27
PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN UNIVERSITI (2) YANG DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MOHD ALFAIZAL CHE ALUI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN PELAJAR

TINGKATAN 4 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN

UNIVERSITI (2) YANG DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

MOHD ALFAIZAL CHE ALUI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik
Page 3: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik
Page 4: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI PELAJAR DI KALANGAN PELAJAR

TINGKATAN 4 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN

UNIVERSITI (2) YANG DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN

MOHD ALFAIZAL CHE ALUI

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKUDAI JOHOR

2006

Page 5: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik
Page 6: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

iii

DEDIKASI

“Alangkah indahnya sebuah kehidupan, andai kita dapat memiliki semua yang

diinginkan. Barangkali ini yang difikirkan oleh kebanyakan orang ketika melalui hari-

hari dalam hidupnya. Semua orang ingin hidup bahagia, namun rasa bahagia itu milik

peribadi dan selalunya tidak sama dengan apa yang dimiliki oleh orang lain.”

Untuk ayah dan ibu yang disanjungi serta dihormati

Che Alui B Harun

Faridah Bt Jusoh

Hanya doaku untuk kalian. Jasamu sumber kejayaan ku.

Buat tunangku yang dikasihi

Terima kasih atas dorongan dan keikhlasan mu

Kejayaanku ini adalah kejayaanmu jua.

Untuk abang dan adik-adik yang diingati, kejayaan ini, pembakar semangat buat kita

semua untuk terus berjuang. Buat keluarga, sanak saudara, rakan taulan dan sahabat

handai, segala jasa, doa dan sokongan kalian akan tetap dalam kenangan.

Page 7: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

iv

PENGHARGAAN

Syukur dan terima kasih kepada Allah yang maha Esa, kerana dengan limpah

kurnia serta izinya, dapatlah saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini, sebagai

latihan ilmiah dengan jayanya.

Dalam usaha menyempurnakan projek ini, saya ingin merakamkan ucapan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Dr. Mohd

Rizal B Mohd Said atas usaha, bimbingan, nasihat serta panduan yang diberikan

sepanjang penyelidikan ini dijalankan.

Sekalung ucapan terima kasih kepada semua pensyarah dan kakitangan Universiti

Teknologi Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Johor, Pengetua, Penolong

Kanan, guru-guru, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti (2)

dan yang terlibat membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan

kajian ini. Segala bakti dan jasa serta kerjasama yang telah dicurah akan tetap dikenang.

Penghargaan juga ditujukan khas buat ayah dan ibu yang tanpa jemu mendoakan

kejayaan saya lebih sedekad yang lalu serta keluarga yang banyak memberi dorongan dan

sokongan yang tidak mampu dibalas.

Akhir sekali untuk rakan-rakan, sahabat handai yang bersama-sama membantu

serta memberi nasihat dan dorongan setiap masa. Kenangan ini akan kekal buat selama-

lamanya.

Page 8: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui pengamalan nilai-nilai murni di

kalangan pelajar yang diamalkan dalam kehidupan harian. Penyelidik ingin melihat

adakah pelajar-pelajar mengamalkan nilai murni yang diperolehi sepanjang pembelajaran

dalam amalan harian, nilai murni yang paling dominan diamalkan serta mengetahui

adakah pengamalan nilai-nilai murni melalui pembelajaran memberi kesan positif

terhadap diri pelajar. Kajian ini dilakukan terhadap 120 responden yang terdiri daripada

pelajar-pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Taman Universiti (2). Sempel kajian

dipilih secara rawak mudah berdasarkan kepada jadual penentu saiz oleh Krejcie dan

Morgan (1970). Menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang dibahagikan

kepada Bahagian A iaitu soalan berkaitan latar belakang responden dan Bahagian B

mengandungi item-item nilai-nilai murni. Metodologi kajian yang dijalankan adalah

secara deskriptif iaitu hasil soal selidik dianalisis menggunakan kaedah perisian SPSS

untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Nilai kebolehpercayaan instrumen

kajian adalah 0.8299. Hasil kajian menunjukkan 16 aspek nilai murni yang dicadangkan

penerapannya oleh FPN (Falsafah Pendidikan Negara) dalam kurikulum pendidikan

diterap oleh pelajar untuk diamalkan dalam hidupan harian serta didapati aspek nilai

murni “Kesyukuran” adalah nilai murni yang paling dominan dihayati di kalangan

pelajar. Implikasi kepada kajian ini akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang

dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Page 9: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

vi

ABSTRACT

The study would like to find out whether the students apply the value of virtues

that they have learnt in their daily life, the most dominant value of virtue applied by the

students and to find out whether the nurturing of value of virtues through learning process

gives positive effects to the students. This study was conducted among 120 Form Four

students in Sekolah Menengah Taman Universiti (2). The samples were chosen

randomly based on Krejcie and Morgan’s table (1970). Questionnaires were used as the

instrument in this study. The questionnaires were divided into two sections, which

Section A and Section B. Section A consisted of questions related to the students’

background while Section B consisted of value of virtues items. The methodology used in

this study was descriptive. Findings of this study were analyzed using SPSS software to

calculate the mode, percentage and min. The value of reliability for this study instrument

was ã=0.8299. The findings showed that all the sixteen values of virtues proposed by the

Philosophy of Education in educational curriculum were applied by the students in their

daily life. Gratefulness was the most dominant value of virtues applied by the students.

The implication of this study is that it can produce well balanced students in physical,

emotional, spiritual and intellectual aspects.

Page 10: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Penyataan Masalah 8

1.4 Persoalan Kajian 8

1.5 Objektif Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.6.1 Pelajar 10

1.6.2 Guru 10

1.6.3 Sekolah 10

Page 11: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

viii

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Definisi Istilah 11

1.8.1 Pengamalan 12

1.8.2 Nilai-Nilai Murni 12

1.8.3 Pelajar 13

1.8.4 Pembelajaran 13

1.9 Penutup 15

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Penerapan Nilai Murni 18

2.3 Senario Falsafah Pendidikan Negara 19

2.4 Masalah Sosial 21

2.5 Nilai-Nilai Murni Di Dalam Islam 22

2.5.1 Kejujuran 22

2.5.2 Bekerjasama 23

2.5.3 Kebersihan 23

2.5.4 Baik Hati 23

2.5.5 Keserdahanaan 24

2.6 Nilai-Nilai Murni Barat Dalam Masyarakat

Malaysia 25

2.7 Pendidikan Nilai-Nilai Murni

Di Malaysia 26

2.7.1 Aspek Afektif 27

2.7.2 Aspek Kognitif 27

2.7.3 Aspek Tingkah Laku 27

2.7.4 Aspek Kerohanian 27

Page 12: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

ix

2.8 Nilai-Nilai Murni Dalam Kurikulum Sekolah 28

2.9 Penghayatan Nilai-Nilai Murni

Di Sekolah 28

2.10 Nilai-Nilai Murni Di Dalam Falsafah

Pendidikan Negara 30

2.11 Prinsip-Prinsip Pengajaran Nilai 32

2.12 Kajian-Kajian Lepas Berkaitan Nilai-Nilai Murni 34

2.13 Penutup 37

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 38

3.2 Reka Bentuk Kajian 38

3.3 Populasi Kajian 39

3.4 Sampel Kajian 40

3.5 Instrumen Kajian 40

3.6 Kajian Rintis 42

3.7 Prosedur Pengumpulan Data 43

3.8 Kaedah Analisis Data 44

3.9 Tatacara Kajian 45

3.9.1 Peringkat Pertama 47

3.9.2 Peringkat Kedua 47

3.9.3 Peringkat Ketiga 48

3.10 Penutup 49

Page 13: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

x

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 50

4.2 Analisis Data : Bahagian A 51

4.2.1 Jantina 51

4.2.2 Bangsa 52

4.2.3 Pencapaian Peperiksaan PMR 52

4.3 Analisis Data : Bahagian B 53

4.3.1 Amalan Nilai Murni Yang Diperolehi

Sepanjang Sesi Pembelajaran Untuk

Diamalkan Dalam Kehidupan Harian Pelajar 53

4.3.2 Nilai Murni Yang Paling Dominan Diamalkan

Di Kalangan Pelajar 57

4.3.3 Pengamalan Nilai Murni Melalui Pembelajaran

Di Sokolah Dapat Memberi Kesan Positif

Terhadap Diri Pelajar Untuk Menerapkannya

Dalam Kehidupan Harian 60

4.4 Rumusan Analisis Data 64

4.5 Penutup 67

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 68

5.2 Perbincangan 69

5.2.1 Pengamalan Nilai Murni Yang Diperolehi

Oleh Pelajar Sepanjang Sesi Pembelajaran

Untuk Diamalkan Dalam Kehidupan

Harian Mereka 69

Page 14: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

xi

5.2.2 Nilai Murni Yang Paling Dominan

Diamalkan Di Kalangan Pelajar 73

5.2.3 Pengamalan Nilai Murni Melalui Pembelajaran

di Sokolah Dapat Memberi Kesan Positif

Terhadap Diri Pelajar Untuk Menerapkannya

Dalam Kehidupan Harian 75

5.3 Rumusan Perbincangan 77

5.4 Cadangan 80

5.4.1 Pihak Pentadbiran Sekolah 81

5.4.2 Guru 82

5.4.3 Pelajar 82

5.4.4 Ibu Bapa 83

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 84

5.6 Penutup 85

SENARAI RUJUKAN 87

SENARAI LAMPIRAN 94

Page 15: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL PERKARA MUKA SURAT

2.1 Senarai Nilai-Nilai Murni Yang Terdapat Dalam Falsafah Pendidikan Negara 30

3.1 Jadual Pemeringkatan Skor Skala Liker 42

3.2 Klasifikasi Skala Pemeringkatan Min

Kepada 3 Tahap Pengamalan 44

3.3 Klasifikasi Tanggapan Berdasarkan Skor 45

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 51

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 52

4.3 Taburan Responden Mengikut Keputusan Peperiksaan PMR Dalam Pendidikan Islam Atau Moral 52

4.4 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Responden Bagi Amalan Nilai Murni Yang Diamalkan Dalam Kehidupan Harian 54

4.5 Taburan Peratusan Dan Min Nilai Murni Yang Paling Dominan 57

4.6 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Responden Berdasarkan Nilai Murni Kesyukuran 59

4.7 Taburan Kekerapan, Peratus Dan Min Responden Terhadap Pengamalan Nilai Murni Yang Memberi Kesan Positif Terhadap Diri Pelajar 60

4.8 Rumusan Analisis Bagi Persoalan Kajian 64

Page 16: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH PERKARA MUKA SURAT

3.1 Rangka Kerja Kajian 46

Page 17: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

xiv

SENARAI SINGKATAN

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

PMR - Penilaian Menengah Rendah

s.a.w - Sallallahu alaihi wasallam (Rasulullah)

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

S.W.T - Subhanahu Wa Ta’ala (Allah)

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

LAMPIRAN B - Surat Kelulusan EPRD

LAMPIRAN C Surat Kebenaran JPN Johor

LAMPIRAN D - Surat Fakulti Pendidikan

Page 19: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Setiap masyarakat menyedari kepentingan pendidikan dan pengamalan nilai-nilai

murni dalam sistem pendidikan negara. Sejarah membuktikan sejak zaman dahulu lagi

ibu bapa, guru-guru dan ahli psikologi sentiasa melibatkan diri secara langsung ataupun

tidak langsung dalam proses pembelajaran pelajar. Para pelajar didedahkan dengan

pelbagai disiplin pelajaran. Pelbagai agama yang menjadi anutan masyarakat di dunia,

khasnya agama Islam amat mementingkan pendidikan. Agama Islam mengingatkan

umatnya berkenaan kepentingan pendidikan. Pendidikan perlu dimulakan seawal usia

kanak-kanak atau bayi yang masih dalam kandungan. Dalam agama Islam, mencari ilmu

merupakan satu perkara yang sangat dituntut sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w. yang

diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang bermaksud:

“Menuntut ilmu itu wajib ke atas muslimin dan muslimat”

Page 20: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

2

Di samping memperolehi ilmu pengetahuan, proses pendidikan juga mampu

melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri nilai murni yang baik dan juga terpuji.

Pengamalan nilai-nilai murni ini seharusnya diterapkan sejak dari awal lagi untuk

memastikan pembangunan insaniah berkembang dalam keadaan sempurna. Nilai-nilai

murni ini juga merupakan aspek penting dalam pembinaan sahsiah individu. Sesuatu

bangsa akan hancur sekiranya masyarakat berada jauh daripada landasan Islam yang

sebenarnya. Jika dilihat dari aspek sejarah, kegemilangan tamadun Islam yang dibina

adalah bertunjangkan kerohanian yang mantap daripada umat yang terdahulu.

Menurut Yusof al-Qardhawi (dalam Mohd Zaini:2000) dalam buku tulisannya

menyatakan masyarakat Islam terbina di atas akhlak dan nilai-nilai luhur yang diyakini

keimanannya kepada agamanya serta syariatnya. Akhlak adalah sebahagian dari agama

memandangkan ia adalah perintah atau larangan yang datang dari Allah s.w.t. Lantaran

itu, masyarakat tersebut adalah masyarakat berakhlak. Oleh itu, penerapan nilai-nilai

murni ini adalah untuk memastikan sesebuah masyarakat itu mempunyai ciri-ciri yang

baik di sisi agama.

Justeru, bagi membina sebuah daulah (negara) yang cemerlang maka

pembentukan jati diri generasi muda dari awal usia remaja adalah penting. Dengan ini,

nilai-nilai murni mestilah diterapkan dengan sempurna kepada generasi muda pada hari

ini agar mereka tidak terus hanyut dengan kemodenan semata-mata tanpa mempunyai jati

diri yang mantap dalam menghadapi arus globalisasi yang kian mencabar.

Menurut Embek (1985), tenaga dan fikiran orang-orang tua dan orang-orang

muda jika diadun akan menjadi tenaga dan fikiran yang amat bernas. Lantas, perjuangan

dalam menegak dan meninggikan imej dan syiar Islam akan berjaya. Inilah yang menjadi

kejayaan bagi masyarakat terdahulu, sehinggakan kejayaan umat Islam itu dapat

mengibarkan syiar Islam ke benua Eropah dan ke sebelah Timur. Jadi, pemikiran antara

Page 21: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

3

golongan tua dan muda perlulah digabungkan untuk menjana satu pendekatan yang baru

bagi memastikan kejayaan dapat dicapai dengan jayanya.

Institusi pendidikan formal belum diserasikan serta dibudayakan dengan institusi

bukan formal ke arah pembetukan warganegara cemerlang. Negara mungkin berjaya

menghasilkan ramai pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tetapi kontang

dengan nilai dan akhlak sosialnya (Izani, 1997). Oleh itu adalah wajar untuk

menggabungkan antara pendidikan formal dan pendidikan tidak formal bagi mewujudkan

satu sistem pendidikan yang benar-benar sempurna. Dalam usaha untuk mencapai

matlamat negara bagi merealisasikan wawasan 2020, maka aspek nilai-nilai murni tidak

boleh dipisahkan atau diabaikan begitu sahaja. Nilai-nilai murni ini perlulah selari

dengan aspek pembangunan negara dan menjadi asas dalam pembentukan masyarakat.

Menurut Mohd Komel (1998), punca permasalahan keruntuhan nilai moral

berlaku disebabkan tipisnya iman individu terhadap agama dan nilai-nilai baik atau yang

diistilahkan sebagai nilai-nilai murni. Ini mengakibatkan berlakunya gejala-gejala

negatif dan masalah sosial yang kian meruncing di kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Oleh sebab itu, Kementerian Pendidikan sewajarnya merancang kurikulum pendidikan

yang mencakupi keperluan masa kini yang selaras dengan perkembangan teknologi dan

pembangunan insan. Misi negara ke arah pengeluar teknologi menjelang tahun 2020,

memerlukan perubahan kurikulum pendidikan bermotifkan sains dan teknologi serta

menitik beratkan penerapan nilai-nilai murni semasa sesi pengajaran guru dalam kelas.

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) digubal agar pendidikan di negara ini

manumpukan kepada perkembangan individu yang menitik beratkan aspek keseimbangan

dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah secara bersepadu. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

Page 22: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

4

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ee Ah

Meng (1988) dalam bukunya menyatakan pendidikan hendaklah dapat membina

kesedaran tentang ketuhanan dan kesediaan untuk memahaminya. Oleh itu dengan

penerapan nilai-nilai murni ini akan menjadikan sistem pendidikan negara benar-benar

efektif.

Bagi melahirkan generasi pelajar yang bertanggungjawab serta memiliki sifat-

sifat yang mulia, pengamalan nilai-nilai murni perlu disisipkan melalui semua mata

pelajaran. Ini bermakna guru dikehendaki menerapkan pengetahuan nilai-nilai murni di

dalam mata pelajaran yang mereka ajar. KBSM mula diperkenalkan pada tahun 1988

yang mana ia lebih menitik beratkan pengamalan nilai-nilai murni dalam pembelajaran

agar dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 1992).

Sekolah juga sebagai satu institusi masyarakat yang mementingkan

perkembangan dan perubahan tingkahlaku murid-murid mengikut arah dan kehendak

masyarakat. Justeru itu, ia memainkan peranan untuk mengekalkan corak kehidupan dan

kebudayaan yang dianggap baik seperti berbudi bahasa, sopan santun dan bersifat

hormat-menghormati. Akan tetapi pada masa kini masyarakat dilanda perubahan sosial

yang pesat dalam zaman perindustrian dan teknologi (Wan Mohd. Zahid, 1993). Oleh

itu, pendidikan di sekolah juga memainkan peranan sebagai egen memodenkan

masyarakat dalam semua bidang. Ini bermakna pendidikan di sekolah perlu

mementingkan nilai kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan murid serta

membawa pembaharuan semasa yang mendatangkan kesan di dalam pembentukan

sahsiah seseorang individu.

Page 23: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan di sekolah merupakan contoh pendidikan formal. Disinilah pelajar-

pelajar dididik dan diajar untuk menjadi insan yang berilmu, berakhlak dan berdisiplin.

Nilai-nilai murni sememangnya diterapkan dalam pendidikan di sekolah dan terdapat

dalam sukatan mata pelajaran. Nilai-nilai murni adalah kompenan bersepadu terpenting

yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Ia perlu disepadukan ke dalam

setiap mata pelajaran pendidikan Islam dan moral. Nilai-nilai murni adalah berteraskan

nilai-nilai kerohanian iaitu baik hati, berhemah tinggi, hormat menghormati, kasih

sayang, adil, kebersihan fizikal dan mental, jujur, rajin, bekerjasama, bersemangat

kemasyarakatan, sederhana, bersyukur dan berdikari (Pusat Perkembangan Kurikulum,

1992).

Semua ini merangkumi nilai-nilai kemanusiaan dan kewarganegaraan yang perlu

dihayati. Soal moral dan etika juga turut merupakan cabaran yang tidak dapat dielakkan

kehadirannya bersama kemajuan yang dicari. Menjadi negara maju tidak sepatutnya

membuat negara terlupa soal moral dan etika yang merupakan benteng pertahanan

kepada identiti kebangsaan yang dikongsi oleh semua pihak(Taaherah & et al, 1994).

Untuk kepentingan negara, tenaga rakyat yang diperlukan bukan sahaja dilihat

dari segi bilangan, jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki bahkan perlu juga

dilihat dari segi nilai-nilai disiplin yang perlu diterima. Dari segi sikap, mereka perlu

jujur dan dedikasi terhadap kerja. Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan mereka perlu

boleh berfikir dan bertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahupun secara

beramai-ramai dengan berpandukan punca-punca akhlak yang mulia. Tegasnya, individu

yang dilahirkan daripada sistem persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan

pembangunan kemanusiaan (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979).

Page 24: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

6

Dalam apa jua proses pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan

yang penting sebagai agen perantaraan ilmu. Dengan itu, dalam proses menerapkan nilai-

nilai Islam, guru terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi

oleh semua pelajar. Dalam hal ini, Mohd Komel (1988) menjelaskan bahawa contoh

tauladan para pendidik inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar.

Merekalah yang seharusnya terlebih dahulu dilengkapi dengan ciri-ciri akhlak yang mulia

walaupun masyarakat kurang menghargai golongan yang berbudi luhur ini. Menurut

Taaherah et al (1994), guru seharusnya dapat mengintegrasikan prinsip kepercayaan

kepada Tuhan dalam semua mata pelajaran yang diajarnya. Ini akan memperkuatkan

moral dan pegangan para pelajar dan menghalang pertumbuhan fahaman ateistik,

materialistik sekularisme.

Manakala dari aspek sahsiah pula, pelajar-pelajar perlu dibentuk menjadi individu

yang serius dalam setiap usaha kreatif, inovatif, produktif dan berdisiplin. Mereka juga

merupakan individu yang berkeyakinan diri, berdaya saing dan menghayati idealisme. Ini

akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya, cemerlang dan seterusnya membina

manusia yang ‘berbuat sendiri’ ataupun ‘self actualize person’. Para pelajar juga perlu

mempunyai nilai ketaatan kepada negara yang tinggi di samping memiliki aspek

kesihatan mental dan fizikal yang berkualiti (Taaherah et al, 1994).

H. Muhamad (1993), dalam kajiannya berhubung dengan kefahaman dan

penghayatan terhadap Falsafah Pendidikan Negara telah menyatakan bahawa kefahaman

ke arah perlaksanaan FPN adalah berdasarkan kepada kemampuan guru untuk menghurai

isi-isi penting dalam penerapan dan pengalaman nilai-nilai murni dalam kehidupan

seharian. Kefahaman ini sewajarnya boleh diterjemahkan melalui penghayatannya dalam

bentuk amalan dan tingkah laku yang dapat dicontohi dan dihayati oleh pelajar.

Page 25: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

7

Justeru itu, setiap pelajar perlu menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni

dalam menghubungkan ilmu pengetahuan yang mereka pelajari dengan kehidupan

seharian. Para pelajar hendaklah memahami dan menghayati tanggungjawab mereka

sebagai pelajar yang bermatlamatkan menuntut ilmu dengan penuh disiplin di samping

membina akhlak yang mulia dan terpuji (Kamarudin, 1991). Bagi memastikan nilai-nilai

murni ini dikuasai oleh pelajar, maka objektif tentang penguasaan nilai ini telah di

dokumentasikan dalam kurikulum sekolah. Umpamanya dalam Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Salah

satu daripada objektifnya ialah untuk membolehkan pelajar menghayati nilai-nilai yang

bersesuaian dengan kehendak masyarakat dan negara.

Berdasarkan Teori Perkembangan Moral Kohlberg (1988) yang menyatakan

bahawa pengajaran nilai merupakan tanggungjawab bagi membantu murid-murid melalui

peringkat perkembangan pemikiran moral. Ini bermakna pengajaran nilai di sekolah

bertujuan untuk membimbing pelajar mencapai satu peringkat pemikiran dan kesedaran

yang tinggi. Kohlberg juga menekankan pendidikan nilai berkait rapat dengan

perkembangan personaliti pelajar. Manakala latihan kemahiran dilakukan secara

bersepadu dapat memperkembangkan diri pelajar dalam aspek emosi, rohani dan jasmani

bagi melahirkan pelajar beretika dan berfikiran matang. Pada hakikatnya, nilai murni dan

kemahiran adalah merupakan satu elemen pengajaran dan pembelajaran yang paling

penting serta saling berkaitan untuk membina masa depan pelajar yang lebih baik.

Pelajar-pelajar di sekolah merupakan aset yang penting bagi sesebuah negara.

Mereka merupakan tenaga muda yang bakal menjadi harapan negara untuk memimpin

generasi akan datang, penyambung budaya, penggerak kemajuan dan pelopor

pembangunan bagi sesebuah masyarakat. Pengamalan nilai-nilai murni penting kepada

setiap pelajar agar mereka dapat menghubungkan ilmu pengetahuan yang dipelajari

dengan kesedaran bahawa sumber ilmu itu secara mutlak adalah hak tuhan semata-mata,

Page 26: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

8

( Tajul Ariffin et al, 1992). Justeru itu, apabila memperkatakan kemerosotan akhlak di

kalangan pelajar-pelajar, sering kali dikaitkan dengan apakah nilai-nilai murni yang

diserapkan selama ini di sekolah tidak mendatangkan kesan dan dapat dihayati

sepenuhnya. Persoalan inilah yang menjadi tunjang kepada permasalahan yang akan

dikaji.

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dinyatakan di atas, pengkaji ingin

menyelidik pengamalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar tingkatan 4 Sekolah

Menengah Kebangsaan Taman Universiti (2) yang diamalkan dalam kehidupan harian.

1.4 Persoalan Kajian

i. Adakah pelajar-pelajar mengamalkan nilai-nilai murni yang diperolehi sepanjang

sesi pembelajaran dalam kehidupan harian mereka?

ii. Apakah nilai-nilai murni yang paling dominan diamalkan di kalangan pelajar-

pelajar?

Page 27: PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN · PDF fileUPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia . xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A - Borang Soal Selidik

9

i. Adakah pengamalan nilai-nilai murni melalui pembelajaran di sekolah dapat

memberi kesan positif terhadap diri pelajar untuk menerapkannya dalam

kehidupan harian?

1.5 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk:

i. Mengenal pasti pelajar mengamalkan nilai-nilai murni yang diperolehi sepanjang

sesi pembelajaran dalam kehidupan harian mereka.

ii. Mengenal pasti nilai-nilai murni yang paling dominan di kalangan pelajar-pelajar.

iii. Mengenal pasti pengamalan nilai-nilai murni melalui pembelajaran di sekolah

dapat memberi kesan positif terhadap diri pelajar untuk menerapkannya dalam

kehidupan harian.