Pepejal Cecair Dan Gas

  • View
    182

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

as

Text of Pepejal Cecair Dan Gas

  • MODUL PENGAJARAN KENDIRISIFAT BAHAN

    1 PEPEJAL,CECAIRdaD GAS

  • MODUL PENGAJARAN KENDIRI~IFATBAHAN

    Li PEPEJAL,CECAIRdan GAS

    SHAHAROM NOORDIN

    Dewan Bahasa dan PustakaKementerian Pendidikan Malaysia

    Kuala Lumpur1995

  • KK 530 7446 4101

    Cetakan Pertama 1995 Shaharom Noordin 1995

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana baha-gian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku mi dalam apa juga bentuk dandengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman,atau cara lain sebelum mendapat jim bertulis daripada Ketua Pengarah, DewanBahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perun-

    dingan tertakiuk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

    Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

    Shaharom NoordinModul pengajaran kendiri: sifat bahan pepejal, cecairdan gas / Shaharom Noordin.Bibliografi: hlm. 45ISBN 983-62-4807-21. Matter--Properties--Study and teaching.2. Teaching--Aids and devices. I. Judul.530.4 1207

    Diatur Huruf oleh Dewan Bahasa dan PustakaMuka Taip Teks: Times Roman

    Saiz Taip Teks: 11/13 poin

    Dicetak olehPercetakan Dewan Bahasa dan PustakaLot 1037, Mukim Perindustrian PKNS

    Ampang/Hulu KelangSelangor Darul Ehsan

    RM 7.00

  • KANDUNGAN

    Kata Pengantar vii

    1. Rasional 2

    2. Aktiviti Utama 3

    3. Praujian 64. Objektif Pembelajaran 115. Isi Kandungan dan Aktiviti Pembelajaran Teras 11

    5.1 Keadaan Jirim 115.2 Aktiviti Pelajar 1: Pepejal 175.3 Aktiviti Pelajar 2: Cecair 205.4 Aktiviti Pelajar 3: Gas 225.5 Ringkasan Konsep 235.6 Istilah 26

    6. Ujian Diagnostik 297. Bahagian Pemulihan 338. Bahagian Pengayaan 359. Makium Balas 40

    10. Rujukan 44

    V

  • KATA PENGANTAR

    Modul Pengajaran Kendiri 1 (MPK I) mi ditulis bertujuan khu-sus untuk membantu para pelajar supaya boleh berterusan mem-pelajari tajuk Pepejal, Cecair dan Gas secara individu. Strategipembelajaran dengan menggunakan modul pengajaran kendiri(MPK) mi sangat sesuai untuk para pelajar yang mempelajarimata pelajaran Fizik buat pertama kalinya. Penyediaan isi kan-dungannya berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran FIZIKKBSM Tingkatan IV. Untuk memastikan keberkesanan modulpengajaran kendiri mi dalam pembelajaran, para pelajar yangmenggunakannya perlulah mengikuti langkah-langkah berikut:

    1. Patuhi semua arahan yang terdapat di dalam modul penga-jaran kendiri (MPK) mi.

    2. Fahamkan konsep yang dibincangkan di dalam modulpengajaran kendiri (MPK) mi terlebih dahulu.

    3. Fahamkan contoh-contoh masalah yang diberi sebagaiilustrasi bagi konsep yang dibincangkan.

    4. Uji kefahaman anda tentang konsep yang dibincangkan de-ngan menjawab soalan-soalan di bahagian yang berkaitan.

    Jawapan bagi semua soalan terdapat di bahagian MakiumBalas. Para pelajar dinasihatkan hanya merujuk kepadajawapan-jawapan tersebut setelah anda gagal menyelesaikansoalan-soalan yang berkenaan.

    vii

  • Akhirnya penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepadapara guru mata pelajaran Fizik di sekolah-sekolah yang terlibatdalam projek mi khususnya kepada pihak Sekolah MenengahBenut dan Sekolah Sri Perhentian Pontian serta Sekolah Mene-ngah Teknik, Johor Bahru kerana mempraktikkan modul penga-jaran kendiri (MPK) mi dalam proses pengajaran dan pembela-jaran. Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada pihakUnit Penyelidikan dan Pembangunan (UPP) Universiti Tekno-logi Malaysia kerana menyediakan peruntukan untuk menjalan-kan projek mi. Semoga kerjasama yang diberikan itu akan ber-terusan demi meningkatkan lagi mutu pendidikan di negara kitaterutamanya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran.

    Shaharom Noordin

    Viii

  • PENGENALAN

    1 Rasional2 Aktiviti Utama3 Praujian

    1

  • Antara sebab-sebab pembelajaran dengan menggunakan modulpengajaran kendiri (MPK) mi diperkenalkan adalah seperti yangberikut:1. Memberi anda peluang mengambil bahagian secara aktif

    dalam proses pembelajaran yang diikuti.2. Memberi anda kebebasan untuk belajar sendiri dengan

    syarat anda telah berjaya memenuhi keperluan yang telahditetapkan seperti yang disenaraikan di Bahagian 2 (Akti-viti Utama).

    3. Memberi anda peluang belajar mengikut kadar sendiriberdasarkan kebolehan masing-masing.

    4. Dapat mengelakkan rasa bosan membaca buku-bukuyang lebih tebal dan ia boleh menarik minat anda untukmembaca serta terus belajar.

    5. Pembelajaran dengan menggunakan MPK adalah teran-cang dan sistematik. Anda tahu apa yang perlu dipelajarimenerusi Objektif Pembelajaran yang disediakan.

    6. Objektifpembelajaran yang telah ditetapkan perlu dicapaikerana ia merupakan asas kepada tajuk pelajaran yang ber-ikutnya, iaitu Teori Kinetik Jirim.

    2

  • a: ~S~VUntuk mencapai objektif pembelajaran modul pengajaran kendiri(MPK) yang bertajuk Pepejal, Cecair, dan Gas in para pelajardinasihatkan supaya mematuhi langkah-langkah berikut:Mengambil Praujian terlebih dahulu dan ikuti semua arah-

    an yang diberikan. Ujian mi melibatkan semua pelajar.(a) Jika andaberjaya menjawab sekurang-kurangnyasem-

    bilan (9) soalan dengan betul (90%), anda bolehterus mengambil praujian modul pengajaran kendirikedua (MPK 2) yang bertajuk Teori Kinetik Jirim.

    (b) Jika anda menjawab dengan betul kurang daripadasembilan (9) soalan dengan betul, anda dikehendakimelakukan langkah-langkah di bawah.

    2. Sila baca secara menyeluruh semua bahan pembelajaranyang terkandung di bahagian Isi Kandungan dan AktivitiPembelajaran Teras. Fahami konsep yang dibincangkandan dapatkan isi-isi penting. Pada masa yang sama, ikutipengajaran guru.

    3. Sila lakukan semua aktiviti pembelajaran yang terkandungdi bahagian Isi Kandungan dan Aktiviti PembelajaranTeras. Kuasai kemahiran saintifik yang dibincangkan didalam MPK i. Pada masa yang sama, anda dikehendakimengikuti pengajaran guru.

    4. Cuba jawab setiap soalan yang dikemukakan di dalamMPK mi.

    5. Sila ambil Ujian Diagnostik. Jika anda menjawab kurangdaripada tujuh (7) soalan dengan betul, anda dikehendakimelakukan semua aktiviti pembelajaran di BahagianPemulihan. Selepas itu, sila ambil Ujian Diagnostik sekalilagi. Sekiranya anda menjawab sekurang-kurangnyatujuh (7) soalan dengan betul, anda boleh melakukan akti-viti pembelajaran di Bahagian Pengayaan sehingga selesai sebelum memulakan pembelajaran di modul pengajaran

    3

  • kendiri kedua (MPK 2) yang bertajuk Teori Kinetik Jirim.Jika anda menjawab kurang daripada tujuh (7) soalandengan betul, sila ulangi proses pembelajaran di atas.(Langkah 2 hingga 5).

    Untuk memastikan keberkesanan penggunaan modul pengajar-an kendiri (MPK) mi dalam pembelajaran, anda semua dikehen-daki sentiasa:1. Bersikap jujur dalam melakukan semua aktiviti pembela-

    jaran yang terkandung di dalam MPK mi.2. Bekerjasama dalam semua aktiviti pembelajaran.3. Membaca dan merujuk bahan-bahan rujukan seperti

    yang disenaraikan di Bahagian Rujukan.4. Merujuk Rajah 1.1 yang menunjukkan pelaksanaan proses

    pembelajaran MPK.CatatanMarkah untuk setiap soalan ialah 10%. Sekiranya anda berjayamenjawab tujuh soalan dengan betul dalam Praujian atau UjianDiagnostik, bermakna anda mempero!eh 70%. Anda dianggaptelah berjaya menguasai konsep penting isi kandungan modulpengajaran kendiri (MPK) mi jika anda memperoleh markahsekurang-kurangnya 70%.

    4

  • PELAJAR

    ~1~

    PRAUJIANMPK 1

    PEPEJAL, CECAIR, DAN GAS

    I,YA PENGUASAAN

    90%

    I

    TIDAK

    MEMBIMBING/MENGAJAR

    I,

    MPKI

    I, ______________UJIAN DIAGNOSTIK ~

    (UJIAN SELEPAS)

    I, _________ _________________TIDAK I:::.: .. i

    PENGUASAAN 0 [P ~IPEMULIHAN70%

    1 YA_____PENGAYAAN I

    I,PRAUJIAN P = pelajar

    MPK2 G=guruTEORI KINETIK JIRIM

    Rajah 1.1 Pelaksanaan proses pembelajaran Modul Pengajaran Kendiri (MPK)

    -*

    5

  • $ PRAUJIAAI

    Arahan1. Tandakan (J) pada pilihan jawapan yang terbaik bagi

    soalan yang berkaitan.2. Cuba berusaha menjawab soalan dalam ujian mi dengan

    sebaik mungkin dan semak jawapan anda di bahagianMakium Balas.

    3. Sekiranya anda melakukan lebih daripada satu kesalah-an, sila ikut pengajaran guru sambil menggunakan MPKmi.

    4. Sekiranya anda melakukan satu kesalahan atau betulkesemuanya, sila dapatkan kebenaran guru untuk mem-buat Praujian dalam MPK 2 : Teori Kinetik Jirim.

    * SELAMAT MENCUBA *

    1. Zarah-zarah di dalam pepejalA. bergerak perlahan scara rawak.B. bergerak secara rawak dan laju.C. berjauhan.D. sentiasa bergetar.

    2. Jirim wujud dalamA. satu keadaan.B. dua keadaan.C. tiga keadaan.D. empat keadaan.

    3. Manakah antara pemyataan-pernyataan berikut yang benartentang zarah-zarah cecair?A. Daya tarikan di antara zarah-zarah sangat kecil.

    6

  • B. Zarah-zarah mengisi ruang bekas mengikut bentukbekas.

    C. Zarah-zarah mudah dimampatkan.D. Zarah-zarah terlekat kuat pada dinding bekas.

    4. Pepejal susah dimampatkan berbanding dengan gas ataucecair keranaA. jarak di antara zarah-zarah pepejal amat rapat.B. zarah-zarah pepejal amat kecil.C. zarah-zarah pepejal bergerak bebas.D. zarah-zarah pepejal tidak menyerap haba.

    5. Binaan hablur menunjukkan bahawa pepejalA. mempunyai bentuk yang tersusun.B. mempunyai saiz yang berlainan.C. terdiri daripada zarah-zarah seni.D. tidak boleh dimusnahkan.

    6. Air dimasukkan ke dalam satu silinder penyukat yangmengandungi larutan kuprum sulfat. Selepas beberapa han,keseluruhan air kelihatan berwarna biru. Pemerhatian midisebabkan olehA. pergerakan Brown.B. penyejatan.C. peresapan.D. perolakan.

    7. Manakah antara ciri-ciri cecair di bawah yang tidak benar?A. Cecair mempunyai bentuk yang tetap.B. Cecair mempunyai isi padu yang tetap.C. Cecair sukar dimampatkan.D. Zarah-zar