Perhubungan Rapat

  • View
    3.331

  • Download
    0

Embed Size (px)

Transcript

KKS 2013 Psikologi Sosial

Perhubungan Rapat

_______________________________________________________________________________________________ _

PENDAHULUAN Perhubungan yang mesra antara individu dengan sahabat dan keluarga dalam kehidupan seharian amat penting untuk memelihara keharmonian dan kesejahteraan hidup. Sebaliknya, hubungan yang tegang antara ibubapa, suami isteri dan sebagainya antara faktor yang mempengaruhi jiwa dan masa depan anak-anak mereka. Justeru itu untuk memelihara keharmonian di dalam sesebuah perhubungan seseorang itu haruslah mempunyai ilmu pengetahuan dan juga kemahiran dalam menjalinkan hubungan bagi memantapkan suasana hubungan yang sedia ada. Ilmu dan kemahiran ini boleh didapati dengan mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan perhubungan dan juga melalui pengalaman iaitu semasa dalam proses interaksi dan sosialisasi sesama individu di dalam kehidupan seharian. Seseorang individu itu juga perlu peka dan prihatin kepada aspek-aspek penting yang terkandung dalam pemantapan perhubungan. Aspek-aspek tersebut antaranya adalah kemahiran membina hubungan, berkasih sayang dan lain-lain lagi. Ilmu pengetahuan di dalam bidang ini penting juga kerana dapat memberi maklumat dan input yang berguna dalam membuat pemilihan pasangan iaitu sebelum menjalinkan hubungan, semasa dan berikutnya bagaimana untuk menghadapi perpisahan atau mengendalikan perasaan apabila berakhirnya sesebuah hubungan. Kehidupan sosial dan berkeluarga memerlukan banyak komitmen dari segi psikologi dan emosi. Ia menuntut kematangan emosi dan pemikiran untuk menghadapi dan mengendalikan hakikat kehidupan yang sebenar. Bersatu dalam satu perhubungan adalah juga satu komitmen komitmen untuk sama-sama berusaha memahami di antara satu sama lain. Ramai yang tidak dapat melaksanakan komitmen ini dalam sebuah perhubungan yang kekal. Tanpa sebarang komitmen, tidak akan ada satu perhubungan yang sejati kerana hanya melalui ikatan cinta, kepercayaan dan rasa hormat akan wujud satu perhubungan yang kekal dan memuaskan.

1

KKS 2013 Psikologi Sosial

Perhubungan Rapat

_______________________________________________________________________________________________ _

DEFINISI KONSEP Menurut kamus dewan, hubungan bermaksud sambungan, rangkaian, hasil berhubung, kaitan, pertalian dan sangkut paut. Manakala rapat pula didefinisikan sebagai erat, karib, kuat dan teguh. Oleh itu, perhubungan rapat bolehlah didefinisikan sebagai kaitan atau pertalian yang sangat erat dan karib. Berdasarkan definisi tersebut, perhubungan yang akan dibincangkan dalam kerja kursus ini adalah berkaitan perhubungan dalam konteks keluarga, sahabat, kekasih dan teman hidup. Menurut Susan S. Hendrick (1995), The multidisciplinary area of close relationships includes research from psychology, sociology, communications, family studies and other disiplines and is concerned with interpersonal relationships that can be considered close or personal (for example, romantic relationships, friendships, workplace relationships). Dalam Robert S. Feldman (1998), menurut ahli Psikologi Sosial Sharon Berhm (1992), perhubungan rapat juga merujuk kepada perhubungan intim yang sekurang-kurangnya mempunyai 3 faktor iaitu lekatan emosi, keperluan untuk memenuhi kehendak dan kebergantungan. Menurutnya lagi, close relationhips (perhubungan rapat) merujuk kepada perhubungan intim yang disifatkan sebagai memiliki sekurang-kurangnya salah satu daripada sifat tersebut iaitu emotional attachment, need fulfillment, dan interdependence. Emotional attachment atau lekatan emosi ialah perasaan positif terhadap seseorang walaupun kadang-kala negatif. Apabila seseorang itu menjalinkan hubungan dengan seseorang sahabat, pasti tidak dapat lari dari mempunyai perasaan terhadap individu tersebut. Contohnya apabila kita mempunyai seorang sahabat karib di kolej, pasti tidak dapat mengelak daripada mempunyai lekatan emosi terhadap sahabat baik kita itu seperti kadang kala kita akan rasa sayang padanya. Apabila berjauhan ketika bercuti semester kita akan merinduinya. Interdependence atau kebergantungan merupakan tahap yang saling mempengaruhi dan menyertai beberapa aktiviti serta mereka akan merasa seronok dengan aktiviti tersebut. Contohnya apabila seorang anak kecil, ia memerlukan tahap pergantungan terhadap kedua ibu bapanya untuk memenuhi keperluan keselamatan. Need fulfillment atau keperluan untuk memenuhi atau dipenuhi kehendak oleh individu yang mempunyai perhubungan rapat dengan kita. Sikap dua orang individu berfikir secara bersama, secara tidak langsung mereka saling bergantung dan akan mewujudkan satu perhubungan. Sebagai contoh, kita akan cuba memenuhi kehendak kedua ibubapa dengan rajin belajar dan bertingkah laku seperti yang diasuh mereka. Manakala dalam masa yang sama kita juga mempunyai perasaan ingin

2

KKS 2013 Psikologi Sosial

Perhubungan Rapat

_______________________________________________________________________________________________ _

dipenuhi kehendak, contohnya jika kita ingin mendapatkan sesuatu kita akan meminta ibubapa memenuhinya begitu juga sebaliknya.

Peringkat-peringkat Perhubungan

Mengikut ahli psikologi George Levinger, perhubungan dianggap bukan sahaja merujuk kepada perkara yang spesifik (contoh perhubungan antara rakan, kekasih dan saudara mara) tetapi yang juga mendasari tahap perhubungan. Beliau menjelaskan terdapat tiga tahap perhubungan asas iaitu :

Peringkat Kesedaran (Awareness) Sesesorang individu yang menyedari terdapat individu lain contohnya seseorang yang dilihat dalam bilik kuliah . Seseorang itu mungkin membentuk satu impresi terhadapnya tetapi tidak berlaku interaksi antara mereka.

Peringkat kontak Permukaan (Surface Contact) Peringkat ini merupakan kontak-kontak permulaan di antara dua individu yang belum saling mengenal antara satu sama lain. Ia juga termasuk interaksi yang berulang-ulang yang berlandaskan peranan seperti interaksi perseorangan antara seorang pegawai dengan pekerja bawahannya.

Peringkat Saling Membalas (Mutuallity) Iaitu peringkat di mana terdapatnya kontak-kontak perhubungan yang semakin kerap. Interaksi di antara individu lebih bersifat peribadi dan hubungan yang saling bergantung lebih mendalam. Dalam peringkat ini juga individu akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman antara satu sama lain serta norma peribadi yang mana secara tidak rasmi mengawal perhubungan mereka.

Dalam peringkat ini juga ia dipecahkan kepada tiga iaitu minor intersection (persilangan kecil), moderate intersection (persilangan pertengahan), dan major intersection (persilangan utama). Dalam minor intersection, iaitu peringkat awal di mana

3

KKS 2013 Psikologi Sosial

Perhubungan Rapat

_______________________________________________________________________________________________ _

seseorang itu merasa ragu-ragu untuk memdedahkan maklumat mengenai diri sendiri. Moderate intersection merupakan langkah pertengahan dalam perhubungan apabila self disclosure meningkat. Manakala major intersection yang merupakan langkah dalam perhubungan yang disifatkan lebih kuat dan rapat. Dalam communal relationship (kegunaaan bersama), dalam perhubungan ini seseorang itu akan merasa saling bertanggungjawab dan menyediakan faedah berdasarkan kepada keperluan masing-masing. Sebagai contoh, kita memberi bunga kepada jiran kita tetapi kita tidak mengharapkan pembalasan. Sebaliknya kita inginkan harga sebuah persahabatan di sebalik pemberian itu. Communal relationships ini biasanya berlaku kepada pasangan romantik, ahli keluarga dan rakan-rakan. ASPEK UTAMA YANG TERKANDUNG DALAM PERHUBUNGAN RAPAT i. Membina hubungan

Knapp(1984) telah menulis satu analisis lengkap mengenai tahap-tahap membangun, mengalami dan mengakhiri hubungan, dan jenis komunikasi pada setiap tahap hubungan tersebut. Tahap-tahap dalam membina hubungan meliputi tahap memulai (Initiating) merupakan usaha-usaha yang sangat awal yang kita lakukan dalam percakapan dengan seseorang yang baru kita kenal. Tujuannya adalah untuk mengadakan kontak dan menyatakan minat.Tahap kedua ialah tahap di mana membincangkan topik-topik percakapan untuk mengenal diri orang lain. Tahap ini adalah cara yang aman untuk mengetahui persamaan dan perbezaan-perbezaannya. Pada tahap ini kita terus menerus mencari cara-cara membangun beberapa kepentingan yang sama. Adalah jauh lebih mudah untuk berbual dengan seseorang bila kita mengetahui kita mempunyai suatu persamaan dan perbualan juga lebih menyenangkan. Setiap komitmen pada tahap ini umumnya sangat terbatas. Biasanya hubungan masih bersifat sambil lalu dan santai. Tahap penggiatan (Intensifying) merupakan tahap awal keintiman, berbagai informasi peribadi, dan awal pengetahuan yang lebih banyak dikumpul. Tahap ini merupakan tahap yang banyak perubahan dalam perilaku komunikasi, baik komunikasi

4

KKS 2013 Psikologi Sosial

Perhubungan Rapat

_______________________________________________________________________________________________ _

verbal ataupun komunikasi nonverbal, yang terjadi ketika kenalan menjadi teman akrab. Seterusnya tahap pengintegrasian (Integrating) terjadi apabila dua orang mulai menganggap diri mereka sendiri sebagai pasangan. Pada tahap itu pasangan tersebut aktif memupuk semua minat. Sikap dan kualiti menampakkan mereka unik sebagai pasangan. Tahap kelima pula ialah tahap pengikatan (Bonding) adalah tahap yang lebih formal atau ritualistik. Ia adalah berbentuk pertunangan atau perkahwinan, namun berhubungan tetap juga merupakan suatu bentuk pengikatan. Pasangan tersebut sepakat untuk menerima segala tanggung jawab atau norma yang mengatur hubungan mereka. ii. Cinta Segi Tiga Sternberg Menurut Sternberg (1986) kefahaman konsep cinta dapat dilihat berdasarkan tiga komponen yang membentuk Model Segi Tiga Cinta Sternberg. Model Segi Tiga Cin