13
Pengenalan Bahasa adalah perkara yang sering digunakan dalam berkomunikasi tidak kira pada peringkat umur. Proses perkembangan bahasa ini berlaku seawal kanak-kanak yang cuba untuk bercakap dan baru mengenal erti dunia atau kehidupan. Proses perkembangan bahasa lebih jelas dilihat apabila kanak-kanak baru belajar membaca kerana mereka akan menggunakan belajar menyebut huruf konsonan dan huruf vokal. Selepas mereka boleh menyebut huruf-huruf, mereka akan menggunakan bahasa yang mereka fahami sendiri untuk melatih dalam proses bercakap. Proses ini akan berterusan dari masa ke semasa sehingga kanak-kanak sudah pandai berbahasa dan bercakap dengan jelas. Proses berlaku disebabkan wujudnya pengaruh persekitaran itu sendiri. Pengaruh persekitaran ada perkara yang sering berlaku dalam kehidupan seharian dan boleh membantu dalam proses pembelajaran tidak mengira peringkat umur sama ada peringkat bayi, awal kanak- kanak, pertengahan kanak-kanak atau akhir kanak-kanak. Seperti yang kita tahu pengaruh persekitaran ini adalah pengaruh yang paling kuat dan merangkumi pelbagai aspek antaranya pengaruh dari rakan sebaya, cara didikan ibu bapa, di sekolah dan media massa. Kesemua elemen ini boleh membantu dalam proses pembelajaran terutamanya kanak- kanak. Ini kerana sifat kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan ingin mempelajari perkara-perkara baru. Oleh itu, jika ibu bapa menggunakan bahasa yang betul akan membantu mereka dalam melancarkan proses mereka bercakap dan akan memudahkan mereka menyebut setiap perkataan. Menurut Burton, 1991 ; Day, 1992 menyatakan bahawa persekitaran dalam kelas menjadi strategik dan teknik yang digunakan oleh guru dalam membentuk pengaruh persekitaran kanak-kanak terhadap pembelajaran. Oleh itu, ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak lebih banyak menggunakan proses pembelajaran tidak kira perkembangan

Perkembagan kanak-kanak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

perkembangan bahasa kedua kanak-kanak

Citation preview

Pengenalan Bahasa adalah perkara yang sering digunakan dalam berkomunikasi tidak kira pada peringkat umur. Proses perkembangan bahasa ini berlaku seawal kanak-kanak yang cuba untuk bercakap dan baru mengenal erti dunia atau kehidupan. Proses perkembangan bahasa lebih jelas dilihat apabila kanak-kanak baru belajar membaca kerana mereka akan menggunakan belajar menyebut huruf konsonan dan huruf vokal. Selepas mereka boleh menyebut huruf-huruf, mereka akan menggunakan bahasa yang mereka fahami sendiri untuk melatih dalam proses bercakap. Proses ini akan berterusan dari masa ke semasa sehingga kanak-kanak sudah pandai berbahasa dan bercakap dengan jelas. Proses berlaku disebabkan wujudnya pengaruh persekitaran itu sendiri. Pengaruh persekitaran ada perkara yang sering berlaku dalam kehidupan seharian dan boleh membantu dalam proses pembelajaran tidak mengira peringkat umur sama ada peringkat bayi, awal kanak-kanak, pertengahan kanak-kanak atau akhir kanak-kanak. Seperti yang kita tahu pengaruh persekitaran ini adalah pengaruh yang paling kuat dan merangkumi pelbagai aspek antaranya pengaruh dari rakan sebaya, cara didikan ibu bapa, di sekolah dan media massa. Kesemua elemen ini boleh membantu dalam proses pembelajaran terutamanya kanak-kanak. Ini kerana sifat kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan ingin mempelajari perkara-perkara baru. Oleh itu, jika ibu bapa menggunakan bahasa yang betul akan membantu mereka dalam melancarkan proses mereka bercakap dan akan memudahkan mereka menyebut setiap perkataan. Menurut Burton, 1991 ; Day, 1992 menyatakan bahawa persekitaran dalam kelas menjadi strategik dan teknik yang digunakan oleh guru dalam membentuk pengaruh persekitaran kanak-kanak terhadap pembelajaran. Oleh itu, ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak lebih banyak menggunakan proses pembelajaran tidak kira perkembangan bahasa, tingkah laku dan lain-lain dengan menggunakan proses pembelajaran yang dipengaruhi oleh persekitaran. Ini kerana terdapat pendapat bersetuju bahawa proses pembelajaran bermula daripada pengalaman.

Pengaruh Perkembangan bahasa yang kedua melalui persekitaran 1. Pengaruh Persekitaran di sekolah 1.1 Pengenalan Seperti yang kita tahu sekolah merupakan rumah kedua selepas rumah kita sendiri iaitu sekolah menjadi medium untuk menyalurkan maklumat atau ilmu kepada para pelajar. Oleh itu, ini akan menghasilkan lagi proses pembelajaran bahasa kedua selepas bahasa utama sebagai contohnya, bahasa yang sering di gunakan adalah bahasa Melayu dan secara automatiknya bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua yang menjadi cabaran kanak-kanak dalam perkembangan bahasa mereka. Ini dapat dibuktikan iaitu apabila melihat kepada kanak-kanak dalam lingkungan bermula awal kanak-kanak sehingga pertengahan kanak-kanak mereka akan belajar dalam menggunakan bahasa yang mereka sering gunakan. Kerana mereka baru mengenali bagaimana mengenali huruf dan membaca. Oleh itu, dengan adanya proses mempelajari bahasa kedua ini akan menghasilkan pelbagai cabarannya terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak itu sendiri. Apabila kita melihat pada dunia hari ini bahasa kedua ini merupakan bahasa yang penting untuk dipelajari sebagai contoh bahasa Inggeris wajib untuk dipelajari kerana bahasa Inggeris adalah bahasa kedua selepas bahasa Melayu dalam Malaysia. Oleh itu, perkembangan bahasa kedua ini perlulah sejajar dengan perkembangan bahasa kanak-kanak yang kedua kerana akan memberi kesan kepada mereka pada masa akan datang. Oleh yang demikian, dengan adanya pengaruh di sekolah membolehkan kanak-kanak mempelajari bahasa kedua selepas bahasa utama yang mereka sering dengar dan menjadikan bahasa pertama sebagai komunikasi harian. Oleh itu, pengaruh persekitaran melalui di sekolah adalah perkara yang boleh membantu dalam proses perkembangan bahasa kedua kanak-kanak.

1.2 Program sekolah terhadap perkembangan bahasa kedua.Semasa di sekolah kanak-kanak akan diberikan pelbagai aktiviti yang di lakukan bertujuan menarik para pelajar untuk mendalami atau meminati sesuatu ilmu tersebut. Hal ini akan membantu dalam proses menghasilkan rasa minat kanak-kanak dalam mempelajari bahasa kedua dengan cepat dan mudah. Kanak-kanak akan mula menghasilkan minat mereka jika mereka mendapat pengaruh yang akan membantu dalam proses pembelajaran mereka. Dalam fasa kanak-kanak, mereka lebih cenderung untuk mempelajari sesuatu perkara yang baru. Oleh itu, dengan adanya program yang dianjurkan di sekolah akan membantu mereka dalam meminati sesuatu perkara yang baru dalam diri mereka. Melihat kepada wujudnya penekanan kepada kanak-kanak mempelajari bahasa kedua seperti mempelajari bahasa Inggeris akan membantu perkembangan bahasa kanak-kanak pada masa akan datang. Oleh itu, pihak sekolah terutamanya guru-guru yang lebih dekat dengan murid-murid perlulah membuat strategik yang lebih efektif dalam mendidik kanak-kanak terhadap perkembangan bahasa kedua kanak-kanak. Ini kerana, pada masa ini kanak-kanak lebih cenderung atau mudah untuk mendapat maklumat yang baru dan mudah mempelajari perkara-perkara yang baru. Menurut Gijselaers & Schmidt (1995) menyatakan bahawa kanak-kanak akan konsisten menerima maklumat atau ilmu yang dipelajari akan mudah di aplikasi jika kanak-kanak mendapat atau menerima maklumat tersebut dengan sepenuhnya. Ini membuktikan pengaruh persekitaran daripada sekolah lagi khususnya rakan sebaya dan guru-guru adalah proses pembelajaran yang berkesan tetapi guru-guru perlulah memberikan sistem pendidikan yang berkesan agar kanak-kanak akan mudah mendapat maklumat tersebut. Menurut Gehrke (1979) dan Dodge, Golhammer dan Colker (1988) berpendapat bahawa kanak-kanak lebih gemar menggunakan aktiviti sendiri berdasarkan kepada persekitaran. Oleh itu, sebagai guru yang baik adalah sifat guru perlu mempunyai tanggungjawab dalam mendidik kanak-kanak walaupun pelbagai cabaran yang akan ditempuh. Dengan adanya guru dalam memberi galakan kepada kanak-kanak untuk mempelajari bahasa kedua akan membantu dalam proses perkembangan kedua dalam diri kanak-kanak menggunakan kaedah atau teknik seorang guru dalam menyampaikan maklumat dengan berkesan dengan cara menarik minat kanak-kanak mempelajari bahasa kedua agar selari dengan perkembangan bahasa kedua kanak-kanak pada masa akan datang.

1.3 Pengaruh Rakan Sebaya Rakan sebaya adalah pengaruh yang lebih kuat dan pada zaman kanak-kanak mereka mementingkan bermain. Oleh itu, mereka lebih banyak luangkan masa bersama rakan-rakan sebaya dan sejenis dengan mereka. Hal ini akan mempengaruhi proses pembelajaran kerana mereka akan bersama-sama mempelajari bahasa baru. Secara kebiasaannya kanak-kanak dalam cuba mempelajari sesuatu tidak melalukan secara keseorangan dan ini akan membantu dalam membantu mereka dalam membuat sesuatu secara bersama-sama. Rakan sebaya merupakan pengaruh persekitaran yang paling kuat pengaruhnya kerana mereka boleh membawa perubahan dalam hidup kanak-kanak tersebut. Proses perkenalan kanak-kanak ini berlaku semasa di sekolah. Oleh itu, titik pertemuan dalam menjadi hubungan kawan adalah bermula dari sekolah lagi. Hal ini boleh mempengaruhi kepada perubahan bahasa kanak-kanak tersebut. Sebagai contoh jika kanak-kanak tersebut menggunakan bahasa ibunda mereka semasa berada di rumah mereka hanya akan biasa menggunakan bahasa pertama sahaja. Tetapi apabila mereka berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka, mereka akan berkomunikasi dengan rakan mereka dengan bahasa yang sama-sama mereka faham. Komunikasi dengan rakan sebaya ini adalah perkara yang akan mempengaruhi kanak-kanak dalam berkomunikasi bahasa kedua. Menurut pendapat Slobin, (1971) kanak-kanak akan mula belajar bahasa kedua jika mereka tertarik dalam mempelajari perkara tersebut tetapi dengan teknik guru itu sendiri. Hal ini jelas menunjukkan bahawa jika kanak-kanak tersebut mendapat maklumat yang disampaikan oleh guru mereka maka mereka akan mengaplikasikan maklumat yang kanak-kanak tersebut terima kepada rakan sebaya mereka. Melihat kepada teori pelajaran menunjukkan cara pelbagai cara atau teknik yang boleh digunakan dalam melakukan proses pembelajaran bahasa kedua ini kerana pelbagai kesan yang akan timbul jika kanak-kanak tidak dalam memahami cara mempelajari bahasa kedua. Antaranya ialah, minat kanak-kanak dalam mempelajari bahasa kedua akan hilang, kanak-kanak akan mula merasa bosan dan mereka tidak memahami penggunaan bahasa kedua. Ini jelas menunjukkan bahawa mempelajari bahasa kedua ini mempunyai teknik dalam mempelajarinya terutamanya kanak-kanak.

1.4 Peranan Guru Guru merupakan peranan paling besar dan penting dalam pengaruh persekitaran kanak-kanak di sekolah terhadap perkembangan bahasa kedua. Penurut pandangan yang lain bahawa guru-guru adalah merupakan ibu bapa kedua selepas keluar daripada rumah. Oleh itu, guru perlulah melakukan sesuatu perkara dalam perkembangan bahasa kedua kanak-kanak kerana jika kanak-kanak kurang dalam perkembangan bahasa kedua mereka akan mendatangkan kesan pada masa akan datang. Peranan guru dalam menarik minat kanak-kanak adalah guru perlulah membuat sesuatu perkara yang lebih selesa dan sistem pembelajaran yang lebih berkesan. Ini bertujuan agar kanak-kanak tidak mudah bosan dengan pembelajaran yang dilakukan terhadap kanak-kanak tersebut. Seorang guru yang baik adalah mereka tahu bagaimana untuk memikat minat kanak-kanak dalam menarik minat meminati pelajaran bahasa kedua dan menjadikan pelajaran yang mudah dipelajari. Menurut Charles (1989) menyatakan bahawa kanak-kanak perlu melakukan latihan agar pembelajaran yang diterima akan dapat digunakan seharian. L. Bloom, Hood & Lightbown (1974) berpendapat apabila maklumat yang diterima daripada sekolah atau ilmu yang diterima semasa di sekolah akan digunakan semasa di rumah. Oleh itu, peranan ibu bapa pual menarik minta kanak-kanak dalam perkembangan bahasa kedua pada masa akan datang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pengaruh persekitaran di sekolah juga dipengaruhi oleh guru dan rakan sebaya. Kesemua ini akan membantu dalam proses pembelajaran bahasa kedua kanak-kanak dan selari dengan perkembangan bahasa kedua kanak-kanak. Ini jelas menunjukkan bahawa perkembangan bahasa kedua kanak-kanak dipengaruhi sejak dari sekolah lagi dan akan dibawa ke rumah kanak-kanak tersebut.

2. Pengaruh Media Massa 2.1 PengenalanMedia massa merupakan medium yang menyumbang kepada perkembangan manusia hari ini. Walaupun media massa mempunyai pelbagai keburukan tetapi media massa juga mempunyai kebaikan dan kelebihan yang ada dalam media massa. Hal ini jelas apabila media massa juga menyumbang kepada perkembangan bahasa kedua selari dengan perlembagaan kanak-kanak hari ini. Media massa sudah sebati dalam hidup kita kerana media massa telah mendorong kepada proses pembelajaran bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi kepada semua lapisan masyarakat. Media massa merangkumi internet, television, radio, dan pelbagai lagi. Oleh itu, medium inilah yang menjadi titik tolak kepada perkembangan manusia hari ini. Hal ini jelas terbukti apabila kebanyakan sekolah hari ini menggunakan media massa seperti rangsangan television dalam mendidik kanak-kanak agar kanak-kanak tidak akan bosan dalam proses pembelajaran akan mudah ditangkap. Kanak-kanak secara kebiasaan melakukan perkara yang dilihat dan didengar tidak kira secara melihat depan mata atau sebaliknya. Dalam teori Bandura kanak-kanak akan melakukan perkara yang mereka lihat dan dengar melalui tenik peniruan. Oleh itu, jika media massa memainkan perkara yang baik sebagai contoh memperlihatkan perkara yang baik atau guru menggunakan television untuk kanak-kanak mempelajari bahasa kedua dengan kedah ini akan membantu dalam proses pembelajaran kanak-kanak itu sendiri. Oleh itu, jelas membuktikan bahawa peranan media massa juga merupakan perkara yang mempengaruhi persekitaran kanak-kanak dalam perkembangan bahasa kedua kanak-kanak. Media massa juga kesan-kesan sampingan terhadap perkembangan bahasa kedua kanak-kanak sehingga kini media massa.

2.2 Cara Media Massa Mempengaruhi Perkembangan Bahasa KeduaAntara cara yang digunakan oleh media massa untuk membantu mempengaruhi perkembangan bahasa kedua untuk kanak-kanak adalah kanak-kanak di dedahkan penggunaan rancangan kanak-kanak dalam bahasa Inggeris. Hal ini akan membantu kanak-kanak untuk berusaha memahami penggunaan bahasa Inggeris dan kanak-kanak akan mengaplikasikan perkara belajar daripada medium tersebut. Bukan itu sahaja, media massa juga membantu dalam proses perkembangan kognitif kanak-kanak itu sendiri. Jika perkembangan kognitif kanak-kanak tinggi akan memudahkan kanak-kanak mempelajari setiap yang berlaku dengan mudah dan boleh menghasilkan kreativiti dan daya pemikiran yang cepat dalam menghasilkan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Antara medium yang boleh meningkatkan proses pembelajaran bahasa adalah kanak-kanak pada masa sekarang ini lebih meminati permainan melalui online. Hal ini akan membantu kanak-kanak dalam proses memahami bahasa Inggeris kerana kanak-kanak akan berusaha untuk maksud dalam permainan tersebut. dengan adanya penggunaan bahasa Inggeris dalam permainan tersebut akan membantu menghasilkan perkembangan kognitif dan sekali gus membantu dalam meningkatkan penggunaan bahasa kedua dalam zaman kanak-kanak. Dalam zaman kanak-kanak yang serba canggih ini yang lebih mengutamakan terhadap penggunaan peralatan terkini ini juga salah satu membantu terhadap perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Oleh itu, kepakaran kanak-kanak dalam perkembangan bahasa kedua kanak-kanak disebabkan penggunaan peralatan yang canggih selari dengan perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Pihak sekolah juga menggunakan peranan media massa dalam sistem pengajaran mereka kerana ia agak menarik dan boleh menarik minat kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu perkara. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa perkembangan bahasa kedua ini juga disebabkan oleh peranan media massa.

3. Halangan Terhadap Mempelajari Bahasa Kedua Setiap yang ingin dilakukan pasti pelbagai halangan yang berlaku dalam sesebuah perkembangan termasuk la perkembangan bahasa ini. Halang ini boleh diatasi jika mendapat sokongan daripada orang dewasa itu sendiri. Hal ini kerana halangan dalam perkembangan bahasa kedua ini hanyalah halangan yang kecil sahaja dan boleh diatasi dengan sebaiknya. Antara halangan yang berlaku adalah perbezaan mempelajari bahasa kedua berbeza daripada pembelajaran bahasa ibunda sendiri. Terdapat masyarakat berpendapat menganggap bahawa pembelajaran bahasa kedua adalah sukar untuk dipelajari. Menurut Dulay, Burt & Krashen (1982) ; Lindfors (1982) menyatakan pembelajaran bahasa ibunda lebih muda berbanding mempelajari bahasa kedua kerana perlu mempelajari semua aspek termasuklah linguistik dan peraturan dalam bahasa itu sendiri. Ini menunjukkan bahawa halang ini akan membawa masalah kepada perkembangan bahasa itu sendiri. Halangan yang seterusnya adalah kanak-kanak kurang menggunakan bahasa ibunda mereka kerana mereka lebih terdidik dengan bahasa kedua. Hal ini akan mendatangkan kesan apabila kanak-kanak sudah tidak boleh berbahasa ibunda kerana ketulenan bahasa ibunda itu akan tercemar dan akan kurangnya menggunakan bahasa ibunda sepenuhnya. Hal ini akan memberi kesan yang negatif kepada perkembangan bahasa pertama dan sekali gus mendatangkan kesan kepada pada masa akan datang. Halangan seterusnya ialah apabila kanak-kanak sudah fasih dalam menggunakan bahasa tersebut akan mendatangkan masalah terutamanya semasa di sekolah. Pembelajaran di sekolah akan lebih sukar dan susah kerana mereka akan lebih banyak menggunakan bahasa asing berbanding menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. Menurut Collier (1989); Cummins & Swain (1986) berpendapat bahawa pembelajaran di sekolah akan lebih sukar dan gred yang lebih tinggi dengan menggunakan bahasa asing. Halangan dalam perkembangan bahasa kedua ini juga adalah dengan adanya dwibahasa dalam pelbagai perkara. Hal ini terbukti apabila melihat kepada dalam kertas soalan dalam peperiksaan adalah apabila melihat lebih banyak menghalang perkembangan bahasa kedua dalam perkembangan kanak-kanak. Dengan wujudnya semua perkara ini akan menyukarkan proses pembelajaran perkembangan bahasa terutamanya dalam fasa kanak-kanak.

Secara kesimpulannya, halangan untuk proses perkembangan bahasa kedua ini bukanlah halangan besar dan boleh diatasi. Jika halangan tidak diatasi dengan baik maka akan menyukarkan proses pembelajaran itu berlaku sehingga wujudnya masa-masa kritikal dalam perkembangan bahasa kedua ini.

PenutupSecara keseluruhannya pengaruh persekitaran terhadap perkembangan bahasa kedua mempengaruhi perkembangannya. Ini kerana kanak-kanak akan mempelajari sesuatu dalam tahap perkembangan mereka melalui pengalaman yang mereka ada dan mereka aplikasi dalam kehidupan mereka. Dengan adanya pengaruh persekitaran inilah yang akan mempercepatkan proses pembelajaran mereka dan mewujudkan pembelajaran secara seimbang. Kanak-kanak akan mudah berminat dengan perkara baru kerana sikap ingin tahu yang tinggi pada diri mereka akan membolehkan mereka belajar dalam pelbagai aspek. Pada fasa kanak-kanak juga, mereka mempelajari sesuatu perkara tidak hanya tertumpu pada dalam rumah sahaja kerana proses pembelajaran mereka juga akan tertumpu di luar rumah juga. Hal ini akan mewujudkan sikap bersosial antara mereka akan tinggi dan menghasilkan pengaruh daripada rakan sebaya. Pada proses mereka juga, kanak-kanak menjadikan setiap perkara yang mereka lakukan adalah proses pembelajaran. Oleh itu, perkara ini akan menghasilkan daya pembelajaran yang tinggi dan menarik. Pembelajaran yang menarik akan bertambah lagi jika guru memainkan peranan mereka dalam mendidik kanak-kanak dengan menarik minat mereka untuk mempelajari sesuatu yang baru.