33
Sejarah dan Perkembangan Ejaan Rumi 1. Kemasukan Tulisan Rumi 2. Perkembangan Tulisan Rumi di Zaman British BMM3123 Disediakan oleh:Syahmi Afif & Thompson Juna Pensyarah : Dr.Muhamad Fadzil Bin Yusoff

Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

Embed Size (px)

DESCRIPTION

xoxo

Citation preview

Page 1: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

Sejarah dan Perkembangan Ejaan Rumi

1. Kemasukan Tulisan Rumi2. Perkembangan Tulisan Rumi di

Zaman British

BMM3123Disediakan oleh:Syahmi Afif & Thompson

Juna

Pensyarah : Dr.Muhamad Fadzil Bin Yusoff

Page 2: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

Sistem ejaan rumi yang digunapakai sekarang sebenarnya terbentuk hasil penyatuan ejaan Rumi bagi bahasa Melayu di Malaysia dengan bahasa Indonesia sejak tahun 1967.

Pada tahun 1972, Sistem Ejaan Rumi Bharu telah diperkenalkan setelah sistem ejaan rumi sebelum ini menghadapi masalah.

Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia ditugaskan untuk menyusun panduan ejaan Rumi di Malaysia.

Pengenalan

Page 3: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

Kemunculan tulisan Rumi yang awal di Melaka dikesan apabila ahli pelayaran Portugis Bartholomew Diaz berjaya mengelilingi dunia dan melintasi negeri Melaka pada tahun 1487.

Lopez de Sequeira telah sampai ke pelabuhan Melaka pada tahun 1497 dan kemuncaknya adalah apabila Alfonso de Albuquerque telah berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.

Kemasukan Tulisan Rumi

Page 4: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

Menurut Amat Juhari Moan (1992) tulisan rumi mula dikesan digunakan oleh David Barbosa pada tahun 1516 di Melaka, iaitu selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.

Namun kuasa Portugis merosot setelah kedatangan kuasa baharu iaitu Belanda, Sepanyol dan Inggeris.

Page 5: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

Ejaan ini dipelopori oleh Antonio Pigafetta, seorang pelayar Itali yang berjaya belayar bersama Ferdinand Magellan pada tahun 1522.

Beliau mengikuti ekspedisi Megellan secara sukarela dan bertindak sebagai jurutulis.

Tugas beliau sepanjang pelayaran tersebut ialah merakan beberapa perkataan Itali-Melayu sebanyak 426 kata.

Ejaan Rumi/Latin Pigafetta

Page 6: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

Sistem ejaan yang diperkenalkan oleh Pigafetta ini sebenarnya berdasarkan sitem ejaan Itali daripada dialek Vicentina iaitu tempat asal Pigafetta.

Beliau menamakan daftar kata tersebut sebagai kosa kata yang digunakan oleh orang Moorish atau Muslim.

Ejaan Pigafetta mengandungi abjad-abjad yang dapat dipadan dengan abjad Rumi bahasa Melayu moden darisegi grafem dan nilai bunyinya.

Page 7: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

Senarai Pigafetta Bahasa Inggeris Ejaan Rumi Moden

Allah God Allah

Horan pendita Wise man Orang pendeta

Bapa Father Bapa

Mama, ambui Mother Mama, ibu

Saudala Brother Saudara

Horan Man Orang

Cuda Horse Kuda

Gulla Honey Gula

Roza Deer Rusa

Page 8: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

Ejaan ini depelopori oleh Cornelius de Houtman, iaitu seorang pelayar Belanda yang telah menghasilkan senarai perkataan bahasa Melayu yang ditulis dalam skrip tulisan Rumi sewaktu beliau sampai ke Kepulauan Melayu pada tahun 1596.

Senarai ini terkumpul semasa beliau di dalam penjara setelah ditangkap oleh Sultan Bantam III kerana konflik dan kekasaran orang Belanda terhadap Pangeran Mohamad.

Ejaan Rumi Houtman

Page 9: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

Senarai Houtman Bahasa Inggeris Ejaan Rumi Moden

Bewangdarner To leen blood Buang Darah

Terymechache Thank you Terima kasih

Botonuum Found Bertemu

Balmary Yesterday Semalam

Tyngal Remain Tinggal

Engat Remember Ingat

Bucky Leg Kaki

Benue Kill Kaki

Tsyuka Vinegar Cuka

Chynta Love Cinta

Kytab Book Kitab

Page 10: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

Diperkenalkan oleh Thomas Bowrey (1710) dan semua hasilnya telah dijilidkan menerusi kamus pertama bahasa Inggeris-Melayu yang diterbitkan di London.

Selain daripada daftar kata, beliau juga telah menurunkan ayat perbualan sehari-hari dan dialog pelbagai tajuk.

Ejaan Rumi Bowrey

Page 11: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

Senarai Thomas Bowrey

Bahasa Inggeris Ejaan Rumi Moden

Kita poonea My Kita punya

Tuan Poonea Yours Tuan punya

Dea poonea His Dia punya

Camee poonea Ours Kami punya

Todohan Accusation Tuduhan

Gocho Slap Gocoh

Toolah Punishment Tulah

Page 12: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

Ejaan Rumi yang terakhir sebelum kemasukan British ialah ejaan yang diperkenalkan oleh C.H. Thomsen yang berjaya menerbitkan buku A Vocabulary of The English and Malayan Languages yang mengandungi hampur 200 patah perkataan dan diterbitkan pada 1820.

Ejaan Rumi Thomsen

Page 13: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

Kebanyakan ejaan Rumi yang terawal sebelum kedatangan Birtish merupakan usaha individu tertentu yang berkepentingan seperti keagamaan, perdagangan dan perhubungan sosial.

Justeru banyak kelemahan yang dikesan semasa mendokumentasikan catatan individu yang diperoleh sebelumnya.

Walaubagaimanapun masih wujud penambahbaikan sistem antara tempoh berkenaan.

Kesimpulan

Page 14: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

Perkembangan Tulisan Rumi di Zaman British

Page 15: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

Pengenalan

British menjajah TM bermula dari tahun 1826 hingga 1957.

EJAAN RUMI DI NEGERI-NEGERI SELAT (1878)

Keperluan adanya sistem ejaan Rumi yang seragam :

a. Memudahkan urusan rasmib. Mengelakkan perasaan ragu-ragu untuk menggunakan

Menurut Ismail Dahaman (2007), kepelbagaian cara transliterasi dan penggunaan grafem untuk merumikan dalam bahasa Melayu adalah menurut kaedah ejaan Inggeris.-wujud ketidakseragaman ejaan Rumi.

Pihak Inggeris menubuhkan Jawatankuasa Ejaan Negeri-Negeri Selat.- menyelaraskan penggunaan huruf Latin bagi menulis BM dan BC.

Page 16: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

EJAAN RUMI DI NEGERI-NEGERI SELAT (1878)

Keanggotaan jawatankuasa dianggotai pegawai-pegawai British yang mentadbir NNS dan Semanjung TM.- Whampoa, Skinner, Hervey

Hasilnya, 1 pedoman telah digunakan meluas dalam peta, kertas dan dokumen majlis mesyuarat serta warta kerajaan.

Contoh :

a) Perlambangan vokal

Grafem Vokal Bunyi dalam BI Cth Kata Melayu

â soprano lama

a diploma makan

ê pete perak

Page 17: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

EJAAN RUMI DI NEGERI-NEGERI SELAT (1878)

Contoh :

b) Perlambangan Konsonan

Grafem Sebutan Nama Melayu

ch church cha

d day dal

g gain ga

j joy jim

kh spt ch dalam loch kha

Page 18: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

EJAAN RUMI DI NEGERI-NEGERI SELAT (1878)

Menurut Ismail Dahaman (2007), ejaan Rumi Jawatankuasa Ejaan Negeri-Negeri Selat tidak mendapat sambutan dan sokongan yang baik dalam kalangan sarjana.

W.E. Maxwell (1882), berpendapat bahawa ejaan ini perlu dikaji semula dan megambil dua perkara :

a) Mendapat tranliterasi Rumi yang tepat dan sepadan dengan tulisan Jawi

b) Kata yang dieja perlu dapat disebut dengan betul oleh pembaca Inggeris.

Page 19: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

EJAAN RUMI SWETTENHAM (1881)

Mengambil nama F.A Swettenham yang berjaya menerbitkan kamus Jawi-Rumi menurut ejaan Inggeris (1881) di Singapura.

Ejaan kali ini tidak terikat dengan mana-mana peraturan transliterasi.

Langkah pertama Swettenham adalah dengan berusaha mewujudkan padanan huruf Rumi bagi semua huruf.

Beliau mengeja perkataan Melayu dengan Rumi, dengan melihat kepada bentuk Jawinya.

Contoh :

<m-n-ng> (menang)Alif (A)Ba (B)Jim (J)

Page 20: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

EJAAN RUMI SWETTENHAM (1881)

Menurut Ismail Dahaman, pendekatan ini kurang bijak da mengelirukan.

Satu grafem (unit paling minimun dalam sistem tulisan) telah dipadankan dengan lebi daripada satu huruf Jawi.

Contoh : grafem <th> (tha,thal,thod,tha)

Page 21: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

EJAAN RUMI MAXWELL (1882)

Mengambil nama sempena W.E. Maxwell yang mencadangkan 1 sistem lebih jelas untuk membezakan antara kaedah transliterasi dengan pedoman sebutan.

Contoh : a) Pelambangan Vokal

Grafem Padanan Huruf Jawi Contoh

<â > alif papan

<a> <e> fathah panjang

<û> <ũ> wau buta

Page 22: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

EJAAN RUMI MAXWELL (1882)

Menurut Ismail Dahaman (2007), Maxwell menolak penggunaan <e> yang disarankan oleh Jawatankuasa Ejaaan NNS dengan alasan bahawa <a> atau <e> sebagai padanan bagi fathah sudah cukup bagi maksud transliterasi.

Contoh : b) Pelambangan Diftong

Grafem Padanan Huruf Jawi Contoh

<ai> alif dan ya baik, naik

<au> wau pulau

<ei> ya sungei

Page 23: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

EJAAN RUMI MAXWELL (1882)

Transliterasi Rumi Maxwell memperlihatkan pengunaan huruf Latin menurut kaedah ejaan BI.

Konsonan yang ada persamaan dengan BI.- <cH> (/c/), <ng> (/n/)

Bunyi konsonan pinjaman BA ditransliterasikan dengan 3 cara :

a) Penggunaan tanda titik di bahagian bawah huruf Rumi tunggal

b) Penggunaan diagraf dan trigraf

c) Penggunaan grafem sama yang melambangkan konsonan BM/BI

Page 24: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

EJAAN RUMI WILKINSON (1904)

Merupakan sistem ejaan Rumi pertama bagi BM di Persekutuan TM.

Sistem ejaan ini hasil usaha Kerajaan NNB (Perak, Selangor, N9 dan Pahang) yang mencadangkan pembentukan Jawantankuasa Ejaan Rumi yang diketuai R.J. Wilkinson (1904).

Sistem ini digunakan dalam A Malay English Dictionary yang disusun oleh R.J. Wilkinson yang menjadi dasar kepada Sistem Ejaan Rumi Za’ba dan Sistem Ejaan Sekolah.

Wilkinson membahagikan cara merumikan BM kepada dua sistem iaitu secara harfiah (menurut ejaan) dan fonetik (sebutan).- harfiah (mengambil huruf Jawi dan memadankan dengan rumi.

Page 25: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

EJAAN RUMI WILKINSON (1904)

a) Pelambangan Vokal da Diftong

Ejaan Jawi yang diterap berdasarkan sistem pelambangan vokal Arab sebenarnya tidak mengambarkan hakikat sistem vokal Melayu yang sebenar.

b) Pelambangan Konsonan

2 cara Wilkinson menentukan grafem Rumi :

i. Menggunakan diagraf

ii. Menggunakan titik bawah huruf tertentu.

Page 26: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

EJAAN RUMI Za’ba (1941)

Sistem ejaan Rumi yang disusun oleh Zainal Abidin Ahmad (Za’ba).

Digunakan secara meluas di sekolah dan urusan rasmi di tanah air sejak tahun 40-an lagi.

Dikenali sebagai “Ejaan Sekolah” dan digunakan sehingga dikaji serta diselaraskan semula pada tahun 70-an.

Nama asalnya ialah “Petua-Petua Ejaan Rumi” (Pelita Bahasa Melayu).

Page 27: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

EJAAN RUMI Za’ba (1941)

Sistem Ejaan Za’ba tidak menggunakan teori dan teknik linguistik kerana ianya hanya melambangkan bunyi – bunyi bahasa Melayu melalui huruf – huruf rumi yang digunakan dalam Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu. 

Terdapat kekurangan huruf jawi dan rumi untuk melambangkan bunyi – bunyi yang terdapat dalam bahasa Melayu.

Misalnya, dalam rumi <ng>, <ny>, <ch>, <kh>, <sh>, <th>, <gh>, <dha>, <dz>, dan tanda – tanda seperti < ‘>, < ’> adalah untuk melambangkan bunyi – bunyi yang dilambangkan oleh huruf – huruf Jawi seperti < a’ in> dan < hamzah >.

Dalam penggunaan partikel <pun> dalam sistem ejaan ini mestilah dipisahkan. 

Page 28: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

Sebagai contoh, <ada pun>, dan <atau pun>. 

Za’ba tidak menggunakan tanda sirkumfleks atau aksen sebagai penanda panjang atau pendek bunyi bagi mana – mana grafem vokal dalam sistem ejaannya.

Setiap perkataan yang dieja adalah dengan berdasarkan bunyi. 

Dalam sistem ejaan ini juga mempunyai tiga bunyi diftong yang telah diistilahkan sebagai huruf ‘bunyi berkait’ iaitu bunyi – bunyi <ai>, <au>, dan <oi>,

Page 29: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

EJAAN RUMI FAJAR ASIA (1943)

Ejaan Rumi yang dikenal sebagai Ejaan Fajar Asia.

Kaedah ejaan yang terpakai dalam majalah dwimingguan Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura bermula pada tahun 1943 di bawah Zainal Abidin bin Ahmad sebagai ketua pengarang.

Grafem yang digunakan dalam Fajar Asia menunjukkan sedikit perbezaan sahaja daripada yang terdapat dalam Sistem Ejaan Wilkinson dan Sistem Ejaan Za’ba.

Sistem Ejaan Fajar Asia dapat dikatakan percubaan yang pertama dalam usaha menyatukan ejaan Rumi bahasa Melayu dengan ejaan Rumi bahasa Indonesia seandainya dipandang daripada sudut pengejaan kata dan penulisan keharmonian vokal.

Page 30: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

EJAAN RUMI KONGRES (1956)

Ejaan Rumi Kongres adalah sistem ejaan Rumi bagi bahasa Melayu yang dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun 1956.

Perkara ini dirumuskan atas empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi iaitu:

a. Ejaan di Malaya dan di Indonesia hendaklah disatukan atau disamakan.

b. Peraturan ejaan hendaklah mudah; dan untuk ini maka sistem fonoloji diterima sebagai sistem yang lebih baik daripada sistem fonetik dan satu fonom hendaklah digambarkan dengan hanya satu tanda (huruf) saja.

c. Pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang satu dan semacam.

d. Kata-kata dari bahasa-bahasa asing hendaklah disusunkan pengejaannya dengan hukum-hukum fonoloji Melayu.

Page 31: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

EJAAN RUMI PBMUM(1959)

Kaedah Ejaan Rumi Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) ialah sistem ejaan yang digunakan dalam penerbitan jurnal Bahasa yang diterbitkan oleh PBMUM bermula pada tahun 1959.

Kaedah PBMUM bukanlah suatu kaedah ejaan rasmi yang diperakukan tetapi merupakan suatu percubaan lanjutan ke arah penyatuan ejaan Rumi bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia kerana sistem ini hampir menyamai Ejaan Fajar Asia dan Ejaan Soewandi.

Page 32: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

EJAAN RUMI PBMUM(1959)

Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 ialah hasil daripada pemikiran yang matang yang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik.

Ejaan Rumi Baharu merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau seterusnya. 

Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.

Page 33: Perkembangan Tulisan Rumi Di Zaman British

Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip-prinsip linguistik, ekonomi, kesederhanaan, kejelasan dan fleksibiliti serta taraf standardisasi yang tinggi dan lebih nyata berbanding dengan sistem-sistem yang terdahulu.

Ejaan Rumi Baharu tidak syak lagi merupakan wahana yang cukup mudah dan cekap bagi penulisan Rumi bahasa Melayu di rantau ini untuk beberapa dasawarsa yang akan datang.