2
PENGENALAN Praktikum adalah satu latihan mengajar yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Latihan praktikum yang dijalankan ini memberikan peluang kepada pelatih untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program secara berperingkat ini memberikan tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing melalui perkongsian pintar dan pemuafakatan antara angensi-agensi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Bagi praktikum fasa tiga (3) ini, saya telah ditempatkan di Sk Kg. Biah, Keningau bersama rakan saya yang berada dalam opsyen yang sama iaitu opsyen Pendidikan Seni Visual. Sekolah ini terletak lebih kurang 10 km perjalanannya dari pekan Keningau dan 4 km daripada IPG kampus keningau. Tidak dapat dinafikan bahawa saya berasa bersyukur dapat ditempatkan di sekolah tersebut kerana pengalaman dan pengajaran yang bakal saya perolehi dari pihak sekolah itu tiada nilai gantinya. PERNYATAAN HASRAT Praktikum fasa tiga (3) ini merupakan praktikum yang terakhir bagi saya yang dijalankan selama 12 minggu bermula 02 Feb sehingga 01 Mei 2015. Terus terang saya katakan walaupun ini bukan pertama kali saya menjalani praktikum namun, saya agak risau dan bimbang mengenai latihan yang akan saya hadapi. Walaupun saya telah biasa berhadapan dengan murid semasa Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) , Praktikum Fasa 1 & 2 tetapi kali ini suasana agak berlainan kerana saya akan mengajar di tempat yang baharu dengan suasana yang lain, serta murid yang berlainan. Walaupun saya telah menjalani latihan mengajar di dalam kuliah iaitu micro teaching dan macro teaching namun saya tetap merasa risau dengan kemahiran yang saya miliki dan latihan yang akan saya hadapi, hal ini keranan latihan kali ini sangat berlainan dengan apa yang telah saya pelajari semasa kuliah. Saya mula bertanya dengan senior yang berpraktikum di SK Kg. Biah bagi mengetahui sikap-sikap murid di sekolah tersebut dan ini sedikit sebanyak membantu saya dalam mengetahui sikap murid yang akan saya tempuhi. Adalah menjadi harapan saya sebagai bakal pendidikan masa hadapan, pengalaman saya semasa pembelajaran dalam kelas akan menjadi panduan saya semasa mengajar dalam subjek opsyen saya iaitu Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Moral. Selain itu juga, saya juga berharap praktikum fasa tiga ini akan menjadi pengalaman yang bermakna kepada saya untuk dijadikan panduan semasa menempuh dunia pendidik yang akan saya tempuhi kurang daripada 1

Penyataan Profesional

  • Upload
    lee-joy

  • View
    218

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Praktikum

Citation preview

PENGENALANPraktikum adalah satu latihan mengajar yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Latihan praktikum yang dijalankan ini memberikan peluang kepada pelatih untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program secara berperingkat ini memberikan tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing melalui perkongsian pintar dan pemuafakatan antara angensi-agensi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).Bagi praktikum fasa tiga (3) ini, saya telah ditempatkan di Sk Kg. Biah, Keningau bersama rakan saya yang berada dalam opsyen yang sama iaitu opsyen Pendidikan Seni Visual. Sekolah ini terletak lebih kurang 10 km perjalanannya dari pekan Keningau dan 4 km daripada IPG kampus keningau. Tidak dapat dinafikan bahawa saya berasa bersyukur dapat ditempatkan di sekolah tersebut kerana pengalaman dan pengajaran yang bakal saya perolehi dari pihak sekolah itu tiada nilai gantinya.

PERNYATAAN HASRATPraktikum fasa tiga (3) ini merupakan praktikum yang terakhir bagi saya yang dijalankan selama 12 minggu bermula 02 Feb sehingga 01 Mei 2015. Terus terang saya katakan walaupun ini bukan pertama kali saya menjalani praktikum namun, saya agak risau dan bimbang mengenai latihan yang akan saya hadapi. Walaupun saya telah biasa berhadapan dengan murid semasa Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) , Praktikum Fasa 1 & 2 tetapi kali ini suasana agak berlainan kerana saya akan mengajar di tempat yang baharu dengan suasana yang lain, serta murid yang berlainan.Walaupun saya telah menjalani latihan mengajar di dalam kuliah iaitu micro teaching dan macro teaching namun saya tetap merasa risau dengan kemahiran yang saya miliki dan latihan yang akan saya hadapi, hal ini keranan latihan kali ini sangat berlainan dengan apa yang telah saya pelajari semasa kuliah. Saya mula bertanya dengan senior yang berpraktikum di SK Kg. Biah bagi mengetahui sikap-sikap murid di sekolah tersebut dan ini sedikit sebanyak membantu saya dalam mengetahui sikap murid yang akan saya tempuhi.Adalah menjadi harapan saya sebagai bakal pendidikan masa hadapan, pengalaman saya semasa pembelajaran dalam kelas akan menjadi panduan saya semasa mengajar dalam subjek opsyen saya iaitu Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Moral. Selain itu juga, saya juga berharap praktikum fasa tiga ini akan menjadi pengalaman yang bermakna kepada saya untuk dijadikan panduan semasa menempuh dunia pendidik yang akan saya tempuhi kurang daripada 1 tahun lagi. Saya juga berharap sepanjang saya menjalani praktikum kali ini saya tidak akan menghadapi masalah yang menyebabkan saya gagal dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru pelatih. Saya juga mengharapkan tunjuk ajar daripada warga Sk Kg Biah khususnya guru pembimbing saya serta pensyarah yang sangat berpengalaman dalam bidang pendidikan. Saya juga berharap fasa latihan ini akan meningkatkan penguasaan saya dalam penguasaan pedagogi dan pengalaman saya mengajar. Bak kata pepatah, semoga praktikum fasa dua ini dijadikan batu loncatan kepada saya untuk meningkatkan lagi ilmu saya dalam dunia pendidik.Secara keseluruhannya, saya berasa sangat gembira untuk menjalani Praktikum Fasa Tiga ini untuk mempelajari lebih banyak ilmu selain menimba lebih pengalaman dalam memantapkan lagi serta menyediakan diri saya untuk menempuh alam pendidikan yang semakin mencabar hari demi hari.

________________________( STANLEY SULIM )