Pengenalan Seni Oriental

Embed Size (px)

DESCRIPTION

seni oriental

Citation preview

PowerPoint Presentation

PENGARUHGaya seni bina Islam yang dapat dikenali kini berkembang tidak lama selepas kewafatanNabi Muhammad s.a.w., yang dikembangkan dari modelRom,Mesir,Parsi/SassaniddanByzantine. Contoh awal boleh dikenal pasti dengan siapnya Kubah Batu (Qubbat al-Sakhrah) diBaitulmuqaddis. Ia mempunyai ruang kekubah dalaman, kubah bulat, dan penggunaan pola hiasan diolah dalam gaya berulang (arabesque).

Kubah Batu (Qubbat al-Sakhrah)

POLA-POLA HIASAN ISLAM

Hagia SophiadiIstanbuljuga telah mempengaruhi gaya seni bina Islam. Ketika tenteraTurki Uthmaniyyahmenawan bandar itu dariByzantine, mereka menukarkangerejaitu kepada sebuahMasjid(sekarang sebuah muzium) dan memasukkan unsurseni bina Byzantine ke dalam karya mereka sendiri (contohnyakubah). Hagia Sophia juga telah berkhidmat sebagai model untuk beberapa buah Masjid Turki Uthmaniyyah seperti Masjid Shehzade,Masjid SuleimandanMasjid Rstem Pasha.

Hagia Sophia

Masjid Agung Kairouan(atau Masjid Uqbah) diTunisiadianggap sebagai pelopor seni bina semua masjid di dalam alam Islam barat. Tiang marmar asalnya buatanRomawiyang dibawa masuk dariCarthage, dan unsur-unsur lain mengandungi bentuk-bentuk Romawi.[8][9]Masjid ini merupakan satu daripada contoh utama masjid agung yang dipulihara, dibina dalam tahun 670 M, dan dalam bentuknya kini, berasal dari zamanAghlabiyah(abad ke-9 M).

MASJID UQBAH

Masjid Uqbah dibina dengan sebuah menara segi empat besar, sebuah laman yang dikelilingi anjung serambi dan sebuah dean solat besar yang dibian dengan gayahypostyleyang ditutupi duakupolabesar pada paksinya.Masjid Agung SamarradiIraq, yang selesai dibina dalam tahun 847 M, menggabungkan gayahypostyledengan barisan tiang yang menyokong tapak rata dengan binaan sebuah menara berpusar di atasnya.

FALSAFAHFalsafah seni dan budaya dalam Islam bertitik tolak daripada akidah tauhid. Al-Quran yang merupakan sumber kepada pembentukan seni dan budaya dalam Islam menjelaskan bahawa Allah s.w.t. bersifat dengan segala kesempurnaan dan Maha Suci lagi Maha Indah. Sebagai umat Islam, anda haruslah menghargai keindahan ciptaan Allah s.w.t. yang boleh membawa kepada pertambahan dan pengukuhan keimanan kepada Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan tauhid sebagai asas kepada konsep dan falsafah kesenian dalam Islam.

PRINSIPBerteraskan wahyuKesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang dan syariat-Nya. Maknanya, ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Prinsip ini membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam.

Penghayatan akhlakKeseniaan dan budaya Islam mementingkan penghayatan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang bergantung secara keseluruhannya kepada kesahihan Islam. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketakwaan, kemakrufan, kesahihan dan budi yang mantap.

Kesepaduan antara keimanan dan persekitaranKesenian Islam mengangkat martabat seseorang insan tanpa mengenepikan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai persekitaran dan sejagat. Alam sekitar menjadi galeri seni insan tersebut dalam proses menjadi seorang seniman yang dapat menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredaan Allah s.w.t.

CIRI-CIRIMengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai persekitaran dan sejagat. Alam sekitar galerinya, manakala manusia menjadi seniman yang menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredhaan Allah swt.Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi.Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi yang mantap.Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang Allah dan SyariatNya. Maknanya ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Ini yang membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam.Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan sesama manusia dan juga makhluk.

HUKUM(Wajib : Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yang mana tanpanya individu tersebut boleh jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan mencantikkan reka bentuk binaan masjid serta seni taman (landskap) bagi maksud menarik orang ramai untuk mengunjungi rumah Allah swt tersebut.Sunat : Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat penyatuan umat Islam seperti dalam nasyid, qasidah dan selawat kepada Rasulullah saw yang diucapkan beramai-ramai dalam sambutan Maulidur Rasul atau seni lagu (tarannum) al-Quran.Makruh : Jika kesenian itu membawa unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya seni yang tidak diperlukan oleh manusia.Harus : Apa saja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkannya.

Haram : Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang :Melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan-kewajipan yang berupa tanggungjawab asas terhadap Allah swt khasnya seperti ibadah dalam fardhu ain dan kifayah.Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakan antara yang hak (betul) dan yang batil (salah).Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan pelbagai kemaksiatan yang lain.Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti pergaulan bebas tanpa batas dalam bentuk bersuka-suka yang melampau.Objek atau arca dalam bentuk ukiran yang menyerupai patung sama ada dibuat daripada kayu, batu dan lain-lain.Disertai dengan peralatan muzik yang diharamkan oleh Islam seperti alat-alat tiupan, bertali, tabuhan yang bertutup di bahagian atas dan bawah serta alat-alat muzik dari tekanan jari. Sesetengah ulama mengatakan harus hukumnya jika digunakan untuk pendidikan dan tidak menarik kepada konsep al-Malahi (hiburan yang keterlaluan) juga alat-alat muzik di atas boleh digunakan untuk tujuan dakwah Islamiyyah, seperti yang pernah dibuat oleh Rabiatul Adawiyyah.Seni yang merosakkan akhlak dan memudaratkan individu atau yang berbentuk tidak bermoral seperti tarian terkini (kontemporari).Jenis-jenis seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat yang menunjuk-nunjuk dan kesombongan.