Upload
vodang
View
249
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENDIDIKAN ISLAM
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
DRAF
TAHUN LIMA
PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENDIDIKAN ISLAM
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
DRAF
TAHUN LIMA
PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
DRAF
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN LIMA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
DRAF
Cetakan Pertama 2014 © Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara.Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
DRAF
DRAF
SENARAI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
PENDAHULUAN 1
MATLAMAT 1
OBJEKTIF 1
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STARNDARD 2
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 3
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4
FOKUS MATA PELAJARAN 5
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 5
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 6
PENTAKSIRAN 7
PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH 9
DOKUMEN STANDARD PRESTASI DAN PENTAKSIRAN 11
DRAF
1
PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
(Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu,
perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan
kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan
seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bersifat
holistik, tidak menekankan akademik semata-mata selaras dengan yang
dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
Bagi memenuhi keperluan individu, pengajaran dan pembelajaran di
Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran dibentuk
secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 2013 , 8.(1)(c) yang menyatakan;
....seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada:
i. kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran
ii. masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti
iii susunan aktiviti; dan
iv bahan bantu mengajar
...... apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah perenggan
(1)(c) hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan Khas.
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina supaya
pembelajaran yang diperolehi di bilik darjah dapat diaplikasikan dalam
kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan
berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka
menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berupaya menjalani
kehidupan dengan lebih bermakna.
MATLAMAT
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan
matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan secara
menyeluruh, seimbang dan bersepadu, sesuai dengan tahap keperluan
murid pendidikan khas. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang,
harmonis dan berakhlak mulia.
OBJEKTIF
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) membolehkan murid:
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan
kehidupan seharian dengan lebih bermakna serta menjadi
warganegara yang berguna
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari
dalam kehidupan seharian
iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan
berkerjaya
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan
sempurna
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,
berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila
masyarakat majmuk
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi
yang beragama Islam
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.
DRAF
2
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain utama
yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain
bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi
v. Fizikal dan Estetika
vi. Keterampilan Diri
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam bentuk
pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang
perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang
mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh
lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.
Standard Prestasi
Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap penguasan murid
sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai
DRAF
3
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang
seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat,
dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan
bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6
aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing
pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial,
pengetahuan dan kemahiran berfikir.
Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun
1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis
(KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras
rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
KBAT merujuk pada keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya
mencipta sesuatu. KBAT juga merujuk kepada kemahiran mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta seperti di Jadual 1.
KBAT Penerangan
Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan
nilai dalam situasi berlainan untuk
melaksanakan sesuatu perkara
Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian
kecil untuk memahami dengan lebih
mendalam serta hubung kait antara bahagian
berkenaan
Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan
menggunakan pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi
Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau kaedah
yang kreatif dan inovatif
Jadual 1: Penerangan KBAT
Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata
pelajaran.
KBAT boleh diaplikasikan melalui aktiviti berbentuk pembelajaran
inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu
menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan
Thinking Hats, serta teknik penyoalan yang menggalakkan pemikiran ke
aras tinggi. Murid perlu diberi tanggungjawab atas pembelajaran mereka
sendiri.
Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah
DRAF
4
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah
diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar, Patriotisme,
Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial,
Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan Keselamatan
Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR dikekalkan dan
ditambah dengan memberi penekanan pada elemen Kreativiti dan
Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Kreativiti dan Inovasi
Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara umum,
kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau
tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana idea dan
mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Elemen kreativiti
dan inovasi merupakan antara elemen yang diberi penekanan dalam
KSSR bagi menyediakan murid menangani cabaran abad ke-21.
Kreativiti dan inovasi perlu dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum
supaya murid berupaya menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti,
dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian
Bagi mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata
pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkaitan dengan
pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara tersurat.
Sungguhpun begitu guru digalakkan menerapkan elemen kreativiti dan
inovasi dalam mana-mana topik yang difikirkan sesuai sekiranya elemen
ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru haruslah menyediakan aktiviti
yang meransang minat dan kreativiti murid. Murid perlu dibimbing
dengan pengetahuan dan kemahiran untuk membolehkan mereka
mengembangkan daya kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti
yang positif.
Keusahawanan
Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020
adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan
dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan keusahawanan
sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri dan amalan
keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:
Mengamalkan sikap keusahawanan;
Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
pengurusan perniagaan;
Memformulasikan konsep, proses atau produk keusahawanan;
dan
Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam
keusahawanan.
Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap
kebolehan murid sekolah rendah.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk
memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Penggunaan
teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet, perisian
komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Animasi dan
simulasi berkomputer membantu dalam mempelajari konsep yang sukar
dan abstrak, dan boleh dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus
atau laman web. Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi
DRAF
5
penekanan dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam
menggunakan TMK iaitu:
Belajar mengenai TMK
Belajar melalui TMK
Belajar dengan TMK
FOKUS MATA PELAJARAN
Pendidikan Islam
Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran
dan penghayatan Islam berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah,
ke arah melahirkan murid yang beriman, berilmu, berakhlak mulia,
bertakwa dan beramal soleh. Mata pelajaran Pendidikan Islam memberi
pendedahan kepada murid tentang ilmu pengetahuan, kemahiran serta
nilai yang merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan dan
ketatanegaraan. Mata pelajaran ini disusun di bawah lima tajuk utama
iaitu Asuhan Tilawah al-Quran, Jawi, Asas Ulum Syariah, Asas Akhlak
Islamiah dan Sirah Nabawiyah.
Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Islam
Modul Pengajaran Pendidikan Islam:
Modul pengajaran disediakan berpandu kepada mata pelajaran di aliran
perdana dan bertujuan untuk membantu guru menjalankan pengajaran
dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina modul
yang bersesuaian mengikut keperluan. Penglibatan murid yang aktif
dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.
Modul Pembelajaran Pendidikan Islam:
Modul Pembelajaran Pendidikan Islam disediakan untuk kegunaan
murid. Modul ini mengandungi lembaran kerja untuk menguji dan
mengukuhkan kefahaman murid untuk mencapai atau menguasai
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam
ini guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah:
Kaedah Hafazan
Kaedah Amali
Pelbagai Unsur Terapi
Pembelajaran Masteri
Kaedah Simulasi
Kaedah Perbincangan
Pembelajaran Kolaborasi
DRAF
6
Pendekatan Permainan
Belajar Melalui Bermain
Pembelajaran Interaktif
Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran Pengalamian
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
Rancangan Pendidikan Individu (RPI):
…adalah....suatu rekod yang mengandungi butiran sebagaimana
yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang menyatakan tentang
rancangan pendidikan bagi setiap murid berkeperluan
pendidikan khas.
(Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) 2013).
...adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat
perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid
berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan
tahap pencapaian murid.
(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI)
Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas,
2000)
RPI dirumuskan sebagai suatu rancangan pengajaran berasaskan
penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan
murid pendidikan khas. Ia dirancang khusus bagi individu murid, dan
dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan penerapan
ke atas rancangan pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan.
Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah tentang
keperluan individu murid dan bagaimana keperluan tersebut dirancang
untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, perlu ada kerjasama dan
kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa, dan murid itu sendiri, dengan
dibantu oleh pegawai pendidikan peringkat negeri dan daerah, dan
individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.
RPI memperincikan antara lain:
i. Tahap prestasi sedia ada murid
ii. Perancangan akademik dan bukan akademik
iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid
iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur
v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi
mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian
vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu perkhidmatan
dapat disediakan untuk murid, dan
viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan
membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran
mereka.
DRAF
7
PENTAKSIRAN SEKOLAH
Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan
mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan
pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang apa
yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS dilaksanakan oleh
guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dengan perancangan,
pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan
atau penskoran, perekodan hingga pelaporan. PS penting untuk
menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha
menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti
berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang
jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan
potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri
berikut:
Iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh tentang
penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan pengamalan
nilai murni;
Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan
PdP;
Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai
mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan
Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan
standard kurikulum.
PS boleh dilaksanakan secara:
Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.
Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit
pembelajaran, semester atau tahun.
Pentaksiran Rujukan Standard
Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan
(growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang murid. Pentaksiran
Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang
sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai
apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang
ditetapkan. Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian
seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan dengan
menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam
pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu
dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat,
kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak
sekolah berupaya mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam
bentuk data kualitatif dan kuantitatif. Maklumat yang diperolehi
membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami,
menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang
DRAF
8
berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada
pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan
masing-masing.
Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu
yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.
Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap TP.
Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna pakai
dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.
Tafsiran Umum
MAKSUD TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN UMUM
Tahu 1
Murid tahu perkara asas, atau boleh
melakukan kemahiran asas atau
memberi respons terhadap perkara
yang asas.
Tahu dan
Faham 2
Murid menunjukkan kefahaman
untuk menukar bentuk komunikasi
atau menterjemah serta menjelaskan
apa yang telah dipelajari.
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat
3
Murid menggunakan pengetahuan
untuk melaksanakan sesuatu
kemahiran pada suatu situasi.
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
4
Murid melaksanakan sesuatu
kemahiran dengan beradab, iaitu
mengikut prosedur atau secara
Beradab sistemati.
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Terpuji
5
Murid melaksanakan sesuatu
kemahiran pada situasi baharu,
dengan mengikut prosedur atau
secara sistematik, serta tekal, dan
bersikap positif.
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Mithali
6
Murid berupaya menggunakan
pengetahuan dan kemahiran sedia
ada untuk digunakan pada situasi
baharu secara sistematik, bersikap
positif, kreatif dan inovatif, serta
boleh dicontohi.
Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan
DRAF
9
Jadual 2: Tafsiran Tahap Penguasaan bagi mata pelajaran
Pendidikan Islam
Tafsiran mata pelajaran
Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Pentaksiran
Sekolah
Setiap guru perlu merancang PdP dengan merujuk kepada Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah
perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP yang berkesan dan
bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan
menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan Standard Prestasi
yang telah disusun mengikut kelompok standard kandungan dan
standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada
setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik
dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.
Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari dan
disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi panduan
untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan seperti yang
dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
mengintegrasikan standard kurikulum dan pentaksiran sekolah dalam
satu dokumen.
Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan
adalah:
Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek
kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah
pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid, bukan
hasil akhir yang diperoleh.
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
1
Mengetahui asas membaca Al- Quran, mengetahui asas akidah, ibadah, adab, sirah Rasulullah SAW dan mengenal huruf jawi.
2
Memahami asas membaca Al-Quran, memahami asas akidah, ibadah, adab, sirah Rasulullah SAW dan mengecam huruf jawi
3
Mempamerkan kebolehan asas membaca Al-Quran, melakukan asas ibadah, adab, memahami asas akidah, sirah Rasulullah SAW serta boleh membaca dan menulis jawi
4
Mempamerkan kemahiran membaca Al-Quran, menghayati asas akidah, sirah Rasulullah SAW, melaksanakan ibadah, adab tertentu serta mampu membaca dan menulis jawi
5
Mengaplikasi kemahiran membaca Al-Quran, menghayati asas akidah, sirah Rasulullah SAW, mengaplikasi ibadah dan adab serta mampu membaca dan menulis jawi dengan baik
6
Mahir membaca Al-Quran, menghayati akidah dan sirah Rasulullah SAW, mengamalkan ibadah dan adab dalam kehidupan harian serta mahir membaca dan menulis jawi
DRAF
10
Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan.
Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau
subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.
Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah penting
untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid
tentang kemahiran yang dipelajari.
Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu tentang
penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains adalah pengetahuan,
kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni.
Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu
atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan folio.
Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk
menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
TILAWAH AL-QURAN
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya….
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…
1.1 Mengenal dan
membaca kalimah bertanda sukun ( )
1.1.1 Mengenal tanda sukun ( ) 1.1.2 Menyebut kalimah pelbagai baris yang bertanda sukun ) 1.1.3 Membaca yang mengandungi bertanda sukun ( )
1
Mengenal tanda sukun ( )
2
Membunyikan huruf bertanda sukun ( ) dalam kalimah.
3
Menyebut kalimah pelbagai baris yang bertanda sukun ( ) dengan talaqqi musyafahah.
4
Menyebut dan membaca kalimah pelbagai baris yang bertanda sukun ( ) dengan betul.
5
Membaca kalimah pelbagai baris yang bertanda sukun ( ) dengan betul dan bertajwid.
6
Membaca kalimah pelbagai baris yang bertanda sukun ( ) dengan sempurna dan fasih.
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya….
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…
2.1 Membaca Surah
Al-Ma’un
2.1.1 Mengenal dan menyebut
kalimah tertentu dari Surah Al-
Maun.
2.1.2 Membaca ayat satu Surah Al-
Ma’un dengan betul
2.1.3 Membaca ayat dua Surah Al-
Ma’un dengan betul
2.1.4 Membaca ayat tiga Surah Al-
Ma’un dengan betul
2.1.5 Membaca ayat empat Surah Al-
Ma’un dengan betul
2.1.6 Membaca ayat lima Surah Al-
Ma’un dengan betul
2.1.7 Membaca ayat enam Surah Al-
Ma’un dengan betul
2.1.8 Membaca ayat tujuh Surah Al-
Ma’un dengan betul
2.1.9 Membaca Surah Al-Ma’un
dengan betul
1
Mengenal dan menyebut kalimah tertentu daripada Surah Al-Maun.
2
Menyebut kalimah demi kalimah mengikut turutan ayat yang betul.
3
Membaca Surah Al-Maun secara talaqi musyafahah.
4
Membaca Surah Al-Maun dengan betul.
5
Membaca Surah Al-Maun secara tartil.
6
Membaca surah Al-Maun secara tartil dan boleh menjadi
pembimbing .
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya….
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…
2.2 Menghafaz Surah Al-Ma’un
2.2.1 Mengenal dan menyebut kalimah tertentu 2.2.2 Menghafaz ayat satu Surah
Al-Ma’un dengan betul
2.2.3 Menghafaz ayat dua Surah Al- Ma’un dengan betul 2.2.4 Menghafaz ayat tiga Surah Al- Ma’un dengan betul 2.2.5 Menghafaz ayat empat Surah
Al- Ma’un dengan betul
2.2.6 Menghafaz ayat lima Surah Al- Ma’un dengan betul 2.2.7 Menghafaz ayat enam Surah
Al- Ma’un dengan betul
2.2.8 Menghafaz ayat tujuh Surah Al-Ma’un dengan betul
2.2.9 Menghafaz Surah Al-Ma’un dengan betul
1
Mengenal dan menyebut kalimah tertentu daripada Surah Al-Maun.
2
Menghafaz ayat satu hingga empat daripada Surah Al Maun secara talaqqi musyafahah.
3
Menghafaz ayat 5 hingga 7 daripada Surah Al Maun secara talaqqi musyafahah.
4
Menghafaz keseluruhan Surah Al Maun dengan betul.
5
Menghafaz Surah Al Maun dengan lancar dan bertajwid.
6
Menghafaz Surah Al Maun dengan lancar dan bertajwid serta boleh membimbing rakan.
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya….
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…
2.3 Membaca Surah Al-Quraisy
2.3.1 Membaca ayat satu
Surah Al-Quraisy dengan betul
2.3.2 Membaca ayat dua Surah Al-Quraisy dengan betul
2.3.3 Membaca ayat tiga Surah Al-Quraisy dengan
betul
2.3.4 Membaca ayat empat Surah Al-Quraisy
dengan betul
2.3.5 Membaca Surah Al Quraisy dengan betul
1
Mengenal dan menyebut kalimah tertentu daripada Surah Al-Quraisy.
2
Menyebut kalimah demi kalimah daripada Surah Al-Quraisy mengikut turutan ayat yang betul.
3
Membaca Surah Al-Quraisy secara talaqi musyafahah.
4
Membaca Surah Al-Quraisy dengan betul.
5
Membaca Surah Al-Quraisy secara tartil.
6
Membaca surah Al-Quraisy secara tartil dan boleh menjadi pembimbing .
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya….
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…
2.4 Menghafaz
Surah Al-
Quraisy
2.4.1 Mengenal dan
menyebut kalimah
tertentu daripada surah
Al- Quraisy
2.4.2 Menghafaz ayat
pertama Surah Al-
Quraisy dengan betul
2.4.3 Menghafaz ayat kedua
Surah Al- Quraisy
2.4.4 Menghafaz ayat ketiga
Surah Al- Quraisy
2.4.5 Menghafaz ayat
keempat Surah Al-
Quraisy
2.4.6 Menghafaz
keseluruhan Surah Al-
Quraisy dengan lancar
1
Mengenal dan menyebut kalimah tertentu daripada Surah Al- Quraisy.
2
Menghafaz ayat satu hingga dua daripada Surah Al- Quraisy secara talaqqi musyafahah.
3
Menghafaz ayat 3 hingga 4 daripada Surah Al- Quraisy secara talaqqi musyafahah.
4
Menghafaz keseluruhan Surah Al- Quraisy dengan betul.
5
Menghafaz Surah Al- Quraisy dengan lancar dan bertajwid.
6
Menghafaz Surah Al- Quraisy dengan lancar dan bertajwid serta boleh menjadi pembimbing.
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
JAWI
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya….
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…
3.1 Membaca suku
kata tertutup
3.1.1 Mengenal suku kata
tertutup
3.1.2 Mengeja dan membatang suku kata tertutup
3.1.3 Membaca suku kata
tertutup dengan betul
1
Membunyikan satu suku kata tertutup.
2
Mengeja dan membunyikan satu suku kata tertutup yang bermakna.
3
Mengeja dan membatang satu suku kata tertutup dengan bimbingan guru.
4
Membaca satu suku kata tertutup dengan betul.
5
Membaca perkataan mudah daripada suku kata tertutup dengan betul dan lancar.
6
Membaca perkataan mudah daripada suku kata tertutup dengan lancar dan boleh membimbing rakan.
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya….
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…
3.2 Menulis suku
kata tertutup
3.2.1 Mengetahui cara
menyambung huruf suku kata tertutup
3.2.2 Mengeja dan membatang suku kata
3.2.3 Menulis suku kata
tertutup dengan betul
1
Menyambung titik-titik huruf suku kata tertutup
2
Memadankan suku kata tertutup yang membentuk perkataan.
3
Menulis perkataan daripada suku kata tertutup dengan bimbingan.
4
Menulis perkataan daripada suku kata tertutup dengan betul.
5
Menulis perkataan suku kata tertutup dengan betul dan sempurna.
6
Menulis perkataan suku kata tertutup dengan betul dan sempurna serta boleh membimbing rakan.
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya….
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…
3.3 Membaca
perkataan suku kata terbuka dan tertutup
3.3.1 Mengeja dan
membatang perkataan suku kata terbuka dan tertutup
3.3.2 Membaca perkataan suku kata terbuka dan tertutup dengan betul
1
Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup.
2
Mengeja dan membatang suku kata tertutup dengan bimbingan guru.
3
Mengeja dan membatangkan suku kata terbuka dan tertutup yang membentuk perkataan dengan bimbingan guru.
4
Membaca suku kata terbuka dan tertutup yang membentuk perkataan.
5
Membaca perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.
6
Membaca perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan lancar dan boleh membimbing rakan.
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya….
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…
3.4 Menulis
perkataan suku kata terbuka dan tertutup
3.4.1 Mengeja dan
membatangkan perkataan suku kata terbuka dan tertutup
3.4.2 Menulis perkataan suku kata terbuka dan tertutup dengan betul
1
Menyambung huruf suku kata terbuka dan tertutup
2
Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup yang membentuk perkataan.
3
Menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan bimbingan.
4
Menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.
5
Menulis perkataan suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan sempurna.
6
Menulis perkataan suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan sempurna serta boleh membimbing rakan.
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
AKIDAH
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya….
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…
4.1 Mengetahui
konsep beriman kepada hari Kiamat
4.1.1 Menyatakan
pengertian hari kiamat
4.1.2 Menyatakan hukum beriman kepada hari kiamat
4.1.3 Menyatakan tanda-
tanda hari kiamat. 4.1.4 Menjelaskan kelebihan
beriman kepada hari kiamat.
1
Menyatakan pengertian hari kiamat.
2
Menyatakan hukum beriman kepada hari kiamat.
3
Menyebut tanda-tanda hari kiamat.
4
Menyatakan kelebihan beriman kepada hari kiamat
5
Menerangkan kelebihan beriman kepada hari kiamat dengan betul.
6
Menghuraikan tanda-tanda hari kiamat dan kelebihan beriman kepada hari kiamat .
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
IBADAH
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya….
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…
5.1 Memahami azan
5.1.1 Menyatakan pengertian azan 5.1.2 Menyebut lafaz azan 5.1.3 Melafazkan azan 5.1.4 Menyebut lafaz jawab azan 5.1.5 Melafazkan jawab azan 5.1.6 Menyatakan perkara- perkara sunat semasa azan
1
Menyatakan pengertian azan.
2
Menyebut lafaz azan dengan bimbingan guru.
3
Melafazkan jawab azan dengan bimbingan guru.
4
Melafazkan azan, jawab azan dan menyatakan perkara-perkara sunat semasa azan dengan betul.
5
Melafazkan azan,jawab azan dan menyatakan perkara-perkara sunat semasa azan secara amali dalam kehidupan seharian.
6
Melafazkan azan,jawab azan dan menyatakan perkara-perkara sunat semasa azan secara amali dan boleh membimbing rakan.
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya….
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…
5.2 Memahami iqamat
5.2.1 Menyatakan
pengertian iqamat
5.2.2 Menyebut lafaz iqamat 5.2.3 Melafazkan iqamat 5.2.4 Menyatakan perkara-
perkara sunat semasa iqamat.
1
Menyatakan pengertian iqamat.
2
Menyebut lafaz iqamat dengan bimbingan guru.
3
Melafazkan jawab iqamat dengan bimbingan guru.
4
Melafazkan iqamat dan jawab iqamat dan menyatakan perkara-perkara sunat semasa iqamat dengan betul.
5
Melafazkan iqamat,jawab iqamat dan menyatakan perkara-perkara sunat semasa iqamat secara amali dalam kehidupan seharian.
6
Melafazkan iqamat,jawab iqamat dan menyatakan perkara-perkara sunat semasa iqamat secara amali dan boleh membimbing rakan.
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya….
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…
5.3 Mengetahui
syarat-syarat wajib solat, syarat-syarat sah solat dan perkara membatalkan solat
5.3.1 Menyatakan syarat-
syarat wajib solat
5.3.2 Menyatakan syarat-syarat sah solat
5.3.3 Menyatakan perkara-
perkara yang membatalkan solat
Sentiasa mempamerkan adab yag baik di dalam masjid
1
Menyebut syarat wajib solat
2
Menyatakan syarat sah solat
3
Menyatakan syarat wajib dan sah solat serta perkara-perkara yang membatalkannya dengan bimbingan guru.
4
Menyatakan syarat wajib dan sah solat serta perkara-perkara yang membatalkannya dengan betul
5
Menyatakan syarat wajib dan sah solat serta perkara-perkara yang membatalkannya dengan lancar.
6
Menyatakan syarat wajib dan sah solat serta perkara-perkara yang membatalkannya dengan lancar dan boleh membimbing rakan.
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya….
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…
5.4 Mengaplikasi
amali solat
5.4.1 Melakukan perlakuan
solat dengan betul
5.4.2 Melakukan perlakuan dan bacaan solat dengan betul
1
Mengetahui perlakuan solat.
2
Menunjukkan perlakuan solat.
3
Melakukan perlakuan dan bacaan solat dengan betul.
4
Melakukan perlakuan dan bacaan solat dengan tertib
5
Melakukan perlakuan dan bacaan solat dengan tertib dan istiqamah.
6
Melakukan perlakuan dan bacaan solat dengan tertib dan istiqamah serta boleh membimbing rakan.
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya….
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…
6.1 Memahami dan
mengamalkan adab tidur
6.1.1 Menyatakan adab
sebelum tidur
6.1.2 Menyatakan adab bangun tidur
6.1.3 Menyatakan kebaikan
mengamalkan adab tidur
6.1.4 Menjelaskan akibat
tidak mengamalkan adab tidur
6.1.5 Membaca doa
sebelum tidur 6.1.6 Membaca doa bangun
tidur
1
Menyebut adab sebelum dan bangun tidur.
2
Menyatakan adab sebelum tidur dan adab bangun tidur.
3
Menyatakan adab sebelum dan bangun tidur serta kebaikan mengamalkannya.
4
Membaca doa sebelum tidur dan bangun tidur serta menyatakan akibat tidak mengamalkan adab tidur .
5
Membaca doa sebelum tidur dan bangun tidur serta menyatakan akibat tidak mengamalkan adab tidur dalam kehidupan seharian.
6
Mengamalkan adab-adab tidur dengan betul dan istiqamah serta boleh membimbing rakan.
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya….
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…
6.2 Memahami adab
semasa di sekolah
6.2.1 Menyenaraikan adab-
adab semasa di sekolah seperti menghormati warga sekolah, menjaga harta benda sekolah dan mematuhi peraturan sekolah
6.2.2 Menyatakan kebaikan beradab semasa di sekolah
6.2.3 Menyatakan akibat
mengabaikan adab di sekolah
1
Menyebut adab-adab yang baik semasa di sekolah.
2
Menyatakan adab-adab semasa di sekolah.
3
Menyatakan adab-adab, kebaikannya dan akibat mengabaikannya semasa di sekolah dengan bimbingan guru.
4
Menyatakan adab-adab, kebaikannya dan akibat mengabaikannya semasa di sekolah dengan betul.
5
Menyatakan adab-adab, kebaikannya serta akibat mengabaikannya semasa di sekolah dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.
6
Mengamalkan adab-adab, kebaikannya dan akibat mengabaikannya semasa di sekolah secara istiqomah dalam kehidupan seharian.
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
SIRAH AN-NABAWIYYAH
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya….
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…
7.1 Memahami pekerjaan Nabi Muhammad SAW sebelum dilantik menjadi rasul
7.1.1 Menyatakan pekerjaan
Nabi Muhammad SAW mengikut umur
7.1.2 Menyatakan akhlak Nabi Muhammad SAW dalam melaksanakan pekerjaan
7.1.3 Menyatakan iktibar
daripada pekerjaan Nabi Muhammad SAW
1
Menyebut pekerjaan Nabi Muhammad SAW.
2
Menyatakan pekerjaan Nabi Muhammad SAW mengikut umur.
3
Menyatakan pekerjaan Nabi Muhammad SAW mengikut umur dan akhlak baginda dalam melaksanakan pekerjaannya.
4
Menyatakan akhlak baginda dalam melaksanakan pekerjaannya dan iktibar daripada pekerjaan baginda dengan betul.
5
Menceritakan akhlak baginda dalam melaksanakan pekerjaannya dan iktibar daripada pekerjaan baginda dengan betul.
6
Menceritakan akhlak baginda dalam melaksanakan pekerjaannya dan iktibar daripada pekerjaan baginda dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya….
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…
7.2 Memahami kisah perkahwinan Nabi Muhammad SAW
7.2.1 Mengetahui kisah
perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Khadijah
7.2.2 Menyatakan nama anak-anak Nabi Muhammad SAW
7.2.3 Menyatakan nama
isteri Nabi Muhammad SAW selepas kematian Saidatina Khadijah
7.2.4 Menyatakan iktibar
daripada perkahwinan Nabi Muhammad SAW
1
Menyebut nama isteri dan anak Nabi Muhammad SAW.
2
Menyatakan kisah perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Khadijah dan nama anak-anak baginda.
3
Menyatakan nama-nama isteri Nabi Muhammad SAW selepas kematian Saidatina Khadijah dan iktibar daripada perkahwinan baginda dengan bimbingan guru.
4
Menyatakan nama-nama isteri Nabi Muhammad SAW selepas kematian Saidatina Khadijah dan iktibar daripada perkahwinan baginda dengan betul.
5
Menceritakan nama-nama isteri Nabi Muhammad SAW selepas kematian Saidatina Khadijah dan iktibar daripada perkahwinan baginda .
6
Mencontohi iktibar daripada perkahwinan baginda dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.
TERBITAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8 BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917
http//www.moe. gov.my/bpk