28
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (Child Development) EDU 3102 Sarah Anis Sobri Khairunnisa Kaising Nurul Sharmila Jumana Hasirul Aqwam Ahmad Akmal Ridhwan Lipoh

Perkembangan Fizikal

  • Upload
    ierah10

  • View
    54

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bimbingan kanak-kanak

Citation preview

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (Child Development) EDU 3102

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK(Child Development)EDU 3102

Sarah Anis SobriKhairunnisa KaisingNurul Sharmila JumanaHasirul Aqwam AhmadAkmal Ridhwan Lipoh

PengenalanWoolfolk & Margetts, 2007 :Merujuk kepada perubahan fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia.

Hurlock, 1978 :Perubahan-perubahan ini (fizikal) mempengaruhi tingkah laku secara langsung dan tidak langsung.Perkembangan FizikalTeori Arnold GesselBaka sebagai faktor utama mempengaruhi perkembangan diri seseorang individu

Teori Robert HavighurstAlam sekitar mempengaruhi perkembangan individu.Prinsip Asas Perkembangan FizikalPerkembangan bermula dari kepala & beransur ke kaki. Selepas kelahiran, saiz kepala berkembang dahulu, kemudian perkembangan anggota badan lain. Seorang kanak-kanak dapat mengawal pergerakan kepalanya terlebih dahulu, kemudian lengan dan seterusnya kaki. Seorang bayi dapat mengawal pergerakan kepala dan ekspresi muka dalam masa 2 bulan selepas lahir mendahului anggota lain. Beberapa bulan kemudian, bayi boleh meniarap dan mengangkat badannya menggunakan lengan. Usia 6-12 bulan, mula boleh mengawal kaki, merangkak, berdiri dan seterusnya berjalan.

2. Arah perkembangan berlaku dari tengah badan dan berterusan ke luar.Bermula dari tulang belakang & menuju ke luar badan.Pre natal Jantung & organ lain terbentuk dahulu sebelum kaki & tangan.Otot halus pada jari tangan & kaki adalah organ yg akhir dlm proses perkembangan.Bayi yg baru lahir - belum dapat mengawal otot-otot tangan.Beberapa bulan kemudian dapat menggengam objek.Seterusnya, dapat memegang objek dengan sempurna.

3 . Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik. Sekiranya kepala terhantuk : Menangis dengan kuat. Selepas beberapa bulan : masih menangis, tetapi sudah boleh menunjuk kepalanya yg sakit. Seterusnya jika sudah menguasai kebolehan bahasa, maka bayi akan memberitahu kepalanya yg sakit.

4. Aspek perkembangan fizikal berkembang pada tahap yg berbeza. Kaki & tangan mencapai tahap perkembangan yg maksimum ketika remaja tetapi bahagian bahu mengambil masa yg lama.Kreativiti berkembang dengan cepat semasa remaja berbanding dengan kemahiran menakul.Peringkat-Peringkat PerkembanganPrenatal (1 minggu 9 bulan)Perkembangan bermula dari masa persenyawaan, iaitu sperma bapa bersatu dengan ovum atau telur ibu.Terbahagi kepada 3 fasa :1. Fasa Pembenihan2. Fasa Embrio 3. Fasa FetalFASA PEMBENIHANBermula pada proses persenyawaanBerlangsung selama 2 minggu.Selepas persenyawaan, zigot bergerak ke rahim.Zigot ( mempunyai 23 kromosom drpd Sperma & 23 kromosom drpd Ovum).Kromosom2 akan berpasangan.Setiap pasangan kromosom mempunyai gen-gen yg mengandungi ciri-ciri kebakaan. Zigot akan mengalami proses mitosis.Sel-sel yg terbentuk akan menjadi bahagian2 sistem saraf, otak, dan bahagian2 lain dlm badan.Sel-sel tersebut menerima salinan gen yg diperturunkan drpd ibu bapa.Gen-gen ini mengandungi DNA.FASA EMBRIOBermula drpd minggu 3 minggu 8 selepas sesi persenyawaan.Organisma yg terbentuk dipanggil embrio.Minggu 4 : Perkembangan otak dan mata, telinga & mulut mula terbentuk.Minggu 8 : Mempunyai sistem organ asas.Menerima makanan, khasiat & oksigen melalui tali pusat.Tali pusat juga membawa karbon dioksida dan perkumuhan drpd Embrio kepada ibu untuk dikumuhkan.Perkembangan pesat berlaku pada fasa ini.Struktur dan sistem-sistem asas badak terbentuk.

FASA FETALBermula pada bulan ke-3 selepas persenyawaan sehinggalah kelahiran.Dipanggil Fetus.Organ-organ utama bertambah saiz.Otot dan sistem saraf mula terbentuk.Isyarat drpd otak dan beberapa pergerakan sudah boleh dikesan.Perkembangan yg berlaku antara bulan ke-3 bulan ke-6 amat pesat.Pergerakan bayi dapat dirasai oleh ibu.Deria penglihatan dan pendengaran bayi sudah mula berfungsi.Berat badan dan panjang bayi bertambah.Sekiranya bayi sudah lahir pada bulan ke-7, dia mempunyai peluang untuk hidup tetapi akan mengalami masalah dalam pernafasan.

Peringkat-Peringkat Perkembangan2. Bayi (Lahir 2 tahun) 2 tahun pertama pertumbuhan & perkembangan berlaku dengan pesat. Berat badan bertambah lebih kurang 10kg & ketinggian bertambah 40cm. Saiz dan kompleksiti otak bertambah bertambah. Sel-sel otak berkembang. 6-8 bulan : Gigi susu pada gusi bawah mula kelihatan diikuti pada gusi atas.

Pertumbuhan gigi dipengaruhi oleh kesihatan bayi, baka, khasiat yg diterimanya sebelum dan selepas.Sekuan pertumbuhan yg x betul akan mengakibatkan posisi rahang x tepat & x sempurna.Berlaku autonomi & kekuatan melalui pergerakan ( Memusingkan badan, merangkak dan berjalan).Perkembangan otot-otot halus (jari tangan) membolehkan bayi mencapai & menggenggam objek.Peringkat-Peringkat Perkembangan3. Awal Kanak-kanak (2-6 tahun) Pertumbuhan fizikal berlaku secara perlahan. 2x ganda drpd ketinggian semasa lahir. 4x ganda drpd berat badan semasa lahir. Otot-otot kasar sudah berkembang dengan sempurna manakal otot halus sebaliknya. Kadar perkembangan kanak-kanak perempuan lebih cepat berbanding lelaki.Perubahan dlm pergerakan psikomotor seorang kanak-kanak berlaku secara teratur.Contoh : Berjalan dulu baru boleh berlari.Kadar perubahan kebolehan psikomotor dipengaruhi oleh genetik.Peringkat-Peringkat Perkembangan4. Kanak-kanak (7-12 tahun) Kadar pertumbuhan stabil. Peringkat ini lebih bercorak kepada penambahbaikan terhadap kebolehan psikomotor yg sedia ada. Gigi susu diganti dengan gigi kekal. Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8-10 tahun & mencapai kemuncak pada umur 12 tahun.

Bagi kanak-kanak lelaki, ketinggian bertambah pada umur 10-12 tahun & mencapai kemuncak pada umur 15 tahun.Kanak-kanak lelaki sudah mula cenderung kepada permainan-permainan lasak (Bola sepak).Perkembangan otot-otot halus yg membolehkan kanak-kanak menulis dgn lebih kemas, belajar alat muzik, menjahit & berenang.Sebilangan kanak-kanak mencapai akhil baligh pada umur 11 tahun.

Peringkat-Peringkat Perkembangan5. Awal Remaja (12-15 tahun) Kadar pertumbuhan berlaku sangat cepat & pesat sama seperti di peringkat bayi. Ketinggian, saiz & bentuk badan berubah ke arah dewasa. Perubahan saiz bagi perempuan berlaku 1 atau 2 tahun sebelum mencapai akhil baligh.

Bagi perempuan, apabila akhil baligh, bentuk badan mereka mula menunjukkan ciri-ciri kewanitaan dan bulu ketiak mula tumbuh.Bagi lelaki, apabila akhil baligh, perubahan suara ataupun suara pecah mula ketara.Badan mereka mula menunjukkan ciri-ciri kelelakian, misai dan bulu ketiak mula kelihatan.Perubahan ketinggian berlaku pada perempuan terlebih dahulu kemudia lelaki.Pertumbuhan otot lelaki lebih ketara dari perempuan.Oleh itu, lelaki secara umumnya lebih kuat dari perempuan (dari segi fizikal).Implikasi terhadap P&PBAYIMenggunakan stimulasi visual dan pendengaran

AWAL KANAK-KANAKMembantu kanak-kanak sekadar mana yang perluElakkan daripada membandingkan antara kanak-kanakMenyediakan aktiviti-aktiviti yang sesuaiKANAK-KANAKMelibatkan kanak-kanak dalam aktiviti permainan dan latihan-latihanMenyediakan aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak lelakiMenerapkan aktiviti dan pemakanan yang sesuaiAWAL REMAJAAktiviti seprti ceramah dan kaunselingMenyediakan latihan untuk membantu remaja membina daya tenaga dan daya tahanMemberi kesedaran tentang gaya hidup sihat

SekianTerima kasih