18
Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan, Peratusan dan Wang MTE 3093E Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009):131-153 PENGGUNAAN KAEDAH PAPAN PERPULUHAN BAGI MEMBANTU MURID LEMAH TAHUN 5 TERBILANG MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK BERAYAT MELIBATKAN PERPULUHAN Oleh: Zurina Ain Binti Ibrahim & Tengku Zawawi bin Tengku Zainal. Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato Razali Ismail. [email protected] & [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid lemah dalam menyelesaikan masalah matematik berayat melibatkan perpuluhan. Peserta kajian ini terdiri daripada 5 orang murid dari Tahun 5 Terbilang di Sekolah Kebangsaan Batu Rakit, dua daripadanya murid lelaki dan tiga orang adalah murid perempuan. Kajian ini berfokuskan kepada penggunaan kaedah papan perpuluhan iaitu ringkasan kepada langkah-langkah dalam menyelesaikan masalah matematik berayat. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan buku latihan, analisis kertas 2 Ujian OTI 1 dan ujian pra berhubung kemahiran tersebut. Hasil tinjauan ini mendapati kelima-lima orang peserta kajian ini hanya memperoleh skor di antara 3 hingga 11 sahaja bagi kertas 2 Ujian OTI 1, di samping tiada pungutan markah lansung bagi soalan jenis matematik berayat. Justeru, pengkaji memperkenalkan kaedah papan perpuluhan bagi membantu mereka mengatasi masalah ini. Data dikumpul melalui instrumen analisis dokumen, analisis transkrip temu bual, serta Ujian Pra dan Ujian Pos yang dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan min skor Ujian Pra dan Ujian Pos sebanyak 62%. Peningkatan pencapaian dan respon positif peserta- peserta kajian ini adalah hasil daripada sesi intervensi yang mengaplikasikan penggunaan kaedah papan perpuluhan dilaksanakan oleh pengkaji. Justeru, kaedah papan perpuluhan ini berjaya meningkatkan kemahiran murid berpencapaian lemah dalam menyelesaikan masalah matematik berayat. Kaedah ini boleh diperluaskan bagi tajuk-tajuk lain yang menekankan kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat. 1

Penggunaan Kaedah Papan Perpuluhan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

MTE 3309

Citation preview

Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan, Peratusan dan Wang

Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan, Peratusan dan WangMTE 3093E

Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009):131-153

PENGGUNAAN KAEDAH PAPAN PERPULUHAN BAGI MEMBANTU MURID LEMAH TAHUN 5 TERBILANG MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK BERAYAT MELIBATKAN PERPULUHANOleh:Zurina Ain Binti Ibrahim & Tengku Zawawi bin Tengku Zainal.Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato Razali [email protected] & [email protected]

ABSTRAKKajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid lemah dalam menyelesaikan masalah matematik berayat melibatkan perpuluhan. Peserta kajian ini terdiri daripada 5 orang murid dari Tahun 5 Terbilang di Sekolah Kebangsaan Batu Rakit, dua daripadanya murid lelaki dan tiga orang adalah murid perempuan. Kajian ini berfokuskan kepada penggunaan kaedah papan perpuluhan iaitu ringkasan kepada langkah-langkah dalam menyelesaikan masalah matematik berayat. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan buku latihan, analisis kertas 2 Ujian OTI 1 dan ujian pra berhubung kemahiran tersebut. Hasil tinjauan ini mendapati kelima-lima orang peserta kajian ini hanya memperoleh skor di antara 3 hingga 11 sahaja bagi kertas 2 Ujian OTI 1, di samping tiada pungutan markah lansung bagi soalan jenis matematik berayat. Justeru, pengkaji memperkenalkan kaedah papan perpuluhan bagi membantu mereka mengatasi masalah ini. Data dikumpul melalui instrumen analisis dokumen, analisis transkrip temu bual, serta Ujian Pra dan Ujian Pos yang dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan min skor Ujian Pra dan Ujian Pos sebanyak 62%. Peningkatan pencapaian dan respon positif peserta-peserta kajian ini adalah hasil daripada sesi intervensi yang mengaplikasikan penggunaan kaedah papan perpuluhan dilaksanakan oleh pengkaji. Justeru, kaedah papan perpuluhan ini berjaya meningkatkan kemahiran murid berpencapaian lemah dalam menyelesaikan masalah matematik berayat. Kaedah ini boleh diperluaskan bagi tajuk-tajuk lain yang menekankan kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat.1.0 PENGENALAN

Krulik dan Rudnick (2007), menyatakan bahawa penyelesaian masalah dalam Matematik merupakan satu proses yang kompleks dan sukar dipelajari. Selain itu, proses penyelesaian masalah memerlukan perlaksanaan satu set aktiviti yang bersistematik yang mengaplikasikan kemahiran, konsep atau prinsip yang telah dikuasai dahulu (Mok Soon Sang, 1997). Berdasarkan Model Polya (1957), pengalaman menyelesaikan masalah dan pengalaman memerhatikan orang lain menyelesaikan masalah perlu menjadi asas kepada pembinaan heuristik.Di samping itu juga, masalah Matematik boleh dikategorikan kepada dua iaitu masalah ayat matematik dan masalah matematik berayat (Aziz Omar, 2003). Masalah ayat matematik ialah pernyataan masalah yang diwakili oleh nombor-nombor serta operasi yang terlibat, manakala masalah matematik berayat digambarkan dalam bentuk cerita yang mengandungi maklumat kepada pembaca bagi menyelesaikan masalah tersebut. Michael A Cobelens (2006), menegaskan bahawa bahawa masalah Matematik bukan hanya melibatkan operasi-operasi asas dalam Matematik tetapi juga merangkumi kemahiran-kemahiran lain seperti membundar nombor serta menyusun nilai tempat.Daripada analisis Ujian Diagnostik 2015 dan hasil perbincangan yang dilakukan bersama dengan rakan guru mengenai pencapaian para pelajar Tahun 5 Begonia didalam tajuk perpuluhan, saya mendapati para pelajar menghadapi masalah menyelesaikan soalan yang melibatkan perpuluhan. Hal ini disebabkan para pelajar kurang pengetahuan dalam memahami konsep perpuluhan dan gagal mengaplikasikan operasi matematik yang melibatkan perpuluhan dalam kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat. Menurut Carpenter (1981), nombor perpuluhan adalah antara tajuk yang didapati sukar oleh kebanyakkan para pelajar.Disebabkan isu inilah saya memilih tajuk perpuluhan bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Kaedah Papan Perpuluhan yang telah dilaksanakan oleh Zurina Ain Binti Ibrahim dan Tengku Zawawi bin Tengku Zainal didalam kajian tindakan mereka mengenai cara untuk membantu murid lemah Tahun 5 Terbilang menyelesaikan masalah matematik berayat yang melibatkan perpuluhan.2.0MELAKSANAKAN PENGAJARAN

2.1Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran: MatematikKelas: Tahun 5 BegoniaMasa: 8.00 pagi 9.00 pagi (60 minit)Bilangan Pelajar: 20 OrangBidang: Nombor dan OperasiTopik: PerpuluhanSub topik: Penolakan nombor perpuluhanStandard Kandungan: Murid dibimbing untuk (8.2) mengaplikasikan penolakan nombor perpuluhan.Standard Pembelajaran: Pada akhir PdP, murid dapat:i. Menolak dua nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan.Objektif Pembelajaran : Pada akhir PdP, murid dapat:i. Melakukan operasi penolakan dua nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan dalam bentuk lazim melalui aktiviti dan bimbingan guru.ii. Membuat penolakan dua nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan dengan betul sebanyak 2 kali pada lembaran kerja yang diberikanPengetahuan Sedia Ada: i. Mengenali dua nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan.Elemen Merentas Kurikulum (EMK): Kreativiti Nilai murni ( tolong menolong , bekerjasama )Pendekatan Pembelajaran Pembelajaran KonstruktivismeBahan Bantu Mengajar: Kertas Putih, Pen Marker dan Lembaran Tugasan.Resos Pembelajaran: Papan Perpuluhan

MasaFasaAktiviti

8.00 - 8.10 Pagi

(Pemerhatian dan Analisis)

[10 Minit] [Fasa Persediaan]

1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.

2. Guru akan menayangkan Video Pendek Kisah Upin dan Ipin.

3. Murid diminta untuk mencatat harga buah yang diceritakan didalam tayangan video tersebut.

1. Murid diminta untuk mencari: baki wang yang harus Upin dan Ipin pulangkan pada Kak Ros.

2. Guru mengingatkan murid dengan konsep penolakan nombor perpuluhan.

8.10 - 8.25 Pagi

(Penjanaan IdeaDan Sintesis)

[15 Minit][Fasa Imaginasi]

1. Guru memperkenalkan cara penolakan nombor perpuluhan tanpa pengumpulan semula dalam bentuk lazim dengan menggunakan Papan Perpuluhan.

2. Guru perlu menegaskan: Kedudukan titik perpuluhan mestilah selari dengan titik perpuluhan yang lain. Nombor ditolak seperti biasa. Titik perpuluhan perlu disusun dengan tegak pada Papan Perpuluhan. Operasi penolakan dilakukan dari kanan ke kiri.

1. Guru membuat demonstrasi bagaimana murid dapat menggunakan papan perpuluhan .

2. Demonstrasi ini merangkumi penolakan tanpa pengumpulan semula bermula dari: satu tempat perpuluhan, diikuti dua tempat perpuluhan dan akhir sekali tiga tempat perpuluhan.

Contoh:A..

0.8-0.2

B..

1.95-0.45

C..

4.945-2.421

8.25 - 8.45 Pagi

(Aplikasi Idea)

[20 Minit]Fasa Perkembangan Aktiviti kumpulan ( 4 kumpulan )

1. Guru akan membahagikan murid kepada 2 kumpulan iaitu:i. Kumpulan kawalanii. Kumpulan rawatan

2. Guru akan mengedarkan Lembaran Tugasan A yang harus dilaksanakan secara berkumpulan.3. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka.

Aktiviti Kumpulan Kawalan Kumpulan 1 dan kumpulan 2 akan menjalankan aktiviti operasi penolakan nombor perpuluhan tanpa pengumpulan semula dalam bentuk lazim dengan menggunakan kaedah konvensional iaitu menggunakan pen marker dan kertas putih.

Aktiviti Kumpulan Rawatan Kumpulan 3 dan kumpulan 4 akan menjalankan aktiviti operasi penolakan nombor perpuluhan tanpa pengumpulan semula dalam bentuk lazim dengan menggunakan Papan Perpuluhan.1. Guru akan memantau dan memerhatikan penglibatan murid mennjalankan aktiviti didalam kumpulan.

2. Setiap ketua bagi ahli kumpulan diminta untuk membentangkan hasil perbincangan mereka.

3. Guru akan menilai keberkesanan kaedah papan perpuluhan berdasarkan kepada pembentangan murid.

8.45 - 8.55

(Penilaian)

[10 minit]Fasa Tindakan 1. Guru membuat kuiz: Murid diminta untuk menjawab didalam kumpulan.

1. Kumpulan yang dapat menjawab dengan tepat akan mendapat 5 markah.2. Kumpulan kawalan akan menggunakan kaedah papan perpuluhan manakalan kumpulan rawatan akan menggunakan kaedah konvensional.3. Guru akan menilai keberkesanan kaedah papan perpuluhan berdasarkan kepada respon murid menjawab kuiz.

8.55 - 9.00

(Penutup)[5 minit]

Penutup1. Guru menyoal kefahaman murid mengenai apakah yang telah mereka pelajari.2. Guru membimbing murid membuat rumusan.

1. Guru akan menyoal murid, kaedah yang manakah paling senang untuk melakukan aktiviti penolakan nombor perpuluhan tanpa pengumpulan semula dalam bentuk lazim

Refleksi:I. Kumpulan rawatan dapat menyelesaikan masalah penolakan nombor perpuluhan tanpa pengumpulan semula dalam bentuk lazim dengan lebih mudah dengan kaedah papan perpuluhan berbanding kumpulan kawalan.II. Kumpulan kawalan dapat memberikan jawapan dengan lebih cepat dengan menggunakan kaedah papan perpuluhan semasa menjawab soalan kuiz berbanding kumpulan rawatan.

3.0KEBERKESANAN KAEDAH PAPAN PERPULUHAN

Saya telah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada Kaedah Papan Perpuluhan untuk membantu murid Tahun 5 Begonia menyelesaikan masalah matematik berayat yang melibatkan penolakan perpuluhan. Ternyata bahawa kaedah papan perpuluhan mampu membantu murid melakukan operasi penolakan nombor perpuluhan tanpa pengumpulan semula dalam bentuk lazim dengan betul dan tepat.Didalam melaksanakan rancangan pengajaran harian tersebut, saya telah membahagikan para pelajar kepada 2 kumpulan iaitu:i. Kumpulan kawalanii. Kumpulan rawatan

Rasional kepada pembahagian ini adalah, saya ingin menilai dan melihat sejauh manakah para pelajar dapat menguasai kemahiran penolakan perpuluhan dengan betul apabila menggunakan kaedah papan perpuluhan. Setiap kumpulan diberikan peluang untuk menggunakan papan perpuluhan namun di dalam fasa yang berbeza.

Penggunaan Papan Perpuluhan

Kumpulan KawalanFasa TindakanKumpulan RawatanFasa Perkembangan

Jadual 1: Penggunaan Papan Perpuluhan Bagi Kumpulan Rawatan dan Kawalan

Didalam fasa perkembangan, kumpulan rawatan melakukan aktiviti dengan menggunakan kaedah papan perpuluhan manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah konvensional. Daripada 4 soalan tugasan yang diberikan pada Lembaran Tugasan A, kumpulan rawatan dapat menjawab kesemua soalan yang diberikan dengan menggunakan bentuk lazim yang betul. Kumpulan kawalan pula dapat menjawab 2 daripada 4 soalan dengan betul apabila menggunakan kaedah konvensional semasa melakukan aktiviti pada fasa perkembangan.

Rajah 1: Graf Perbandingan Soalan Tugasan Dijawab Kumpulan Kawalan dan Rawatan Pada Fasa Perkembangan.

Di dalam fasa tindakan, saya telah menjalankan kuiz dengan mengemukakan 10 soalan dimana setiap kumpulan diberi masa selama 30 saat untuk menjawab soalan. Saya telah meminta agar kumpulan kawalan melakukan operasi penolakan perpuluhan dengan menggunakan kaedah papan perpuluhan manakalan kumpulan rawatan pula menggunakan kaedah konvensional.Saya mendapati bahawa kumpulan kawalan dapat menjawab kesemua soalan kuiz yang dikemukakan dan kumpulan rawatan hanya dapat menjawab 3 daripada 6 soalan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah papan perpuluhan untuk melakukan operasi penolakan perpuluhan semasa kuiz dijalakan telah membantu mereka melakukan pengiraan dengan betul dan cepat. Ini jelas menunjukkan bahawa kaedah papan perpuluhan mampu membantu murid-murid dari kumpulan kawalan untuk melakukan operasi penolakan nombor perpuluhan tanpa pengumpulan semula dalam bentuk lazim dengan betul dan tepat. Kumpulan rawatan pula agak lambat untuk melakukan operasi penolakan nombor perpuluhan kerana mereka menggunakan kaedah konvensional.

Rajah 2: Graf Perbandingan Soalan Kuiz Dijawab Kumpulan Kawalan dan Rawatan Pada Fasa Tindakan.

Pada fasa penutup, saya cuba untuk mendapatkan respon daripada murid-murid mengenai kaedah manakah yang paling mereka gemari didalam belajar operasi penolakan nombor perpuluhan tanpa pengumpulan semula dalam bentuk lazim. Kebanyakan daripada mereka menggemari penggunaan kaedah papan perpuluhan kerana ianya lebih memudahkan mereka melakukan operasi penolakan nombor perpuluhan berbanding kaedah konvensional. Melalui kaedah papan perpuluhan juga mereka dapat menentukan titik perpuluhan dengan betul kerana ianya mesti diletakkan secara selari untuk mendapatkan jawapan yang tepat.Melalui graf perbandingan pada Rajah 1 dan Rajah 2 yang dinyatakan, jelas bahawa kaedah papan perpuluhan dapat membantu murid-murid didalam operasi penolakan nombor perpuluhan. Saya juga berpendapat bahawa, papan perpuluhan ini bukan saja sesuai digunakan untuk guru matematik mengajar operasi penolakan nombor perpuluhan, malah ianya juga sesuai untuk mengajar mana-mana operasi matematik seperti penambahan, pendaraban dan pembahagian yang melibatkan nombor perpuluhan kerana ianya mudah dihasilkan dan senang untuk digunakan.4.0KEGUNAAN PAPAN PERPULUHAN

Penggunaan resos dalam PdP adalah sebagai alat pemudahcara untuk membantu guru menyampaikan isi pelajaran, bertujuan mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang dansupaya murid-murid lebih memahami pengajaran guru seterusnya dapat menerima pembelajaran dengan cepat. Resos ini juga dapat mengelakkan PdP dalam kelas menjadi bosan dan kurang menarik minat murid. Penggunaan resos dalam proses PdP juga dapat mengelakkan dari timbulnya masalah disiplin di dalam kelas kerana murid-murid terlibat dengan aktif didalam PdP. Penggunaan resos juga dapat mencungkil kreativiti guru untuk menjadikan PdP di dalam kelas lebih mencabar. Menurut Atan Long ( 1982), resos dalam bilik darjah terdiri daripada pelbagai bahan di mana sesuatu bahan itu boleh disampaikan dengan pelbagai cara dan resos merupakan satu kelengkapan atau peralatan yang terlibat dalam proses PdP yang dapat membantu guru dan murid melalui satu proses PdP yang bermakna. Saya berpendapat bahawa pembinaan konsep Matematik boleh diperjelaskan melalui penggunaan bahan resos yang bersifat konkrit. Ini kerana, bahan konkrit atau manipulatif boleh dipegang dan disentuh oleh murid menggunakan pancaindera sekaligus mereka akan merasai, berfikir, membentuk dan membina pemahaman konsep Matematik tersebut.Papan perpuluhan yang digunakan didalam proses PdP ternyata dapat membantu murid membuat aktiviti penolakan perpuluhan dengan betul dan cepat. Ianya juga sangat senang untuk dihasilkan kerana melibatkan kos yang murah dan ianya juga boleh dibuat daripada bahan-bahan terpakai mengikut kreativiti guru. Untuk nombor dan titik perpuluhan yang dihasilkan, saya juga turut memastikan bahawa ianya dapat menarik perhatian dari segi imej dan warna. Menurut Suzita Mohd Resad (2002), penggunaan gambar atau imej yang berwarna dapat meningkatkan pemahaman murid dan menyenangkan proses penyimpanan maklumat dalam kotak minda mereka. Penjagaan kualiti juga turut diambil kira apabila saya membuat lapisan filem lutsinar luminate agar nombor dan titik perpuluhan itu tidak mudah rosak apabila disentuh dan tahan lebih lama untuk digunakan secara berulang-ulang didalam mengajar tajuk yang sama.5.0REFLEKSI

Saya telah pun menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang berdasarkan kepada Kaedah Papan Perpuluhan yang telah dilaksanakan oleh Zurina Ain Binti Ibrahim dan Tengku Zawawi bin Tengku Zainal didalam kajian tindakan mereka mengenai cara untuk membantu murid lemah Tahun 5 Terbilang menyelesaikan masalah matematik berayat yang melibatkan perpuluhan.Melalui pengamatan saya sepanjang proses PdP dijalankan saya mendapati bahawa penggunaan resos didalam aktiviti PdP mampu meningkatkan kefahaman murid secara lansung berkaitan dengan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Pembelajaran satu hala yang berpusatkan guru ternyata membosankan murid-murid untuk mengikuti pembelajaran dan hal ini menyebabkan murid-murid kurang tumpuan didalam kelas. Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner juga menekankan bahawa setiap murid mempunyai potensi diri dan kecenderungan yang berlainan antara satu sama lain. Oleh itu, bahan resos ini merupakan medium yang mampu mencungkil segala potensi diri yang ada dalam diri murid-murid.Didalam perancangan PdP yang telah saya jalankan, murid-murid telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Rasional bagi pembahagian ini adalah kerana saya ingin membuat penilaian terhadap kaedah yang telah dikaji sama ada ianya memberi impak kepada kefahaman murid. Ternyata bahawa pada setiap fasa yang dijalankan, tingkah laku murid juga dilihat berbeza. Pada fasa perkembangan, kumpulan rawatan diberi peluang untuk menggunakan papan perpuluhan. Saya melihat bahawa wujudnya pembelajaran koperatif dan murid-murid berkolaborasi secara positif. Interaksi pelbagai hala wujud disini dan penglibatan murid juga aktif. Hal ini sangat berbeza dengan kumpulan kawalan dimana saya meminta mereka untuk melakukan aktiviti dengan kaedah konvensional iaitu penolakan bentuk lazim dengan menggunakan kertas putih dan marker. Murid-murid tidak memberikan kerjasama yang baik dan wujudnya manipulasi disini. Murid yang lemah hanya menjadi pemerhati dan penglibatan murid-murid didalam kumpulan kawalan adalah pasif. Tidak wujud pembelajaran koperatif pada persekitaran pembelajaran dan keadaan disiplin juga kurang memuaskan. Pada fasa tindakan pula, saya telah meminta kumpulan rawatan untuk menggunakan papan perpuluhan bagi melakukan operasi penolakan nombor perpuluhan. Di dalam kuiz yang dijalankan, saya mendapati bahawa mereka dapat menjawab kesemua soalan yang diberikan. Saya juga mendapati bahawa mereka mula menunjukkan interaksi positif dan kolaborasi didalam mencari jawapan dengan menggunakan papan perpuluhan. Hal ini berbeza dengan kumpulan rawatan apabila mereka hanya dapat menjawab 3 daripada 6 jawapan kuiz sedangkan pada peringkat perkembangan mereka dapat membentangkan tugasan dengan baik.Pada fasa penutup pula, kebanyakkan murid-murid menyatakan bahawa mereka menggemari penggunaan kaedah papan perpuluhan kerana ianya lebih memudahkan mereka melakukan operasi penolakan nombor perpuluhan berbanding kaedah konvensional. Ini jelas menunjukkan bahawa kaedah papan perpuluhan berjaya meningkatkan minat dan kefahaman murid-murid didalam melakukan operasi penolakan nombor perpuluhan. Pembelajaran menggunakan papan perpuluhan ternyata memberi suasanan pembelajaran yang menyeronokkan dan pengalaman pembelajaran yang baru kepada murid-murid.Saya bersetuju bahawa penggunaan bahan resos dalam bilik darjah membantu murid memahami dan mengekalkan sesuatu isi pelajaran dengan lebih lama. Jika perbandingan dibuat di antara bahan konkrit atau fakta yang abstrak, semestinya penggunaan bahan konkrit akan lebih meresap dalam diri murid-murid. Ini kerana, penggunaan bahan konkrit melibatkan penglibatan murid itu sendiri dalam membina pengetahuannya sekaligus pengalaman yang diperolehi mereka terus melekat dalam fikiran. Penggunaan resos juga dapat mempelbagaikan aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Resos yang bersesuaian dengan tahap kognitif murid-murid akan memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi dengan bahan tersebut atau dalam kumpulan pembelajaran.Secara keseluruhannya, saya dapat merumuskan bahawa Kaedah Papan Perpuluhan yang telah dilaksanakan oleh Zurina Ain Binti Ibrahim dan Tengku Zawawi bin Tengku Zainal di dalam kajian tindakan mereka ternyata dapat membantu murid-murid menyelesaikan masalah matematik berayat yang melibatkan perpuluhan dengan berkesan dan efektif. RUJUKAN

Abdullah Sani. Y. (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Aida Suraya Md. Yunus, Sharifah Mohd Nor & Habsah Ismail. 1992. Analisis kesilapan masalah-masalah berkaitan nombor perpuluhan dan pecahan bagi pelajar Tahun Lima sekolah rendah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan 12: 1533.

Asiah Ismail. 1994. Beberapa pola kesilapan dalam kefahaman konsep nombor perpuluhan dalam kalangan murid tingkatan satu. Jurnal Pendidikan Matematik Sains BPG 1: 10-13.

Nagendralingan Ratnavadivel, Noor Shah Saad, Rajendran Nagappan .2002. Pembinaan Ilmu Kandungan Pedagogi(Pedagogical Content Knowledge) Di Kalangan Guru Matematik: Antara Retorik Dan Realiti. Kertas Seminar. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Noran Fauziah Yaakub, Ahmad Mahdzan Ayob (1993). Guru dan Perguruan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka - KementerianPendidikan Malaysia.

Rujukan Laman Web

Blog MTE 3109, (2013). Keberkesanan Penggunaan Resos Dalam PdP. Diakses pada 11 Februari 2015 dari: http://pecahansetara.blogspot.com/2013/04/keberkesanan-penggunaan-resos-dalam-pdp.html

Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan, (2001). Kajian Awal Mengenai Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Pembelajaran Matematik Di Sekolah Rendah. Diakses pada 9 Mac 2015 dari: http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/2001/2001 10 Laikl.pdf

Zurina Ain Binti Ibrahim & Tengku Zawawi bin Tengku Zainal. (2003). Penggunaan papan perpuluhan untuk membantu murid lemah Tahun 5 Terbilang menyelesaikan masalah matematik berayat yang melibatkan perpuluhan. Diakses pada 25 Februari 2015 dari: http://www.ipkdri.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/BukuKoleksiPTMT202011.pdf

LAMPIRAN A

Penghasilan Papan Perpuluhan

Aktiviti Kumpulan RawatanPenerangan Guru

Aktiviti Kumpulan Kawalan

Pembentangan Kumpulan17