Upload
adila-dila
View
222
Download
15
Embed Size (px)
Citation preview
PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS
A) Bincangkan Beserta Contoh
Pendekatan Pengajaran Bacaan
~ Kaedah “Bottom-up”
~ Kaedah “Top-down”
HURAIAN KAEDAH “BOTTOM UP”
Model ini dibincangkan dengan meluas oleh beberapa
pengkaji.
Antaranya adalah Gough (1972, 1985) yang
merupakan tokoh utama teori ini.
Menurut beliau, model ini menyatakan individu
memulakan proses membaca apabila matanya
mengenal pasti maklumat visual yang tertera dalam
teks yang dibaca melalui suatu siri perlakuan yang
berurutan.
Tambahan pula, menurut (Yahya 2004), individu membina
teks daripada unit yang terkecil bermula daripada huruf,
kemudian menjadi perkataan dan seterusnya membentuk
ayat.
Kaedah ini juga adalah pemprosesan bergerak secara
linear, iaitu dimulai dengan mengecam huruf, mengecam
perkataan-perkataan dan akhirnya hubungan sintaksis dan
semantik.
Oleh itu dapat kita fahami, dalam membaca kaedah
“bottom-up” memberi penekanan kepada penguasaan
asas membaca sebelum membaca pada peringkat yang
lebih tinggi.
Ia membawa erti, murid-murid akan diajari atau
diperkenalkan kepada elemen yang paling kecil atau asas
dalam bahasa iaitu mempelajari bunyi dan abjad untuk
menguasai kemahiran fonologi.
Ini diikuti dengan perkataan, pembinaan ayat,
membaca teks atau petikan dan seterusnya
memproses teks untuk kefahaman
Kefahaman
Membaca teks
Membina ayat
Perkataan
Abjad
Bunyi
CONTOH KAEDAH “BOTTOM UP”
Dalam pendekatan ini murid-murid diperkenalkan
dengan huruf dan suku kata dahulu sebelum diajar
perkataan-perkataan yang bermakna.
Di antara kaedah yang menggunakan pendekatan
kaedah “bottom-up” ini adalah:
Kaedah abjad
Kaedah gabung kata
Kaedah fonetik.
10
KAEDAH ABJAD
Murid diajar nama huruf secara teratur dalam
abjad: a b c…... x y z
Rancangan pelajaran harian bermula dengan a
hingga z.
Latihan menulis dan pengecaman abjad
dilaksanakan
11
Murid diajar dengan huruf kecil dahulu dan diikuti
dengan huruf besar.
Ajar abjad sebagai permulaan perkataan
Contoh “a” untuk adik, ayam,abang dan ayah
12
KAEDAH SUKU KATA
Murid diajar membentuk dan membaca suku kata
ba be be bi bo bu hingga za ze ze zi zo zu
Kemudian murid diajar suku kata tertutup dan suku
kata terbuka :
suku kata tertutup : diakhiri dengan huruf konsonan
suku kata terbuka: diakhiri dengan huruf vokal
13
Seterusnya, muid akan disuruh untuk membaca ayat-ayat pendek :
1. Bibi buka buku
2. Bibi baca buku
3. Buku Bibi baru
14
KAEDAH FONETIK
Kaedah Fonetik menekankan kepada setiap bunyi-
bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa.
Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan
ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu
bunyi.
15
Kaedah fonetik bermula dengan memperkenalkan
bunyi vokal dan seterusnya memperkenalkan bunyi
konsonan.
Bunyi huruf vokal :
A /a/
E /eh/ /eh/
I
O
U
Bunyi konsonan
B /beh/
C /ceh/
D /deh/
F /feh/
G /geh/
H /heh/
Setelah kanak-kanak tahu beberapa bunyi vokal dan konsonan, mereka akan didedahkan pula dengan sukukata.
vokal dicantumkan dengan konsonan bagi membentuk suku kata.
Contoh: bu bu ba ba bi bi
18
Seterusnya sukukata digabungkan menjadi
perkataan.
Mencantumkan dua suku kata bagi membentuk
perkataan mudah.
Contoh: bu + ku = buku
* Kanak-kanak akan membunyikan kesemua huruf
dalam perkataan bagi mendapatkan makna
perkataan.
19
Akhirnya rangkaian perkataan untuk membina ayat.
Kanak-kanak akan mencantumkan rangkaian
perkataan bagi membentuk ayat.
Contoh:
Saya ada buku.
Diantara kekuatan fonetik ialah jika kanak-kanak telah
menguasai kesemua bunyi abjad, mereka akan boleh
membaca dalam apa jua bahasa denagn mudah.
21
HURAIAN KAEDAH “TOP DOWN”
Pemprosesan teks bermula dalam minda pembaca.
Pembaca menggunakan pengetahuan bahasa bagi
meramalkan teks dan mengurangkan
kebergantungannya pada cetakan teks dan bunyi
bahasa.
Peranan utama pembaca adalah mengawal
keseluruhan maklumat visual dan bukan visual
semasa membaca.
Lebih banyak pembaca memahaminya semakin
kurang keperluan mendapatkan maklumat dan
begitulah sebaliknya.
• merujuk kepada bahan bercetak
• Contoh: Buku, majalah, suratkhabar, komik dan sebagainya.
Maklumat visual
• merujuk kepada pemahaman bahasa yang berkaitan dengan pengetahuan kandungan dan kebolehan membaca secara umum.
Maklumat bukan visual
Mudah untuk kita fahami, kaedah ini memerlukan
murid-murid memproses teks pada peringkat tinggi
terlebih dahulu.
Ini diikuti dengan memberi tumpuan kepada struktur
teks / petikan, proses pembinaan ayat dan
perkataan.
Contohnya meramal maksud perkataan daripada
petikan yang dibaca.
Kaedah ini memberi peluang kepada murid untuk menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang diajari oleh guru.
Pendapat pengetahuan dan pengalaman murid memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pendekatan ini.
Melalui kaedah ini memberi peluang yang luas untuk murid memberikan pendapat atau fikiran mereka .
Inti Pati Model Top-Down
menegaskan perkara
atau makna yang
pembaca bawa pada
teks yang dibaca.
Murid membaca teks dengan dipandu oleh
makna.
Timbul daripada aspek
keseluruhan teks pada bahagian-
bahagian yang akhirnya
mewujudkan makna.
Dikenali juga sebagai model
'Dalam Ke Luar', ‘Berpandukan
Konsep' atau 'Keseluruhan ke
Bahagian'.
Pendekatan Mengajar Membaca Melalui kaedah Top-Down
Pembaca dapat memahami bahan
daripada teks yang dibaca walaupun tidak mengenali
setiap perkataan yang dibaca.
Pembaca perlu menggunakan makna dan
isyarat tatabahasa bagi mengenal pasti perkataan
yang tidak dikenali.
Membaca bagi tujuan mendapatkan makna
adalah objektif utama dan lebih baik daripada
menguasai huruf, hubungan bunyi dan perkataan.
Perkara penting berhubung membaca
adalah jumlah dan jenis maklumat yang diperoleh
melalui pembacaan.
Fokus utama dalam pengajaran adalah
membaca ayat, paragraf dan
keseluruhan bahan.
Membaca memerlukan penggunaan aktiviti mencari makna lebih daripada menguasai kemahiran mengenali
perkataan sahaja.
Rumusan Kaedah Top-Down
Menegaskan perkara yang dimiliki oleh pembaca seperti pengetahuan
terdahulu dan pengalaman pada teks yang dibaca bagi
tujuan pemahaman.
Menyatakan yang kefahaman bermula dalam
minda pembaca yang mempunyai beberapa
gugusan idea mengenai makna teks yang dibaca.
Makna diterbitkan daripada aspek
keseluruhan teks pada bahagian-bahagian kecil.
CONTOH KAEDAH
“TOP DOWN”
Guru mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat
yang mempunyai perkaitan dengan isi pelajaran.
Lawatan
Membuat Karangan
Membuat Ayat
Membina suku kata
Guru menunjukkan demonstrasi tentang sesuatu isi pelajaran
yang ingin dipelajari
Demonstrasi
• Guru menunjukkan sesuatu perkara di hadapan mereka.
• Contoh latihan kebakaran
Menyatakan dalam
karangan
• Guru menyuruh murid menyatakan tujuan, faedah, dan kepentingan latihan kebakaran
Membuat ayat mudah
• Murid membuat beberapa ayat mudah berdasarkan apa yang dipelajari.
B) Huraikan Masalah
Bacaan yang berkaitan
dengan kebolehan memecah
kod dan masalah
kefahaman.
MASALAH BACAAN
MEMBACA
Definisi
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 “baca” bermaksud melihat isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan cara meneliti dan memahami makna dan tujuan isi tersebut.
Wilkinson (1985), pula mengatakan bahawa membaca juga boleh dilihat sebagai proses memilih dan mengambil tindakan apabila pembaca menyesuaikan proses membaca dengan tujuan dan jenis teks yang dibaca.
MASALAH
DefinisiMenurut Kamus Pelajar Edisi Kedua “masalah” ialah sesuatu yang mesti diselesaikan; soal; perkara: permasalahan yg menjadi masalah.
MASALAH BACAAN ialah kekurangan atau kelemahan yang dihadapi oleh
seseorang untuk mentafsir dan mahamai bentuk bertulis.
Masalah Bacaan
Memecah kod Kefahaman
MEMECAH KOD
• Terbahagi kepada dua pendekatan “Word Analysis” dan “Word
Recognition”.
• Analisis kata dikenali juga sebagai fonik.
• Merangkumi aspek fonologi.
• Analisis kata atau fonik banyak membantu murid untuk mengenal
pasti bentuk dan bunyi huruf yang betul.
• Mengenal pasti kata pula merujuk kepada keupayaan
individu menyebut atau membunyikan perkataan dalam
teks. Apabila murid dapat mengenal pasti kata dan
menyebutnya dengan lancar bererti murid telah
menguasai kemahiran mengenal pasti kata.
Memecah Kod
Bentuk huruf
Peringkat Suku Kata
Kesukaran dalam
pengamatan
Kesukaran membaca peringkat
ayat
Bentuk huruf
• Tidak dapat membezakan huruf kecil yang seakan-akan sama bentuknya.
• Huruf yang terbalik.
• Bunyi huruf yang seakan-akan sama
• Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya
• Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda dan
• Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana bentuknya berubah.
Murid tidak boleh mengadun atau membatang suku
kata terbuka atau tertutup.
Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e
taling dan e pepet,
Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah
mengeja atau membatang suku kata.
Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK
di awal perkataan.
Peringkat Suku Kata
Salah memecah atau membatang suku kata.
Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi
banyak suku kata.
Keliru membatang perkataan yang mengandungi
diftong atau vokal berganding
Tidak boleh membunyikan perkataan yang
mengandungi Diagraf di awal perkataan
Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan
imbuhan.
Kesukaran dalam pengamatan
Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan,
mengeja sebelum membaca, boleh membatang
suku kata tetapi gagal menyebut, menggantikan
bunyi suku kata dalam perkataan, menggugurkan
bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan, salah
menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya,
keliru ejaan bahasa Melayu dengan bahasa
Inggeris, salah menyebut atau membunyikan
perkataan yang seakan-akan sama dan menyebut
perkataan mengikut loghat.
Kesukaran membaca peringkat ayat
Mereka cenderung
Menggantikan
TertinggalPembalikan
Mengulang
Merangkak-rangkak Membaca
mengikut loghat.
Proses untuk mendapatkan maklumat daripada komunikasi sama
ada melalui lisan, tulisan atau melalui penggunaan simbol tertentu
dan ia merangkumi prsoses mental yang kompleks.
Pemahaman membaca penting untuk menjamin murid menjadi
pembaca seumur hidup hasil daripada memahami matlamat dan
menghayati teks yang dibaca.
Hal ini akan mendorong murid untuk mendapatkan lebih banyak
maklumat dan penghayatan melalui bacaan seterusnya.
Pemahaman membaca mempunyai hubungan yang erat dengan
pencapaian murid dalam pelbagai bidang.
Matlamat terakhir dalam kemahiran membaca.
KEFAHAMAN
Kefahaman
Tidak faham teks yang dibaca.
Tidak memahami soalan beraras tinggi
Tidak tahu makna perkataan
Tidak memahami konsep-konsep yang abstrak
Tidak faham teks yang dibaca.
• Murid gagal mendapatkan maklumat yang tepat daripada teks atau petikan yang telah dibaca.
• Gagal memahami dan menghayati teks yang dibaca.
• Mempengaruhi prestasi kecemerlangan mereka..
Tidak tahu makna perkataan
• Murid tidak dapat mentafsir makna sebenar gabungan lambang-lambang yang membentuk perkataan dalam sesuatu bahasa.
• Mereka hanya membaca tanpa mengetahui makna sesuatu perkataan.
Tidak memahami soalan beraras tinggi
• Murid tidak dapat menggunakan proses mental yang lebih kompleks untuk memahami soalan tersebut.
• Tidak menghubungkan makna antara perkataan yang dibacanya itu.
• Mereka membaca tetapi hanya setakat mendapatkan maklumat daripada teks yang dibaca
Tidak memahami konsep-konsep yang abstrak
• Murid gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, dan sekejap.
• Mereka juga gagal memahami perkataan seperti kasih sayang, kebahagiaan dan keharmonian.
Faktor-faktor masalah membaca
1) Faktor Peribadi
2) Faktor Pembelajaran
3) Faktor Kurang kecerdasan
1) Faktor Peribadi
Kemiskinan
Masalah Sosial
2) Faktor Pembelajaran
Kurikulum
Strategi dan kaedah mengajar.
Bahan pelajaran
3) Faktor Kurang kecerdasan
Keturunan
Kekurangan zat
Kelahiran tidak
normal
Masalah Mental
KESIMPULAN
Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru
hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah
memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan.
Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak
mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian
pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan
penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik.
• Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan
yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berkeperluan
khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai
digunakan.
• Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu
kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-
langkah yang disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru
tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan
atau mengikut saebahagian darikpada langkah sahaja,
maka guru tidak boleh mengatakan yang dia
menggunakan kaedah tersebut.
C) BINCANGKAN BESERTA CONTOH
PENTAKSIRAN YANG BERSESUAIAN
DEFINISI PENTAKSIRAN
Pentaksiran dalam pendidikan adalah proses dokumentasi
yang mana sering mengguna pakai istilah pengukuran,
pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan.
Pentaksiran boleh berfokus kepada seseorang murid,
komuniti sekolah (kelas,bengkel atau kumpulan), institusi
atau keseluruhan sistem pendidikan.
Pentaksiran didefinisi juga sebagai proses
pengumpulan maklumat untuk mengenal pasti
masalah dan membuat sesuatu keputusan keputusan
(Salvia dan Ysseldyke 2007). Ia melibatkan
pengumpulan maklumat mengenai kekuatan dan
bidang keperluan yang perlu diberi perhatian.
KONSEP PENTAKSIRAN
Pentaksiran adalah suatu bidang yang tidak dapat
dipisahkan daripada pendidikan khas. Segala keputusan
yang dibuat dalam pendidikan khas berkait rapat dengan
maklumat yang dikumpulkan melalui proses pentaksiran
Menurut Nitko (2001), pentaksiran bermaksud suatu proses
mengumpulkan maklumat tentang pelajar, kurikulum dan
program serta dasar pendidikan.
UJIAN DIAGNOSTIK
Ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci
masalah yang dihadapi oleh murid. Selepas ujian diagnostik dijalankan,
jenis dan ciri-ciri masalah yang dihadapi dapat diketahui.
Digunakan juga untuk menganalisa dan menterjemah data yang
disediakan oleh pentaksiran formatif dan sumatif
PENTAKSIRAN FORMATIF
Direka bagi tujuan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid
dalam menguasai kemahiran apa yang dipelajari
Dijalankan secara informal, seperti pemerhatian, soal jawab,
pembacaan, kuiz dan kerja-rumah
Kesilapan di perbetulkan serta merta
Boleh digunakan untuk mentaksir kemajuan pembelajaran melalui ujian
pensil dan kertas
Keputusan ujian dicatatkan dalam rekod kemajuan murid
Menggunakan keputusan pentaksiran dalam
menempatkan kumpulan pelajar mengikut tahap,
menjalankan aktiviti pengayaan dan pemulihan
Oleh itu, pentaksiran formatif adalah untuk
membimbing dan memperbaiki pembelajaran yang
termasuklah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan,
membimbing pembelajaran, penempatan dan
pemilihan dan mengenalpasti dan mengesan
kemajuan potensi
Pentaksiran kefahaman bacaan
Literal
Inferens
Penilaian
Penghayatan
Semantik
Literal - merupakan kefahaman yang diuji
selepas murid membaca teks
CONTOH SOALAN LITERAL
Hari itu hujan telah turun dengan lebatnya. Tania menggigil kesejukan kerana
baju sekolahnya basah. Payung yang dibawanya tadi telah terbang ditiup
angin kencang, Tania tiada pilihan lain. Jika dia menunggu hingga hujan
berhenti, dia akan terlambat ke sekolahnya. Oleh itu sambil memeluk erat beg
sekolahnya, dia meluru ke sekolahnya. Sebentar kemudian, terdengar bunyi
loceng. Tania menarik nafas lega.
1) Apakah yang akan terjadi jika Tania menunggu hingga hujan berhenti?
2) Bagaimanakah keadaan cuaca pada hari itu?
Inferens - Memerlukan pelajar untuk berfikir secara
analitikal dan mampu memberikan huraian,
pandangan atau penjelasan dan mampu
mempamerkan kefahaman terhadap teks yang
dibaca. Murid juga mampu membuat andaian atau
ramalan
SOALAN INFERENS
Hari itu hujan telah turun dengan lebatnya. Tania menggigil kesejukan
kerana baju sekolahnya basah. Payung yang dibawanya tadi telah
terbang ditiup angin kencang, Tania tiada pilihan lain. Jika dia menunggu
hingga hujan berhenti, dia akan terlambat ke sekolahnya. Oleh itu sambil
memeluk erat beg sekolahnya, dia meluru ke sekolahnya. Sebentar
kemudian, terdengar bunyi loceng. Tania menarik nafas lega.
1) Mengapakah baju sekolah Tania basah?
2) Adakah Tania lambat tiba ke sekolah?
SOALAN PENILAIAN
Soalan yang memerlukan penilaian pelajar
berdasarkan keterangan yang terdapat dalam
teks bacaan
Menyatakan pendirian
Memberikan pandangan kritis
Membuat perbandingan
CONTOH SOALAN PENILAIAN
Hari itu hujan telah turun dengan lebatnya. Tania menggigil kesejukan
kerana baju sekolahnya basah. Payung yang dibawanya tadi telah
terbang ditiup angin kencang, Tania tiada pilihan lain. Jika dia menunggu
hingga hujan berhenti, dia akan terlambat ke sekolahnya. Oleh itu sambil
memeluk erat beg sekolahnya, dia meluru ke sekolahnya. Sebentar
kemudian, terdengar bunyi loceng. Tania menarik nafas lega.
1. Adakah perbuatan Tania berlari ke sekolah itu patut dicontohi? Jelaskan.
2. Adakah keputusan Tania untuk tidak menunggu hujan berhenti satu keputusan yang baik? Jelaskan.
SOALAN PENGHAYATAN
Soalan yang memerlukan pelajar
merumuskan atau memberikan pengajaran
yang diraih berdasarkan keterangan dalam
teks bacaan
CONTOH SOALAN PENGHAYATAN
Hari itu hujan telah turun dengan lebatnya. Tania menggigil
kesejukan kerana baju sekolahnya basah. Payung yang
dibawanya tadi telah terbang ditiup angin kencang, Tania tiada
pilihan lain. Jika dia menunggu hingga hujan berhenti, dia
akan terlambat ke sekolahnya. Oleh itu sambil memeluk erat
beg sekolahnya, dia meluru ke sekolahnya. Sebentar
kemudian, terdengar bunyi loceng. Tania menarik nafas lega.
1. Apakah yang boleh kamu teladani daripada sifat Tania?
2. Melalui teks ini, terangkan sikap Tania?
SOALAN SEMANTIK
Seerti/ seiras
Berlawan/ berpasang
Frasa kepada Kata / Kata kepada Frasa
Menerangkan maksud berdasarkan konteks
CONTOH SOALAN SEMANTIK
Hari itu hujan telah turun dengan lebatnya. Tania menggigil kesejukan kerana
baju sekolahnya basah. Payung yang dibawanya tadi telah terbang ditiup
angin kencang, Tania tiada pilihan lain. Jika dia menunggu hingga hujan
berhenti, dia akan terlambat ke sekolahnya. Oleh itu sambil memeluk erat
beg sekolahnya, dia meluru ke sekolahnya. Sebentar kemudian, terdengar
bunyi loceng. Tania menarik nafas lega.
Terangkan maksud perkataan:
memeluk erat memegang sesuatu dengan kuat
meluru berlari dengan pantas menuju ke arah sesuatu
D) Rancangkan Intervensi-
intervensi Pengajaran Yang
Bersesuaian Bagi Pelajar PKBP
APA ITU INTERVENSI
Intervensi merupakan program yang
berstruktur yang kritikal dalam dalam
membantu murid-murid mempertingkatkan
pertumbuhan dan perkembangan kanak-
kanak berkeperluan khas dari awal kelahiran
hingga umur persekolahan iaitu bermula
pada peringkat tadika lagi.
Intervensi juga merupakan proses membekalkan
perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak
yang berisiko atau mengalami kelambatan dalam
perkembangan fizikal atau mental. Masalah yang dihadapi oleh
kanak-kanak ini akan mempengaruhi perkembangan dan
menghalang pembelajaran.
Intervensi masalah bahasa memecah kod
Intervensi-menggumpal kertas-menggunting kertas-menulis di atas pasir-menulis di udara
Masalah bentuk huruf
Intervensi masalah bahasa memecah kod
Intervensi -teka warna-beza saiz objek-beza ruang
Masalah pengamatan
Intervensi masalah bahasa memecah kod
Intervensi-lagu suku kata-membina suku kata-menyebut suku kata
Masalah suku kata
Intervensi masalah bahasa memecah kod
Intervensi -latihan ulangan membaca-membaca teks/ayat-membina ayat
Masalah kesukaran membaca ayat
Masalah kefahaman
Latihan kefahaman
Kaedah pandang sebut
Baca dan tanda pembayang dalam ayat
Beri soalan beraras rendah
Intervensi
Intervensi Kaedah Gabungan Bunyi Kata
Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron,
dan dalam kaedah ini murid diajar langkah demi
langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan
dengan nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas
itu membina suku kata dan seterusnya perkataan. Latih
tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan
pelbagai deria (multisensory)
Contoh :
i. Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan
gambar di sebelah belakang. Murid menyebut nama
huruf tersebut.
ii. Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.
iii. Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi
huruf.
iv. Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut
nama huruf.
vi. Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu
membunyikan huruf (terjemahkan huruf yang
ditulis kepada bunyi yang boleh didengar).
vii. Murid menulis huruf dengan mata tertutup
untuk dapat merasakan huruf itu
Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan
bentuk huruf, guru boleh teruskan dengan latih/tubi
berikut;
i. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan
huruf dengan kuat (proses bacaan).
ii. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak.
Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis
(proses mengeja).
KESIMPULAN Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah
berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian
terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah
memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan
pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah
mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi,
sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam
penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang
digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan
bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik.