalam senarai PPD Hulu Langat. Antara lain,

sekolah ini merupakan sekolah yang agak rendah pencapaian akademik. Sehubungan itu, adalah

penting untuk pelajar yang bermasalah untuk memperoleh pencapaian yang lebih baik sekaligus

dapat meningkatkan prestasi sekolah.

Responden

Responden yang dipilih adalah pelajar daripada SMK Cheras Perdana iaitu berjumlah 60 orang.

60 orang responden yang dipilih adalah terdiri daripada dua kelas. Satu kelas mewakili

kumpulan kawalan yang berjumlah 30 orang manakala satu lagi kelas mewakili kumpulan

eksperimen seramai 30 orang

Page 5: PEMBELAJARAN TEKNIK MNEMONIK TERHADAP SIKAP DAN … · Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik ... sensori, kerencatan mental ... mengingat

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

47 | MEDC 2018

Pengumpulan data

Bagi memperoleh data kajian, satu set soal selidik telah dibangunkan sebagai instrumen kajian

yang diadaptasi daripada kajian Kamisah&Suryawati (2018). Borang soal selidik ini terbahagi

kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah demografi yang

merangkumi latar belakang responden. Bahagian B pula merangkumi 16 item

keselururuhannya. Bahagian B ini dinilai berdasarkan skala Likert lima mata bermula dari skala

1 (Sangat Tidak Setuju), skala 2 (Tidak Setuju), skala 3 (Agak Setuju), skala 4 (Setuju), dan

skala 5 (Sangat Setuju) (Kamisah&Suryawati, 2018)

Borang soal selidik yang telah diedarkan secara bersemuka kepada responden.

Pengedaran borang soal selidik secara bersemuka adalah lebih mudah untuk ditadbir, di mana

ianya dapat menjimatkan masa dan kos kajian di samping dapat ditujukan kepada kumpulan

sasaran dengan tepat. Selain itu, kaedah sebegini juga dapat memudahkan pengkaji

mengumpulkan borang soal selidik ini dan juga responden kajian untuk memberikan

maklumbalas.

Analisis data

Analisis data kajian dilakukan menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social

Sciences (SPSS) versi 22.0. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis data yang

diperoleh daripada soal selidik. Soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A

dan Bahagian B. Bagi ujian pre-test dan post-test, data yang diperoleh adalah berbentuk skor.

Oleh sebab itu, t-test digunakan untuk menganalisis data bagi ujian pre test dan post test. T-test

merupakan ujian statistik inferensi yang digunakan untuk membandingkan dua kumpulan.

Selain itu, saiz sampel kajian adalah lebih seramai 60 orang. Seterusnya, kajian ini dijalankan

kerana bagi menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara dua kumpulan

data. Paired-samples t-test digunakan kerana pre-test dan post-test. Paired-samples t-test

seterusnya untuk menentukan samada terdapat perbezaan antara min-min dua set data yang

diperoleh semasa pre-test dan post-test. Interpretasi skor min adalah seperti jadual di bawah:

Interpretasi skor min

Skor Min Interpretasi Skor Min

1.00 - 1.89 Sangat Rendah

1.90 – 2.69 Rendah

2.70 – 3.49 Sederhana

3.50 - 4.29 Tinggi

4.30 - 5.00 Sangat Tinggi

Sumber: Zaihan & Hilmun (2016)

Soalan kajian berikut adalah digunakan untuk menganalisis data bagi mengetahui hubungan

antara pembolehubah yang digunakan didalam kajian ini.

S1 Adakah terdapat keberkesanan kaedah pembelajaran teknik Mnemonik terhadap

pencapaian pelajar?

S2 Apakah hubungan antara sikap dan pencapaian pelajar?

Statistik inferensi pula digunakan untuk menjawab soalan-soalan kajian adalah Korelasi Pearson

pada aras signifikan 0.05. Tahap kekuatan hubungan antara pembolehubah terlibat ditentukan

berdasarkan skala yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Untuk memudahkan melakukan interpretasi

mengenai kekuatan hubungan antara dua variabel penulis memberikan kriteria sebagai berikut

(Sarwono, 2006)

Julat Tahap Korelasi

0 Tidak ada korelasi

0.00 - 0.25 Korelasi sangat lemah

Page 6: PEMBELAJARAN TEKNIK MNEMONIK TERHADAP SIKAP DAN … · Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik ... sensori, kerencatan mental ... mengingat

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

48 | MEDC 2018

0.25 - 0.50 Korelasi sederhana

0.50 - 0.75 Korelasi kuat

0.75 - 0.99 Korelasi sangat kuat

1 Korelasi sempurna

KERANGKA KONSEP

Kerangka konseptual kajian ditunjukkan seperti dalam Rajah 1

Pre Test

Post

test

Test

SOAL

SELIDIK

Page 7: PEMBELAJARAN TEKNIK MNEMONIK TERHADAP SIKAP DAN … · Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik ... sensori, kerencatan mental ... mengingat

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

49 | MEDC 2018

DAPATAN KAJIAN

Statistik Deskriptif

Data yang diperoleh telah diuji terlebih dahulu tahap kenormalannya menggunakan ujian

normaliti Kolmogorov-Smirnov. Hasil analisis mendapati data yang dikutip adalah bertabur

secara normal. Seterusnya ujian deskriptif telah dijalankan untuk mengenal pasti taburan

demografi responden sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

JADUAL 1:

Taburan demografi responden.

JADUAL 2: Analisis soal selidik sikap pelajar terhadap penggunaan Teknik Mnemonik

N Minimum Maximum Mean Std. Deviation

Saya berasa seronok kerana dapat belajar

teknik Mnemonik 30 2 5 4.03 .765

Saya berasa teruja untuk belajar teknik

Mnemonik 30 2 5 3.63 .890

Saya berasa sangat malas untuk belajar

teknik Mnemonik 30 1 4 2.00 .910

Saya berasa malu dan rendah diri untuk

belaja teknik Mnemonik 30 1 4 2.03 .850

Saya berasa lebih senang untuk belajar

menggunakan teknik Mnemonik 30 1 5 3.97 1.033

Saya rasa tertekan apabila belajar teknik

Mnemonik 30 1 5 2.17 1.147

Saya suka membantu kawan dalam

kumpulan menggunakan teknik

Mnemonik

30 1 5 3.13 1.008

Saya lebih suka pembelajaran yang

menggunakan 'chalk and talk'

secara bersendirian

30 1 5 2.27 1.230

Saya berasa mudah memahami topik

Pencernaan apabila pembelajaran

Mnemonik dijalankan apabila

mendapat bantuan dari kawan-

kawan

30 2 5 3.70 .750

Saya membantu memberikan idea semasa

teknik Mnemonik di dalam kelas 30 2 5 3.17 .699

Saya akan menggunakan kaedah

Mnemonik untuk belajar 30 1 5 3.77 1.104

Saya lebih suka melakukan pembelajaran

sendiri tanpa mengunakan kaedah

Mnemonik

30 1 5 2.83 1.234

Saya lebih mendengar arahan guru 30 1 5 3.70 .915

Saya lebih berdisiplin untuk belajar

menggunakan teknik Mnemonik 30 1 5 3.77 1.040

Saya berasa lebih terurus jika kaedah

Mnemonik digunakan 30 2 5 3.57 .817

Saya lebih suka menggunakan kaedah

Mnemonik dengan teliti 30 2 5 3.97 .928

Valid N (listwise) 30

Kod Profil Responden Frekuensi

(N = 74)

Peratus (%)

Jantina Lelaki 10 33.3

Perempuan 20 66.7

Pencapaian

Sains

Lulus 13 43.3

Gagal 17 56.7

Page 8: PEMBELAJARAN TEKNIK MNEMONIK TERHADAP SIKAP DAN … · Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik ... sensori, kerencatan mental ... mengingat

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

50 | MEDC 2018

Berdasarkan kepada taburan skor min item bagi analisis soal selidik sikap pelajar terhadap

penggunaan Teknik Mnemonik, didapati 11 daripada 16 item mempunyai skor min tinggi

adalah item berkaitan dengan pengajaran menggunakan Mnemonik. Saya berasa seronok kerana

dapat belajar teknik Mnemonik (skor min = 4.03). Manakala, saya berasa teruja untuk belajar

teknik Mnemonik (skor min = 3.63) dan saya berasa sangat malas untuk belajar teknik

Mnemonik (skor min = 2.00). Saya berasa malu dan rendah diri untuk belajar teknik Mnemonik

(skor min = 2.03), saya berasa lebih senang untuk belajar menggunakan teknik Mnemonik (skor

min = 3.97) san saya rasa tertekan apabila belajar teknik Mnemonik (skor min = 2.17).

Kemudian, saya suka membantu kawan dalam kumpulan menggunakan teknik Mnemonik (skor

min = 3.13) dan saya lebih suka pembelajaran yang menggunakan 'chalk and talk' secara

bersendirian (skor min = 2.27). Seterusnya, saya berasa mudah memahami topik Pencernaan

apabila pembelajaran Mnemonik dijalankan apabila mendapat bantuan dari kawan-kawan (skor

min = 3.70), saya membantu memberikan idea semasa teknik Mnemonik di dalam kelas (skor

min = 3.17) dan saya akan menggunakan kaedah Mnemonik untuk belajar (skor min = 3.77).

Saya lebih suka melakukan pembelajaran sendiri tanpa mengunakan kaedah Mnemonik (skor

min = 2.83) dan saya lebih mendengar arahan guru (skor min = 3.70). Saya lebih berdisiplin

untuk belajar menggunakan teknik Mnemonik (skor min = 3.77), saya berasa lebih terurus jika

kaedah Mnemonik digunakan (skor min = 3.57) dan seterusnya saya lebih suka menggunakan

kaedah Mnemonik dengan teliti (skor min = 3.97). Hasil analisis ini menunjukkan bahawa

pelajar-pelajar boleh menerima dengan baik penggunaan teknik Mnemonik dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Pelajar-pelajar juga menunjukkan sikap yang positif terhadap mata pelajaran Sains iaitu

menunjukkan minat untuk belajar mata pelajaran Sains. Secara keseluruhan skor min tahap

penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknik Mnemonik dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Sains ialah 1.23. Menurut Widyawati (2014), pelajar yang diajar dengan

Mnemonik menunjukkan sikap yang positif terhadap pengajaran.

Ujian Hipotesis – Statistik Inferensi

S1: Adakah terdapat keberkesanan kaedah pembelajaran teknik Mnemonik terhadap pencapaian

pelajar?

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan ujian-t pencapaian pelajar antara kumpulan

kawalan dan rawatan dalam ujian pra.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan ujian-t pencapaian pelajar antara kumpulan

kawalan dan rawatan dalam ujian post.

Ujian statistik inferensi telah digunakan bagi menjawab persoalan pertama. Hipotesis

nul ini bertujuan untuk melihat sama ada wujud atau tidak perbezaan yang signifikan ujian-t

pencapaian pelajar antara kumpulan kawalan dan rawatan dalam ujian Pra. Jadual 3 (a) dan (b)

menunjukkan keputusan ujian-t (29) = -1.472 dan p = .152 > 0.05. Min kumpulan kawalan ialah

32.0667, manakala min kumpulan rawatan pula ialah 37.5333 di mana perbezaan min ialah

5.4666. Oleh itu tidak terdapat perbezaan yang signifikan ujian-t pencapaian pelajar antara

kumpulan kawalan dan rawatan dalam ujian pra. Justeru, hipotesis nol diterima dan hipotesis

alternatif ditolak.

JADUAL 3:

Ujian-t menentukan perbezaan min pencapaian pelajar dalam kumpulan kawalan dan rawatan

dalam ujian Pra. a)

Mean N Std. Deviation Std. Error Mean

PREKAWALAN 32.0667 30 12.92134 2.35910

PRERAWATAN 37.5333 30 15.37067 2.80629

Page 9: PEMBELAJARAN TEKNIK MNEMONIK TERHADAP SIKAP DAN … · Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik ... sensori, kerencatan mental ... mengingat

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

51 | MEDC 2018

b)

Paired Differences

t df Sig. (2-tailed) Mean

PREKAWALAN

PRERAWATAN -5.46667 -1.472 29 .152

JADUAL 4

Ujian-t menentukan perbezaan min pencapaian pelajar dalam kumpulan kawalan dan rawatan

dalam ujian pos. a)

Mean N Std. Deviation Std. Error Mean

POSTKAWALAN 57.7667 30 20.42258 3.72864

POSTRAWATAN 77.2667 30 13.81137 2.52160

b)

Paired Differences

t df Sig. (2-tailed) Mean

POSTKAWALAN

POSTRAWATAN -19.50000 -3.915 29 .001

Hipotesis nul ini bertujuan untuk melihat sama ada wujud atau tidak perbezaan yang signifikan

ujian-t pencapaian pelajar antara kumpulan kawalan dan rawatan dalam ujian Pos. Jadual 4 (a)

dan (b) menunjukkan keputusan ujian-t (29) = -3.915 dan p = .001 < 0.05. Min kumpulan

kawalan ialah 57.7667, manakala min kumpulan rawatan pula ialah 77.2667 di mana perbezaan

min ialah 19.5. Oleh itu, terdapat perbezaan yang signifikan ujian-t pencapaian pelajar antara

kumpulan kawalan dan rawatan dalam ujian pra. Justeru, hipotesis nol ditolak dan hipotesis

alternatif diterima.

Kesan penggunaan teknik Mnemonik dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam

mata pelajaran Sains diukur berdasarkan pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca. Keputusan

bagi ujian pra kumpulan kawalan dan rawatan diambil kira bagi menentukan sampel yang

digunakan adalah mempunyai pencapaian yang setara. Jadual 5 menunjukkan hasil analisis

pencapaian Sains dalam tajuk Pencernaan bagi ujian pra kumpulan kawalan dan rawatan. Bagi

kumpulan kawalan, terdapat 13.3% yang mendapat Gred C, 10.0% yang mendapat Gred D, dan

bagi Gred E adalah 76.7%. Manakala bagi kumpulan rawatan, 20.0% yang mendapat Gred C,

13.3% yang mendapat Gred D dan bagi Gred E adalah 66.7 %.

JADUAL 5

Keputusan ujian pra kumpulan rawatan dan kawalan Gred/Markah Ujian Pra Kawalan(%) Ujian Pra Rawatan(%)

A (80-100) 0 0

B (65-79) 0 0

C (50-64) 13.3 20.0

D (40-49 ) 10.0 13.3

E (0-39) 76.7 66.7

JUMLAH 100 100

Hasil analisis pencapaian Sains dalam tajuk Pencernaan bagi ujian pra dan ujian pos kumpulan

kawalan adalah seperti Jadual 6. Analisis ini adalah berdasarkan peratusan bagi markah yang

menentukan gred. Bagi ujian pra, terdapat 13.3% yang mendapat Gred C, 10.0% yang mendapat

Gred D, dan bagi Gred E adalah 76.7%. Manakala bagi ujian pos, 10.0% mendapat Gred A,

30.0% yang mendapat Gred B, 23.3% yang mendapat Gred C, 10.0% yang mendapat Gred D dan

bagi Gred E adalah 26.7%.

Page 10: PEMBELAJARAN TEKNIK MNEMONIK TERHADAP SIKAP DAN … · Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik ... sensori, kerencatan mental ... mengingat

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

52 | MEDC 2018

JADUAL 6

Keputusan ujian pra dan ujian pasca kumpulan kawalan Gred/Markah Ujian Pra (%) Ujian Pos (%)

A (80-100) 0 10.0

B (65-79) 0 30.0

C (50-64) 13.3 23.3

D (40-49 ) 10.0 10.0

E (0-39) 76.7 26.7

JUMLAH 100 100

Jadual 7 menunjukkan hasil analisis pencapaian Sains dalam tajuk Pencernaan bagi ujian pra dan

ujian pos kumpulan rawatan. Bagi ujian pra, terdapat 20.0% yang mendapat Gred C, 13.3% yang

mendapat Gred D dan bagi Gred E adalah 66.7 %. Manakala bagi ujian pos, 43.3% mendapat

Gred A, 36.7% yang mendapat Gred B, 16.7% yang mendapat Gred C dan bagi Gred E adalah

3.3%.

JADUAL 7

Keputusan ujian pra dan ujian pasca kumpulan rawatan Gred/Markah Ujian Pra (%) Ujian Pos (%)

A (80-100) 0 43.3

B (65-79) 0 36.7

C (50-64) 20.0 16.7

D (40-49 ) 13.3 0

E (0-39) 66.7 3.3

JUMLAH 100 100

Jadual 8 pula menunjukkan hasil analisis pencapaian Sains dalam tajuk Pencernaan bagi ujian pos

kumpulan kawalan dan rawatan. Bagi kumpulan kawalan, 10.0% mendapat Gred A, 30.0% yang

mendapat Gred B, 23.3% yang mendapat Gred C, 10.0% yang mendapat Gred D dan bagi Gred E

adalah 26.7%. Manakala bagi kumpulan rawatan, 43.3% mendapat Gred A, 36.7% yang

mendapat Gred B, 16.7% yang mendapat Gred C dan bagi Gred E adalah 3.3%.

JADUAL 8

Keputusan ujian pos kumpulan kawalan dan rawatan Gred/Markah Ujian Pra (%) Ujian Pos (%)

A (80-100) 10.0 43.3

B (65-79) 30.0 36.7

C (50-64) 23.3 16.7

D (40-49 ) 10.0 0

E (0-39) 26.7 3.3

JUMLAH 100 100

Berdasarkan analisis dapatan kajian bagi ujian pos bagi kumpulan kawalan dan rawatan dalam

Jadual 8, dapatlah dirumuskan bahawa secara keseluruhan pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran Sains dalam tajuk Pencernaan telah meningkat setelah proses pengajaran dan

pembelajaran menggunakan Teknik Mnemonik dilaksanakan. Markah lulus bagi penilaian ini

ialah 40% ke atas.

S2 Apakah hubungan antara sikap dan pencapaian pelajar?

Ho2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dan pencapaian.

JADUAL 9

Korelasi Sikap dan Pencapaian

sikap pencapaian

sikap Pearson Correlation 1 .123

Sig. (2-tailed) .518

N 30 30

Page 11: PEMBELAJARAN TEKNIK MNEMONIK TERHADAP SIKAP DAN … · Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik ... sensori, kerencatan mental ... mengingat

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

53 | MEDC 2018

pencapaian Pearson Correlation .123 1

Sig. (2-tailed) .518

N 30 30

r = korelasi pearson

p = signifikan*signifikan 2 hala (p > 0.05)

Dapatan kajian yang ditunjukkan dalam Jadual 7 menunjukkan terdapat hubungan yang

signifikan antara sikap pelajar dengan pencapaian mereka (r =0.123, p >0.05).Hubungan

tersebut adalah pada tahap yang rendah. Oleh sebab itu, terdapat hubungan yang signifikan

antara sikap dan pencapaian pelajar. Nilai signifikan (p > 0.05) pula menunjukkan data adalah

berdistribusi normal.

Dapatan ini jelas menunjukkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan Teknik

Mnemonik memberi sumbangan positif terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains

dalam tajuk Pencernaan selepas pengajaran menggunakan Teknik Mnemonik dilaksanakan.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian yang ketara dalam ujian pos

kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Selain itu, sikap pelajar terhadap Sains

dalam tajuk pencernaan akan mempengaruhi pencapaian.

PERBINCANGAN

Perbincangan kajian ini merangkumi aspek penggunaan teknik Mnemonik untuk meningkatkan

pencapaian mata pelajaran Sains dalam tajuk Pencernaan bagi pelajar tingkatan dua. Selain itu,

perbincangan ini turut melihat kesan pengajaran ke atas pencapaian pelajar dalam ujian pra dan

ujian pos bagi kumpulan kawalan dan rawatan. Kajian ini juga membincangkan tahap

penerimaan pelajar terhadap penggunaan teknik Mnemonik dalam kalangan pelajar dalam

kumpulan rawatan.

Dapatan kajian ini iaitu berdasarkan keputusan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan

yang signifikan dalam min pencapaian pelajar bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.

Min pencapaian kumpulan rawatan lebih besar berbanding dengan min pencapaian kumpulan

kawalan. Perbandingan min pencapaian pelajar bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan

menunjukkan perbezaan yang besar.

Dapatan ini adalah selaras dengan dapatan kajian Suraya& Aisah (2014) dan Noradinah

et al (2014) yang menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan pencapaian pelajar bagi

kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Hal ini menunjukkan penggunaan teknik Mnemonik

berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Manakala tahap penerimaan pelajar terhadap

penggunaan teknik Mnemonik dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains dalam tajuk

Pencernaan secara keseluruhannya pada tahap rendah positif dengan min = 1.23. Pelajar dapat

menerima penggunaan teknik Mnemonik sebagai teknik pengajaran kerana mudah mengingat

istilah, fakta, dan turutan dengan mudah dan boleh mengingati dengan baik.

Sikap positif yang ditunjukkan oleh pelajar yang mengikuti pengajaran ini jelas dilihat

dari segi kesungguhan dan minat mereka apabila pembelajaran yang diajar menggunakan teknik

Mnemonik. Penerimaan yang positif terhadap penggunaan teknik Mnemonik dalam proses

pengajaran dan pembelajaran amat penting dalam usaha guru menarik pelajar mempelajari mata

pelajaran Sains dalam tajuk Pencernaan menggunakan teknik Mnemonik. Dapatan yang

menunjukkan pelajar menunjukkan sikap yang positif terhadap pengajaran yang menggunakan

teknik Mnemonik tetapi tahap penerimaan positif menunjukkan tidak semua pelajar yang

terlibat menunjukkan minat dan kesungguhan dalam menjawab soal selidik tentang sikap ini

memberi sedikit impak terhadap keputusan kajian. Dapatan ini adalah sama dengan dapatan

yang diperolehi oleh Hasnah et.al (2010) yang menunjukkan skor tahap penerimaan pelajar

adalah sederhana positif. Secara keseluruhan, pelajar boleh menerima dengan baik penggunaan

teknik Mnemonik sebagai satu teknik pengajaran dalam mata pelajaran Sains dalam tajuk

Pencernaan.

Page 12: PEMBELAJARAN TEKNIK MNEMONIK TERHADAP SIKAP DAN … · Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik ... sensori, kerencatan mental ... mengingat

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

54 | MEDC 2018

Penggunaan teknik Mnemonik dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dalam tajuk

Pencernaan memberi kesan positif dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Analisa secara

deskriptif bagi ujian pra dan pos menunjukkan wujudnya peningkatan yang ketara dalam

pencapaian ujian pos berbanding ujian pra. Didapati peratus pelajar yang lulus dalam mata

pelajaran ini telah meningkat dalam kumpulan rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan.

Dari segi kualiti pencapaian pelajar pula, terdapat peningkatan dalam jumlah pelajar yang

mendapat gred A, B dan C dalam ujian pos kumpulan rawatan jika dibandingkan dengan

kumpulan kawalan. Hal ini menunjukkan pengajaran menggunakan teknik Mnemonik telah

dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dalam tajuk Pencernaan.

Oleh sebab itu, jelaslah bahawa penggunaan teknik Mnemonik sangat berkesan dalam

meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dalam tajuk Pencernaan.

IMPLIKASI KAJIAN

Terdapat banyak kelebihan menggunakan teknik mnemonik dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Penggunaan mnemonik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat

menarik perhatian pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hasil

pengaplikasian teknik mnemonik tersebut dapat merangsang daya kefahaman dan ingatan

pelajar dengan lebih mudah kerana mereka akan lebih fokus. Oleh sebab itu, mereka tidak hanya

bergantung dengan nota-nota dan catatan yang kadang kala sukar dan boleh menimbulkan

kekeliruan untuk memahaminya. Senario ini sekali gus dapat meningkatkan pencapaian pelajar

terhadap mata pelajaran Sains dalam topik Pencernaan kerana agak sukar dengan pelbagai

istilah. Selain itu, bantuan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan mnemonik

terutamanya mata pelajaran Sains juga dapat memupuk sikap yang positif terhadap

matapelajaran Sains.

Guru juga mempunyai kelebihan apabila menggunakan teknik mnemonik dalam

pengajaran dan pembelajaran sebagaimana berkesannya penggunaan teknik mnemonik kepada

pelajar. Selain itu, guru akan mendapat pengalaman semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran berasaskan teknik mnemonik sekaligus mengetahui kaedah pengajaran yang

paling berkesan bagi pelajar. Penggunaan teknik mnemonik juga memudahkan guru

menyampaikan ilmu kepada pelajar. Apabila guru menggunakan mnemonik dalam

pembelajaran, keperhatian murid akan lebih tertumpu dengan pengajaran yang sedang

berlangsung.

Teknik Mnemonik tidak seperti secara konvensional yang hanya menggunakan ‘chalk

and talk’ dimana hanya tertumpu terhadap nota dan catatan sahaja seperti yang dinyatakan oleh

Taheri & Davoudi (2016) iaitu menggunakan kaedah kata kunci mnemonik menunjukkan

pencapaian yang baik berbanding dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah

konvensional. Dengan adanya penggunaan mnemonik dalam pembelajaran, proses tersebut akan

menjadi mudah dan pelajar. Selain itu, pelajar tidak akan berasa bosan mengikuti proses

pembelajaran tersebut. Sekaligus ilmu yang disampaikan oleh guru akan lebih mudah difahami

oleh murid-murid.

Bahan pengajaran yang telah disiapkan boleh diguna pakai semula pada masa akan

datang. Sebagai contoh guru menggunakan kaedah teknik mnemonik dengan alat bantuan

mngajar yang telah dihasilkan pada pengajaran dan pembelajaran yang sebelum ini boleh

digunakan kembali untuk pengajaran yang seterusnya. Hal ini dapat memudahkan lagi

penyediaan guru untuk merancang pengajaran pada masa hadapan. Selain memudahkan kerja

ianya juga menjimatkan masa guru untuk menyediakan bahan bagi proses pengajaran dan

pembelajaran.

Page 13: PEMBELAJARAN TEKNIK MNEMONIK TERHADAP SIKAP DAN … · Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik ... sensori, kerencatan mental ... mengingat

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

55 | MEDC 2018

BATASAN DAN CADANGAN KAJIAN LANJUT

Kajian ini hanya melibatkan satu topik sahaja dalam sukatan mata pelajaran tingkatan dua. Oleh

sebab itu, Teknik Mnemonik ini tidak boleh dipastikan berkesan kepda topik yang lain juga.

Oleh sebab teknik Mnemonik hanya di ajar untuk topik pencernaan, ujian juga hanya berkenaan

dengan topik pencernaan. Justeru itu,pencapaian tidak boleh digeneralisasikan untuk semua

topik.

Menurut Davoudi& Yousefi (2016), kaedah kata kunci lebih membantu untuk

mengingat dengan lebih baik berbanding dengan kaedah pengajaran biasa. Oleh itu, pengajaran

akan lebih berkesan jika terdapat unsur-unsur yang menarik seperti ICT dimasukkan sekali ke

dalam teknik pengajaran ini. Sebagai contoh memasukkan unsur teknologi seperti

menunjukkanntanyangan video terlebih dahulu. Selain itu, pengajaran menggunakan slide show

supaya lebih mudah pelajar mendapat bayangan dalam fikiran.

Menurut Zarei and Salimi (2012) pula, kaedah menggunakan gambar adalah paling

efektif, diikuti oleh kaedah kata kunci dan seterusnya adalah menggunakan nyanyian. Oleh itu,

mnemonik boleh digunakan menggunakan gabungan beberapa teknik yang lebih menarik

seperti gambaran dari lukisan dan juga menggunakan kaedah nyanyian. Dengan lebih teknik

pengajaran, objektif yang diinginkan akan tercapai dan pengajaran adalah lebih efektif.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, penggunaan teknik Mnemonik sebagai salah satu teknik pengajaran Sains

dalam tajuk Pencernaan sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran Sains. Dapatan kajian jelas menunjukkan berlakunya perubahan sikap pelajar terhadap

tajuk Pencernaan selepas didedahkan kepada pengajaran menggunakan teknik Mnemonik.

Pencapaian pelajar juga telah meningkat dengan ketara selepas diajar menggunakan teknik

Mnemonik. Kebanyakan pelajar telah menunjukkan sikap yang positif terhadap tajuk

Pencernaan yang secara tidak langsung telah meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains.

Justeru, para guru hendaklah mengambil inisiatif untuk mendedahkan teknik pengajaran

menggunakan teknik Mnemonik terhadap semua mata pelajaran sebagai satu kaedah berkesan

meningkatkan minat dan pencapaian pelajar. Para guru Sains dalam tajuk Pencernaan juga

hendaklah kreatif dan inovatif dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang

pendidik seiring dengan era globalisasi.

Page 14: PEMBELAJARAN TEKNIK MNEMONIK TERHADAP SIKAP DAN … · Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik ... sensori, kerencatan mental ... mengingat

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

56 | MEDC 2018

RUJUKAN

Onur Koksal & Ahmed Cekic. 2014. The Effects Of The Mnemonic Keyword Method On 8th

Graders’ L2 Vocabulary Learning. Journal Of International Scientific Publications. 12:

1030-1047

Gozde Ozbal, Daniele Pighin, Carlo Strapparava. 2014. Automation And Evalution Of The

Keyword Method For Second Language Learning. Proceeding Of The 52nd Annual

Meeting Of The Association For Computational Linguistics (Short Paper): 352-357

Zheng Wei. 2014. Does teaching mnemonics for vocabulary learning make a difference?

Putting the keyword method and the word part technique to the test.

Ali Akbar Taheri & Dr Muhammad Davoudi. 2016. The Effect Of The Keyword Method On

Vocabulary Learning And Long Term Retention. International Journal Of Language And

Linguistics. 3(1): 114-125

Vanlee Siriganjanavong. 2013. The Mnemonic Keyword Method: Effects On The

Vocabulary Acquisition And Retention. English Language Teaching. 6(10)

Alfredo Campos, Estefanı´a Camino, Marı´a Jose´ Pe´rez-Fabello. 2011. Using The

Keyword Mnemonics Method Among Adult Learners. Educational Gerontology. 37:327-

335

Abbas Ali Zarei & Samira Abbasi. 2013. L2 Idiom Learning In The Context Of Distance

Learning: A Focus On Textual And Pictorial Grossing And Hyperlink. International

Journal Of Language Learning And Applied Linguistics World. 4(2): 275-284

Mohammad Davoudi &Dina Yousefi. 2016. The Effect Of Keyword Method On Vocabulary

Retension Of Senior High School EFL Learner In Iran. Journal Of Education And

Practise. 7 (11): 106-113

Lihui Wong. 2014. The Effect Of Image Quality Training On Reading Comprehension Of

EFL Students Using The Keyword Method. Language Teaching Research. 19(4):

435-454

Mansor Tavakoli & Elham Gerami. 2012. The Effect Of Keyword And Pictorial Methods

And Pictorial Methods On EFL Learners’ Vocabulary Learning And Retention. Porta

Linguarium. 19: 299-316

Arif Saricoban & Nurcihan Basibek. 2012. Mnemonics Technique Versus Context Method In

Teaching Vocabulary At Upper- Intermediate Level. Educational And Science. 37 (164): 251-

266

Ana Piribabadi & Ramin Rahmany. 2014. The Effect Of The Keyword Method And Word-

Lost Method Instruction On ESP Vocabulary Learning. Journal Of Language Teaching

And Research. 5(5): 1110-1115

Zamri Mahamod & Yahya Othman. 2017. Penulisan Akademik Dalam Bidang Sains Sosial.

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Teori Pemprosesan Maklumat Gagne

http://documents.tips/documents/teori-pemprosesan-maklumat-r-m-gagne.html (5

Julai 2017)

Bachtiar S. Bachri. 2016. Empowerment Center Resources In University For Self-Study

Accomodate Based On Information And Communication Technology. Proceedings of

International Research Clinic & Scientific Publications of Educational Technology. 1(1)

Linna Meilia Rasiban. Understanding The Basic of Kanji’s Meaning through

Mnemonic Method Learning. Ninth International Conference on Applied Linguistics

(CONAPLIN 9). Advances in Social Science, Education and Humanities Research

(ASSEHR), vol 82

Maizan Binti Mat@Muhammad. 2017. Teknik Mnemonik Sebagai Strategi Kognitif Dalam

Meningkatkan Keupayaan Ingatan Pelajar Peringkat Pengajian Pra-U: Sorotan Kajian

Lepas. National Pre University Seminar 2017 (Npreus2017). RHR Hotel pada 23 Ogos

2017

Hanisah Binti Abdullah. 2010. Gaya Pembelajaran Dan Hubungannya Dengan Pencapaian

Page 15: PEMBELAJARAN TEKNIK MNEMONIK TERHADAP SIKAP DAN … · Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik ... sensori, kerencatan mental ... mengingat

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

57 | MEDC 2018

Akademik Pelajar Tahun Tiga Utm Skudai, Johor. Laporan Projek Sebagai Memenuhi

Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup). Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Siti Nur Hidayah Muhammad& Siti Norain Jaafar. 2015. TVET Teacher Professionalism in

Leadership Personality Formation. Journal of Education and Practice. 6(1)

Zuria Mahmud Mohammad Yaacob. 2007. The Relationship Of Teacher’s Immediacy To

Student Motivation And Student Learning: A Literature Analysis. Jurnal Pendidikan. 32:

91-101

H. Rosdianto, E. Murdani & Hendra. 2017. Implementasi Model Pembelajaran POE

(Predict Observe Explain) Untuk Meningkatkan Pemahaman Konsep Siswa Pada Materi

Hukum Newton. 6(1)

Hasnah Mohamed , Zaidatun Tasir , Baharuddin Aris. 2014. Pengaruh Gaya Kognitif

Terhadap Pencapaian Pelajar. Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014 pada 11-13

Ogos 2014

Norcross, J. C., Santrock, J. W., Campbell, L. F., Smith, T. P., Sommer, R., & Zuckerman,

E. L. (2000). The clinician's toolbox: A Guilford series. Authoritative guide to self-help

resources in mental health. New York, NY, US: Guilford Press.

Megalah A/P Krishnan & hazalizah Hamzah. 2015. Penyesuaian Dan Pencapaian

Akademik Pelajar. Conference: Ictl 2014, di Syuen Hotel, Ipoh, Perak May 2015

Zaliza Mohamad Nasira , Zaitul Azma & Zainon Hamzah. 2014. Sikap Dan Motivasi Pelajar

Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia - Social And Behavioral Sciences. 134

:408 – 415

John W. Creswell And Amanda L. 2008. Garrett.The “Movement” Of Mixed Methods

Research And The Role Of Educators. South African Journal Of Education Copyright ©

2008 Easa. 28:321-333

Faizal Amin, Nur Yunus, Ruhizan Mohd Yasin, Mohd. Bekri Rahim & Ridzwan Che Rus.

2014. Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Pemindahan Pembelajaran Berdasarkan

Pendekatan Model Rasch: Kajian Rintis. First Technical And Vocational Education

International Seminar 2014 (Tveis 2014)

WJ. Therrian, Hughes. B Hand. 2011. Science Education and Students with Learning

Dissabilities. Learning Dissabilities Research & Practise.

Margo A. Mastropieri, Kim Emerick & Thomas E. Scruggs. 1988. Mnemonic Instruction of

Science Concepts. Sage Journal. 14(1)

William J. Therrien, Jonte C. Taylor & Sarah Watt (2014). Science Instruction For Students

With Emotional And Behavioral Disorders. Remedial and Special Education.35(1)

Arzizul Bin Antin, Dg Norizah Binti Ag Kiflee@Dzulkifli. 2018. Pengaruh Beban Tugas dan

Motivasi Terhadap Keefisienan Kerja Guru Sekolah Menengah di Sabah. Malaysian

Journal of Social Sciences and Humanities. 3(2)

Ana Khoirun Nikmah. 2014. The Implementation Of English Language As The Medium In

Teaching Science To The Eight Graders Of “Kelas Unggulan” At Mtsn Kediri II. 2(1).

Surabaya State University

Zaihan Haron & Hilmun Mohamed. 2016. Tahap Efikasi Dengan Skor Pemantauan

Pembelajaran Dan Pengajaran Pensyarah DiPoliteknik Melaka. Politeknik & Kolej

Komuniti

Journal of Social Sciences and Humanities. 1(1)

Diperoleh daripada www.jonatuansarjowo.info/korelasi/korelasi.htm pada 3 Julai 2018

Page 16: PEMBELAJARAN TEKNIK MNEMONIK TERHADAP SIKAP DAN … · Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik ... sensori, kerencatan mental ... mengingat

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

58 | MEDC 2018