1
EHASLEEN BACHIK [email protected] EMPAT anggota keluarganya meng- hidapi kencing manis iaitu ayahnya, se- orang kakak dan dua abangnya. Melihatkan bagaimana penyakit itu menjejas ginjal ayahnya serta menyebab- kan abangnya kehilangan jari kaki, Encik Mohd Johan Amir, 54 tahun, yang bertu- gas sebagai teknisyen, bertekad meng- ubah gaya hidup dan pemakanannya. “Reaksi pertama saya bila saya dapat tahu ada kencing manis, saya terbayang arwah bapak saya yang boleh dikatakan sudah sampai ke tahap kronik. Beliau tidak mahu jalani dialisis dan daripada situ, kita nampak perubahannya dengan toksin dalam badan. “Bila saya mandikan bapak saya de- ngan air panas, bila kena tangan, kita rasa macam melecur tetapi bila kena badannya, dia macam biasa saja. Kulitnya dah tak rasa. Daripada situ saya cakap yang saya tak nak... saya tak nak jadi macam ‘gitu,” singkap Encik Mohd Johan yang dikesan menghidap kencing manis pada 2013. Menurut anak keempat daripada enam beradik itu, mereka lima beranak menghidapi kencing manis Jenis 2 di- sebabkan gaya hidup. Beliau sendiri ha- nya menyedari tentang penyakit itu se- cara kebetulan apabila mula mengalami tanda awal sakit jantung. Selepas didapati sakit jantung dan men- jalani pemeriksaan elektrokardiogram (ECG) serta memasukkan stent (tiub) bagi membesarkan semula saluran darah yang sempit, Encik Mohd Johan turut disahkan menghidapi kencing manis dan darah ting- gi. “Selepas sembuh daripada operasi jan- tung, saya putuskan ini tidak boleh jadi sebab sudah ada penyakit tiga serangkai dan biasanya (jangka hayat) tidak lama. Maka saya bertekad mula bersenam de- ngan ke gimnasium di tempat kerja walau- pun nak naik tiga tingkat ke gimnasium. Belum start dah penat,” tambahnya. Kini selama empat kali seminggu, – de- ngan setiap sesi selama sejam atau sejam se- tengah – Encik Mohd Johan akan meluang- kan masanya di gimnasium di mesin tread- mill dan mengangkat berat. Di samping itu, beliau yang pernah menyertai kegiatan bot naga, kembali aktif dengan melibatkan diri dalam kegiatan an- juran syarikat tempat beliau bekerja seper- ti badminton dan boling selain menyertai larian seperti J.P. Morgan Corporate Chal- lenge. Seiring senaman beliau juga mengamal- kan diet seperti tidak lagi memakan gula dan menggantikannya dengan gula alterna- tif. Sepanjang tempoh dua tahun, berat badannya susut 14 kilogram – daripada 117 kilogram kepada 103 kilogram. Tahap kencing manisnya juga kini dalam kawalan. Bapa lima anak berusia antara 11 de- ngan 25 tahun itu juga menyertai percu- baan klinikal, BRITE-SPOT kendalian Hos- pital Universiti Nasional (NUH) bagi pe- sakit kencing manis mendapatkan nasihat tambahan berhubung penyakit itu. Pesakit yang mahu menyertai percu- baan klinikal itu, selain meraih faedah dari- pada sesi kaunseling dan nasihat, boleh menyertai BRITE-SPOT dengan menghan- tar e-mel kepada [email protected]. “Saya bertekad menyihatkan semula tu- buh saya demi keluarga tercinta,’’ ujarnya. Tersentak keluarga dilanda diabetes ada satu pun gula boleh dipromosi sihat KINI SETIA IKUTI RUTIN: Pesakit kencing manis, Encik Mohd Johan Amir, bertekad memperbaiki tahap kesihatannya apabila disahkan menghidapi kencing manis pada 2013. Beliau yang juga menghidap sakit jantung dan darah tinggi kini bersenam di gimnasium empat kali seminggu dan mengubah pemakanannya demi keluarga. – Foto ZAINAL YAHYA PERANGI KENCING MANIS Teknisyen ubah gaya hidup bagi elak komplikasi penyakit

PERANGI KENCING MANIS Tersentak keluarga - … and Visitors... · kira berapa lama ia disimpan. 4. ... kan kalori, namun meninggalkan rasa pahit selepas itu jika terlalu pekat. Sementara

  • Upload
    voque

  • View
    236

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERANGI KENCING MANIS Tersentak keluarga - … and Visitors... · kira berapa lama ia disimpan. 4. ... kan kalori, namun meninggalkan rasa pahit selepas itu jika terlalu pekat. Sementara

TERDAPAT empat cara mengesanmadu tiruan. Keempat-keempat caraadalah seperti berikut:

1. UJIAN IBU JARIBubuh setitik madu pada ibu jari. Jika

ia mula mengalir atau tertumpah, iabukan madu asli. Sekiranya ia kekal utuh,maka ia adalah tulen.

2. UJIAN AIRIsikan segelas air dan tambah sesudu

besar madu ke dalamnya. Madu tulenakan terus bergumpal lalu mendak kebawah gelas. Bagaimanapun, madu bukanasli atau yang telah dicemari akan mulalarut di dalam air.

3. UJIAN HAYAT SIMPANANMadu tulen akan menjadi hablur atau

berkristal dari masa ke masa. Madu tiruanakan kekal kelihatan seperti sirap tidakkira berapa lama ia disimpan.

4. UJIAN HIDUPKAN APICelup hujung sebatang mancis dengan

madu, kemudian gunakannya untukmenghidupkan api. Madu asli akandengan mudah menyalakan batang mancisitu sekali gus membakar madu tersebut.

Bagaimanapun, madu tiruan tidak akanmenyalakan api kerana kelembapan yangada di dalamnya.

Ujian di atas tidak 100 peratus tepat.Ini kerana madu asli itu berbeza danboleh meliputi pelbagai tahap kepadatan,termasuk mudah atau sukar dibakar sertaciri-ciri lain.

Madu juga sensitif pada kelembapansuasana sekitar. Meskipun ujian itu

berdasarkan prinsip benar, secara amali,hasil ujian mungkin tidak berupayamemberikan kesimpulan.

Cuba beberapa ujian untuk melihatsama ada madu itu lebih kerap lulus ataugagal. Dalam kebanyakan kes, anda bolehmembuat tekaan lebih baik.

Di samping semua ujian ini, faktorpenting untuk diketengahkan adalahberhubung madu yang menjadi butiran.Salah satu nutrien iaitu gula di dalammadu tulen menjadi pejal apabila cuacamenjadi sejuk. Ini membuat madu itukelihatan seperti kristal gula.

Madu yang mengandungi lebih banyakgula akan menjadi pejal dengan segera.Kebanyakan orang tersilap menyangka iasatu pencemaran. Tetapi jika madu pejalitu dibiarkan di dalam air panas, ia akankekal dalam bentuk cecair yang

menunjukkan tiada pencemaran.Pengurus, Penyelidikan Pemakanan,

Ketua Unit Penyelidikan IndeksGlisemik, Politeknik Temasek, DrKalpana Bhaskaran, yang juga AnggotaJawatankuasa Persatuan Kencing Manis(DSS), berkata:

“Seperti standard keselamatanmakanan, tiada yang seharusnyaditambah atau dikeluarkan daripadamadu.

“Dalam erti kata lain, jika seseorangitu membuang debunga, ataumenambah kelembapan, memasukkansirap jagung atau gula, itu satupencemaran.

“Melainkan jika anda membelidaripada pemelihara lebah, andaberisiko,” kerana kebanyakan maduyang dijual di pasaran telah dicemari.

EHASLEEN [email protected]

EMPAT anggota keluarganya meng-hidapi kencing manis iaitu ayahnya, se-orang kakak dan dua abangnya.

Melihatkan bagaimana penyakit itumenjejas ginjal ayahnya serta menyebab-kan abangnya kehilangan jari kaki, EncikMohd Johan Amir, 54 tahun, yang bertu-gas sebagai teknisyen, bertekad meng-ubah gaya hidup dan pemakanannya.

“Reaksi pertama saya bila saya dapattahu ada kencing manis, saya terbayangarwah bapak saya yang boleh dikatakansudah sampai ke tahap kronik. Beliautidak mahu jalani dialisis dan daripadasitu, kita nampak perubahannya dengantoksin dalam badan.

“Bila saya mandikan bapak saya de-ngan air panas, bila kena tangan, kita rasamacam melecur tetapi bila kenabadannya, dia macam biasa saja. Kulitnyadah tak rasa. Daripada situ saya cakapyang saya tak nak... saya tak nak jadimacam ‘gitu,” singkap Encik Mohd Johanyang dikesan menghidap kencing manispada 2013.

Menurut anak keempat daripadaenam beradik itu, mereka lima beranakmenghidapi kencing manis Jenis 2 di-sebabkan gaya hidup. Beliau sendiri ha-nya menyedari tentang penyakit itu se-cara kebetulan apabila mula mengalamitanda awal sakit jantung.

Selepas didapati sakit jantung dan men-jalani pemeriksaan elektrokardiogram(ECG) serta memasukkan stent (tiub) bagimembesarkan semula saluran darah yangsempit, Encik Mohd Johan turut disahkanmenghidapi kencing manis dan darah ting-gi.

“Selepas sembuh daripada operasi jan-tung, saya putuskan ini tidak boleh jadisebab sudah ada penyakit tiga serangkaidan biasanya (jangka hayat) tidak lama.Maka saya bertekad mula bersenam de-ngan ke gimnasium di tempat kerja walau-

pun nak naik tiga tingkat ke gimnasium.Belum start dah penat,” tambahnya.

Kini selama empat kali seminggu, – de-ngan setiap sesi selama sejam atau sejam se-tengah – Encik Mohd Johan akan meluang-kan masanya di gimnasium di mesin tread-mill dan mengangkat berat.

Di samping itu, beliau yang pernahmenyertai kegiatan bot naga, kembali aktifdengan melibatkan diri dalam kegiatan an-juran syarikat tempat beliau bekerja seper-ti badminton dan boling selain menyertailarian seperti J.P. Morgan Corporate Chal-lenge.

Seiring senaman beliau juga mengamal-kan diet seperti tidak lagi memakan guladan menggantikannya dengan gula alterna-tif. Sepanjang tempoh dua tahun, berat

badannya susut 14 kilogram – daripada117 kilogram kepada 103 kilogram.

Tahap kencing manisnya juga kinidalam kawalan.

Bapa lima anak berusia antara 11 de-ngan 25 tahun itu juga menyertai percu-baan klinikal, BRITE-SPOT kendalian Hos-pital Universiti Nasional (NUH) bagi pe-sakit kencing manis mendapatkan nasihattambahan berhubung penyakit itu.

Pesakit yang mahu menyertai percu-baan klinikal itu, selain meraih faedah dari-pada sesi kaunseling dan nasihat, bolehmenyertai BRITE-SPOT dengan menghan-tar e-mel kepada [email protected].

“Saya bertekad menyihatkan semula tu-buh saya demi keluarga tercinta,’’ ujarnya.

GULA sering dilabel sebagai toksik danmenyebabkan ketagihan. Ia juga dikatakanmempunyai Indeks Glisemik (GI) tinggi.

Kedua-dua itu tidak benar, kata Pengu-rus Penyelidikan Pemakanan, Ketua UnitPenyelidikan, Indeks Glisemik, SekolahSains Gunaan, Politeknik Temasek, Dr Kal-pana Bhaskaran, yang juga anggota jawa-tankuasa Persatuan Kencing Manis Singapu-ra (DSS).

“Gula putih hanya mempunyai GI 60hingga 64, yang meletakkan ia di bawah ka-tegori GI sederhana. Sementara itu, bebera-pa beras putih halus, bijirin sarapan yangdiproses dan roti putih mempunyai kadar GIlebih daripada 70 iaitu GI tinggi,” katanya.

Makanan yang mengandungi kadar GIyang tinggi akan lebih meningkatkan parasgula dalam darah berbanding makanan de-ngan GI sederhana atau rendah.

Menurut Dr Bhaskaran, gula sama seper-ti makanan lain. Pemakanan sederhanatidak membahayakan.

“Pemakanan beras pulut dalam kalanganorang Melayu adalah tinggi dan beras mem-punyai GI tinggi. Di samping itu, kuihnyadibuat menggunakan beras atau beras pulutselain gula serta tinggi pula kandungan le-maknya. Ini menyebabkan pengambilan ka-lori meningkat,” ujar Dr Bhaskaran.

Apa jua bentuk karbohidrat selepas di-hadam akan bertukar kepada glukosa, tam-bah beliau.

Menjelaskan lebih lanjut, Dr Bhaskaranberkata:

“Glukosa merujuk kepada gula mengikutistilah orang biasa. Sebahagian jenis berasputih akan segera dihadam dan produk diakhir pencernaan itu adalah glukosa yangdisalurkan ke dalam aliran darah pada ka-dar yang cepat. Apabila penghidap kencingmanis memakan lebih daripada jumlah nasiyang disaran, tahap gula/glukosa dalamdarah mereka akan meningkat.”

Beliau, yang turut melahirkan keprihati-nan berhubung pengambilan garam yangtinggi dalam kalangan masyarakat Melayuselain kurangnya memakan buah-buahandan sayur-sayuran berbanding kaum Cinadan India, menyifatkan makanan mengan-dungi kadar fruktosa mungkin seburuk le-mak tepu.

“Gula berlebihan bertukar menjadi le-mak (trigliserida) dan ia disimpan di dalamhati. Ini salah satu sebab hati berlemak. Hatiberlemak dikaitkan dengan rintangan insu-lin dan penyakit kardiovaskular,” tambahbeliau.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),kata Dr Bhaskaran, telah mengurangkanjumlah pengambilan gula yang disaran dari-pada 10 peratus kalori sehari-hari kepada 5peratus. Bagi orang dewasa yang memilikiIndeks Jisim Tubuh (BMI) normal, ia ber-makna kira-kira enam sudu teh atau 25gram gula dalam sehari.

GULA adalah gula, tiada satu pun gula yang bolehdipromosikan sebagai sihat.

Pakar Diet, Hospital Khoo Teck Puat, Cik Tee PinSze, berkata:

“Gula tetap gula. Semua gula contohnya gula biasa,madu, gula batu, gula melaka dan sirap jagung menam-bah jumlah kalori yang sama dan menaikkan paras guladalam darah.

“Pengambilan secara berlebihan akan menyebabkanpertambahan berat badan dan kurang kawalan kencingmanis. Gula juga boleh disertakan dalam senarai bahandengan menggunakan nama berbeza seperti glukosa,fruktosa, gula tebu, sirap jagung, dekstrosa, maltosa danmolas.

“Bahan itu disenaraikan dalam urutan menurunmengikut berat produk makanan. Jika anda melihat gu-la disenarai antara beberapa bahan pertama, produk itumungkin mengandungi gula tambahan yang tinggi.

“Jadilah pelanggan bijak dengan membaca dan me-meriksa panel maklumat pemakanan,” nasihat Cik Tee.

Sebagai panduan, pakar diet menasihatkan agar me-milih minuman yang mengandungi 2.5 gram gula ataukurang bagi setiap 100 mililiter minuman.

Sementara bagi makanan pula, pilih yang mengan-dungi 5 gram gula atau kurang bagi setiap 100 gram ma-kanan.

Menurut Pengurus Penyelidikan Pemakanan, KetuaUnit Penyelidikan, Indeks Glisemik, Sekolah SainsGunaan, Politeknik Temasek, Dr Kalpana Bhaskaran,yang juga anggota jawatankuasa, Persatuan Kencing Ma-nis Singapura (DSS), pilihan gula bergantung kepada tu-juannya.

“Ia merupakan satu pilihan. Pilihan gula bergantungkepada tujuannya. Apa jua bentuk atau kepelbagaian-nya, usah lupa bahawa setiap gram gula menyediakanempat kilokalori. Ingatlah agar gunakan gula secara se-derhana.

“Jika anda mahu menyekat pengambilan kalori ataugula ringkas, anda boleh mendapatkan pengganti gula.”

Tetapi apakah berbezaan pelbagai gula yang mem-banjiri pasaran?

1. Gula putih

Ia gula lazim digunakan dalam penyediaan makanantidak kira yang berbentuk halus atau amat halus. Mudahdan murah tanpa sebarang warna atau bau.

“Bahan kimia yang ditambah dalam prosespenapisannya disebut sebagai berbahaya namun keputu-sannya tidak muktamad,” tambah Dr Bhaskaran.

Gula putih tiada nutrien lain selain karbohidrat ri-ngan, maka ia adalah makanan berkalori kosong yangmemberikan 4.0 kilokalori bagi setiap gram.

2. Gula perang

Menjadi penambah rasa dan warna. Bagi yang ber-warna lebih cerah, ia digunakan semasa membuat kuih.Ia mengandungi kalori yang sama dengan gula putih. Na-mun gula jenis ini mudah bergumpal kerana ia lebih lem-bap daripada gula putih.

3. Gula melaka

Beberapa jenis gula melaka mempunyai IndeksGlisemik (GI) lebih rendah daripada gula putih. Makan-an yang mengandungi kadar GI yang tinggi akan lebihmeningkatkan paras gula dalam darah berbanding ma-kanan dengan GI sederhana atau rendah.

Gula melaka juga mempunyai kalori yang sama de-ngan gula putih. Jika ada perbezaan sekalipun, tahap-nya hanya rendah sedikit sahaja daripada gula putih.

4. Gula kiub

Satu gula kiub mengandungi kira-kira 12 kalori. War-nanya putih atau perang. Anda boleh mengawal peng-ambilan gula dalam minuman memandangkan peng-

gunaan sudu kadangkala penuh menggunung atau le-per. Ia tidak mengandungi nutrien kecuali karbohidratringkas.

5. ‘Muscovado’

Disifatkan sebagai gula perang khas orang Britain,kristalnya kasar sedikit dan teksturnya agak melekitdaripada gula perang biasa. Sering digunakan semasamembakar kuih. Kalorinya hanya kurang sedikit daripa-da gula putih dan ia mudah bergumpal.

6. ‘Demerara’

Berwarna perang cerah dan berasal dari Demerara,Guyana. Ia memiliki kristal besar berwarna keemasan.Kalorinya juga serupa dengan gula putih.

7. ‘Stevia’

Ia adalah pemanis dan pengganti gula yang diekstrakdaripada daun ‘Stevia rebaudiana’. Ia tidak menambah-kan kalori, namun meninggalkan rasa pahit selepas itujika terlalu pekat.

Sementara itu, Pakar Diet, Lembaga Penggalak Kesi-hatan (HPB), Cik Li Xinyi, berkata:

“Bagi gula dan bijirin halus yang kurang serat, iamudah dipecahkan dan ditukar menjadi glukosa dengancepat dalam 30 minit hingga dua jam selepas makan.

“Ini menyebabkan kenaikan gula dalam darah yangmendadak, memberikan anda rasa khayal dek gula buatseketika, lalu disusuli pula dengan kadar gula men-junam yang menimbulkan rasa letih dan hilang mood.”

Maka itu, HPB menasihatkan agar memakan bijirinpenuh yang menyebabkan turun naik paras gula dalamdarah secara beransur-ansur dan dalam lingkungan si-hat. Ia mengelakkan daripada kenaikan mendadak danpenurunan yang menjunam.

Bijirin penuh juga mengandungi lebih vitamin danmineral dan berguna bagi penghidap kencing manisyang cuba mengawal paras gula dalam darah mereka.

Tersentak keluargadilanda diabetes

Empat cara kesan madu tiruan

Gula toksik? Tidak benar

Pakar: Tiada satu pun gula boleh dipromosi sihatKANDUNGAN GULA DALAM MINUMAN DI SINGAPURA

KANDUNGAN GULA DALAM MINUMAN DI SINGAPURA

1 gelas (300 ml)M I L O D I N O S A U R

Kandungan Gula (gram)

49 10Kandungan

Gula (sudu teh)

Sebagai panduan, pakar pemakanan menasihatkan agar memilih minuman yang mengandungi 2.5 gram gula atau kurang bagi setiap 100 mililiter minuman.

Sementara bagi makanan pula, pilih yang mengandungi 5 gram gula atau kurang bagi setiap 100 gram makanan.

Minuman Isi Padu Kandungan Kandungan Gula (gram) Gula

(sudu teh)

Frappuccino karamel 1 gelas (355 ml) 45 9 dengan krim putar

Jus oren 1 botol (350 ml) 37 7.5

Jus blackcurrant 1 peket (330 ml) 36 7

Cola 1 tin (330 ml) 35 7

Teh ais lemon 1 tin (315 ml) 33 6.5

Teh hijau 1 botol (500 ml) 30 6

Susu soya 1 tin (300 ml) 24 5

Teh bunga 1 tin (300 ml) 21 4

Teh herba 1 tin (300 ml) 20.7 4

Teh tarik 1 cawan (200 ml) 17.6 3.5

Kopi dengan susu pekat 1 cawan (200 ml) 15 3

Skinny latte dengan pemanis 1 koleh (355 ml) 13 2.5

Milo kosong 1 gelas (300 ml) 12.2 2.5

Susu coklat 1 peket (200 ml) 10.8 2

Teh dengan susu 1 cawan (200 ml) 10.4 2 cair kurang gula

sumber Jabatan Pemakanan & Dietetik, Hospital Khoo Teck Puat grafik NUR AMANINA ISMAIL

Bagi 300 ml, seharusnya minuman mengandungi 7.5 gula atau kurang.

KINI SETIA IKUTI RUTIN: Pesakit kencing manis, Encik Mohd Johan Amir, bertekad memperbaikitahap kesihatannya apabila disahkan menghidapi kencing manis pada 2013. Beliau yang jugamenghidap sakit jantung dan darah tinggi kini bersenam di gimnasium empat kali seminggu danmengubah pemakanannya demi keluarga. – Foto ZAINAL YAHYA

PERANGI KENCING MANIS

ADA BEZA: Madu tiruan danmadu asli mempunyai ciri-ciriberbeza yang boleh anda ujisendiri menerusi empat cara.– Foto fail

Teknisyen ubah gayahidup bagi elak

komplikasi penyakit

PRIHATIN TENTANG PULUT: DrKalpana Bhaskaran mengakuipemakanan beras pulut yangbanyak dalam kalangan orangMelayu turut membimbangkannyakerana beras mempunyai IndeksGlisemik (GI) yang tinggi. – FotoTAUFIK A. KADER

Berita Harian | Isnin, 2 Mei 2016 7

Berita SETEMPAT