Upload
ct-muna
View
1.048
Download
13
Embed Size (px)
Citation preview
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
Abstrak 1
1.0 Pendahuluan 2
2.0 Bagaimana Virus ini Boleh Masuk ke Negara Kita 2.1 Kebocoran pintu masuk 52.2 Penyalahgunaan visa 8
3.0 Sedarkah kita yang menjemput virus tersebut 12
4.0 Jika Tidak Dikawal Virus ini Makin Parah Kesannya 14
5.0 Kebergantungan: Adakah Negara Memperoleh Manfaatnya 18
6.0 Takut Berada di Negara Sendiri? Mana Usaha Yang Diambil 20
7.0 Kesimpulan 22
8.0 Rujukan 23
1
NEGARA SEMAKIN TERUK DILANDA VIRUS: Sabah Kini Dijajah?
ABSTRAK
Mengikut rekod dari Jabatan Perangkaan Malaysia, Jumlah penduduk Negara Sabah sudah pun mencecah hampir sekitar 3.2 juta. Malangnya, jumlah warga asing di Sabah terus mengekori rapat jumlah ini, di mana peratusan mereka sudah pun mencecah sebanyak 27 %. Kerajaan Barisan Nasional sibuk menyatakan bahawa Pulau Pinang akan menjadi Singapura ke-2 kerana diperintah oleh orang orang Cina walau pun sebenarnya mereka ini merupakan warganegara Malaysia juga. Namun UMNO tidak pula bimbang jika Sabah dan Sarawak dipenuhi oleh pendatang asing tanpa izin (PATI). Hal ini mungkin kerana satu hari nanti mereka ini akan menjadi warganegara Malaysia dengan syarat mereka menyokong dan mengundi Barisan Nasionsl. Persoalannya di sini, adakah jumlah warga asing tersebut akan menurun? Dan adakah mungkin jumlah warga asing di Sabah akan terus bertambah? Hal ini mungkin akan berlaku jika banyak lagi projek-projek pembangunan yang diatur di Sabah.
Pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara kita telah meningkatkan keperluan pekerja asing terutamanya dalam bidang pembinaan. Oleh itu, ribuan warga asing telah mengambil kesempatan untuk memasuki negara kita. Pekerja asing Indonesia dan Bangladesh amat ramai dan popular di Semenanjung, manakala di Sabah, kebanyakkannya terdiri daripada rakyat Indonesia dan Filipina. Jika dilihat pada kata-kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, rakyat Indonesia merupakan antara lima negara tertinggi pekerja asing yang berdaftar bekerja di Malaysia dengan 767,590 orang diikuti Nepal sebanyak 279,421 orang, Myanmar 137,784 orang, Bangladesh 134,148 orang dan India seramai 91,222 orang. ( Bernama, 2012). Indonesia merupakan antara lima negara tertinggi pekerja asing yang berdaftar bekerja di Malaysia dengan 767,590 orang diikuti Nepal sebanyak 279,421 orang, Myanmar 137,784 orang.
Selain itu, antara faktor pekerja asing lebih berminat dengan negara kita ialah kemakmuran dan kestabilan ekonominya. Kerajaan membelanjakan RM30.2 juta bagi menampung kos penghantaran pulang 154,729 pendatang tanpa izin, PATI di antara tahun 2007 dan 2009. Selain itu kerajaan dikatakan membelanjakan RM30 sehari membiayai kos kehidupan harian dan rawatan (tidak termasuk kos perubatan) PATI di Depot (tahanan) Imigresen. (Berita Semasa, 2010 ). Walau apapun, kedatangan warga asing tetap mempunyai kebaikan dan keburukannya.Semua pihak haruslah memainkan peranan mereka dengan baik supaya hanya pekerja asing yang sah yang berada di negara.
Di sini, kumpulan kami akan membincangkan apakah nasib penduduk di Negara kita terutamanya Sabah pada masa akan datang?
Kata kunci : Warga asing , Sabah , Malaysia
2
ABSTRACT
According to records from the Department of Statistics Malaysia, Sabah state population has already reached almost around 3.2 million. Unfortunately, the number of foreigners in Sabah continued following close this amount, where their percentage is already at 27%. Barisan Nasional government is busy saying Penang state which will be Singapore the Second as it is ruled by the Chinese people, although they are also citizen of Malaysia. But do not fear if UMNO Sabah and Sarawak is filled by illegal immigrants. This may be because one day they will become citizen of Malaysia, provided when they support and vote for the BN. The question here follows; does the amount of foreigners will decrease? Is it possible the number of foreigners in Sabah will continue to increase.Maybe that will happen? Not impossible if there are many other projects arranged in Sabah.
The rapid economic growth in our country has increased the need of foreign workers, especially in the construction industry. Thus, thousands of foreigners have taken chance to enter our country. Indonesia and Bangladesh migrant workers are large number in the Peninsular, while in Sabah, mainly people from Indonesia and the Philippines. If you look at the words of the Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, the people of Indonesia is among the top five countries registered foreign workers working in Malaysia with total of 767.590 people followed Nepal 279.421 people, 137.784 people of Myanmar, Bangladesh and India a total of 134.148 people 91.222 people ( Bernama, 2012).
Besides that, the factors of foreign workers are more interested in our country is because our country has stable economy. The government spent about RM30.2 million to cover the cost of repatriation of 154.729 illegal immigrants between the years 2007 and 2009. In addition, the government alleged that RM30 a day to finance the cost of daily life and treatment (not including medical costs) illegals in Depot (detention) Immigration. Whatever the case, the arrival of foreign workers still have disadvantages and advantages. Everyone must play their role so that only foreign workers who are in the country.
Here therefore, we will discuss what will be the fate of the people of Malaysia especially Sabah in the future if this continues to happen?
Key Words : Foreigner, Sabah, Malaysia
3
1.0 Pendahuluan
Sejak akhir-akhir ini isu pendatang tanpa izin (PATI) di Malaysia sudah menjadi satu
virus yang paling berbahaya. Malah lebih berbahaya dari H1N1.Antara negeri yang teruk
terkena virus ini adalah negeri Sabah. Adakah Sabah akan dijajah oleh pendatang asing yang
datang ke negara kita kelak? Persoalannya, di manakah pihak yang harus bertanggungjawab
di atas semua ini? Adakah terdapat orang dalam yang membantu kemasukan lambakan warga
asing ke negara kita? Segala persoalan ini perlu menjadi satu titik tolak buat negara supaya
tidak memandang rendah pada isu ini.
Sebelum ini, Washington pernah menyenarai hitamkan Malaysia bersama beberapa
buah negara lain seperti Myanmar, Cuba, Iran, Korea Utara dan Sudan sebagai antara negara
yang terlibat dalam penyeludupan manusia tetapi Malaysia menafikannya. Undang-undang
Malaysia pada masa ini tidak mempunyai perbezaan antara penyeludupan manusia
dan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia.Memang pahit untuk ditelan, tapi itulah
hakikatnya. Cuba kita lihat senario yang yang berlaku hari ini dengan lambakan pendatang
asing tanpa izin di Malaysia. Setiap kali polis membuat serbuan di pusat hiburan mahupun
rumah urut, pasti mereka tidak akan pulang dengan tangan kosong. Mereka pasti akan
membawa pulang warga asing China, Indonesia dan sebagainya. Bilangannya bukan sedikit,
malah semakin meningkat ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Isu warga asing di negeri Sabah bukannya perkara baru, tetapi sudah pun melepasi
tempoh 40 tahun lamanya. Isu seperti ini adalah isu yang penting bagi rakyat negeri Sabah.
Undang-undang di Malaysia sudah tersedia ada, namun malangnya penguatkuasaan dan dasar
yang masih lemah. Malah negara juga dikejutkan mengenai kedatangan pekerja asing sekitar
100 000 yang dibawa khas dari Nepal. Sebenarnya siapakah yang perlu dipersalahkan dan
siapakah yang perlu bertanggungjawab ke atas isu ini? Adakah kita hanya ingin goyang kaki
dan melihat sahaja perkara ini berlaku?
Usaha gigih yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan untuk menangkap dan
menghantar pulang PATI turut dilaksanakan. Namun, masalah ini tidak juga berakhir dan
semakin membelenggu rakyat Malaysia. Pada masa yang sama, kita tidak boleh menafikan
bahawa PATI telah dan sedang menyumbang pembangunan Sabah dengan menyediakan
sumber manusia terutamanya dalam pembinaan, sektor pertanian dan juga perladangan. Jadi,
4
adakah kita masih perlu menyalahkan PATI atas sumbangan yang telah diberikan selama ini?
Seperti yang diketahui, sebenarnya Malaysia mempunyai undang-undang imigresen.
Kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa ia dikuatkuasakan dengan wajar.
Sekiranya kerajaan melaksanakannya dengan betul, tidak akan timbul masalah-masalah yang
kita hadapi pada hari ini. Pendatang asing tanpa izin harus segera dihantar pulang. Adakah
kelak kita perlu menyalahkan pihak kerajaan pula apabila isu PATI Ini menjadi makin parah?
Jika tenaga pekerja mereka masih diperlukan di Negara kita, mereka masih boleh
kembali. Tetapi mestilah dengan dokumen perjalanan yang betul. Sementara itu, tiada sesiapa
yang dibenarkan untuk memasuki Sabah secara haram. PATI yang kini berada di Sabah perlu
diagihkan sama rata di antara 13 negeri di Malaysia. Ini adalah masalah negara jadi mengapa
Sabah sahaja yang harus memikul beban?
5
2.0 Bagaimana Virus ini Boleh Masuk ke Negara Kita
Kemasukan pendatang asing tanpa izin ke Negara kita haruslah disekat demi menjaga
kesejahteraan dan keamanan Negara kita. Kemasukan warga asing ini pasti berpunca
daripada beberapa perkara.
2.1 Kebocoran Pintu Masuk
Dimana bocorkah pintu Negara kita? Negara Malaysia sering menjadi sebutan yang
cukup berharga kepada pendatang asing di seluruh dunia. Ramai Pendatang Asing Tanpa Izin
(PATI) yang kebanyakannya berasal dari Indonesia mengatakan “Di Malaysia Emas Boleh
Dikutip Di Kaki Lima” menunjukkan peluang mencari rezeki dan hidup senang terbuka luas
di Malaysia.
Pada masa kini, apa yang kita lihat negara kita telah mengalami kebanjiran warga
asing yang melampau. Hampir keseluruhan warga asing yang masuk ke dalam negara
Malaysia tidak mempunyai permit perjalanan yang sah dan membolosi dengan cara yang
salah. Menurut kajian Jabatan Imigresen Malaysia, warga asing di negara Malaysia telah
mencecah sebanyak 2,320,034 mengikut rekod pada tahun 2011. Tetapi daripada jumlah
tersebut hanya 1,016,908 sahaja yang mempunyai permit perjalanan yang sah dan yang
selebihnya merupakan PATI yang tidak mempunyai permit perjalanan yang sah (Jabatan
Imegeresen, 2012). Persoalannya, siapakah dalang atau orang yang harus dipersalahkan di
atas kekangan kebanjiran warga asing yang tidak mempunyai permit perjalanan yang sah
masuk ke dalam negara Malaysia?
Dalam hal ini, perkara ini bersangkut-paut dengan sesetengah pihak yang tidak
bertanggugjawab di mana membawa masuk warga asing tanpa permit perjalanan yang sah
dan tidak berdaftar kerana mereka mahukan jalan pintas untuk mendapatkan wang atau
keuntungan tanpa memikirkan impak yang bakal berlaku nanti. Menyedari wujudnya ruang
dan peluang perlakuan rasuah dalam isu kemasukan PATI oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM mengambil tindakan
menjalankan operasi terhadap kebocoran pintu masuk Negara. Laporan SPRM, sebelas kertas
siasatan (KS) telah dibuka bagi tujuan siasatan di bawah seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009
dan enam KS dibuka bagi tujuan siasatan di bawah seksyen 41 Akta SPRM 2009
(Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, 2011).
6
Antara tindakan operasi yang dijalankan adalah ke atas maklumat berhubung
kemasukan warga asing (Indonesia) tanpa permit perjalanan yang sah. Mereka (PATI) telah
dikehendaki oleh dalang-dalang tertentu yang tidak bertanggunjawab itu membayar sejumlah
wang kepada pegawai Imigresen sebagai jaminan agar tiada masalah timbul khususnya di
pintu masuk Pelabuhan Klang. Daripada pemerhatian risikan SPRM Selangor, dianggarkan
1,000 hingga 1,500 orang PATI masuk ke negara ini setiap hari. Anggaran juga mendapati
bahawa kira-kira 35% daripada jumlah ini telah membayar wang rasuah antara RM70 hingga
RM100 seorang bagi mengelakkan prosedur pemeriksaan pihak imigresen.
Menteri Dalam Negeri menganggarkan kira-kira RM171 juta dibelanjakan ke atas
pengurusan tahanan dan pegusiran PATI. Akibat kebanjiran PATI dalam negara Malaysia,
pihak kerajaan terpaksa menanggung kos-kos tertentu yang sukar dianggarkan daripada aspek
keselamatan, implikasi sosial dan perkhidmatan kesihatan. Melalui tindakan SPRM untuk
membanteras gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan “Dalang-
dalang” kemasukan PATI, didapati wujudnya segelintir Pegawai Jabatan Imigresen yang
hidup mewah dengan wang haram apabila terdedahnya penglibatan mereka menrima sogokan
sehingga RM60,000 sebulan ( Bernama & Bernama).
Ini adalah antara punca menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi oleh
PATI. Malah terdedah perlakuan rasuah mereka sehingga terdapat pihak penguatkuasa yang
dipercayai dibayar sehingga RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk PATI.
Ini juga termasuk bagi melepaskan PATI yang pasportnya mempunyai cop palsu atau tidak
mempunyai sebarang dokumen.
Pada Ogos 2011, hasil tindakan operasi yang dijalankan oleh seramai sebelas orang
pegawai dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan tujuh orang awam telah ditangkap.
Secara keseluruhannya, sebnayak RM231,608.36 nilai wang tunai atau dalam akaun
simpanan pegawai tersebut telah disita dan jumlah aset yang disita berjumlah RM17,400.
Kejayaan operasi yang dijalankan ini adalah hasil risikan dan operasi khas yang
dijalankan di pelabuhan dan pintu masuk negara. Hasil siasatan, operasi pendedahan
mengenai gejala rasuah dalam kalangan pegawai Imigresen ini telah menyebabkan satu
langkah drastik dilakukan oleh JIM iaitu dengan melakukan rombakan secara besar-besaran.
Antara tindakan yang diambil adalah dengan menukarkan dua puluh anggota dan
pegawai yang bertugas di Pelabuhan Klang ke cawangan lain. Rombakan ini dilakukan bagi
7
memastikan “jalinan rangkaian” antara pegawai Imigresen dengan dalang-dalang yang
membawa masuk PATI ke dalam negara Malaysia dapat dihentikan. Dalam masa yang sama,
JIM dan SPRM mengadakan perbincangan bagi mengenalpasti kelemahan dalam sistem dan
prosedur yang membuka ruang dan peluang gejala rasuah hingga menyebabkan
pencerobohan berlaku di pintu masuk negara oleh anggota penguatkuasa undang-undang di
negara ini.
Seperti maklumat-maklumat di atas kita sudah ketahui siapakah dalang-dalang yang
terlibat di sebalik kemasukan PATI ke dalam negara kita. Sampai bilakah mereka yang tidak
bertanggungjawab ini ingin bersekongkol dengan dalang-dalang ini yang bakal menjatuhkan
pembangunan negara? Di manakah rasional anda tentang perkara kritis sebegini? Oleh itu,
fikir-fikirkanlah impak yang akan berlaku jika kita terus bersekongkol dengan dalang-dalang
yang tidak bertanggungjawab ini.
2.2 Penyalahgunaan Visa.
Setiap negara tidak boleh dimasuki oleh warga asing dengan sewenang-wenangnya.
Terdapat prosedur yang perlu dipatuhi dan dihormati sebelum memasuki sesebuah negara
(Dian, 2011). Malaysia juga mempunyai undang-undang yang tersendiri sebelum
membenarkan warga asing masuk di negara ini bagi tujuan menjaga keselamatan dan
keharmonian negara yang tercinta. Sebelum memasuki sesebuah negara, setiap warga asing
perlu memohon visa. Apakah visa itu sebenarnya? Adakah visa kini sudah tidak penting?
Visa merupakan dokumen yang dikeluarkan oleh sesebuah negara bagi memberi izin
kepada seseorang untuk memasuki sesebuah negara dalam tempoh waktu tertentu. Visa juga
merupakan singkatan daripada bahasa Latin iaitu Charta Visa yang bermaksud “ Paper That
Has Been Seen” atau kertas yang sudah dilihat yang secara mudahnya bermaksud seseorang
individu sudah diberi kebenaran untuk masuk ke dalam sesebuah Negara (Ahmad Sharidan
Mohd Alias, 2009).
Di Malaysia, secara khususnya hanya mengeluarkan tiga jenis visa sahaja iaitu Visa
Sekali Masuk, Visa Beberapa Kali Masuk dan Visa Transit. Visa Sekali Masuk biasanya
dikeluarkan kepada warga asing bagi tujuan sosial dan juga tujuan urus niaga. Visa jenis ini
8
biasanya hanya untuk sekali masuk sahaja yang tempohnya tidak melebihi tiga bulan
daripada tarikh pengeluaran visa. Jenis visa yang kedua pula ialah Visa Beberapa Kali Masuk
yang hanya dikeluarkan kepada warga asing yang memerlukan visa untuk masuk ke Malaysia
bagi tujuan perniagaan dan urusan-urusan kerajaan. Tempoh sah laku visa ini hanyalah 12
bulan atau satu tahun daripada tarikh yang telah dikeluarkan.
Terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh warga asing yang ingin memohon
visa ini. Antara syarat-syaratnya ialah pemohon perlu menunjukkan bukti kewangan yang
mencukupi semasa tinggal di Malaysia. Selain itu, pemohon juga perlu mempunyai tiket balik
yang telah disahkan. Lawatan secara berkumpulan tidah layak untuk memohon untuk visa ini.
Sayarat yang terakhir pula ialah bayaran visa yang akan dikenakan untuk warganegara India
berjumlah RM 50.00 berbeza dengan warganegara China yang hanya berjumlah RM 30.00.
Jenis visa yang terakhir iaitu yang ketiga ialah Visa Transit yang dikeluarkan kepada warga
asing yang memerlukan visa untung singgah sebentar di Malaysia sementara meneruskan
penerbangan di negara lain. Akan tetapi, warga asing yang singgah sementara bagi menunggu
untuk ke destinasi seterusnya dengan menggunakan pesawat yang sama tanpa meninggalkan
kawasan lapangan terbang tidak perlu untuk memohon visa ini ( Jabatan Imigresen Malaysia,
2012).
Adalah tidak munasabah jika kita mengatakan bahawa kedatangan warga asing ke
negara kita merupakan perkara baru. Sejarah telah menceritakan bahawa kedatangan warga
asing ke negara kita dibuktikan dengan kehadiran kaum India, Cina, Serani, Siam, Bugis dan
sebagainya sebagai golongan imigran yang datang menetap di Tanah Melayu secara tetap
ataupun hanya sementara bagi memenuhi keperluan mereka.
Migrasi membawa erti penghijrahan sekumpulan manusia dari satu negara ke satu
negara yang lain bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka. Mereka
semua bukanlah penduduk asal negara ini. Para ahli akademik sama ada seorang sejarahwan,
sosiologis dan sebagainya seakan sependapat bahawa proses migrasi jelas terlihat dalam abad
yang ke-19 apabila British berusaha membawa masuk golongan imigran untuk bekerja dalam
beberapa sektor yang tidak mendapat sambutan oleh penduduk tempatan. Daripada definasi
yang telah kami peroleh tadi, dapatlah kumpulan kami simpulkan disini bahawa setiap
penghijrahan yang berlaku itu terdorong oleh perasaan yang ingin meningkatkan taraf hidup
sendiri. Desakan hidup kadangkala membuatkan seseorang bertindak di luar jangkaan.
9
Belakangan ini sering kita lihat di dada-dada akhbar menceritakan tentang
kemasukan warga asing dalam negara kita semakin berleluasa. Stastitik secara keseluruhan
menunjukkan, pada Februari 2010, seramai 26.1 juta warga asing memasuki negara ini
dengan pelbagai stasus seperti pelancong, pekerja, diplomat, pelajar, pemegang pas pekerja
jangka pendek, pemaustautin dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHRC). Daripada jumlah yang telah dinyatakan tadi,
seramai 2.4 juta warga asing yang lain menetap di Malaysia untuk tempoh masa yang
panjang (Azam, 2010). Kemasukkan warga asing ke negara kita mempunyai pro dan kontra
yang perlu kita titik beratkan.
Masalah penyalahgunaan visa oleh warga asing sebenarnya telah diperkatakan pada
19 Januari 2010, dalam Utusan Malaysia. Pelancong asing dari Mexico, Guatemala dan
Spanyol telah melakukan rompakan di Terengganu. Menurut Pertubuhan Pelancongan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO), seramai 39,046 orang pelancong asing dari India pula
telah lesap tidak tahu dimana. 75,645 orang yang lain pula telah menyalahgunakan visa yang
telah kerajaan berikan ( Azam, 2010).
Jumlah pendatang asing ke negara kita ini amat besar dan membimbangkan semua
pihak. Menteri Pelancongan YB Dato’ Sri Dr.Ng Yen Yen pada sidang akhbar 12 Januari
2010 telah mengumumkan bahawa Malaysia menduduki tempat kedua selepas Korea Selatan
yang melebihi sasaran kemasukkan pelancong asing pada tahun 2011. Beliau menjelaskan
lagi, seramai 19 juta orang pelancong dicapai pada bulan Oktober dan dijangka akan
mencecah sehingga 23.65 juta orang pelancong pada akhir tahun 2009, walaupun industri
pelangcongan dunia agak menurun dan suram. Beliau begitu bangga kerana Malaysia
melepasi Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Hebatnya Malaysia kerana mengungguli carta
memperoleh tempat kedua (Azam, 2010).
Namun begitu, adakah patut kita sebagai rakyatnya berbangga atas ‘kejayaan’ yang
telah Negara kita ungguli ini? Ya,mereka masuk ke negara ini menggunakan visa
pelancongan tetapi yakinkah kita bahawa mereka semua sememangnya pergi melancong dan
bukannya menipu dan menjadi penjenayah? Dimana silapnya kita sehinggakan warga asing
berjaya bermaharajalela di bumi bertuah kita? Adakah kita perlu membutakan mata
memekakkan telinga melihat warga asing ini membolot semua kekayaan di negara kita
sendiri? Tepuk dada tanya selera.
10
Menurut laporan akhbar 13 Januari 2010, Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib
Tun Razak telah memdedahkan seramai 39,046 orang pelancong dari India yang telah tamat
tempoh visanya ‘lesap’ dari rekod Jabatan Imegresen. Beliau menambah lagi, dengan
mengatakan kita semua tidak mengetahui di mana pelancong ini berada. Mungkin sudah
berada di India. Mungkin juga masih bekerja disini dan menyamar menjadi warganegara
yang sah (Azam, 2010). Di antara September 2008 dengan September 2009, seramai 75,645
daripada 248,939 yang diberikan visa waktu ketibaan (VOC) telah menyalahgunakan visa
mereka. Kerana terlampau mengejarkan ramai pelancong, kita alpa dengan masalah yang
bakal negara kita tempuhi. Keputusan kita memberikan VOC kepada pelancong adalah sangat
tidak bijak kerana ianya dibuat tanpa kajian yang teliti. Ketua Pengarah Imegresen, Datuk
Abdul Rahman Othman sendiri mengakui bahawa VOC yang diberikan kepada pelancong
telah membawa padah kepada negara seperti masalah pelacuran dan pendatang tanpa izin
(PATI) kerana rata-rata daripada mereka yang memohon VOC ini pendatang miskin yang
mencari jalan mudah untuk masuk ke Malaysia.
Cetusnya kegelisahan ini adalah apabila kerajaan Malaysia terlalu memberikan
kelonggaran kepada warga asing khususnya dalam sektor buruh. Buruh asing terbahagi
kepada dua iaitu buruh asing dengan izin dimana mereka mempunyai dokumen-dokumen
yang sah untuk bekerja di Malaysia. Manakala buruh asing tanpa izin tidak mempunyai
dokumen-dokumen yang sah bagi memberikan perkhidmatan di negara kita yang tercinta ini.
Golongan kedua ini yang selalunya menjadi kudis dalam negara kita. Mereka umpama diberi
betis hendakkan peha kerana tidak pernah bersyukur di atas belas ihsan yang telah kerajaan
kita berikan demi mencari sesuap nasi. Mereka terus menerus mengambil kesempatan untuk
tinggal di Malaysia secara haram tanpa memperbaharui permit.
3.0 Sedarkah…Kita yang Menjemput Virus Tersebut
Rakyat Malaysia rata-rata malu untuk berkerja dalam sektor pembinaan dan
pertanian. Penyakit yang berleluasa dalam masyarakat kita ini telah menjadi barah kepada
negara. Akibat daripada sikap kita sendiri, tanpa disedari kita telah membuka peluang kepada
warga asing untuk menetap di sini. Sikap rakyat negara kita lebih cenderung untuk menjadi
11
buruh mahir atau hanya bekerja di dalam pejabat yang dilengkapi dengan penyaman udara.
Mereka tidak sanggup untuk berpanas membuat binaan-binaan negara.
Inikan sikap yang perlu kita pupuk demi menjaga kesejahteraan negara? Inikah
maksud yang kita sering laungkan bahawa kita sanggup berkorban demi negara? Memerah
keringat di tengah panas juga kita tidak sanggup, inikan pula mahu menumpahkan darah
melindungi negara tercinta dari penjajah.
Kedatangan buruh asing dalam negara kita begitu ketara pada tahun 1980-an.
Kebanjiran buruh asing secara haram mahupun tidak, memberi impak dalam pembangunan
sosioekonomi negara. Permintaan buruh yang tidak mahir dalam negara merupakan faktor
tarikan kemasukkan buruh-buruh ini. Menurut kajian Persatuan Bersatu Malaysia (UPAM),
pada tahun 1980 hingga 1985 sektor perladangan kelapa sawit dan getah mengalami kerugian
pendapatan sebanyak RM370 juta disebabkan kekurangan pekerja. (Abdul Aziz, 2010)
Dalam sektor pembinaan, negara juga mengalami kekurangan pekerja buruh akibat
daripada warga Malaysia yang tidak berminat dalam bidang ini. Oleh sebab itu, kerajaan
mengambil inisiatif lain dengan mengambil pekerja asing bagi memenuhi koata pekerjaan
dalam bidang ini. Rakyat negara kita yang tidak sanggup bekerja sebagai buruh tidak mahir
kerana mereka lebih cenderung untuk menjadi buruh mahir atau hanya bekerja di dalam
pejabat yang dilengkapi dengan penyaman udara. Mereka tidak sanggup untuk berpanas
membuat binaan-binaan negara. Kita memang tidak boleh menyalahkan pendatang asing
tanpa izin ini kerana dari sudut realitinya kerana kita memang kekurangan pekerja dari sektor
pembinaan. Rakyat negara kita sukar memenuhi permintaan terhadap buruh kasar. Kita
memang memerlukan pekerja asing dalam pembangunan negara kita. Namun dengan
kehadiran mereka, terutama golongan tanpa izin juga menimbulkan pelbagai masalah kepada
negara kita.
Kita tidak mahu sejarah kembali berulang, namun jika ditinjau daripada sikap kita
sekarang, tidak keterlaluan jika kami katakan bahawa generasi kita sekarang yang bakal
mengulangi sejarah itu kembali. Mahukah kita merempat di tanah air sendiri? Mahukah kita
menjadi hamba yang dicaci dan dihina? Kami yakin kita semua tidak ingin ini semua berlaku.
Oleh itu, bangkitlah wahai pejuang negara. Hunuskan pedangmu. Jangan biarkan negara kita
12
ditakluk lagi.Sedarlah bahawa kitalah yang menjemput warga asing untuk datang ke Negara
kita dengan tangan yang terbuka.
4.0 Jika Tidak Dikawal Virus ini Makin Parah Kesannya
Kemasukan pekerja asing secara tidak terkawal juga akan menyebabkan
kesejahteraan sosial masyarakat tempatan terutama dalam aspek kesihatan akan terjejas. Ini
akan menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat tempatan. Mereka bimbang
sekiranya pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masuk ke dalam negara membawa virus-
virus penyakit yang tidak diingini.
Penyakit-penyakit berbahaya boleh merebak dengan meluas. Dalam hal ini, pekerja
asing yang mempunyai permit perjalanan sah yang masuk ke dalam negara Malaysia
biasanya akan melakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu. Sebaliknya, PATI tidak
berbuat demikian. Oleh itu mereka dikhuatiri membawa virus-virus penyakit. Kebanyakan
PATI yang masuk ke dalam negara berasal daripada kawasan mundur di negara asal mereka.
Kesihatan mereka kurang terjamin.
Ada di antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin dan sebagainya.
Akibatnya rakyat kita menjadi mangsa. Statistik menunjukkan bilangan rakyat tempatan yang
menghidap penyakit tibi meningkat semula sejak kebanjiran PATI ke dalam negara Malaysia.
Banyak PATI juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan Hepatitis. Dalam hal ini,
hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan
AIDS ( My Ruai, 2011).
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan telah mendedahkan bahawa 80% pekerja asing
dalam sektor perladangan telah dikenalpasti sebagai pembawa virus HIV. Berdasarkan
analisis dan pemerhatian Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia (AADK), kebanyakan kes
HIV dalam kalangan pekerja asing adalah disebabkan penyalahgunaan dadah.
Sememangnya kehadiran pekerja asing sama ada sah atau haram ini mampu
memenuhi keperluan pasaran tenaga buruh dalam perkembangan ekonomi yang pesat tetapi
jumlah mereka yang terlalu besar telah mengundang kesan yang negatif terhadap Malaysia.
Antaranya ialah kadar kes jenayah yang semakin tinggi akibat kehadiran pekerja asing
terutamanya pekerja asing secara haram. Setiap hari media akhbar dan elektronik melaporkan
13
mengenai tingkah laku dan kegiatan negatif pendatang ini yang melibatkan pergaduhan dan
kematian. Pendedahan demi pendedahan menjadikan kita tertanya-tanya apakah yang
berlaku. Sehari ke sehari terdapat sahaja pendatang yang ditemui mati di tepi jalan, mati
kerana bergaduh dan sebagainya.
Begitu juga dengan kes-kes jenayah yang kecil seperti ragut, rompakan, rogol,
mencuri, berkhalwat, berzina dan mengganggu anak gadis sudah biasa kita dengar. Aktiviti
sampingan ini telah mengganggu keharmonian masyarakat Malaysia dan memberi motivasi
kepada sebilangan kecil daripadanya untuk turut bersama-sama terlibat dengan jenayah. Di
Kedah umpamanya, sepasang suami isteri ditangkap kerana bersubahat membantu
sekumpulan pendatang asing dari Kuala Lumpur melakukan jenayah pecah rumah dan
rompakan. Hasil rompakan tersebut dibahagikan sama rata dan perbuatan tersebut terus
diulangi dari semasa ke semasa sehinggalah ditangkap.
Pendatang Indonesia merupakan rakyat asing yang paling banyak terlibat dalam kes
jenayah di negara kita.Pengarah Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman ,Datuk Mohd Bakri
Mohd Zain berkata,statistik polis mendapati pada tahun 2007, 1,984 orang pendatang
Indonesia terlibat dalam keseluruhan kes jenayah yang dilaporkan di negara ini.Menurutnya,
daripada jumlah itu, 61 orang warga Indonesia terlibat dalam kes pecah rumah dengan
bersenjatakan parang atau pisau dan ada juga yang memiliki senjta api.Mengikut statistik
Bukit Aman,kadar jenayah pecah rumah menigkat 4,727 kes kepada 33,599 kes pada 2007
berbanding 28,872 kespada 2006.
Terdapat banyak sebab kenapa kes jenayah banyak melibatkan pekerja asing dan
PATI. Antaranya ialah kesempitan kewangan. Hidup di bandar besar dengan pendapatan
yang kecil adalah sesuatu yang membebankan. Tidak salah kalau kita beranggapan bahawa
PATI yang terlibat ialah mereka yang bernafsu besar dan mahu cepat menjadi kaya tanpa
memikirkan dosa dan kesulitan yang akan dialami oleh mangsa. Pergaduhan sesama etnik
dari negara yang sama turut berlaku disebabkan rasa tidak puas hati dan membalas dendam.
Kadangkala perkara yang kecil turut melibatkan kematian seperti yang berlaku tidak lama
dahulu iaitu mati kerana berebut tandas. Kejadian ini melibatkan pekerja dari Myanmar.
Pekerjaan untuk rakyat tempatan juga telah dikurangkan apabila terlalu ramai
warga asing mencari pekerjaan di sini. Rakyat tempatan lebih susah untuk mencari pekerjaan
14
dan mungkin akan menyebabkan pengangguran. Pada tahap Negara kita menuju era teknologi
bermaklumat dan berikutan dengan zaman yang serba canggih ini, timbulah pelbagai masalah
sosial yang melanda golongan remaja serta menimbulkan kebimbangan kepada setiap
golongan komuniti di Negara kita khususnya.
Satu lagi fenomena iaitu remaja perempuan lari dari rumah dan berkahwin dengan
jejaka asing telah hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Malah setiap hari apabila kita
menyelak di dada-dada akhbar ada sahaja cerita mengenai perempuan bawah umur yang
masih bersekolah melarikan diri mengikut kekasih hati yang merupakan pendatang asing di
Negara kita. Sindrom remaja perempuan lari dari rumah serta berkahwin dengan jejaka asing
juga semakin hari semakin ketara dan telah menggugat aspirasi pembentukan golongan
remaja yang berdedikasi serta berwawasan. Remaja-remaja ini lebih mengikut emosi
daripada akal fikiran yang rasional. Mereka tidak pernah terfikir akan akibat dan hukuman
yang akan dikenakan ke atas mereka.
Isu ini telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak terutamanya pihak
kerajaan. Daripada data yang diperoleh dari jurnal kebajikan masyarakat, yang diperolehi
sepanjang tempoh kajian penyelidik berhubung dengan sindrom remaja kahwin dan lari dari
rumah, remaja melayu adalah etnik yang paling ramai dilaporkan hilang berbanding dengan
kumpulan etnik lain dalam tempoh 1999-2001. Seramai 1,326 remaja melayu atau 61.8%
telah dilaporkan hilang, seramai 1,030 atau 61.6% mewakili remaja cina dan remaja india
pula seramai 827 atau 57.6% yang terdiri daripada remaja. Selain itu, sejak akhir-akhir ini
banyak gadis-gadis tempatan yang dilarikan ke Lombok, Indonesia kerana termakan janji
manis mereka dan memperdayakan gadis-gadis tempatan. Berikutan dari sindrom ini,
masalah ini telah memecah-belahkan kekeluargaan, merosakkan nilai-nilai tradisional, nilai-
nilai agama dan juga hubungan serumpun antara dua Negara Padu. Tambahan pula ada
sesetengah rakyat tempatan yang dijadikan keldai dadah untuk kepentingan mereka sendiri.
Walaupun semua jenayah ini bukan semestinya berkaitan dengan pendatang asing
tetapi hubunganya dengan pendatang asing juga tidak dapat dipisahkan. Kegiatan-kegiatan
jenayah yang sering berlaku bukan sahaja mengancam keselamatan diri sendiri malahan juga
akan menjejaskan imej negara kita. Kegiatan-kegiatan jenayah kini semakin serius dan akan
membimbangkan semua lapisan masyarakat tidak mengira orang itu lelaki atau perempuan,
muda atau tua, kaya atau miskin juga akan menjadi salah satu mangsa yang tidak berdosa.
15
Selain itu, pendatang asing datang ke Malaysia juga akan menyebabkan
pendapatan negara berkurang. Tidak dapat dinafikan punca utama pendatang asing datang ke
Malaysia ialah untuk bekerja dan mencari rezeki. Senario ini telah menyebabkan wang
tempatan mengalir ke negara asal mereka.Ini kerana apabila mereka mendapat gaji, mereka
mestinya mengirim sebahagian duit gajinya balik ke negara asal mereka bagi keluarga
mereka. Hal ini, telah menyebabkan pendapatan negara setiap tahun rugi beribu-ribu juta
dalam keadaan ini. Jika fenomena ini terus berlaku lagi dan tidak ada pihak yang mengambil
tindakan yang sewajar, kami percaya suatu hari nanti ekonomi negara juga akan terjejas
disebabkan oleh sistuasi ini.
Kemasukan pendatang asing khususnya PATI ke dalam negara juga akan
mengundang masalah perumahan di mana mereka biasanya akan mendirikan kawasan
perumahan secara haram. Ada sesetengah kumpulan PATI ini pula membuka kawasan hutan
sebagai kawasan perumahan mereka. Oleh itu, mereka telah menggunakan tanah rakyat
tempatan sewenangnya untuk kepentingan mereka sendiri. Kebiasaannya kawasan rumah
setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas seperti sistem pembuangan
sampah, sistem kumbahan dan sebagainya. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku
dan juga menyebabkan kesejahteraan penduduk tempatan yang berhampiran dengan rumah
mereka akan terganggu.
Semua perkara-perkara ini sungguh merisaukan masyarakat tempatan sehinggakan
mereka sendiri tidak senang duduk berada di negara mereka sendiri. Apakah jalan
penyelesaiannya? Adakah kita perlu berdiam diri melihat kebanjiran PATI masuk ke dalam
negara kita? Oleh itu, kita haruslah memikirkan jalan yang sewajarnya untuk membendung
kebanjiran PATI masuk ke dalam negara kita kerana apa yang kita lihat impak negatif lebih
terserlah berbanding impak positif.
16
5.0 Kebergantungan : Adakah Negara Memperoleh Manfaatnya
Kehadiran PATI dan pekerja asing bagi memenuhi permintaan di sektor kritikal
seperti pembinaan dan perladangan adalah gambaran sifat bergantung yang keterlaluan dalam
pembangunan tenaga kerja. Jumlah PATI seramai 600,000 orang boleh sahaja memberi
maklum balas dan persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan Malaysia. Usaha kerajaan
seperti pengampunan, sebatan dan pembekuan pengambilan pekerja asing yang baru tidak
pernah menghalang lebih ramai PATI untuk mencari rezeki di negara ini.Hakikatnya,
semakin ramai pekerja asing khususnya PATI yang datang ke Malaysia (Bernama Online,
2011)
Sampai bila Malaysia hendak bergantung pada pekerja asing? Sampai bila
pembanjiran pekerja asing tanpa izin akan berlaku di Negara kita? Semakin hari semakin giat
pendatang asing tanpa izin datang ke negara kita. Mereka memilih negara kita sebagai
“persinggahan” mereka untuk mencari rezeki. Kebanyakannya dari negara luar seperti
Myanmar, India, Indonesia dan sebagainya. Memang negara kita patut menjadi tumpuan
pendatang asing tanpa izin kerana negara kita sedang membangun dengan pesatnya yang
memerlukan tenaga buruh yang banyak . Peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor
pembuatan dimonopoli oleh mereka.
Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak
minoriti di tanah air sendiri. Adakah kerajaan boleh mengehadkan pergantungan kepada
buruh asing? Jika ini berlaku ia akan mengurangkan masalah di negara kita. Dalam usaha
maju untuk mencapai sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi, timbul persoalan adakah
Malaysia masih memerlukan buruh asing tidak mahir?
Dalam Bernama Online 2011, Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja
Malaysia, Mohd Jafar Abdul Majid berkata tidak dinafikan pekerja asing dan pekerja asing
tanpa izin telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara, terutama dalam sektor
yang mengalami masalah kekurangan pekerja seperti pembinaan dan perladangan, tetapi
ekonomi kita dipenuhi dengan pekerja asing tidak mahir atau mempunyai kemahiran yang
rendah menyebabkan ia tidak dapat memberi sumbangan bermakna kepada aspirasi Malaysia
untuk menjadi negara yang berpendapatan tinggi.
17
Menurut beliau juga, negara kita terlalu bergantung dengan pekerja asing untuk
tempoh yang terlalu lama. Kami amat bersetuju pekerja asing tidak dibenarkan masuk negara
kita supaya pekerja negara kita dapat mencari makan dengan mengisi tempat-tempat yang
dikosongkan oleh pekerja asing. Memang benar pekerja asing menyebabkan wang negara kita
mengalir keluar dan seterusnya menjejaskan kewangan negara kita. Kita dapat selamatkan
wang ini jika pekerja kita yang mengisi semua jawatan-jawatan dalam negara kita. Walaupun
kami bersetuju dengan dasar kerajaan yang mengatakan tidak membenarkan pekerja asing
masuk Malaysia lagi, tetapi bagaimana pula dengan pengusaha dan usahawan yang telah
menggunakan pekerja asing sebagai tenaga buruh mereka. Bagaimana dengan jawatan
pekerja asing itu ? Adakah akan diambil oleh rakyat negara kita? Jika pekerja asing
diberhentikan, adakah ada pekerja Malaysia yang sanggup bekerja sebagai buruh kasar
walaupun dibayar dengan gaji yang mahal.
Syarikat perkilangan di negara kita akan mengalami masalah kerana pekerja asing
yang ditugaskan untuk kerja kasar yang tidak memerlukan kecekapan adalah bergaji rendah,
dan ini pasti tidak diminati oleh pekerja Malaysia. Pekerja kita bekerja di peringkat atas
untuk memproses hasil kerja pekerja di peringkat bawah. Apabila tidak ada pekerja peringkat
bawah, dan tidak ada pekerja tempatan untuk menggantikan mereka, maka kerja-kerja awal
tidak dapat dilakukan dan dengan itu tidak ada barangan untuk memproses oleh pekerja
tingkat atas yang terdiri daripada rakyat Malaysia.
Menurut laporan ekonomi 2011/2012 mencatatkan terdapat 1.8 juta pekerja asing
berdaftar di Malaysia dengan 38.2 peratus bekerja di sektor pembuatan, 16 peratus bekerja di
sektor pembinaan dan 14.2 peratus dalam perladangan. Indonesia menyumbang bilangan
pekerja asing berdaftar paling tinggi di Malaysia iaitu 50.9 peratus diikuti dengan Bangladesh
dengan 17 peratus, Nepal dengan 9.7 peratus, Myanmar dengan 7.8 peratus, India dengan 6.3
peratus dan Vietnam dengan 4.2 peratus. Bagaimanapun kebergantungan yang tinggi
terhadap buruh asing bukan hanya dialami di Malaysia, malah turut dihadapi oleh negara-
negara yang mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi seperti Singapura dan Arab Saudi.
18
6.0 Takut Berada di Negara Sendiri? Mana Usaha Yang Diambil?
Perkara ini harus diambil tindakan sewajarnya. Pihak yang berkuasa sepatutnya
bertindak atas kuasa masing-masing. Kita kadang-kadang menjadi takut apabila pergi ke
sesuatu tempat yang dibanjiri oleh pendatang asing. Kenapa kita perlu takut untuk berada di
negara sendiri? Sesetengah pekerja asing yang tidak mempunyai pekerjaan dan gaji yang
tetap, akan menyebabkan mereka sanggup melakukan jenayah seperti rompakan untuk
membiayai kehidupan diri dan keluarga. Kehidupan rakyat Malaysia menjadi tidak aman
disebabkan kes jenayah yang tinggi.
Menurut Akhbar berita harian 19 Mac 2010, kerajaan optimis tangani isu
pendatang asing secara holistik. Lambakan warga asing kian meresahkan rakyat tempatan
selain soal kebimbangan terhadap ancaman serta membebankan negara. Menurut laporan ini,
Timbalan perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah memutuskan untuk
menubuhkan Makmal pengurusan Warga Asing. Ia bertujuan mencari kaedah penyelesaian
secara holistik untuk menangani isu berhubung warga asing di Malaysia khususnya
mengelakkan lambakan pendatang asing tanpa izin. Jika kita lihat sekarang, adakah program
ini berjaya dilaksanakan selama 2 tahun ini?
Pasti sekarang pihak kerajaan berusaha untuk memastikan permasalahan berkaitan
pekerja asing khususnya yang tinggal secara haram dapat ditangani dengan efektif. Dalam hal
ini, kerajaan memutuskan mengambil tindakan serta-merta memeriksa ke premis majikan
yang mengaji pekerja asing di sektor terbabit untuk memastikan majikan menjaga kebajikan
dari aspek pembayaran gaji, tempat tinggal, kesihatan dan persekitaran kerja. Pada masa yang
sama majikan perlu mematuhi standard perburuhan dan langkah pelindungan di dasar dan
undang-undang buruh.
Kerajaan juga perlu lebih memberi tumpuan kepada menangani isu-isu negara yang
membabitkan pendatang asing tanpa izin dengan membuat pemeriksaan di semua premis
untuk mengesan majikan menjaga kebajikan pekerja asing. Dari segi laporan di atas,
menunjukkan kita menjaga kebajikan pendatang asing ini di negara kita. Kita tidak boleh
memperlakukan mereka seperti hamba kerana negara kita ada undang-undang dan kita perlu
patuh kepada undang-undang tersebut. Sebagai majikan kita perlu menjaga pekerja kita.
Kesimpulan nya, kedatangan pendatang asing tanpa izin ini dari sektor pekerjaan
memberi kesan positif dan negatif kepada negara kita. Sepatutnya, kita sebagai tanda cinta
19
dan sayang kepada negara kita, kita harus membantu negara kita dari pelbagai sektor.
Pendatang asing atau pendatang asing tanpa izin ini tidak boleh dipersalahkan seratus peratus
kerana rakyat di Negara kita juga bersalah. Apa yang kita boleh lakukan sekarang hanya
mengurangkan pekerja asing di negara kita dan lakukan sekatan seberapa banyak yang boleh
agar pendatang asing tanpa izin tidak boleh masuk ke dalam negara kita.
Kesedaran dalam diri rakyat Malaysia sendiri perlu dipupuk agar tidak perlu untuk
sentiasa bekerja di peringkat atas. Pekerja asing banyak membantu negara kita dalam
pelbagai sektor yang telah menjadikan negara kita negara yang sedang membangun sekarang.
Negara kita akan lebih membangun jika rakyat kita sendiri yang bergiat aktif dalam dunia
perburuhan bukan dengan melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah. Pelbagai cara boleh
dilakukan untuk mengawasi kemasukan pendatang asing tanpa izin ini, tetapi perlu dilakukan
secara berterusan dan berwawasan.
8.0 Kesimpulan
Menurut Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia, Jumlah statistik pekerja asing sah
dan pendatang tanpa izin yang telah didaftarkan menerusi program 6P sehingga 31 Ogos
2011, yang telah dikemas kini pada 02 April 201, pekerja asing sah berjumlah 1,016,408
orang dan Pendatang asing tanpa izin berjumlah 1,303,126 orang. Menurut data ini,
menunjukkan bahawa pendatang asing tanpa izin lebih ramai berbanding yang sah. Ini
menunjukkan semakin ramai yang datang tanpa memiliki permit yang sah ke negara ini.
Semestinya jumlah ini akan meningkat dari semasa ke semasa. Jika kita membiarkan kes ini,
negara kita akan dibanjiri oleh pekerja asing.
Walaupun Negara memerlukan warga asing untuk sektor pembinaan dan
pertanian. Namun kemasukan mestilah mengikut prosedur yang betul. Pihak majikan tidak
seharusnya bersikap memekakkan telinga di atas isu ini. Manakala pihak yang
bertanggungjawab pula haruslah bijak dalam menangani masalah yang serius ini. Perhatian
yang lebih harus diberikan kepada negeri Sabah agar Sabah tidak terus menjadi negeri warga
asing seterusnya dijajah pleh mereka.
20
Jika sebelum ini, kita selalu terdengar cakap-cakap yang mengutuk bangsa Cina, dan
bangsa India. Ada yang mahu menghalau mereka supaya balik semula ke India dan China.
Tetapi sebenarnya kita tidak sedar bahawa yang berkuasa sekarang warga asing. Jangan
sampai terdesak untuk mencapai sesuatu seperti pembangunan yang maju, akhirnya hingga
sanggup menggadaikan negara ini kepada warga asing.
21
9.0 Rujukan
Abdul Aziz, M. A. A. (2010, September 11). Pendatang asing. Diakses pada 6 November 2012 daripada http://sosial-pendatangasingf26.blogspot.com/
Azam, N. (2010, Januari 19). Pelancong, perompak, penipu dan pelacur. Utusan Online. Diakses pada 6 November 2012 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm
Bernama. , & Bernama, (2012, Oktober 2). Hishammuddin: Tiada halangan pelabur dapatkan pekerja asing.Sinar Harian. Diakses pada 6 November 2012 daripada http://www.sinarharian.com.my/nasional/hishammuddin-tiada-halangan-pelabur-dapatkan-pekerja-asing-1.90868
Bernama Online. (2011, Ogos 13). Sampai bila malaysia perlu pekerja asing?. Harian Malaysia. Diakses pada 6 November 2012 daripada http://www.harianmalaysia.my/berita-terkini/sampai-bila-malaysia-perlu-pekerja-asing/
Dian. (2011, Disember 6). Definasi visa, australia education. Diakses pada 6 November 2012 daripada http://www.ausieedu.com/all-about-visa/visa-australia-visa-australia
Elbi Risalah. (2011, Ogos 21). Rasuah dan kebocoran pintu masuk negara. Diakses pada 6 November 2012 daripada http://dialograkyat.blogspot.com/2011/08/rasuah-dan-kebocoran-pintu-masuk-negara.html
Jabatan Imegresen Malaysia. (2012, Februari 29). Jenis visa. Diakses pada 6 November daripada http://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/visa/jenis-visa
Jabatan Imegresan Malaysia. (2012, April 2). Jumlah statistik pekerja asing sah dan pati yang telah didaftarkan menerusi program 6p (sehingga 31 ogos 2011). Diakses pada 6 November 2012 daripada http://www.imi.gov.my/index.php/ms/informasi/arkib/2-uncategorised/429-jumlah-statistik-pekerja-asing-sah-dan-pati-yang-telah-didaftarkan-menerusi-program-6p-sehingga-31-ogos-2011
Mohd Alias, A. S. (2009, Ogos 23). Visa (untuk perjalanan). Diakses pada 6 November 2012 daripada http://frossonice.blogspot.com/2009/08/visa-untuk-perjalanan.html
My Ruai. (2011, Julai 20). Pati. Diakses pada 6 November 2012 daripada http://pakreatif.blogspot.com/2011/07/pati.html
Sabahkini.net. (2011, Ogos 21). Rasuah da kebocoran pintu masuk negara. Diakses pada 6 November 2012 daripada http://sabahkinimirror.blogspot.com/2011/08/rasuah-dan-kebocoran-pintu-masuk-negara.html
22
23