26
Akademika 67 (Januari) 2006: 77 - 102 Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan Komuniti: Satu Kajian ke Atas Program Homestay di Kedah Community Members Involvement in Community Development Programme: Homestay Programme in Kedah KALSOM KAYAT NOR ASHIKIN MOHD. NOR ABSTRAK Penglibatan ahli komuniti di dalam apa jua program pembangunan, termasuk program pembangunan pelancongan, merupakan pemacu dalam usaha mencapai kelestarian pembangunan. Namun begitu, terdapat kelopongan mengenai bagaimana sebenarnya penglibatan ahli komuniti di peringkat akar umbi. Artikel ini membincangkan ciri-ciri penglibatan ahli komuniti dalam program yang dirangka untuk pembangunan komuniti berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan terhadap dua program homestay di Kedah. Kajian ini menghasilkan satu model untuk membantu kita memahami faktor- faktor yang mempengaruhi penglibatan ahli komuniti dalam program pembangunan komuniti. ABSTRACT The Malaysian government is presently promoting tourism in the rural areas of Malaysia to increase tourism product choices. Rural tourism is also promoted to help in the development of these areas. An increasing number of communities have started their own homestay programs, which offer holiday experience in rural settings. These programs are mostly operated by the local communities and require local involvements, fulfilling the criteria that qualify them as using sustainable tourism development approach. This article discusses findings from a recent study aimed to explore and describe the characteristics of community involvement in these programs. A framework to understand factors that may influence local involvements in two homestay programs included in the study is proposed. PENDAHULUAN Pemuliharaan sumber warisan, termasuk sumber budaya dan alam sekitar, dan pembangunan negara merupakan dua konsep yang dilihat sebagai bercanggah di antara satu dengan lain berdasarkan kayu pengukur yang digunakan untuk mengukur kedua-dua konsep tersebut. Pembangunan negara lazimnya diukur

Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

  • Upload
    others

  • View
    4

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

77Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan KomunitiAkademika 67 (Januari) 2006: 77 - 102

Penglibatan Ahli Komuniti Dalam ProgramPembangunan Komuniti: Satu Kajian ke Atas Program

Homestay di KedahCommunity Members Involvement in Community

Development Programme: Homestay Programme in Kedah

KALSOM KAYATNOR ASHIKIN MOHD. NOR

ABSTRAK

Penglibatan ahli komuniti di dalam apa jua program pembangunan, termasukprogram pembangunan pelancongan, merupakan pemacu dalam usahamencapai kelestarian pembangunan. Namun begitu, terdapat keloponganmengenai bagaimana sebenarnya penglibatan ahli komuniti di peringkatakar umbi. Artikel ini membincangkan ciri-ciri penglibatan ahli komunitidalam program yang dirangka untuk pembangunan komuniti berdasarkandapatan kajian yang dijalankan terhadap dua program homestay di Kedah.Kajian ini menghasilkan satu model untuk membantu kita memahami faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan ahli komuniti dalam programpembangunan komuniti.

ABSTRACT

The Malaysian government is presently promoting tourism in the rural areasof Malaysia to increase tourism product choices. Rural tourism is also promotedto help in the development of these areas. An increasing number of communitieshave started their own homestay programs, which offer holiday experience inrural settings. These programs are mostly operated by the local communitiesand require local involvements, fulfilling the criteria that qualify them asusing sustainable tourism development approach. This article discusses findingsfrom a recent study aimed to explore and describe the characteristics ofcommunity involvement in these programs. A framework to understand factorsthat may influence local involvements in two homestay programs included inthe study is proposed.

PENDAHULUAN

Pemuliharaan sumber warisan, termasuk sumber budaya dan alam sekitar, danpembangunan negara merupakan dua konsep yang dilihat sebagai bercanggahdi antara satu dengan lain berdasarkan kayu pengukur yang digunakan untukmengukur kedua-dua konsep tersebut. Pembangunan negara lazimnya diukur

Page 2: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

78 Akademika 67

menggunakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) manakala pemuliharaansumber diukur melalui indeks pencemaran alam sekitar dan kadar kepupusansumber budaya. Kedua-duanya dilihat sebagai bercanggah kerana agak mustahiluntuk sesebuah negara itu mencapai KDNK yang tinggi dan dalam masa yangsama memulihara sumber-sumber yang diwarisinya. Namun begitu, adalah tidakasing untuk kita melihat destinasi pelancongan menekankan aspek pemuliharaansebagai salah satu objektif dalam polisi pembangunan pelancongan melaluipenggunaan istilah ‘kelestarian’ dalam rangka polisi dan perancangan mereka.Pendekatan ini disebut sebagai pembangunan yang berorientasikan pemuliharaansumber yang sedia ada supaya sumber ini, samada sumber semulajadi atau sumberbudaya, dapat terus dinikmati oleh generasi yang bakal mendatang. Malaysia,sebagai sebuah negara yang juga mempunyai agenda pelancongannya, tidakterkecuali daripada menjadikan pelancongan sebagai satu strategi bagi mencapaikelestarian. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui polisi kerajaan berkaitanpembangunan pelancongan yang lebih memberi fokus kepada pembangunanpelancongan lestari (Kamaruddian Siaraf, 2002). Terdapat banyak faktor yangmempengaruhi kejayaan dalam mencapai objektif tersebut. Salah satu daripadanyaialah ciri-ciri dan tahap penyertaan komuniti setempat dalam menawarkanprogram-program pelancongan. Program homestay di Malaysia yang berasaskankomuniti adalah antara program pelancongan yang berpotensi untuk mencapaiobjektif pembangunan lestari sekiranya dirancang dengan baik.

Kementerian Pelancongan Malaysia (dahulu dikenali sebagai KementerianKebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia) telah memperkenalkanProgram Homestay dalam tahun 1988 sebagai salah satu bentuk penginapanalternatif yang ditawarkan kepada pelancong. Dalam program ini, pelancongberpeluang untuk tinggal bersama keluarga tuan umah yang menyertai programini dan mengalami sendiri bagaimana tuan umah menjalani kehidupan seharianmereka. Kementerian ini juga telah menyediakan garispanduan tentangperancangan dan pengoperasian program ini, terutama dalam aspek kesihatandan keselamatan. Penyertaan sebagai hos atau tuan rumah homestay dibukakepada semua penduduk Malaysia, namun kebanyakan homestay ditawarkansebagai program komuniti, khususnya di kawasan luar bandar. Sehaluan denganitu, program homestay di kawasan pedalaman telah dimasukkan ke dalam PelanInduk Pelancongan Desa yang disediakan oleh United Nations DevelopmentProgram dan World Tourism Organization untuk Kementerian Pelancongan,dan kursus bagi peserta tuan rumah homestay telah dimasukkan ke dalam agendalatihan yang dianjurkan oleh Institut Pembangunan Desa (INFRA) di bawahKementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Walaupun program homestay ini dirasmikan dan dipromosi oleh KementerianPelancongan, namun peranan untuk membangunkan infrastruktur berkaitanhomestay sebenarnya dimainkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandardan Wilayah. Kementerian ini telah pun menjadikan program homestay sebagaisalah satu strategi penting untuk meningkatkan peluang ekonomi dan

Page 3: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

79Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan Komuniti

pembangunan di kalangan penduduk di luar bandar. Menterinya ada menyatakandi dalam penyataan akhbar baru-baru ini bahawa Kementeriannya sedangmelaksanakan rancangan, yang melibatkan belanjawan sebanyak RM25 juta, untukmemajukan lagi program homestay di seluruh Malaysia. Rancangan ini, yangmelibatkan usaha menaiktaraf kediaman tuan rumah yang menyertai programtersebut, dijangka akan menghasilkan pendapatan sebanyak RM1.5 bilionmenjelang tahun 2009, iaitu 4 kali ganda dari pendapatan yang dihasilkan setakattarikh sidang akhbar itu dibuat (Anna Maria Samsudin, 2004). Walau bagaimana-pun, tiada statistik disertakan bersama penyataan akhbar tersebut bagimenerangkan keperincian pendapatan yang dinyatakan. Selain KementerianPembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pelancongan jugamemainkan peranan dalam pembangunan program homestay di Malaysia melaluiusaha promosinya.

Program homestay yang pertama mendapat sokongan daripada KementerianPelancongan dalam tahun 1988 ialah Program Homestay Desa Murni yangmerangkumi lima buah kampung berhampiran Temerloh, Pahang. Penduduktempatan yang tinggal di kampung-kampung ini bekerjasama untuk mewujudkanprogram homestay yang seterusnya telah memberi kesan kepada penduduktempatan. Daripada perbualan di antara penulis dengan presiden PersatuanHomestay Malaysia yang juga pengasas Program Homestay Desa Murni, TuanHaji Shariman Hamdan, didapati program homestay tersebut telah menerima lebihdari 5,000 pelancong untuk tahun 2000. Sekumpulan 40 orang pelancong yangmembeli pakej penginapan dan aktiviti di Homestay Desa Murni selama 3 hari 2malam dapat menyumbang pendapatan purata kepada seorang pengusahasebanyak RM150 untuk setiap pelancong. Setiap pengusaha mampu memperolehsehingga RM1,388.00 pendapatan sebulan dari perusahaan homestay yangdijalankan secara bersama di kalangan komuniti terbabit (Kalsom Kayat, 2005).Namun begitu, pendapatan ini bergantung kepada permintaan yang tidak menentudari satu bulan ke satu bulan yang lain. Aktiviti pemasaran merupakan aspekpenting untuk menentukan kedatangan pengunjung dan lazimnya, kedatanganpengunjung dibuat secara pakej yang dibentuk dan dipasarkan oleh operatorperjalanan.

Kejayaan Program Homestay Desa Murni telah memberi inspirasi danmerangsang komuniti tempatan yang lain untuk mewujudkan program yang sama.Kampung Relau dan Kampung Raga ialah antara dua buah kampung di Kedahyang telah membangunkan program homestay dalam komuniti mereka sendiri.Makalah ini melaporkan hasil penyelidikan yang dijalankan secara kualitatif untukmengkaji tahap dan ciri-ciri penglibatan komuniti dalam kedua-dua programhomestay tersebut. Sebelum itu, konsep penglibatan dan hubungannya dengankonsep lestari akan dibincangkan bagi menghasilkan satu kerangka teorimengenainya.

Page 4: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

80 Akademika 67

PEMBANGUNAN LESTARI DAN PELANCONGAN

Secara asasnya, konsep pembangunan pelancongan lestari memasukkan elemenkeperihatinan terhadap penggunaan sumber warisan alam semulajadi dan budayadalam pembangunan pelancongan (Wanhill, 1997). Kebimbangan yang semakinketara terhadap ancaman kemusnahan sumber alam sekitar dan warisan budayamelalui aktiviti pelancongan mencetuskan keutamaan penggunaan pendekatanpembangunan lestari dalam konteks penggubalan polisi, perancangan danpembangunan pelancongan. Pembangunan lestari menitikberatkan penggunaansumber yang ada dengan bijak dengan keperihatinan diberi kepada soalperancangan, komitmen dan penglibatan kerajaan serta pihak lain yang berkaitanatau berkepentingan (Rees 1989:13).

Tanggungjawab membangunkan pelancongan dengan lestari terletak padasemua pihak yang terlibat dalam menawarkan pelancongan serta pihak pelancongitu sendiri. McIntyre (1993) menekankan bahawa pelancongan lestari memerlukankedua-dua pihak yang menawarkan pelancongan (pihak yang menawarkaninfrastruktur, kemudahan, produk dan perkhidmatan pelancongan) dan pihakpengguna pelancongan (pelancong, pengunjung dan mereka yang menggunakanproduk pelancongan) untuk sama-sama mengutamakan aspek pemuliharaansumber pelancongan di samping mencapai matlamat masing-masing (matlamatpihak yang menawarkan ialah untuk mendapatkan pulangan kewangan sementaramatlamat pelancong ialah untuk memuaskan kehendak kunjungan mereka). Dalamhal yang demikian, pelancongan akan menjadi suatu aktiviti yang mampumeningkatkan kualiti hidup pihak yang menawarkannya, pihak pelancong danpenduduk yang tinggal di kawasan pelancongan tersebut di samping memastikansumber warisan alam semulajadi dan sumber warisan budaya kekal untuk dinikmatioleh generasi akan datang.

Mowforth dan Munt (1998) menyimpulkan bahawa usaha pembangunanpelancongan yang menggunakan pendekatan pembangunan lestari perlumemenuhi kehendak (i) memulihara sumber alam sekitar, sosial, budaya danekonomi; (ii) mengandungi elemen pendidikan kepada pihak tuanrumah, pelawat,dan pengusaha; dan (iii) menekankan aspek penyertaan masyarakat setempat.Makalah ini menjurus kepada kehendak yang ketiga, iaitu aspek penyertaan ahlikomuniti dalam pembangunan pelancongan yang dikategorikan sebagaipembangunan pelancongan lestari.

PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM KONTEKS PEMBANGUNANPELANCONGAN LESTARI

Tosun memberi definisi penglibatan komuniti sebagai “satu bentuk tindakansukarela yang melaluinya individu mengambil peluang dan memikul tanggung-jawab kemasyarakatan” (Tosun, 2000:614). Penglibatan komuniti adalah satu

Page 5: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

81Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan Komuniti

proses di mana masyarakat bekerjasama dengan penggerak pembangunan danmelibatkan diri dalam usaha pembangunan yang akhirnya akan memberi kesanterhadap keadaan dan taraf hidup mereka sendiri. Penglibatan komunitimempastikan bahawa keperluan dan aspirasi komuniti tersebut tidak diabaikandan hasilnya ialah ahli komuniti itu akan mendapat didikan dan seterusnyadiperkasakan (Tosun, 2000:615).

Dalam proses pembangunan pelancongan, Timothy (1999) menerangkanbahawa penglibatan komuniti dapat dilihat daripada dua perspektif: dalam prosesmembuat keputusan dan dalam bentuk faedah yang dibawa oleh pembangunantersebut. Selain dari dua perspektif penglibatan yang disebutkan oleh Timothy,penglibatan ahli komuniti dalam melaksanakan projek pembangunan pelanconganpenting ke arah pendekatan pembangunan lestari. Dengan menyertai usaha pem-bangunan tersebut, ahli komuniti akan mempastikan aspirasi mereka diambilkiradi samping mendapat peluang pekerjaan, meningkatkan pemahaman merekaterhadap projek yang dijalankan, meningkatkan pemahaman tentang faedah yangdibawa oleh pelancong, menanamkan rasa tanggungjawab terhadap sumber yangada pada komuniti mereka dan memberi peluang kepada mereka untuk mengawalpembangunan dan penggunaan sumber tempatan. Selain itu, penglibatankomuniti juga membantu menjayakan projek pelancongan itu sendiri keranapenglibatan itu membantu dari segi penawaran sumber manusia dan perkongsianpengetahuan mengenai kawasan tempatan dan sumber-sumber di situ.

Terdapat pelbagai pendapat yang diutarakan mengenai penglibatanpenduduk tempatan di dalam proses pembangunan pelancongan. Seorang datukbandar di Sepanyol merasakan bahawa penglibatan penduduk merupakan satuperkara yang muncul secara semulajadi dan tanpa disedari kerana pendudukmerasakan mereka adalah sebahagian dari produk pelancongan (Burns danSancho, 2003). Penglibatan terus penduduk dalam perkhidmatan tertentu amatdiperlukan seperti di pusat penerangan pelancong atau di waktu interpretasiyang asli, inklusif dan lestari diperlukan di mana pengetahuan penduduk tempatanadalah lebih kredibel berbanding pengetahuan pekerja dari luar (Fallon danKriwoken, 2003).

Penglibatan tidak hanya diperlukan dalam bentuk fizikal malah dalam bentuksokongan moral. Dalam konteks negara membangun, Getz (1983) mendesakbahawa sokongan yang padu dan kuat dari penduduk tempatan akan dapatmenggalakkan lagi pembangunan pelancongan. Ini disokong oleh Murphy (1985),terutama jika pelancongan melibatkan sumber asli, yang membentuk komponenutama produk pelancongan itu, juga menjadi keperluan asas kepada penduduktempatan. Mitchell (2001) pula merasakan bahawa dalam konteks ekopelancongan,penglibatan penduduk tempatan dalam pembangunan pelancongan dapatmengurangkan kesan negatif yang dihasilkan terhadap alam sekitar tanpamenjejaskan hasil kegiatan pelancongan.

Walaupun penglibatan komuniti meningkatkan peluang untuk programpelancongan mencapai objektif pelancongan lestari, namun masalah tetap timbul

Page 6: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

82 Akademika 67

dalam usaha mendapatkan penglibatan komuniti itu. Rahnema (1992) mengutara-kan beberapa keadaan dimana istilah ‘penglibatan’ disalahgunakan termasuklahdikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supayamereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi objektif pihakkerajaan tetapi bercanggah dengan objektif komuniti tempatan itu sendiri. Istilahpenglibatan ini juga digunakan untuk menarik pihak-pihak tertentu supayamenghulurkan pembiayaan tanpa usaha yang jelas bagi mewujud danmengimplentasikan elemen penglibatan dalam projek pembangunan. Dalam semuakes tersebut, penglibatan hanya ada pada nama sahaja tanpa bentuk strukturyang jelas. Harus juga difikirkan dan mengenalpasti bagaimana komuniti tempatansepatutnya melibatkan diri dalam pembangunan pelancongan dan samada‘penglibatan’ yang menjurus kepada komuniti mempunyai kawalan ke atassumber-sumber dan keadaan mereka pada masa kan datang. Tahap kawalanyang dimiliki sesebuah komuniti dalam projek pembangunan adalah merupakanelemen yang penting dalam kelestarian (Mowforth dan Munt 1998).

Mowforth dan Munt (1998) mencadangkan satu tipologi yang diutarakanoleh Pretty (1995) untuk digunakan dalam menentukan tahap penglibatan komunitidalam projek-projek komuniti. Tipologi tersebut menggabungkan elemen-elemen:(i) sumber dan objektif projek, (ii) tahap penglibatan penduduk, dan (iii) tahapperkongsian kuasa dan tanggungjawab bagi menentukan ‘peringkat’ atau ‘darjah’penglibatan penduduk. Penglibatan manipulatif diletakkan di peringkat terendahmemandangkan hampir semua elemen di atas dipunyai atau dikawal olehpenggerak dari luar menyebabkan keupayaan melalui penglibatan ini terbatas.Penglibatan yang berasaskan pembangunan dari dalam atau self-mobilizationpula diletakkan di peringkat paling atas memandangkan kebanyakan elemendikawal oleh penduduk sendiri. Saranan Pretty ini perlu perbincangan selanjutnyakerana jika difikirkan, penglibatan manipulatif berkemungkinan menjadi lebihberupaya daripada penglibatan pasif. Malah, adalah dirasakan bahawa istilah‘jenis’ lebih sesuai digunakan bagi menggantikan istilah ‘tipologi’ keranapenentuan peringkat atau darjah keupayaan melalui jenis penglibatan tersebutsangat subjektif dan bergantung kepada banyak faktor penentu selain tiga elemendi atas. Jenis penglibatan tersebut adalah seperti dalam Jadual 1.

Seterusnya, Mowforth dan Munt (1998) membincangkan dua kespembangunan pelancongan yang melibatkan dua jenis penglibatan yang begituekstrim. Salah satu daripadanya ialah projek berskala besar Mundo Maya (MayaWorld) yang merangkumi lima negeri di Amerika Tengah termasuklah Guatemala,Belize, el Salvador dan Honduras. Melalui publisiti, Mundo Maya dijelaskansebagai sebuah projek yang dirancang untuk memperbaiki taraf hidup penduduktempatan, tetapi hakikatnya tiada usaha yang dijalankan untuk melibatkankomuniti tempatan dalam proses pembuatan keputusan kerana hanya sekumpulanpegawai kerajaan yang berjawatan tinggi sahaja yang terlibat dalam membuatkeputusan. Dengan itu, penglibatan penduduk boleh dikelasifikasikan sebagai'penglibatan manipulatif'. Kes yang kedua ialah projek pelancongan dalam

Page 7: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

83Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan Komuniti

JADUAL 1. Jenis penglibatan penduduk tempatan dalam projek pembangunan didalam komuniti mereka

Jenis Ciri-ciri

Penglibatan Penduduk dijadikan boneka dan dikatakan memegang jawatan tetapimanipulatif sebenarnya projek pembangunan didalangi pihak luar. Tahap kawalan

oleh penduduk sangat sedikit. Hal ini menyebabkan faedahpembangunan kepada penduduk tidak menentu.

Penglibatan Penduduk melibatkan diri dalam projek pembangunan setelahpassif keputusan mengenai pembangunan dibuat oleh pihak penggerak.

Maklumbalas penduduk tidak diminta kerana lebih menekankanpendapat professional dari luar. Pembangunan masih bukan di bawahkawalan penduduk.

Penglibatan Agen luar merujuk kepada penduduk tempatan dengan memintamelalui pendapat mereka mengenai projek yang dibentuk oleh pakar dariperundingan luar, masih kurang kawalan dari penduduk tempatan terhadap proses

pelaksanaan, perkongsian maklumat hanyalah sehala, profesionaltidak perlu menerima pendapat penduduk.

Penglibatan Penduduk melibatkan diri dengan menawarkan sumber (seperti tenagabermotivasikan buruh) bagi mendapatkan makanan, wang, dan insentif kebendaanpulangan material yang lain;penglibatan bukan kerana mahu belajar mengenai kemahiranyang diperlukan dan teknologi yang boleh membantu meningkatkan taraf hidup setelaholeh penduduk penglibatan selesai.

Penglibatan Penglibatan penduduk dilihat sebagai penting untuk mencapai objektifberperanan projek, terutama kerana penglibatan dilihat sebagai dapat

mengurangkan kos; penglibatan adalah dua hala dan melibatkanperkongsian dalam membuat keputusan tetapi penglibatan hanyaterjadi setelah keputusan dibuat oleh pihak.

Penglibatan Penduduk terlibat dalam analisis projek, pembentukan pelaninteraktif tindakan: penglibatan dilihat sebagi satu hak, bukan hanya sebagai

agen untuk mencapai matlamat projek; proses penglibatanmenekankan penggunaan kaedah-kaedah silang displin yangmemerlukan pelbagai perspektif serta menggunakan prosespembelajaran berstruktur. Kumpulan perancang mengawal keputusanpenduduk tempatan dan menentukan bagaimana sumber yang adadigunakan dan dengan itu mereka mempunyai kepentingan dalammempastikan struktur dan kaedah dipatuhi.

Penglibatan Penduduk sendiri mengambil inisiatif untuk menggerakkan projekpergerakan pembangunan, mereka menjalin hubungan dengan institusi luar untuksendiri bantuan teknikal dan khidmat nasihat tetapi mengawal penggunaan

sumber; penglibatan jenis ini memerlukan kerangka sokongan darikerajaan dan badan bukan kerajaan.

Sumber: Disesuaikan dari Mowforth dan Munt (1998)

Page 8: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

84 Akademika 67

komuniti yang kebanyakannya terdiri daripada anggota masyarakat Salvadoradalam buangan di Costa Rica. Walaupun terdapat pertolongan dari luar, namunide tentang projek tersebut tercetus daripada komuniti itu sendiri dan keseluruhanaktiviti pelancongan adalah di bawah kawalan komuniti itu sendiri. Pendapatanyang dijana melalui penawaran perkhidmatan yang disediakan telah memberifaedah ekonomi kepada mereka, tambahan pula tiada orang tengah atau ejenyang digunakan yang mungkin menyebabkan pengurangan dalam pendapatanmereka. Walaupun komuniti tersebut menerima bantuan pada awal pembabitanmereka dalam projek itu, namun kebanyakan perniagaan pelancongan tidakmenerima bantuan sekaligus melayakkan penglibatan penduduk tempatan dalamprojek ini dikategorikan sebagai ‘bergerak sendiri’ (self mobilization) menuruttipologi Pretty (Mowforth dan Munt, 1998).

Ulasan karya yang dikemukakan di atas menyarankan dua aspek pentingdalam penglibatan; iaitu kesaksamaan dan kawalan. Penglibatan yang saksamadan kawalan daripada penduduk tempatan dalam sesuatu projek pembangunanperlu ada untuk projek itu mencapai objektif pembangunan komuniti,.Membenarkan penglibatan yang adil dalam proses membuat keputusan bagimembolehkan penduduk tempatan menggunakan kuasa mereka dalam mengawalsesuatu pembangunan serta kesannya (Bilinski, 1969), hanyalah sebahagiandaripada usaha untuk mencapai penglibatan yang saksama. Penduduk tempatanjuga wajar diberi kebenaran dan keupayaan untuk mengambil faedah daripadapeluang-peluang ekonomi yang dibawa oleh pelancongan secara adil (KadirDin, 1997). Dalam kebanyakan situasi, penduduk tempatan perlu diperkasakansupaya mereka berupaya terlibat dalam pembangunan, iaitu dalam prosesmembuat keputusan dan juga dalam aktiviti ekonomi yang terbentuk hasilpembangunan itu. Kadir Din (1997) mengatakan bahawa kurangnya aspekmemperkasakan penduduk di atas adalah penyebab kepada situasi semasa diLangkawi, Malaysia di mana majoriti penduduk tempatan hanya menjadi pemerhatidan memperoleh faedah yang terlalu sedikit berbanding mereka yang lebihberkuasa - iaitu penduduk tempatan dan orang luar yang lebih berupaya darisegi kewangan, jalinan, dan memperolehi maklumat. Mereka ini lebih berupayamengambil faedah yang ditawarkan oleh kegiatan pelancongan di pulau tersebut.Sedangkan, penduduk inilah yang menjadi mangsa apabila kos kehidupanmeningkat disebabkan kegiatan pelancongan itu.

Scheyvens (1999) mencadangkan agar satu kerangka ‘keperkasaan’ yangmerangkumi empat tahap perkasaan digunakan dalam menganalisis perniagaanekopelancongan terhadap komuniti tempatan. Sekiranya Kadir Din (1997)merasakan bahawa ‘keperkasaan’ merupakan keperluan yang mesti dipenuhisebelum penglibatan yang saksama dapat dihasilkan, Scheyvens pula memandang‘keperkasaan’ sebagai kesan sesuatu aktiviti. Keempat-empat peringkatkeperkasaan adalah keperkasaan dalam aspek ekonomi, psikologi, sosial danpolitik. Tidak pula Scheyvens nyatakan sama ada satu peringkat adalah lebihpenting daripada peringkat yang lain ataupun sekiranya peringkat-peringkat ini

Page 9: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

85Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan Komuniti

mempengaruhi pendapatan ekonomi yang berterusan kepada komuniti tempatan,pendapatan individu yang boleh diharapkan dan prasarana yang lebih baik.Tanda-tanda keperkasaan psikologi adalah apabila meningkatnya kebangsaandiri (self-esteem) di kalangan ahli-ahli komuniti disebabkan pengiktirafan dariluar terhadap keunikan dan nilai-nilai budaya yang dimiliki, sumber-sumber danpengetahuan mereka tentang tradisi. Meningkatnya keyakinan di kalangan ahli-ahli komuniti menyebabkan mereka mencari pengetahuan dan peluang latihan.Keperkasaan sosial pula dicapai apabila komuniti tersebut dapat mengekalkanatau memperbaiki keseimbangan dalam komuniti. Perpaduan komuniti dapatdiperbaiki kerana individu dan keluarga bekerjasama untuk membina perkongsianyang berjaya. Keperkasaan politik dapat dicapai oleh sesebuah komuniti apabilastruktur politik mereka menawarkan peluang kepada orang ramai untuk menyuarakanpendapat tentang projek pembangunan tersebut, sekaligus menawarkan peluanguntuk mereka melibatkan diri dalam proses membuat keputusan.

Pratiwi (1999) dalam kajiannya untuk memahami penglibatan komunititempatan dalam pembangunan ekopelancongan telah menganalisis kajian-kajiankes yang berkaitan dengan ekopelancongan. Ekopelancongan merupakan satubentuk pembangunan yang mempunyai elemen pembangunan lestari sebagaiobjektifnya. Pratiwi membuat kesimpulan daripada dapatan kajiannya bahawatahap penglibatan ahli komuniti dalam kes-kes yang dikajinya adalah menyimpangdaripada tahap penglibatan yang disarankan dalam bahan-bahan bacaan danpenerbitan. Apabila ahli-ahli komuniti ingin menyertai pembangunan, hanyasedikit sahaja usaha yang diambil oleh pihak luar untuk memperkasakan penduduktempatan dalam keseluruhan tahap penyertaan. Walau bagaimanapun, melaluikebolehan penduduk memperkasakan diri mereka sendiri, sesetengah komunitimenyatakan bahawa mereka hanya mendapat faedah yang sedikit daripadapenglibatan mereka dalam pembangunan ekopelancongan. Pratiwi juga telahmencadangkan kajian selanjutnya dijalankan untuk menilai ciri-ciri dan tahappenyertaan dengan menggunakan kaedah kajian yang berbeza seperti kajianlapangan, tinjauan dan kajian kes.

KAJIAN TERHADAP PENGLIBATAN KOMUNITI DI HOMESTAYKAMPUNG RELAU DAN KAMPUNG RAGA

KERANGKA TEORI

Ulasan karya yang dikemukakan dapat dirumuskan melalui kerangka teori yangdapat membantu usaha memahami tahap penglibatan komuniti dalam projek-projek yang berasaskan komuniti dan pelancongan lestari (Rajah 1). Kerangkateori ini mencadangkan bahawa tahap penglibatan komuniti dalam sesuatu projekdipengaruhi oleh tahap kawalan oleh komuniti tempatan dalam memutuskanperlaksanaan dan kesan, dan tahap kawalan ini pula bergantung kepada peluang

Page 10: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

86 Akademika 67

dan ruang yang ada untuk penduduk itu melibatkan diri dalam projek tersebutserta juga keupayaan mereka untuk merebut faedah daripada projek tersebut.

Seterusnya, makalah ini membincangkan kajian yang dijalankan ke atas duaprogram homestay di Kedah, iaitu Homestay Kampung Relau dan HomestayKampung Raga. Berdasarkan kerangka konsepsi di atas, kajian yang dijalankanbertujuan meneliti (i) ciri-ciri penglibatan komuniti di kedua-dua homestay dalamkajian; (ii) tahap penglibatan komuniti di kedua-dua homestay di atas; (iii) faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi penglibatan ahli komuniti dalam kedua-duaprogram homestay tersebut; dan (iv) terdapat hubungan di antara penglibatandengan keperkasaan di kalangan ahli komuniti.

METODOLOGI

Definisi pembolehubah yang digunakan dalam ini dikemukakan dalam Jadual 2.Berpandukan pendekatan kualitatif, kajian ini menggunakan dua teknikpengumpulan data. Pertama, data yang merangkumi maklumat yang diterbitkanoleh kerajaan pusat, kerajaan negeri dan sumber-sumber data tempatan dianalisisuntuk mendapatkan pemahaman mengenai latarbelakang kedua-dua programhomestay yang dikaji. Kemudian temubual tidak berstruktur telah dijalankan dikalangan ahli komuniti yang menyertai program homestay di petempatan masing-masing. Tujuan temubual ini ialah untuk mengenalpasti jenis, tahap, penyebab dankesan penglibatan mereka. Teknik snowball sampling digunakan untuk mencarimaklumat yang diperlukan. Temubual yang dijalankan di antara bulan Mac danSeptember 2001 ini direkodkan untuk memastikan kesahihan data yang dikumpul.

Pada penghujung setiap sesi temubual, penyataan penting yang olehresponden utarakan diulang semula supaya dapat pastikan kesahihannya. Datajuga diintepretasi dengan segera untuk membolehkan penyelidik menganalisismaklumat perbualan tersebut dan menggunakan dapatan itu untuk temubualseterusnya. Temubual yang direkodkan juga dipindahkan dalam bentuk transkripdan dianalisis secara kualitatif sebaik sahaja tamat sesi temubual. Tema serta isupenting dicungkil menerusi transkrip. Data kemudiannya dikumpulkan mengikuttema dan isu yang bersesuaian. Pendapat kedua digunakan dalam prosespengkodan data dan interpretasi untuk mengurangkan kelemahan intepretasi

RAJAH 1. Kerangka konsepsi dalam memahami tahap penglibatan ahli komuniti

Keperkasaan

Keupayaan untukmemanfaatkan

faedah

Mengawal prosesmembuatkeputusan

Bentukpenglibatan

Page 11: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

87Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan Komuniti

data yang berat sebelah. Dapatan kajian dibentangkan dalam perbincanganmengenai isu-isu berkaitan untuk memahami penglibatan penduduk dalamprogram pelancongan yang berasaskan komuniti seperti homestay dan implikasike atas polisi dan pemasaran pelancongan berasaskan komuniti.

HASIL KAJIAN

HOMESTAY KAMPUNG RELAU, BANDAR BARU

LATAR BELAKANG PROGRAM

Beberapa isi rumah di Kampung Relau yang terdiri dari empat buah kampungMelayu iaitu, Kampung Tiga Ratus Kaki, Kampung Kilang Batu, Kampung PayaSemambu dan Kampung Tengah di Bandar Baru di Kedah ini telah diberi kelulusanuntuk menjadi peserta tuan rumah homestay yang diiktiraf. Peserta-peserta inibersetuju membentuk program homestay secara komuniti. Majoriti penduduknyabekerja sendiri dan sesetengahnya bekerja dengan sektor awam dan sektor swasta,kebanyakannya di kawasan perindustrian berdekatan. Usaha membentuk ProgramHomestay Kampung Relau dimulakan oleh seorang usahawan tempatan yangberminat dengan konsep homestay apabila beliau melawat ke beberapa programhomestay di Sumatera. Sebagai pemilik agensi pengembaraan, beliau sedarbahawa program homestay ini dapat memanfaatkan kedua-dua pihak, iaituperniagaannya dan komunitinya. Program Homestay Kampung Relau telahberpeluang menjadi hos kepada beberapa kumpulan dari dalam dan luar negara.Program homestay ini menawarkan ciri-ciri pelancongan berasaskan komuniti

JADUAL 2. Pembolehubah yang terlibat dalam kajian dan definisinya

Pembolehubah Definisi

Bentuk Deskripsi penglibatan berpandukan elemen-elemen: 1) sumber danpenglibatan objektif projek, 2) tahap penglibatan penduduk, dan 3) tahap

perkongsian kuasa dan tanggungjawab.

Pengawalan Peluang untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusandalam membuat dan perlaksanaan dan memberi pendapat.keputusan

Keupayaan untuk Keupayaan ahli komuniti untuk mengambil kesempatan yang terhasilmemanafaatkan dari program homestay seperti peluang pekerjaan, dan keusahawanan.faedah yang Keupayaan mungkin dipengaruhi oleh faktor lain seperti memilikiterhasil modal, maklumat dan pengaruh.

Keperkasaan Peningkatan keupayaan dari aspek ekonomi, psikologi, sosial danpolitik seperti yang dicadangkan oleh Scheyvens (1999).

Page 12: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

88 Akademika 67

dan oleh sebab itu program di Kampung Relau ini telah dipilih sebagai salah satukes kajian ini.

Jawatankuasa yang terdiri daripada peserta tuan rumah homestay telahditubuhkan untuk memantapkan operasi program homestay di Kampung Relau.Penggerak program tersebut di atas telah dilantik sebagai pengerusi jawatankuasadan beliau memainkan peranan utama dalam operasi homestay dari aspekpemasaran, pengurusan dan operasi program tersebut.

BENTUK PENGLIBATAN

Dapatan kajian meperlihatkan wujudnya beberapa bentuk penglibatan di kalanganahli komuniti di dalam Program Homestay Kampung Relau. Seperti kebanyakanprogram homestay lain di Malaysia, Program Homestay Kampung Relau tidakdigerakkan oleh orang luar. Hal ini kerana Kerajaan Malaysia, melalui KementerianPelancongan telah menyarankan agar komuniti tempatan dapat menyertai industripelancongan melalui program-programnya seperti program homestay tersebut.Mana-mana isirumah yang memenuhi peraturan asas dan ingin menjadi hoshomestay boleh memohon kepada Kementerian. Apabila permohonan diluluskanrumah tersebut akan mendapat permit untuk mengendalikan operasi homestaydan pihak kerajaan akan membantu dari segi memberi latihan kepada keluargatuan rumah, penyediaan infrastruktur dan prasarana serta sokongan promosi.

Dalam kes Program Homestay di Kampung Relau, beberapa buah keluargadalam komuniti tersebut telah memohon untuk menjadi tuan rumah homestaysebagai satu kumpulan di bawah naungan dan pimpinan usahawan tempatan,juga selaku pemilik sebuah agensi pengembaraan. Usahanya dari segi membawakomuniti bekerjasama memahami faedah yang boleh diperolehi daripada programtersebut mempunyai pengaruh secara langsung terhadap kesediaan pendudukuntuk menjadi tuan rumah homestay.

Bagi usahawan tempatan yang memimpin Homestay Kampung Relau,penglibatannya dapat dirumuskan sebagai satu inisiatif yang tidak dipengaruhioleh institusi luar untuk memperbaiki kehidupannya sendiri dan kehidupankomunitinya. Untuk menjayakan program homestay Kampung Relau beliau telahmembuat jaringan dengan institusi luar bagi mendapatkan sumber dan. Beliaujuga telah membantu komuniti mewujudkan jawatankuasa untuk melicinkan danmenguruskan pelanggan yang dibawa ke homestay tersebut. Penglibatannyaadalah sebagai pemimpin projek, khususnya dalam usaha memasarkanprogramnya sebagai salah satu produk yang ditawarkan oleh syarikat beliau.Sebagai pengerusi Jawatankuasa Homestay di Kampung Relau, beliau telahmemimpin komunitinya dari aspek pembangunan dan pengawalan pelaksanaanprogram pelancongan berkenaan. Usahawan tempatan ini telah berjaya mengge-rakkan komunitinya untuk menyertai program homestay ini dan juga menggerak-kan mereka membentuk satu jawatankuasa bagi merancang, membangunkan danmengimplementasi aktiviti-aktiviti untuk tetamu.

Page 13: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

89Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan Komuniti

Kajian mendapati ahli-ahli komuniti yang lain melibatkan diri mereka dalamprogram ini sebagai peserta tuan rumah (hos) atau sebagai ahli dalam Jawatan-kuasa Homestay yang tidak menjadi peserta tuan rumah. Setiap ahli komunitiboleh memohon untuk menjadi tuan rumah atau hos yang menawarkan rumahmereka sebagai rumah tumpangan kepada tetamu dan keluarga mereka sebagaikeluarga angkat kepada tetamu. Bagi mereka yang tidak memohon untuk menjadipeserta tuan rumah, atau permohonan mereka tidak diluluskan disebabkan keadaanrumah atau keluarga tidak memenuhi garis panduan yang ditetapkan olehKementerian Pelancongan, mereka masih boleh melibatkan diri di dalam programini dengan: (i) memainkan peranan sebagai pemandu pelancong kepada tetamudan memperihalkan komuniti mereka kepada pengunjung/tetamu; (ii) melibatkandiri dalam persembahan pertunjukan kebudayaan; (iii) melibatkan diri dalampenyediaan jamuan yang lazimnya dibuat secara bergotong-royong; (iv) meraikandan bermesra dengan tetamu; atau dengan hanya (v) memberi sokongan melaluikehadiran mereka dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh jawatankuasauntuk tetamu.

Ahli jawatankuasa homestay dan pemimpinnya memberi peluang kepadasetiap ahli komuniti untuk mengutarakan cadangan dalam proses perancangandan pembangunan dan mereka berpendapat bahawa dengan cara itu, merekajuga akan mendapat sokongan dari ahli komuniti. Mereka juga ada menjalankanusaha untuk meningkatkan pengetahuan ahli-ahli yang lain mengenai perananyang boleh dimainkan oleh program homestay tersebut dalam membangunkankomuniti di situ. Di samping itu, peneraju program ini sentiasa cuba mendapatkansokongan dari luar seperti dari agensi kerajaan yang berkaitan dan pemimpinkerajaan. Kesannya, kemudahan asas di kampung ini telah dinaik taraf, kampungdicantikkan dan program ini telah dimasukkan ke dalam agenda promosi kerajaannegeri. Walau bagaimanapun, responden berpendapat bahawa pelaksanaan danpencapaian matlamat program homestay, iaitu untuk menyediakan produkpelancongan yang unik dan dalam masa yang sama menyediakan peluangpembangunan kepada komuniti, sangat bergantung pada penyertaan ahlikomuniti. Walaupun cadangan untuk pembangunan program homestay inidatangnya dari seorang penggerak dan disokong oleh kuasa dari luar (kerajaan),perkongsian dapat dilihat melalui proses membuat keputusan, perancangan danpelaksanaan. Namun, terdapat beberapa individu yang tidak terlibat dalammembuat keputusan dan dalam proses pembelajaran, tetapi mereka menyumbangdari aspek tenaga kerja dan sokongan dengan sedikit bayaran ataupun hanyasekadar berpuas hati menjadi sebahagian daripada komuniti tersebut apabilabergotong-royong bersama-sama.

Dapatan kajian menyokong cadangan kerangka teori yang dilakarkan padaperingkat awal kajian bahawa keupayaan ahli komuniti untuk mengawal prosesmembuat keputusan dan pelaksanaan berkemungkinan mempengaruhi bentukpenglibatan komuniti dalam projek pembangunan seperti program homestayKampung Relau ini. Namun begitu, kajian mendapati bahawa tahap kawalan

Page 14: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

90 Akademika 67

yang ada di kalangan ahli ke atas proses membuat keputusan tidak semestinyabermaksud setiap ahli berupaya meraih faedah yang dihasilkan, tetapi lebihmenerangkan motivasi penglibatan mereka. Masih ada keterbatasan di kalanganahli kerana bukan semua isirumah yang berada dalam kawasan program homestayini berupaya menjadi peserta tuan rumah, yakni ahli yang menerima pulanganekonomi yang paling banyak. Hal ini adalah kerana asas keperluan untuk menjadihos homestay tidak boleh dipenuhi oleh semua keluarga dalam komuniti tersebut.

Untuk menjadi peserta tuan rumah homestay tidak memerlukan perkhidmatandan bilik penginapan yang bertaraf hotel. Memadai dengan persekitaran yangbersih dan tenang dengan sebuah bilik yang boleh diubahsuai menjadi biliktidur tetamu serta kemudahan tandas yang baik. Walaupun modal permulaanyang diperlukan untuk menepati garis panduan permohonan untuk menjadipeserta tuan rumah tidak tinggi, jumlah ini mungkin masih membebankan ahlikomuniti yang berpendapatan rendah. Di samping itu, keupayaan menyumbangmasa dan tenaga dalam membangun dan melaksanakan aktiviti-aktiviti programjuga didapati sebagai penyebab penglibatan mereka. Seperti dinyatakan olehseorang responden bukan hos, … “Sesetengah daripada kami belum bersediauntuk menjadi hos kerana tidak mempunyai bilik di rumah yang bolehdiubahsuai menjadi bilik tamu, atau kerana kami rasa rumah kami masihbelum elok untuk mereka. Dalam kes saya, saya tidak mempunyai masa. Sayabekerja dan anak-anak masih kecil. Nak buat kerja rumah pun tiada masa!”Tetapi responden ini masih melibatkan diri di dalam program ini sebagai salahseorang tukang masaknya.

Faktor motivasi memainkan peranan dalam penglibatan ahli komuniti ini.Penulisan Cole (1995) mencadangkan beberapa faktor motivasi dalaman yangboleh diadaptasikan untuk menerangkan penglibatan ahli komuniti di dalamprogram pembangunan. Faktor-faktor ini termasuklah kesedaran tentang faedahprogram yang akan mereka dan komuniti kecapi, keperluan sosial mereka, sepertimenjadi sebahagian daripada masyarakat, dan personaliti setiap ahli. Dalam kesKampung Relau ini, keinginan melihat sumber alam dan kebudayaan dikekalkanserta komitmen untuk memajukan perniagaannya merupakan dua faktor yangtelah memotivasikan usahawan berkenaan menjadi pemimpin dan penerajuprogram homestay.

Kesemua peserta program yang telah ditemubual menyatakan yang merekamelibatkan diri kerana ingin membangunkan diri, dihormati, ingin turut sertadalam komuniti dan memainkan peranan dan untuk memenuhi keperluan kemajuandiri. Walaupun kebanyakan peserta yang ditemubual menegaskan bahawa wangringgit bukan merupakan sebab utama mereka melibatkan diri, mereka mengakuibahawa program ini memang merupakan satu program yang dapat menghasilkanpendapatan kepada keluarga di samping memupuk semangat bekerjasama danmuhibbah dalam menjalin hubungan kejiranan di kalangan ahli. Harga yangditawarkan kepada tetamu untuk pengalaman tinggal di homestay adalah sangatrendah. Apabila dibandingkan dengan pilihan penginapan yang lain, purata

Page 15: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

91Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan Komuniti

harga yang dikenakan ke atas sekumpulan tetamu ialah sebanyak RM65 yangmerangkumi kemudahan bilik tidur, makanan, dan aktiviti atau program lawatan.Sebahagian bayaran yang diperolehi daripada tetamu, yang lazimnya datangmengikut pakej serta dikenakan harga pakej, akan disalurkan kepada kumpulanpengurusan bagi membiayai kos yang dibuat secara berkumpulan dan selebihnyadiagihkan kepada setiap peserta tuan rumah yang terlibat. Anggaran puratapendapatan bersih yang diterima oleh seorang peserta ialah RM30 untuk seorangtetamu iaitu setelah ditolak segala kos yang terlibat seperti bayaran elektrik, airserta bahan untuk penyediaan makanan.

MEMPERKASAKAN KOMUNITI TEMPATAN

Program homestay Kampung Relau membuka peluang menambah pendapatandan juga peluang perniagaan. Keluarga yang menjadi peserta tuan rumahmenerima faedah kewangan melalui pembayaran untuk kemudahan yang merekasediakan kepada tetamu, manakala yang lain pula berkongsi faedah ekonomimenerusi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam tempoh lawatantetamu di sana. Antara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan ialah makanan,cenderahati dan pemandu pelancong sambilan. Walaupun pendapatan yangdiperolehi adalah sedikit berikutan rendahnya bilangan hos, namun berpotensiditingkatkan di masa hadapan. Dan apabila setiap orang di dalam komuniti dapatberkongsi faedah ekonomi yang diperolehi, kerana penglibatan mereka tidakmemerlukan modal dan kemahiran tertentu, maka faedah ekonomi daripadaprogram ini dapat disimpulkan sebagai agihan saksama. Peningkatan dari segipendapatan, prasarana rumah individu dan kemudahan awam juga menunjukkanadanya keperkasaan ekonomi dalam komuniti Kamapung Relau yang menyertaiprogram homestay ini.

Program ini juga membantu membangunkan keyakinan diri ahli-ahli komunitimelalui pengiktirafan yang diberikan oleh orang luar tentang keunikan nilaibudaya mereka, sumber alam sekitar dan pengetahuan tradisi. Faktor inimenyebabkan mereka mencari jalan untuk memajukan diri melalui pelbagai caraseperti dengan mengikuti kursus bahasa asing dan latihan keusahawanan.Kesepaduan dalam komuniti juga turut meningkat apabila individu dan keluargabekerjasama dalam tempoh penerimaan tetamu. Ahli-ahli komuniti dianggapsebagai penerima faedah secara langsung oleh jawatankuasa kerana memberipeluang diberi peluang untuk turut terlibat dalam proses membuat keputusandan perancangan. Kebanyakan responden berpendapat bahawa programsedemikian telah memperkasakan komuniti tersebut, bukan sekadar dalam aspekekonomi tetapi juga secara psikologi, sosial dan politik. Kajian juga mendapatibahawa penyertaan ahli komuniti di dalam program homestay ini berkemungkinanakan meningkat keupayaan mereka dapat ditingkatkan.

Page 16: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

92 Akademika 67

HOMESTAY KAMPUNG RAGA, YAN

LATAR BELAKANG PROGRAM

Kampung Raga adalah sebuah perkampungan Melayu yang terletak 1.5 kilometerdari pekan Yan Besar. Terdapat sebanyak 160 petempatan keluarga di kampungini dengan 700 orang penduduk, yang kebanyakannya mengerjakan sawah padidan ladang getah. Kampung Raga telah mula membuka pintunya kepada tetamuseawal tahun-tahun 1970an. Pada awalnya, tetamu terdiri daripada pelajar-pelajarsekolah dan universiti yang menyertai program anak angkat yang dianjurkanoleh pelbagai agensi termasuk agensi perunding motivasi, sekolah dan universitidi Malaysia. Sehingga kini, Kampung Raga masih menerima permohonan untukdijadikan perkampungan untuk program anak angkat tersebut.

Sejarah pembentukan Program Homestay Kampung Raga bermula pada tahun1982 apabila Kampung Raga memenangi hadiah pertama untuk kategori SungaiTerbersih dan Tercantik dalam Pertandingan Kebersihan Sungai, anjuran JabatanPengairan dan Saliran (JPS). Kemenangan tersebut berserta nasihat daripadapihak JPS telah menggerakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) untuk mencadangkan penubuhan projek homestay. Pada tahun 1995,cadangan tersebut telah dibawa kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kedah(UPEN). Sehubungan itu, wakil dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian danPelancongan (KKKP) telah datang melawat Kampung Raga bagi memantaukesediaan komuniti tersebut menjadi peserta tuan rumah homestay berdasarkangaris panduan KKKP. Hasil lawatan pemantauan tersebut, sebanyak 24 buahrumah telah mendapat perakuan menjadi peserta tuan rumah homestay.

Selain itu, Kampung Raga telah memenangi pelbagai lagi anugerah melaluibeberapa pertandingan lain dan jumlah simpanan wang hadiah meningkatsehingga RM150,000. Pada bulan November 1995, Kementerian Pertanian telahmemulakan projek pelancongan agro di Kampung Raga setelah kampung tersebutmemenangi kategori ‘Sungai Berpotensi untuk Pelancongan’ dalam PertandinganSungai Angkat anjuran Kementerian tersebut. Projek pelancongan agro inimelengkapi projek homestay yang diadakan di situ kerana menawarkan aktivitimenarik kepada tetamu homestay, lebih-lebih lagi pada musim buah-buahan(bulan Jun hingga Ogos). Pada musim tersebut pengunjung bukan sahaja dapatmeningkatkan pengetahuan mereka mengenai pokok buah-buahan malah dapatmenikmati pelbagai jenis buah-buahan tempatan.

Sejak dilancarkan, pengurusan Program Homestay Kampung Raga dijalankanoleh ahli jawatankuasa kecil ‘Pelancongan Agro dan Homestay’ yang terletak dibawah struktur organisasi JKKK. Jawatankuasa kecil yang lain termasuklah K3P,yang menawarkan sokongan dan bantuan dalam menjayakan program homestaymelalui taklimat yang diberi kepada peserta homestay semasa peserta berada disana dan menerusi penubuhan kumpulan kebudayaan yang menawarkanpertunjukan kebudayaan kepada tetamu. Jawatankuasa kecil Skuad Bantuan

Page 17: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

93Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan Komuniti

Kecemasan pula memainkan peranan penting dalam program homestay ini denganmelakukan rondaan di sekitar kampung dan menawarkan bantuan kecemasanuntuk memastikan keselamatan dan persekitaran yang selamat semasa tempohberjalannya program.

Secara amnya terdapat dua kategori pelawat ke Kampung Raga. Pertama,pelajar yang menyertai program anak angkat dan keduanya, adalah pelancongyang lazimnya datang secara berkumpulan. Keluarga angkat mendapat RM13.00semalam bagi setiap anak angkat yang tinggal bersama mereka, tetapi bagi programhomestay peserta tuan rumah menerima RM35.00 semalam untuk setiap tetamu.Baru-baru ini, KKKP telah menaikkan kadar bayaran kepada RM60.00 semalam untukseorang tetamu. Pakej 3 hari 2 malam pula dijual pada harga RM145.00 seorang.

Modal untuk menerima tetamu berkumpulan diambil dari tabung JKKK. Modalini diperlukan untuk perbelanjaan seperti persediaan makanan (bahan mentahdan upah memasak), persediaan program (kenderaan dan upah fasilitator),cenderahati dan sebagainya. Wang yang diterima dari tetamu untuk pakejberkumpulan ini dimasukkan semula ke dalam tabung tersebut sebelumpembayaran dibuat kepada setiap peserta tuan rumah dan kepada ahli komunitiyang lain, yang membantu seperti tukang masak, dan fasilitator. Apabila ditanyasama ada atau tidak terdapat lebihan setelah pelbagai pembayaran tersebut tadidilunaskan, seorang ahli JKKK menyatakan bahawa keuntungan ada tetapiselalunya tidak banyak. Semua keuntungan akan disalurkan semula ke dalamtabung JKKK tadi, yang juga menjadi tabungan untuk semua wang hadiah yangdiperolehi oleh komuniti ini melalui pertandingan yang dianjurkan oleh pelbagaipihak. Wang tabungan ini juga dilaburkan dan hasil dari pelaburan kemudiannyadigunakan untuk kebajikan penduduk kampung seperti untuk membayar yuranpeperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anak-anak mereka, membayarsebahagian daripada yuran pendaftaran masuk ke universiti bagi mereka yangberjaya menempatkan diri di universiti-universiti tempatan dan memberisumbangan kepada mereka yang mengadakan kenduri kahwin, pengkebumiandan sesiapa sahaja yang mungkin memerlukannya, khususnya untuk tujuanperubatan dan pendidikan. Menurut salah seorang responden wanita berkaitanhal ini … “Tabung kita terjamin dan kita buat satu badan kebajikan…duit danhadiah yang kita terima kita labur. Hasil dari bonus dan dividen kitakembalikan kepada penduduk kampung dan bila berlaku kematian sebanyakRM500.00. Duit peperiksaan SPM, STPM tabung yang bayar”. Wang tabunganserta sokongan kerajaan terhadap program homestay ini melalui pembinaaninfrastruktur di sekeliling kampung dan usaha mempromosikan program homestaydirasakan sebagai faktor-faktor yang telah membolehkan program ini dilaksanakandengan jayanya.

Setiap kali JKKK menerima tempahan daripada kumpulan pelancong yangingin menjadi tetamu di homestay mereka, kesemua ahli jawatankuasa akandipanggil untuk bermesyuarat. Bilangan peserta dan aktiviti yang bakal diadakandibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Aktiviti yang sering dimasukkan ke

Page 18: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

94 Akademika 67

dalam pakej ialah lawatan ke Pualu Bidan, Pula Songsong, Pulau Telur, GunungJerai, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, kawasan Lembaga Kemajuan PertanianMuda (MADA) dan tempat-tempat menarik yang lain di sekitar Kampung Ragaseperti Batu Hampar, Pantai Murni dan Tangga Kenari. Sesetengah tetamu diberipeluang menoreh getah ataupun memetik buah kelapa sawit. Setiap kali programhomestay menerima kumpulan tetamu, isirumah yang berdaftar sebagai pesertatuan rumah homestay akan diberi dua atau tiga orang pelancong, tertakluk kepadagiliran, kemampuan dan kesedian mereka menerima tetamu.

Kebanyakan tetamu adalah dari kalangan pelancong tempatan yang datangdari institusi pengajian tinggi, agensi awam dan sektor swasta. Kebiasaannyamereka datang berkumpulan, iaitu seramai 20-80 orang. Mereka datang dari Johor,Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Kedah. Program Homestay Kampung Ragajuga pernah menerima tetamu luar negara seperti dari Jepun, Australia dan Koreadan kebanyakan mereka adalah pengembara backpackers yang berumur di antara18 hingga 38 tahun. Hal ini mungkin berlaku disebabkan lokasi tempat ini yangagak jauh dan sukar untuk sampai. Oleh itu, ia menarik lebih ramai pengembarabackpackers berbanding dengan pengunjung jenis lain.

BENTUK PENGLIBATAN

Penduduk Kampung Raga menggambarkan contoh komuniti luar bandar yangmenggunakan sumber dan semangat kejiranan bagi membangunkan diri dankomuniti mereka. Banyak perkara yang ahli-ahli komuniti lakukan bersama sejakdari dahulu lagi untuk meningkatkan kebajikan dan mengekalkan keutuhan dankesepaduan di antara mereka. Generasi kini juga menyambung tradisi ini dantidak keberatan untuk menyertai projek-projek yang dianjurkan oleh JKKK, lebih-lebih lagi apabila mereka sedar bahawa projek sebeginilah yang mempengaruhikeadaan kebajikan mereka masa kini. Program homestay adalah antara salah satuprojek yang dianjurkan oleh kampung mereka dan yang dilaksanakan secarabersama.

Kebanyakan penduduk yang menyertai program homestay ini sedar bahawapenyertaan mereka membantu JKKK mencapai objektif program homestay, iaitumenggunakan sumber yang diwarisi untuk membangunkan diri mereka sendiri.Objektif ini wujud daripada dalam diri individu tersebut dan bukannya diwujudkanoleh pihak luar. Kos penganjuran program homestay dapat dikurangkan denganadanya sokongan dan penyertaan daripada penduduk kampung. Peluangmenyertai program dan mengetahui dengan lebih mendalam mengenaipengoperasian dibuka kepada setiap penduduk. Penglibatan ahli komuniti didalam projek ini didorong oleh kemahuan dan kesungguhan mereka sendiri tanpaada bantuan luar. Mereka mempunyai kawalan terhadap keputusan yang bakaldiambil bersama dan mengenalpasti pengurusan sumber-sumber yang ada.Mereka membuat keputusan tentang jadual aktiviti atau lawatan, makanan, agihankerja dan agihan pendapatan.

Page 19: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

95Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan Komuniti

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP PENGLIBATAN KOMUNITI

Program Homestay Kampung Raga bermatlamat meningkatkan tabungan yangdikelolakan oleh JKKK. Penduduk kampung, termasuklah anak-anak mereka yangmenjalankan kerja-kerja dalam tempoh lawatan tetamu di kampung tersebut,menerima sedikit imbuhan dalam bentuk kewangan ataupun makanan percumasebagai penghargaan atas usaha dan tenaga yang diberikan. Peserta-pesertatuan rumah homestay menerima RM60.00 semalam penginapan untuk setiap orangtetamu. Mereka menggunakan wang ini untuk menyediakan makan-minum tetamudan selebihnya menjadi pendapatan tambahan di samping pendapatan hakikimereka. Ada juga yang menggunakan sebahagian daripada pendapatan homestayuntuk mencantikkan dan memperbaiki rumah mereka agar tetamu lebih selesamenginap di situ.

Agak rumit untuk Jawatankuasa Kecil ‘Pelancongan Agro dan Homestay’mempastikan kos operasi menjadi hos bagi setiap kumpulan tetamu keranakesukaran membezakan jumlah perbelanjaan untuk menyediakan perkhidmatankepada tetamu dengan perbelanjaan untuk keluarga. Sebagai contoh, dalammenerima tiga orang tetamu dan menyediakan makananuntuk mereka, seorangresponden yang juga merupakan peserta tuan rumah membeli lebih barangandapur dari hari-hari biasa. Keluarganya mungkin dapat menikmati juadah yanglebih enak dari hari-hari biasa kerana juadah yang dimakan oleh keluarganyaadalah sama dengan juadah yang dihidang kepada tetamu. Responden ini tidakpula merekodkan lebihan perbelanjaan barangan dapur tadi. Apabila dimintauntuk memberi anggaran, responden tadi menganggar kos penyediaan makananuntuk seorang tetamu adalah lebih kurang RM5 untuk satu masa makan. Inimenjadikan jumlah kos penyediaan makanan untuk sehari semalam sebanyakRM15. Setelah ditolak kos elektrik dan air, anggaran pendapatan bersih dariseorang tetamu ialah RM40.

Jumlah ini sebenarnya cukup menarik dan boleh menjadi dorongan kepadaahli komuniti untuk mohon menjadi peserta tuan rumah homestay walaupunrata-rata responden tuan rumah yang ditemubual menyatakan bahawa motifkewangan bukan merupakan sebab utama mereka menyertai program homestayitu. Bak kata seorang responden, “… projek ini adalah projek jiwa murni yangtak ada pulangan keuntungan yang begitu besar ...” Sama dengan kes diKampung Relau, bagi sesetengah isirumah di Kampung Raga, garis panduanyang harus dipenuhi dalam permohonan mungkin terlalu membebankan. Modalyang sedikit menghalang penduduk menjadi hos homestay, sebagaimanadinyatakan oleh salah seorang responden, … “Kita pun bukan senang, nakdapat duit tu lambat sikit, lepas tu kita kena jamu depa ikut jadual, rasabeban sikit pasal kita dok besa hari-hari ikut suka kita”.

Satu lagi faktor yang mendorong ahli turut terlibat dalam menjayakan programini ialah aspirasi untuk mengekalkan hidup bermasyarakat. Semangat untukmengekalkan keutuhan komuniti dan tradisi didapati menjadi pendorong utama

Page 20: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

96 Akademika 67

kepada ahli-ahli komuniti menyertai program homestay ini sebagaimana yangditerangkan oleh salah seorang penduduk yang agak berumur, … “(Saya) …sebagai orang tua dalam kampung … diminta supaya menunjuk arah ataujalan”. Katanya lagi, “Sebab yang terbesar kejayaan program ini ialahkerjasama JKKK dengan penduduk kampung. Saya juga memberi semangatpada orang muda untuk meneruskan aktiviti terutama bila musim pertandinganatau apa-apa saja program yang akan dijalankan di kampung …. Di sini apayang berharga pada Pak Lang ialah perpaduan dan gotong-royong”.Diperjelaskan di sini bahawa mereka merasakan bahawa banyak perkara dapatdiselesaikan dan lebih banyak faedah yang dapat mereka perolehi apabila bekerjabersama berbanding dengan bekerja secara inidividu. Secara individu ataupersendirian, penduduk kampung tidak mempunyai keyakinan dan kudrat untukmelayan kumpulan tetamu yang datang kerana mereka tidak mempunyai cukupkapasiti untuk mengurus dan mengoperasi keseluruhan program homestay ini.Selain itu, mereka juga sedar bahawa sumber-sumber yang sedia ada bolehdigunakan untuk menarik pelancong dan mereka memahami yang pelancongboleh membawa kesan positif ke dalam kehidupan mereka.

Kebanyakan penduduk terdorong untuk menyertai program homestaydisebabkan perasaan ingin tahu mengenai program itu sendiri. Seorang respondenwanita menerangkan yang beliau begitu ingin mengetahui mengenai homestay… “Kita pun nak tengok, nak rasa lagu mana homestay, jadi kita ambiklah(tetamu)”, terang beliau. Namun, ada ketikanya apabila terdapat tetamuberkumpulan tetapi sesetengah hos tidak dapat menyertainya. “… rumah kakakkecik, tak cukup ... kakak mengasuh, mak dah tua, dah tak larat …” merupakanpenerangan daripada seorang responden yang juga merupakan hos berdaftar,apabila ditanya mengapa beliau tidak lagi menyertai program tersebut. Walaubagaimanpun, ahli komuniti didapati tetap menawarkan diri membantumenguruskan aktivi-aktiviti untuk tetamu, lebih-lebih lagi apabila aktivitimemerlukan tenaga, bukannya wang ringgit. Tambah beliau lagi, … “kalau adaapa-apa boleh kakak tolong, kakak tolonglah… kakak terlibat juga dalamaktiviti lain seperti memasak ka, gotong royong ka ...”.

MEMPERKASAKAN PENDUDUK TEMPATAN

Boleh dikatakan bekerja bersama untuk melaksanakan program homestay telahmemperkasakan penduduk Kampung Raga dari aspek ekonomi, psikologi danpolitik. Program ini telah meningkatkan motivasi mereka untuk mencantikkankampung dan memulihara sumber-sumber dalam kampung seperti sungai, yangtelah memenangi beberapa anugerah kebanggaan penduduk Kampung Raga.Seorang ahli jawatankuasa JKKK menerangkan,… “Homestay ini diberi bantuanpenuh Jabatan Pertanian, diberi peruntukan untuk baikpulih bilik, bilik air,diberi modal untuk baiki. UPEN beri khidmat nasihat di samping Jabatan

Page 21: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

97Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan Komuniti

Pertanian membuat pemantauan”. Program homestay Kampung Raga telahmembawa faedah ekonomi kepada penduduknya. Pendapatan yang dijanadaripada program tersebut dikongsi bersama oleh penduduk. Tanda-tandapeningkatan yang diperolehi melalui pendapatan tersebut dapat dilihat disekeliling kampung melalui pembaikian rumah menjadi lebih cantik dan selesa,peningkatan dalam infrastruktur sejak program ini bermula dan kepuasanpenduduk-penduduk kampung apabila menerima sumbangan daripada tabungJKKK bagi membantu mereka dalam hal pendidikan anak-anak dan pelbagai halkekeluargaan.

Program homestay ini berjaya meningkatkan pengiktirafan masyarakat luartentang keunikan dan nilai-nilai kebudayaan di kampung tersebut, sumber-sumbersemulajadinya dan pengetahuan mereka tentang tradisi turun-temurun. KampungRaga mungkin boleh dikategorikan sebagai kampung yang paling baik dalamkonteks pelancongan luar bandar. Program tersebut juga berjaya membuka mindapenduduk untuk mencari peluang latihan bagi meningkatkan pengetahuan merekatentang pelancongan, pengurusan sumber dan operasi homestay sebagaimanayang dijelaskan oleh salah seorang daripada hos, “… kami diberi kursus olehagensi-agensi pelancongan di perkampungan homestay atau di hotel-hotel… beberapa ahli diberi peluang menghadiri taklimat pengurusan berkenaanhomestay di Seri Malaysia di bawah penerangan UPEN Kedah.” Peluang untukpenduduk mengambil bahagian dalam pengaturcaraan dan pengoperasianprogram homestay telah mengubah sikap dan tindakan mereka daripada bersifatpasif kepada bersifat proaktif. Faktor ini telah membantu mereka meningkatkankeyakinan diri. Apabila penduduk bekerja bersama untuk mewujud danmenjayakan program homestay, mereka juga telah meningkatkan keutuhan dankesepaduan di dalam komuniti tersebut.

RUMUSAN

Dalam penyelidikan yang telah dijalankan tumpunya adalah kepada memahamipenglibatan ahli komuniti di dalam dua buah program homestay di Kedah. Bagikedua-dua komuniti kampung yang dikaji, program homestay adalah antarabeberapa strategi yang diambil untuk mencapai objektif yang bercirikanpembangunan. Dalam program homestay ini, hos homestay tidak beroperasisecara individu tetapi mereka bekerjasama untuk membangunkan, memasarkandan melaksanakan program tersebut.

Kajian yang dijalankan mendapati bahawa program homestay yangdimajukan sebagai projek komuniti berkeupayaan menjana faedah pentingsebagaimana projek komuniti yang lain. Apabila dibandingkan dengan produkpelancongan dan pakej lawatan yang mensasarkan pasaran massa, programhomestay ini berupaya menarik minat pelancong yang mempunyai minat tertentu(special interest tourist), lebih-lebih lagi pelancong yang berminat mempelajari

Page 22: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

98 Akademika 67

tentang kebudayaan dan kehidupan masyarakat tempatan semasa melancong.Program homestay lazimnya berskala kecil dan mampu dikawal sendiri oleh ahlikomuniti sesebuah kampung yang terlibat. Program ini juga membolehkanpenduduk tempatan berkongsi faedah pelancongan, yang seterusnya dapatmemperkasakan mereka dalam aspek ekonomi, sosial, psikologi dan politik.Faedah yang dapat dijana oleh projek homestay menjadikan produk pelanconganini berpotensi membantu usaha kerajaan memajukan jenis kegiatan pelanconganyang tidak menggugat alam sekitar dan keadaan sosial penduduk.

Walau bagaimanapun, kajian mendapati program homestay berasaskankomuniti ini memerlukan penyertaan, sokongan, dan kesanggupan ahli-ahlikomuniti bagi memastikan program homestay dapat dikekalkan. Kajian-kajianterdahulu ada mendedahkan kekangan yang dihadapi penduduk dalam prosesmenyertai pembangunan pelancongan di negara-negara membangun. Kekanganyang dihadapi ini termasuklah yang berkaitan dengan pemusatan pentadbiranawam dalam pelancongan (centralized); ketidaksanggupan mengagihkan kuasadan sumber; kurangnya kepakaran di kalangan peserta dalam perancanganpelancongan; kapasiti ahli-ahli komuniti yang terhad kerana keadaan kewanganyang lemah dan tahap kesedaran yang rendah tentang kepentingan penglibatanmereka; atau sama ada mereka dibenarkan untuk menyertainya atau pun tidak(Timothy 1999, Tosun 2000).

Beberapa kekangan tersebut juga didapati wujud dalam program homestayyang dikaji. Komuniti mempunyai kawalan terhadap pembangunan keranakejayaan program yang dilaksanakan adalah bergantung pada mereka, danbukannya bergantung pada pentadbiran pelancongan pusat. Kajian jugamendapati bahawa pengetahuan tentang operasi homestay dikongsi dandisebarkan kepada ahli-ahli komuniti. Dengan itu, isu kekangan berkaitankurangnya pengetahuan mengenai homestay dapat dikurangkan.

Program homestay juga membuka peluang yang tidak sama untuk penduduktempatan melibatkan diri dan memperolehi faedah serta peluang ekonomidaripadanya. Oleh kerana itu, seluruh ahli komuniti perlu diperkasakan dan bukansemata-mata perintisnya atau pengerusi jawatankuasa supaya keupayaan setiapahli untuk menyertai dan menguruskan program dapat dipertingkatkan. Setakatini, idea tentang perancangan, pengurusan aktiviti pelawat, pemasaran dankewangan masih lagi diterajui oleh pemimpin program, perintis ataupun pengerusijawatankuasa. Walaupun, ketua atau pemimpin program tidak perlu merujukkepada kelulusan ahli-ahli komuniti yang lain, tanggungjawab untukmenguruskan program terletak di bahunya seorang kerana beliau mempunyaidorongan yang paling kuat, sebagaimana dalam kes Program Homestay diKampung Relau. Ahli-ahli lain perlu mempelajari daripada pemimpin programdan perlu berfikir untuk menjayakan program yang sememangnya bergantungkepada usaha menguruskan bekalan (pengalaman homestay yang berkualiti,juga perkhidmatan dan kemudahan homestay yang berkualiti) dan permintaan(kualiti dan kuantiti tetamu).

Page 23: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

99Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan Komuniti

Dapatan kajian ini berguna bagi menerangkan penglibatan penduduk dalamprogram homestay yang dikaji. Boleh disimpulkan daripada kajian ini bahawapenglibatan mempunyai kaitan dengan motivasi dan dorongan komuniti untukmelibatkan diri; kawalan yang mereka miliki untuk membuat keputusan dan agihanfaedah; dan keupayaan mereka untuk menyertai atau mengawal (rujuk Rajah 2).

RAJAH 2. Model untuk memahami penglibatan komuniti dalam program homestayyang dikaji

Keperluan

Kesedaranmengenai program

Personaliti

Ideologi

Kepercayaan

Desakankerajaan

Keupayaan

Tahap kawalan

Tahap penglibatanahli komuniti

Motivasi

Motivasi dan dorongan penduduk mungkin boleh dijelaskan dengan adanyakesedaran penduduk tentang faedah program sedemikian kepada mereka dankeseluruhan komuniti, keperluan penduduk (seperti keperluan untuk pendapatantambahan, pembangunan diri, untuk memainkan peranan dalam pembangunankomuniti, menjadi sebahagian daripada masyarakat, supaya dihormati, untukmengekalkan kesepaduan antara penduduk, dan mengekalkan tradisi), personalitipenduduk (sama ada mereka pasif ataupun proaktif), ideologi (kecenderungandalam politik dan sokongan kepada corak pemerintahan), dan desakan kerajaan.Kemampuan penduduk untuk melibatkan diri dan untuk mempunyai kawalandalam membuat keputusan, juga dipengaruhi oleh kemahiran dan modal yangmereka miliki. Kemampuan ini memberi kesan ke atas kawalan terhadap programdan penglibatan mereka. Hasil kajian juga mendapati penduduk menyertaiprogram ini kerana mereka merasakan bahawa projek itu adalah kepunyaan merekadan merekalah yang mengawalnya. Ahli-ahli bersama-sama membuat keputusantentang perancangan dan operasi yang bakal dijalankan. Faktor inilah yangmendorong mereka menyertai program tersebut.

Page 24: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

100 Akademika 67

Penyelidikan ini juga mendapati bahawa penyertaan para penduduk dalamprogram berasaskan komuniti dapat memperkasakan diri mereka, seperti yangdikatakan oleh Scheyvens (1999). Dalam konteks kajian ini, boleh dirumuskanbahawa keperkasaan membawa maksud pengembangan kapasiti atau upaya yangdilihat sebagai memainkan dua peranan, iaitu sebagai pendorong untuk pendudukmelibatkan diri dan juga sebagai hasil penyertaan mereka.

Terdapat beberapa implikasi rumusan ini. Penduduk perlu diberi peluanguntuk melibatkan diri melalui pembangunan kapasiti. Bermakna projek berasaskankomuniti perlu mengandungi program kesedaran agar ahli komuniti dapat dididiktentang projek dan sekaligus mendorong mereka menyertainya. Programkesedaran ini mungkin perlukan ahli-ahli komuniti mempelajari jenis kemahiranyang diperlukan untuk penglibatan mereka dan bagaimana projek dapatmenawarkan kemahiran yang diperlukan. Mereka juga perlu tahu potensi faedahyang penting yang akan diperolehi daripada projek tersebut.

Kajian ini menimbulkan lebih banyak soalan tentang faktor-faktor yang dapatmenerangkan penyertaan ahli komuniti dalam pembangunan pelanconganberasaskan komuniti. Kajian selanjutnya harus dibuat supaya dapat lebihmemahami kesan sebenar yang dihasilkan oleh program homestay ini. Walaupunkajian yang telah dilakukan ini tidak menjurus kepada mengkaji kesan dan perananprogram homestay, namun hasil kajian mendapati sukar menentukan sama adaprogram homestay yang dilaksanakan benar-benar memberi faedah dan pulanganyang dihebahkan oleh mereka yang menyokong program ini. Penduduk di kedua-dua buah kampung yang dikaji adalah terdiri daripada orang Melayu yangmengamalkan adab cakap berlapis. Kesan yang dihasilkan oleh program inimungkin berbeza di kalangan ahli komuniti yang mungkin terbahagi mengikutsentimen yang mereka pegang.

Penyelidikan di masa akan datang mungkin memerlukan pendekatantriangulation bagi meningkatkan kesahihan hasil kajian. Kaedah kualitatif perludisokong dengan kaedah kuantitatif dan persampelan yang lebih luas perludiambil untuk menguji dan mengenalpasti interaksi antara pembolehubah sepertimotivasi, kawalan, kapasiti dan jenis penglibatan. Kajian berkaitan projekpembangunan pelancongan berasaskan komuniti selain homestay di negara-negara yang sedang membangun perlu dijalankan untuk menerangkanpenglibatan komuniti dalam projek sedemikian.

RUJUKAN

Anna Maria Samsudin. 2004. Homestay Income in Billions of Ringgit. New Straits Times,5 September: 19.

Bilinski, R. 1969. The Problem of Participation in Community Development. In L.T.Wallace, D. Hobbs, and R.D. Vlasin (eds). Selected Perspectives for CommunityResource Development. Raleigh, North Carolina: Agricultural Policy Institute, NorthCarolina State University.

Page 25: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

101Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan Komuniti

Burns, P. and Sancho, M.M. 2003. Locals Perceptions of Tourism Planning: The Case ofCuellar, Spain. Tourism Management. 24: 331-339.

Cole, G.A. 1995. Organizational Behavior. London: DP Publications Ltd.Fallon, L.D. and Kriwoken, L.K. 2003. Community Involvement in Tourism Infrastructure

- The Case of the Strahan Visitor Centre, Tasmania. Tourism Management. 24: 289- 308.

Getz, D. 1986. Models in Tourism Planning. Tourism Management. 7(1): 21 - 32.Kadir Din. 1997. Tourism Development: Still in Search of a More Equitable Mode of

Local Involvement?. In C. Cooper and S. Wanhill (eds). Tourism Development:Environmental and Community Issues. New York: John Wiley & Sons.

Kalsom Kayat. 2005. Perbualan Bersama Tuan Haji Shariman Hamdan.Kamaruddin Siaraf. 2002. Program Pembangunan Pelancongan Lestari. Paper presented

at the Seminar Keusahawanan dan Pelancongan, Langkawi.Kayat, K. 2000. Power Through Tourism: A Blessing on Mahsuri’s Eighth Generation in

Langkawi? Unpublished dissertation. East Lansing, Michigan: Michigan StateUniversity.

McIntyre, G. 1993. Sustainable Tourism Development: Guide for Local Planners. Madrid:World Tourism Organization.

Mitchell, R.E. and Reid, D.G. 2001. Community Integrating: Island Tourism in Peru.Annals of Tourism Research. 28(1): 113-139.

Mowforth, M. and Munt, I. 1998. Tourism and Sustainability: New Tourism in the ThirdWorld. London: Routledge.

Murphy, P.E. 1985. Tourism: A Community Approach. London: Methuen.Pratiwi, S. 1999. Understanding Local Community Participation in Ecotourism

Development: A Critical Analysis of Select Published Literature. UnpublishedMasters Thesis. East Lansing: Michigan State University.

Pretty, J. 1995. Regenerating Agriculture: Policies and Practices to Sustainability andSelf Reliance. London: Earthscan.

Rahnema, M. 1992. Participation. In W. Sachs (ed). The Development Dictionary: AGuide to Knowledge as Power. London: Zed Books Ltd.

Rees, W.E. 1989. Defining Sustainable Development. CHS Research Bulletin. May (3).University of British Columbia.

Scheyvens, R. 1999. Ecotourism and Empowerment of Local Community. TourismManagement. 20: 245-249.

Timothy, D. 1999. Participatory Planning: A View of Tourism in Indonesia. Annals ofTourism Research. 26(2): 371-391.

Tosun, C. 2000. Limit to Community Participation in the Tourism Development Processin Developing Countries. Tourism Management. 21: 613-633.

Wanhill, S. 1997. Introduction - Tourism Development and Sustainability. In C. Cooperand S. Wanhill (eds). Tourism Development: Environmental and Community Issues.New York: John Wiley & Sons.

Kalsom Kayat, PhDFakulti Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam SekitarUniversiti Utara Malaysia06010 SintokKedah Darul Aman.

Page 26: Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan ... · dikatakan sebagai satu cara untuk memanipulasi penduduk tempatan supaya mereka menerima program-program kerajaan, yang memenuhi

102 Akademika 67

Nor Ashikin Mohd NorFakulti Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam SekitarUniversiti Utara Malaysia06010 SintokKedah Darul Aman.