2
PENYATAAN PROFESIONAL Pada semester 5 ini, saya Surialiku Binti Kamarudin sebagai siswa guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan wajib menjalani praktikum atau latihan mengajar selama empat minggu bagi fasa satu. Hal ini demikian kerana latihan mengajar di sekolah akan memberikan pengalaman sebenar menjalani kerjaya sebagai seorang guru.saya bersama seorang rakan di tempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kg Seri Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan untuk menjalani Amalan Profesional 1 bermula pada 22 Jun 2015 sehingga 17 Julai 2015. Sesungguhnya latihan mengajar ini dilaksanakan bagi memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Sebagai bakal guru, saya berazam dan amat berharap melalui latihan mengajar di sekolah ini mampu membina jati diri sebagai seorang guru di samping menyesuaikan diri dengan persekitaran, budaya dan suasana persekolahan. Saya berharap kehadiran saya dan rakan ke sekolah berkenaan diterima oleh para guru, murid dan kakitangan sekolah. Justeru, saya perlu menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah tanpa mengira status jawatan, kaum, agama dan sebagainya. Sesungguhnya pendedahan awal berkaitan gaya pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia khususnya di sekolah tersebut akan memberikan pengalaman dan pengetahuan baharu serta dapat membantu saya membina identiti sebagai seorang guru yang berkaliber pada masa hadapan. Selain itu, saya berasa amat bertuah kerana ditempatkan di sekolah ini yang merupakan salah satu sekolah yang mempunyai pelbagai etnik. Oleh hal yang demikian, saya amat berharap kehadiran kami di sini mampu memberi impak kepada suasana persekitaran yang positif dan lebih bermakna. Malah akan meningkatkan keyakinan dan jati diri keguruan dalam menempuhi apa jua cabaran mendatang sama ada semasa menjalani praktikum dan apabila bergelar guru kelak. Saya juga berdoa dan berharap agar segala ilmu yang telah saya pelajari di Institut akan dapat dipraktikkan dengan sebaik mungkin bagi membantu meningkatkan prestasi murid di sekolah ini. Justeru, melalui latihan praktikum ini juga dapat menguji sejauhmana pengetahuan saya menggunakan strategi, kaedah dan pendekatan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Saya mengharapkan bimbingan yang terbaik daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing agar dapat memberikan bimbingan serta tunjuk ajar yang mantap. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu saya memperbaiki dan meningkatkan mutu pengajaran dari semasa ke semasa. Akhir sekali, diharapkan seluruh warga SJK Cina Kg Seri Sikamat, Seremban, dapat menerima kehadiran saya dengan memberikan kerjasama serta

Penyataan Profesional

Embed Size (px)

DESCRIPTION

praktikum

Citation preview

Page 1: Penyataan Profesional

PENYATAAN PROFESIONAL

Pada semester 5 ini, saya Surialiku Binti Kamarudin sebagai siswa guru di Institut

Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan wajib menjalani praktikum atau

latihan mengajar selama empat minggu bagi fasa satu. Hal ini demikian kerana latihan

mengajar di sekolah akan memberikan pengalaman sebenar menjalani kerjaya sebagai

seorang guru.saya bersama seorang rakan di tempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Kg Seri Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan untuk menjalani Amalan Profesional 1

bermula pada 22 Jun 2015 sehingga 17 Julai 2015. Sesungguhnya latihan mengajar ini

dilaksanakan bagi memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Institut Pendidikan

Guru Malaysia (IPGM).

Sebagai bakal guru, saya berazam dan amat berharap melalui latihan mengajar di

sekolah ini mampu membina jati diri sebagai seorang guru di samping menyesuaikan diri

dengan persekitaran, budaya dan suasana persekolahan. Saya berharap kehadiran saya

dan rakan ke sekolah berkenaan diterima oleh para guru, murid dan kakitangan sekolah.

Justeru, saya perlu menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah tanpa mengira status

jawatan, kaum, agama dan sebagainya. Sesungguhnya pendedahan awal berkaitan gaya

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia khususnya di sekolah tersebut akan

memberikan pengalaman dan pengetahuan baharu serta dapat membantu saya membina

identiti sebagai seorang guru yang berkaliber pada masa hadapan.

Selain itu, saya berasa amat bertuah kerana ditempatkan di sekolah ini yang

merupakan salah satu sekolah yang mempunyai pelbagai etnik. Oleh hal yang demikian,

saya amat berharap kehadiran kami di sini mampu memberi impak kepada suasana

persekitaran yang positif dan lebih bermakna. Malah akan meningkatkan keyakinan dan jati

diri keguruan dalam menempuhi apa jua cabaran mendatang sama ada semasa menjalani

praktikum dan apabila bergelar guru kelak. Saya juga berdoa dan berharap agar segala ilmu

yang telah saya pelajari di Institut akan dapat dipraktikkan dengan sebaik mungkin bagi

membantu meningkatkan prestasi murid di sekolah ini. Justeru, melalui latihan praktikum ini

juga dapat menguji sejauhmana pengetahuan saya menggunakan strategi, kaedah dan

pendekatan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Saya mengharapkan bimbingan

yang terbaik daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing agar dapat memberikan

bimbingan serta tunjuk ajar yang mantap. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu

saya memperbaiki dan meningkatkan mutu pengajaran dari semasa ke semasa.

Page 2: Penyataan Profesional

Akhir sekali, diharapkan seluruh warga SJK Cina Kg Seri Sikamat, Seremban, dapat

menerima kehadiran saya dengan memberikan kerjasama serta tunjuk ajar sepanjang saya

berada di sekolah ini. Saya akan sentiasa berusaha dan bersedia untuk menimba sebanyak

mungkin pengalaman dan pengetahuan baru serta berlapang dada menerima teguran dan

komen membina untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu pengajaran saya. Saya berdoa

dan berharap agar segala harapan dan impian saya dapat direalisasikan kelak. Amin.