20
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah) IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015 MEMBACA ALAT PENGUKURAN BERAT MELALUI TEKNIK TIMBANG PECAHAN (TP) OLEH MOHAMAD ZAIDI BIN ISMAIL Penyelia CIK ERNIE KHO SIAW NEE ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu murid Tahun enam menguasai kemahiran membaca alat penimbang berat dengan betul dan tepat melalui kaedah menukar gambar rajah alat penimbang berat menjadi pecahan yang mudah iaitu dinamakan TIMBANG PECAHAN (TP). Kajian ini telah dilaksanakan di sebuah sekolah bandar di kawasan Bintulu. Empat responden dipilih kerana tidak dapat membaca alat penimbang berat dengan tepat terutamanya yang melibatkan penimbang berat yang mempunyai senggatan 4, 5 dan 8. Data kajian ini telah dikumpulkan menggunakan lembaran kerja yang khusus, pemerhatian dan temu bual. Data yang diperoleh melalui lembaran kerja dan ujian topikal dibandingkan dan dianalisis. Hasil analisis data telah menentukan secara eksplisit keberkesanan Teknik Timbang Pecahan dalam meningkatkan penguasaan murid-murid dalam membaca alat penimbang dengan tepat. ABSTRACT This action research was undertaken to help four respondents who were selected from students in year six to master of reading skills weight scales correctly by changing the method of weighing scales weight diagram into a simple fraction named WEIGHTS OF FRACTION (WF). The respondents was conducted at an urban school in Bintulu. The four respondents were selected because they have a problem read the weighing scale with the right methods, particularly those involving heavy scales have graduations 4, 5 and 8. Data for this study were collected using a special worksheet, observations and interviews. Data obtained through worksheets and tests topical compared and analyzed. The results of the data analysis was to determine the effectiveness of the technique explicitly Weights breakdown in improving pupils' mastery in reading scales with proper weight. PENDAHALUAN

PEMBENTANGAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ringkasan

Citation preview

Page 1: PEMBENTANGAN

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

MEMBACA ALAT PENGUKURAN BERAT MELALUITEKNIK TIMBANG PECAHAN (TP)

OLEHMOHAMAD ZAIDI BIN ISMAIL

PenyeliaCIK ERNIE KHO SIAW NEE

ABSTRAKPenyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu murid Tahun enam menguasai kemahiran membaca alat penimbang berat dengan betul dan tepat melalui kaedah menukar gambar rajah alat penimbang berat menjadi pecahan yang mudah iaitu dinamakan TIMBANG PECAHAN (TP). Kajian ini telah dilaksanakan di sebuah sekolah bandar di kawasan Bintulu. Empat responden dipilih kerana tidak dapat membaca alat penimbang berat dengan tepat terutamanya yang melibatkan penimbang berat yang mempunyai senggatan 4, 5 dan 8. Data kajian ini telah dikumpulkan menggunakan lembaran kerja yang khusus, pemerhatian dan temu bual. Data yang diperoleh melalui lembaran kerja dan ujian topikal dibandingkan dan dianalisis. Hasil analisis data telah menentukan secara eksplisit keberkesanan Teknik Timbang Pecahan dalam meningkatkan penguasaan murid-murid dalam membaca alat penimbang dengan tepat.

ABSTRACTThis action research was undertaken to help four respondents who were selected from students in year six to master of reading skills weight scales correctly by changing the method of weighing scales weight diagram into a simple fraction named WEIGHTS OF FRACTION (WF). The respondents was conducted at an urban school in Bintulu. The four respondents were selected because they have a problem read the weighing scale with the right methods, particularly those involving heavy scales have graduations 4, 5 and 8. Data for this study were collected using a special worksheet, observations and interviews. Data obtained through worksheets and tests topical compared and analyzed. The results of the data analysis was to determine the effectiveness of the technique explicitly Weights breakdown in improving pupils' mastery in reading scales with proper weight.

PENDAHALUAN

Takrif, persetujuan dan kegunaan unit ukuran telah memainkan peranan yang utama dalam usaha manusia sejak dari awal-awal lagi sehingga hari ini. Sistem-sistem ukuran yang berbeza sama sekali amat biasa pada suatu ketika, tetapi kini terdapat satu piawai sejagat, iaitu Sistem Unit Antarabangsa (SI), yang merupakan bentuk sistem metrik yang moden dan telah atau sedang diiterima guna di seluruh dunia. Amerika Syarikat hampir pasti menjadi negara yang terakhir untuk mengguna pakai sistem ini secara rasmi, walaupun mereka mempunyai sistem metrik tersendiri.

Berlandaskan falsafah pendidikan negara, matlamat utama yang dititikberatkan adalah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi rakyat yang dapat menyumbang kepada negara. Pendidikan bermatlamat untuk membangunkan seseorang insan dalam semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang agar dapat melahirkan individu yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti.

Page 2: PEMBENTANGAN

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

Secara keseluruhannya, kajian ini telah diinspirasikan untuk memenuhi sebahagian daripada perkara yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara, iaitu tentang perkembangan individu yang menerima pendidikan secara menyeluruh. Individu yang mengalami perkembangan yang menyeluruh sudah tentu akan sentiasa mengamalkan nilai-nilai dan etika yang baik dalam hidup bermasyarakat.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengkaji telah berkhidmat di 3 buah sekolah sepanjang 9 tahun perkhidmatan sebagai guru matematik bagi tahap dua. Sepanjang tempoh tersebut pengkaji dapati bahawa hampir separuh daripada murid tidak dapat membaca alat penimbang berat dengan tepat. Sepanjang pengamatan pengkaji telah mendapati bahawa murid tidak dapat membaca alat penimbang berat dengan betul dan tepat. Masalah yang ketara timbul terutamanya melibatkan penimbang yang mempunyai 4, 5, dan 8 senggatan. Walaupun guru sudah memberikan carta hafalan mudah dalam menentukan ukuran berat melalui penimbang namun murid masih juga memberikan jawapan secara sebarangan.

Masalah pembelajaran utama yang dapat dikesan ialah murid lemah dalam mengenal membaca nilai sebenar satu pengukuran menggunakan penimbang yang mempunyai 4, 5 dan 8 senggatan. Walaupun guru matematik memberikan satu carta hafalan mudah bagi membaca alat pengukuran penimbang namun masih ramai juga murid tidak menghafalkannya dengan mudah, lupa atau tersalah tafsir nilai pengukuran. Murid tidak dapat mengaitkan nilai ukuran yang betul dengan nilai yang ringkas ataupun nilai yang sebarangan. Sebagai contohnya, jika penimbang mempunyai 4 senggatan dan ukuran menunjukkan kedudukan yang ketiga dalam julat tersebut, pengkaji mendapati ramai murid meletakkan jawapan sebagai perpuluhan 3.

Oleh yang demikian, pengkaji telah membuat satu kajian tindakan bagi mengatasi masalah dalam membaca alat penimbang berat dengan tepat dan betul melalaui kaedah mentafsir gambarajah penimbang berat menjadi pecahan. Pengkaji berharap dengan izin Tuhan kaedah yang akan pengkaji dedahkan ini dapat membantu murid dalam membaca alat pengukuran penimbang berat dengan tepat dan betul.

Rajah 1a : Kesilapan 5 senggatan.

Rajah 1b : Kesilapan 4 senggatan.

Rajah 1c : Kesilapan 8 senggatan.

FOKUS KAJIAN

Page 3: PEMBENTANGAN

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

Kajian ini memfokuskan kepada masalah murid-murid Tahun 6 dalam kemahiran membaca alat penimbang dengan betul dan tepat dan penukaran pecahan kepada perpuluhan. Kajian ini adalah untuk mengaplikasikan penggunaan Teknik Timbang Pecahan (TP) dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan menilai keberkesanan penggunaan gambarajah alat penimbang menjadi pecahan kemudian pecahan yang telah ditafsir melalui gambar rajah penimbang berat ditukarkan kepada nombor perpuluhan untuk mendapatkan nilai berat yang betul dan tepat dalam pengiraan matematik menukarkan pecahan kepada perpuluhan. Selain itu, kajian ini juga memfokus untuk menukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan dengan menggunakan operasi asas bahagi dalam bentuk lazim yang biasa digunakan.

Kajian ini hanya menggunakan teknik analisis dokumen dan temu bual iaitu latihan dan ujian topikal serta temu bual secara lisan. Analisis Kesilapan Newman (1977) dalam pengumpulan data. Kajian ini juga tidak mengambil kira latar belakang murid dan hanya dijalankan di salah sebuah sekolah sahaja dan melibatkan 4 responden. Oleh yang demikian, pengkaji menyarankan penggunaan menconteng senggatan pada gambar rajah penimbang berat dalam meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran tersebut. Di peringkat akhir nanti, penggunaan menconteng senggatan pada gambar rajah penimbang berat tersebut diberhentikan dan latihan berterusan diberikan sebagai peneguhan kepada murid.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Objektif untuk Kajian ini ialah,Dalam mencapai tujuan kajian, berikut merupakan objektif yang telah ditetapkan:

a) Membantu murid membaca pecahan pada alat pengukuran penimbang berat dengan menggunakan teknik Timbang Pecahan.

b) Membantu murid menukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan yang mempunyai penyebut (senggatan) 4, 5 dan 8 pada penimbang yang boleh mengukur berat dalam alat penimbang kg dengan menggunakan teknik Timbang Pecahan.

Persoalan untuk Kajian ini ialah,Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut:

a. Adakah penggunaan pertukaran gambarajah penimbang menjadi pecahan membantu murid membaca nilai ukuran pembaris yang mempunyai 4, 5 dan 8 senggatan?

b. Adakah murid dapat menukarkan pecahan yang mempunyai penyebut (senggatan) 4, 5 dan 8 kepada nombor perpuluhan dengan menggunakan teknik Timbang Pecahan?

KUMPULAN SASARAN

Page 4: PEMBENTANGAN

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah murid-murid Tahun 6 di sebuah sekolah di Bandar Bintulu. Kajian ini melibatkan 4 orang murid, iaitu 3 orang murid lelaki dan 1 orang murid perempuan. Kesemua responden yang terlibat dalam kajian ini berumur 12 tahun. Profil sasaran kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1.

Berdasarkan ujian topikal bagi Topik Jisim, pencapaian responden-responden kajian adalah dalam kategori sangat lemah dan gagal dalam ujian tersebut. responden-responden yang dipilih dalam kajian ini merupakan antara murid yang gagal dalam ujian PRA UPSR, terutamanya pada bahagian soalan melibatkan alat pengukuran. Melalui maklumat daripada guru pemulihan, responden-responden ini merupakan murid yang memang berada dalam kategori lemah dalam Tahun 6.

Jadual 4.1: Profil Sasaran KajianSasaran Jantina Kaum Pencapaian Ujian Topikal

(Lulus / Gagal)P1 Lelaki Melayu GagalP2 Lelaki Iban GagalP3P4

LelakiPerempuan

IbanIban

GagalGagal

PROSUDER TINDAKAN

Bahagian ini membincangkan tindakan yang dilaksanakan dalam kajian ini. Menurut Elliot dan Adelman (1976) kajian tindakan ialah satu pendekatan penyelidikan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme para penyelidik dengan cara menyelidik situasi sosial di institusi dan tujuan kajian tindakan adalah untuk memperbaiki kualiti amalan harian. Oleh itu, segala tindakan yang dijalankan untuk melengkapkan kajian ini merupakan reka bentuk kajian tindakan.

Pengkaji menggunakan model Kurt Lewin (1946) sebagai panduan melaksanakan kajian ini. Model Kurt Lewin melibatkan lima langkah utama, iaitu mengenal pasti aspek amalan, merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan, melihat kesan tindakan, dan membuat refleksi ke atas segala tindakan.

Page 5: PEMBENTANGAN

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

Rajah 5.1 : Model Kurt Lewin (1946)

Mengenalpasti aspek amalanBerdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah mendapati bahawa kebanyakkan murid mempunyai masalah untuk membaca alat penimbang dengan betul, terutamanya alat penimbang yang mempunyai 4 dan 8 senggatan. Pengkaji memerhatikan dan memeriksa buku kerja dan juga bertanya kepada murid mengenai kesukaran mereka untuk menguasai kemahiran membaca alat penimbang

MerancangAmalan pengajaran yang dipilih oleh pengkaji untuk menyelesaikan masalah ini

adalah teknik Timbang Pecahan dan ia digunakan untuk menolong responden mentafsir gambarajah alat penimbang kepada pecahan. Pengkaji menyediakan satu lembaran kerja diberikan kepada responden untuk diselesaikan dan hasil kerja mereka telah dianalisi. Berdasarkan analisis itu, pengkaji telah memiliuh responden yang memenuhi keperluan kajian tindakan dan pengkaji mengajar responden-responden mengenai penggunaan teknik Timbang Pecahan untuk membantu responden membaca lat penimbang dengan betul. Pengkaji juga menyediakan lembaran kerja kedua bagi perlaksanaan kitaran yang kedua dan ianya mengandungi gambarajah alat penimbang untuk memudahkan responden mempelajari kaedah tersebut.

BertindakJadual 5.1 (a) : Langkah-langkah dalam teknik Timbang Pecahan (TP)Gambar rajah Langkah-langkah perlaksanaan

Langkah 1Murid di minta untuk mengariskan satu garisan melengkung daripada satu nombor bulat ke satu nombor bulat seperti pada gambar rajah di sebelah. Grisan berwarna merah mewakili penerangan di atas.

Langkah 2Murid di minta untuk melorekkan senggatan yang telah di lalui oleh jarum penimbang berat mengikut arah jam pada garisan yang telah dilorekkan tadi.

3 1

2

0kg

3 1

2

0kg

Page 6: PEMBENTANGAN

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

Langkah 3Murid di minta untuk membacakan pecahan yang telah terhasil daripada lorekkan pada langkah 2 tadi. Dengan bantuan gambar rajah pecahan seperti di bawah murid lebih mudah untuk membcakan nilai pecahan tersebut.

= Langkah 4Murid di tunjukkan cara penukaran pecahan kepada nombor perpuluhan.

= 1÷4 =

Langkah 5Murid di minta melihat semula gambar rajah penimbang untuk mengenal pasti nombor apakah yang telah di lalui oleh jarum penimbang. Oleh kerana nombor 1 sudah pun dilalui oleh jarum penimbang maka 1 perlu ditambahkan dengan nombor perpuluhan yang telah ditukarkan tadi. 1 + 0.25 = 1.25kg

Langkah 6Bagi memantapkan pengetahuan murid kaedah dan teknik yang sama seperti pada langkah 1 hingga 5 di ulangi semula untuk menentukan berat sebenar sesuatu objek tetapi dengan menggunakan alat penimbang yang mempunyai 5 dan 8 senggatan

MemerhatiDalam langkah ini, pemerhatian terhadap perkembangan dan penguasaan teknik

Timbang Pecahan responden dilakukan melalui data daripada analisi kesemua lembaran kerja dan ujian topikal. Data dikumpulkan dan analisis dilakukan dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif peratusan. Markah telah disbanding bezakan untuk melihat kesan daripada kaedah yang diperkenalkan.

MereflekData kajian dianalisis dan direkodkan. Refleksi tentang teknik Timbang Pecahan

yang dijalankan untuk membaca alat penimbang yang mempunyai 4, 5, dan 8 senggatan

3 1

2

0kg

3 1

2

0kg

3 1

2

0kg

− 820−20

Page 7: PEMBENTANGAN

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

telah dibuat. Melalui dapatan data yang diperoleh dalam ujian topical, pengkaji telah menentukan sama ada responden Berjaya ataupun gagal menggunakan Teknik Timbang Pecahan dengan betul.

Rajah 5.2 Carta Alir Prosuder Tindakan menggunakan Model Kurt Lewin (1946)

Selepas melihat murid terkial-kial untuk menjawab soalan di dalam lembaran kerja kerana tidak dapat membuat bahagi dengan betul disebabkan murid tidak halaf sifir semasa membahagi, pengkaji menggunakan pendekatan yang lebih mudah pada kitaran kedua. Di dalam pendekatan kitaran kedua ini, pengkaji memudahkan murid dengan membekalkan sifir 4, 5 dan 8 kepada responden bagi memudahkan murid tersebut membahagi dengan betul dan selesa. Berikut adalah gambarajah menunjukkan kesilapan murid semasa menukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan dengan menggunakan kemahiran bahagi bagi lazim kebiasaan.

Merancang-Memilih kaedah yang sesuai

Tindakan-Pelaksanaan kaedah-Pengumpulan data :a) Lembaran kerjab) Ujian topikal

Pemerhatian-Analisis Ujian Topikal

Refleksi-Mereflek kekuatan dankelemahan kaedah yang

digunakanMenambah baik kaedah

Mengenalpasti Aspek Amalan

-Mengenal pasti masalah

Kitaran kedua

Page 8: PEMBENTANGAN

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

Rajah 5.3 Murid tidak dapat membahagi dengan betul kerana tidak menghafal sifir 4, 5 dan 8.

Oleh yang demikian, pengkaji telah membekalkan sifir 4, 5 dan 8 sebagai permulaan kepada mereka untuk memudahkan mereka membahagi dengan betul. Prosuder tersebut adalah seperti berikut.

Teknik ini, iaitu kedua-dua kitaran dilaksanakan secara menyeluruh, iaitu kepada semua murid tahun 6. Namun, Cuma 4 responden kajian sahaja yang telah menjadi sasaran progresif kajian diberi lebih tumpuan dari segi prestasinya.

CARA PENGUMPULAN DATA

Instrumen seperti Pemerhatian, Temu Bual dan Analisis Dokumen akan digunakan dalam kajian tindakan ini. Dua pusingan penilaian akan dilaksanakan untuk memperlihatkan keberkesanan kaedah tindakan yang digunakan. Ketiga-tiga instrument ini digunakan sebelum, semasa dan selepas pengenalan teknik Timbang Pecahan diperkenlakan melalui gambarajah. Hal ini adalah untuk meninjau permasalah responden dalam membaca alat penimbang dan kemudianya menilai keberkesanan teknik pengajaran yang telah diperkenalkan. Kesemua instrument bukan sahaja melibatkan responde, malah guru-guru juga.

PemerhatianPengkaji menggunakan teknik pemerhatian berstruktur. Kedua-dua pemerhatian ini dijalankan pada sesi proses pengajaran dan pembelajaran sebelum dan selepas teknik “Timbang Pecahan” diperkenalkan kepada responden-responden tersebut. Tujuan pemerhatian bersruktur ini adalah untuk melihat sikap murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran diaksanakan di dalam kelas. Instrumen yang digunakan ialah senarai semak pemerhatian.

Page 9: PEMBENTANGAN

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

Temu bualPengkaji turut menggunakan teknik temubual berstruktur. Tujuan temu bual ini adalah untuk mengumpul data penguasaan kemahiran responden dalam membaca alat penimang mengunakan teknik Timbang pecahan. Instrumen yang digunakan ialah senarai semak temu bual.

Analisis DokumenPengkaji turut menjalankan satu Lembaran kerja serta Ujian Topikal. Data dikumpul melalui analisis terhadap ketiga-tiga latihan tersebut. Data yang dikumpul ialah data penguasaan kemahiran membaca alat penimbang responden sebelum dan selepas pengenalan teknik “Timbang Pecahan” Instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah borang markah.

CARA MENGANALISIS DATA

Pengkaji membincangkan analisis data yang dikumpul melalui tiga teknik yang telah digunakan iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.

PemerhatianMenyediakan borang daripada senarai semak pemerhatian yang diisi sebelum dan selepas teknik “Timbang Pecahan” diperkenalkan.

Temu bualPengkaji menjalankan temu bual bersama subjek kajian untuk melihat sikap subjek kajian terhadap topik Ukuran Jisim ketika sebelum dan selepas kaedah “Timbang Berat” diperkenalkan. Temu bual dijalankan berdasarkan lima soalan yang ditentukan oleh pengkaji. Setiap soalan yang dikemukakan memerlukan jawapan Ya atau Tidak. Hasil temu bual bersama subjek kajian dianalisis berdasarkan respon daripada subjek kajian terhadap setiap soalan tersebut. Peratusan yang menjawab Ya dan Tidak bagi setiap soalan dikira dan dibandingkan.

Analisis DokumenLembaran kerja dan Ujian Topikal diberikan pada akhir kajian. Set ujian tersebut mengandungi 6 soalan membaca alat penimbang untuk diselesaikan. Setiap soalan akan diberi pemberatan 5 markah, iaitu 2 markah untuk bahagian pembentukan pecahan, 2 markah untuk bahagian menukarkan pecahan menjadi perpuluhan yang lengkap dan 1 markah untuk jawapan yang betul. Jumlah markah ujian tersebut dikira dengan menggunakan rumus yang berikut. Markah penuh adalah 60%.

𝑴𝒂𝒓𝒌𝒂𝒉 % = 𝒋𝒖𝒎𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒂𝒓𝒌𝒂𝒉 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒑𝒆𝒓𝒐𝒍𝒆𝒉𝒊 Markah yang diperolehi oleh responden tadi telah dianalisis dan direkodkan dalam bentuk graf dan jadual untuk melihat perkembangan pernguasaan responden dalam tempoh mendapatkan rawatan pembentukan sifir dua digit menggunakan teknik “Timbang Pecahan” sehingga dapat menyelesaikan masalah membaca alat pengukuran berat dengan betul.

Page 10: PEMBENTANGAN

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

DAPATAN KAJIAN

Perlaksanaan kajian ini adalah bersandarkan pada tiga instruimen, iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Ketiga-tiga instrument ini digunakan sebelum, semasa dan selepas pengenalan teknik Timbang Pecahan. Hal ini adalah untuk meninjau permasalahan responden dalam sifir dan kemudiannya menilai keberkesanan teknik pengajaran yang telah diperkenalkan. Maka, keputusan kajian digunakan untuk menjawab soalan-soalan kajian ini.

Soalan kajian 1Adakah penggunaan pertukaran gambarajah penimbang menjadi pecahan membantu murid membaca nilai ukuran pembaris yang mempunyai 4, 5 dan 8 senggatan?

Jadual 6.1 (a) menunjukkan hasil dapatan daripada senarai semak pemerhatian yang diisi sebelum teknik “Timbang Pecahan” diperkenalkan. Manakala, Jadual 6.1 (b) menunjukkan hasil dapatan daripada senarai semak pemerhatian yang diisi selepas teknik “Timbang Pecahan diperkenalkan.

Jadual 6.1 (a) : Hasil dapatan pemerhatian sebelum teknik diperkenalkanSubjek kajian Kriteria Pemerhatian Semasa Pengajaran dan Pembelajaran

Aktifketika P&P

Mahirmenggunakankaedah

Jawab setlatihan denganbaik

DapatMenukarkan pecahan kepada perpuluhan dengan baik

R1 / X X XR2 X X / XR3 / / X XR4 X / X X

Jadual 6.1 (b): Hasil dapatan pemerhatian selepas teknik diperkenalkanSubjek kajian Kriteria Pemerhatian Semasa Pengajaran dan Pembelajaran

Aktifketika P&P

Mahirmenggunakankaedah

Jawab setlatihan denganbaik

DapatMenukarkan pecahan kepada perpuluhan dengan baik

R1 / / / /R2 / / / /R3 / / / /R4 X / / /

Page 11: PEMBENTANGAN

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa setelah teknik “Timbang Pecahan” diperkenalkan, responden mula aktif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan setelah kaedah diperkenalkan. Mereka juga dapat menjawab set latihan dengan baik, dan telah mahir menggunakan kaedah yang diperkenalkan. Namun begitu, seorang daripada responden kajian masih lagi kurang aktif untuk mencuba sesuatu yang baru namun responden 4 sudah pun dapat memahami teknik ini dengan baik.

Pengkaji menjalankan temu bual bersama subjek kajian untuk melihat sikap subjek kajian terhadap topik ukuran Jisim ketika sebelum dan selepas kaedah “Timbang Berat” diperkenalkan. Temubual dijalankan berdasarkan lima soalan yang ditentukan oleh pengkaji.

Jadual 6.2 : Hasil dapatan temu bual selepas pengajaran dilakukan.Bil Soalan R1 R2 R3 R4 Peratusan

“YA”Peratusan “TIDAK”

1 Adakah anda dapat menukarkan gambarajah alat timbang kepada pecahan?

/ / / / 100% 100%

2 Adakah anda dapat menentukan penyebut pecahan yang betul di dalam gambarajah tersebut?

/ / / / 100% 100%

3 Adakah anda dapat menconteng gambarajah alat penimbang menjadi pecahan?

/ / / / 100% 100%

4 Adakah anda dapat menukarkan pecahan menjadi perpuluhan dengan menggunakan kaedah membahagi?

/ / / X 75% 25%

5 Adakah anda dapat memberikan jawapan yang betul selepas menukarkan pecahan tersebut kepada perpuluhan?

/ / / X 75% 25%

Melalui temubual yang dibuat secara tidak langsung selepas pengajaran dilakukan dengan para responden, antara faktor yang menyebabkan responden tidak dapat melakukan bahagi di dalam pertukaran pecahan kepada nombor perpuluhan adalah murid tidak dapat menggunakan sifir 4 dan 8 dengan baik.

Soalan kajian 2Adakah murid dapat menukarkan pecahan yang mempunyai penyebut (senggatan) 4, 5 dan 8 kepada nombor perpuluhan dengan menggunakan teknik Timbang Pecahan?

Lembaran kerja dan Ujian Topikal diberikan pada akhir kajian. Set ujian tersebut mengandungi 6 buah soalan membaca alat penimbang untuk diselesaikan. Setiap soalan akan diberi pemberatan 5 markah, iaitu 2 markah untuk bahagian pembentukan pecahan, 2 markah untuk bahagian menukarkan pecahan menjadi perpuluhan yang lengkap dan 1 markah untuk jawapan yang betul. Jumlah markah ujian tersebut dikira dengan menggunakan rumus yang berikut. Markah penuh adalah 60%.

Page 12: PEMBENTANGAN

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

𝑴𝒂𝒓𝒌𝒂𝒉 % = 𝒋𝒖𝒎𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒂𝒓𝒌𝒂𝒉 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒑𝒆𝒓𝒐𝒍𝒆𝒉𝒊 Markah yang diperolehi oleh responden tadi telah dianalisis dan direkodkan dalam bentuk graf dan jadual untuk melihat perkembangan pernguasaan responden dalam tempoh mendapatkan rawatan pembentukan sifir dua digit menggunakan teknik “Timbang Pecahan” sehingga dapat menyelesaikan masalah membaca alat pengukuran berat dengan betul.

Jadual 6.3 : Markah responden dalam kedua-dua latihanSubjekKajian

Markah

Lembaran Kerja Ujian TopikalR1 20% 60%R2 10% 60%R3 30% 60%R4 20% 50%

Berdasarkan jadual pencapaian subjek kajian yang ditunjukkan di dalam Jadual 5.3 (c), pengkaji dapat melihat terdapat peningkatan dari segi peratus markah yang diperolehi oleh subjek kajian. Pengkaji melihat bahawa penguasaan subjek kajian tidak memuaskan sebelum teknik “Timbang Pecahan” diperkenalkan. Setelah kaedah diperkenalkan, kesemua subjek kajian telah memperolehi markah yang yang lebih tinggi dari sebelum pengenalan kaedah dan ini menunjukkan kesemua subjek kajian telah menguasai kemahiran pembundaran nombor bulat. Maka, teknik “Timbang Pecahan” mampu membantu meningkatkan penguasaan murid membaca alat penimbang berat dengan betul dan tepat.

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini dirumuskan secara keseluruhan dan sama dapatan digunakan untuk merumus soalan kajian yang telah ditetapkan pada awal kajian. Berikut ialah rumusan dapatan kajian ini.

7.1 Persoalan Kajian 1Hasil daripada hasil pemerhatian dan Temu Bual, bilangan responden yang

memberi respon positif semasa pemerhatian semakin bertambah pada sesi Temu Bual. Peningkatan respon positif yang ditunjukkan telah menjawab soalan kajian kedua. Dapatan temu bual ini selaras dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Mohd Sabri Mura (2012) dan kajian Sharinie Penie (2011). Walaupun majoriti responden meminati subjek Matematik, tetapi hanya seorang sahaja yang meminati topik Pecahan. Ada juga responden yang menyatakan dalam topik Pecahan dan Topik Jisim, ada subtopik yang susah dan ada juga yang senang. Selain itu, sebanyak tiga daripada empat responden masih kabur dengan konsep pecahan. Ada yang tidak tahu akan keperluan pecahan dan hanya mempelajarinya kerana diajar di sekolah. Hasil dapatan ini disokong kajian lepas oleh Sandra William Sair (2012). Dengan penggunaan pen atau pensel berwarna, responden Berjaya membezakan setiap langkah penyelesaian berdasarkan warna yang dipilih. Kesan pengubahsuaian ini juga disokong oleh kajian Mohd Sabri Mura (2012). Begitu juga dengan kemahiran komunikasi pengkaji, arahan yang diberikan lebih jelas,

Page 13: PEMBENTANGAN

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

perlahan dan mudah difahami. Hal ini telah memudahkan responden mengikuti dengan yakin dan jelas.

Persoalan Kajian 2

Setelah meneliti keputusan yang diperolehi dalam Jadual 6.1 (a), 6.1 (b), 6.1 (c), dan 6.2 didapati pendedahan “Timbang Pecahan” memberikan kesan positif kepada responden bagi membantu responden dalam kemahiran membaca alat penimbang menggunakan pecahan dengan baik. Semasa pemilihan responden berdasarkan keputusan ujian topical bagi topic Jisim yang dinyatakan dalam bahagian kumpulan sasaran, kesemua responden tidak berjaya untuk menjawab mana-mana soalan dengan tepat. Penggunaan ”Timbang Pecahan” yang diperkenalkan menunjukkan peningkatan penguasaan kemahiran responden yang dapat dilihat melalui latihan yang diberikan. Keputusan latihan Lembaran kerja dan Ujian Topikal menunjukkan responden mempunyai penguasaan yang baik terhadap kemahiran membaca alat penimbang dengan betul menggunakan teknik dalam “Timbang Pecahan”. Mereka berjaya memperoleh markah penuh iaitu markah 60% dan hanya seorang mendapat markah 50%. Peningkatan pencapaian murid dalam kemahiran membaca alat penimbang dengan betul menggunakan teknik dalam “Timbang Pecahan” telah diperhatikan dan dianalisis dengan menggunakan instrumen latihan 4, 5 dan 8 senggatan serta kedua-dua ujian topikal. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa responden berupaya untuk melepasi sasaran lulus. Jenis-jenis kesilapan responden semasa menjawab soalan berkaitan kemahiran membaca alat penimbang menjadi pecahan melalui kaedah contengan pada gambarajah telah diperhatikan melalui analisis lembaran kerja (latihan) dan ujian topikal. Hasil analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa kesilapan yang dilakukan oleh responden adalah disebabkan kesilapan responden sendiri dalam membaca gambarajah pecahan menjadi pecahan dalam bentuk nombor pecahan sebenar. Pengkaji telah mengenalpasti jenis-jenis kecuaian yang dilakukan oleh responden semasa kajian ini dijalankan. Kecuaian dilakukan oleh responden ialah kecuaian penulisan penyebut, kecuaian menconteng, kecuaian membahagi dan kecuaian menentukan jawapan akhir. Semua kecuaian ini berlaku kerana para responden kurang mengamalkan sikap untuk menyemak semula kerja mereka setelah mereka siap menjawab soalan yang diberikan. Kecuaian ini sering berlaku dalam kalangan responden walaupun mereka telah banyak kali diingatkan oleh pengkaji untuk sentiasa menyemak hasil kerja yang dibuat. Selain itu, kecuaian juga mungkin berlaku sekiranya responden berasa terlalu yakin dengan kebolehan mereka setelah mereka menguasai cara penggunaan “Timbang Pecahan‟ yang diperkenalkan.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Tindakan seterusnya selepas ini adalah amatlah digalakkan bagi pengkaji-pengkaji lain untuk meneruskan kajian ini. Kajian seterusnya boleh dilakukan dengan melibatkan responden yang lain. Responden hendaklah terdiri daripada murid-murid yangberpencapaian sederhana bagi membantu mereka menguasai membaca alat penimbang dengan betul dan mudah. Pengkaji seeloknya tidak melibatkan responden yang terlalu pandai, iaitu sudah dapat membaca alat penimbang dengan baik kerana

Page 14: PEMBENTANGAN

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP ppg (Matematik Pendidikan Rendah)IPG Kampus Sarawak, 17-19 April 2015

dikhuatiri menggangu cara mereka berfikir dan mereka boleh diajar dengan aktiviti-aktiviti pengayaan.

Kajian seterusnya juga diharapkan dilaksanakan melibatkan topic-topik pengukuran yang lain seperti ukuran panjang dan isipadu. Hal ini adalah untuk melihat lebih jelas keberkesanan teknik membaca alat pengukuran dengan menggunakan teknik Timbang Pecahan kepada teknik Panjang Pecahan atau Isipadu Pecahan. Responden yang ramai juga memberikan kepelbagaian data dan maklum balas kepada kepenggunaan teknik ini serta sedikit sebanyak akan memperbaiki pengajaran teknik ini nanti.

9.0 RUJUKAN

Azizi Hj Yahaya dan Savarimuthu, E.M (2010). Bab 2 : Kepentingan kefahaman konsep dalam Matematik. In: Sains Sosial. Universiti Teknologi Malaysia, pp. 1-6. ISBN 978-983-52-0532-3. Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/ 10413/1/1.10_Bab2.pdf

Bahagian Pendidikan Guru. (1998). Konsep pengajaran pembelajaran matematik: Pecahan untuk sekolah rendah. Kuala lumpur: Dewan bahasa dan pustaka.

Dick Seng Ting. (2011). Membantu murid tahun empat memahami konsep pertukaran “pecahan” ke “perpuluhan” dan sebaliknya melalui “jadual perbandingan”. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP MT amb. Januari 2008, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011, ms 110-122.Diperolehi daripada http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/BukuKoleksi/Buku%20Koleksi%20PT%20MT%202011.pdf

Hopkins, C., Gifford, S. and Pepperell, S. (1996). Mathemamatics in the primary: A sense of progression. London: David Fulton Publishers Ltd

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Kemmis, S. dan McTaggart, R. (ed). (1988). The action research planner (3rd Edition). Deakin University, Australia: Deakin University Press.

McLeod, R. and Newmarch, B. (2006). Fractions. Diperoleh daripada https://www.ncetm.org.uk /public/files/257666/fractions_booklet.pdf

Mohd Sabri Mura. (2012). Meningkatkan Kemahiran Mempermudahkan Pecahan Kepada Bentuk Termudah Dengan Menggunakan Kotak Sifir di Kalangan Murid Tahun 4. Pelaporan Sarjana Muda, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak.

Mooney, C., Ferrie, L., Fox, S., Hansen, A. and Wrathmell, R. (2003). Primary Mathematics: knowledge and understanding. (2nd Ed.). Great Britain: Bell&Bain Ltd, Glasgow

Moses, B. (1982). Visualization: A Different Approach to Problem Solving. School Science and Mathematics, 82, 141-147.

Mok Soon Sang (1996), Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Newman, M. A. (1977). An analysis of sixth-grade pupils‟ errors on written mathematical tasks. Victorian Institute for Educational Research Bulletin, 39, 31-43.

Piaget, J. (1952). The origins of Intelligence in Children. New York: International Universitites Press.Sandra William Sair dan Habibah Marzuki. (2011). Meneroka kesan penggunaan Fraction Bars dalam

mengajar pecahan setara di kalangan murid Tahun 4. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP Matematik Pendidikan Rendah Ambilan Januari 2008. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri

Sharinie Pelin. (2011). Kaedah Petak Sifir dalam penguasaan sifir 2 hingga sifir 9 bagi murid Tahun 4.Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP MT Ambilan Januari 2008. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Miri.