25
EOH3101 PRINSIP KESIHATAN PERSEKITARAN Pencemaran dan Sanitasi Makanan

Pencemaran Makanan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

cemar

Citation preview

EOH3101 PRINSIP KESIHATAN

PERSEKITARANPencemaran dan Sanitasi Makanan

http://nutritioneducationstore.com/images/products/116.png

Pengenalan

1. Kawalan makanan dan minuman dari agen penyebab penyakit adalah langkah penting dalam mengatasi masalah pencemaran makanan.

2. Ini adalah penting terutamanya bagi makanan yang disediakan di luar rumah seperti di restoran, kantin sekolah, gerai dan tempat mengusahakan makanan.

http://1.bp.blogspot.com/-XKYEdzlkHV4/TbX6BouytuI/AAAAAAAAOAE/dipdva5XFP4/s1600/pix_gal0.jpg

Makanan dilarang dijual di kantin sekolah

3. Keracunan makanan ialah penyakit yang diperolehi akibat daripada termakan atau terminum bahan yang tercemar oleh bahan patogenik.

4. Untuk menangani masalah keracunan makanan, pihak kerajaan telah menggubal Akta Makanan 1983 dan beberapa peraturan makanan selepas itu.

Pencemaran makanan oleh agen biologi

Agen biologi terdiri daripada

1. Bakteria2. Parasit3. Virus4. Kulat

Agen-agen boleh mencemar makanan dan minuman apabila najis pada tangan bersentuhan dengan makanan, atau apabila air yang dicemari oleh najis digunakan.

1. Bakteria

Antara bakteria yang menyebabkan pencemaran makanan atau minuman :

2. Salmonella typhimurium – penyakit salmonellosis

3. S. typhi – penyakit demam tifoid4. S. paratyphi – penyakit paratifoid5. Vibrio cholera – penyakit kolera6. Mycobacterium tuberculosis –

penyakit tuberkulosis

http://salmonellatyphi.org/salmonella_typhi_3.jpg

http://microbiologia.umh.es/files/2010/10/vibriocolerae.jpg

Antara bakteria yang mengeluarkan toksin yang boleh mengganggu proses fisiologi tubuh :

1. Staphylococcus aureus 2. Vibrio parahaemolyticus 3. Bacillus cereus Kesemua organisma di atas

menyebabkan keracunan makanan.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/0/01/Human_neutrophil_ingesting_MRSA.jpg

2. Parasit

Antara parasit yang boleh menyebabkan pencemaran makanan :

1. Trichynella spirallis – penyakit trikinosis2. Taenia solium – penyakit teniasis3. Ascaris lumbricoides – penyakit ascariasis

http://www.wormbook.org/chapters/www_genomesTrichinella/trichGenefig3.jpg

Trichynella spirallis

3. Patogen lain

1. Coxiella burnetti – demam Q2. Virus Hepatitis A – infeksi Hepatitis A3. Cendawan beracun – keracunan makanan4. Ikan beracun – keracunan makanan

http://blog.chron.com/medblog/files/legacy/archives/foodborne.jpg

Pencemaran makanan oleh agen kimia

1. Antimoni – pencemaran makanan terjadi apabila menggunakan bekas makanan yang menggunakan cat enamel.

2. Fluorida – keracunan berlaku apabila terkena semburan lipas yang mengandungi bahan kimia ini.

3. Metil klorida – pencemaran akibat peti sejuk bocor yang mengandungi metil klorida.

4. Nitrat – berlaku keracunan makanan apabila pengawetan makanan dilakukan, atau air yang digunakan mengandungi nitrat yang berlebihan.

5. Pestisid – Tanaman yang disembur pestisid hendak dituai/dipetik selepas 7 hingga 14 hari (bergantung kepada jenis racun). Jika dipetik lebih awal, maka sisa racun masih terdapat pada tanaman dan boleh mendatangkan kesan tidak baik kepada pengguna.

http://www.abc.net.au/news/image/951400-3x2-940x627.jpg

3. Pencemaran makanan oleh agen fizikal

Pencemaran boleh terjadi jika makanan atau minuman tercampur bahan seperti paku, kaca dan lain-lain.

Bahan radioaktif juga boleh menyebabkan pencemaran kepada makanan / minuman.

http://jan.ucc.nau.edu/~doetqp-p/courses/env440/env440_2/lectures/lec4/figure4_2.gif

Gejala dan Petanda Penyakit Keracunan Makanan

1. Gejala penyakit terjadi dalam masa yang pendek selepas memakan makanan yang tercemar.

2. Keracunan terjadi di kalangan mereka yang meminum atau memakan bahan tersebut. Oleh itu, kes keracunan boleh berlaku kepada orang ramai, seperti murid sekolah, orang yang menghadiri majlis kenduri atau majlis jamuan.

http://2.bp.blogspot.com/-4yONoj2oR0g/UmOSPgpBpXI/AAAAAAAAAb4/y6C1vT6zuB0/s1600/MENINGGAL+MAKAN+AYAM+MASAK+MERAH+KENDURI.jpg

Pencegahan dan Kawalan Penyakit

1. Mengurangkan pencemaran makanan

2. Memusnahkan bahan pencemar

3. Menghalang perebakan bahan pencemar

4. Mengadakan pendidikan kesihatan khusus tentang kaedah yang betul dalam memasak dan menyimpan makan dan juga berkaitan dengam kebersihan diri dari semasa ke semasa, terutama untuk para pekerja yang terlibat dengan makanan

5. Menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan kawalan kebersihan makanan

http://ww

w.infosihat.gov.m

y/infosihat/media/R

isalah/P/images/51_keselam

atan_makanan.jpg

Penilaian Permis Makanan

Kementerian Kesihatan ada mengeluarkan Kod Amali Kebersihan Makanan (1980) yang bertujuan untuk mengawal mutu makanan.

Kod ini amat berguna kepada Pegawai Kesihatan dan Inspoektor Kesihatan yang bertugas menilai premis makanan.

Semasa menilai premis, sebanyak 25 perkara diperhatikan, di mana markah diberikan setelah selesai pemeriksaan. Pihak pemunya premis akan diberitahu dan dinasihatkan untuk membaiki sebarang perkara yang dianggap tidak memuaskan.

Antara makanan yang dinilai :

1. Makanan- Pembekalan makan termasuk bahan mentah (punca

makanan, kesegaran makanan, kandungan atau campuran makanan dan pelabelan makanan)

- Langkah kawalan makakan daripada roden, serangga, binatang peliharaan kerana boleh mencemari makanan dengan agen penyebab penyakit.

- Amalan penyimpanan makanan yang betul, dinilai dari segi kebersihan tempat menyimpan makanan, tiada pencemaran makanan, kesesuaian tempat penyimpanan makanan dengan jenis makanan yang disimpan, dan penggunaan peti sejuk yang sesuai.

2. Pekerja di premis- Kebersihan diri penting seperti

memakai pakaian yang bersih, menggunakan sarung tangan dan penutup kepala.

- Kuku pendek, membasuh tangan dengan sempurna selepas memegang makanan

- Pekerja yang sakit diberi cuti.

3. Alat perkakas makanan- dari segi kesempurnaannya- bersih dan tidak tercemar- botol peyimpanan makanan tidak

mempunyai kiraan bakteria melebihi 1 dalam 1 ml.

http

://ku

rsus

peng

enda

lianm

akan

an.c

om/w

p-co

nten

t/upl

oads

/201

4/07

/5-c

ara-

men

jam

in-k

esel

amta

n-m

akan

an.jp

g

4. Kelengkapan sanitasi

- bekalan air bersih dan mencukupi- Kemudahan bilik air disediakan- Kemudahan tempat basuh tangan- Tempat pembuangan sampah hendaklah sentiasa tertutup dan

sampah selalu dibuang- Lantai bersih dan mudah dicuci- Dinding dan siling yang bersih

5. Pencahayaan- Mencukupi dan tidak silau (215 luks pada ketinggian 90 cm dari lantai)

6. Pengalihan udara (ventilasi)- mencukupi seperti kipas dll.

7. Ruang di premis- mencukupi untuk pelanggan, pekerja dan mereka yang terlibat

dengan kerja memproses makanan- barangan mestilah diatur dengan teratur

8. Papan tanda- Pastikan lesen tergantung- Papan tanda yang sepatutnya mesti dipamerkan

Kesemua kriteria ini terdapat di dalam Borang Penilaian Premis yang digunakan oleh Inspektor Kesihatan di dalam menilai sesuatu premis makanan.

Terima kasih atas perhatian anda!!!