2
1.0 Pengenalan Matematik merupakan salah satu daripada mata pelajaran teras dalam senarai mata pelajaran sekolah rendah selain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains. Sebagai pendidik, seorang guru itu sudah sedia maklum akan tahap penguasaan murid-murid di dalam sebuah kelas adalah berbeza-beza. Oleh itu, guru perlu bijak dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, agar murid-murid dapat mengikuti isi pelajaran yang diajar oleh guru serta mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai oleh guru. Kementerian Pelajaran Malaysia turut membantu memudahkan tugas guru-guru dengan memperkenalkan beberapa strategi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mengatasi masalah dalam pembelajaran terutamanya terhadap mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu dan Matematik. Contoh yang baik ialah Program LINUS yang sedang rancak dilaksanakan oleh guru-guru pada masa ini, ia merupakan salah satu daripada program yang dilaksanakan dalam mengatasi kelemahan menguasai perkara asas dalam pelajaran. Dalam Pendidikan Pemulihan Matematik, murid-murid yang telah dikesan lemah dalam konsep dan kemahiran perlu mempunyai kesediaan Matematik yang merujuk dari segi kesediaan belajar. Murid perlu bersedia dari segi dalaman agar berupaya untuk mempelajari sesuatu untuk memperolehi pengalaman pembelajaran yang lalu. Oleh itu, para guru pemulihan perlu menyediakan murid-murid pemulihan mempelajari Matematik dengan mudah dan

Pengenalan Maths

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sem 5

Citation preview

1.0 Pengenalan

Matematik merupakan salah satu daripada mata pelajaran teras dalam senarai mata pelajaran sekolah rendah selain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains. Sebagai pendidik, seorang guru itu sudah sedia maklum akan tahap penguasaan murid-murid di dalam sebuah kelas adalah berbeza-beza. Oleh itu, guru perlu bijak dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, agar murid-murid dapat mengikuti isi pelajaran yang diajar oleh guru serta mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai oleh guru. Kementerian Pelajaran Malaysia turut membantu memudahkan tugas guru-guru dengan memperkenalkan beberapa strategi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mengatasi masalah dalam pembelajaran terutamanya terhadap mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu dan Matematik. Contoh yang baik ialah Program LINUS yang sedang rancak dilaksanakan oleh guru-guru pada masa ini, ia merupakan salah satu daripada program yang dilaksanakan dalam mengatasi kelemahan menguasai perkara asas dalam pelajaran.Dalam Pendidikan Pemulihan Matematik, murid-murid yang telah dikesan lemah dalam konsep dan kemahiran perlu mempunyai kesediaan Matematik yang merujuk dari segi kesediaan belajar. Murid perlu bersedia dari segi dalaman agar berupaya untuk mempelajari sesuatu untuk memperolehi pengalaman pembelajaran yang lalu. Oleh itu, para guru pemulihan perlu menyediakan murid-murid pemulihan mempelajari Matematik dengan mudah dan teratur dengan menggunakan pelbagai kaedah, strategi dan pendekatan.