Pengenalan Seni Khat

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/7/2019 Pengenalan Seni Khat

    1/13

    Pengenalan Ringkas Khat Arab

    1. Pengenalan Seni khat

    Khat ialah perkataan Arab yang bermaksud garisan. Oleh itu, seni khatbermaksud garisan indah yang membentuk tulisan. Khat juga bermaksudtulisan-tulisan ( kitabah ) yang terikat dengan peraturan dan kaedah yangtelah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni.Tulisan-tulisan Arab pula mempunyai nilai dan kaedah tertentu yangmempunyai estetika yang tinggi.

    Picasso, seorang ahli seni terkenal di dunia dari Perancis pernahmengatakan, " Selepas aku melihat seni yang terdapat pada Khat Arab, akumengakui bahwa dunia seni lukis masih terkebelakang dengan kesenian itu".

    Seni khat bukan sekadar wacana penyampai maklumat tetapimengandungi nilai abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan,kesinambungan, perhubungan, pergerakan, keharmonian dan sebagainya. Diantara bentuk dan jenis tulisan Khat Arab ialah:

    1

    Khat Kufi

    Khat Thuluth

    Khat Nasakh

    Khat Ijazah

    Khat Farisi

    Khat Diwani Jali

    Khat Diwani

    Khat Riq'ah

  • 8/7/2019 Pengenalan Seni Khat

    2/13

    Pengenalan Ringkas Khat Arab

    Carta Aliran Perkembangan Khat Arab

    MESIR( HIEROGRYPHICS )

    ARAMIA

    PHOENICIA

    NABATEA ( NABATI )

    ( 2M106M)

    AL-BATRA( PETRA), AL-ULA,MADINAH

    ANBARI, HIRI, DUMATULJANDAL, KUFAH DAN MADINAH

    HAURAN (PECAHAN NABATI)

    TAIF

    MADINAH

    MAKKAH

    KERAS ( BERSUDUT) LEMBUT ( KURSIF )

    Dikenali sebagai Khitabah. Muncul padaman permulaan Islam yang dimajukan oleangsa Arab Hijjaz daripada huruf Nabati.

    Tulisan ini pada asalnya tidak dapatdibezakan dari aspek kelembutan dan

    kekerasan. Contohnya seperti Khat Kufi

    Qadim.

    za hb

    Dikenali sebagai Khat. Muncul pada zamanselepas berkembangnya Islam. Khat

    bermaksud khitabah yang terikat denganperaturan dan kaedah yang telah dikaji danditentukan oleh mereka yang terlibat dengankemajuan seni. Contohnya seperti Thuluth

    dan Nasakh.

    2

  • 8/7/2019 Pengenalan Seni Khat

    3/13

    Pengenalan Ringkas Khat Arab

    2. Sejarah Ringkas Perkembangan Khat

    Kajian ilmiah membuktikan bahawa bangsa Arab telah mengenali khat(tulisan) melalui berbagai-bagai sumber yang sampai ke Hijjaz pada abad 6M.Ianya dibawa masuk oleh ahli-ahli perniagaan Quraisy dan pada waktu itu ia

    dikenali sebagai tulisan Nabati, Hiri dan Anbari.

    Bilangan mereka yang pandai menulis di Hijjaz pada waktu ketika Islamadalah sedikit. Di kalangan suku kaum Quraisy sebelum Islam, terdapat 17orang sahaja yang pandai menulis antaranya Umar bin Khattab, Ali bin AbuTalib, Uthman bin Affan dann Yazid bin Abu Suffian.

    Seni khat pada zaman permulaan Islam

    Kedatangan Islam membawa keperluan yang banyak kepada pembangunantulisan lalu membuka bidang yang luas dalam penulisan dan dakwah secara

    persuratan. Rasulullah s.a.w. mengizinkan penulisan Al-Quran malahberdakwah dengan menggunakan surat. Rasulullah s.a.w. mengarahkansahabat-sahabat untuk menulis ayat-ayat al-Quran. Kemudian, penulisan ituterus rancak pada zaman Saidina Abu Bakar r.a. hingga ke zaman SaidinaUthman dengan terhimpunnya Al-Quran Mushaf Uthmani yang ditulis semulasebanyak 6 naskhah dan diedar ke beberapa jajahan Islam.

    Seni khat pada zaman Umawiyyah

    Pemerintahan pada zaman ini amat menitikberatkan kemajuan seni khatkerana ia sangat diperlukan samada dalam penulisan mushaf, ukiran padadinding, mencetak mata wang, surat-menyurat dan lain-lainnya.

    Pada zaman ini, pembaharuan seni khat berlaku melalui penulisandengan keseimbangan baris-baris bacaan supaya sama (disebut sebagai al-masyq). Pada zaman ini juga berlaku pembaharuan dari aspek peletakan titikhuruf-huruf oleh Abu Al-Aswad Al-Dua'li dan penciptaan baris-baris oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi.

    Seni khat pada zaman Abasiyyah

    Zaman ini telah menyaksikan kemuncak pembaharuan seni khat pelbagaidengan munculnya tokoh-tokoh seni seperti Abu Ali dan Ibnu Muqlah. IbnuMuqlah dianggap pembuka tirai sejarah pembaharuan seni khat manakalaAbu Ali pula telah mencipta sistem nisbah dalam pembentukan huruf tunggalyang berasaskan ukuran geometri.

    Kemudian diikuti oleh Ibnu Bawwab yang yang telahmemperkembangkan sistem khat bernisbah. Seterusnya Jamaluddin Yaqutal-Musta'simi yang telah membentuk enam gaya hasil pembelajarannya daritulisan Ibnu Muqlah. Enam gaya atau AQLAM SITTAH tersebut ialah:

    Thuluth Muhaqqaq

    Raihani Nasakh

    Riq'ah Tauqi'

    3

  • 8/7/2019 Pengenalan Seni Khat

    4/13

    Pengenalan Ringkas Khat Arab

    Selepas kejatuhan empayar Abbasiyyah, kemajuan seni khat diteruskanmelalui pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

    Seni khat selepas zaman Abbasiyyah

    Ketika kerajaan Tartar memerintah, ramai ulama dan cendiakawan telahberpindah ke Mesir demikian juga di Iraq dan Iran. Sehingga tahun 1555M,muncul penulis Turki, Ahmad Qarahisari yang telah menghidupkan semulacara penulisan Yaqut. Pada kurun ke-17M, pemerintah al-Hafiz UthmanSultan Mustafa II telah menyemarakkan seni khat Aqlam Sittah di seluruhtanah jajahannya. Abad ke-19, Turki terus cemerlang dengan penulisan Khatsehingga muncul tokoh-tokoh seni khat tersohor seperti Mustafa Raqim,Mustafa Izzat, Muhammad Nazif, Ismail Hakki dan lain-lain.

    Seni khat di Alam Melayu

    Seni khat mula memasuki Tanah Melayu semenjak abad ke-7M melaluidakwah dan perniagaan yang mula berpusat di Gujerat. Perlak, Sumaterakemudiannya menjadi pusat penyebaran Islam dan titik berkembangnya senitulisan Khat di bumi Melayu. Sehingga kurun 15M, Melaka telah mengambilalih peranan pusat perniagaan dan penyebaran Islam di Tanah Melayu. Islamdan tulisan Khat terus berkembang dan ianya terbukti secara rasminyamelalui penemuan batu bersurat Terengganu ( 1303M).

    Seterusnya, seni khat dipelajari di Tanah Melayu melalui pengajianpondok, sekolah-sekolah Arab dan beberapa institusi yang lain. MaktabPerguruan Sultan Idris, Tanjung Malim contohnya telah melahirkan ramaiguru yang mengajar tulisan jawi suatu masa dahulu. Antara sekolah-sekolahArab yang telah melahirkan penulis-penulis Khat tanahair ialah Madrasah Al-Attas Johor, Sekolah Sultan Zainal Abidin Terengganu, MadrasahMuhammadiyyah Kelantan, Maktab Mahmud Kedah, Madrasah Al-Ihya Al-Syarif Perak dan lain-lain.

    Penulis-penulis Khat tanahair yang tersohor antaranya ialah SyedAbdul Rahman bin Hasan Al-Attas, Haji Wan Salleh Fathi bin Wan Isa sertabeberapa penulis muda yang semakin menonjol pada masa kini. Terdapat

    penulis-penulis tempatan yang telah memasuki pertandingan di peringkatantarabangsa bahkan di kalangan mereka yang kerap menjuaraipertandingan peringkat ASEAN. Adalah lebih baik, bidang penulisan Khat inidisemarakkan kembali di peringkat pembelajaran tanahair samada formalmahupun tidak formal agar ianya tidak pupus dimamah zaman.

    4

  • 8/7/2019 Pengenalan Seni Khat

    5/13

    Pengenalan Ringkas Khat Arab

    Bentuk-bentuk Khat Arab sebelum Islam sehingga zaman moden

    Ukiran Ummul Jamal Tulisan Nabati ( 250-271M)

    Tulisan Humairi bersama terjemahan Arab.

    Surat Rasulullah s.a.w. kepada Al-Munzir bin Sawi, Raja Bahrin.

    5

  • 8/7/2019 Pengenalan Seni Khat

    6/13

    Pengenalan Ringkas Khat Arab

    Tulisan Khat Arab ( Kufi) di kubur Thabit bin Zaid pada 64H.

    Tulisan di Bukit Salaa', Madinah ( Zaman Kulafa' al-Rasyidin)

    Sebuah tulisan pada zaman Umawiyyah.

    6

  • 8/7/2019 Pengenalan Seni Khat

    7/13

    Pengenalan Ringkas Khat Arab

    Tulisan dengan peletakan titik oleh Abu Aswad al-Dua'li pada pemerintahanYusuf Hajaj al-Thaqafi di zaman Umawiyyah

    Tulisan Yaqut al-Musta'simi (pencetus Aqlam Sittah) pada zaman Abasiyyah.

    Tulisan dengan gaya Kufi oleh Yusuf Ahmad pada 1303M di zamanUthmaniyyah.

    7

  • 8/7/2019 Pengenalan Seni Khat

    8/13

    Pengenalan Ringkas Khat Arab

    3. ASAS-ASAS AM PENULISAN KHAT

    3.1 SEBELUM MENULISa) Peralatan menulis:

    Pen, kayu resam dan sebagainya. Setiap penamempunyai kelebihan masing-masing. Bagi merekayang ingin menceburi bidang ini, digalakkanmenggunakan kesemua jenis pena. Pena tumbuhanmemerlukan kemahiran mengasah. Pena mata besiyang biasa digunakan oleh penggemar seni ini ialahOsmiroid dan Platignum.

    Pena Mata Besi atau Buatan

    Pena Buluh

    Pena Resam

    8

  • 8/7/2019 Pengenalan Seni Khat

    9/13

    Pengenalan Ringkas Khat Arab

    Kertas, buku latihan dan pelapik menulis. Sebaiknyagunakan kertas yang agak tebal, licin dan memudahkanpengeringan dakwat. Kertas yang biasa digunakan ialahArt Paper, Mattart, Tracing Paper atau kertas biasa(seperti A4) 80 GSM ke atas yang licin serta tidak

    mudah mengembangkan dakwat. Pelapik digunakanbagi menghalang kekasaran pada permukaan meja dandisyorkan pelapik yang digunakan mempunyai gridseperti contoh di bawah.

    Dakwat, dibeli atau dibuat sendiri. Dakwat yang terbaikialah yang mempunyai kehitaman yang maksimum,cepat kering ketika di atas kertas, memudahkanpergerakan tangan semasa menulis dan warna yangbersinar ( shinning ) selepas kering. Antara dakwatyang biasa dipakai ialah Rotring, Faber Castell,Calligraphy dan Sheppers. Dakwat tidak boleh dibiarkanmelekat pada mata pena khususnya mata pena besikerana ianya boleh menghalang aliran dakwat semasamenulis.

    9

  • 8/7/2019 Pengenalan Seni Khat

    10/13

    Pengenalan Ringkas Khat Arab

    Buku Panduan dan latihan. Buku panduan yang terbaikialah yang dihasilkan di timur tengah oleh penulis-penulis terkenal. Setiap buku panduan juga mempunyaipendekatan tersendiri mengikut iklim negara masing-

    masing.

    b) Cara duduk dan Kedudukan kertas (dada menghadapke meja dengan 180o :

    10

  • 8/7/2019 Pengenalan Seni Khat

    11/13

    Pengenalan Ringkas Khat Arab

    c) Cara memegang pen:i. Pen yang digunakan bersaiz mata 2.0mm/0.2cmii. Pen dipegang selari dengan kedudukan kertas 900iii. Keseluruhan mata pen menyentuh kertas.

    iv. Pen dipegang dengan kadar satu setengah incidari awal mata pen.

    d) Suasana semasa menulis:

    Suasana mestilah tenang dan kemas Cahaya yang cukup serta tidak melindungi ruang kertas Jarak penglihatan tidak terlalu dekat atau terlalu jauh Perjalanan nafas yang teratur dan tidak penat

    e) Psikologi menulis:

    Menulis dalam keadaan tenang dan memberi sepenuhtumpuan kepada penulisan.

    Menulis dengan penuh minat bukan sekadar suruhan.

    3.2 SEMASA MENULIS

    a) Setiap huruf yang ditulis wajib mengikut ukuran yangditanda dalam bentuk titik.

    b) Setiap huruf atau perkataan yang ditulis wajib mengikutMizan (ukuran) yang betul.

    c) Setiap tulisan digalakkan diulang sebanyak 10 kali sebagilatih tubi yang berkesan.

    11

  • 8/7/2019 Pengenalan Seni Khat

    12/13

    Pengenalan Ringkas Khat Arab

    4. Disiplin dan Kaedah Penulisan dan Pengajaran Khat SecaraUmum

    Sesungguhnya proses pengajaran dan pembelajaran seni khat merupakansatu aktiviti yang susah dan memerlukan kepada kesabaran dan masa yang

    panjang di samping azam yang kuat tanpa rasa putus asa. Setiap murid perludiingatkan tentang kepekaan yang tajam semasa mendengar ulasan guru disamping mengambil perhatian yang serius untuk memahami setiappengajaran guru terutama dalam espek pengukuhan dan pembetulan. Berikutadalah beberapa disiplin dan kaedah penulisan dan pengajaran khat secaraumum, antaranya ;

    a) Menulis bermula dari kaedah yang mudah kepada yang sukar.Contohnya penulisan dengan huruf tunggal diikuti kalimah danseterusnya ayat.

    b) Membuat penulisan yang berulang selepas menulis satu latihan.

    Lazimnya sebanyak 10 kali ulangan penulisan dibuat.c) Guru mestilah menulis samada di papan hitam menggunakan kapur

    atau gabungan dua mata pena secara garisan (outline). Pelajar akanmudah hilang kepercayaan kepada guru yang hanya bercakap tetapitidak menulis.

    d) Guru sentiasa mendekati pelajar ketika latihan dibuat. Guru perlubergerak dari meja ke meja serta membetulkan tulisan pelajar secaralangsung sekiranya terdapat kesilapan.

    e) Guru mesti menanamkan kepada pelajar bahawa khat bukanlahsekadar satu seni atau hobi tetapi satu subjek yang diletakkan dibawah Kurikulum Pelajaran Pendidikan Islam.

    f) Guru mestilah memberikan latihan kepada pelajar dengan contoh-contoh perkataan, kalimah dan ayat yang mudah dan mempunyaikaitan dengan pembelajaran.

    g) Guru mestilah mengawasi pergerakan tangan dan kedudukan badanmereka semasa menulis.

    h) Guru mestilah membetulkan kesilapan pelajar dengan baik, tidak bolehmenyebut nama pelajar yang membuat kesilapan secara umum dihadapan pelajar yang lain.

    i) Guru boleh menerangkan kesilapan pelajar dengan membuatperbandingan tulisan yang salah dengan tulisan yang betul.

    j) Guru mestilah memastikan setiap tulisan ditulis di atas garisan yangdilukis oleh murid menggunakan pensil di dalam buku latihan.k) Mengambil kira kecondongan huruf dan kedudukan di atas atau di

    tengah atau di bawah garisan utama.l) Guru membuat pembetulan menggunakan pen berdakwat merah yang

    sama ukuran dengan tulisan murid.m) Guru sepatutnya menyediakan teks terlebih dahulu dengan melakukan

    latihan-latihan ringkas di rumah. Selepas itu menulis teks tersebutsemasa sesi pengajaran dan pembelajaran di atas papan hitam ataubahan bantu yang sesuai.

    n) Guru perlu mengingatkan murid agar membuat latihan susulan di

    rumah.

    12

  • 8/7/2019 Pengenalan Seni Khat

    13/13

    Pengenalan Ringkas Khat Arab

    o) Guru berhak menolak mana-mana tulisan murid yang tidak ditulistanpa melakarkan dahulu garisan utama di atas kertas.

    p) Sekiranya guru mendapati beberapa huruf amat sukar untuk dikuasaioleh para murid, maka bolehlah dia mengulangi pelajaran denganmembuat pengukuhan atau yang seumpamanya.

    q) Guru perlu memberikan kata-kata pujian dan galakan kepada muridyang rajin dan tekun dalam usaha seni.

    r) Guru perlu memastikan muridnya hanya menulis teks yang diberikansahaja, tanpa menambah atau mengurangkan teks yang ada.

    s) Cara meletakkan titik huruf perlu diberi perhatian.t) Memastikan murid sentiasa membawa buku teks dan buku panduan

    lain sebagai bahan rujukan.u) Guru memilih tempat duduk yang sesuai di dalam kelas bagi

    memberikan peluang kepada murid memahami setiap ulasan yangdiberikan atau memilih di sudut-sudut tertentu supaya guru dapatmelihat muridnya seterusnya membuat pembetulan pada penulisan

    mereka. Di sini juga guru boleh berjalan melalui setiap muridnya sertamembuat beberapa pembetulan yang perlu di tempat duduk murid.

    v) Guru sepatutnya membuat pembetulan di dalam buku latihan yangdisediakan. Dalam hal ini guru tidak sepatutnya membuat sebarangpembetulan di luar dari buku latihan seperti di atas kertas conteng atausebagainya.

    w) Guru perlu mengingatkan muridnya agar tidak menjadikan tulisan didalam akhbar atau majalah atau yang seumpanya sebagai bahanrujukan dalam penulisan khat.

    13