27
1 LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN 1.0 TUJUAN Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) ini disediakan oleh Juruperunding Perancang Bandar bertauliah untuk Pemilik iaitu: Pemilik Tanah : TROPICANA KAJANG HILL SDN. BHD. (Co. No.: 393924-X) Level 9-12, Tropicana City Office Tower, No. 3, Jalan SS 20 / 27, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-7710 1018 ext 270 Fax: 03-7717 2929 Ianya bertujuan untuk mendapatkan kelulusan PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI MEMBINA 2 BLOK SOHO & PANGSAPURI PERKHIDMATAN (KEDIAMAN) 1,025 UNIT YANG TERDIRI DARIPADA : PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI MEMBINA 2 BLOK SOHO & PANGSAPURI PERKHIDMATAN (KEDIAMAN) 1,025 UNIT YANG TERDIRI DARIPADA : FASA 1 : a. 1 BLOK (BLOK A) - 208 UNIT SOHO & 279 UNIT PANGSAPURI PERKHIDMATAN (KEDIAMAN) 36 TINGKAT b. 1 BLOK PODIUM TEMPAT LETAK KERETA 9 TINGKAT, 16 UNIT KEDAI (1 TINGKAT) DAN KEMUDAHANNYA c. 1 UNIT PONDOK PENGAWAL d. 2 UNIT KEBUK SAMPAH e. 1 UNIT PENCAWANG ELEKTRIK FASA 2 : a. 1 BLOK (BLOK B) - 288 UNIT SOHO & 250 UNIT PANGSAPURI PERKHIDMATAN (KEDIAMAN) 37 TINGKAT DI ATAS PT. 38090, TROPICANA HEIGHTS, MUKIM BANDAR BATU 18, SEMENYIH, DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN. UNTUK : TETUAN TROPICANA KAJANG HILL SDN. BHD.

PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

  • Upload
    dokiet

  • View
    257

  • Download
    8

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

1

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

1.0 TUJUAN

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) ini disediakan oleh Juruperunding Perancang Bandar

bertauliah untuk Pemilik iaitu:

Pemilik Tanah :

TROPICANA KAJANG HILL SDN. BHD.

(Co. No.: 393924-X)

Level 9-12, Tropicana City Office Tower,

No. 3, Jalan SS 20 / 27,

47400 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-7710 1018 ext 270 Fax: 03-7717 2929

Ianya bertujuan untuk mendapatkan kelulusan PERMOHONAN KEBENARAN

MERANCANG BAGI MEMBINA 2 BLOK SOHO & PANGSAPURI PERKHIDMATAN

(KEDIAMAN) 1,025 UNIT YANG TERDIRI DARIPADA :

PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI MEMBINA 2 BLOK SOHO & PANGSAPURI PERKHIDMATAN (KEDIAMAN) 1,025 UNIT YANG TERDIRI DARIPADA :

FASA 1 : a. 1 BLOK (BLOK A) - 208 UNIT SOHO & 279 UNIT PANGSAPURI PERKHIDMATAN

(KEDIAMAN) 36 TINGKAT b. 1 BLOK PODIUM TEMPAT LETAK KERETA 9 TINGKAT, 16 UNIT KEDAI (1 TINGKAT) DAN

KEMUDAHANNYA c. 1 UNIT PONDOK PENGAWAL d. 2 UNIT KEBUK SAMPAH e. 1 UNIT PENCAWANG ELEKTRIK FASA 2 : a. 1 BLOK (BLOK B) - 288 UNIT SOHO & 250 UNIT PANGSAPURI PERKHIDMATAN

(KEDIAMAN) 37 TINGKAT

DI ATAS PT. 38090, TROPICANA HEIGHTS, MUKIM BANDAR BATU 18, SEMENYIH, DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN.

UNTUK : TETUAN TROPICANA KAJANG HILL SDN. BHD.

Page 2: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

2

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

FASA 1 :

a. 1 BLOK (BLOK A) - 208 UNIT SOHO & 279 UNIT PANGSAPURI PERKHIDMATAN

(KEDIAMAN) 36 TINGKAT

b. 1 BLOK PODIUM TEMPAT LETAK KERETA 9 TINGKAT, 16 UNIT KEDAI (1 TINGKAT)

DAN KEMUDAHANNYA

c. 1 UNIT PONDOK PENGAWAL

d. 2 UNIT KEBUK SAMPAH

e. 1 UNIT PENCAWANG ELEKTRIK

FASA 2 :

a. 1 BLOK (BLOK B) - 288 UNIT SOHO & 250 UNIT PANGSAPURI PERKHIDMATAN

(KEDIAMAN) 37 TINGKAT

DI ATAS PT. 38090, TROPICANA HEIGHTS, MUKIM BANDAR BATU 18, SEMENYIH,

DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN UNTUK TETUAN TROPICANA

KAJANG HILL SDN. BHD.

Penyediaan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) ini adalah memenuhi peruntukan Akta

Perancang Bandar dan Desa (Pindaan) 1995, Akta A933 (Seksyen 21A) bagi memberi

penjelasan mengenai beberapa perkara yang berkaitan fizikal tapak dan kawasan sekitar

serta rasional pembangunan bagi membolehkan pihak-pihak yang berkenaan terutama

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan lain-lain Jabatan Teknikal yang terlibat

membuat penilaian yang sewajarnya terhadap cadangan yang dikemukakan.

Objektif penyediaan LCP ini adalah seperti berikut:

Untuk menentukan rasional cadangan sesuatu pembangunan.

Untuk membolehkan Pihak Berkuasa Negeri, pihak-pihak Berkuasa Perancang

Tempatan (PBPT) dan agensi perancangan khasnya Jabatan Perancang Bandar dan

Desa, membuat penilaian yang sewajarnya terhadap cadangan pembangunan

berasaskan kepada maklumat terperinci yang dikemukakan.

Untuk memastikan prinsip-prinsip perancangan dan faktor-faktor pembangunan

diberi perhatian sepenuhnya dalam usaha mewujudkan persekitaran yang

menarik, selesa dan memberi keuntungan kepada semua pihak.

Untuk memastikan penyediaan pelan-pelan susunatur mengambilkira

pertimbangan terhadap aspek-aspek fizikal, sosio-ekonomi, alam sekitar dan dasar-

dasar Rancangan Pemajuan.

Secara amnya laporan ini mengandungi aspek-aspek berikut:

i. Latar belakang perancangan projek;

Page 3: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

3

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

ii. Perihal tapak cadangan dari aspek hakmilik tanah, lokasi, keadaan fizikal tanah,

gunatanah dan aspek-aspek berkaitan;

iii. Dasar, polisi, strategi, serta garispanduan pembangunan yang berkaitan dengan

tapak cadangan;

iv. Rumusan analisa tapak cadangan dari aspek perancangan gunatanah,

kemudahan infrastruktur dan aspek-aspek berkaitan, dan

v. Konsep dan perincian cadangan pembangunan.

2.0 LATARBELAKANG DAN JUSTIFIKASI PERANCANGAN PROJEK

Pembangunan sektor hartanah merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi

negara. Permintaan terhadap pembangunan hartanah yang terus meningkat

menghasilkan penyerakan pembangunan berterusan dari kawasan pusat bandar

sehingga ke kawasan luar bandar. Pembangunan kawasan perumahan, perniagaan dan

perusahaan di lokasi-lokasi utama di Lembah Klang seperti Shah Alam, Petaling Jaya,

Klang dan lain-lain kini semakin pesat dan menghadapi kekurangan ruang untuk

pembangunan tersebut dan mendorong kepada keperluan kawasan alternatif yang lebih

murah dari segi kos tanah dan infrastruktur.

Oleh yang demikian adalah wajar kawasan-kawasan berpotensi di luar kawasan tepu

seperti kawasan yang berhampiran kurang maju tetapi berpotensi dibangunkan bagi

menampung pembangunan tersebut. Melalui kaedah penyerakan ini pembangunan

dapat dibawa ke luar kawasan Lembah Klang. Secara tidak langsung dapat membantu

meningkatkan potensi kawasan kurang maju dan mengimbangi pembangunan antara

wilayah.

Pembangunan kawasan perniagaan, di sekitar `suburb’ Semenyih ini juga akan dapat

membantu masalah kekurangan kawasan perniagaan, peluang pekerjaan dan

kemudahan untuk penduduk setempat dan sekitar. Tambahan pula sekiranya cadangan

pembangunan tersebut mempunyai ciri-ciri yang istimewa seperti lokasi yang sesuai,

suasana persekitaran yang menarik dan tahap kemudahsampaian sekitar yang tinggi ini

akan dapat menarik penduduk luar datang ke sini.

Kawasan tapak cadangan terletak di atas PT. 38090 berkeluasan 5.672 ekar merupakan

sebahagian daripada pembangunan pelan induk Tropicana Heights yang telah diplotkan

sebagai plot perniagaan. Oleh itu, Tetuan Tropicana Kajang Hill Sdn. Bhd. selaku pemilik

ingin membangunkan kawasan tapak cadangan dengan 2 blok pembangunan soho dan

pangsapuri.

Selain itu, pembangunan perniagaan ini dapat dilaksanakan kerana disekeliling tapak

telahpun membangun dengan pembangunan bangunan perniagaan. Ini memudahkan

Page 4: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

4

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

lagi pembinaan ini. Selain itu, tapak cadangan juga berpotensi untuk di bangunkan

kerana tapak cadangan berhampiran dengan kawasan perniagaan dan perumahan

sediada seperti Taman Harmoni, Kajang Hill Golf Club, Hill Park 1, Hill Park 2, Hill Park 3

serta Bandar Teknologi Kajang. Ini memberi kelebihan kepada pembinaan pembangunan

perniagaan.

Justeru itu, pemilik selaku pihak yang terlibat dalam pembangunan telah melantik AHA

Planning Consultant untuk menyediakan Pelan Susunatur dan Laporan Cadangan

Pemajuan bagi membolehkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan lain-lain Jabatan

Teknikal dalam memberi pertimbangan ke atas Permohonan Kebenaran Merancang bagi

pelan susunatur tersebut.

3.0 PERIHAL TAPAK DAN SEKATAN

3.1 Lokasi Dan Persekitaran

Sebagaimana yang telah dijelaskan, tapak yang dipohon PERMOHONAN KEBENARAN

MERANCANG BAGI MEMBINA 2 BLOK SOHO & PANGSAPURI PERKHIDMATAN

(KEDIAMAN) 1,025 UNIT YANG TERDIRI DARIPADA :

FASA 1 :

a. 1 BLOK (BLOK A) - 208 UNIT SOHO & 279 UNIT PANGSAPURI PERKHIDMATAN

(KEDIAMAN) 36 TINGKAT

b. 1 BLOK PODIUM TEMPAT LETAK KERETA 9 TINGKAT, 16 UNIT KEDAI (1 TINGKAT)

DAN KEMUDAHANNYA

c. 1 UNIT PONDOK PENGAWAL

d. 2 UNIT KEBUK SAMPAH

e. 1 UNIT PENCAWANG ELEKTRIK

FASA 2 :

a. 1 BLOK (BLOK B) - 288 UNIT SOHO & 250 UNIT PANGSAPURI PERKHIDMATAN

(KEDIAMAN) 37 TINGKAT

DI ATAS PT. 38090, TROPICANA HEIGHTS, MUKIM BANDAR BATU 18, SEMENYIH,

DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN UNTUK TETUAN TROPICANA

KAJANG HILL SDN. BHD. adalah seperti di bawah :

Page 5: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

5

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

3.1.1 Tempat (Lokasi)

Di atas PT 38090, Tropicana Heights, Bandar Batu 18, Semenyih, Daerah Hulu Langat,

Selangor Darul Ehsan serta berhampiran dengan beberapa pusat pertumbuhan sediada

dalam konteks sekitar seperti berikut:

1.4 kilometer dari Taman Harmoni

2.2 kilometer dari Bandar Teknologi, Kajang

1.3 kilometer dari Kajang Hill Golf Club

1.5 kilometer dari Kajang Hill Park 1, 2, 3

Berdasarkan kepada kedudukannya yang strategik iaitu berhampiran dengan pusat

pertumbuhan utama yang lain maka tapak cadangan dilihat mempunyai potensi yang

baik untuk dibangunkan sebagai pembangunan perniagaan.

3.1.2 Persekitaran

Berdasarkan kepada kedudukannya yang strategik iaitu berhampiran dengan pusat

pertumbuhan utama yang lain, maka tapak cadangan dilihat mempunyai potensi yang

baik untuk tujuan perniagaan bagi PT 38090. Kedudukan tapak cadangan yang strategik

menghadap cadangan jalan 80 kaki bersempadan selatan tapak cadangan di mana jalan

tersebut dapat menghubungkan tapak ke Jalan Bandar Teknologi seterusnya melalui

Jalan Semenyih untuk ke Kajang dan Semenyih serta ke Lebuhraya Kajang-Seremban.

(Rujuk Pelan 3.1 : Tapak Cadangan Daripada Pandangan Udara)

(Rujuk Pelan 3.2 : Pelan Kunci)

(Rujuk Pelan 3.3 : Pelan Lokasi)

3.2 Butir-butir hakmilik tanah dan sekatan ke atas tanah

Pada masa ini, status tanah bagi PT 38090, Tropicana Heights, Bandar Batu 18,

Semenyih, Mukim Semenyih, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan yang terlibat

dengan cadangan pembangunan ini adalah berstatus ”Bangunan”. Oleh yang demikian

permohonan kebenaran ini adalah seperti keterangan di bawah. Butir-butir terperinci

mengenai hakmilik dan syarat tanah di atas bolehlah diringkas seperti berikut :

PT 38090

No. Hakmilik : HSD 161802

No. Lot : PT 38090

Mukim/Daerah : Bandar Batu 18, Semenyih/Ulu Langat

Luas Tapak Keseluruhan : 22954 Meter Persegi

Page 6: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

6

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

Jenis Penggunaan Tanah : Bangunan

Sekatan Kepentingan : Tiada

Syarat Nyata : Bangunan Perniagaan

Syit Piawai : 103-C

Taraf Pegangan : Selama-lamanya

Kawasan Rizab : Tiada

Tarikh Daftar : 8 Februari 2014

Cukai Tanah : RM 26,214.00

Pemilik : Tropicana Kajang Hill Sdn Bhd

(Rujuk Suratan Hakmilik Dan Carian Rasmi Yang Dilampirkan)

4.0 ANALISIS KEADAAN SEMASA & PERSEKITARAN TAPAK

Dalam bab analisis keadaan semasa tapak cadangan, bab ini akan menerangkan secara

terperinci beberapa aspek yang berkaitan dengan tapak cadangan antaranya keadaan

tapak dan sekitar, analisa ketinggian dan kecerunan tapak, saliran semulajadi, akses dan

lalulintas, kualiti alam sekitar, keadaan sosio-ekonomi tapak dan sekitar, keadaan

pembangunan tapak dan sekitar termasuk pemandangan dan vista. Ini akan memberi

gambaran yang sewajarnya ke atas tapak cadangan.

4.1 Keadaan Semasa Tapak

Gunatanah semasa tapak cadangan di atas PT 38090 menunjukkan kawasan tapak

berkeadaan landai di keseluruhan tapak serta belukar. Secara amnya tapak tidak

terdapat sebarang halangan dari aspek ketinggian tanah untuk dibangunkan dengan

pembangunan bangunan perniagaan. Dari aspek analisa kecerunan, tapak cadangan

berada pada tahap kecerunan kelas I yang sesuai untuk pembangunan dan

sebahagiannya adalah kawasan pemotongan cerun.

Secara kesimpulannya, sebagai langkah untuk meminimunkan gangguan struktur fizikal

tanah secara ketara, prinsip perancangan berdasarkan kontur dan kaedah kejuruteraan

pemotongan dan penambakan diaplikasikan bagi mengurangkan impak kepada alam

sekitar.

(Rujuk Gambarfoto 1.0 : Gunatanah Semasa Tapak)

Page 7: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

7

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

4.2 Profil Topografi Tapak

Tapak cadangan merupakan kawasan belukar dan berkeadaan landai di keseluruhan

tapak maka tiada aspek profil topografi yang perlu diambilkira dalam cadangan ini.

4.3 Geologi

Tapak cadangan merupakan kawasan belukar dan berkeadaan landai di keseluruhan

tapak. Oleh itu, berdasarkan pemerhatian didapati jenis tanah adalah terdiri daripada

tanah laterit dan sesuai untuk pembangunan perniagaan dengan lebih terancang dan

kondusif.

4.4 Landskap & Kualiti Alam Sekitar

Tapak cadangan adalah terletak di persekitaran yang baik dari segi pencemaran kerana

kawasan berhampiran terdiri daripada pembangunan kediaman dan perniagaan yang

agak matang. Walau bagaimanapun sebelum sesuatu pembangunan dilakukan, aspek

pencemaran akan diberi keutamaan agar kualiti alam sekitar dapat dijaga sebaik-baiknya

agar bebas dari segala pencemaran udara, bunyi, bau dan lain-lainnya.

4.4.1 Kualiti Air

Berdasarkan kepada Rancangan Tempatan Daerah Hulu Langat menunjukkan bahawa

kualiti air yang terdapat di Daerah Hulu Langat terutamanya di Mukim Bandar Batu 18,

Semenyih adalah memuaskan.

4.4.2 Kualiti Udara

Tahap kualiti udara di sekitar tapak cadangan adalah memuaskan memandangkan

sebahagian besar tanah di Daerah Hulu Langat masih lagi dikategorikan sebagai kawasan

pertanian.

4.4.3 Darjah Kebisingan

Darjah kebisingan di tapak cadangan adalah terkawal dan tahap bunyi bising yang

dibenarkan ialah kurang daripada 65 d B(A) pada waktu siang dan 55 d B(A) pada waktu

malam. Ini kerana tapak cadangan terletak di luar kawasan naik turun pesawat KLIA.

Page 8: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

8

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan

Berdasarkan pemerhatian ke atas tapak cadangan juga, tidak timbul masalah dari segi

saliran kerana ianya akan disediakan mengikut spesifikasi kejuruteraan iaitu di cadangan

jalan 80 kaki bersempadan selatan tapak cadangan selaras dengan pembangunan baru

dan moden yang akan dicadangkan.

4.6 Flora Dan Fauna

Tapak cadangan merupakan kawasan belukar maka tapak tidak mempunyai profil flora

dan fauna atau pokok berukurlilit 0.8 meter di tapak yang perlu dikekalkan.

4.7 Ciri-Ciri Bangunan Warisan

Memandangkan tapak cadangan merupakan kawasan belukar sahaja maka tiada ciri-ciri

bangunan warisan yang dapat dikenalpasti untuk dikekalkan.

4.8 Pemandangan Dan Vista

Tapak dikelilingi dengan pembangunan perumahan dan perniagaan sediada iaitu Taman

Harmoni, Kajang Hill Golf Club serta Bandar Teknologi Kajang dan ini tiada pemandangan

dan vista yang menarik.

4.9 Pokok Dan Tumbuh-Tumbuhan

Tapak tidak terdapat pokok dan tumbuh-tumbuhan yang perlu dikekalkan kerana tapak

cadangan adalah kawasan belukar sahaja.

4.10 Infrastruktur dan Utiliti

4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses

Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting dalam menentukan

kemajuan sesebuah tapak cadangan yang hendak dibangunkan. Sistem perhubungan

yang terdapat di sini adalah seperti :

Seperti yang telah dimaklumkan dari segi aksessibiliti dan pengangkutan di tapak serta

aksessibiliti trafik adalah melalui jalan yang dicadangkan iaitu cadangan jalan 80’

bersempadan selatan tapak cadangan di mana jalan tersebut dapat menghubungkan

tapak ke Jalan Bandar Teknologi seterusnya melalui Jalan Semenyih untuk ke Kajang,

Page 9: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

9

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

Semenyih dan ke Lebuhraya Kajang-Seremban serta ke bandar-bandar utama yang

berhampiran dengan tapak yang menjadi asas kepada perlaksanaan projek ini.

Ini membuktikan tapak cadangan tiada halangan dari aspek aksessibiliti. Secara tidak

langsung ia akan memudahkan pergerakkan lalulintas di kawasan perniagaan di dalam

konteks yang lebih luas lagi.

4.10.2 Jaringan Rel

Tapak yang terletak berhampiran dengan Bandar Teknologi, Kajang tidak terdapat

jaringan rel sediada berhampiran tapak. Namun terdapat Stesyen Komuter KTM sediada

terdekat iaitu dalam jarak 5.1 km iaitu Stesyen Komuter Kajang yang dapat memberi

perkhidmatan kepada penduduk di tapak pada masa hadapan dengan jarak masa kurang

dari 9 minit menaiki kenderaan.

Ini memberikan potensi yang sangat besar kepada tapak untuk pembangunan

perniagaan ini kerana ianya dapat membantu pengaliran perhubungan penduduk

kepada jaringan pengangkutan awam terpenting Lembah Klang ini pada masa hadapan.

(Rujuk Pelan 4.1 : Sistem Sirkulasi Konteks Wilayah)

(Rujuk Pelan 4.2 : Sirkulasi Konteks Tempatan)

4.10.3 Utiliti

Berdasarkan kepada pemerhatian di tapak dan kawasan persekitarannya, tapak akan

dibekalkan dengan bekalan air, telekom dan elektrik serta termasuk sistem

pembentungan akan disalurkan ke loji kumbahan dari kemudahan sediada di Tropicana

Heights.

4.10.4 Kemudahan Awam

Tapak cadangan terletak berhampiran dengan Bandar Teknologi Kajang dan terdapat

pelbagai kemudahan awam sediada di sekitarnya. Antaranya adalah kemudahan

keagamaan seperti masjid, pusat pendidikan seperti sekolah, balai polis, balai bomba

dan penyelamat, pejabat pos, klinik pergigian, pejabat kesihatan serta tadika. Ini

memberi kelebihan kepada tapak untuk dibangunkan memandangkan kawasan

sekitarnya telah mempunyai kemudahan awam sediada.

4.11 Keadaan Sosio-Ekonomi Tapak Dan Sekitar

Memandangkan tapak terletak di persekitaran yang baru dan juga dilengkapi dengan

kawasan perniagaan dan infrastruktur sediada, ini memberi kelebihan ke atas tapak

Page 10: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

10

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

untuk dibangunkan dengan pembangunan perniagaan. Di samping itu, apabila tapak

cadangan ini di bangunkan nanti, ia akan dapat mewujudkan kawasan perniagaan dan

peluang pekerjaan secara tidak langsung akan mengurangkan kadar pengangguran bagi

penduduk setempat dan sekitar. Ini akan dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi

setempat dan yang berhampiran tapak.

4.12 Pembangunan Kawasan Sekitar Tapak

Secara umumnya sememangnya kawasan sekitar tapak telah mengalami pembangunan

(developed area) kerana tapak cadangan terletak dalam kawasan Tropicana Heights

serta berhampiran dengan Bandar Teknologi Kajang yang sediada telah mengalami

pelbagai jenis pembangunan. Manakala dalam konteks berhampiran/bersebelahan

tapak pula boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian :

Bahagian Utara

Bersebelahan utara tapak cadangan merupakan kawasan kolam tadahan serta terdapat

rezab jalan 132 kaki sediada.

Bahagian Selatan

Terdapat rezab cadangan jalan 80 kaki sediada bersempadan selatan tapak cadangan.

Terdapat juga rezab sungai sediada di bahagian selatan tapak cadangan serta Jalan P4/6

sediada yang dapat menghubungkan tapak ke kawasan sekitar.

Bahagian Timur

Di bahagian timur tapak cadangan merupakan kawasan belukar yang masih belum

dibangunkan.

Bahagian Barat

Bersebelahan barat tapak cadangan terdapat rumah kelab sediada di atas PT. 38088.

Manakala di bahagian barat laut tapak cadangan pula terdapat kawasan rumah teres 4

tingkat sediada.

(Rujuk Gambarfoto 2.0 : Gunatanah Sekitar Tapak)

Page 11: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

11

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

5.0 IMPAK SOSIO-EKONOMI / SOSIAL (SIA)

5.1 Kesan Demografi Penduduk

i. Pekerjaan dan pendapatan

Dari segi pekerjaan, pembangunan ini akan dapat mewujudkan peluang

pekerjaan di sektor pembinaan. Selain itu projek perniagaan ini telah

mengambilkira pendapatan penduduk di sekitar yang rata-ratanya bekerja makan

gaji. Disamping itu akan dapat menambahkan pendapatan penduduk setempat

dan sekitar.

ii. Tempat Perniagaan (Pemilikan Premis Perniagaan)

Dengan adanya pembangunan perniagaan ini, secara langsung dapat

menawarkan tempat dan ruang perniagaan yang selesa kepada penduduk yang

tinggal berdekatan tapak cadangan. Selain itu projek ini dapat meningkatkan

taraf sosio-ekonomi bagi penduduk sekitar amnya. Di samping itu akan dapat

menambahkan pendapatan penduduk setempat dan sekitar.

Secara kesimpulannya, dengan adanya pembangunan bangunan perniagaan ini

secara langsung dapat menawarkan tempat perkhidmatan yang selesa untuk

penduduk mendapatkan kemudahan. Selain itu, ia dapat meningkatkan taraf

sosio-ekonomi bagi penduduk sekitar amnya dan penduduk di sekitar Mukim

Batu 18, Semenyih khususnya, di samping dapat menyerakkan aktiviti komuniti

dengan masyarakat setempat melalui perkongsian kemudahan sediada dan akan

datang.

6.0 POTENSI DAN HALANGAN

Tinjauan dalam konteks wilayah mendapati Daerah Hulu Langat mempunyai potensi

untuk dimajukan sebagai sebuah daerah pertumbuhan yang berdaya maju. Ini

berdasarkan perbandaran Metropolitan semasa menunjukkan limpahan pembangunan

sedang menghala ke utara atau selatan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

Dengan senario di atas dapat dirumuskan bahawa Negeri Selangor Darul Ehsan kini

sedang pesat membangun dan mempunyai segala kemudahan prasarana yang

diperlukan. Tahap kemudahansampaian ke kawasan-kawasan luar bandar adalah jauh

lebih baik berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Oleh itu, pemilik aset telah

Page 12: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

12

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

mengambil langkah yang positif untuk memajukan tapak cadangan sebagai kawasan

pembangunan perniagaan.

Berdasarkan kepada kedudukannya yang strategik iaitu terletak di dalam pusat

pertumbuhan utama seperti Hulu Langat maka tapak cadangan dilihat mempunyai

potensi yang baik untuk dibangunkan dengan pembangunan perniagaan dimana

terdapat permintaan terhadap kemudahan pembangunan perniagaan disekitar kawasan

terutama perletakkannya berhampiran dengan Bandar Teknologi Kajang.

6.1 Ciri-Ciri Fizikal

Gunatanah semasa tapak di atas PT 38090 berkeluasan 5.672 ekar merupakan kawasan

belukar dan berkeadaan landai di keseluruhan tapak. Secara amnya tapak tidak

terdapat sebarang halangan dari aspek ketinggian tanah untuk dibangunkan dengan

pembangunan bangunan perniagaan. Dari aspek analisa kecerunan, tapak cadangan

berada pada tahap kecerunan kelas I yang sesuai untuk pembangunan dan

sebahagiannya adalah kawasan pemotongan cerun.

Dari aspek analisa ketinggian, tapak cadangan pula tidak terdapat sebarang halangan

dari segi ketinggian, ini adalah kerana tapak cadangan secara keseluruhannya

merupakan kawasan tanah yang rata dan rekabentuk susunatur bangunan akan

mengambilkira profil tapak pada masa hadapan. Secara kesimpulannya tapak tidak

terdapat halangan besar untuk dibangunkan dengan pembangunan yang dicadangkan

dengan ciri-ciri rekabentuk yang bersesuaian dengan ciri-ciri topografi tapak.

6.2 Pembangunan Ekonomi

Cadangan pembangunan ini dilihat dapat menjana pertumbuhan sumber ekonomi baru

kepada penduduk setempat yang bakal mendapat rangsangan pertumbuhan ekonomi

yang baik secara langsung mahupun tidak langsung apabila cadangan pembangunan ini

siap kelak. Pembangunan bangunan kediaman ini memberi impak ekonomi yang khusus

kepada penduduk kerana pembangunan bangunan kediaman ini akan dijual kepada

penduduk sekitar.

6.3 Pembangunan Sosial

Pembangunan perniagaan ini dijangkakan akan menawarkan peluang pekerjaan dan

kemudahan kepada penduduk setempat dan sekitar. Secara tidak langsung membuka

peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan kadar pengangguran akan dapat

dikurangkan.

Page 13: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

13

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

7.0 DASAR DAN GARIS PANDUAN

Tapak Cadangan berada di dalam Daerah Hulu Langat dan di bawah pentadbiran Majlis

Perbandaran Kajang (MPKj). Oleh yang demikian, dasar-dasar dan polisi-polisi yang

digariskan di dalam Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020 dan Rancangan

Tempatan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) perlu dijadikan asas sebelum sebarang

pembangunan boleh dilaksanakan di atas tapak ini.

Bagi memperolehi dasar yang lebih terkini tentang pembangunan di dalam Daerah Hulu

Langat, Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kajang (Pengubahan 3) 2020 telah

dirujuk. Antara dasar dan polisi yang boleh diterjemahkan daripada Rancangan Struktur

Negeri Selangor 2020 tersebut adalah seperti berikut :-

7.1 Dasar Rancangan Struktur (RS)

Tapak cadangan berada di dalam Daerah Hulu Langat dan di bawah kawalan Negeri

Selangor. Oleh itu, Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020 perlu dijadikan asas

sebelum sebarang pembangunan dilaksanakan di atas tapak ini.

Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020

Matlamat dan Dasar Pembangunan Ekonomi

Mempelbagaikan

aktiviti ekonomi

Dasar EK1

Ekonomi bandar (Wilayah Lembah Klang)

Mencapai

pembangunan ekonomi

yang mampan

Dasar EK 5

Peluang-peluang pekerjaan diperingkatkan melalui dasar

pengawalan perancangan guna tanah yang kondusif untuk

pertumbuhan ekonomi

Matlamat dan Dasar Pembangunan Sosial

Meningkatkan

penyediaan

kemudahan

masyarakat

Dasar SO 5

Setiap pembangunan perlu menyediakan kemudahan untuk

golongan istimewa

Mencapai kesaksamaan

sosial

Dasar SO 6

Setiap petempatan menyediakan pusat-pusat komuniti

bersepadu yang menempatkan kemudahan masyarakat yang

berkualiti serta memenuhi keperluan semua golongan

masyarakat

Matlamat dan Dasar Pembangunan Fizikal dan Alam Sekitar

Page 14: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

14

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

Pelaksanaan

pembangunan mampan

Dasar FZ 1

Kaedah pembangunan bandar mampan seperti

pembangunan padat (compact) dan bercampur perlu diberi

penekanan dalam pembangunan setiap bandar

7.2 Garis Panduan dan Piawaian Perancangan

Piawaian pemajuan yang digunapakai dalam LCP ini adalah berpandukan Manual Garis

Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (edisi kedua November 2010)

bagi pembangunan perniagaan.

Laporan ini disediakan hanya untuk permohonan pembangunan bagi Soho dan

Pangsapuri Perkhidmatan. Dari segi piawaian perancangan boleh dirujuk piawaian Soho.

Walau bagaimanapun, berikut merupakan garis panduan Soho yang perlu dipatuhi untuk

pembangunan perniagaan di dalam perancangan ini.

7.2.1 Perdagangan : Soho

Page 15: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

15

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

Page 16: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

16

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

Sumber: Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, JPBD (Edisi Ke-2)

7.3 Dasar-Dasar Negeri

7.3.1 Pertumbuhan Ekonomi

Negeri Selangor merupakan sebuah negeri perindustrian maju dan membangun,

menyumbangkan lebih satu perlima daripada KDNK negara. Untuk memastikan

pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor berterusan, adalah disasarkan menjelang

tahun 2005 Negeri Selangor perlu mencapai KDNK sebanyak RM 46,714 juta dan

seterusnya meningkat kepada RM 199,335 juta pada tahun 2020. Antara strategi

yang perlu untuk mencapai sasaran ini adalah seperti berikut:

i. Usaha yang gigih perlu dibuat untuk mengukukuhkan sumber-sumber

pertumbuhan, meningkatkan produktiviti faktor keseluruhan dan

mengukuhkan institusi-institusi kewangan dan korporat serta pengurusan

ekonomi makro.

ii. Penekanan yang kuat terhadap sektor pembuatan di mana Negeri

Selangor mempunyai kelebihan perbandingan.

iii. Mempercepatkan pertumbuhan industri dan perkhidmatan yang

berteknologi tinggi, berintensifkan teknologi dan berintensifkan

pengetahuan.

iv. Perkhidmatan-perkhidmatan yang bernilai tambah tinggi akan digalakkan

di Negeri Selangor, pengukuhan kecekapan dan daya saing antarabangsa

dan penglibatannya dalam ekonomi digital dunia dipertingkatkan melalui

sokongan daripada K-ekonomi dan penguasaan komunikasi dan teknologi

maklumat dan aplikasi multimedia yang meluas.

v. Pertumbuhan yang kukuh dalam perkhidmatan-perkhidmatan

perdagangan antarabangsa akan digalakkan.

vi. Pelaburan domestik di Negeri Selangor harus diperkukuhkan melalui

pembangunan IKS dan Perbadanan Multinasional Malaysia (Malaysian

Multinasional Corporation (MMC) yang cekap.

vii. Usaha-usaha yang gigih akan dibuat untuk menarik pelaburan asing

(Foreign Direct Investment (FDI) yang berkualiti tinggi, penyelidikan dan

pembangunan dan peningkatan akses pasaran.

viii. Masyarakat yang saksama akan digalakkan melalui pembasmian

kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di antara dan di dalam

kumpulan-kumpulan etnik dan daerah.

Page 17: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

17

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

Penggabungan dasar, latihan dan teknologi yang sesuai akan diterimapakai untuk

membentuk sinergi di antara sistem persekitaran dan ekonomi. Ini termasuklah

penfaktoran pertimbangan persekitaran ke dalam perancangan pembangunan,

penggunaan instrumen berasaskan pasaran untuk menggalakkan penerimaan

dan pembangunan teknologi-teknologi mesra alam yang baik dan produk-produk

yang mesra alam dan pemuliharaan habitat dan sumber-sumber semulajadi.

7.3.2 Perniagaan Dan Perkhidmatan

Untuk mewujudkan taburan perniagaan yang seimbang selaras dengan hirearki

serta kepelbagaian ruang lantai di dalam memberi kemudahan kepada peniaga

dan keselesaan kepada pengguna, beberapa strategi telah dicadangkan iaitu :

i. Mewujudkan heirarki pusat perniagaan yang jelas dan selaras dengan

kawasan tadahan

ii. Pengagihan pembangunan perniagaan yang seimbang bagi setiap daerah

iii. Menyeimbangkan di antara perniagaan moden dan konvensional

iv. Menyediakan kepelbagaian ruang lantai bagi menampung aktiviti

perniagaan

v. Melaksanakan plan pembangunan semula bagi bangunan kedai sebelum

perang (prewar building)

(Rujuk Pelan 7.1 : Strategi Perniagaan dan Perkhidmatan)

8.0 CADANGAN PEMBANGUNAN

8.1 Matlamat, Objektif Dan Strategik

Matlamat

Matlamat cadangan pembangunan ini adalah untuk membangunkan bangunan

perniagaan berbentuk soho dan pangsapuri perkhidmatan yang lengkap,

terancang, selesa dan selamat didiami.

Bagi mencapai matlamat di atas, objektif-objektif berikut perlu digariskan seperti

di bawah:-

Objektif dan Strategik (Perniagaan)

Objektif dan Strategik pembangunan di gariskan bagi memberi panduan yang

jelas ke atas cadangan yang akan dijalankan. Antara objektifnya ialah:

Page 18: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

18

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

a. Untuk membangunkan sebuah projek yang ‘viable’ tanpa melupakan

prinsip-prinsip asas perancangan, alam sekitar dan pembangunan

perbandaran.

b. Mewujudkan suasana persekitaran yang baik dan selamat dari aspek

sistem dalaman dan luaran yang mudah untuk dihubungi.

c. Menyediakan perniagaan bagi memenuhi keperluan pembangunan yang

telah ditetapkan oleh kerajaan negeri

Memastikan tapak cadangan dimajukan secara teratur dan berkesan tanpa

menimbulkan kesan negatif ketara kepada kawasan persekitaran.

8.2 Konsep Pembangunan Perancangan Tapak

Konsep pembangunan yang akan dibangunkan nanti adalah merupakan konsep

pembangunan soho dan pangsapuri perkhidmatan berserta kemudahannya yang akan

dilaksanakan secara komprehensif yang akan mempunyai persekitaran yang selesa,

indah dan menarik serta berlandaskan piawaian yang di tetapkan.

Konsep pembangunan yang mesra keadaan topografi tapak adalah konsep yang amat

ditekankan bagi mewujudkan suasana yang lebih selamat. Rekabentuk susunatur yang

mengambilkira topografi memberikan rekabentuk yang lebih selamat dan dilihat lebih

mesra pengguna. Tidak melupakan konsep asas kejiranan dengan menyediakan

kemudahan-kemudahan sosial yang berdekatan dengan perniagaan, dan merekabentuk

hieraki jalan yang baik.

8.3 Cadangan Rangkaian Jalanraya

Tapak dihubungkan melalui jalan yang dicadangkan iaitu cadangan jalan 80 kaki

bersempadan selatan tapak cadangan di mana jalan tersebut dapat menghubungkan

tapak ke Jalan Bandar Teknologi seterusnya melalui Jalan Semenyih untuk ke Kajang dan

Semenyih serta ke Lebuhraya Kajang-Seremban.

9.0 PELAN SUSUNATUR

9.1 Konsep Pembangunan

Konsep pembangunan adalah bagi mengoptimumkan pengunaan tanah dengan

pembangunan perniagaan lebih terancang dan bercirikan esklusif serta menepati garis

panduan dan piawaian perancangan yang telah ditetapkan. Dari segi pembangunan

bangunan perniagaan ini adalah berbentuk soho dan pangsapuri perkhidmatan.

Page 19: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

19

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

9.2 Pecahan Cadangan Gunatanah

Berikut adalah komponen utama pembangunan yang dicadangkan iaitu membina 2 blok

soho dan pangsapuri perkhidmatan :

i. Perniagaan

Fasa 1

Dicadangkan Blok A berbentuk Soho & Pangsapuri Perkhidmatan (Kediaman) 36

tingkat yang terdiri daripada 208 unit soho jenis A, 68 unit jenis B, 141 unit jenis

B1 & 70 unit jenis C. Jumlah keluasan keseluruhan Fasa 1 adalah 0.336 ekar.

Dicadangkan juga podium TLK dan kemudahan 9 tingkat seluas 1.726 yang terdiri

daripada 1 unit tadika, 1 unit pejabat pengurusan, 1 unit dewan, 1 unit

gimnasium, 1 unit bilik persalinan (L/P) dan 1 unit musolla (L/P), beserta 16 unit

kedai dan 1 unit kolam renang berkeluasan 0.235 ekar. Kemudahan lain turut

dicadangkan seperti 1 unit pondok pengawal, 2 unit kebuk sampah dan 1 unit

pencawang elektrik.

Page 20: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

20

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

Fasa 2

Manakala bagi Blok B pula dicadangkan Soho & Pangsapuri Perkhidmatan

(Kediaman) 37 tingkat yang terdiri daripada 288 unit soho jenis A, 70 unit jenis B,

108 unit jenis B1, 37 unit Jenis B2 & 35 unit jenis C. Jumlah keluasan keseluruhan

Fasa 2 adalah 0.325 ekar.

ii. Kemudahan

Kemudahan lain yang dicadangkan bagi keseluruhan tapak adalah kawasan

lapang di atas tanah seluas 0.316 ekar, kawasan hijau & perimeter hijau di atas

tanah seluas 1.050 ekar, 1 unit pondok pengawal berkeluasan 0.024 ekar beserta

jalan seluas 1.660 ekar.

iii. Kawasan Plinth

Berikut merupakan kiraan kawasan plinth yang dicadangkan :

iv. Pengiraan Tempat Letak Kereta & Tempat Letak Motorsikal

Berikut merupakan keperluan tempat letak kereta (TLK) dan tempat letak

motorsikal (TLM) yang disediakan bagi cadangan Soho & Pangsapuri Servis

(Kediaman) :

Page 21: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

21

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

v. Kiraan Nisbah Plot

Berikut merupakan kiraan nisbah plot yang dicadangkan :

9.3 Impak Cadangan Pembangunan di Tapak

Impak cadangan pembangunan ini bertujuan untuk menyediakan maklumat tentang

jangkaan kesan pembangunan pada masa hadapan bagi memudahkan keputusan

perancangan dibuat ke arah menghasilkan pembangunan yang mampan. Penilaian

impak ini merangkumi aspek-aspek seperti impak fizikal, ekonomi, sosial dan alam

sekitar.

9.3.1 Impak Fizikal

Memandangkan tapak cadangan merupakan kawasan belukar serta landai di

keseluruhan tapak maka aspek seperti topografi sangat memainkan peranan

Page 22: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

22

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

penting. Oleh itu, pembangunan yang bakal dicadangkan hendaklah mengikut

topografi di kawasan tapak bagi mengelakkan masalah dikemudian hari.

9.3.2 Impak Ekonomi

Impak cadangan pembangunan terhadap ekonomi pula ianya memberi impak

ekonomi yang khusus kepada penduduk kerana pembangunan perniagaan akan

memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar tapak.

9.3.3 Impak Sosial

Apabila sesuatu pembangunan baru dibangunkan, maka kawasan tersebut

menjadi kawasan tumpuan dan seterusnya menjadi sasaran jenayah dan

membuatkan kawasan tersebut kurang selamat. Oleh itu, peningkatan tahap

keselamatan di kawasan tapak cadangan perlulah dilihat dengan lebih terperinci

bagi mengelakkan implikasi terhadap penduduk setempat dan sekitar. Bukan itu

sahaja, kesejahteraan penduduk juga akan dilihat dari semasa ke semasa bagi

menjadikan kawasan cadangan lebih selesa dan aman.

9.3.4 Impak Alam Sekitar

Gunatanah dan operasi aktiviti yang dijalankan di kawasan tapak cadangan

pembangunan akan diberi perhatian bagi mengelakkan implikasi terhadap alam

sekitar. Aspek pencemaran akan lebih diberi penekanan bagi megelakkan

kawasan tapak cadangan bebas dari sebarang pencemaran seperti udara, air,

bau, bunyi dan sebagainya.

9.3.5 Impak Infrastruktur/Utiliti

Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting dalam

menentukan kemajuan sesebuah tapak cadangan yang hendak dibangunkan.

Selain itu, ia dapat meningkatkan taraf infrastruktur dan utiliti bagi penduduk

sekitar amnya dan penduduk di sekitar Hulu Langat.

9.4 Pematuhan Piawaian dan Kehendak Pihak Berkuasa

Secara keseluruhannya, tapak cadangan iaitu PT 38090 seluas 5.672 ekar telah mengikut

segala piawaian dan kehendak Pihak Berkuasa. Ini dapat dilihat melalui Rancangan

Tempatan Majlis Perbandaran Kajang (Pengubahan 3) 2020 iaitu tapak cadangan

merupakan untuk perniagaan.

Page 23: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

23

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

Bagi cadangan gunatanah pula, saiz lot bagi bangunan perniagaan terdiri daripada 2 blok

soho dan pangsapuri perkhidmatan (kediaman) beserta kemudahan yang bersesuaian

dengan keadaan tapak cadangan.

9.5 Langkah-Langkah Perlaksanaan Untuk Melindungi Topografi Semulajadi.

Bagi memastikan hakisan tanah dan pencemaran berlaku secara minimum, beberapa

langkah umum akan dilaksanakan oleh pemaju semasa kerja-kerja pembinaan dan

selepas pembinaan seperti berikut:

i. Tapak cadangan akan dipagar secara tertutup (hoarding) terlebih dahulu sebelum

kerja-kerja tanah dan pembinaan dijalankan.

ii. Sistem perparitan dan perangkap mendap untuk menyalur air larian permukaan

akan di sediakan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pembukaan tanah

dijalankan.

iii. Sistem pengurusan bahan-bahan binaan akan disediakan dengan baik. Kerja-kerja

mengangkut bahan binaan, sisa pembinaan keluar masuk akan dihadkan dari jam

8.00 pagi hingga 6.00 petang.

iv. Semua kawasan lapang yang disediakan pada masa akan datang akan dilindungi

dan ditanami dengan tanaman tutup bumi melalui penanaman segera dan

landskap dengan segera.

v. Sistem air larian dan pembinaan parit akan disesuaikan dengan air larian sediada.

9.6 Langkah-Langkah Untuk Perelokkan Landskap

Penyediaaan landskap ditekankan untuk keseluruhan tapak cadangan terutama di

kawasan bangunan tersebut dengan tanaman pokok renek dan lain-lain. Ia juga

bertujuan untuk menghijaukan kawasan persekitaran serta mengimbangi sistem ekologi

tapak cadangan dan kawasan berhampiran. Kerja-kerja landskap ini akan dijalankan

berdasarkan Garis Panduan Landskap Negara yang diterbitkan oleh Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

9.7 Langkah-Langkah Memelihara Dan Menanam Pokok

Apabila kerja-kerja landskap telah disiapkan di kawasan bangunan perniagaan yang

dicadangkan, kerja-kerja menyiram pokok-pokok dan pembajaan akan dilakukan agar

pokok-pokok landskap yang ditanam akan hidup sihat dan tahan lebih lama.

Page 24: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

24

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

9.8 Penyediaan Kemudahan Masyarakat Dan Kawasan Rekreasi

Memandangkan cadangan adalah pembangunan perniagaan maka kemudahan yang

sediada akan melibatkan kemudahan masyarakat untuk penduduk yang tinggal disini

tersebut terutamanya kemudahan rekreasi, pencawang elektrik, loji rawatan kumbahan

dan kawasan lapang serta kemudahan yang lain.

9.9 Rangkaian Jalan

Pembangunan ini menyediakan jalan keluar masuk iaitu cadangan jalan 80 kaki

bersempadan selatan tapak cadangan di mana jalan tersebut dapat menghubungkan

tapak ke Jalan Bandar Teknologi seterusnya melalui Jalan Semenyih untuk ke Kajang

dan Semenyih serta ke Lebuhraya Kajang-Seremban.

10.0 PEMATUHAN DASAR DAN GARISPANDUAN

Cadangan pemajuan yang dibentangkan ini dapatlah dirumuskan dengan justifikasi

seperti berikut :

10.1 Selaras Dengan Matlamat Strategi Pembangunan Kerajaan Negeri Selangor Dan

Pihak Berkuasa Tempatan

Daerah Hulu Langat adalah daerah yang pesat membangun di Negeri Selangor.

Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kajang (Pengubahan 3) 2020 menunjukkan

Mukim Batu 18, Semenyih dalam Daerah Hulu Langat adalah pesat membangun dengan

kawasan perniagaan. Gunatanah semasa menunjukkan tapak cadangan terletak dalam

zonning cadangan gunatanah bangunan di BPK 3.13 - Kajang Hill. Ini adalah selaras

dengan strategi kerajaan Negeri Selangor yang menggalakkan pembangunan di

kawasan-kawasan berpotensi untuk pembangunan perniagaan.

Oleh itu, tapak cadangan dilihat bertepatan dengan zonning sediada berpotensi untuk

dibangunkan sebagai perniagaan yang selaras dengan Rancangan Tempatan Majlis

Perbandaran Kajang (Pengubahan 3) 2020 dan Dasar-Dasar Kerajaan Negeri.

Disebabkan sekitar tapak cadangan menempatkan pelbagai jenis kemudahan awam dan

utiliti sediada, maka hal ini telah meningkatkan potensi tapak cadangan untuk

dibangunkan sebagai kawasan perniagaan serta lain-lain kemudahan.

Rujuk Pelan 11.1 : Cadangan Zon Gunatanah BPK 3.13 – Kajang Hill

Sumber : Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kajang (Pengubahan 3) 2020

Page 25: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

25

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

10.2 Sebagai Pemangkin Kepada Kawasan Berkenaan

Dengan pembangunan untuk mendirikan bangunan perniagaan ini dan lain-lain

kemudahan adalah bagi merancakkan lagi pembangunan di kawasan Kajang Hill, Taman

Harmoni, Hill Park 1, Hill Park 2, Hill Park 3 serta Bandar Teknologi yang kini pesat

membangun. Dengan adanya pembangunan ini maka akan memberikan imej kawasan

ini dengan pelbagai bentuk pembangunan dan menarik pembangunan perniagaan lain

ke kawasan ini pada masa akan datang.

11.0 PENUTUP

Berdasarkan perancangan dan situasi ekonomi semasa, pembangunan akan terus

dilaksanakan di Daerah Hulu Langat. Tapak cadangan telah dikenalpasti amat berpotensi

untuk dibangunkan sebagai bangunan. Bentuk pembangunan yang dicadangkan adalah

selaras dengan pembangunan sekitar dan juga akan mengerakkan pembangunan di

kawasan tersebut pada masa akan datang.

Page 26: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

26

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN

Cadangan pembangunan bangunan perniagaan serta kemudahannya ini perlu diberi

sokongan yang padu memandangkan keadaan sekarang yang memerlukan unit-unit

perniagaan dan kemudahan yang lengkap dan sebagai penggerak ekonomi kepada

penduduk sekitar.

Adalah menjadi harapan kami supaya PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI

MEMBINA 2 BLOK SOHO & PANGSAPURI PERKHIDMATAN (KEDIAMAN) 1,025 UNIT

YANG TERDIRI DARIPADA :

FASA 1 :

a. 1 BLOK (BLOK A) - 208 UNIT SOHO & 279 UNIT PANGSAPURI PERKHIDMATAN

(KEDIAMAN) 36 TINGKAT

b. 1 BLOK PODIUM TEMPAT LETAK KERETA 9 TINGKAT, 16 UNIT KEDAI (1 TINGKAT)

DAN KEMUDAHANNYA

c. 1 UNIT PONDOK PENGAWAL

d. 2 UNIT KEBUK SAMPAH

e. 1 UNIT PENCAWANG ELEKTRIK

FASA 2 :

a. 1 BLOK (BLOK B) - 288 UNIT SOHO & 250 UNIT PANGSAPURI PERKHIDMATAN

(KEDIAMAN) 37 TINGKAT

DI ATAS PT. 38090, TROPICANA HEIGHTS, MUKIM BANDAR BATU 18, SEMENYIH,

DAERAH HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN UNTUK TETUAN TROPICANA

KAJANG HILL SDN. BHD. ini diberi pertimbangan dan kelulusan dengan segera oleh pihak

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), JPBD serta Agensi-agensi berkaitan yang lain.

Page 27: PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI · PDF file4.5 Sistem Saliran Dan Perparitan ... 4.10.1 Jaringan Jalanraya Dan Akses Sistem perhubungan yang baik memainkan peranan yang penting

27

LAPORAN CADANGAN PEMAJUAN