8
ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341 Istilah peralihan kod ( code switching ) adalah salah satu bidang sosionguistik. Peralihan kod ialah penggunaan unsur bahasa asing. Pada tempat- tempat tertentu, sama ada dalam bentuk kata frasa dan bahkan ayat dalam suatu wacana yang diujarkan oleh seseorang (Dr. Awang Saiyan: 2000). Dalam pengaruh Melayu, peralihan kod ini juga boleh dikatakan sebagai satu fenomena bahasa rojak . Fenomena bahasa rojak telah lama tersebar dalam kalangan masyarakat Malaysia, sama ada dalam media massa, media elektronik malahan dalam pergaulan seharian seseorang itu. Beberapa orang sarjana inggeris telah berusaha untuk mendefinisikan code switching (peralihan kod) dan mixing code (percampuran kod) . Antaranya ialah Appel and Muysken (1987) Amuda (1989), Atoye (1994) dan Belly (1976). Contohnya, Hymes (1974) mendefinisikan peralihan kod hanya sebagai "istilah umum untuk menggunakan alternatif dari dua atau lebih bahasa, variasi bahasa atau bahkan gaya bicara" sementara itu Bokamba (1989) mendefinisikan kedua dua konsep demikian dengan mengatakan bahawa peralihan kod adalah pencampuran golongan kata , frasa dan kalimat dari dua gramatis yang berbeza (sub) sistem melintasi batas-batas perkataan dalam ayat yang sama. Pencampuran kod pula mengikut beliau ialah sebagai menamakan pelbagai unit linguistik seperti imbuhan (morfem terikat) , kata (morfem tidak terikat), frasa dan klausa dari pertuturannya. Dr. Awang Sariyan (2000) mengatakan, istilah bahasa rojak, timbul oleh sejumlah orang yang melihat adanya fenomena bahasa yang bercampur-campur antara bahasa Melayu dengan bahasa asing. Pencampuran bahasa ini khususnya kepada bahasa Inggeris. Bahasa rojak membawa konotasi atau membawa maksud tidak enak. Walaupun pada hakikatnya rojak merupakan sejenis makanan yang lazat. Tujuan penulisan artikel ini ditulis adalah untuk melihat sejauh mana penggunaan peralihan kod dalam filem 3, 2, 1 Cinta dari segi golongan kata, frasa, klausa dan binaan ayat. Semua aspek ini akan dikaji dalam dialog yang ditulis oleh penulis skrip. Filem 3, 2,1 Cinta memaparkan seorang gadis yang berpewatakan kasar iaitu Sam cuba untuk memikat hati Nazril. Dalam masa yang sama, Sam ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati. Perjalanan kisah ini berlatarkan masyarakat bandar dan latar masa, masa kini iaitu tahun 2011. 1 | Page

Peralihan Kod dalam Filem 3,2,1 Cinta

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLANIJAZAH SARJANA MUDA BAHASA GUNAAN (KEPUJIAN) BAHASA MELAYU KOMUNIKASI PROFESIONAL.

Citation preview

Page 1: Peralihan Kod dalam Filem 3,2,1 Cinta

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN2010301341

Istilah peralihan kod (code switching ) adalah salah satu bidang sosionguistik. Peralihan

kod ialah penggunaan unsur bahasa asing. Pada tempat-tempat tertentu, sama ada dalam

bentuk kata frasa dan bahkan ayat dalam suatu wacana yang diujarkan oleh seseorang (Dr.

Awang Saiyan: 2000). Dalam pengaruh Melayu, peralihan kod ini juga boleh dikatakan

sebagai satu fenomena “bahasa rojak”. Fenomena bahasa rojak telah lama tersebar dalam

kalangan masyarakat Malaysia, sama ada dalam media massa, media elektronik malahan

dalam pergaulan seharian seseorang itu.

Beberapa orang sarjana inggeris telah berusaha untuk mendefinisikan code switching

(peralihan kod) dan mixing code (percampuran kod) . Antaranya ialah Appel and Muysken

(1987) Amuda (1989), Atoye (1994) dan Belly (1976). Contohnya, Hymes (1974) mendefinisikan

peralihan kod hanya sebagai "istilah umum untuk menggunakan alternatif dari dua atau lebih

bahasa, variasi bahasa atau bahkan gaya bicara" sementara itu Bokamba (1989)

mendefinisikan kedua – dua konsep demikian dengan mengatakan bahawa peralihan kod

adalah pencampuran golongan kata , frasa dan kalimat dari dua gramatis yang berbeza (sub)

sistem melintasi batas-batas perkataan dalam ayat yang sama. Pencampuran kod pula

mengikut beliau ialah sebagai menamakan pelbagai unit linguistik seperti imbuhan (morfem

terikat) , kata (morfem tidak terikat), frasa dan klausa dari pertuturannya.

Dr. Awang Sariyan (2000) mengatakan, istilah bahasa rojak, timbul oleh sejumlah orang

yang melihat adanya fenomena bahasa yang bercampur-campur antara bahasa Melayu dengan

bahasa asing. Pencampuran bahasa ini khususnya kepada bahasa Inggeris. Bahasa rojak

membawa konotasi atau membawa maksud tidak enak. Walaupun pada hakikatnya rojak

merupakan sejenis makanan yang lazat.

Tujuan penulisan artikel ini ditulis adalah untuk melihat sejauh mana penggunaan

peralihan kod dalam filem 3, 2, 1 Cinta dari segi golongan kata, frasa, klausa dan binaan ayat.

Semua aspek ini akan dikaji dalam dialog yang ditulis oleh penulis skrip.

Filem 3, 2,1 Cinta memaparkan seorang gadis yang berpewatakan kasar iaitu Sam cuba

untuk memikat hati Nazril. Dalam masa yang sama, Sam ditakut-takutkan dengan fakta bahawa

dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian

sampai mati. Perjalanan kisah ini berlatarkan masyarakat bandar dan latar masa, masa kini

iaitu tahun 2011.

1 | P a g e

Page 2: Peralihan Kod dalam Filem 3,2,1 Cinta

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN2010301341

Dari segi golongan kata, peralihan kod yang digunakan dalam filem 3, 2, 1, cinta dapat dilihat

dalam jadual di bawah.

Struktur dialog filem 3, 2, 1 Cinta Struktur Dialog Bahasa Melayu

Perempuan : Hai, handsome. Perempuan: Hai, kacak.

Perempuan: Cantiknya motor you. Perempuan: Cantiknya motor awak.

Perempuan: Ini i punya number. Perempuan: Ini saya punya nombor.

Fariz: Kau dah register belum? Fariz: Kau dah daftar belum?

Jadual 1 : Penggunaan peralihan kod dalam golongan kata.

Jadual 1 menunjukan antara pengunaan peralihan kod dalam golongan kata yang

terdapat dalam filem 3, 2, 1 Cinta. Pertama ialah kata adjektif ‘handsome’ dan dalam struktur

bahasa Melayu yang betul ialah kacak. Dialog pertama itu sepatutnya menjadi ‘Hai, kacak’.

Melalui jadual 1 juga, kata nama ‘you’ dan dalam struktur bahasa Melayu yang betul

ialah ‘awak’ . Dialog kedua itu sepatutnya menjadi ‘Cantiknya motor awak’. Ketiga ialah

pengunaan kata nama iaitu ‘i’ dan ‘number’. Dalam bahasa Melayu yang betul, golongan kata

ini sepatutnya menjadi ‘Ini saya punya nombor’.

Selain itu, dialog Fariz iaitu ‘Kau dah register belum?’ didapati terdapat pengunaan

peralihan kod dalam golongan kata iaitu kata kerja ‘register’. Jika diterjemahkan dalam bahasa

Melayu, ayat itu akan menjadi ‘Kau dah daftar belum?’ Kata kerja ‘register’ itu sepatutnya

menjadi ‘daftar’.

2 | P a g e

Page 3: Peralihan Kod dalam Filem 3,2,1 Cinta

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN2010301341

Filem 3, 2, 1 Cinta juga menggunakan peralihan kod dalam bentuk frasa seperti yang

ditunjukkan dalam jadual 2 di bawah:

Struktur dialog Filem 3, 2, 1, Cinta Struktur dialog Bahasa Melayu

Fariz: Sejak bila kau pakai colour pink? Fariz: Sejak bila kau pakai warna merah

jambu?

Mimi: Saya akan settle everything. Mimi: Saya akan selesaikan segalanya.

Sam: Habis kau cakap aku bukan taste you. Sam: Habis kau cakap aku bukan citarasa

awak.

Nazril: I bawa you jumpa family i. Nazril: Saya bawa awak jumpa keluarga

saya.

Jadual 2 : Penggunaan peralihan kod dalam golongan frasa.

Melalui ayat pertama dalam jadual 2 di atas, kita dapati bahawa terdapat penggunaan

peralihan kod dalam golongan frasa iaitu frasa adjektif ‘colour pink’. Jika diterjemahkan dalam

struktur bahasa Melayu, ‘colour pink’ itu menjadi ‘warna merah jambu’. Ayat kedua juga

didapati terdapat pengunaan peralihan kod iaitu ‘Saya akan settle everything’. ‘Settle

everything’ merupakan frasa kerja. Jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu, frasa ini akan

menjadi ‘selesaikan segalanya’.

Melalui ayat yang ketiga dalam jadual 2 di atas, kita dapati bahawa terdapat penggunaan

peralihan kod dalam golongan frasa iaitu frasa nama ‘taste you’. Jika diterjemahkan dalam

struktur bahasa Melayu, ‘taste you’ itu menjadi ‘citarasa awak’. Ayat keempat juga didapati

terdapat penggunaan peralihan kod iaitu ‘I bawa you jumpa family i’. ‘Family i’ merupakan frasa

nama. Jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu Standard, frasa ini akan menjadi ‘keluarga

saya’.

.

3 | P a g e

Page 4: Peralihan Kod dalam Filem 3,2,1 Cinta

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN2010301341

Filem 3, 2, 1 Cinta juga menggunakan peralihan kod dalam bentuk klausa. Klausa ialah satu

unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen ayat.

Contoh peralihan kod yang digunakan boleh dilihat dalam jadual di bawah.

Struktur Dialog Filem 3, 2, 1 Cinta Struktur Bahasa Melayu

Sam: Korang ni mathematics fail lah. Sam: Korang ni matematik gagal lah.

Perempuan: You handsome sebab tu saya

suka.

Perempuan: Awak kacak sebab tu saya suka.

Sam: Tidak apa, biar i settle. Sam: Tidak apa, biar saya selesaikan.

Sam: Betulke, Fariz extend part eight sebab

nak tunggu aku?

Sam: Betulke Fariz memanjangkan sehingga

bahagian lapan sebab nak tunggu aku?

Jadual 3: Penggunaan peralihan kod dalam klausa.

Dalam ayat pertama dalam jadual 3 di atas, kita dapati bahawa terdapat peralihan kod

dalam klausa iaitu ‘mathematics fail’. Klausa mathematics fail mengandungi subjek

mathematics dan predikat fail. Jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu, mathematics fail akan

menjadi matematik gagal.

Selain itu, ayat kedua juga menunjukkan penggunaan perlaihan kod dalam klausa.

Klausa you handsome boleh berdiri sendiri dan bersifat ayat lengkap. Klausa you handsome

mengandungi subjek you dan predikat handsome, dan sekiranya diucapkan dengan intonasi

yang sempurna dan betul, klausa tersebut akan menjadi ayat lengkap: You handsome. Jika

diterjemahkan dalam bahasa Melayu, klausa you handsome akan menjadi awak kacak.

Dalam ayat ketiga dalam jadual 3 di atas juga, kita dapati bahawa terdapat peralihan

kod dalam klausa iaitu i settle. Klausa i settle boleh berdiri sendiri dan bersifat ayat lengkap.

Klausa i settle mengandungi subjek i dan predikat settle, dan sekiranya diucapkan dengan

intonasi yang sempurna dan betul, klausa tersebut akan menjadi ayat lengkap: I settle. Jika

diterjemahkan dalam bahasa Melayu, klausa i settle akan menjadi saya selesaikan.

4 | P a g e

Page 5: Peralihan Kod dalam Filem 3,2,1 Cinta

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN2010301341

Dalam ayat keempat pula, kita dapati bahawa terdapat juga penggunaan peralihan kod

dalam klausa. Klausa Fariz extend part eight mengandungi subjek Fariz dan predikat extend

part eight. Jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu, Fariz extend part eight akan menjadi Fariz

memanjangkan sehingga bahagian lapan.

Walaubagaimanapun, terdapat juga peralihan kod dalam binaan ayat dalam Filem 3, 2,

1 Cinta. Contoh-contoh tersebut boleh dilihat dalam jadual di bawah.

Struktur Dialog Filem 3, 2, 1 Cinta Struktur Bahasa Melayu

Fariz: Kak Zah tahu tak, bapa saya bagi nama

saya Fariz. All the peoples call me Mr cool.

Kak Zah jangan panggil saya Ayam boleh tak?

Habislah reputasi saya kat sini.

Fariz: Kak Zah tahu tak, bapa saya bagi nama

saya Fariz. Semua orang panggil saya Mr

cool. Kak Zah jangan panggil saya Ayam

boleh tak? Habislah reputasi saya kat sini.

Encik Zubir: Alamak, bangga saya! Sekali lagi

tahniah. Fariz, all the best!

Encik Zubir: Alamak, bangga saya! Sekali lagi

tahniah. Fariz, semoga berjaya!

Nazril: Okey badut. Bercinta, bercinta juga.

Tapi jangan lupa kelas matematik dengan

budak-budak ya. Okey bye!

Nazril: Baiklah badut. Bercinta, bercinta juga.

Tapi jangan lupa kelas matematik dengan

budak-budak ya. Baiklah, selamat tinggal!

Jadual 4: Penggunaan peralihan kod dalam ayat.

Dalam dialog pertama yang diujarkan oleh Fariz dalam jadual 4, kita dapati bahawa

terdapat pengunaan peralihan kod. Dalam ayat pertama, ayat ketiga dan keempat, beliau

menggunakan bahasa Melayu manakala dalam ayat yang kedua beliau menggunakan bahasa

Inggeris iaitu All the peoples call me Mr Cool. Jika diterjemahkan, ayat ini akan menjadi Semua

orang panggil saya Encik Cool. Oleh itu penulis skrip mencampurkan bahasa Melayu dan

bahasa Inggeris dalam dialog Fariz.

Selain itu, dialog kedua yang diujarkan oleh Encik Zubir juga didapati bahawa terdapat

penggunaan peralihan kod. Dalam ayat pertama dan kedua, beliau menggunakan bahasa

5 | P a g e

Page 6: Peralihan Kod dalam Filem 3,2,1 Cinta

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN2010301341

Melayu manakala dalam ayat ketiga beliau menggunakan bahasa Inggeris iaitu Fariz, all the

best! Jika diterjemahkan, ayat ini akan menjadi Fariz, semoga berjaya! Oleh itu penulis skrip

mencampurkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam dialog Encik Zubir.

Seterusnya, dialog ketiga yang diujarkan oleh Nazril juga didapati bahawa terdapat

penggunaan peralihan kod. Dalam ayat pertama dan keempat beliau menggunakan bahasa

Inggeris iaitu Okey, badut! dan Okey, bye! manakala dalam ayat kedua dan ketiga beliau

menggunakan bahasa Melayu. Jika diterjemahkan, ayat pertama iaitu Okey, badut akan

menjadi Baiklah, badut! Manakala ayat keempat iaitu Okey, bye! akan menjadi Baiklah, selamat

tinggal!

Sesungguhnya, peralihan kod dalam sesebuah filem menunjukkan gambaran bahawa

masih ada lagi bentuk kesalahan bahasa yang digunakan oleh masyarakat melayu khususnya

dalam sesebuah filem. Filem 3, 2, 1 Cinta menunjukkan sebahagian daripadanya. Seperti

pengkaji – pengkaji barat mengatakan bahawa peralihan kod ataupun code switcing

pencampuran dua bahasa daripada golongan kata , frasa, klausa dan ayat. Oleh hal demikian

dalam filem ini memperlihatkan keempat-empat aspek berkenaan telah digunakan dalam filem

tersebut.

6 | P a g e

Page 7: Peralihan Kod dalam Filem 3,2,1 Cinta

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN2010301341

Bibliografi

Bahasa rojak , Melayu hambuger. 04 April 198. Dicapai pada 23 , Oktober , 2011,

http://www.utusanmalaysia online.com.my.

Bahasa Rojak. 19 Julai 2000. Dicapai pada 23 Oktober , 2011 , http://

www.pts.my/modules.php?name=Newss&file=article&sid=192.

David Teo (Penerbit) , dan Azhari Zain (Pengarah). 2011. 3, 2, 1 Cinta [Filem].

Johan Jaaffar.(2007). Punca pentutur guna bahasa rojak. Kuala Lumpur: Berita Harian.

Muhammed Salehudin Aman. 2006. Keracunan bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Nik Safiah Karim et al. 2010. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Nordic Journal of African Studies 15(1): Code-Switching and Code-Mixing: Style of Language

Use in Childhood in Yoruba Speech Community. 9 September 2006. Dicapai pada 27 Ogos ,

2010 , http://www.njas.helsinki.fi/pdf-files/vol15num1/ayeomoni.pdf.

7 | P a g e