20
Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang hasil penguasaan murid-murid terhadap aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Melalui pentaksiran, pelbagai maklumat dapat diperoleh yang meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi seseorang murid. Mata pelajaran Sejarah yang baru diperkenalkan di sekolah rendah juga melalui proses pentaksiran sebagaimana mata pelajaran yang lain. Hal ini bertujuan mendapatkan keputusan murid, prestasi semasa, kesahan ujian dan kebolehpercayaan ujian yang dijalankan terhadap murid-murid tersebut. Pentaksiran mata pelajaran Sejarah ini telah dijalankan terhadap beberapa orang murid dalam kelas 4 Kualiti. Kesemua murid di dalam kelas 4 Kualiti mempunyai pencapaian dan prestasi yang baik dalam pembelajaran akademik di sekolah sama ada bagi mata pelajaran Sejarah mahupun mata pelajaran yang lain. Prestasi murid-murid tersebut dikenal pasti melalui beberapa kaedah seperti melalui analisis terhadap keputusan peperiksaan penggal dan ujian semasa. Prestasi murid-murid dalam ujian yang disediakan kepada mereka ternyata membuktikan bahawa mereka sangat menguasai pengetahuan dan topik- topik pembelajaran yang diajar oleh guru. Berdasarkan ujian yang telah dijalankan sebelumnya, kebanyakan daripada mereka memperoleh markah yang tinggi dalam mata pelajaran Sejarah. Selain itu, kecemerlangan murid-murid kelas 4 Kualiti dapat diperhatikan melalui interaksi mereka semasa menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Mereka dapat memberikan respon dan jawapan yang baik semasa guru mengadakan sesi soal jawab semasa dan selepas guru mengajar topik pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Berdasarkan pemerhatian-pemerhatian tersebut, murid-murid 4 Kualiti telah dikenal pasti sebagai murid yang cemerlang dan mempunyai kognitif yang baik. Hasil daripada pemerhatian tersebut, analisis akan dijalankan bagi memastikan guru dapat menjalankan beberapa aktiviti pentaksiran terhadap murid bagi memastikan ujian yang akan dijalankan bersifat lebih tekal dan lebih dipercayai.

PENTAKSIRAN SEJARAH KKP

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kKKP

Citation preview

Page 1: PENTAKSIRAN SEJARAH KKP

Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya

membuat penghakiman tentang hasil penguasaan murid-murid terhadap aktiviti

pembelajaran yang dijalankan. Melalui pentaksiran, pelbagai maklumat dapat diperoleh yang

meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi seseorang murid. Mata pelajaran Sejarah

yang baru diperkenalkan di sekolah rendah juga melalui proses pentaksiran sebagaimana

mata pelajaran yang lain. Hal ini bertujuan mendapatkan keputusan murid, prestasi semasa,

kesahan ujian dan kebolehpercayaan ujian yang dijalankan terhadap murid-murid tersebut.

Pentaksiran mata pelajaran Sejarah ini telah dijalankan terhadap beberapa orang

murid dalam kelas 4 Kualiti. Kesemua murid di dalam kelas 4 Kualiti mempunyai pencapaian

dan prestasi yang baik dalam pembelajaran akademik di sekolah sama ada bagi mata

pelajaran Sejarah mahupun mata pelajaran yang lain.

Prestasi murid-murid tersebut dikenal pasti melalui beberapa kaedah seperti melalui

analisis terhadap keputusan peperiksaan penggal dan ujian semasa. Prestasi murid-murid

dalam ujian yang disediakan kepada mereka ternyata membuktikan bahawa mereka sangat

menguasai pengetahuan dan topik-topik pembelajaran yang diajar oleh guru. Berdasarkan

ujian yang telah dijalankan sebelumnya, kebanyakan daripada mereka memperoleh markah

yang tinggi dalam mata pelajaran Sejarah.

Selain itu, kecemerlangan murid-murid kelas 4 Kualiti dapat diperhatikan melalui

interaksi mereka semasa menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Mereka dapat memberikan respon dan jawapan yang baik semasa guru mengadakan sesi

soal jawab semasa dan selepas guru mengajar topik pembelajaran mata pelajaran Sejarah.

Berdasarkan pemerhatian-pemerhatian tersebut, murid-murid 4 Kualiti telah dikenal

pasti sebagai murid yang cemerlang dan mempunyai kognitif yang baik. Hasil daripada

pemerhatian tersebut, analisis akan dijalankan bagi memastikan guru dapat menjalankan

beberapa aktiviti pentaksiran terhadap murid bagi memastikan ujian yang akan dijalankan

bersifat lebih tekal dan lebih dipercayai.

Page 2: PENTAKSIRAN SEJARAH KKP

Bil Bentuk Soalan Objektif Subjektif

Kemahiran Aras Kognitif Aras Kognitif

Kandungan

(Bidang/topik)

Peng

etahu

an Kefa

haman

Sintesis

Peng

etahu

an Kefa

haman

1 Mari Belajar Sejarah 13

Sejarah dan Kita 2 1 1 4

Keluarga Harmoni 2 1 1 4

Sekolah Kebangsaan Saya 1 1 2

Tempat Tinggal Saya 1 1 2

2 Zaman Air Batu 6

Zaman Air Batu 3 1 1 5

3 Zaman Prasejarah 3

Zaman Prasejarah 2 1 3

JUMLAH 22 20

JSU

Page 3: PENTAKSIRAN SEJARAH KKP

Sebelum set soalan Sejarah dibina, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) mestilah

dihasilkan terlebih dahulu. Hal ini bagi memastikan set soalan tersebut mempunyai panduan

yang perlu dipatuhi. JSU merupakan satu perancangan pembinaan item atau soalan dalam

bentuk jadual yang bertujuan untuk menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak

diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. JSU

terdiri daripada beberapa komponen dan perkara seperti rangka atau format binaan, aras-

aras kognitif, jam pembelajaran, jumlah item dan jenis soalan sama ada objektif atau pun

struktur.

JSU di atas merupakan JSU khusus untuk set soalan yang telah diberikan kepada

murid-murid kelas 4 Kualiti dalam ujian yang lepas. Topik-topik pembelajaran yang

digunakan dalam set soalan terdiri daripada Bab 1 hingga Bab 3 iaitu Mari Belajar Sejarah,

Zaman Air Batu, dan Zaman Prasejarah.

Penentuan jumlah item atau soalan adalah berdasarkan jam interaksi yang telah

dijalankan oleh guru ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Jumlah jam interaksi yang

telah ditetapkan adalah sebanyak 22 jam manakala jumlah item yang ingin diletakkan ke

dalam set ujian ialah 20 item. Kesemua soalan adalah berbentuk objektif yang beraneka

pilihan. Bab 1, bab 2, dan bab 3 masing-masing terdiri daripada 12 item, 5 item, dan 3 item.

Penentuan aras kognitif telah dilakukan ke dalam JSU semasa perancangan

membina item. Aras kognitif dikategorikan kepada 6 aras iaitu mengingat, memahami,

mengaplikasi, menganalisis, menilai, dan mencipta dan dibahagikan pula kepada 3 jenis iaitu

aras mudah, aras sederhana dan aras sukar. Bagi aras mengingat terdapat 10 item,

memahami 3 item, mengaplikasi 4 item, menganalisis 3 item, manakala tiada item untuk aras

menilai dan mencipta.

Aras-aras kognitif yang telah dipilih adalah berdasarkan prestasi semasa murid pada

ketika itu. Jika dilihat pada JSU, aras-aras yang digunakan lebih kepada aras yang mudah

dan sederhana. Hal ini kerana mata pelajaran Sejarah baru sahaja dilancarkan di sekolah-

sekolah rendah di seluruh Malaysia iaitu pada tahun 2014. Oleh itu, bagi mengenal pasti

sama ada murid-murid mampu untuk mengikuti pembelajaran secara berkesan, JSU yang

dibentuk memfokuskan aras kognitif yang mudah dan sederhana.

Page 4: PENTAKSIRAN SEJARAH KKP

UJIAN PENILAIAN TAHU

N 4

SEJAR

NAMA MURID : ................................................................................

KELAS : ................................................................................

NAMA GURU : ...............................................................................

Page 5: PENTAKSIRAN SEJARAH KKP

Bulatkan jawapan yang betul bagi setiap soalan berikut.

1. “Sejarah merupakan catatan ataupun rekod tentang perkara yang telah berlaku pada

masa lampau.”

Pernyataan di atas menerangkan makna sejarah oleh seorang sejarawan. Siapakah tokoh

tersebut?

a) Tun Mahathir

b) Mohd Yusof Ibrahim

c) Isaac Newton

d)Herodotus

2.

Berdasarkan rajah di atas, nyatakan X.

a) Surat khabar

b) Buku Rujukan

c) Fosil

d) Pekeliling Kerajaan

3. Sumber primer sangat penting dalam menjalankan kajian sejarah kerana

a) lebih unik dan menarik berbanding sumber sekunder

b) bersifat asli dan belum diolah kepada apa-apa bentuk

c) boleh didapati di Muzium Negara dengan cepat

d) dapat dijadikan hiasan di dalam rumah

4. Sebagai seorang murid, bagaimanakah cara anda menghargai warisan bangsa ke dalam

kehidupan seharian?

Sumber Primer

Manuskrip Artifak x

Page 6: PENTAKSIRAN SEJARAH KKP

a) Mengekalkan keaslian warisan budaya tersebut

b) Mempamerkan pakaian tradisional di hadapan rumah

c) Menyembunyikan keunikan warisan daripada orang lain

d) Sering memperlekehkan warisan budaya kaum lain

5. Keluarga asas terdiri daripada

I Ayah

II Ibu

III Sepupu

IV Ibu Saudara

a) I dan IV

b) I dan II

c) II dan IV

d) III dan IV

6. Berikut merupakan panggilan yang merujuk kepada seorang bapa dalam kaum-kaum di

Malaysia kecuali

a) apak

b) annan

c) ayah

d) apai

7. Bagaimanakah suasana keluarga harmoni dapat diwujudkan di rumah kita?

a) Menampal biodata masing-masing di dinding rumah

Page 7: PENTAKSIRAN SEJARAH KKP

b) Menghormati sesama ahli keluarga di rumah

c) Merendah-rendahkan kemampuan adik beradik

d) Menjemput tetamu untuk tidur di rumah

8. Nyatakan kesan apabila kita tidak menghormati ahli keluarga yang lain.

a) Ibu bapa akan lebih menyayangi kita

b) Suasana di dalam rumah akan menjadi lebih meriah

c) Tiada duit raya akan diberikan pada Hari Raya Aidilfitri

d) Keluarga yang bahagia dan harmoni tidak dapat diwujudkan

9. Saya menguruskan semua program akademik di sekolah. Jawatan saya ialah

_____________?

a) Guru Besar

b) Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

c) Guru Penolong Kanan Pentadbiran

d) Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Page 8: PENTAKSIRAN SEJARAH KKP

10. Rajah di atas merupakan alamat tempat tinggal Encik Rafizi. Berdasarkan alamat

tersebut bentuk muka bumi tempat tinggal Encik Rafizi ialah ___________.

a) tanah pamah

b) pulau

c) tanah tinggi

d) pinggir sungai

11. Berikut merupakan cara mengekalkan kebersihan dan keindahan sekolah kecuali

a) membuang sampah ke dalam tong sampah

b) menjalankan Program 3K, iaitu Kebersihan, Keindahan dan Keceriaan.

c) mengadakan pertandingan kebersihan kelas

d) membiarkan sampah di dalam kelas terkumpul sehingga busuk

12. Penghantaran surat ke rumah boleh dilakukan menggunakan ...................?

a) penerbangan tambang murah Airasia

b) perkhidmatan pos

c) perkhidmatan pesanan ringkas(SMS)

d) bas ekspress

13. Zaman Air Batu merupakan zaman ketika ___________ menutupi permukaan bumi.

a) tanah

No 22Felda Air Tawar 2,Kota Tinggi,Johor.

Page 9: PENTAKSIRAN SEJARAH KKP

b) laut

c) air batu

d) api

14. Pentas Sunda merupakan tanah daratan yang __________?

a) luas

b) sempit

c) lembut

d) panas

15. Malaysia terletak di dalam benua _________?

a) Afrika

b) Asia

c) Australia

d) Amerika Utara

16. Nyatakan kesan jika manusia tidak menghargai alam sekitar.

a) Hutan Rekreasi tidak dapat diwujudkan

b) Pembalakan sukar dijalankan dengan berkesan

c) Hakisan tanah mudah berlaku

d) Pertandingan Memancing dapat dijalankan dengan lancar

17. Berikut merupakan cara menjadikan hutan terpelihara daripada ancaman pembalakan

secara berleluasa kecuali

a) pemantauan pihak berkuasa secara berkala

Page 10: PENTAKSIRAN SEJARAH KKP

b) memperketatkan syarat pemberian lesen pembalakan

c) penguatkuasaan undang-undang secara tegas

d) menutup jalan utama ke kawasan pembalakan

18. Prasejarah merupakan zaman belum mempunyai _________.

a) manusia

b) tulisan

c) makanan

d) senjata

19. Kronologi zaman Prasejarah ialah ______ , ________ , _________ , dan ________.

a) Paleolitik, Mesolitik, Neolitik, Logam

b) Paleolitik, Neolitik, Mesolitik, Logam

c) Neolitik, Mesolitik, Paleolitik, Logam

c) Neolitik, Paleolitik, Mesolitik, Logam

20. Petempatan manusia zaman prasejarah bertumpu di lembah sungai kerana

a) sukar untuk mendaki gunung

b) mudah untuk mandi

c) sumber protein dan makanan

d) mengelakkan banjir

Page 11: PENTAKSIRAN SEJARAH KKP

SKEMA JAWAPAN

1. b

2. c

3. b

4. a

5. b

6. b

7. b

8. d

9. c

10.c

11.d

12.b

13. c

14. a

15. b

16. c

17. d

18. b

19. a

20. c

Page 12: PENTAKSIRAN SEJARAH KKP

HURAIAN SOALAN

Set ujian yang dibina terdiri daripada 20 item yang dibahagikan kepada beberapa

aras-aras kognitif tertentu. Sebanyak 13 item yang dibina merupakan item aras mudah, 7

item aras sederhana manakala tiada item aras sukar. Kesemua soalan di dalam set ujian

disusun mengikut bab-bab dalam mata pelajaran Sejarah berdasarkan silibus yang diajar

iaitu Mari Belajar Sejarah, Zaman Air Batu dan Zaman Sejarah. Item-item di dalam set ujian

tidak disusun berdasarkan aras-aras kognitif atas faktor pengkelasan bab yang lebih

memudahkan murid berbanding susunan item yang tidak menentu tanpa mengikut bab-bab.

Daripada 20 item tersebut, hanya terdapat 2 item yang mempunyai stimulus berajah

sebagai rujukan manakala 18 soalan yang lain terdiri daripada item yang menggunakan item

jenis aneka pilihan dan aneka pilihan kompleks yang menjadi panduan jawapan kepada

soalan. Item-item yang dibina juga hanya menggunakan ayat yang pendek dan jelas. Hal ini

bertujuan bagi memudahkan semua murid untuk membaca dan memahami ayat-ayat yang

dinyatakan pada item.

Penggunaan ayat yang pendek dan jelas juga sebagai kaedah bagi memastikan

setiap murid yang mempunyai tahap kecerdasan yang pelbagai berupaya menduduki ujian

dengan adil. Sekiranya ayat yang kompleks digunakan ke dalam soalan tersebut,

kemungkinan jika terdapat murid-murid 4 Kualiti yang masih lemah dalam kefahaman ayat

akan mempunyai kesukaran dalam memahami soalan dan jawapan yang sesuai. Dalam erti

kata lain, penggunaan ayat yang pendek tersebut bertujuan mengimbangi tahap kecerdasan

semua murid di dalam kelas 4 Kualiti.

Sebanyak 12 item terdiri daripada bab Mari Belajar Sejarah, 5 item daripada bab

Zaman Air Batu manakala 3 soalan daripada bab Zaman Prasejarah. Penggunaan bab Mari

Belajar Sejarah adalah paling banyak berbanding bab Zaman Air Batu dan bab Zaman

Prasejarah. Perkara tersebut adalah kerana bab Mari Belajar Sejarah lebih penting

ditekankan kepada murid-murid kerana pengenalan mata pelajaran Sejarah sekolah rendah

baru sahaja dilakukan pada tahun tersebut kepada mereka. Oleh itu, kesemua murid kelas 4

Kualiti diberikan set ujian yang berfokuskan kepada tiga bab yang cenderung kepada bab

Mari Belajar Sejarah.

Page 13: PENTAKSIRAN SEJARAH KKP

MURID

ITEM

A B C D E F G H I J JUMLAH

BETUL

1 / / / / / / / / / / 10

2 / / / / / / / / / / 10

3 X / / X X X / / X X 4

4 / / / / / / / / / / 10

5 / / / / / / / / / / 10

6 / / / X X / / / / / 8

7 / / / X / X / / / X 7

8 / / X X X / / / X / 6

9 X / X X / X / / / X 6

10 / / / / X / X / / / 8

11 / X / / / / X X X / 6

12 / / / X / / / / / / 9

13 / / / / / / / / / / 10

14 / / / / / / / / / / 10

15 / / / / / X / / / / 9

16 / / / / / X / / / / 9

17 / / X / X X / X X / 5

18 / / / X X / X X / / 6

19 / / / / / / X / / / 9

20 / / / / / / / / / / 10

PENGUMPULAN DATA

Page 14: PENTAKSIRAN SEJARAH KKP

ANALISIS INDEKS KESUKARAN ITEM

Nilai (p) Pengkelasan item

0.00 – 0.20 Terlalu sukar

0.21 – 0.40 Sukar

0.41 – 0.60 Sederhana sukar

0.61 – 0.80 Mudah

0.81 – 1.00 Terlalu mudah

INDEKS KESUKARAN , x= MURIDYANGMENJAWAB BETULJUMLAH MURIDYANGMENJAWABSOALAN

Page 15: PENTAKSIRAN SEJARAH KKP

SENARAI INDEKS KESUKARAN MENGIKUT ITEM

MURID

ITEM

A B C D E F G H I J JUMLAH BETUL

INDEKS KESUKARAN ITEM

1 / / / / / / / / / / 10 1.00

2 / / / / / / / / / / 10 1.00

3 X / / X X X / / X X 4 0.40

4 / / / / / / / / / / 10 1.00

5 / / / / / / / / / / 10 1.00

6 / / / X X / / / / / 8 0.80

7 / / / X / X / / / X 7 0.70

8 / / X X X / / / X / 6 0.60

9 X / X X / X / / / X 6 0.60

10 / / / / X / X / / / 8 0.80

11 / X / / / / X X X / 6 0.60

12 / / / X / / / / / / 9 0.90

13 / / / / / / / / / / 10 1.00

14 / / / / / / / / / / 10 1.00

15 / / / / / X / / / / 9 0.90

16 / / / / / X / / / / 9 0.90

17 / / X / X X / X X / 5 0.50

18 / / / X X / X X / / 6 0.60

19 / / / / / / X / / / 9 0.90

20 / / / / / / / / / / 10 1.00

Page 16: PENTAKSIRAN SEJARAH KKP

ANALISIS ITEM

SOALAN 1

Indek kesukaran item bagi soalan ini ialah 1.00. Kesemua murid kelas 4 Kualiti berjaya menjawab soalan 1 dengan tepat. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang terlalu mudah kerana 10 orang murid yang menduduki ujian dapat memberikan jawapan yang betul.

SOALAN 2

Indek kesukaran item bagi soalan ini ialah 1.00. Kesemua murid kelas 4 Kualiti berjaya menjawab soalan 2 dengan tepat. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang terlalu mudah.

SOALAN 3

Indek kesukaran item bagi soalan ini ialah 0.40. Seramai 4 orang murid sahaja dalam kelas 4 Kualiti berjaya menjawab soalan 3 dengan betul manakala 6 orang yang lain sebaliknya. Soalan ini berada dalam pengkelasan item sukar.

SOALAN 4

Indek kesukaran item bagi soalan ini ialah 1.00. Kesemua murid kelas 4 Kualiti berjaya menjawab soalan 4 dengan tepat. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang terlalu mudah.

SOALAN 5

Indek kesukaran item bagi soalan ini ialah 1.00. Kesemua murid kelas 4 Kualiti yang menduduki ujian Sejarah ini berjaya menjawab soalan 5 dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang terlalu mudah.

SOALAN 6

Indek kesukaran item bagi soalan ini ialah 0.80. Seramai 8 orang murid kelas 4 Kualiti berjaya menjawab soalan 6 manakala hanya 2 orang murid sahaja yang gagal. Soalan ini diberikan pengkelasan item sebagai mudah.

SOALAN 7

Indek kesukaran item bagi soalan ini ialah 0.70. Seramai 7 orang murid kelas 4 Kualiti berjaya menjawab soalan 7 manakala hanya 3 yang lain gagal. Soalan ini diberikan pengkelasan item sebagai mudah.

SOALAN 8

Indek kesukaran item bagi soalan ini ialah 0.60. Seramai 6 orang murid kelas 4 Kualiti berjaya menjawab soalan 8 manakala 4 orang murid yang lain gagal. Soalan ini diberikan pengkelasan item sebagai sederhana sukar.

Page 17: PENTAKSIRAN SEJARAH KKP

SOALAN 9

Indek kesukaran item bagi soalan ini ialah 0.60. Seramai 6 orang murid kelas 4 Kualiti berjaya menjawab soalan 9 manakala hanya 4 orang murid sahaja yang gagal. Soalan ini diberikan pengkelasan item sebagai mudah.

SOALAN 10

Indek kesukaran item bagi soalan ini ialah 0.80. Seramai 8 orang murid kelas 4 Kualiti berjaya menjawab soalan 10 manakala hanya 2 orang murid sahaja yang gagal. Soalan ini diberikan pengkelasan item sebagai mudah.

SOALAN 11

Indek kesukaran item bagi soalan ini ialah 0.60. Seramai 6 orang murid kelas 4 Kualiti berjaya menjawab soalan 11 manakala hanya 4 orang murid sahaja yang gagal. Soalan ini diberikan pengkelasan item sebagai mudah.

SOALAN 12

Indek kesukaran item bagi soalan ini ialah 0.90. Seramai 9 orang murid kelas 4 Kualiti berjaya menjawab soalan 12 manakala hanya 1 orang murid sahaja yang gagal. Soalan ini diberikan pengkelasan item sebagai terlalu mudah.

SOALAN 13

Indek kesukaran item bagi soalan ini ialah 1.00. Kesmua murid kelas 4 Kualiti berjaya menjawab soalan 13 ini. Soalan ini diberikan pengkelasan item sebagai terlalu mudah.

SOALAN 14

Indek kesukaran item bagi soalan ini ialah 1.00. Kesemua murid kelas 4 Kualiti berjaya menjawab soalan 14 ini dengan tepat. Soalan ini diberikan pengkelasan item sebagai terlalu mudah.

SOALAN 15

Indek kesukaran item bagi soalan ini ialah 0.90. Seramai 9 orang murid kelas 4 Kualiti berjaya menjawab soalan 15 manakala hanya 1 orang murid sahaja yang gagal. Soalan ini diberikan pengkelasan item sebagai terlalu mudah.

SOALAN 16

Indek kesukaran item bagi soalan ini ialah 0.90. Seramai 9 orang murid kelas 4 Kualiti berjaya menjawab soalan 16 manakala hanya 1 orang murid sahaja yang gagal. Soalan ini diberikan pengkelasan item sebagai terlalu mudah.

SOALAN 17

Indek kesukaran item bagi soalan ini ialah 0.50. Seramai 5 orang murid kelas 4 Kualiti berjaya menjawab soalan 17 ini manakala 5 orang murid lagi gagal. Soalan ini diberikan pengkelasan item sebagai sederhana sukar.

Page 18: PENTAKSIRAN SEJARAH KKP

SOALAN 18

Indek kesukaran item bagi soalan ini ialah 0.60. Seramai 6 orang murid kelas 4 Kualiti berjaya menjawab soalan 18 manakala hanya 4 orang murid sahaja yang gagal. Soalan ini diberikan pengkelasan item sebagai sederhana sukar.

SOALAN 19

Indek kesukaran item bagi soalan ini ialah 0.90. Seramai 9 orang murid kelas 4 Kualiti berjaya menjawab soalan 19 manakala hanya 1 orang murid sahaja yang gagal. Soalan ini diberikan pengkelasan item sebagai terlalu mudah.

SOALAN 20

Indek kesukaran item bagi soalan ini ialah 100. Kesemua murid kelas 4 Kualiti berjaya menjawab soalan 20 ini dengan tepat. Soalan ini diberikan pengkelasan item sebagai terlalu mudah.

Page 19: PENTAKSIRAN SEJARAH KKP

MASALAH-MASALAH SET UJIAN 1

Terdapat ramai murid kelas 4 Kualiti memperoleh markah yang tinggi dalam ujian mata pelajaran Sejarah ini manakala yang lain-lain memperoleh markah sederhana. Setelah Ujian Peperiksaan Penggal 1 dijalankan menggunakan set ujian 1, beberapa perkara dan masalah telah didapati dan dikenal pasti. Antara masalah yang terdapat pada set ujian ini ialah penggunaan aras kognitif yang tidak mencabar murid. Item-item yang ditetapkan di dalam JSU kebanyakannya menggunakan aras kognitif yang mudah dan sederhana sahaja. Sebanyak 13 item berada dalam aras mudah manakala 7 item merupakan aras sederhana. Kesannya, murid-murid kelas 4 Kualiti dapat menjawab soalan-soalan di dalam set ujian 1 dengan mudah, Pengkelasan item yang menggunakan indeks kesukaran turut membuktikan bahawa banyak item yang dibina telah dikelaskan sebagai terlalu mudah dan mudah. Oleh itu, soalan-soalan yang terdapat pada set ujian ini adalah tidak sesuai bagi menguji kecemerlangan murid-murid kelas 4 Kualiti yang rata-ratanya mempunyai tahap pemikiran yang tinggi.

Selain daripada penggunaan aras kognitif yang tidak sesuai, set ujian ini juga tidak mempunyai pembahagian bab-bab yang seimbang. Tiga bab dalam sukatan mata pelajaran Sejarah telah digunakan dalam set ujian ini iaitu Mari Belajar Sejarah, Zaman Air Batu dan Zaman Prasejarah. Ketiga-tiga bab yang digunakan ini tidak mempunyai keseimbangan dalam pembahagian bilangan soalan untuk set ujian iaitu 12 soalan merupakan bab Mari Belajar Sejarah, 5 soalan untuk bab Zaman Air Batu dan 3 soalan sahaja untuk bab Zaman Prasejarah. Ketidakseimbangan ini akan mensia-siakan semangat muurid-murid kerana sebelum ujian dijalankan mereka akan mengulang kaji pelajaran dengan membaca keseluruhan bab-bab yang dinyatakan.

Penggunaan distraktor yang kurang berkesan juga turut dikenal pasti dalam set ujian ini. Selepas set ujian ini dianalisis, ternyata ramai murid yang dapat menjawab dengan betul walaupun distraktor yang digunakan bagi pilihan-pilihan jawab telah diletakkan bertujuan mengelirukan murid supaya memilih jawapan yang sebaliknya. Kemungkinan besar adalah kerana maksud jawapan yang distraktor itu kurang menjadi sama ada kurang ‘familiar’ atau terlalu tidak logik. Oleh itu, distraktor tersebut perlu diubah supaya murid-murid akan lebih berfikir dan berusaha untuk memilih dan mendapatkan jawapan yang tepat.

Akhir sekali, soalan-soalan yang disediakan dalam set ujian ini hanya berbentuk objektif. Murid-murid hanya perlu memilh jawapan yang betul dan sesuai berdasarkan soalan dan pilihan jawapan yang telah diberikan. Perkara ini akan menyebabkan daya pemikiran murid tidak dapat diuji dengan lebih berkesan dalam memastikan tahap pemikiran mereka. Selain itu, murid-murid juga boleh sekadar meneka jawapan yang tidak diketahui oleh mereka bahkan mereka berupaya untuk melakukan penyelewengan dengan meniru atau memberi tiru kepada rakan-rakan berdekatan mereka. Kesan daripada penyelewangan yang berlaku akan menyebabkan keputusan ujian yang telus dan jujur tidak dapat diperoleh dalam melakukan proses pentaksiran Sejarah ini.

Kesimpulannya, set ujian yang telah dibina dan diedarkan kepada murid-murid 4 Kualiti mempunyai banyak masalah dan kekurangan yang perlu dianalisis dan diatasi bagi penambahbaikan pada masa akan datang. Hal ini penting kerana perkara-perkara sampingan juga perlu diambil kira dalam pembinaan soalan kerana akan mempengaruhi cara pemikiran dan pemilihan jawapan murid terhadap soalan-soalan tersebut.

Page 20: PENTAKSIRAN SEJARAH KKP

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SOALAN

Selepas analisis terhadap set ujian dijalankan, pelbagai masalah telah didapati dan dikenal pasti yang boleh menyebabkan keputusan murid-murid boleh dipertikaikan. Oleh itu, beberapa cadangan penambahbaikan mestilah dilakukan bagi mengubahsuai soalan-soalan yang akan dibina supaya ujian pada masa akan datang adalah sesuai dengan tahap pemikiran murid-murid 4 Kualiti yang rata-ratanya merupakan murid cemerlang dalam akademik mereka. Perkara yang perlu ditambahbaik merangkumi pelbagai perkara yang bersangkut paut dengan proses pentaksiran yang akan dilakukan terhadap murid-murid.

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi memastikan set ujian Sejarah lebih sesuai ialah penentuan aras-aras kognitif yang sesuai dengan murid-murid. Berdasarkan pemerhatian terhadap murid-murid 4 Kualti, majoriti daripada mereka merupakan murid-murid yang cemerlang dalam pembelajaran mereka. Penguasaan mereka dalam kemahiran komunikasi dan bahasa juga adalah sangat baik. Oleh itu, set ujian yang akan dibina pada masa akan datang mestilah menggunakan aras kognitif yang lebih mencabar dan sukar untuk dijawab oleh murid. Sebagai contoh, pembinaan item pada aras kognitif yang lebih tinggi boleh digunakan seperti menilai dan mencipta supaya murid-murid dapat berfikir dengan lebih kritikial dan lebih mencabar pemikiran mereka. Aras kognitif yang ditentukan juga mestilah seimbang supaya pembinaan soalan pada masa akan datang adalah lebih sesuai.

Pembahagian bab-bab yang mengikut silibus Sejarah juga mestilah seimbang dan sesuai dengan bilangan soalan yang akan ditentukan oleh guru. Hal ini bagi memberikan persepsi bahawa set ujian yang dibina adalah bersifat adil dan stabil kerana menggunakan kesemua bab yang ditentukan dengan jumlah bilangan yang sesuai untuk murid-murid. Oleh itu, murid-murid akan berpuas hati kerana usaha mereka untuk mengulang kaji pelajaran mereka berbaloi dan mendatangkan hasil kerana soalan-soalan yang disediakan oleh guru mereka meliputi bab-bab yang telah ditetapkan.

Dari segi penggunaan distraktor pula, penambahbaikan mestilah dijalankan supaya soalan-soalan yang dibina menjadi lebih berkesan untuk menguji murid-murid cemerlang 4 Kualiti. Distraktor-distraktor yang disediakan pada pilihan jawapan perlu ditingkatkan kadar persamaan dengan jawapan yang sebenar sama ada dengan menjadikan pilihan jawapan yang lain kelihatan ‘familiar’ dan berkaitan dengan kehendak soalan. Distraktor yang akan disediakan juga mestilah logik dan tidak melucukan. Hal ini kerana murid-murid cemerlang dapat mengesan dengan mudah sekiranya terdapat jawapan yang terang-terangan tidak logik walaupun kelihatan hampir sama dengan jawapan sebenar.

Pembinaan soalan berbentuk subjektif juga boleh dilakukan ke dalam set ujian ini bagi tujuan pengujian dan ketelusan. Guru boleh menguji murid-murid dengan menyediakan soalan-soalan subjektif yang bersifat sederhana sukar atau sukar bagi membolehkan murid-murid menjawab mengikut kemampuan dan kefahaman mereka sendiri. Soalan-soalan subjektif yang akan disediakan itu juga mestilah menggunakan ayat yang jelas dan mudah difahami supaya murid dapat menjawab dengan baik. Melalui soalan subjektif juga, potensi untuk murid-murid melakukan penyelewengan akan berkurang kerana mereka memerlukan ayat yang lengkap untuk diisi ke dalam ruangan jawapan soalan tertentu. Oleh itu, proses pentaksiran Sejarah yang akan dijalankan pada masa akan datang menjadi lebih telus dan berkesan berbanding ketika ujian yang lepas.

Page 21: PENTAKSIRAN SEJARAH KKP