Upload
sparrowjakazz
View
218
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/29/2019 Permuafaktan Komuniti Dan Sekolah
1/4
Permuafaktan komuniti dan sekolah. Mengapakah komuniti dianggap sebagai
aset penting pendidikan? Jelaskan bagaimana strategi membina permuafakatan
sekolah dan komuniti dapat dilaksanakan.
Sekolah bukan sahaja berfungsi sebagai tempat untuk menyampaikan ilmu
pengetahuan semata-mata, tetapi harus berfungsi sebagai tempat untuk memupuk
nilai yang penting, mengekalkan peraturan masyarakat serta menggalakkan
pemikiran yang kritis dan analitis. Oleh itu, sekolah tidak dapat dipisahkan daripada
masyarakat yang menyediakan sekolah itu. masyarakat dan sekolah adalah saling
memerlukan antara satu sama lain bagi membolehkan sistem pendidikan berjalan
dengan baik, sementara masyarakat mendapat faedah daripadanya.
Perhubungan antara sekolah dengan masyarakat adalah rapat. Dari semasa
ke semasa, masyarakat memberi pertolongan kepada sekolah dan sebaliknya.
Komuniti dianggap sebagai aset penting pendidikan kerana ahli masyarakat
memberi sumbangan kepada sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG).
Kita harus sedar bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah salah satu persatuan
di sekolah yang boleh memainkan peranan besar dalam meningkatkan pencapaian
persekolahan murid-murid mereka. Ahli-ahli PIBG yang akif boleh menyumbang
tenaga dan sumber kewangan mereka dari semasa ke semasa demi kemajuan
sekolah. Fungsi utama PIBG yang ditubuhkan di sekolah-sekolah ialah menjaga dan
melindungi kebajikan pelajar-pelajar dan guru-guru, di samping memberi sumbangan
untuk perkembangan sekolah. Fungsi PIBG dapat dilihat dalam kegiatan sosial,
akademik dan kebajikan yang diusahakan mengikut garis panduan Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Masyarakat juga memainkan peranan penting dalam menentukan
perancangan pendidikan. Contohnya, pengenalan mata pelajaran seperti Sains
Pertanian, Kemahiran Manipulatif dan Kemahiran Hidup Bersepadu mula
diperkenalkan. Jika dilihat pada masa awal penubuhan Malaysia masyarakat lebih
banyak bergantung kepada pertanian sebagai sumber ekonomi mereka. Mereka
lebih banyak mengusahakan tanaman padi dan getah untuk menyara keluarga.
Seterusnya, masyarakat telah mempelbagaikan ekonomi mereka agar dapat
bergantung kepada perindustrian dan perkhidmatan seperti pelancongan, bank dan
insurans. Selain itu, masyarakat semakin mementingkan perpaduan dalam kalangan
7/29/2019 Permuafaktan Komuniti Dan Sekolah
2/4
masyarakat berbilang kaum dan memupuk semangat cinta akan negara di samping
membina insan yang berkualiti. Maka, sekolah telah mewujudkan mata pelajaran
baru iaitu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Oleh itu, rasional pengenalan
mata pelajaran baru adalah untuk menyediakan modal insan yang mempunyai
kemahiran yang selaras dengan keperluan semasa dan masyarakat pula menjadi
panduan untuk sekolah membuat perancagan. Pada masa kini, masyarakat primitif
telah banyak berubah. Mereka menjadi masyarakat moden yang menggunakan
pelbagai jenis benih yang cepat matang, lebih daya tahan penyakit dan serangan
serangga perosak serta mendatangkan hasil yang lebih tinggi. Perubahan baru
seperti ini seharusnya dapat dibayangkan oleh kurikulum sekolah di mana sains dan
teknologi telah diberi penekanan.
Di samping itu, komuniti menjadi aset penting sekolah kerana masyarakat
yang mementingkan perhubungan dengan masyarakat lain di luar negeri akan
mempengaruhi amalan sekolah dalam masyarakat. Kita dapat lihat bagaimana
komuniti menjadi aset yang penting dalam membina hubungan luar antara sekolah.
Sekiranya sesebuah masyarakat itu selalu menganjurkan program yang melibatkan
negara-negara antarabangsa, begitu juga dengan sekolah dalam masyarakat itu.
murid-murid jugs akan mengunjungi sekolah di negara-negara jiran da antarabangsauntuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat. Contohnya, pertukaran pelajar yang
dianjurkan oleh AMERICAN Field Service(AFS). Program ini bertujuan untuk
mengeratkan hubungan, komunikasi serta jalinan antara budaya tempatan dan
antarabangsa.
Selain itu, komuniti menjadi aset penting sekolah kerana komuniti membantu
meningkatkan taraf pendidikan yang disediakan oleh sekolah. Masyarakat yang
tinggi taraf hidupnya mampu melengkapi sekolahnya dengan pelbagai kemudahan
seperti computer, makmal mata pelajaran, bengkel yang moden dan sebagainya.
Kemudahan-kemudahan seperti ini disumbangkan oleh komuniti sama ada melalui
sumbangan peribadi ataupun melalui persatuan-persatuan yang ditubuhkan di
sekolah seperti PIBG. Dengan adanya kemudahan yang baik serta mencukupi, mutu
pendidikan yang disediakan sememangnya tinggi. Hal ini dapat dilihat melalui
perbezaan antara pelajar luar bandar dengan pelajar luar bandar. Biasanya, pelajar
yang berada di bandar mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding pelajarluar bandar. Pencapaian pelajar pedalaman pula jauh ketinggalan berbanding
7/29/2019 Permuafaktan Komuniti Dan Sekolah
3/4
pelajar dari luar bandar dan bandar. Pencapaian ini dapat dilihat dari segi tahap
kemudahan yang mampu disediakan. Oleh itu, komuniti menjadi aset penting bagi
masyarakat dalam menyediakan kemudahan asas sekolah.
Selain itu, masyarakat yang mementingkan pendidikan tentu akan berusaha
menyediakan seberapa banyak sekolah yang mungkin agar dapat mengurangkan
atau menghapuskan anggota-anggota masyarakatnya yang buta huruf. Contohnya,
dalam kalangan masyarat yang mementingkan pendidikan, mereka akan berusaha
memohon daripada kerajaan untuk membina sekolah di kawasan mereka. Manakala
komuniti yang kurang kesedaran tidak akan memohon sebaliknya anggota
masyarakat dalam kalangan komuniti tersebut yang sedar akan kepentingan
pendidikan akan menghantar anak-anak mereka ke tempat yang mempunyai
kemudahan sekolah. Disebabkan kesedaran terhadap pendidikan maka semakin
banyak sekolah yang ditubuhkan di negara kita.
Jika dilihat dalam skop yang lebih kecil, iaitu dalam keluarga, ibu bapa merupakan
pengaruh sosial yang besar dalam pencapaian pendidikan. Ibu bapa menjadi aset
penting sekolah dalam melahirkan pelajar yang cemerlang. Aspirasi dan harapan ibu
bapa terhadap masa depan anak-anak mereka memainkan peranan penting untuk
mendorong anak-anak mereka supaya berusaha lebih giat lagi untuk mencapai
prestasi yang tinggi di sekolah, baik dalam bidang akademik, mahupun di dalam
bidang aktiviti kokurikulum. Dengan aspirasi dan harapan tinggi ibu bapa, anak-anak
mereka dapat diasuh dengan sempurna. Ini boleh membantu sekolah dalam
mencapai kecemerlangan.
Masyarakat merupakan institusi tidak formal yang mempengaruhi pendidikan
seseorang pelajar. Ia berfungsi sebagai wahana yang menerima pelajar di luar
aktiviti di sekolah. Keadaan ini wujud kerana masa pelajar lebih banyak terarah
untuk beriteraksi sesama rakan sebaya dan masyarakat dalam institusi masyarakat
selain intitusi keluarga. Bentuk-bentuk institusi masyarakat yang wujud ialah
persatuan belia, badan kebajikan penduduk, badan koperasi, institusi masjid dan
lain-lain lagi.
7/29/2019 Permuafaktan Komuniti Dan Sekolah
4/4
Kesimpulannya, masyarakat harus memberi sumbangan positif ke arah peningkatan
mutu pendidikan. Perkongsian atau permuafakatan perlu ada bagi mewujudkan satu
pembelajran yang berkesan.