24
PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN UNIT 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN TAJUK 1 : KONSEP DAN LATAR BELAKANG SOALAN TUTORIl . Kanak- kanak gemar bergerak bebas, mencipta hasil ciptan melalui kreativiti dan mempunyai naluri terhadap rentak dan ritma. Kereka mempunyai beberapa ciri iaitu mempunyai kecenderungan terhadap pergerakan yang luar biasa. Mengikut pendapat Dauer dan Pangrazi (1983:11), kanak- kanak mempunyai keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Mereka lari untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Aktiviti bagi mereka adalah intisari penghidupan. Sekiranya kanak- kanak tidak diberi bimbingan, perhatian dan pengajaran yang sempurna maka terbantutlah perkembangan fisiologi dan intelektual mereka. Teori Howard Gardner menyatakan bahawa pendidikan sekolah memberi penekanan kepada 2 kecerdasan iaitu ligustik dan logik matematik berbeza dengan sentuhan muzik, gerakan kinestetik, emosi dan seni. Seni merangkumi muzik, drama, tarian, rentak dan irama, seni visual dan fotografi. Seni Dalam Pendidikan sangat penting kepada seorang pendidik kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran ianya akan mengembangkan dan merangsangkan daya fikir seseorang murid serta untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang sihat. Dengan memiliki bakat yang sedia ada, kanak- kanak mampu mengeluarkan daya kreativiti semula jadi mereka dengan cara memerhatikan mereka bermain sama ada bersendirian atau dalam kumpulan. Pengenalan seni dalam pendidikan mendatangkan faedah dalam

Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan

PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN

UNIT 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN

TAJUK 1 : KONSEP DAN LATAR BELAKANGSOALAN TUTORIl . Kanak- kanak gemar bergerak bebas, mencipta hasil ciptan melalui kreativiti dan mempunyai naluri terhadap rentak dan ritma. Kereka mempunyai beberapa ciri iaitu mempunyai kecenderungan terhadap pergerakan yang luar biasa. Mengikut pendapat Dauer dan Pangrazi (1983:11), kanak- kanak mempunyai keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Mereka lari untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Aktiviti bagi mereka adalah intisari penghidupan. Sekiranya kanak- kanak tidak diberi bimbingan, perhatian dan pengajaran yang sempurna maka terbantutlah perkembangan fisiologi dan intelektual mereka.Teori Howard Gardner menyatakan bahawa pendidikan sekolah memberi penekanan kepada 2 kecerdasan iaitu ligustik dan logik matematik berbeza dengan sentuhan muzik, gerakan kinestetik, emosi dan seni.

Seni merangkumi muzik, drama, tarian, rentak dan irama, seni visual dan fotografi. Seni Dalam Pendidikan sangat penting kepada seorang pendidik kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran ianya akan mengembangkan dan merangsangkan daya fikir seseorang murid serta untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang sihat. Dengan memiliki bakat yang sedia ada, kanak- kanak mampu mengeluarkan daya kreativiti semula jadi mereka dengan cara memerhatikan mereka bermain sama ada bersendirian atau dalam kumpulan.

Pengenalan seni dalam pendidikan mendatangkan faedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. iaitu dapat menangani desakan jiwa kanak- kanak dengan melakukan pergerakan- pergerakan ala tarian dan latihan jasmani yang merupakan suatu bentuk saluran yang dilakukan dengan penuh sedar.

Melalui pergerakan yang dihasilkan oleh kanak-kanak, secara tidak langsung merangsang daya kreativti yang tersimpan di dalam jiwa mereka. Ini akan memperkenalkan mereka kepada aliran pergerakan serta memantapkan fakulti daya ekprisi spontan mereka. Fowler (1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai suatu pendekatan dalam keadah pengajaran, kemahiran- kemahiran bermotor termasuk pergerakan kemahiran- kemahiran berasas, permaianan, tarian dan aktiviti-aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam proses pembelajaran serta menggabungkan kesemua faktor pergerakan yang disarankan oleh Rudolf Laban. Analisis ini dapat mencernakan satu arah baru dalam pendidikan fizikal iaitu dalam bidang pergerakan.

Kanak-kanak akan melakukan pergerakan sekiranya Kanak-kanak mendengar

Page 2: Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan

ritma atau alunan muzik yang menarik perhatian mereka. Rasa sensasi yang terbit daripada perubahan-perubahan dari segi intensiti, tekanan, kederasan dan kebebasan bergerak dalam melakukan pergerakan dan tekanan- tekana fizikal akan menimbulkan perasaan riang kepada deria kanak- kanak. Di samping itu, muzik tidak jauh beza dengan nada dan irama di mana ketinggian dan kerendahan nada, intensiti dan tempoh akan mengiringi pergerakan-pergerkan gerak tari, memantap serta memperlihatkan ekpresi emosi.

Pembelajaran tarian sangat penting kerana aspek ini dapat memberi kesan memori yang panjang di mana mereka mudah mengingati apa yang dipelajarinya.Sebagai contoh irama muzik yang selalu diiringi dengan melodi riang dan rancak rentaknya seperti Lenggang- Lenggang Kangkung, Burung Kakak Tua, Air Pasang Pagi, Ikan Kekek dan sebagainya akan menghasilkan satu tarian yang akan menghiburkan perasaan mereka.Elemen masa boleh digambarkan menerusi rentakan dan alunan tubuh badan, seperti denyutan nadi, denyutam jantung dan pernafasan. Setiap kanak- kanak memnpunyai naluri terhadap susunan dan integrasi ynag terbit daripada gerak denyutan memberikan kepada mereka suatu perlindungan dan rangsangan. Selain penggunaan alat muzik untuk mengiringi pergerakan sebagai sebahagian persekitaran untuk pengajaran, mereka juga boleh mengeluarkan suara di samping menghasilkan bunyi-bunyi dari hasil hentakan kaki dan tepukan tangan yang boleh menggembirakan hati mereka.

Melalui pendidikan muzik dapat membantu mereka untuk merasai pergerakan secara intim, memupuk naluri terhadap muzik dan meperkayakan pegalamann pergerakan mereka. Untuk memperkayakan lagi pendidikan jasmani agar pergerakan kanak- kanak dapat dipertingkatkan pendidik boleh menggunakan muzik dalam bentuk ritma. Di sini mereka lebih berasa puas, riang dan seronok serta dapat munyuburkan minat mereka dan menghargai keindahan seni. Daripada adunan ritma, aktivitu seperti berjalan, melangkah, berlari dan melompat dapat dihasilkan. Penggunaan muzik dalam proses pembelajaran sangat meluas kerana ia meningkatkan kemahiran berfikir dan pemahaman kanak-kanak. Dengan mendengar irama muzik mereka akan berasa terhibur dan gembira. Pengembangan emosi yang sihat dapat dilihat apabila mereka menjiwai irama muzik tersebut. Melalui pembelajaran muzik mereka dapat membuat keputusan dan andaian serta menginterpretasi maklumat daripada pengalaman sedia ada. Ini dapat membantu pendidik meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berfikir kanak-kanak dengan lebih berkesan lagi. Dengan mempelajari muzik, akan mempertingkatkan daya saing antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, mereka mudah bergaul antara satu sama lain.

Teater dan drama juga perlu diberi penekanan kepada kanak- kanak kerana proses pembelajaran untuk setiap mata pelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Ini bererti kanak- kanak dapat berfikir secara spontan, membuat penyelesain masalah, memberi konsentrasi dan kemahiran menganalisa.. Malah melalui drama juga ia dapat meningkatkan daya imaginasi kanak- kanak di mana mereka cuba mengaitkan dengan keadaan hidup yang realiti. Ini dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran berfikir dan perkembangan emosi yang sihat apabila bekejasama dan bergaul dengan kanak-kanak

Page 3: Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan

yang lain.

Pembelajaran Pendidikan seni visual di sekolah termasuk melukis, mengukir, mewarna, menghasilkan kraftangan dan sebagainya. Dalam pada itu, ia juga membantu mengembangkan daya kreativiti dan mencungkil minat kanak-kanak terhadap keunikan seni. Justeru itu, kanak- kanak berasa puas dan seronok kerana diberi peluang untuk mencungkil bakat yang sedia ada pada diri mereka. Ini juga membuktikan bahawa mereka mepunyai banyak kelebihan kemahiran yang tersendiri. Melalui seni visual mereka akan memperlajari membuat pemerhatian terhadap skop yang lebih meluas, mudah memahami dan mempraktikannya. Seni visual juga menyuntik semangat untuk belajar kepada kanak- kanak untuk lebih megingati pelaran yang dipelajarinya. Setiap mata pelajaran bertambah menarik sekiranya malumat yang diberikan memberi kesan yang mendalam kapada kanak-kanak. Sebagai contoh warna yang berwarna-wani dan reka bentuk yang unik digunakan untuk menarik perhatian mereka.

PERANAN SENI DALAM PENDIDIKAN (PERKAITAN DENGAN SUBJEK BM)

Seni dalam pendidikan (SDP) memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.

Terdapat beberapa peranan SDP yang boleh dikaitkan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Antaranya adalah SDP berperanan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah menjadi lebih seronok, menarik dan berkesan. Hal ini sangat penting dalam mewujudkan interaksi positif dalam kalangan murid dan guru serta murid dan murid. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru dalam memastikan perintegrasian seni dalam pendidikan ini, guru bolehlah mengadakan aktiviti nyanyian. Terdapat tiga unsur seni dalam pendidikan iaitu seni muzik (irama), ruang dan warna. Unsur seni muzik terdapat dalam aktiviti nyanyian yang dijalankan berikutan adanya irama yang dialunkan oleh murid-murid dan guru. Misalnya, guru menyanyi bersama dengan murid-murid lagu ‘Pak Mamat Ada Kebun’ selepas mengajar teks cerita haiwan. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu guru dan murid-murid mendengar muzik. Irama yang menarik dalam

Page 4: Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan

sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Oleh yang demikian, jelas menunjukkan penggabungjalinan seni dalam pendidikan dalam P&P Bahasa Melayu, dapat mewjudkan sesi P&P yang lebih menarik, seronok serta berkesan.

Di samping itu, SDP juga berperanan untuk menghargai keindahan ciptaan Tuhan. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Warna juga turut digunakan dalam SDP iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna dapat dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna sekunder dan juga tertier. Kesemua warna ini sebenarnya wujud di sekeliling kita. Contoh-contohnya adalah seperti warna hijau yang terdapat pada daun, warna-warni yang terdapat pada pelangi dan sebagainya. Jika dikaitkan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu, guru bolehlah mengintegrasikan unsur seni visual (warna) dalam sesi P&P di dalam kelas. Sebagai contoh, selepas guru mengajar murid tentang jenis-jenis bunga misalnya, guru bolehlah meminta murid mewarnakan gambar bunga tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Di sini, guru boleh menyelitkan nilai mensyukuri ciptaan Tuhan yang indah lagi menakjubkan itu kepada diri murid-murid. Di samping dapat mengintegrasikan unsur seni visual dalam P&P, guru juga dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. Jadi, di sini jelas menunjukkan pengintegrasian SDP dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berperanan dalam mewujudkan nilai menghargai keindahan ciptaan Tuhan dalam kalangan murid-murid.

SDP juga berperanan dalam memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan. Ketiga-tiga budaya ini dapat diterapkan dalam pengintegrasikan unsur seni pergerakan dalam sesi P&P di dalam kelas. Jika dikaitkan dengan sesi P&P mata pelajaran Bahasa Melayu, guru boleh menjalankan aktiviti seperti aktiviti lakonan. Semasa berlakon, mereka akan menghayati lakonan serta membuat ekspresi yang sesuai menggunakan anggota fizikal mereka. Misalnya, selepas guru menerangkan konsep tatabahasa mengenai kata adjektif yang menunjukkan sifat seperti marah, sedih, gembira dan sebagainya, guru boleh meminta murid-murid melakonkan watak-watak yang menggambarkan perasaan-perasaan tersebut. Mereka akan memikirkan gaya yang sesuai untuk mengekspresikan perasaan-perasaan tersebut. Oleh yang demikian, jelas menunjukkan pengintegrasian SDP dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dapat mewujudkan budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam kalangan murid.

Selain itu, SDP berperanan dalam meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam P&P. Guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang

Page 5: Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan

sesuai bagi meransang minda kanak-kanak sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga unsur SDP ini juga boleh diterapkan sekali gus dalam satu aktiviti semasa sesi P&P. Misalnya, dalam sesi P&P Bahasa Melayu, guru boleh menjalankan aktiviti menyanyi lagu warna pelangi sambil menari. Tarian yang dibuat adalah mengikut kreativiti murid. Jadi, hal ini akan dapat membuatkan mereka lebih kreatif dalam menghasilkan pergerakan yang sesuai dengan lagu yang dinyanyikan. Murid juga akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama iaitu pengajaran yang lebih berpusatkan kepada guru. Oleh yang demikian, di sini jelas menunjukkan, guru dapat meningkatkan pengetahuan murid-murid, daya kreativiti dan pemikiran yang inovasi serta berkemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam P&P.

Tuntasnya, kesemua peranan SDP ini menunjukkan usaha guru dalam membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Bertema

Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang murid. Pendekatan ini penting kerana :

Tema yang dipilih dijadikan sebagai wahana untuk menggabungjalinkan pengetahuan atau kemahiran daripada komponen/tunjang yang berlainan. Pendekatan bertema akan dapat membantu guru merancang, mengurus aktiviti dan menyediakan bahan pengajaran

Page 6: Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan

dan pembelajaran secara lebih berfokus dan menyeluruh.

Langkah-langkah pendekatan bertema adalah seperti berikut :

1 Memilih tema yang bersesuaian dengan pengalaman, minat dan peringkat perkembangan murid.2 Membina carta aliran/web yang merangkumi objektif, konsep dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.3 Memilih dan merancang aktiviti berdasarkan peringkat perkembangan murid dan sumber pembelajaran yang ada di persekitaran.4 Membuat persediaan pengajaran dan pembelajaran termasuk menyusun kelas dan pusat pembelajaran serta menyediakan bahan.

Contoh Rancangan Bertema : Keluargaku sayang

Cadangan Masa : 60 Minit

Tunjang Utama : Komunikasi

Standard Pembelajaran Utama : (BM 2.1.4) Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila

Page 7: Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan

mengikut giliran, mengikut situasi dan mengikut peringkat umur.

Standard Pembelajaran lain yang disepadukan :

(KM 2.1.3) Menceritakan peranan dan tanggungjawab ahli keluarga (ikut situasi keluarga)

Objektif pelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :-

Bertutur dengan sopan mengikut peringkat umur.

Murid dapat bekerjasama semasa melakukan aktiviti.

Konsep utama : Menghormati Keluarga

Alatan dan Bahan : Radio,CD, kain putih, lampu suluh dan patung wayang kulit.

Langkah Pengajaran

Guru membuat pementasan wayang kulit kisah " Keluarga Sayang " mengikut skrip yang direka bentuk sendiri.Guru memberi penerangan kepada murid tentang watak-watak anggota keluarga dalam wayang kulit tersebut.Guru meminta murid memilih watak-watak anggota keluarga.Murid membuat pementasan wayang kulit mengikut watak yang dipilih secara berpasangan.Guru dan murid berbincang tentang pementasan tersebut.Guru meminta murid menyanyikan lagu ' Sayang Keluarga' bersama-sama.Pendekatan Bertema

1.0 Pengenalan Pendekatan bertema

Pendekatan bertema sering digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran artistic. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat murid serta guru. Tema bukan sahaja sebagai tajuk tetapi tema meneroka pengalaman manusia dari segi perspektif dan seringkali boleh menimbulkan isu. Ia merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang kepada pelajar untuk memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu. Terdapat tiga jenis tema dalam pendekatan itu iaitu tema

Page 8: Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan

persekitaran , tema masyarakat dan tema komunikasi

2.0 Konsep Pendekatan Bertema Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran. Menurut Kostelnik (1989), “theme teaching involves offering children an array of activities built arround a central idea.” Machedo (1989) menyokong pendapat ini, iaitu tema adalah suatu koleksi aktiviti berkenaan sesuatu subjek ataupun idea tertentu.

Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsep atau tema.. Pendekatan ini merupakan alat pengelolaan yang memberi peluang kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran yang merangkumi koleksi bahan aktiviti. Ini akan mengelakkan program yang tidak tersusun berpunca daripada pelajaran harian yang tidak berkaitan.

Unit pengajaran bertema juga membolehkan pelajar menghubungkan antara pemahaman, sikap dan kemahiran juga bidang-bidang kurikulum. Dalam mengorganisasikan sesuatu pelajaran menggunakan pendekatan bertema, murid berpeluang untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang diterima pakai..

2.1 Jenis-Jenis Tema2.1.1 Tema PersekitaranPersekitaran merangkumi elemen fizikal dan sosial. Persekitaran fizikalyakni pelbagai bahan, ruang untuk bermain dan cukup masa mampumemberi kesan ke atas perkembangan kanak-kanak bermain.Persekitaran sosial dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu bapa, interaksi dengan rakansebaya serta sokongan. Elemen – elemen fizikal dan sosial iniberinteraksi dengan tahap perkembangan kanak-kanak, pengalamanlalu,masa dan ruang perlindungan.

Tiga elemen dalam persekitaran yang mempengaruhi organisma hidup ialah alam semula jadi, buatan manusia dan teknologi. Ekosistem akan mengimbangi alam sekitar supaya semua kehidupan hidup dengan berharmoni. Perubahan buatan manusia terhadap persekitaran seperti penerokaan hutan, tapak pembinaan perumahan dan lain-lain akan mengakibatkan kesan terhadap kehidupan manusia secara

positif atau pun negatif. Teknologi pula membawa perkembangan dan perubahan kepada manusia. Teknologi juga melahirkan dunia tanpa sempadan dan telah memperkenalkan konsep globalisasi. Dalam Seni, teknologi menawarkan cara untuk mencapai matlamat - matlamat artistik, cendiakawan, penghasilan dan persembahan. Teknologi yang menarik dan hebat mampu menarik minat dan memotivasikan murid- murid untuk melibatkan diri dalam bidang kesenian.2.1.2 Tema dan MasyarakatMasyarakat dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan besar iaitu;

Page 9: Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan

i) masyarakat zaman purba, ii) zaman batu dan iii) masa kini.

Dalam masyarakat manausia, sosial dan budaya tidak dapat dipisahkan. Kita perlu bekerjasama untuk kepentingan masyarakat. Perhubungan sosial ini memberi ruang kepada mereka mencipta aktiviti-aktiviti untuk memenuhi masa lapang. Aktiviti-aktiviti ini diwarisi sejak turun -temurun dan menjadi sebati sehingga menjadi budaya dalam masyarakat.Kanak-kanak memulakan penghidupannya dengan dirinya sendiri kemudian berkembang kepada hubungan keluarganya lalu bergerak kepada kumpulan yang besar dalam masyarakat.

Dalam hubungan ini kita perlu fleksibel dengan memberi pertimbangan tertentu kepada ciri-ciri kematangan sosial dan memikirkan bagaimana fenomena tersebut wajar ditangani dengan sebaik mungkin disemua peringkat perkembangannya. Setiap insan adalah penting dalam kehidupan dan persekitaran kanak-kanak. Setiap insan juga memainkan peranan untuk mewujudkan pelbagai lapisan masyarakat seperti pemungut sampah berperanan untuk memungut sampah, tukang kebun menjaga taman bunga, tukang masak memasak makanan dikantin, pemandu bas membawa kanak-kanak ke sekolah. Selain interaksi sosial dalam masyarakat, budaya dan isu perkauman dapat mempengaruhi dalam pergaulan kanak-kanak.

Tema masyarakat menekankan tentang manusia, masyarakat dan budaya. Pembelajaran sosial yang bertepatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dapat membantu seseorang itu untuk meningkatkan tahap kesedaran dan untuk lebih mendalami tentang masyarakat bersama dan juga pengalaman disamping mengharrgai pelgai budaya yang wujud dalam masyarakat kita. Dengan itu pengalaman pelajar berdasarkan aktiviti sekitar Tema Masyarakat dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual.

2.1.3 Tema KomunikasiKomunikasi merupakan perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk menghantar dan menerima mesej konteks mempunyai kesan dan memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Semua komunikasi berlaku dalam konteks yang mengandungi sekurang-kurangnya empat dimensi iaitu fizikal, budaya, psikologikal sosial dan temporal.

Konteks fizikal adalah persekitaran yang nyata di mana komunikasi berlaku seperti dalam bilik atau ruang legar atau di taman. Konteks budaya pula merujuk kepada peraturan dan norma komunikasi, kepercayaan dan sikap yang dipindah dari satu generasi kepada satu generasi yang seterusnya. Konteks sosio-psikologikal pula merangkumi seperti contoh hubungan status dikalangan peserta, peranan yang dimainkan oleh manusia dan peraturan budaya sesuatu masyarakat dimana komunikasi berlaku. Manakala dalam konteks temporal ianya merangkumi masa dan tarikh serta silam semasa kemunikasi telah berlaku.

Page 10: Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan

Mesej komunikasi terdapat dalam pelbagai bentuk. Anda boleh menghantar dan menerima mesej melalui sesiapa atau mana-mana kombinasi organ-organ deria. Walau pun anda biasanya memikirkan tentang mesej sebagai verbal, anda juga boleh berkomunikasi secara bukan verbal. Contohnya pakaian yang anda pakai, cara anda berjalan,

2.2 Kelebihan Pendekatan Bertemaaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Pelajar dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak. Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidang pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema. Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka. Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkara yang sama iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan bidang yang luas tetapi tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh dianggap sebagai rangsangan ke arah pembelajaran. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema dapat membawa faedah kepada kedua-duanya; iaitu guru dan kanak-kanak: Kanak-kanak dapat mendalami topik yang disenaraikan. Di samping itu, kanak-kanak dapat belajar melalui pengalaman yang dilalui sendiri.Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai. Dengan adanya tema yang menyatukan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti, bahan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan. Oleh itu, pendekatan bertema membolehkan kanak-kanak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan, di samping mendapat pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam berkenaan subjek ataupun idea utama. Guru juga tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang berkaitan setiap kali merancang jadual aktiviti. Selain daripada menambahkan pengetahuan kognitif kanak-kanak, pengajaran dan pembelajaran bertema ini juga menggalakkan ciri kepimpinan , berkeyakinan diri, sikap saling membantu, bertoleransi dengan pendapat yang berbeza dan bekerjasama antara kanak-kanak. Pendekatan bertema yang memberi kanak-kanak peluang bekerja dalam kumpulan bagi menyiapkan projek dapat meningkatkan kesedaran sosial serta pemahaman berkenaan peranan sosial dan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan. i) Untuk mewujudkan suasana proses pengajaran yang menyeronokkan dan kondusif dalam pengajaran dan pembelajaran. ii) Untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan, iii) Dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan

Page 11: Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan

pengetahuan dan pengalaman lalu. iv) Dapat menghadapi cabaran v) Dapat membuat pilihan yang sesuai dan releven dalam kehidupan vi) Untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal vii) Menyemai nilai empati , harmoni dan pemahaman sesama insan yang budaya viii) Untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang menghubungkaitkan pengetahuan dan kemahiran.

2.3 Kelemahan Pendekatan Bertema i) Pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal sama ada berbentuk pergerakkan imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi (ii) persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan kreativiti yang tinggi (iii) pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan (iv) berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru (v) dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan (vi) dapat menghubungkait pengetahuan dan kemahiran

2.4 Cabaran Pendekatan Bertema

(i) Menguji tahap kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran (ii) untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan (iii) hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza-beza (iv) sukar untuk menilai skop pemahaman yang begitu luas (v) sukar untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang berbeza

KEPENTINGAN AKTIVITI DAN KREATIVITI DALAM PERKEMBANGAN KANAK – KANAK

Aktiviti estetika dan kretiviti sememangnya memberi peranan yang penting dalam

perkembangan kanak – kanak . Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak -

Page 12: Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan

kanak menyampaikan perasaan , kerja dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara .

Malah aktiviti ini menggalakkan mereka untuk berfikir . Misalnya , selepas melukis

kanak - kanak merancang untuk mempamerkan hasil kerja mereka , mereka belajar untuk

membuat keputusan terutamanya dalam memilih lukisan mana yang harus mereka

pamerkan , bagaimana ia diuruskan dan adakah mereka berpuas hati dengan hasil kerja

mereka .

Isernberg ( 2001 ) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh

digunakan untuk menjana makna dan alat untuk pembelajaran . Ini kerana aktiviti seni

menyediakan ruang untuk kanak - kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan , cara

berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa , serta membantu kanak - kanak untuk

membantu kanak - kanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka .

Kreativiti dan estetika terbahagi kepada lima bahagian iaitu :

LUKISAN DAN KRAF

Objektif Atau Hasil Pembelajaran

Menghasilkan lukisan dan kraf tangan :

Berdasarkan objektif ini , kanak - kanak diberi peluang membuat pelbagai kesan ,

corak dan garisan pada sesuatu permukaan . Tujuan supaya mereka mampu memahirkan

motor halus mereka . Kanak - kanak juga boleh mengetahui warna dan membezakan

warna apabila terlibat dengan pelbagai aktiviti mewarna . Selain membantu mereka

mencurahkan idea ke saluran yang tertentu , mereka boleh mencurahkan perasaan mereka

Page 13: Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan

dalam bentuk lukisan dan sebagainya . Beberapa hasil pembelajaran yang ingin di capai

adalah untuk :

Membuat tanda dan kesan pada pelbagai permukaan .

Membuat garisan dan rupa bentuk .

Melukis warna dan mewarna dalam ruang tertentu .

Mengenal dan membezakan warna .

Menyatakan idea dan menceritakannya .

Menggunakan pelbagai bahan secara kreatif dalam rekaan pelbagai kraf untuk

pembentukan , binaan , ukiran , guntingan dan lipatan , tampalan ataupun kolaj .

Bagi mencapai semua matlamat yang diinginkan di atas , maka beberapa aktiviti boleh

dijalankan . Contohnya :

Membuat lukisan percikan bunga api .

Mengecap, melukis dan mewarna .

Melukis secara bebas contohnya melukis gambar keluarga , diri dan benda - benda

yang dilihat di sekeliling .

Menguli doh untuk mereka bentuk arca , membina blok membentuk bangunan

tertentu , membuat lipatan burung , kipas , sampan dan lain - lain lagi .

Membuat kolaj daripada pelbagai bahan seperti kain , daun , bunga , kertas ,

bijirin , kekacang , polisterin dan sebagainya . Aktiviti ini boleh dilanjutkan ,

misalnya kolaj daun yang telah ditampal , boleh dilabelkan mengikut saiz .

BAHAN WARISAN DAN BUDAYA

Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, komponen

ini sangat perlu dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran kanak – kanak .

Memahami budaya boleh menanamkan semangat cintakan warisan dan akan tertanam di

dalam jiwa kanak -kanak untuk memelihara warisan tersebut untuk kegunaan mereka

juga generasi akan datang . Kandungan pengajaran waraisan budaya merangkumi :

Menyambut perayaan masyarakat Malaysia .

Mengenali pakaian tradisional masyarakat Malaysia .

Page 14: Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan

Menghayati lagu dan muzik tradisional .

Mengenali Permainan tradisional .

Menyatakan idea dan menceritakannya .

Mengenali kraf dan peralatan tradisional .

Objektif warisan budaya adalah untuk mengenalkan kanak – kanak kepada

masyarakat Malaysia disamping memahami budaya dan kepercayaan mereka . Tujuan

mengenali pelbagai masyarakat yang terdapat di Malaysia adalah untuk mewujudkan sifat

faham memahami antara kaum . Dengan ini , maka rasa percaya dan hormat menghormati

akan wujud di Malaysia . Misalnya , dengan tarian tradisional seperti zapin , tarian singa

dan tarian hindu sesuatu kaum . Beberapa cara boleh dijalankan untuk membantu

pengajaran dan pembelajaran warisan budaya , antaranya :

Memakai pakaian tradisi ketika perayaan tertentu .

Sediakan suatu sudut tema yang kreatif dengan mempamerkan pakaian , alatan

atau gambar - gambar yang menunjukkan sesuatu perayaan .

Bermain permainan tradisional seperti galah panjang , congkak , teng – teng , batu

seremban ,dan lain – lain lagi .

Mengumpul gambar – gambar yang berkait rapat dengan alat muzik tradisional

dan membuat buku skrap .

Membuat lawatan ke muzium dan pusat kraf tangan

Mengadakan sesi muzik yang menggunakan alatan muzik tradisional .

PERSEKITARAN DAN KEINDAHAN ALAM

Komponen ini diambil kira bersama kerana keindahan alam sekitar sememangnya

memberi idea yang cukup banyak untuk seseorang berkarya , bukan sahaja kepada orang

dewasa malah kepada kanak – kanak .

KANDUNGAN KOMPONEN PERSEKITARAN DAN KEINDAHAN ALAM

Kandungan bagi komponen ini adalah :

Page 15: Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan

1) Mengenal dan mengecam keadaan alam dengan menggunakan deria .

Kanak-kanak boleh mengenal dan mengecam keadaan alam sekitar dengan menggunakan

deria menggunakan deria . Misalnya dengan melihat sendiri warna dan bentuk di

persekitaran , mereka mendapat pengalaman pertama tentang keindahan semula jadi .

2) Menunjukkan rasa ingin tahu mengenai perubahan yang sentiasa berlaku di

persekitaran .

Misalnya mereka boleh nampak daun muda berwarna hijau , kemudian layu menjadi

warna kuning dan akhirnya mati menjadi warna coklat .

3) Menyatakan perasaan diri terhadap unsur – unsur keindahan alam secara lisan

dan perlakuan .

Kanak - kanak boleh menggambarkan kegembiraan mereka merasai pengalaman dengan

persekitaran dengan menceritakan semula apa yang mereka peroleh daripada persekitaran

. Mereka boleh menyanyi lagu - lagu tertentu seperti lagu lagu " Tanya sama pokok ".

4) Bercerita tentang pelbagai kegunaan alam sekitar .

Penerokaan alam sekitar tidak terhenti dengan melihat alam sekeliling sahaja , tetapi lebih

bermakna sekiranya kanak - kanak diberi peluang pula untuk menceritakan pengetahuan

mereka bersama rakan - rakan dan orang dewasa . Ini penting bagi menggalakkan

kemahiran berbahasa mereka . Malah bercerita boleh memupuk rasa yakin dalam diri

Page 16: Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan

kanak – kanak .

5) Menyatakan mengapa harus bersyukur kepada Tuhan .

Rasa bersyukur kepada Tuhan boleh dipupuk ke dalam jiwa kanak - kanak dengan

meneroka alam sekitar mereka . Kanak - kanak digalakkan berfikir dengan melihat alam

semula jadi dan mereka perlu diberitahu setiap sesuatu yang ada di sekeliling mereka

pada Pencipta.

6) Mewujudkan keceriaan dan keindahan alam sekitar .

Ini menggalakkan mereka untuk menghargai alam sekeliling mereka . Oleh itu , secara

tidak langsung kanak – kanak akan berinisiatif untuk menjaga kebersihan alam sekeliling

mereka . Beberapa aktiviti yang boleh digalakkan adalah seperti gotong – royong .

DRAMA DAN PUISI

Alam kanak – kanak penuh dengan imaginasi , mereka suka meniru dan

melakonkan semula watak – watak yang mereka perhatikan disekitar mereka . Lakonan

juga mampu menggalakkan mereka berkomunikasi dan belajar bermain peranan . Antara

aktiviti yang boleh dijalankan untuk aspek ini adalah seperti bermain boneka , bermain

masak – masak , melakonkan watak binatang , contohnya dalam lagu “ Bangau Oh

Bangau ” , menyampaikan pantun , menyampaikan puisi dan sebagainya .

Page 17: Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan

MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM MAIN PERANAN MENGIKUT IMAGINASI .

Sememangnya sifat semula jadi kanak – kanak suka bermain dan suka terlibat

dengan aktiviti yang menyeronokkan . Oleh itu , aktiviti yang melibatkan kanak – kanak

boleh bermain peranan adalah sangat digalakkan kepada mereka .

Proses ini penting kerana ia melibatkan pemikiran . Kanak - kanak juga belajar

dengan meniru jadi wujudnya aktiviti main peranan membolehkan mereka memahami

funsi dan peranan individu sekitar mereka seperti peranan ayah , ibu , adik , abang dan

lain - lain yang disignifikan dalam hidup mereka .

MELAHIRKAN PERASAAN MELALUI LAKONAN DRAMA DAN BACAAN PUISI

Melalui drama kanak - kanak bebas untuk melahirkan perasaan mereka .

Melakonkan cerita tertentu membantu mereka memahami cerita yang ingin disampaikan

dengan lebih mudah , kerana mengalami sendiri pengalaman tersebut . Selain itu , kanak -

kanak merasa mereka di beri kepercayaan untuk menjalankan tugas yang diberikan

kepada mereka . Ini memupuk rasa tanggungjawab dan penghargaan kendiri kanak –

kanak .

Kanak - kanak mudah belajar apabila mereka dapat mendengar perkataan yang

mempunyai bunyi yang sama , malah mereka seronok pula mengulang - ulang sesuatu

perkataan tersebut . Jadi puisi dan pantun merupakan rangkap - rangkap ayat yang

mudah untuk dibaca .

MENUNJUKKAN SEMANGAT KERJASAMA DALAM PERSEDIAAN DAN

PERSEMBAHAN

Page 18: Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan

Aktiviti drama selalunya melibatkan pelbagai tahap . Pemilihan pelakon ,

penghafalan dialog , memilih kostum yang bersesuaian , menyediakan pentas ,

mengadakan latihan dan sebagainya untuk memberi peluang kepada guru dan kanak –

kanak bekerjasama .

Ia juga boleh boleh menggalakkan komunikasi sosial antara kanak – kanak .

Kanak - kanak juga bangga sekiranya mereka dapat menunjukkan bakat mereka kepada

ibu bapa mereka . Ini menanam semangat berani mencuba dan yakin diri .

MEMBUAT GERAK BADAN BERDASARKAN MUZIK YANG ADA KAITAN

DENGAN CERITA YANG DIDENGAR

Melalui cara ini kanak - kanak berpeluang menikmati cerita dan mereka boleh

beraksi mengikut kreativiti mereka sendiri .

MUZIK , NYANYIAN DAN PERGERAKAN

Kanak-kanak mudah mengingati sesuatu dengan nyanyian kerana nyanyian mempunyai rentak tertentu yang mudah , menarik perhatian kanak – kanak . Kanak -

kanak juga tidak betah duduk lama , jadi melalui komponen ini , kanak -kanak

berpeluang untuk menyampaikan perasaan dengan menyanyi lagu - lagu kanak - kanak

yang mudah seperti lagu " Rama-Rama ", bermain alat muzik seperti gendang , recorder ,

kompang , membuat pergerakan kreatif seperti menari , menyanyi sambil beraksi .