21
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR WAJ 3073 SENI DALAM PENDIDIKAN Disediakan oleh: CHE SHAZUANDY BI CHE MOHD YASIN (NO IC 811112-03-5013) UNIT PJMA PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JUN 2011

ASSGMENT BMM siap

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bmm

Citation preview

Page 1: ASSGMENT BMM siap

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR

WAJ 3073

SENI DALAM PENDIDIKAN

Disediakan oleh:

CHE SHAZUANDY BI CHE MOHD YASIN(NO IC 811112-03-5013)

UNIT PJMA

PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURUPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

PENDIDIKAN JASMANIAMBILAN JUN 2011

Untuk Perhatian:

En NIK ZULKEFLI BIN HJ IBRAHIM.

JABATAN SAINS SOSIALINSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR

Page 2: ASSGMENT BMM siap

SEPT 2011

BIODATA PELAJAR

NAMA : CHE SHAZUANDY BIN CHE MOHD YASIN

NO I/C : 811112-03-5013

NO TEL. : 019-3627634

ALAMAT RUMAH : NO 9, JALAN PENDITA 1, TAMAN PENDITA, 72000, KUALA

PILAH, NEGERI SEMBILAN.

ALAMAT SEK : SEKOLAH KEBANGSAAN KEPIS FELDA, FELDA KEPIS, 72000

KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN.

INSTITUT : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR,

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

PROGRAM : PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU (PPG)

OPSYEN : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH

RENDAH.

AMBILAN : JUN 2011

SEMESTER : SEMESTER 7

Page 3: ASSGMENT BMM siap

ISI KANDUNGAN

BIODATA PELAJAR

1. KEMAHIRAN BERBAHASA

1.1 Kemahiran

1.2 Kemahiran mendengar 1.2.1 Pengenalan 1.2.2 Konsep-konsep penting dalam pendengaran

1.3 Kemahiran Bertutur 1.3.1 Definisi Kemahiran Bertutur 1.3.2 Konsep Bertutur

1.4 Kemahiran Membaca 1.4.1 Definisi kemahiran membaca 1.4.2 Konsep membaca

1.5Kemahiran Menulis 1.5.1 Definisi menulis 1.5.2 Konsep menulis

1.6 Aspek seni bahasa

1.7 Aspek tatabahasa

2.RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

3. REFLEKSI

1.0 KEMAHIRAN BERBAHASA

Page 4: ASSGMENT BMM siap

1.1 KEMAHIRAN

Kemahiran merupakan kebolehan semulajadi yang diperolehi oleh manusia yang

menjadikan ianya pintar, pandai dan cekap dalam melakukan sesuatu. Tahap penguasaan

kemahiran bergantung kepada sejauh mana seseorang itu melatih dirinya sehingga ke tahap

maksimum.

Berbahasa pula ialah berasal daripada kata akar bahasa yang bermaksud system yang

teratur berupa lambang – lambang bunyi yang digunakan untuk mengekspresikan sesuatu

perasaan dan fikiran bahasa tersebut.

Kemahiran berbahasa merupakan satu cabang ilmu dalam skop bahasa yang meliputi

kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berbahasa ini merupakan

teras kepada individu yang ingin menguasai bahasa baku. Penguasaan kesemua kemahiran ini

amat penting dalam proses pengajaran dan pempelajaran supaya berjalan dengan lancar dan

berkesan. Guru perlu kreatif dalam menarik perhatian murid – murid agar ilmu yang

disampaikan berkesan. Kemahiran berbahasa terbahagi kepada dua iaitu kemahiran bukan

lisan seperti membaca dan menulis dan kemahiran lisan melibatkan dua kompenon asas

seperti mendengar dan bertutur.

1.2 Kemahiran Mendengar

1.2.1 Pengenalan

Kemahiran mendengar bermaksud kebolehan mendengar dengan teliti dan memahami

perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti perbualan, soal jawab dan

perbincangan. Alat pendengaran yang digunakan untuk mendengar ialah telinga.

Pelajar yang menguasai kemahiran ini dapat mendengar dengan baik dan membalas

ransangan yang diterima setelah mentafsir apa yang didengar. Kemahiran ini juga dimulakan

pada peringkat awal dalam pengajaran bahasa yang bertujuan untuk meningkatkan kefasihan

pelajar bercakap dalam bahasa yang dipelajari itu.

Percakapan dan pendengaran berkait rapat antara satu sama lain. Kebiasaannya

individu akan mendengar dahulu sebelum bertutur. Mendengar adalah kemahiran asas dan

utama dalam proses komunikasi. Menurut ILA (1996), kemahiran mendengar merupakan satu

proses menerima atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan

percakapan untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran.

Page 5: ASSGMENT BMM siap

Menurutnya lagi, terdapat dua cara komunikasi yang berkesan iaitu, bergantung kepada

percakapan dan pendengaran.

Mendengar memerlukan perhatian yang tinggi kerana ia melibatkan proses kognitif

untuk memahami dan memproses maklumat yang didengari. Murid yang gagal menguasai

kemahiran ini tidak akan memberi perhatian yang penuh dan gagal untuk mengikuti proses

pengajaran dan pembelajaran.

1.2.2 Konsep-konsep Penting dalam Pendengaran.

Pendengaran boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara iaitu :

i. Pendengaran merupakan gabungan segala yang didengari, difahami dan

diingati.

ii. Pedengaran berlaku melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara

berperingkat-peringkat.

iii. Individu lebih banyak mendengar melalui pengalaman daripada melalui

kecerdasan otaknya.

iv. Aspek fizikal, psikologi dan neurologi mempengaruhi proses pendengaran.

v. Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang logik dan

berkesan.

vi. Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan.

vii. Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan

idea utama, hujah dan bukti.

1.3 Kemahiran Bertutur.

1.3.1 Definisi Kemahiran Bertutur.

Kemahiran bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat

artikulator manusia iaitu sebutan. Merupakan kemahiran berinteraksi melibatkan penggunaan

bahasa. Kemahiran bertutur berlaku pada peringkat pelahiran yang tidak boleh dicipta oleh

pelajar, tetapi mesti ditiru dan diajuk. Konsep ajukan dan tiruan ini perlu dikuasai untuk hasil

pertuturan yang baik. Model yang baik sangat diperlukan untuk hasil tindak balas yang baik.

Page 6: ASSGMENT BMM siap

Dalam ilmu linguistik, bahasa lisan atau pertuturan menggunakan bahasa akan

menghasilkan interaksi dua hala yang sempurna berbanding bahasa tulisan. Hal ini kerana

dalam bahasa tulisan, aspek sebutan seperti intonasi, rentak , tekanan, jeda dan persediaan

tidak dapat digambarkan dengan jelas.

1.3.2 Konsep Bertutur.

Seperti yang telah diketahui, hubungan antara kemahiran bertutur dengan kemahiran

mendengar adalah saling berkait rapat. Oleh itu, kemahiran bertutur melibatkan beberapa

konsep iaitu :

i. Pertuturan merupakan gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan oleh

individu.

ii. Pertuturan berlaku pada peringkat pelahiran setelah penutur dapat lebih

banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui kecergasan

otaknya.

iii. Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui

kecergasan otaknya.

iv. Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina boleh mempengaruhi kemahiran

bertutur.

v. Pertuturan yang dapat dikuasai dengan baik akan menghasilkan tabiat berbahasa

yang baik. Tabiat berbahasa yang baik itu pula membolehkan penutur berinteraksi atau

berkomunikasi secara berkesan.

1.4 Kemahiran Membaca.

1.4.1 Definisi kemahiran membaca.

Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti

mendengar dan bertutur. Pembacaan yang aktif akan menyebabkan seseorang itu mampu

menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman

biasa yang lain dalam kehidupan harian.

Page 7: ASSGMENT BMM siap

Melalui pembacaan, individu dapat meningkatkan tahap pemikiran dan menjana idea kreatif dan

kritis dalam pelbagai aspek. Membaca adalah proses kebalikan daripada proses menulis.

Membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis

kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya.

Menurut Zulkifley Hamid (1994), membaca merupakan proses dinamik yang kompleks

seperti membaca pantas, memahami dan mengingati fakta yang diperolehi serta membuat

interpretasi secara bijak dan analisis. Proses ini dinamakan komunikasi secara langsung

dengan bahan bacaan. Seseorang yang berjaya menguasai kemahiran membaca bermakna dia

telah berjaya merobohkan sebuah tembok pemisah yang maha besar antara dirinya dengan

lautan ilmu yang wujud dalam pelbagai bentuk karya

1.4.2 Konsep membaca.

Pumfrey (1977) berpendapat membaca tidak tertumpu kepada sifat mekaniknya, iaitu

membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa yang

dibaca, malahan membaca adalah lebih jauh daripada itu. Membaca dapat membina proses

pemikiran seperti kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan tepat,

memahami kehendak situasi dan asprasi masyarakat sekeliling, bina sikap dan cita – cita serta

fikiran yang terbuka dan positif.

Psikolinguitik kognitif pula menolak definisi membaca menurut fahaman teori pembelajaran

lama yang menyatakan proses membaca merupakan cara mengenal kata – kata dalam hati dan

kemudian diproses dalam minda untuk mengetahui makna kata – kata itu.

Definisi ini seolah - olah mengetepikan peranan yang dimainkan oleh pembaca.

Pembaca berperanan sebagai satu organisma yang pasif yang hanya menunggu proses

pemahaman makna yang dibaca. Ini merupakan satu proses satu hala yang sangat bercanggah

dengan keadaan sebenarnya. Proses satu hala ini ditentang oleh psikolinguistik kognitif kerana

tidak mengambil kira peranan yang dimainkan oleh pembaca dalam memahami material yang

dibaca.

1.5 Kemahiran Menulis.

Page 8: ASSGMENT BMM siap

1.5.1 Definisi Menulis

Secara umumnya, menulis merupakan perlakuan menggunakan pen, pensel atau

sebarang alat tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea mahupun pernyataan. Namun

begitu, definisi ini begitu umum dan bersifat mekanikal.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menulis ialah mencatat kata-kata dengan huruf dan

memakai pena seperti kalam, kapur, pensel dan lain-lain. Di samping itu, menulis juga

bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan catatan yang memakai huruf,

membuat surat atau mengarang.

Menurut Paul Jennings pula dalam The Reading Bug, “Menulis adalah keperluan

peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat untuk

kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tak ternilai dalam kegiatan ini.”

Sebenarnya, menulis bermaksud segala kegiatan menterjemahkan simbol-simbol grafik yang

disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi

ayat-ayat yang bermakna. Tulisan pula merupakan bahasa yang bertulis dengan lambang-

lambang bunyi di samping sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan individu.

1.5.3 Konsep Menulis.

Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea atau

maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa,

audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan

secara lebih menyeluruh.

Oleh yang demikian, kemahiran menulis bersifat dinamik kerana ianya membantu ke

arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan dalam suasana pengajaran dan

pembelajaran.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana

aktiviti ini bertindak sebagai alat bagi menghubungkan segala isi pelajaran dengan buah fikiran

seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca di mana kedua-duanya mementingkan

teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan begitu juga sebaliknya.Di

sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya

malah seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa selari. Walaupun pada dasarnya

membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi kadangkala kanak- kanak telah pandai menulis

Page 9: ASSGMENT BMM siap

ketika masuk sekolah. Ini tidaklah merisaukan kerana sewaktu mereka menulis mereka juga

membaca.

1.6 ASPEK SENI BAHASA 

Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi

keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang

menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Murid juga dapat

menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan. Seni

bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui

teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon

dan berpuisi. Pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan

personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan

dan seni dalam bahasa Melayu. Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni

bahasa ini dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.

1.7 ASPEK TATABAHASA

      Aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam

pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang

betul semasa membina ayat. Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta

penggunaan peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan.

Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan

kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Page 10: ASSGMENT BMM siap

Tahun : 3 Arif

Bil. Murid : 27 orang

Masa : 11.30 pagi – 12.30 tengah hari

Tarikh : 14/ 7 / 2014

Tema : Kesihatan dan Kebersihan

Tajuk : Makanan Seimbang (didik hibur)

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN4.4 Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

4.1.1 Melafazkan dan memahami pantun empat kerat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid berupaya:

i. Melafazkan pantun empat kerat dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.

ii. Melengkapkan pantun empat kerat dengan perkataan sinonim yang sesuai setelah memahami isi kandungan pantun.

Sistem Bahasa

Sistem bahasa : Sinonim (sama erti) Kosa kata : Hindari, sikap, amalan.

Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas Kurikulum

Ilmu : Sains, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Nilai murni : Tanggungjawab, perihatin, keselamatan diri Kreativiti : Memilih makanan seimbang dalam kehidupan harian

Strategi

KB : Mengenal pasti, banding beza, menaakul TKP : Verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal

kinestatik, visual BCB : Memproses maklumat mengenai piramid makanan. Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan amalan pemakanan

harian.

Page 11: ASSGMENT BMM siap

Bahan Bantu Belajar

Bil Jenis Bilangan1 Kad bercantum 62 Komputer riba 13 Pembesar suara 14 LCD 15 Petikan pantun 386 Latihan pantun (sinonim) 387 Latihan ‘Mari Lengkapkan Saya’ 38

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah membaca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Langkah/

Masa

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran

dan Pembelajaran

Catatan

Induksi Set

(5 minit)

Kad bercantum:

-Burger

-Sayur-sayuran

-Buah-buahan

-Ayam goreng

-Susu dan roti

Tajuk:

“Makanan Seimbang”

1) Guru mengedarkan kad

bercantum kepada semua

kumpulan.

2) Setiap kumpulan dikehendaki

mencantumkan kad tersebut

supaya menjadi satu gambar

tunggal.

3) Setiap kumpulan dikehendaki

menyatakan gambar yang

mereka perolehi.

4) Guru memaparkan gambar

pada slaid.

5) Guru bersoal jawab dengan

murid mengenai gambar

tersebut.

6) Guru mengaitkan kad

bercantum dengan tajuk

pengajaran pada hari ini.

BBB:

-Kad bercantum

-Komputer riba

-LCD

Teknik:

-Soal jawab

-Perbincangan

TKP:

-Verbal

-Visual

-Kinestetik

-Interpersonal

BCB:

-k.bertutur

-k.mendengar

Page 12: ASSGMENT BMM siap

7) Guru menyatakan tajuk

pengajaran. Nilai:

-Rasional

Langkah 1

(20 minit)

Petikan pantun:

Kosa kata:

-Hindari

-Sikap

-Amalan

“Cari yang sama”.

1) Guru mengedarkan petikan

pantun kepada semua murid.

2) Semua murid dikehendaki

membaca pantun tersebut.

3) Guru membacakan pantun

mengikut sebutan dan intonasi

yang betul.

4) Guru meminta murid

membacakan pantun dengan

sebutan dan intonasi yang

betul.

5) Murid-murid membaca pantun

secara berkumpulan.

6) Guru menerangkan tentang isi

pantun.

7) Guru dan murid berbincang

mengenai kosa kata.

8) Murid-murid diagihkan dengan

latihan isi tempat kosong

berdasarkan pantun.

9) Murid-murid dikehendaki

mengisi tempat kosong

dengan kata sinonim yang

diberikan.

10)Murid-murid diperdengarkan

dengan lagu kanak-kanak

sambil menjawab soalan.

11)Guru membimbing jawapan

BBB:

-Petikan pantun

-Komputer riba

-LCD

-Pembesar suara

TKP:

-Verbal

-Intrapersonal

-Interpersonal

BCB:

-K.membaca

-K.menulis

Teknik:

-Demonstrasi

Nilai:

-Berhati-hati

-Prihatin

Makanan Seimbang

Ikan di air terlihat-lihat,Ikan bernama si ikan laga;Amalkan gaya hidup sihat,Makan minum hendaklah dijaga.

Ikan dibeli si anak Sahlan,Dibeli juga si ikan jenahak;Makanan berkhasiat jadi amalan,Elak makanan banyak lemak.

Dibeli juga si ikan jenahak,Masak gulai kurang santan;Elak makanan banyak lemak,

Isi tempat kosong dengan perkataan yang sama erti berikut.

Ikan di air ______________,Ikan __________ si ikan laga;______ ______ hidup sihat,Makan minum hendaklah _____.Dibeli juga si ikan jenahak,Masak gulai ________ santan;______ makanan banyak lemak,Banyak memakan sayur-sayuran.

Ternampak-nampak caraSedikit jauhi bergelar praktikkan separuh

Page 13: ASSGMENT BMM siap

murid

Langkah

2

(15 minit)

Gambar piramid

makanan

1) Guru menayangkan gambar

piramid makanan kepada

murid-murid.

2) Semua murid dikehendaki

memberikan perhatian.

3) Guru mencungkil pengetahuan

sedia ada murid mengenai

piramid makanan.

4) Guru menerangkan tentang

piramid makanan dan isi

kandungannya.

5) Guru dan murid bersoal jawab

tentang kumpulan makanan

yang tidak difahami.

6) Murid-murid dikehendaki

memberikan contoh makanan

yang lain mengikut kumpulan

makanan.

7) Guru membimbing jawapan

murid.

BBB:

-Piramid makanan

-Komputer riba

-LCD

-Poster

Teknik:

-Penerangan

-Perbincangan

TKP:

-Visual

-Verbal

-Interpersonal

-Intrapersonal

KB:

-Banding beza

BCB:

-K.membaca

Page 14: ASSGMENT BMM siap

-K.menulis

Langkah 3

(15 minit)

Aktiviti:

“Mari Lengkapkan Saya”

1) Guru mengedarkan lembaran

latihan kepada semua murid.

2) Semua murid dikehendaki

membaca soalan dengan teliti.

3) Setiap murid dikehendaki

mengisi jawapan yang

disediakan dalam ruangan

yang sesuai.

4) Soalan adalah berkaitan

dengan kumpulan makanan.

5) Guru memainkan lagu kanak-

kanak sambil murid menjawab

soalan.

6) Murid dan guru

membincangkan jawapan

bersama-sama.

7) Guru membimbing jawapan

murid.

BBB:

-Lembaran latihan

-Komputer riba

-Pembesar suara

-LCD

TKP:

-Interpersonal

-Intrapersonal

-Verbal

KB:

-Mengenal pasti

BCB:

-K.membaca

Penutup

(5 minit)

Rumusan isi pelajaran.

Kognitif:

-Makanan seimbang

-Kumpulan makanan

-Perkataan sinonim

1) Murid-murid disoal mengenai

cara melafazkan pantun.

2) Guru bertanyakan tentang

kefahaman murid terhadap

makanan seimbang.

3) Murid-murid disoal mengenai

sinonim.

4) Murid- murid diminta

menyatakan nilai-nilai murni

BBB:

-Komputer riba

- LCD

TKP:

-Verbal

-Interpersonal

-Intrapersonal

Page 15: ASSGMENT BMM siap

Sosial:

Bertepuk tangan untuk

diri sendiri.

yang diperoleh dalam PdP.

5) Guru merumuskan isi

pelajaran.

KB:

-Merumus

Nilai murni:

-Perihatin

-Sayangi diri

-Jaga kesihatan

REFLEKSI

Page 16: ASSGMENT BMM siap

Ahamdulillah, akhirnya berjaya juga saya menyiapkan tugasan Kerja

KursusBerasaskan Ilmu Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (BMM 3104) inidengan

jayanya. Tugasan ini telah diterima pada 25 JULAI 2014dan perlu dihantarpada 25 OGOS

2014. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara individu. Tugasan ini adalahberpaksikan

kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiranbertutur,kemahiran

membaca ,menulisaspek seni bahasa dan aspek tatabahasa. Melalui tugasan ini, saya

dikehendakimemberikandefinisi dan konsep bagi kemahiran berbahasa, aspek-aspek

pentingberkaitankemahiran berbahasa dan merancang rancangan pengajaran harian

untuk dijalankan didalam kelas. Selain itu, saya

jugadikehendakimenggabungjalinkankemahiran tersebutdidalam rancangan pengajaran

harian tersebut.Melalui tugasan ini, saya mendapat banyakmaklumat yang berguna

untukdigunakan sebagai guru Bahasa Melayu pada masaakan datang. Saya juga

dapatmemahami apa yang dimaksudkan dengan kemahiranberbahasa. Selain itu,

sayadapat belajar cara untuk menyediakan RPH yangmenggabungjalinkan

pelbagaikemahiran berbahasa. Semasa menyiapkan tugasanini, saya tidak

mengalamisebarang masalah kerana buku-buku rujukan yangdigunakan mempunyai

banyakmaklumat yang berkaitan. Bahan-bahan yangdiperoleh dari internet juga

banyakmembantu. Saya juga turut mengadakanperbincangan dengan rakan

sekuliahmengenai tajuk tugasan ini.Kesimpulannya,tugasan ini sangat bermakna

kepada saya sebagai seorang guru BahasaMelayu. Hal ini kerana, melalui tugasan ini

dapat menambahkan pengalaman dan ilmupengetahuan baru kepada saya. Terima

kasih yang tidakterhingga juga diucapkankepada pensyarah BMM 3104 kami,

keranabanyak mencurahkan ilmu dan membimbing saya melaksanakantugasan ini.