5
PERLEMBAGAAN KELAB STAF SK USJ 2 JALAN USJ 2/3 47600 SUBANG JAYA SELANGOR DARUL EHSAN

PERLEMBAGAAN kkgk.docx

Embed Size (px)

Citation preview

KELAB

PERLEMBAGAAN KELAB STAF

SK USJ 2 JALAN USJ 2/347600 SUBANG JAYASELANGOR DARUL EHSAN

Perlembagaan Kelab Staf S.K USJ 2

PERMULAANPerlembagaan ini terkandung peraturan-peraturan yang dibuat pleh Jawatankuasa Kelab Staf yang boleh dipinda dari semasa ke semasa atas tujuan melaksanakan segala aktiviti kelab.

FASAL 1 NAMA, ALAMAT DAN KAWASAN PENTADBIRAN1.1 Persatuan ini dinamakan Kelab Staf Sekolah Kebangsaan USJ 2.1.2 Alamat dan Kawasan Pentadbiran yang didaftarkan bagi kelab ini ialah Sekolah Kebangsaan USJ 2, Jalan USJ 2/3, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

FASAL 2 MATLAMAT DAN TUJUAN PENUBUHAN KELAB2.1 Mewujudkan persefahaman dan kerjasama ahli-ahli kelab yang menjurus kepada kelancaran pentadbiran Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), dan Kementerian Pendidikan.2.2 Membentuk satu hubungan sosial yang baik di kalangan semua ahli kelab.2.3 Menjaga kebajikan ahli kelab yang tidak bertentangan dengan etika kerja.2.4 Meningkatkan profesionalisme dalam bidang tugas dan tanggungjawab setiap ahli.

FASAL 3 - KEAHLIAN3.1 Semua staf sekolah ini secara automatik menjadi ahli. Keahlian lupus secara automatik sekiranya seseorang ahli itu dengan rasminya bukan lagi staf sekolah ini.*(Staf pihak pentadbir, guru tetap, guru sandaran tidak terlatih(GSTT), guru praktikum, guru ganti, dan kakitangan sokongan.

FASAL 4- YURAN KEAHLIAN DAN SISTEM KEAHLIAN4.1 Yuran keahlian bagi setiap bulan ialah :-4.1.1 Guru tetap RM 10.004.1.2Guru sandaran tidak terlatih RM 10.004.1.3 Staf sokongan, guru ganti, guru praktikum RM 5.004.2Serahan bermula pada bulan Januari dan berakhir pada bulan Oktober.4.3Setiap ahli bertanggungjawab menyerahkan yuran tersebut kepada bendahari kelab selewat-lewatnya pada 28 haribulan setiap bulan.4.5Ahli yang bercuti tanpa gaji juga perlu menjelaskan yuran.

FASAL 5 HAK DAN PENGGUNAAN WANG KELAB5.1 Kemalangan Ahli-ahli kelab yang terlibat dalam kemalangan dan masuk wad melebihi tiga hari berhak menerima sebanyak RM 50.005.2 Kematian - Ahli-ahli kelab yang meninggal dunia, waris akan diberi RM !00.00. - Keluarga ahli yang terdekat iaitu suami, isteri, ibu bapa dan anak, ahli tersebut akan menerima senayak RM 50.00.5.3 Perkahwinan - Ahli-ahli kelab yang berkahwin kali pertama berhak mendapat RM 50.005.4 Mendapat cahaya mata - Ahli-ahli kelab yang mendapat cahaya mata berhak mendapat RM 30.00.5.5 Sumbangan Perkhidmatan - Ahli-ahli yang bertukar ke institusi lain atau yang bersara daripada perkhidmatannya, ahli tersebut berhak menerima bayaran mengikut kadar berikut.5.5.1 Ahli bertukar-RM 10.00 X tahun perkhidmatan.5.5.2 Ahli bersara -RM 10.00 X tahun perkhidmatan + RM 50.005.5.3Ahli yang berkhidmat selama 10 tahun di sekolah- RM 50.005.6Jamuan dan perayaan - Jenis dan perayaan yang dianjurkan oleh kelab, kebenaran keluar wang perbelanjaan diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja Kelab melalui Mesyuarat Ahli Jawatankuasa.5.7 Ahli Jawatankuasa Kelab akan diberi penghargaan tidak melebihi RM 30.00 beserta sijil penghargaan.

FASAL 6 - TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI KELAB.6.1Setiap ahli bertanggungjawab memegang teguh perlembagaan kelab dan melaksanakan segala tujuan, dan maklamat.6.2Setiap ahli wajib menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anjuran kelab.6.3 Setiap ahli mempunyai hak untuk bersuara, mengundi, memilih untuk sebarang jawatan dalam kelab. Hak-hak tersebut tidak boleh diwakilkan kepada orang lain.6.4Ahli-ahli boleh dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan dalam kelab walaupun tanpa kehadirannya.6.5Setiap ahli wajib menjelaskan yuran ahli mengikut ketetapan perlembagaan. Kegagalan ahli menjelaskan yuran tersebut, bendahari kelab harus merujuk kepada penasihat kelab untuk tindakan susulan.

FASAL 7 - MAJLIS PENASIHAT KELAB STAF SEKOLAH7.1 Majlis penasihat bertugas sebagai pemerhati dan penasihat kepada perjalanan dan pentadbiran kelab dan badan rujukan sekiranya timbul sebarang masalah kelab.7.2 Majlis Penasihat Kelab Staf Sekolah terdiri daripada :-7.2.1Guru Besar -Pengerusi7.2.2Guru Penolong Kanan Kurikulum -Naib Pengerusi7.2.3Guru Penolong Kanan Hem-Ahli7.2.4Guru Penolong Kanan Kokurikulum-Ahli7.3Sebarang keputusan yang telah diputuskan oleh Badan Penasihat Kelab adalah muktamat.7.4Majlis Penasihat adalah pemegang amanah kelab.

FASAL 8 - BIDANG TUGAS8.1 Badan penasihat8.1.1Bertanggungjawab sebagai penasihat kepada kelab. 8.1.2Mempunyai kuasa muktamat bagi sebarang keputusan kelab.

8.2Pengerusi Kelab8.2.1Mempengerusikan mesyuarat kelab.8.2.2Berhak melantik AJK tambahan seramai 2 orang.8.2.3Berhak meneliti segala dokumen berkaitan kelab pada bila-bila masa.8.2.4Berhak mengadakan mesyuarat AJK bila-bila masa dengan memberi notis 1 hari sebelum mesyuarat.

8.3. Naib Pengerusi Kelab.8.3.1 Memangku segala tugas pengerusi apabila pengerusi tidak dapat menjalankan tugasnya atas sebab berkursus, cuti, pindah, meninggal dunia, atau meletak jawatan.8.3.2 Membantu pengerusi melicinkan perjalanan aktiviti kelab.

8.4Setiausaha8.4.1Mencatit minit mesyuarat8.4.2Menyediakan dan menyimpan surat-menyurat yang berkaitan dengan kelab.8.4.3Menyiapkan laporan.8.4.4Menyediakan kertas kerja khas, hasil daripada keputusan mesyuarat.8.4.5Membentangkan minit mesyuarat pada Mesyuarat Kelab atau Mesyuarat Agong.

8.5Bendahari Kehormat8.5.1Menerina bayaran yuran kelab dengan kadar yang ditetapkan.8.5.2Berhak membuat kutipan derma ikhlas.8.5.3Berhak membuat pembayaran tertentu yang telah dipersetujui dalam mesyuarat.8.5.4Membuat penyata kewangan dan membentangkannya dalam Mesyuarat Agong.8.5.5Menyimpan bukti penerimaan dan pembayaran wang (resit dan baucer).8.5.6Menerima bayaran-bayaran lain seperti komisen dan sumbangan.8.5.7Berhak mengutip yuran daripada ahli yang tidak menjelaskannya dalam tempoh 3 bulan.8.5.8 Berhak mengeluarkan surat peringatan kepada ahli yang tidak membayar yuran melebihi 5 bulan.

8.6Ahli jawatankuasa.8.6.1Mesti menghadiri mesyuarat yang ditetapkan oleh kelab.8.6.2Menjalankan tugas yang telah diputuskan dalam mesyuarat kelab.

8.7Juruaudit8.7.1 Menyemak Penyata Kewangan dan mengesahkannya.

FASAL 9 - KEDUDUKAN AHLI YANG TIDAK MEMBAYAR YURAN.9.1 Ahli yang tidak membayar yuran akan diberi surat peringatan oleh Bendahari.9.2 Sekiranya masih engkar mereka tidak akan mendapat sebarang keistimewaan seperti yang tercatat di dalam Perlembagaan serta sebarang sumbangan yang diperolehi melalui kelab.

FASAL 10 - MESYUARAT10.1 Diadakan di kawasan sekolah.10.2 Kehadiran ahli mestilah sekurang-kurangnya sebanyak 2/3 daripada AJK, sekiranya tidak mencukupi mesyuarat boleh ditangguhkan.10.3 Sebarang keputusan hendaklah melalui mesyuarat dengan persetujuan 2/3 ahli.

FASAL 11 - PINDAAN PERLEMBAGAAN11.1 Perlu dibuat semasa Mesyuarat Agong dan dipersetujui 2/3 daripada bilangan ahli.

FASAL 12 - PEMBUBARAN12.1 Pembubaran AJK perlu dilakukan selewat-lewatnya akhir Februari setiap tahun.12.2 AJK yang telah dilantik tidak boleh dilantik semula untuk tahun yang akan datang selama dua tahun kecuali mereka secara sukarela menerima jawatan tersebut.Disediakan oleh :

(PUAN NORLELA MOHD. SALLEH)Setiausaha Kelab Staf, S.K. USJ 2.