View
1.945
Download
12
Embed Size (px)
Citation preview
PEMULIHAN BACAAN
Disediakan Oleh:Sh. Athirah Wan Abu Bakar
SMP PM 1110
PEMULIHAN BACAAN
Membaca adalah salah satu kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh kanak-kanak supaya mereka dapat mencapai kemajuan dalam pelajaran dan juga kualiti kehidupan mereka.
Ujian diagnostik bacaan akan dapat membantu guru mengesan kesukaran-kesukaran khusus bacaan murid.
Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat mengesan secara objektif kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam proses membaca. Bermula dari sinilah guru akan dapat merancang aktiviti-aktiviti pengajaran pemulihan bacaan.
UJIAN BACAAN NYARING
Ujian bacaan nyaring merupakan langkah pertama untuk mengesan kesukaran-kesukaran secara khusus dalam bacaan secara diagnostik.
Abdul Aziz Talib (1989) menyenaraikan kesukaran-kesukaran dalam kawasan-kawasan yang perlu ditubuhkan dalam sesebuah ujian bacaan:
1. Peringkat huruf (abjad)2. Peringkat perkataan3. Peringkat Frasa4. Peringkat Ayat
PRINSIP PENGAJARAN PEMULIHAN BACAAN
Margaret et.al., 1989) :1. Guru haruslah memulakan
pengajaran pada tahap yang sesuai.
2. Keputusan ujian diagnostik bacaan dapat membantu guru mengenal pasti daerah kelemahan dan tahap bacaan murid.
3.Murid perlu diberi tangungjawab terhadap pembelajaran mereka.
4. Murid akan dapat belajar dengan lebih baik sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
5. Gunakan bacaan nyaring dan bacaan senyap mengikut kesesuaian
KOMPONEN PENGAJARAN PEMULIHAN BACAAN
• Bacaan peringkat Pengajaran • Pengajaran berfokus • Menyemak atau meneliti semula • Bacaan bebas
AKTIVITI PEMULIHAN BACAAN
TAJUK: KEMBALIKAN KE RUMAH SAYA
KEMBALIKAN KE RUMAH SAYA
• Objektif: Murid-murid dapat membaca perkataan yang diberikan dengan betul.
• Bahan: 1. Papan tapak perkataan 2. Kad-kad bergambar
1. Cara Bermain
- Secara individu- Secara berpasangan
AKTIVITI PERMAINAN
- Murid-murid diberikan satu set papan tapak permainan.
- Seterusnya murid-murid diminta untuk mengeluarkan kad-kad bergambar tersebut dari tapaknya (rumahnya).
- Minta murid-murid membaca perkataan yang terdapat dalam tapak-tapak kad tersebut.
- Murid-murid kemudiannya mencari kad-kad gambar untuk dimasukkan ke dalam rumah (tapak) perkataan-perkataan tersebut.
- Masa untuk setiap murid yang menyelesaikan kad-kad gambar tersebut ke dalam rumahnya akan dicatatkan.
- Murid-murid yang mampu dan berjaya menghabiskan permainan bahasa dengan memasukkan kad-kad perkataan itu ke dalam rumahnya dengan pantas dan betul boleh dikira sebagai pemenang.