3
PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP (SELEPAS INTERNSHIP) Selepas empat minggu menjalani Internship di Sekolah Jenis Kebangsaan Masai, Johor, bermakna saya telah habis menjalankan Internship saya dan merupakan aktiviti terakhir di Institut Perguruan Tun Hussein Onn. Saya berasa gembira kerana telah berjaya menghabiskan pendidikan saya di IPG. Pada masa yang sama, saya mendapati saya sudah boleh dikira sebagai seorang guru dan saya harus menjalankan tugas saya sebagai guru pada masa yang tidak jauh lagi. Sepanjang Internship ini, saya telah belajar banyak ilmu dan pengalaman daripada pihak SJK (c) Masai. Antara yang terpenting adalah pengurusan kelas. Mentor saya, Pn. Leong Siew Fern telah memberikan saya banyak didikan dan dorongan untuk menguruskan satu kelas dengan baik. Beliau telah mengajar lebih daripada 15 tahun dan beliau sanggup

Pernyataan Profesional Internship Selepas

  • Upload
    wz-ong

  • View
    627

  • Download
    19

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ipg sem 8

Citation preview

Page 1: Pernyataan Profesional Internship Selepas

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP

(SELEPAS INTERNSHIP)

Selepas empat minggu menjalani Internship di Sekolah Jenis Kebangsaan

Masai, Johor, bermakna saya telah habis menjalankan Internship saya dan

merupakan aktiviti terakhir di Institut Perguruan Tun Hussein Onn.

Saya berasa gembira kerana telah berjaya menghabiskan pendidikan

saya di IPG. Pada masa yang sama, saya mendapati saya sudah boleh dikira

sebagai seorang guru dan saya harus menjalankan tugas saya sebagai guru

pada masa yang tidak jauh lagi.

Sepanjang Internship ini, saya telah belajar banyak ilmu dan pengalaman

daripada pihak SJK (c) Masai. Antara yang terpenting adalah pengurusan kelas.

Mentor saya, Pn. Leong Siew Fern telah memberikan saya banyak didikan dan

dorongan untuk menguruskan satu kelas dengan baik. Beliau telah mengajar

lebih daripada 15 tahun dan beliau sanggup memberi tunjuk ajar kepada saya

dengan sabar. Saya berasa syukur kerana berpeluang untuk mempelajari

daripada beliau yang berpengalaman.

Selain itu, beliau juga telah ajar saya untuk berkomunikasi lebih dengan

guru-guru lain di sekolah. Selepas tunjuk ajar beliau, barulah saya mendapati

Page 2: Pernyataan Profesional Internship Selepas

kepentingannya teknik komunikasi. Teknik ini telah membawa banyak

kemudahan kepada saya untuk membuat projek dan aktiviti di sekolah.

Selain itu, saya juga telah menceburi bidang perguruan dengan lebih

mendalam selepas saya menjalankan Internship di sekolah ini. Perasaan ini

adalah berbeza dengan praktikum yang dijalankan oleh saya di sekolah

sebelumnya sedangkan sekolah Internship yang saya jalankan ini adalah dipilihi

oleh Unit Praktikum bagi memenuhi kekosongan guru di sekolah. Ini seolah-olah

saya telah dilantik di sekolah tersebut dan sekolah menganggap saya sebagai

guru di sekolah tersebut dan bukan guru pelatih. Pihak sekolah juga telah

memberi saya sebahagian kerja yang perlu saya jalankan pada masa akan

datang seperti kerja-kerja masukkan data. Layanan pihak sekolah ini

membolehkan saya merasai kerja sebagai seorang guru yang benar-benar. Saya

berasa sangat bersyukur dan ingin berterima kasih pada pihak sekolah yang

sanggup memberikan saya satu peluang dan pengalaman yang begitu susah

untuk mendapatkannya.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak

sekolah dan mentor saya yang telah memberi saya peluang untuk belajar di

sekolah ini. Walaupun saya belum diposting tetapi tanpa mengira sekolah yang

akan saya lantik, saya akan menggunakan pengalaman yang telah saya pelajari

di sekolah ini.