Penulisan Ilmiah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

penulisan ilmiah

Citation preview

KRL3033

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Sistem pendidikan di Malaysia yang wujud dan diamalkan pada hari ini adalah lanjutan daripada sistem pendidikan British. Pelbagai prubahan dan perkembangan telah berlaku selaras dengan keperluan negara yang merdeka. Perubahan ini amat penting bagi pelajar-pelajar yang belum lagi melangkah ke alam pekerjaan. (Zabidah Yakob, 2002)

Tanggungjawab guru matematik amat mencabar kearah meningkatkan minat, kecekapan dan kemahiran murid dalam bidang matematik. Bagi kebanyakkan murid yang berprestasi rendah atau berkebolehan sederhana sering beranggapan matematik adalah mata pelajaran yang sukar untuk dikuasai dan tidak menarik. Kebanyakkan pelajar mempunyai masalah untuk memahami dan menguasai konsep atau teori yang terkandung dalam sesuatu topik matematik. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengukur keberkesanan kaedah pengjaran koperatif untuk mengatasi masalah pelajar dalam topik pecahan iaitu kemahiran menambah pecahan dengan penyebut berbeza. Kajian akan dijalankan terhadap pelajar tahun 5 yang sederhana dan lemah dalam pembelajaran dan tidak menguasai masalah pecahan di Sekolah Kebangsaan Felda Raja Alias 3.

Pembelajaran koperatif boleh didefinasikan sebagai kaedah-kaedah pengajaran yang mana pelajar-pelajar dari semua peringkat pencapaian bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai matlamat bersama. Sifat paling penting bagi pembelajaran koperatif ialah kejayaan seseorang pelajar akan membantu pelajar lain untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran masing-masing. Semasa pelajar-pelajar belajar dalam kumpulan, mereka boleh berkongsi pengetahuan (intelek), memupuk nilai- nilai murni (rohani), bertimbang rasa (emosi) serta mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi (sosial).

Tidak hairanlah kajian-kajian lepas menunjukkan terdapat pelajar yang menggunakan teknik hafalan dalam pembelajaran mereka dan mereka hanya mampu menyelesaikan masalah bagi topik yang berkaitan sahaja dan pengetahuan itu tidak dapat diaplikasikan dalam topik lain. Oleh yang demikian adalah sangat penting untuk guru memilih dan menggunakan kaedah-kaedah pembelajaran yang paling sesuai bagi membantu pelajarnya dan diri guru itu sendiri bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang.

1.2 Latar Belakang Kajian

Gaya dan cara pembelajaran setiap individu adalah berbeza-beza dan tersendiri. Ada yang suka belajar sendiri secara solo dan ada yang lebih memerlukan cara perkongsian idea melalui belajar secara berkumpulan. Tambahan zaman sekarang ramai pelajar menggemari sesuatu yang baru dan melibatkan teknologi komputer. Bagi memastikan sesuatu topik pembelajaran itu tidak bosan dan boleh diikuti oleh pelajar sehingga diakhir pembelajaran iaitu cara permainan diselitkan pada sesi pembelajaran.

Kebiasaannya guru-guru menggunakan kaedah tradisional iaitu kaedah chalk and talk untuk mengajar mata pelajaran matematik di mana kaedah ini lebih tertumpu kepada guru sebagai sumber utama untuk bantuan dan maklumat (Hamm dan Adams, 1994). Walaupun kaedah pengajaran secara tradisional ini masih mempunyai kelebihannya yang tersendiri seperti menjimatkan masa guru dan keadaan kelas terkawal, namun kekurangan yang nyata dalam teknik ini ialah ianya hanya sebahagian daripada proses pembelajaran. Satu perkara yang menjadi kebimbangan yang serius di negara kita hari ini ialah kesedaran bahawa pengajaran dan pembelajaran matematik boleh dikatakan sangat tidak menggalakkan kerana kebanyakan guru matematik tidak melibatkan pelajar semasa proses pembelajaran di bilik darjah. Kebanyakan murid dihidangkan dengan contoh-contoh soalan dan jawab dan menulis semula contoh di dalam buku latihan sebagai panduan untuk menjawab soalan latihan yang berikutnya. Ini seterusnya menjadi pertanyaan bagaimana pelajar-pelajar boleh menyelesaikan masalah matematik yang berkaitan dengan kehidupan harian selepas meninggalkan sekolah sekiranya mempunyai sedikit ilmu matematik. Menyedari hakikat ini, kajian ini bertujuan untuk mengkaji perlaksanaan kaedah pengajaran koperatif dan menarik minat para pelajar kepada matapelajaran matematik dan sekali gus menjadikan topik pecahan boleh diukur dengan kebolehan menyelesaikan masalah pecahan dengan lebih mudah dan tepat.

1.3 Penyataan Masalah Kajian

Pelajar didedahkan berkaitan penyelesaian masalah pecahan dengan kaedah berpusatkan guru. Guru menerangkan kepada pelajar dan menulis contoh penyelesaian di papan tulis dan pelajar nenyalin semula. Sebahagian besar pelajar dapat menyelesaikan masalah tersebut diakhir sesi pembelajaran. Malangnya apabila disoal atau diberi pengujian perkara yang sama dalam jangka masa tertentu, didapati pelajar ini sudah lupa kaedah yang telah diajar guru.

Menurut Ashley (1965), konsep pengajaran dan pembelajaran secara tradisional yang diamalkan, banyak melahirkan pelajar yang bersifat individualistic berbanding dengan belajar secara bekerjasama. Keadaan ini adalah disebabkan kurangnya pelaksanaan pembelajaran berpusatkan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kanak-kanak yang berada dalam keadaan aktif akan menjadi penerima yang lebih baik. Di sinilah pembelajaran koperatif memainkan peranan penting. Apabila berada didalam kumpulan yang kecil, mereka merasa lebih selesa dan tidak takut untuk mencuba. Oleh itu pengkaji ingin mengkaji sejauh mana pembelajaran koperatif berkesan untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam topik pecahan dengan penyebut berbeza dan seterusnya memupuk semangat bekerjasama antara pelajar.

1.4 Kerangka Konseptual Kajian

Rajah satu menunujukkan kerangka konsep bagi kajian ini. Ianya dimulakan dengan ujian pra diikuti dengan pembahagian pelajar kepada kumpulan A dan kumpulan B. Pembelajaran tradisional bagi kumpulan A dan pembelajaran koperatif bagi kumpulan B dilakukan. Pengkaji akan melakukan pemerhatian pada tingkahlaku pelajar semasa aktiviti berkumpulan. Ujian pasca pula dilakukan untuk mengetahui perkembangan pelajar diikuti dengan soal selidik.

KAEDAH PENGAJARAN

Rajah 1.1 Kerangka Konsep Dan Arah Tuju Kajian

1.5 Tujuan Kajian

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam topik pecahan untuk kemahiran menambah pecahan dengan penyebut berbeza. Kajian ini juga akan menguji keberkesanan kaedah Pembelajaran Koperatif ke atas pelajar Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Felda Raja Alias 3 untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran dalam menambah di antara dua pecahan dengan penyebut berbeza. Tinjauan awal kajian telah dibuat untuk mengesan punca kelemahan pelajar dalam menjawab soalan pecahan. Pelajar didapati sukar atau sering tersilap dalam menyamakan penyebut apabila diberi dua atau lebih pecahan yang berlainan penyebut. Lebih menyulitkan dan proses penyelesaian masalah memakan masa yang lama apabila penyebut yang diperoleh terlalu besar.

Pelajar tidak terangsang untuk menyelesaikan masalah matematik apabila mereka dibiarkan belajar bersendirian yakni berpusatkan guru tanpa sebarang alat membantu penyelesaian dan tanpa sebarang kaedah yang menarik untuk meningkatkan daya ingatan. Pelajar sebegini memerlukan rangsangan saraf yang tinggi agar rangsangan seterusnya cepat sampai ke otak. Dengan gerakan psikomotor yang tinggi perkara ini dapat diatasi.

1.6 Persoalan Kajian

(a) Sejauh mana pelajar mengatasi kemahiran pendaraban 2 hingga 9 ?(b) Sejauh mana pelajar memahami konsep menambah pecahan dengan penyebut berbeza ?(c) Sejauh mana pelajar menyedari kesilapan yang mereka lakukan dan apa yang tidak mereka fahami ?(d) Sejauh mana keberkesanan Kaedah Pengajaran Koperatif untuk mengatasi kelemahan pelajar dalam topik pecahan.1.7 Objektif Kajian

(a) Untuk menentukan tahap penguasaan pelajar bagi pendaraban 2 hingga 9.

(b) Untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah koperatif mempengaruhi minat pelajar dalam mata pelajaran matematik.

(c) Untuk meningkatkan kemahiran menyamakan penyebut dalam beberapa set pecahan, seterusnya dapat digunakan dalam penyelesaian beberapa operasi yang melibatkn pecahan melalui penggunaan Petak Ajaib Ku

(d) Untuk mengenalpasti kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar dalam menyelesaikan masalah menambah diantara dua pecahan dengan penyebut berbeza.

(e) Untuk mengkaji sama ada penggunaan kaedah koperatif dapat meningkatkan prestasi pelajar terhadap mata pelajaran matematik.

(f) Menguji sama ada kaedah koperatif dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik terutama dalam tajuk PECAHAN.

1.8 Hipotesis Kajian

1.8.1 Hipotesis Null

Tidak terdapat perubahan bagi purata markah diantara pelajar di dalam kumpulan kawalan yang menjalani proses pengajaran secara tradisional dengan kumpulan rawatan yang menjalani proses pengajaran secara kaedah koperatif.

1.8.2 Hipotesis Kajian

Melalui kaedah koperatif pelajar di dalam kumpulan rawatan menunujukkan prestasi yang lebih baik daripada pelajar di dalam kumpulan kawalan yang menjalani pembelajaran dengan kaedah tradisional.

1.9 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan hanya memberi perhatian kepada hubungan di antara kaedah pembelajaran koperatif dengan tahap prestasi pelajar dalam topik menambah pecahan menggunakan Petak Ajaib Ku dan kaedah biasa hanya berpandukan buku teks. Dalam proses perlaksanan kajian ini, pasti menghadapi beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan. Berikut adalah beberapa masalah yang akan timbul sepanjang kajian dijalankan.

1.9.1 Kawalan Kelas

Semasa proses pengajaran kawalan kelas merupakan aspek yang sangat penting. Walaupun guru telah meletakkan beberapa peraturan, dalam keseronokkan dan sikap berlumba-lumba mereka untuk menyudahkan kerja lebih awal dari kumpulan lain, pelajar ini akan menjadi terlalu aktif. Dalam kelas yang dihuni oleh 30 orang pelajar dan semuanya bercakap, sudah pasti kelas menjadi bising.

1.9.2 Bilangan Kelas

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Felda Raja Alias 3. Sekolah ini terletak di pusat pentadbiran kerajaan daerah Jempol . Bilangan pelajar disekolah ini ialah 393 orang pelajar dari tahun satu hingga tahun enam. Setiap tahun ada dua kelas sahaja kecuali tahun 2 dan 6 yang mempunyai 3 kelas. Purata ramai murid di dalam satu kelas diantara 30-40 orang. Jadi bagi kajian ini saya tidak mempunyai banyak pilihan selain menggunakan 30 org pelajar yang telah dikenalpasti dari kategori pencapaian sederhana dan lemah.

1.9.3 Ketepatan Hasil Kajian

Kajian ini akan menggunakan bilangan pelajar yang terdiri daripada 30 orang pelajar tahun 5 dan terbatas pada sekolah ini sahaja. Mereka bukan sampel perwakilan sebenar untuk sesuatu kawasan. Oleh itu, hasil dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada semua pelajar tahun 5 di peringkat kebangsaan.

1.9.4 Peruntukan Masa Yang Tidak Cukup

Masa yang diperuntukkan untuk membuat kajian ini terlalu singkat. Tambahan pula, pengkaji terpaksa membahagikan masa untuk pengajaran di sekolah dan tugas-tugas rutin yang lain. Tidak hairanlah dalam masa yang singkat ini pengkaji menghadapi kesukaran dalam membuat tinjauan terhadap kajian-kajian terdahulu dan membuat persediaan lain untuk menjalankan kajian ini. Walaupun hasil pembelajaran koperatif agak memberangsangkan, masa yang diambil untuk menghabiskan sesuatu kemahiran agak lama dan ia hanya memberi tumpuan kepada tajuk Menambah Pecahan sahaja, sedangkan banyak lagi topik yang ada dalam sukatan tahun 5. Masa yang diperuntukkan iaitu 10 jam sesi pengajaran, adalah terhad. Untuk memastikan sesuatu kemahiran diperolehi, lebih banyak masa perlu digunakan.

1.10 Definasi Istilah

Beberapa istilah matematik dan istilah lain telah digunakan di dalam kajian ini. Tersenarai adalah beberapa istilah dan penerangan ringkas istilah tersebut untuk mengelak berlaku kekeliruan dan salah tanggapan.

1.10.1 Keberkesanan

Menurut kamus Dewan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga (1994), keberkesanan bermaksud sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang diperolehi kesudahannya.

1.10.2 Kaedah

Kaedah ialah satu siri tindakan guru yang sistematik dan berturutan serta bertujuan mencapai objektif spesifik, iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran. Kaedah juga membawa implikasi penyusunan. Oleh itu kaedah mengajar juga bererti cara mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun dan teratur (Ee Ah Meng, 2002).

1.10.3 Kaedah Koperatif

Pendekatan keporatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Pembelajaran koperatif juga membawa maksud belajar bersama-sama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat. Setiap kumpulan terdiri daripada 2-4 ahli. 4 orang dalam kumpulan merupakan bilangan ahli yang paling sesuai. Ciri-ciri penting dalam pembelajaran ini adalah :-

(a) Dalam pendekatan koperatif, sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja.

(b) Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang sahaja, semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut.

(c) Dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsi dikalangan pelajar.

(d) Ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat.

(e) Guru hendaklah memupuk sikap positif seperti bekerjasama, bertolak ansur dan tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai.

(f) Guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan memuppuk konsep kendiri untuk membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif.

1.10.4 Pengajaran

Suatu tugasan mahupun aktiviti yang dirancang secara sistematik dan teliti dengan menggunakan kaedah untuk teknik mengajar untuk membimbing, menggalak, memotivasi murid supaya berinisiatif belajar bagi menguasai pengetahuan dan kemahiran baru (perubahan). Pengajaran juga boleh didefinasikan sebagai suatu cara dalam sistem mengajar melalui aktiviti proses yang dituju kepada murid bertujuan membawa perubahan kepada mereka. Secara ringkasnya, pengajaran ialah cara menyampaikan ilmu pengetahuan, mendidik, melatih, memberikan pentunjuk kepada orang lain.

1.10.5 Pembelajaran

Bermaksud satu proses yang menghasilkan perubahan tingkah laku seseorang individu di mana ia merupakan proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru.

1.10.6 topik

Topik adalah berasal dari bahasa Yunani topoi yang bererti tempat, dan tulis menulis berkaitan asas pembicaraan atau sesuatu yang menjadi landasan penulisan suatu artikel.

1.10.7 Pecahan

Menurut definasi yang diperoleh melalui Wikipedia, Pecahan (Bahasa Inggeris : fraction dari Bahasa Latin fractus, dipecahkan) ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan benda.

Pecahan terawal adalah salingan integer-integer yang menggunakan symbol mewakili satu perdua, satu pertiga, satu perempat, dan seterusnya.

Dalam perkembangan seterusnya, pecahan kasar atau pecahan biasa telah dibangunkan dan ia masih digunakan sehingga hari ini. Pecahan ini terdiri daripada satu pengangka dan satu penyebut, pengangka mewakili beberapa bahagian sama dan penyebut menunujukkan berapa banyak bahagian-bahagian tersebut yang membentuk keseluruhan. Sebagai contoh dalam pecahan , pengangka 3, menunujukkan bahagian sama, sementara penyebut 4 menunujukkan yang 4 bahagian yang membentuk keseluruhan.

1.10.8 Murid Tahun 5

Murid tahun 5 dalam kajian ini ialah murid sekolah rendah yang berumur dalam lingkungan sebelas tahun dan sedang mengikuti sesi persekolahan di Tahun 5.

1.11 Kepentingan Kajian

Pecahan adalah satu topik yang berkaitan dengan peratus dan Nombor Perpuluhan. Pecahan juga digunakan dalam kebanyakan topik lain dalam matematik iaitu dalam soalan berayat. Oleh sebab itu dengan memperkukuhkan kemahiran asas dalam topik pecahan ini Petak Ajaib Ku diperkenalkan.

Diharapkan hasil kajian akan mengatasi masalah topik pecahan pelajar secara khusus dan matematik secara amnya dan membantu mengatasi masalah keciciran pelajar luar Bandar dalam matapelajaran matematik. Daripada kajian juga diharapkan dapat memberikan maklumat kepada guru-guru matematik tentang kepentingan penggunaan kaedah pembelajaran koperatif bagi memastikan kejayaan pelajar. Guru juga dapat memperbaiki teknik pengajaran melalui kaedah pembelajaran koperatif.

Dari dapatan kajian ini juga diharapkan dapat memberikan kesedaran betapa perlunya kaedah yang pelbagai dan sesuai dalam menarik minat pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu maklumat yang diperolehi dari kajian ini amat penting dan berguna kepada guru yang baru mahupun guru yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini. Di sini perkongsian ilmu untuk mempelbagaikan teknik dan mengubahsuai corak pengajaran boleh diperolehi. Perkongsian ini bertujuan membantu guru mengkaji kelebihan dalam pengajaran dan pembelajaran koperatif yang berpusatkan pelajar.

Pentingnya kajian ini apabila guru mengakui bahawa pembelajarann koperatif lebih berkesan dan efektif dan penyataan ini telah dibuktikan dengan dapatan kajian-kajian sebelum ini berkaitan pembelajaran koperatif dilakukan dan keputusan yang diperolehi amat menakjubkan. Bagi meningkatkan kecemerlangan dan keberkesanan, pembelajaran koperatif perlu diimplementasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga akan terdidik dengan pembelajaran yang membentuk kerjasama dikalangan mereka, menggambarkan diri yang lebih baik, memupuk sikap kepimpinan bagi ketua kumpulan, lebih suka belajar dan suka dating ke sekolah. Proses-proses yang berlaku ini sekali gus memberi peluang dan menjernihkan pemikiran mereka supaya mudah menerima ilmu semasa pembelajaran.

1.12 Rumusan

Bab ini menghuraikan tentang latar belakang kajian, kerangka konsep, tujuan kajian ini dilakukan, persoalan yang timbul, objektif kajian, batasan kajian, difinasi istilah dan kepentingan kajian. Tujuan kajian ini adalah untuk menguji keberkesanan penggunaan teknik Petak Ajaib Ku dikalangan pelajar kategori sederhana dan lemah dalam topik menambah pecahan dan mengkaji keberkesanan kaedah pengajaran koperatif bagi mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran bagi topik tersebut. Bab ini juga merumuskan bahawa dengab mempergunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran koperatif akan dapat menyediakan peluang dan persekitaran yang baik untuk pelajar memacu pembelajaran secara bekerjasama dalam kumpulan. Sehubungan dengan itu kerangka konsep kajian yang telah dibincangkan sebelum ini dirangka untuk mencapai objektif kajian ini.

BAB 2TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Pembelajaran koperatif ialah suatu strategi pengajaran di mana pelajar saling membantu dalam sebuah kumpulan kecil, dengan mempunyai tujuan dan matlamat yang sama (Noraini, 2005). Kajian mendapapti penggunaan pembelajaran koperatif boleh meningkatkan pencapaian pelajar, pemikiran kreatif dan kritikal, kemahiran sosial dan interaksi kumpulan serta berkeyakinan dansaling menghormati. Kaedah koperatif juga merupakan kaedah yang boleh digunakan untuk menggalakkan para pelajar yang lemah dan berfikiran negatif terhadap Matematik. Melalui kaedah ini, rakan dalam sesuatu kumpulan dapat berkongsi pandangan dan berbincang secara bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan sesuatu masalah Matematik.Pembelajaran koperatif merupakan suatu kaedah yang menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar pada asasnya. Kaedah ini berstruktur dan menekankan penguasaan konsep pengetahuan maklumat dan kemahiran penyelesaian masalah Matematik. Ditambah dengan teknik-teknik tertentu serta ciri-ciri yang tersendiri. Selain daripada pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah yang semaksimum mungkin, mereka juga boleh bersosialisasi.

Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan ransangan dengan gerak balas. Pendapat tersebut terdapat pada teori kelaziman Klasik Pavlov. Ransangan ini boleh dikaitkan dengan satu ransangan lain untuk mendapatkan pembelajaran. Contohnya; seorang guru merangsang suasana pembelajaran yang menyeronokkan untuk menarik minat para pelajar untuk belajar.

2.2 Sejarah Pembelajaran Koperatif

Di negara barat, pengajaran dan pembelajaran koperatif telah dilaksanakan secara meluas. Kajian terhadap keberkesanan bekerja bersama-sama ke atas staf dan golongan pekerja telah dimulakan oleh beberapa pengkaji pada sekitar tahun 1980-an seperti Triplett (1898) di United Kingdom, States dan Mayer (1903) di Jerman dan diikuti oleh lebih 600 kajian di dalam bidang dan subjek dalam situasi yang berbeza.

Menurut kajian daripada ahli psikologi sosial, pembelajaran koperatif telah bermula sejak 1920-an. Manakala di dalam bilik darjah, kajian terperinci mengenai pelaksanaannya bermula pada awal 1970-an. Pada akhir 1970-an, pengajaran dan pembelajaran koperatif telah berkembang dengan pesatnya di England dan seterusnya idea tersebut diperluaskan ke Amerika pada awal 1980-an. (Cohen, 1994)

Seorang penyelidik terawal yang memberi tumpuan secara serius kepada perlaksanaan pendekatan pengajaran dan pembelajaran koperatif di sekolah dikenali sebagai Kolonel Francis Parker. Sebahagian besar hidupnya telah dihabiskan untuk menyumbang idea bagi melihat keberkesanan kaedah ini. Akhirnya kaedah ini telah menghasilkan kejayaan dan kebanggaan kepada dunia pendidikan. Sehubungan dengan kejayaan yang diperolehi, ramai pendidik telah melaksanakan kaedah pengajarakoperatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Di Malaysia, pengajaran dan pembelajaran berkumpulan telah diperkenalkan secara langsung sejak pelaksanaan KBSR (1983) dan KBSM (1988). Pelaksanaan kerja secara berkumpulan di dalam KBSR dan KBSM tidak menepati cirri-ciri berkumpulan yang disarankan di dalam pengajaran dan pembelajaran koperatif. Pengajaran dan pembelajaranb koperatif menekankan pencapaian matlamat serta kerja secara berkumpulan, iaitu pelajar-pelajar bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan kumpulan. Pembelajaran Koperatif di Malaysia masih diperingkat permulaandan memerlukan kajian yang sangat luas oleh para penyelidik pendidikan (Ng Kim Chong, 1999). Pengajaran dan pembelajaran Koperatif bukan sahaja merupakan satu inovasi pendidikan di Malaysia, tetapi juga merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai integrasi sosial serta menghasilkan rakyat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai murni sebagaimana yang dinyatakan dalam KBSR dan KBSM. Pada tahun 1992, banyak kursus serta pendedahan tentang kaedah dan konsep pengajaran dan pembelajaran koperatif telah dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (Abdul Rahim, 1998).

2.3 Teori-Teori Berkaitan

2.3.1 Teori Behaviorisme Mazhab Behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing an burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ransangan dan gerakbalas yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya, Teori Behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

2.3.2 Teori Piaget

Teori ini telah diperkenalkan oleh Jean Piaget yang berasal dari Switzerland. Dia merupakan pakar psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaimana kanak-kanak belajar. Daripada kajian dan pemerhatiannya,Piaget mendapati banyak perkembangan kognitif kanak-kanakberbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu peringkat deria motor (0-2 tahun), pra-operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11 tahun) dan operasi formal (11 tahun hingga dewasa). Walaubagaimanapun, usia ini tidak tetap dan ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri. Menurut Jere Confrey (1999),

Piagetian theory kindled my intense enjoyment of children and deep respect for their capabilitiesSebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini, kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pembelajaran konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar dapat membantu murid untuk memahami konsep matematik. Piaget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Beliauu juga menegaskan kepentingan interaksi idea-idea antara kanak-kanak tersebut dengan rakan-rakan sebayanya penting untuk perkembangan mental.

2.4 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Koperatif.Pengajaran dan pembelajaran Koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar-pelajar di dalam pelbagai kebolehan bekerjasama dalam satu kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. (Slavin,1990). Sasarannya adalah tahap pembelajaran maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi kepada rakan-rakan yang lain dalam kumpulan.Menurut Zahrah (1996), interaksi antara guru dan pelajar dalam kerja kumpulan menentukan tahap pencapaian objektif pengajaran guru. Interaksi dua hala dan secara kumpulan merupakan iklim sosial pembelajaran paling berkesan. Dengan cara ini, mereka tidak akan merasakan bahawa mereka berhadapan dengan peraturan yang menakutkan bahkan mereka akan berasa seronok sewaktu proses pembelajaran matematik.

Dalam pelaksanaan kaedah ini, ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan. Individu dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan yang berbeza bergantung kepada kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan adalah digalakkan. Pembelajaran koperatif menggalakan pelajar-pelajar berinteraksi secara aktif dan positif di dalam kelas. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang sesuai dengan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran koperatif.

2.5 Jenis-Jenis Pembelajaran Koperatif

Beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran koperatif yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh pendidikan ialah kaedah Jigsaw (Aronson, 1978), Team Games Tournaments TGT (Slavin, 1990), Students Teams Achievement Divisions STAD (Slavin, 1980) dan Team Assisted Individualization TAI (Slavin, 1985). Berikut adalah beberapa kaedah pembelajaran koperatif ;

2.5.1 Think Pair Share

Rajah 2.1 di bawah menerangkan langkah-langkah dalam Think Pair Share yang menitikberatkan kemahiran inter-personal pelajar untuk berbincang dengan ahli-ahli lain di dalam kumpulan. Cara ini menggalakkan pelajar berkongsi pendapat dengan ahli lain dan cara ini dapat mengelakkan sifat individualistic di kalangan pelajar.

Langkah 1 : Guru kemukakan soalan

Langkah 2 : Pelajar-pelajar fikirkan jawapan secara individu

Langkah 3 : Pelajar berkongsikan jawapan dalam pasangan/kumpulan

Langkah 4 : Pelajar-pelajar berkongsi jawapan dengan kelas

Rajah 2.1 Think Pair Share

2.5.2 Kumpulan PakarRajah 2.2 menerangkan struktur kumpulan pakar. Cara ini sangat berkesan untuk pendekatan berpusatkan pelajar. Kumpulan pakar akan memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Kumpulan pakar tidak semestinya orang yang sama. Setelah pelajar sederhana dan lemah menunjukkan peningkatan prestasi, mereka juga akan diberi peluang menjadi ahli kumpulan pakar. Guru dapat memberi perhatian yang sama kepada semua pelajar. Cara ini juga mampu meningkatkan keyakinan diri pelajar terutamanya kepada pelajar yang lemah.

Langkah 1 : Pembentukan kumpulan asal dan kumpulan pakar

Langkah 2 : Guru memanggil kumpulan pakar dan menerangkan sesuatu kemahiran

Langkah 3 : Kumpulan pakar kembali ke kumpulan asal dan mengajar ahli kumpulan.

Langkah 4 : Guru memberi soalan dan pelajar menyelesaikan bersama ahli kumpulan.

Rajah 2.2 Kumpulan Pakar

2.5.3 Numbered Heads Together (Kagan, 1985)

Rajah 2.3 menunjukkan langkah-langkah untuk Numbered Heads Together. Guru akan mengajar seperti biasa dengan memberi contoh dan penerangan kepada pelajar. Pelajar diberikan masa untuk menyalin contoh dan mereka akan bertanya soalan sekiranya mereka tidak faham. Cara ini akan mewujudkan kerjasama yang baik antara ahli kumpulan dan persaingan yang sihat antara kumpulan. Cara ini juga sesuai untuk soalan yang berbentuk penyelesaian masalah. Pelajar lemah tidak akan cuba menjawab soalan ini secara individu. Namun, apabila diletakkan secara berkumpulan, mereka kelihatan lebih yakin dan diharapkan mereka dapat membina kemahiran menyelesaikan masalah secara perlahan-lahan dengan bantuan rakan lain. Cara ini telah digunakan oleh pengkaji sepanjang tempoh kajian dibuat.

Langkah 1 : Setiap pelajar dalam setiap kumpulan diberikan satu nombor.

Langkah 2: Guru kemukakan 4 soalan

Langkah 3: Semua pelajar dalam setiap kumpulan berbincang bersama untuk mencari jawapan kepada soalan guru.

Langkah 4 : Guru menyebut satu nombor. Semua pelajar dari setiap kumpulan yang mempunyai nombor yang disebut akan menjawab soalan dari guru. Markah kumpulan bergantung kepada jawapan setiap ahli kumpulan.Rajah 2.3 Numbered Heads Together2.6 Unsur-Unsur Utama Dalam Pembelajaran Koperatif

2.6.1 Saling Bergantung Antara Satu Sama Lain Secara Positif

Sebagai satu kumpulan, pelajar-pelajar perlu bekerjasama. Keadaan ini akan tercapai melalui pembahagian tugas,pembahagian bahan, pembahagian sumber dan maklumat, memberi peranan yang berbeza bagi setiap ahli dan memberi ganjaran yang sama. Untuk mewujudkan satu situasi pengajaran dan pembelajaran yang koperatif, setiap pelajar mesti sedar bahawa dia hendaklah bergantung secara positif kepada ahli-ahli lain di dalam setiap kumpulan mereka.2.6.2 Akauntabiliti Individu Ke Atas Pembelajaran Diri Sendiri

Setiap ahli secara individu adalah bertanggungjawab untuk mempelajari bahan yang diberikan. Tujuan sesuatu situasi pembelajaran ialah untuk menghasilkan pencapaian individu yang maksimum. Setiap ahli seharusnya memberi bantuan dan sokongan yang sesuai kepada ahli-ahlinya.2.6.3 Saling Berinteaksi Secara Bersemuka

Pelajar didedahkan dalam satu keadaan supaya interaksi bersemuka boleh berlaku. Ini adalah interaksi dan juga perbualan antara ahli kumpulan yang akan mempengaruhi hasil sesuatu pembelajaran.

2.6.4 Kemahiran Inter-Personal

Pelajar-pelajar diajar kemahiran sosial yang diperlukan untuk bekerjasama dan mereka hendaklah digalakkan untuk menggunakan kemahiran itu.

2.6.5 Pemprosesan Secara Berkumpulan

Pelajar-pelajar memajukan pembelajaran pelajar lain dengan berkongsi,membantu dan menggalakkan usaha pembelajaran. Setiap keputusan perlu mengambil kira pendapat setiap ahli.

2.7 Kebaikan-Kebaikan Kaedah Pembelajaran Koperatif

Menurut kata Schoenfeld (1985), pengalaman pelajar-pelajar yang berjaya dalam mengurus pengetahuan sendiri semasa berada dalam kumpulan akan membantu mereka menyelesaikan masalah-masalah Matematik dengan lebih berkesan.

Pembelajaran koperatif menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Kaedah ini berstruktur dan menekankan penguasaan konsep pengetahuan maklumat dan kemahiran penyelesaian masalah Matematik. Selain daripada pelajar memperolehi ilmu pengetahuan, mereka juga boleh bersosialisasi. Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran yang memerlukan pelajar-pelajar saling bantu-membantu antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil dengan mempunyai matlamat bersama.

Kaedah kumpulan merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar khususnya dalam pembelajaran Matematik. Kaedah kumpulan sama kebolehan membolehkan guru membimbing pelajar-pelajar mengikut kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan mengikut keperluan masing-masing.Kaedah kumpulan pelbagai kebolehan memberikan pelajar-pelajar mengamalkan pengajaran sebaya, memupuk semangat kerjasama dan bertimbangrasa, perkembangan sahsiah dan kemahiran sosial (Buku Panduan KBSR, 1982)

Pengajaran dan pembelajaran koperatif akan menimbulkan peningkatan sejumlah idea dan mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran (Cohen, 1994). Pelajar dapat melahirkan idea daripada pelbagai perspektif dengan pelbagai alternatif penyelesaian masalah. Ini akan membuka ruang melahirkan pendapat dan membuat kesimpulan terhadap pemilihan idea yang baik. 2.8 Kajian Dalam Negara

Shahida Begun (1996), dalam kajiannya telah menggunakan aktiviti permainan, iaitu seramai 60 orang pelajar telah dipilih dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan pembelajaran koperatif dan satu lagi pembelajaran tradisional. Dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar daripada kumpulan koperatif adalah lebih baik pencapaiannya berbanding pelajar-pelajar daripada kumpulan tradisional.

Alimah Abdusiah (1997), telah mengadakan kajian secara eksperimen tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Eksperimen ini telah dijalankan ke atas kanak-kanak pemulihan tahun empat. Hasil kajian ini telah mendapati bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran koperatif ini sangat berkesan dalam meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu kanak-kanak tersebut.Ahmad Najdi Hj. Fadzil (2000), telah menjalankan kajian untuk menyelidik tentang keberkesanan pembelajaran secara koperatif dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi tingkatan empat. Kajian ini dijalankan ke atas 58 orang pelajar dari SM Agama Persekutuan Kajang. Hasil kajian ini menunjukkan pembelajaran secara koperatif sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar terutama dalam kemahiran membaca bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi tingkatan empat.

Suhaida Abdul Kadir (2002), dalam hasil dapatan kajian beliau mendapatiprestasi pembelajaran kumpulan koperatif lebih tinggi dan lebih signifikan berbanding dengan kumpulan pembelajaran trsdisional. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tahap hubungan sosial antara kedua-dua kumpulan. Secara keseluruhannya, kebanyakkan pelajar kumpulan pembelajaran koperatif menerima baik pelaksanaan pembelajaran secara kumpulan.

Norziha Binti Megat Mohd. Zainuddin (2005), telah menjalankan kajian ke atas 54 orang pelajar tahun satu sesi 2005/2006 semester 2 dari Kursus Teknologi Maklumat dan Multimedia, Kolej Sains dan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia,Kuala Lumpur untuk menguji keberkesanan pembelajaran koperatif untuk meningkatkan keupayaan prestasi pelajar dalam mempelajari Logik Digital. Hasil kajian mendapati pendekatan pembelajaran koperatif ini mampu untuk menyampaikan pelajaran secra berkesan dibandingkan dengan secara kuliah. Dapatan kajian ini juga membuktikan bahawa pembelajaran secara koperatif berupaya untuk meningkatkan kemahiran generik pelajar.Effendi Zakaria & Abdul Razak (2006), dalam kajiannya telah menjalankan pembelajaran koperatif ke atas pelajar matrikulasi dalam mata pelajaran matematik berbanding kaedah tradisional. Hasil kajian menunjukkan pelajar dalam kumpulan koperatif, mengatasi pelajar dalam kelas tradisionaldalam ujian pos dan kemahiran penyelesaian masalah.

Norziha Binti Megat Mohd. Zainuddin (2006), dalam kajiannya menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif meningkatkan keupayaan prestasi pelajar dalam mempelajari subjek Logik Digital. Pendekatan pembelajaran koperatif ini juga mampu untuk menyampaikan pelajaran secara berkesan dibandingkan dengan secara kuliah. Dapatan kajian ini juga membuktikan bahawa pembelajaran koperatif berupaya untuk meningkatkan kemahiran generik pelajar.Intan Sapinas Bahuri (2008), telah menjalankan kajian dalam Amalan Pembelajaran Koperatif di kalangan Pelajar Tingkatan Dua MRSM Gerik dan mendapati faktor rakan sebaya merupakan faktor yang paling dominan terhadap pembelajaran koperatif di kalangan pelajar tersebut.

Mimi Mohaffyza Mohamad et. Al (2010), menjelaskan kaedah koperatif adalah satu kaedah alternative selain kaedah berpusatkan guru. Kajian meliputi aspek aras pengetahuan,aras kefahaman,tahap motivasi dan rumusan aspek-aspek tersebut dalam pelaksanaan kaedah koperatif. Dapatan kajian menunjukkan setiap aspek yang dikaji merumuskan bahawa pelajar menerima kaedah ini sebagai pendekatan pengajaran berdasarkan kepada minat yang ditunjukkan berada pada tahap yang tinggi. Kesimpulannya, kaedah ini boleh digunakan khususnya bagi tajuk-tajuk yang sukar dan memberi gambaran positif kepada pelajar-pelajar yang baru memasuki alam persekolahan peringkat menengah.Azizi Yahya (2010) telah menjalankan kajian khusus tentang pembelajaran koperatif berkaitan tentang cirri-ciri, prinsip-prinsip dan kebaikan pendekatan peembelajaran koperatif. Beliau mendapati pembelajaran koperatif dapat memberikan motivasi yanglebih tinggi untuk berjaya kerana seseorangbukan sahaja mencapai kejayaan untuk diri sendiri, malah untuk rakan sekumpulan juga. Keadaan ini menyebabkan lebih masa ditumpukan pada sesuatu tugas dan akan meningkatkan pembelajaran.2.9 Kajian Luar Negara

Johnson dan Anderson (1976) telah mendefinasikan pembelajaran koperatif di dalam kajian mereka sebagai satu kaedah yang mengkehendaki pelajar belajar bersama-sama dalam menyiapkan pembelajaran koperatif bagi setiap kumpulan. Ahli kumpulan akan saling bantu-membantu memberi penerangan sesame mereka dan tidak bergantung kepada guru. Guru akan memberikan pujian ke atas kumpulan yang menunjukkan hasil kerja yang memuaskan.

Di dalam kajian yang lain pula, Johnson dan scott (1978) menakrifkan pembelajaran koperatif dengan membezakannya dengan pembelajaran secara individu. Pembelajaran koperatif berlaku apabila pencapaian seseorang pelajar bergantung kepada pencapaian rakan sekumpulan. Sebaliknya dalam pembelajaran individu, pencapaian seseorang pelajar tidak bergantung kepada pencapaian pelajar lain.

Di dalam pembelajaran koperatif, interaksi sesame pelajar diberi tumpuan di dalam proses pembelajaran (Sharan,1980; Webb,1982). Secara umumnya para sarjana melihat pembelajaran koperatif sebagai satu strategi pembelajaran berkumpulan yang mana di dalamnya pelajar berinteraksi sesame mereka dan saling bantu-membantu di dalam proses pembelajaran.Strategi pembelajaran koperatif merupakan satu proses pembelajaran yang berlaku secara berkumpulan dalam menguasai bahan pengajaran yang diberikan oleh guru (Slavin,1990). Cohen (1994), menakrifkan pembelajaran koperatif sebagai kerjasama yang dilakukan oleh pelajar dalam satu kumpulan kecil yang melibatkan semua ahli di dalam tugas yang diberikan tanpa penyeliaan guru secara langsung.

Menurut Coelho (1994), selain daripada pencapaiaan akademik, kaedah ini dikatakan memberi penekaan kepada pembangunan kemahiran sosial dan diasaskan mengikut pandangan humanistic yang berpendapat pendidikan sepatutnya berpusatkan pelajar dan di bawah kawalan pelajar. Manakala guru hanya sebagai pembimbing dan pemudah cara.Di bawah pembelajaran koperatif, keupayaan peelaja yang berkebolehan tinggi dan sederhana boleh dimanfaatkan untuk membantu pelajar yang berkebolehan rendah di dalam perakaunan. Kajian-kajian di luar Negara menunjukkan pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan pencapaian pelajar di dalam berbagai mata pelajaran untuk semua peringkat pendidikan ( Johnson, Maruyama, Nelson dan Skon, 1981). Di dalam kajian kes yang dibuat oleh Lindquist (1995) di dalam kelas audit, didapati pencapaian pelajar meningkat apabila beliau menggunakan kaedah pembelajaran koperatif.

Menurut Garret, K.J. (1998), pengajaran dan pembelajaran koperatif menggalakkan pelajar-pelajar bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk berbincang serta menyelesaikan sesuatu masalah. Kaedah ini juga dapat meningkatkan prestasi pelajar melalui persaingan di antara mereka yang dapat dilihat semasa perbincangan di antara mereka di dalam kumpulan.

2.10Rumusan

Hasil tinjauan literatur, bolehlah disimpulkan bahawa banyak kajian kes yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas menunjukkan pembelajaran koperatif jelas terbukti memberi kesan yang positif terhadap prestasi pelajar. Secara keseluruhan, hasil kajian kebanyakan daripada kajian lepas memberi respon positif dan menggalakkan dan menyokong kaedah pengajaran koperatif disekolah-sekolah. Ini adalah kerana ianya memberi kesan positif pada sikap dan perubahan pelajar yang membawa kepada peningkatan kemahiran pelajar dalam matapelajaran matematik.

Pembelajaran koperatif memfokus kepada penggunaan stategi bilik darjah, interaksi guru dengan pelajar. Secara jelas, pembelajaran koperatif lebih bersifat keseluruhan daripada berbanding pembelajaran tradisional yang menekankan pelajar menyimpan bahan pembentangan daripada guru.Sememangnya pembelajaran koperatif memberi kesan yang baik dalam pembelajaran matematik. Pelajar didedahkan dengan cara berkomunikasi dan berkongsi segala dapatan ilmu bersama rakan. Pelajar yang berpengalaman mengikuti kaedah koperatif dalam pembelajarannya, mempunyai minat dan motivasi yang tinggi terhadap subjek matematik dan membantu meningkatkan pencapaian mereka. Kajian ini pula akan mengkaji sejauh mana pembelajarn koperatif memberi kesan kepada minat dan pencapaian pelajar dalam matematik.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Menurut Othman Mohamed (2001), metodologi atau kaedah kajian ialah satu prosedur yang sistematik menggabungkan penyesuaian pendekatan kajian serta analisis data yang sealiran dengan peraturan tersendiri bagi memastikan prestasi penyelidikan dicapai dengan baik dan sempurna. Kaedah kajian adalah yang paling penting untuk mencapai keputusan yang sah dan boleh dipercayai. Metodologi yang terperinci dan sistematik akan member makna yang berkesan dan menyokong hipotesis yang diuji. Metodologi menerangkan bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan. Dalam bab ini, kaedah-kaedah yang akan digunakan oleh penyelidik untuk mengumpul data akan dihuraikan.

Penggunaan kaedah kajian yang sesuai amat penting bagi menentukan keberhasilan sesuatu kajian itu mampu dilaksanakan dengan teratur, sistematik, cepat dan bersesuaian dengan masa dan penggunaan tenaga yang minima. Sesebuah kajian tidak akan lengkap tanpa mengambil kira kaedah sesuatu kajian itu dijalankan.

Kajian bertujuan menguji keberkesanan kaedah koperatif ke atas pelajar Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Felda Raja Alias 3 untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran dalam topik Pecahan untuk kemahiran menambah pecahan dengan penyebut berbeza. Keberkesanan Petak Ajaibku dapat dilihat dalam penggunaannya dalam topic pecahan ini. Melalui bab ini juga, perbincangan berkaitan reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, instrument kajian, kajian rintis, tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisis data akan dilakukan.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Menurut Creswall (2002), reka bentuk kajian secara kuantitatif merupakan salah satu daripada lapan kaedah reka bentuk yang sering digunakan oleh penyelidik dalam membuat kajian yang berkaitan dengan pendidikan. Bagi kajian ini, reka bentuknya bersifat kuantitatif iaitu reka bentuk ekperimental di mana pengkaji membandingkan prestasi di antara dua kumpulan. Ia melibatkan dua kumpulan pelajar, iaitu pelajar kumpulan rawatan (Kumpulan B) dan kumpulan kawalan (Kumpulan A). Kumpulan rawatan mempelajari penambahan pecahan dengan penyebut berbeza dengan kaedah pembelajaran koperatif manakala kumpulan kumpulan kawalan mempelajari tajuk yang sama melalui kaedah tradisional iaitu pengajaran chalk and talk. Kedua-dua kumpulan menduduki ujian pra sebelum kajian dan ujian pasca selepas kajian bagi memperoleh skor pencapaian Matematik untuk dianalisis.

Rajah 3.1 Langkah-Langkah Menjalankan Kajian

3.3 Populasi dan Sampel

Menurut Mohd. Majid Konting (1990), populasi merupakan cerapan ke atas sekumpulan individu atau objek. Individu atau objek yang dicerap mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu ciri atau sifat yang sama antara satu sama lain. Tiap-tiap individu atau objek dalam sesuatu populasi mungkin berbeza dalam banyak segi, namun tiap-tiap individu mestilah mempunyai tidak kurang daripada satu ciri yang sama. Populasi boleh didefinisikan sebagai set ciri yang menunjukkkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek.

Dalam menjalankan kajian ini, sampel yang digunakan ialah pelajar-pelajar Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Felda Raja Alias 3. Sampel kajian dipilih secara persampelan bertujuan. Ia terdiri daripada 30 pelajar Tahun 5 daripada kelas yang sama. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Untuk pembelajaran koperatif kumpulan rawatan dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil dengan 4 orang ahli berkategori sederhana dan lemah di dalam setiap kumpulan. Pengajaran menggunakan kaedah koperatif akan dipraktikkan pada kumpulan rawatan sahaja oleh pengkaji untuk tempoh selama 10 jam, manakala kumpulan kawalan akan diajar dengan kaedah tradisional iaitu pengajaran chalk and talk yang berpusatkan guru.

Dari segi jantina, sampel kajian ini terdiri daripada 13 orang lelaki dan 17 orang perempuan. Kumpulan rawatan terdiri daripada 6 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan manakala kumpulan kawalan terdiri daripada 7 orang pelajar lelaki dan 7 orang pelajar perempuan.

3.4 Alatan Kajian/Instrumen

Menurut Van Dalen (1979), alat-alat ukurpenyelidikan dapat dikelaskan beberapa kategori berdasarkan kepada cirri-ciri yang diukur. Maka instrumen yang dipilih oleh penyelidik dalam kajian ini adalah ingin mengukur ciri-ciri prestasi dan perubahan minat dan sikap subjek (penguasaan kemahiran). Penyelidik akan menjalankan dua ujian ke atas semua subjek iaitu pra ujian dan pasca ujian serta satu soal selidik pada peringkat akhir ujian.

Dua instrument digunakan dalam kajian ini, iaitu :

a) Ujian Pra dan Ujian Pasca / Ujian Pos

b) Soal selidik

3.4.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian ini digunakan dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca iaitu 10 soalan subjektif yang sama. Ujian Pra diberi pada awal sesi sebelum pengajaran kaedah koperatif dilakukan untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar. Ujian Pasca diberi selepas pembelajaran koperatif + penggunaan Petak Ajaibku berlaku selepas tempoh 10 jam untuk semua pelajar dalam kumpulan rawatan dan 10 jam pengajaran tradisional (chalk and talk) kepada kumpulan kawalan untuk menentukan peningkatan dan perubahan pemahaman dan tingkahlaku pelajar di dalam kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kedua-dua Ujian Pra dan Pasca diberi kepada kesemua 30 orang pelajar.

3.4.2 Soal Selidik

Diberi kepada lesemua 16 orang pelajar kumpulan rawatan selepas 10 jam sesi Pembelajaran Koperatif + penggunaan Petak Ajaibku. Soalan soal selidik akan menumpukan pada sikap, motivasi dan prestasi pelajar. Melalui maklumbalas di dalam borang soal selidik, data-data dapat dikumpul dan di susun semula mengikut kriteria yang diperlukan untuk tujuan analisis. Data-data hasil maklumbalas pelajar dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan juga peratusan menerusi jadual-jadual. Skala yang digunakan adalah

SETUJU : -STIDAK PASTI: -TPTIDAK SETUJU : -TS

3.5 Kajian Rintis

Untuk menguji kesahan, instrumen ini telah disemak oleh Ketua Panitia Matematik dan Guru Matematik Tahun 5. Panel ini dipilih berdasarkan penglibatan mereka secara langsung dalam pendidikan Matematik sekolah rendah. Hasil maklum balas dan komen daripada panel tersebut tentang skop ujian dan bilangan soalan, perubahan dilakukan oleh pengkaji untuk memastikan ia kekal sebagai instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Seterusnya, satu kajian rintis telah dijalankan bertujuan untuk menguji lagi spesifikasi instrumen dari aspek penentuan masa ujian, bilangan soalan dan bahasa yang digunakan. Seramai 20 orang pelajar yang bukan terdiri daripada subjek kajian tetapi mempunyai kebolehan yang hampir sama telah dikenalpasti oleh pengkaji untuk melaksanakan kajian rintis ini. Pelajar yang terlibat dalam kajian rintis dipilih daripada pelajar Tahun 6 UKM, Sekolah Kebangsaan Felda Raja Alias 3.

3.6 Tatacara Pengumpulan Data

3.6.1 Pemerolehan Kebenaran

Sebelum kajian dijalankan, kebenaran telah diperoleh daripada :

a) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Felda Raja Alias 3

b) Guru-guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Felda Raja Alias 3

c) Guru-guru Sekolah Kebangsaan Felda Raja Alias 3

d) Ibubapa pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Raja Alias 3

3.6.2 Langkah-Langkah Pemungutan Data

a) Menerangkan kepada guru pembimbing teknik koperatif yang akan dijalankan untuk kumpulan rawatan bagi topik penambahan pecahan dengan penyebut berbeza. Menerangkan juga prosedur penggunaan Petak Ajaibku.

b) Guru memberi ujian Pra kepada kedua-dua kumpulan. Masa yang diberikan ialah 40 minit bagi 10 soalan subjektif. Semua jalan kerja perlu ditunjukkan oleh pelajar.

c) Pengajaran secara formal dijalankan oleh guru, iaitu kumpulan rawatan mempelajari topik pecahan dengan teknik pembelajaran koperatif selama 6 jam. Manakala kumpulan kawalan mempelajari topik tersebut secara tradisional juga selama 6 jam.

d) Selepas pengajaran secara formal selesai, guru memberikan ujian Pasca pula, iaitu 10 soalan yang sama dengan ujian Pra. Masa diperuntukkan selama 40 minit.

e) Sesi temubual dengan guru yang terlibat dalam kajian ini untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi semasa beliau menjalankan pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran menambah pecahan dengan penyebut berbeza dengan menggunakan kaedah pembelajaran tradisional.

f) Soal selidik akan diberi kepada kesemua 16 orang pelajar di dalam kumpulan rawatan sahaja untuk mengetahui persepsi mereka bagi pembelajaran koperatif dan penggunaan Petak Ajaibku yang telah dijalankan ke atas mereka.

g) Pemerhatian dilakukan dari masa ke semasa semasa pengajaran dan pembelajaran koperatif dilakukan.

3.6.3 Pengumpulan Data Kajian

Pengumpulan data kajian akan dijalankan dalam dua peringkat, iaitu peringkat pertama ialah Ujian Pra dan peringkat kedua pula ialah Ujian Pasca. Kertas soalan ini dikumpulkan oleh guru untuk pemeriksaan dan pemberian skor direkodkan.

Kadar SkorNilai Skor

Jawapan yang betul2

Jawapan yang salah0

JADUAL 3.1 Skor Jawapan Ujian Pra dan Ujian Pasca

3.7 Tatacara Penganalisisan Data

Berpandukan jawapan-jawapan maklumbalas dari borang soal selidik, pengkaji akan mengumpul semua data untuk dianalisis. Data dikumpulkan dan disusun semula mengikut bilangan dan persoalan-persoalan berkaitan yang dikaji untuk memudahkan proses membuat rumusan dan kesimpulan. Data daripada soal selidik akan dipersembahkan dalam bentuk jadual.

Data daripada ujian Pra dan ujian Pasca akan dipersembahkan dalam bentuk bilangan kekerapan, purata dan peratusan. Di samping itu, data juga akan dipersembahkan dalam bentuk jadual, carta paid an carta palang supaya analisis dan huraian lebih mudah dilihat dan difahami.

3.8 Rumusan

Bab ini menerangkan metodologi yang digunakan untuk kajian ini iaitu mengenai rekabentuk kajian, populasi dan sampel kajian, alatan kajian /instrumen kajian, kajian rintis, tatacara pengumpulan data dan tatacara analisis data. Adalah diharapkan data yang diperolehi dari hasil kajian akan membantu penyelidik mengkaji keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dalam pembelajaran pecahan di samping penggunaan teknik Petak Ajaibku.

3.9RUJUKAN

Abdul Rahim Abd Rashid.(1996).Matematik:Mengapa Bumiputra Masih Lemah.

Kuala Lumpur:Dewan Masyarakat.

Dewan Bahasa dan Pustaka(1994).Kamus Dewan Edisi Ketiga.Kuala Lumpur:Kementerian Pendidikan Malaysia.

Effandi Zakaria (1998).Pembelajaran Koperatif.Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia.

Gan Teck Hock.(2000).Menangani Penguasaan Kemahiran Asas Matematik Melalui Pembelajaran Koperatif.Maktan Perguruan Sarawak,Miri.

Mak Soon Sang.(1993).Penyuburan dan Pengkaedahan Matematik,Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman.

Mak Soon Sang.(1993).Pengajian Matematik Untuk Kursus Perguruan.Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman.

Noraini Idris.(2005).Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik.Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

KUMPULAN

B

KUMPULAN

A

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA TRADISIONAL

HASIL

PRSTASI

MINAT

PENGUASAAN KEMAHIRAN

UJIAN PRA

KUMPULAN RAWATAN (B)

Cara pembelajaran secara koperatif + Petak Ajaibku

KUMPULAN KAWALAN (A)

Cara pembelajaran tradisional Chalk & Talk

SOAL SELIDIK

UJIAN PASCA

6