9
Pengenalan Pengesanan, Diagnosis dan Penilaian Kanak-Kanak Khas ialah subjek yang menekankan aspek pengesanan ketidakupayaan kanak-kanak. Pengesanan ini dibuat pada kanak-kanak sebelum lahir, selepas lahir dan sepanjang hayat hidup kanak-kanak tersebut. Ini adalah kerana untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya terhadap kanak-kanak tersebut bagi mengatasi masalah ketidakupayaan mereka. Model –model Penilaian Kanak-kanak Khas dan Langkah-langkah dalam Proses Peniliain kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Dalam hal ini, penilaian terhadap kanak-kanak berkeperluan khas perlulah menekankan semua aspek dalam menilai mereka. Aspek-aspek perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh perlu diberi perhatian yang sewajarnya supaya penilaian yang dibuat tepat dan boleh dipercayai. Kanak-kanak berkeperluan khas khususnya kanak-kanak yang mengalami ketidakupayan adalah insan yang amat dahagakan kasih sayang dan rawatan. Oleh yang demikian, penilai atau guru perlulah peka serta menilai mereka dari segala aspek emosi dan tingkah laku kanak-kanak tersebut. Dengan itu peratusan kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan serius atau tidak dapat dikurangkan. Aspek-aspek yang akan dikupas dan diberi penekanan dalam penilaian kanak-kanak berkeperluan khas ialah genetik, pengalaman masa lepas, psikologi, pendidikan, emosi, persekitaran dan tingkah laku kanak- kanak yang dinilai. Dengan itu, langkah-langkah yang sewajarnya dapat diambil oleh penilai atau guru terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Objektif Penilai atau guru perlulah mempunyai objektif atau target dalam menilai kanak-kanak berkeperluan khas ini. Antara objektif dalam menilai kanak-kanak berkeperluan khas ini adalah ; Mengesan ketidakupayaan yang dihadapi kanak-kanak terbabait. Dengan melakukan penilaian ke atas kanak-kanak terbabit, guru atau penilai dapat membuat laporan mengenai ketidakupayaan kanak-kanak itu. seterusnya merujuk kepada yang pakar seperti doktor untuk mengesahkan ketidakupayaan mereka. Memberi rawatan yang sewajarnya tehadap ketidakupayaan kanak-kanak terbabit. Selepas pakar atau doktor mengesahkan jenis ketidakupayan kanak-kanak itu, ubat dan rawatan dapat diberikan dan dijalankan bagi mengatasi dan menghalang lebih teruk ketidakupayan itu. Meningkatkan perkembangan yang sihat bagi kanak-kanak berkeperluaan khas ini. Kanak-kanak berkeperluan khas ini dapat dibentuk dan dibantu meningkatkan lagi perkembangan kognitif dan tingkah laku mereka kearah yang lebih positif. Pengenalan Penilaian adalah salah satu komponen yang sangat penting dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat pelbagai teori berhubung dengan keperluan dan kepentingan proses penilaian terhadap kanak-kanak khususnya kanak-kanak khas. Guru dan penilai perlu mengetahui serta memahami teori-teori ini sebelim membuat penilaian terhadap kanak-kanak tersebut. Dengan ini, penilai dan guru dapat menggunakan pendekatan yang sesuai dengan penilaian yang ingin dilakukan. Bagi mendapatkan output yang berkesan dan dipercayai, aspek-aspek perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh perlu diberi perhatian yang penuh dan teliti. Langkah-langkah yang teratur dan rujukan yang terdiri daripada pelbagai bidang dan kepakaran perlu diikuti oleh penilai. Dalam proses penilaian, model- model penilaian perlu lah di ambil berat dan dipertimbangkan oleh semua pihak. Terdapat enam model penilaian kanak-kanak khas iaitu Model Biogenik, Model Psikodinamik, Model Psikopendidikan, Model Humanistik, Model Ekologi dan Model Tingkah laku. Dalam melakukan penilaian,kesemua model ini perlu diambil kira serta penilaian adlah berdasarkan keenam-enam model ini. Model Biogenik Model biogenik ini merujuk kepada faktor genetik dan perubatan terhadap perkembangan kanak- kanak. Selain itu, ianya juga merujuk kepada kesan genetik ke atas ketidakupayaan yang dimiliki oleh seorang kanak-kanak. Ketidakupayaan mental yang dipanggil ’Phenyketonuria’ merupakan kesan kekurangan enzim yang diperlukan untuk memproses protein di dalam badan. Dengan itu, berlakunya pembentukan sejenis asid yang dipanggil asid phenypuric yang boleh merosakkan saraf-saraf otak. Bayi yang lahir pramatang

penilaian.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Pengenalan

Pengesanan, Diagnosis dan Penilaian Kanak-Kanak Khas ialah subjek yang menekankan aspek pengesanan ketidakupayaan

kanak-kanak. Pengesanan ini dibuat pada kanak-kanak sebelum lahir, selepas lahir dan sepanjang hayat hidup kanak-kanak tersebut. Ini

adalah kerana untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya terhadap kanak-kanak tersebut bagi mengatasi masalah ketidakupayaan

mereka.

Model –model Penilaian Kanak-kanak Khas dan Langkah-langkah dalam Proses Peniliain kanak-Kanak Berkeperluan Khas.

Dalam hal ini, penilaian terhadap kanak-kanak berkeperluan khas perlulah menekankan semua aspek dalam menilai mereka. Aspek-aspek

perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh perlu diberi perhatian yang sewajarnya supaya penilaian yang dibuat tepat dan boleh

dipercayai.

Kanak-kanak berkeperluan khas khususnya kanak-kanak yang mengalami ketidakupayan adalah insan yang amat dahagakan

kasih sayang dan rawatan. Oleh yang demikian, penilai atau guru perlulah peka serta menilai mereka dari segala aspek emosi dan tingkah

laku kanak-kanak tersebut. Dengan itu peratusan kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan serius atau tidak dapat dikurangkan.

Aspek-aspek yang akan dikupas dan diberi penekanan dalam penilaian kanak-kanak berkeperluan khas ialah genetik,

pengalaman masa lepas, psikologi, pendidikan, emosi, persekitaran dan tingkah laku kanak-kanak yang dinilai. Dengan itu, langkah-langkah

yang sewajarnya dapat diambil oleh penilai atau guru terhadap kanak-kanak berkeperluan khas.

Objektif

Penilai atau guru perlulah mempunyai objektif atau target dalam menilai kanak-kanak berkeperluan khas ini. Antara objektif dalam

menilai kanak-kanak berkeperluan khas ini adalah ;

         Mengesan ketidakupayaan yang dihadapi kanak-kanak terbabait.

  Dengan melakukan penilaian ke atas kanak-kanak terbabit, guru atau penilai dapat membuat laporan mengenai ketidakupayaan kanak-kanak

itu. seterusnya merujuk kepada yang pakar seperti doktor untuk mengesahkan ketidakupayaan mereka.

         Memberi rawatan yang sewajarnya tehadap ketidakupayaan kanak-kanak terbabit.

  Selepas pakar atau doktor mengesahkan jenis ketidakupayan kanak-kanak itu, ubat dan rawatan dapat diberikan dan dijalankan bagi

mengatasi dan menghalang lebih teruk ketidakupayan itu.

         Meningkatkan perkembangan yang sihat bagi kanak-kanak berkeperluaan khas ini.

  Kanak-kanak berkeperluan khas ini dapat dibentuk dan dibantu meningkatkan lagi perkembangan kognitif dan tingkah laku mereka kearah yang

lebih positif.

Pengenalan

Penilaian adalah salah satu komponen yang sangat penting dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak

berkeperluan khas. Terdapat pelbagai teori berhubung dengan keperluan dan kepentingan proses penilaian terhadap kanak-kanak

khususnya kanak-kanak khas. Guru dan penilai perlu mengetahui serta memahami teori-teori ini sebelim membuat penilaian terhadap

kanak-kanak tersebut. Dengan ini, penilai dan guru dapat menggunakan pendekatan yang sesuai dengan penilaian yang ingin dilakukan.

Bagi mendapatkan output yang berkesan dan dipercayai, aspek-aspek perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh perlu diberi

perhatian yang penuh dan teliti.

Langkah-langkah yang teratur dan rujukan yang terdiri daripada pelbagai bidang dan kepakaran perlu diikuti oleh penilai. Dalam

proses penilaian, model- model penilaian perlu lah di ambil berat dan dipertimbangkan oleh semua pihak. Terdapat enam model penilaian

kanak-kanak khas iaitu Model Biogenik, Model Psikodinamik, Model Psikopendidikan, Model Humanistik, Model Ekologi dan Model Tingkah

laku. Dalam melakukan penilaian,kesemua model ini perlu diambil kira serta penilaian adlah berdasarkan keenam-enam model ini.

Model Biogenik

Model biogenik ini merujuk kepada faktor genetik dan perubatan terhadap perkembangan kanak-kanak. Selain itu, ianya juga

merujuk kepada kesan genetik ke atas ketidakupayaan yang dimiliki oleh seorang kanak-kanak. Ketidakupayaan mental yang dipanggil

’Phenyketonuria’ merupakan kesan kekurangan enzim yang diperlukan untuk memproses protein di dalam badan. Dengan itu, berlakunya

pembentukan sejenis asid yang dipanggil asid phenypuric yang boleh merosakkan saraf-saraf otak. Bayi yang lahir pramatang juga

mempunyai risiko ketidakupayan mental mahupun ketidakupayaan fizikal. Ini adalh kerana bayi yang songsang ketika dilahirkan.

Ketidakupayaan ini dapat dikawal jika pengesanan dibuat lebih awal. Kebiasaannya pakar kanak-kanak atau psikiatris akan

memberikan ubat yang tertentu untuk dimakan bagi mengawal tingkah laku kanak-kanak tersebut. Kandungan asid dalam diet yang

diberikan kepada kanak-kanak tersebut haruslah rendah. Pengambilan makanan seperti jeruk dan minuman berkarbonat perlulah dielakkan.

Model ini juga menekankan aspek penjagaan makanan kesihatan yang baik bagi bakal ibu, ibu itu sendiri dan juga bayi di dalam kandungan.

Dalam aspek penilaian kanak-kanak, guru ataupun penilai perlu mengumpul maklumat berkaitan sejarah dan rekod kesihatan

keluarga kanak-kanak terbabit. Hal ini penting bagi mengesan ketidakupayaan yang mungkin berkaitan dengan genetik. Melalui rekod

kesihatan ini memudahkan penilai mengesan jenis-jenis ubat yang pernah dan sedang diambil oleh kanak-kanak berkenaan.

Model psikodinamik

Model ini menyatakan bahawa perkembangan dan ketidakupayaan seseorang kanak-kanak itu berkait rapat dengan pengalaman

masa lepas. Sebagai contoh jika seseorang ibu itu sedang hamil dan dia mengalami tekanan yang teruk, boleh memberi kesan kepada bayi

yang dikandung. Bayi yang dilahirkan itu mungkin akan mengalami tahap kemurungan yang tinggi. Ini adalah kerana otak kita mempunyai

tiga bahagian iaitu bahagian sedar, bahagian separa sedar dan bahagian tidak sedar. Bahagian yang tidak sedar ini mempunyai tahap

pengaruh terhadap diri kanak-kanak yang tinggi berbanding bahagian yang lain. Masa lampau mempengaruhi perkembangan dan

ketidakupayaan terhadap masa hadapan kanak-kanak terbabit.

Aspek penting yang ditekankan dalam model ini ialah pengalaman masa lalu dalam hidup seorang kanak-kanak kan

mempengaruhi pembelajaran dan tugas-tugas perkembangannya. Oleh yang demikian penilai haruslah bertanyakan soalah berkaitan

pengalaman lalu dan juga latar belakang kanak-kanak terbabit semasa melakukan penilaian. Maklumat ini boleh didapati daripada mereka

yang rapat dengan kanak-kanak tersebut sama ada ibu bapa, penjaga atau pun pengasuh mereka.

Semasa penilaian dilakukan, interaksi aktif diantara penilai dan kanak-kanak yang dinilai amat penting. Sebagai contoh, ketika

kanak-kanak yang dinilai itu sedang menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan yang diberikan. Penilai dapat memberikan idea terhadap

apa yang sedang dibuat mereka dan di samping itu bertanyakan kanak-kanak itu apa yang sedang mereka fikirkan ketika menyelesaikan

masalah itu. Hal ini penting kerana ketidakupayaan kanak-kanak itu untuk menjalankan fungsi yang normal mungkin ada kaitan dengan

pengalaman lalu dalam sejarah hidupnya. Selain itu, kanak-kanak yang pernah terjatuh dan mengalami kesakitan atau dia mungkin telah

dimarahi oleh ahli keluarganya kerana ketidakupayaan itu. Oleh yang demikian, Bigge dan Stump (1999) bersetuju bahawa model ini

merupakan satu contoh pendekatan konstruktivis iaitu satu pendekatan yang boleh membina keyakinan diri kanak-kanak.

Manakala dalam Model Penilaian Psikodinamik Fueerstein’s (1979), penilai berinteraksi dengan kanak-kanak melalui proses

meditasi. Ini menunjukkan bahawa apa yang berlaku di dalam minda seseorang adalah sangat penting dan perlu diberi pertimbangan. Ini

kerana perkara yang berlaku dalam minda kanak-kanak itu mungkin merupakan pengalaman yang pernah atau sedang dilaluinya. Antara

tindakan yang boleh diambil bagi mengatasi dan mengawal ketidakupayaan kanak-kanak tersebut ialah psikoterapi. Dengan ini dapat

menyembuhkan emosi dan keyakinan diri kanak-kanak itu dalam untuk berhadapan dengan pengalaman masa lalu itu dan cuba untuk

mengatasinya.

Model Psikopendidikan

Model Psikopendidikan menyatakan bahawa bidang psikologi tidak boleh dipisahkan daripada bidang pendidikan. Psikologi dalam

pendidikan amat penting bagi membantu guru untuk memahami tugas-tugas dan tahap perkembangan kanak-kanak di bawah jagaanya.

Perkembangan yang lazimnya dinilai dalam aspek pendidikan ialah perkembangan kognitif, emosi dan sosial. Setiap masalah tingkah laku

dan masalah pembelajaran yang berkaitan dengan aspek-aspek tersebut memerlukan pendekatan psikologi sebagai langkah penyelesaian.

Oleh yang demikian, model ini menekankan pemilihan bahan pembelajaran atau alat bantu mengajar (ABM) dan teknik

pengajaran yang sesuai dengan tahap keupayaan perkembangan kanak-kanak. Antara contoh alat bantu mengajar adalah yang boleh

disentuh, dilihat dan dirasai oleh kanak-kanak. Dengan penggunaan deria yang maksimum akan meningkatkan pengetahuan yang

bermakna bagi mereka. Selain itu, model ini juga menekankan aspek fizikal bilik darjah atau bilik tadika yang selesa seperti mempunyai

pencahayaan dan pengudaraan yang baik dan sempurna. Penerimaan oksigen yang mencukupi dapat meningkatkan lagi perkembangan

kognitif kanak-kanak tersebut.

Semasa penilaian dilakukan terhadap kanak-kanak ini, guru atau penilai perlu mengumpul maklumat yang berkaitan dengan

ketidakupayaan mental, emosi dan sosial kanak-kanak tersebut. Sebagai contoh, guru boleh membuat penilaian adakah kanak-kanak

tersebut akan menangis atau merajuk ketika melakukan sesuatu aktiviti seperti pengelasan diantara binatang peliharan dengan binatang liar.

Disamping itu juga penilai haruslah meletakkan harapan yang realistik terhadap tahap perkembangan dan tahap pencapaian kanak-kanak.

Ini kerana jika guru atau penilai meletakkan harapan yang tidak realistik terhadap kanak-kanak tersebut, ianya boleh menimbulkan konflik

dan tekanan dalam diri kanak-kanak (Asas Psikologi Perkembangan, 1994).

Sokongan merupakan motivasi yang penting dalam model ini. Misalnya, kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan emosi

perlu dibawa berbincang mengenai masalah tersebut. Ini kerana mungkin ada faktor psikologi yang mendorong kepada ketidakupayaan

tersebut. Kaedah ini dinamakan perbincangan teraputik iaitu perbincangan terapi atau kaunseling.

Model Humanistik

Model ini menekankan aspek emosi. Setiap manusia mempunyai emosi tersendiri tidak kira sempurna atau tidak berkeupayaan.

Perkembangan emosi adalah sangat penting sebagai asas kepada perkembangan kognitif dan sosial. Terdapat dua jenis emosi iaitu emosi

yang sihat dan emosi yang tidak sihat. Emosi yang sihat seperti gembira, tenang dan harmoni merupakan unsur yang penting sebelum

kanak-kanak itu bersedia untuk mempelajari sesuatu.

Guru atau penilai harus bersedia untuk melayan karenah kanak-kanak serta mendengar pendapat mereka. Dengan ini kanak-

kanak akan rasa lebih dihormati dan dihargai sebagai individu. Sebagai guru, kita hendaklah menerima segala kekurangan dan kelebihan

kanak-kanak di bawah tanggungjawab kita secara adil dan tanpa ada pilih kasih di antara mereka. Penerimaan orang sekeliling kanak-kanak

tersebut seperti ibu bapa, pengasuh, jiran, guru dan masyarakat sekitarnya amat penting dalam membantu kanak-kanak mencapai tahap

perkembangan yang sihat.

Pengesanan di peringkat yang lebih awal boleh mengurangkan risiko untuk mendapat sesuatu ketidakupayaan serta membantu

kanak-kanak tersebut mengatasi ketidakupayaan yang dimilikinya dengan lebih cepat. Menurut Roger (1956), manusia mempunyai

kebebasan untuk memahami diri, mempengaruhi dan mengawal perlakuannya. Maka model ini mengutamakan kaedah pembelajaran yang

dapat membantu kanak-kanak memahami dan menerima ketidakupayaan dirinya supaya dapat mencapai perkembangan diri sepenuhnya.

Ini juga berkaitan dengan Teori Konsep Kendiri yang dipelopori oleh Roger (1951). Tingkah laku yang memberi kejayaan dan kepuasan diri

akan diulang dan ianya dapat meningkatkan kosep kendiri dan juga penerimaan kendiri kanak-kanak itu.

Dari segi perspektif Humanistik, manusia sentiasa aktif dan bukan menunggu untuk dirancang atau diarah oleh orang lain. Dalam

hal ini kanak-kanak juga perlu diberi peluang untuk berjaya. Sebagai contoh jika seorang kanak hiperaktif telah menunjukkan tingkah laku

yang baik iaitu dapat melukis dengan baik tanpa mengganggu orang lain, kanak-kanak itu harus diberi pujian supaya dia boleh merasai satu

kejayaan dan cuba untuk mengulangi tingkah laku sedemikian. Pengalaman seperti ini akan membantu kanak-kanak menjadi peka kepada

alam sekitarnya dan bermotivasi untuk mencapai kepuasan diri. Manakala dari aspek penilaian pula, guru atau penilai harus mengenalpasti

status emosi kanak-kanak terbabit. Dengan itu guru atau penilai dapat mengesan punca wujudnya emosi yang sedemikian.

Model Ekologi

Model ini merujuk kepada interaksi manusia dengan persekitarannya. Samson (1985) pernah menyebut bahawa ketidakupayaan

seperti cacat mental bukanlah sesuatu sifat yang dimiliki oleh seseorang itu secara individu sebaliknya ia dipengaruhi oleh nilai dan

kepercayaan masyarakat di sekelilingnya.

Persekitaran sosial kanak-kanak boleh mempengaruhi keupayaan dan ketidakupayaan kanak-kanak itu. Sebagai contoh, kanak-kanak

yang menghidapi ketidakupayaan ’cerebral palsy’ yang pada masa kini selesa menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Tetapi dua puluh

atau tiga puluh tahun dahulu, mungkin kebanyakkan daripada penghidap ketidakupayaan ini akan tersingkir jauh daripada masyarakat

malah mungkin juga berisiko untuk berhadapan dengan kematiaan. Ini kerana faktor nilai dan faktor budaya sains dan teknologi

masyarakat.model ini juga menyarankan intervensi awal bagi kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan tertentu. Terdapat dua tujuan

asas bagi model panilaian ini iaitu ;

a)    Mengumpul maklumat yang berkaitan dengan senario pendidikan, sosial dan budaya masyarakat setempat di mana kanak-kanak itu

membesar dan akan memberikan sumbangan kelak.

b)    Menentukan sumber-sumber dan sokongan yang diperlukan oleh kanak-kanak yang berkenaan iaitu yang tidak berkeupayaan untuk menjadi

sebahagian daripada individu yang berguna kepada diri dan masyarakat.

Model ini juga menyarankan agar setiap individu sama ada kanak-kanak atau dewasa memainkan peranan yang penting dalam

proses perkembangan seorang kanak-kanak.

Model Tingkah laku

Menurut Watson, tingkah laku manusia dipengaruhi oleh unsur rangsangan dari persekitaran dan bukan unsur-unsur dalaman

manusia. Beliau juga menegaskan bahawa tingkah laku seperti pemikiran dan emosi dipelajari melalui kebiasaan. Model tingkah laku ini

juga bemaksud bahawa tingkah laku manusia dibentuk dan disokong oleh proses peneguhan dan pengalaman yang dilaluinya. Selain itu,

model ini juga dikaitkan dengan proses penyelesaian masalah dan proses pembelajaran. Proses pembelajaran dengan kaedah cubajaya

dipercayai dapt membentuk dan mengekalkan sesuatu tingkah laku yang diingini.

Rangsangan merupakan input yang penting dalam pembentukan tingkah laku. Rangsangan dan gerak balas tersebut berlaku

melalui beberapa hukum seperti kesediaan dan peneguhan. Kesediaan ini bermaksud dari segi mental, emosi dan fizikal. Manakala

peneguhan ialah galakkan yang diberi kepada pencapaian yang dingini.  Satu lagi aspek yang penting menurut model ini ialah modifikasi

tingkah laku. Ini bermaksud tindakan yang segera oleh guru atau ibu bapa untuk memperbetulkan sesuatu tingkah laku kanak-kanak yang

dianggap kurang baik.

Penilaian yang dilakukan haruslah menyeluruh. Tingkah laku kanak-kanak itu semasa di dalam kelas, semasa sedang membuat

aktiviti, semasa bermain dan ketika mereka berada di rumah perlu diteliti dengan jelas. Maklumat boleh penilai dapati daripada ibu bapa,

pengasuh atau mereka yang rapat dengan kanak-kanak tersebut. Ada sesetengah kanak-kanak- nakal ketika berada diluar rumah atau di

tempat asing tetapi berkelakuan elok ketika berada di rumah. Model panilaian ini penting untuk mencari penyelesaian bagi tingkah laku yang

bermasalah.

PENGENALAN   PROSES   PENILAIAN   KANAK-KANAK   BERKEPERLUAN   KHAS

Perkembangan  setiap  individu  adalah  berbeza  antara  satu  sama  lain.  Begitu  juga  halnya  dengan  perkembangan  kanak-

kanak  berkeperluan  khas.  Seperti  mana  yang  diketahui,  kanak-kanak  ini  mempunyai  kekurangan  dari  segi  fizikal  dan  kognitif   

sehingga  menyebabkan  tahap  perkembangan  mereka  sangat  lambat  berbanding  dengan  kanak-kanak  normal. Oleh  itu,  satu  proses 

penilaian  harus  dijalankan  bagi  memastikan  ketidakupayaan  mereka  dapat  dikesan  seawal mungkin  agar  perkembangan  mereka 

tidak  terbantut  ataupun  terlewat  dari  segi  umur  kronologi  mereka. Jika  proses  penilaian  ini  tidak  dijalankan  pada  peringkat  awal, 

ketidakupayaan  yang  dialami  oleh  kanak-kanak  tersebut  akan  mengambil  jangka  masa  yang  panjang  untuk  dikkembangkan  dari 

segi  sosial,  mental,  bahasa,  komunikasi  dan  pertuturan,  motor  serta  jagaan  diri. 

Proses  penilaian  ini  terdiri  daripada  empat  langkah,  iaitu:

  Penilaian  pengesanan

  Penilaian  diagnostik

  Penilaian  perkembangan

  Penilaian  pencapaian 

Semua  langkah  dalam  proses  penilaian  ini  bukan  hanya  berdasarkan  pandangan  sebelah  pihak  sahaja,  tetapi 

melibatkan  pelbagai  peringkat  masyarakat.  Ibu  bapa,  guru  prasekolah  dan  guru  pendidikan  khas,  pakar-pakar  psikologi,  pakar-

pakar  kanak-kanak  serta  pihak-pihak  lain  harus  memainkan  peranan  masing-masing  dan  bekerjasama  antara  satu  sama  lain. 

Selain  itu,  proses  penilaian  ini  juga  harus  dilakukan  secara  teratur  mengikut  urutan  langkah-langkah  yang  betul.  Hal  ini 

adalah  untuk  mendapatkan  keputusan  penilaian  yang  terbaik  untuk  masa  depan  kanak-kanak.  Selain  itu,  kanak-kanak  juga  dapat 

diberikan  perkhidmatan  serta  rawatan  yang  paling  sesuai  mengikut  potensi  diri  mereka  yang  dapat  dikembangkan.  Dengan 

adanya  penilaian  ini  juga,  maka  mereka  juga  boleh  mendapatkan  pendidikan  untuk  kehidupan  yang  lebih  bermakna. 

Secara  kesimpulannya,  kanak-kanak  berkeperluan  khas  mempunyai  hak  untuk  menjalani  hidup  seperti  mana  individu 

lain  di  dunia  ini.  Proses  penilaian  ini  sekurang-kurangnya  menjadi  satu  jalan  kepada  mereka  untuk  berbuat  demikian. 

PENILAIAN PENGESANAN

Penilaian  pengesanan  merupakan  langkah  paling  awal  dalam  proses  penilaian  kanak-kanak  khas.  Sesuai  dengan  nama 

penilaian  ini,  penilaian  pengesanan bertujuan untuk  mengesan simptom-simptom  yang  menunjukkan  ketidakupayaan  seseorang 

kanak-kanak. 

Penilaian  ini  merupakan  sebuah  penilaian  yang  tidak  formal.  Selain  itu  juga,  penilaian  ini  harus dilakukan  oleh  orang 

yang  rapat  dengan  kanak-kanak  terbabit  seperti  ibu bapa,  guru  atau  pengasuh  serta  dilakukan  di  tempat  kanak-kanak  meluangkan 

paling  banyak  masa  seperti  di  sekolah  dan  di  rumah.  Hal  ini  adalah  supaya  kanak-kanak  berasa  selesa  dengan persekitarannya 

dan  dapat menunjukkan  karakternya  yang  sebenar.  Kanak-kanak  juga  sering  kali  berasa  kekok  dan  janggal  apabila  berhadapan 

dengan  orang  yang  tidak  dikenalinya.  Jadi  adalah  sangat  penting  sekiranya  kanak-kanak  mampu  untuk  memberikan  respon 

mereka  yang  paling  ‘natural’  terhadap  penilai. 

Secara  lazimnnya,  ibu  bapa  kanak-kanak  yang  disyaki  mempunyai  ketidakupayaan  akan  memerhatikan  tingkah  laku 

anak-anak  mereka  di  rumah  dan  cuba  mengenalpasti  simptom-simptom  berkaitan.  Seterusnya,  mereka  akan  mencatatkan 

pemerhatian  tersebut  untuk  diserahkan  kepada  guru  prasekolah  kanak-kanak  terbabit.  Harus  diingati  bahawa  pemerhatian  ini 

bukan  sahaja  dilakukan  untuk  sehari  dua,  tetapi  untuk  tempoh  yang  panjang.  Sekurang-kurangnya  tiga  bulan  bagi  memastikan 

kesahihan  simptom  tersebut  adalah  benar-benar  simptom  ketidakupayaan.

Di  pihak  guru  pula,  penilaian  turut  dijalankan  secara  pemerhatian  namun  mengikut  cara-cara  yang  sudah  ditetapkan 

seperti  senarai  semak,  anekdot,  atau  catatan  berterusan.  Kebiasaannya,  kebanyakan  guru  menggunakan  senarai  semak  yang 

dihasilkan  mengikut  enam  model  pengesanan  ketidakupayaan  iaitu:

  Model  biogenik

  Model  psikodinamik

  Model  psikopendidikan

  Model  humanistik

  Model  ekologi

  Model  tingkah  laku

Terdapat  tiga  cara  untuk  membolehkan  kanak-kanak  khas  dikesan:

  Ibu  bapa  akan  dimaklumkan  oleh  pihak  sekolah  sekiranya  anak  mereka  menunjukkan  tingkahlaku  atau  pencapaian  serta  keputusan 

yang  tidak  seiring  dengan  rakan-rakannya  yang  lain.  Selain  pemakluman,  ibu  bapa  akan  turut  dibawa  berbincang  untuk 

mendapatkan  maklumat  tentang  tingkahlaku  anak  di  rumah.

  Guru  kelas  ataupun  mana-mana  guru  yang  mengajar  seseorang  kanak-kanak  dapat  mengenalpasti  masalah  atau  simptom 

mencurigakan  tentang  kanak-kanak  tersebut.

  Ibu  bapa  sendiri  tampil  ke  hadapan  dan  meminta  bantuan  pihak  sekolah  bagi  mengesan  masalah  anak-anak.  Hal  ini  terjadi  apabila 

ibubapa  dapat  merasakan  bahawa  anak-anak  merka  tidak  mengalami  perkembangan  sewajarnya  megikut  usia  kronologi  mereka 

seperti  mana  kanak-kanak  lain.  Di  sini,  pihak sekolah  harus  memberikan  kerjasama   terhadap  ibu  bapa  seperti  menerangkan 

tindakan  yang  boleh  diambil  terutamanya  bagi  ibubapa  yang  tiada  pendidikan.    

Dengan  adanya  penilaian  pengesanan,  kita  dapat  mengetahui  ketidakupayaan  kanak-kanak  pada  peringkat  yang  paling 

awal  sekaligus  dapat  menyediakan  rancangan  serta  persediaan  yang  sesuai  berdasarkan  keperluan  kanak-kanak  tersebut.  Selain 

itu,  kebolehan  serta  kelemahan  kanak-kanak  dapat  dikenal  pasti.  Oleh  itu,  kelemahan   ini  boleh  dimanipulasikan  agar  tidak 

menjadi  penghalang  kepada  perkembangan  kanak-kanak. 

Selepas  penilaian  ini  dijalankan,  semua  hasil  penilaian  akan  dikumpulkan  oleh  guru  agar  satu  laporan  yang lengkap 

dapat  dihasilkan.  Di  dalam  laporan  ini,  semua  maklumat  berkenaan  kanak-kanak  tersebut  akan  dimasukkan  dan  menjadi  rujukan 

bagi  pakar  apabila  ia  diserahkan  kepada  mereka.  Pakar  seterusnya  akan  mengaplikasikan  serta  menganalisis  data-data  tersebut 

dalam  langkah  penilaian  seterusnya,  iaitu  penilaian  diagnostik.

Laporan  penilaian  juga  boleh  disimpan  oleh  ibu  bapa  dan  pihak  sekolah  sebagai  rekod  kanak-kanak.  Jadi,  apabila 

kanak-kanak  berkenaan  berpindah  atau  meneruskan  persekolahan  di  sekolah  lain,  kanak-kanak  itu  tidak  perlu  menjalani  prosedur 

yang  sama  berulang  kali  sekaligus  memudahkan  semua  pihak  terutama  sekali  kanak-kanak  yang  melalui  penilaian.   

PENILAIAN   DIAGNOSTIK

Diagnostik  boleh  didefinasikan  sebagai  “discovery  and  identification  of  diseases  from  the  examination  of  symptoms”  ( 

School  Dictionary,2003  ).  Oleh  itu,  bolehlah  disimpulkan  bahawa  penilaian  ini  bermaksud  pengenalpastian  penyakit  atau 

ketidakupayaan  daripada  pemeriksaan  symptom  berkenaan. 

Penilaian  diagnostik  merupakan  satu  penilaian  yang  dilakukan  selepas  penilaian  pengesanan.  Berbeza  dengan  penilaian 

pengesanan  yang  dilakukan  secara  tidak  formal,  penilaian  diagnostik  pula  dilakukan  secara  formal  oleh  golongan  yang  bertauliah 

seperti  pakar  psikologi  kanak-kanak,  pakar  psikiatri  atau  pakar  kanak-kanak  (  peadetrician  ).

Penilaian  ini  dijalankan  berdasarkan  laporan  penilaian  pengesanan.  Pakar-pakar  yang  melakukan  penilaian  diagnostik 

akan  merujuk  kepada  laporan  tersebut  dan  menganalisisnya  dengan  lebih  mendalam  dan  komprehensif.  Selepas  selesai 

melakukan  penilaian  diagnostik,  pakar  akan  menyediakan  satu  laporan  yang  lengkap  tentang  ketidakupayaan  kanak-kanak 

berkenaan  dan  mengesahkan  ketidakupayaan  tersebut.  Walaubagaimanapun,  penilaian  ini  harus  dilakukan  oleh  dua  atau  tiga 

orang  pakar  bagi  mendapatkan  keputusan  diagnostik  yang  tepat.  Sekiranya  terdapat  laporan  diagnostik  pakar-pakar  tersebut  yang 

bercanggah  antara  satu  sama  lain,  maka  ibu  bapa  haruslah  mendapatkan  pandangan  pihak  ketiga  agar  diagnostik  yang  paling 

konsisten  dapat  diperolehi. 

Penilaian  ini  bertujuan  untuk  menentukan  serta  mengkategorikan  ketidakupayaan  seseorang  kanak-kanak  secara  khusus. 

Dengan  adanya  penentuan  ini,  terdapat  banyak  manfaat  yang  boleh  diperolehi  oleh  kanak-kanak  terbabit. 

Dari  segi  akademik,  penempatan  yang  sesuai  untuk  kanak-kanak  berketidakupayaan  ini  dapat  ditentukan  mengikut 

kesesuaian  serta  keperluan  kanak-kanak.  Hal  ini  membolehkan  mereka  belajar  dengan  lebih  selesa,  sekaligus  meningkatkan 

kebolehan  serta  kekuatan  yang  mereka  miliki.  Guru-guru  juga  dapat  menyediakan  satu  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  yang 

sesuai  dan  efektif  dengan  ketidakupayaan  kanak-kanak  tersebut. 

Dari  aspek  perubatan  pula,  kanak-kanak  berketidakupayaan  boleh  mendapatkan  rawatan  dan  mengambil  ubat-ubatan 

yang  diperlukan  untuk  merawat  ketidakupayaan  mereka.  Sebagai  contoh,  sekiranya  seorang  kanak-kanak  didiagnosis  dengan 

ketidakupayaan  Autisme,  pakar  boleh  mengesyorkan  ubat-ubatan  yang  boleh  diambil  oleh  kanak-kanak  ini.  Secara  klinikal,  ubat-

ubatan  ini  tidak  boleh  menghapuskan  simptom-simptom  Autisme  tetapi  ia  boleh  bertindak  sebagai  agen  pengawal  bagi  masalah 

tingkah  laku  mereka.  Sekurang-kurangnya,  keadaan  ini  akan  lebih  memudahkan  semua  pihak  berbanding  jika  kanak-kanak 

tersebut  langsung  tidak  mendapat  sebarang  rawatan.

Penilaian  diagnostik  ini  turut  memberi  menfaat  kepada  kanak-kanak  berketidakupayaan  dari  aspek  perkhidmatan. 

Laporan  diagnostik  ini  boleh  digunakan  oleh  kanak-kanak  tersebut  untuk  mendaftar  sebagai  golongan  orang  kurang  upaya  dan 

dibekalkan  dengan  kad OKU.  Selain  itu,  ibu  bapa  yang  tidak  berkemampuan  dari  segi  wang  ringgit  terutamanya  boleh 

menggunakan  laporan  diagnostik  ini  untuk  mendapatkan  bantuan  kewangan  atau  sumbangan  kebajikan  untuk  kegunaan  anak 

mereka.  Kanak-kanak  yang  didiagnosis  sebagai  penghidap  Cerebral  Palsy  contohnya  boleh  memohon  untuk  mendapat  bantuan 

kerusi  roda. 

Kesimpulannya,  penilaian  diagnostic  sangat  penting  kerana  ia  adalah  untuk  menentukan  ketidakupayaan  kanak-kanak 

secara  spesifik  agar  langkah-langkah  tertentu  dapat  diambil  oleh  ibu  bapa  dan  guru  dapat  diambil  untuk  masa  depan  kanak-

kanak  tersebut.      

PENILAIAN   PERKEMBANGAN

Setelah  penilaian  diagnostik  dijalankan  oleh  pakar-pakar  psikologi, pakar  psiakiatri  dan  pakar  kanak-kanak,  laporan 

diagnostik  tersebut  akan  diedarkan  kepada  pihak-pihak  yang  berkenaan  seperti  kepada  pihak  sekolah.

Perkembangan  adalah  perubahan  secara  kuantitatif  serta  kualitatif  dan  berlaku  semenjak  kita  lahir  ke  dunia  sehinggalah 

ke  akhir  hayat  kita.  Kadar  perkembangan  setiap  insan  adalah  berbeza  dan  dan  dipengaruhi  oleh  faktor  baka  dan  persekitaran. 

Sudah  semestinya  perkembangan  kanak-kanak  berketidakupayaan  adalah  lebih  lambat  berbanding  dengan  kanak-kanak  normal.

Ketidakupayaan  mereka  sering  kali  menjadi  satu  halangan  bagi  mereka  untuk  berkembang  dengan  sepenuhnya.  Namun  ini  tidak 

bermakna  mereka  langsung  tidak  mempunyai  keupayaan  untuk  berkembang.

Bagi  kanak-kanak  berketidakupayaan,  mereka  akan  menjalani  penilaian  perkembangan  secara  berterusan  untuk  satu 

jangka  masa.  Penilaian  ini  boleh  dilakukan  oleh  guru  prasekolah,  guru  bahasa  ataupun  ibu  bapa  kanak-kanak  itu  sendiri. 

Penilaian  perkembangan  ini  selalunya  melibatkan  lima  domain  utama  kanak-kanak  iaitu:

  Sosial -  aspek  ini  melibatkan  kebolehan  kanak-kanak  yang  dinilai  untuk  berinteraksi  serta  berkomunikasi  dengan  rakan-rakannya 

mahupun  individu  lain  yang  terdapat  di  sekelilingnya.  Selain  itu,  cara  mereka  bertindak  dalam  situasi  sosial  sama  ada  dalam 

permasalahan  antara  rakan-rakan  ataupun  semasa  perbincangan  dijalankan  turut  diambil  kira.

  Mental – aspek  ini  melibatkan  perkembangan  dari  segi  kognitif  seseorang  kanak-kanak.  “  Menurut  Piaget,  perkembangan  kognitif 

atau  pemikiran  manusia  adalah  disebabkan  proses  asimilasi  dan  akomodasi.  Unit  asas  pemikiran,  yang  disebut  skema  berubah 

dari  segi  struktur  apabila  berhadapan  dengan  pengalaman  baru  “  (Teori  Piaget  menurut  Mohd.  Sharani  Ahmad)

  Motor – motor  merupakan  satu  aspek  perkembangan  dalam  pergerakan  seseorang.  Motor  terbahagi  kepada  dua,  iaitu  motor  kasar 

dan  motor  halus.  Motor  kasar  merupakan  pergerakan  yang  melibatkan  penggunaan  dan pengawalan  otot  besar  manakala  motor 

halus  hanya  melibatkan  penggunaan  otot  kecil  sahaja  dalam  pergerakan.  Contoh  motor  kasar  ialah  duduk,  berlari,  berjalan  dan 

lain-lain  lagi.  Motor  halus  pula  melibatkan  pergerakan  seperti  meenulis,  membaca  dan  sebagainya.

  Bahasa,  komunikasi  dan  pertuturan – bahasa  merupakan  penggunaan  simbol,  sintaksis,  dan  tatabahasa  apabila  berkomunikasi 

dengan  orang  lain.  Mohd.  Sharani  Ahmad  dalam  bukunya  menyatakan  bahawa  komunikasi  merupakan  satu  proses  yang 

membabitkan  penyampai  dan  penerima  yang  menyampaikan  dan  menerima  maklumat  dan  meninggalkan  kesan. Pertuturan  pula 

ialah  pergerakan  motor  yang  digunakan  dalam  komunikasi. 

  Jagaan  diri – aspek  ini  merujuk  kepada  aktiviti  yang  melibatkan  proses  pengaturan  dan  penjagaan  diri  seperti  makan  sendiri,  mandi 

dan  menggosok  gigi.

                                   

Berdasarkan  lima  domain  di  atas,  kanak-kanak  akan  dinilai  di  samping  diberi,  diajar  dan  ditambahkan  lagi 

perkembangan  yang  belum  dicapai  oleh  kanak-kanak.  Dengan  adanya  penilaian  ini,  masalah  yang  melibatkan  kanak-kanak 

berketidakupayaan  dapat  dicegah  daripada  berlarutan.  Mereka  akan  terus  diajar  dengan  kemahiran  yang  belum  dapat  dikuasai 

melalui  program  pengajaran  dan  pembelajaran  seperti  biasa  sehingga  mereka  mampu  untuk  menguasai  kemahiran 

tersebut.  Selain  itu,  penilaian  ini  juga  mampu  meningkatkan  kebolehan  seseorang  kanak-kanak. Melalui  program  pembelaajaran 

yang  sesuai  dengan  bakat  dan  kebolehan  mereka,  bakat  dan  kebolehan  tersebut  akan  diasah  agar  dapat  mencapai  tahap 

kemahiran  yang  paling  optimum.  Tahap  kelemahan  dan  kekuatan  mereka  juga  dapat  diketahui  melalui  penilaian  ini.

Bagi  kanak-kanak  yang  dapat  menguasai  kemahiran  3M  selepas  menjalani  penilaian  perkembangan,  mereka  akan 

melalui  penilaian  pencapaian.  

PENILAIAN   PENCAPAIAN

Penilaian  pencapaian  dilakukan  bagi  mengukur  apa  yang  telah  dipelajari  oleh  kanak-kanak.  Selain  itu,  ia  juga  adalah 

untuk  mengenalpasti  kanak-kanak  yang  boleh  diinklusifkan  ke  dalam  kelas  kanak-kanak  normal  atau  diintergrasikan  ke  sekolah 

khas. 

Pada  peringkat  rendah,  kanak-kanak  akan  diuji  dari  segi  kemahiran  3M,  iaitu  membaca,  mengira  dan  menulis. Pada 

peringkat  yang  lebih  tinggi  pula,  kanak-kanak  akan  dinilai  dalam  matapelajaran  seperti  Bahasa  Malaysia,  Bahasa  Inggeris,

Matematik,  Sains  dan  Pendidikan  Moral.  Kesemua  matapelajaran  ini  akan  menguji  kanak-kanak  dari  segi  membaca,  mengira, 

menulis,  memahami  dan  menyelesaikan  masalah.  Penilaian  ini  boleh  dilakukan  secara:

  Pemerhatian –  aspek-aspek  yang  sukar  dikesan  seperti  sikap,  perlakuan  atau  amalan,  amali,  kemahiran  manipulatif,  kemahiran 

bersosial  dan  lain-lain  lagi  tidak  boleh  dinilai  secara  bertulis.  Oleh  itu,  cara  penilaian  ini  perlu  untuk  membolehkan  penilaian  dari 

segi  kualitatif.  Pemerhatian  rekod  murid,  keputusan  kemajuan  dan  pencapaian  yang  lalu  membolehkan  guru  mengenal  pasti 

masalah  pembelajaran  murid.

  Lisan – penilaian  secara  lisan  penting  agar  guru  dapat  mengumpulkan  maklumat  dari  segi  komunikasi  serta  interaksi  kanak-kanak. 

Antara  aspek  yang  dapat  dinilai  ialah  kefahaman  dari  segi  bahasa,  penggunaan  bahasa  yang  tepat,  sebutan  dalam  berbahasa 

dan  lain-lain  lagi (berdasarkan  Mohd.  Sharani  Ahmad,  2004).

  Ujian  bertulis – penulisan  dapat  digunakan  untuk  menilai  dan  mengesan  kemahiran  bahasa  dan  perkembangan  intelek  murid  yang 

merangkumi  kemahiran  membaca,  menulis,  penggunaan  tanda  baca  dan  perbendaharaan  kata.  Antara  contoh  penilaian 

pencapaian  secara  bertulis  ialah  ujian  bulanan,  UPSR,  PMR  dan  SPM  yang  dikendalikan  oleh  Kementerian  Pelajaran  Malaysia.

   

Nilai  pembelajaran  seseorang  kanak-kanak  akan  diperolehi  hasil  daripada  interpretasi  penilaian  pencapaian.  Melalui 

penilaian  ini  juga,  kelemahan  dan  kelebihan  kanak-kanak  dapat  dikenalpasti. Selain  itu,  penilaian  pencapaian  penting  kepada  guru 

untuk  melihat  sama  ada  objektif  pengajaran  dan  pembelajaran  tercapai.  Masalah-masalah  yang  dihadapi  oleh  kanak-kanak 

berkenaan  juga  dapat  diatasi.  Guru  boleh  menghasilkan  satu  rancangan  pembelajaran  yang  sesuai  dengan  kelemahan  kanak-

kanak  ( Individual  Education  Programme ).

Sememangnya  penilaian  ini  amat  penting  kepada  kanak-kanak  berketidakupayaan  agar  mereka  dapat  ditempatkan  di 

institusi  akademik  atau  kemaahiran  yang  sesuai  dengan  tahap  keupayaan  mereka. 

PROSES   PENEMPATAN

Setiap  kanak-kanak  berkeperluan  khas  akan  menjalani  prosedur  penilaian  yang  sama  bermula  dari  penilaian 

pengesanan  sehingga  penilaian  perkembangan.  Namun  begitu,  penempatan  kanak-kanak  ke  sekolah  atau  Pemulihan  Dalam 

Komuniti  ( PDK )  bergantung  kepada  keputusan  penilaian  perkembangan. 

Sekiranya  kanak-kanak  tersebut  tidak  berjaya  melepasi  penilaian  perkembangan  (tahap  perkembangan  sangat  rendah 

seperti  tidak  dapat  melakukan  jagaan  diri),  kanak-kanak  tersebut  akan  dirujuk  kepada  Jabatan  Kebajikan  untuk  ditempatkan  di 

Pemulihan  Dalam  Komuniti  (PDK).  Di  PDK,  mereka  akan  mempelajari  kemahiran  asas  yang  diperlukan  untuk  menjalani  kehidupan 

di  samping  memanfaatkan  bakat  yang  dimiliki  seperti  kebolehan  menjahit  ataupun  menghasilkan  kraftangan.

Bagi  kanak-kanak  yang  berjaya  melepasi  penilaian  perkembangan,  mereka  akan  menjalani  penilaian  pencapaian  bagi 

membolehkan  mereka  ditempatkan  ke  sekolah  secara  inklusif  ataupun  secara  intergrasi.  Setelah  penempatan  dilakukan,  mereka 

akan  diberi  tempoh  percubaan  selama  tiga  bulan.  Sekiranya  mereka  menunjukkan  pencapaian  yang  memberansangkan  dalam 

tempoh  ini,  mereka  akan  terus  dikekalkan  dalam  program  tersebut.  Tetapi  jika  mereka  tidak  mampu  menerima  pembelajaran 

dalam  tempoh  ini,  mereka  akan  dipindahkan  ke  PDK  untuk  menjalani  program  kemahiran.

Namun  begitu,  terdapat  beberapa  kelemahan  dalam  proses  penempatan  ini,  terutamanya  bagi  kanak-kanak  yang 

ditempatkan  di  PDK.  Mereka  tidak  berpeluang  untuk  meneruskan  pelajaran  dari  segi  akademik  kerana  program  PDK  hanya 

menumpukan  aspek  kemahiran  hidup  sahaja.  Tidak  salah  sekiranya  di  PDK,  satu  program  untuk  meningkatkan  tahap 

perkembangan  mereka  dari  segi  kognitif  turut  dijalankan  tetapi  pada  skala  yang  mudah  sahaja.  Sekurang-kurangnya,  mereka 

berpeluang  untuk  mempelajari  kemahiran  asas  separti  membaca,  menulis  dan  mengira.  Seterusnya,  jika  kanak-kanak  yang  berada 

di  PDK  menunjukkan  peningkatan  dalam  perkembangan  mereka,  mereka  haruslah  diberi  peluang  sekali  lagi  untuk  diserapkan  ke 

dalam  kelas  intergrasi.  Hal  ini  adalah  kerana  tiada  seorang  pun  individu  yang  boleh  dinafikan  hak  untuk  mendapatkan  ilmu 

pengetahuan.

KESIMPULAN

Kanak-kanak  berkeperluan  khas  merupakan  individu  yang  harus  diberikan  bantuan  agar  mereka  mampu  untuk 

menghadapi  cabaran  hidup.

 Salah  satu  bantuan  yang  dapat  diberikan  kepada  mereka  ialah  dengan  melakukan  proses  penilaian  kanak-kanak 

berkeperluan  khas  seawal yang  mungkin.  Dengan  adanya  proses  penilaian  ini,  kita  dapat  mengetahui  ketidakupayaan  mereka 

dengan  lebih  spesifik  sekaligus  dapat  mengetahui  tindakan-tindakan  yang  perlu  diambil  oleh  pihak-pihak  berkenaan  seperti  ibu 

bapa  dan  guru  sekolah.  Salah  satu  tindakan  yang  boleh  diambil  oleh  ibu  bapa  kanak-kanak  berkeperluan  khas  selepas 

mengetahui  ketidakupaayaan  mereka  ialah  menyediakan  satu  persekitaran  yang  kondusif  bagi  kanak-kanak  ini  membesar  dan 

agar  mereka  dapat  berinteraksi  serta  berkomunikasi  senormal  yang  mungkin.  Manakala  pada  pihak  guru  pula,  mereka  berpeluang 

untuk  merancang  satu  rancangan  pengajaran  yang  bersesuaian  dengan  tahap  kognitif  kanak-kanak  berkeperluan  khas.  Malah, 

penempatan  kanak-kanak  ini  sama  ada  ke  sekolah  inklusif,  integrasi  ataupun  PDK  dapat  ditentukan  melalui  proses  penilaian  ini.

Proses  penilaian  ini  sudah  pastinya  berkait  rapat  dengan  model-model  penilaian  kanak-kanak  khas.  Setiap  penilaian 

yang  dilakaukan  adalah  berdasarkan  model-model  ini  seperti  model  biogenik,  model  psikodinamik,  model  psikopendidikan  dan 

model  tingkah  laku.  Setiap  model  ini  pula  adalah  berasaskan  teori-teori  yang  berhubung  kait  dengan  keperluan  dan  kepentingan 

proses  penilaian  kanak-kanak  berkeperluan  khas.  Model  tingkah  laku  contohnya,  merupakan  satu  model  yang  berasaskan  teori 

tingkah  laku  yang  menyatakan  bahawa  kehidupan  manusia  dipengaruhi  oleh  ransangan  daripada  persekitaran  dan  bukannya  oleh 

unsur-unsur  dalaman  seseorang  individu.  Oleh  itu,  proses  penilaian  yang  dilakukan  haruslah  merangkumi  tingkah  laku  kanak-

kanak  khas  secara  menyeluruh  seperti  aktiviti  kanak-kanak  semasa  di  rumah,  sekolah  ataupun  di  taman  permainan.

Kesimpulannya,  proses  penilaian  dan  model-model  penilaian  kanak-kanak  berkeperluan  khas  adalah  saling  berkait  rapat 

antara  satu  sama   lain  dan  harus  diketahui  oleh  setiap  penilai  sebelum  membuat  sesuatu  penilaian  terhadap  kanak-kanak  khas. 

Hal  ini  adalah  supaya  hasil  penilaian  tersebut  adalah  tepat  dan  boleh  digunakan  untuk  membantu  dalam  proses  perkembangan 

kanak-kanak  khas.