4
Rancangan Pengajaran Harian Mata pelajaran : Matematik Tahun : 4 Wibawa Tarikh : 11 April 2013 Hari : Khamis Masa : 60 minit (9.55 am 10.55 am) Bilangan Murid : ./25 orang Tajuk : Perpuluhan Bidang pembelajaran : Darab Perpuluhan. Objektif Pembelajaran : a) Murid dapat mendarab nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan dengan nombor satu digit. b) Murid dapat mendarab nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan dengan nombor 10. c) Murid dapat menyelesaikan masalah perpuluhan dalam kehidupan seharian. Hasil pembelajaran : Pada akhir bab ini, murid harus dapat : a) Murid dapat mendarab nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan dengan nombor satu digit 5 daripada 8 dengan tepat. b) Murid dapat mendarab nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan dengan nombor 10, 7 daripada 10 dengan baik. c) Murid dapat menyelesaikan masalah perpuluhan dalam kehidupan seharian 2 daripada 4 dengan betul. Pengetahuan sedia ada : Murid tahu bagaimana a) Menolak nombor dan operasi dalam bentuk lazim. b) Kegunaan nombor perpuluhan dalam kehidupan seharian seperti berat, masa dan sebagainya. c) Menyusun nombor perpuluhan dalam operasi penambahan dan penolakan. d) Menentukan nilai tempat perpuluhan dalam operasi penambahan dan penolakan. Sumber / ABM: laptop, lcd, lagu, tali, broshure harga barang, kad gambar, lembaran kerja. Kemahiran berfikir : 1. Membuat kaitan 2. Menyelesaikan masalah Nilai murni : Bersemangat, bekerjasama, menghormati, berusaha, keberanian

PERPULUHAN PENDARABAN

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERPULUHAN PENDARABAN

Rancangan Pengajaran Harian

Mata pelajaran : Matematik

Tahun : 4 Wibawa

Tarikh : 11 April 2013

Hari : Khamis

Masa : 60 minit (9.55 am – 10.55 am)

Bilangan Murid : …./25 orang

Tajuk : Perpuluhan

Bidang pembelajaran : Darab Perpuluhan.

Objektif Pembelajaran :

a) Murid dapat mendarab nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan dengan nombor satu digit.

b) Murid dapat mendarab nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan dengan nombor 10.

c) Murid dapat menyelesaikan masalah perpuluhan dalam kehidupan seharian.

Hasil pembelajaran : Pada akhir bab ini, murid harus dapat :

a) Murid dapat mendarab nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan dengan nombor satu digit 5 daripada 8 dengan tepat.

b) Murid dapat mendarab nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan dengan nombor 10, 7 daripada 10 dengan baik.

c) Murid dapat menyelesaikan masalah perpuluhan dalam kehidupan seharian 2 daripada 4 dengan betul.

Pengetahuan sedia ada : Murid tahu bagaimana …

a) Menolak nombor dan operasi dalam bentuk lazim.b) Kegunaan nombor perpuluhan dalam kehidupan seharian seperti

berat, masa dan sebagainya.c) Menyusun nombor perpuluhan dalam operasi penambahan dan

penolakan.d) Menentukan nilai tempat perpuluhan dalam operasi penambahan

dan penolakan.

Sumber / ABM: laptop, lcd, lagu, tali, “broshure” harga barang, kad gambar, lembaran kerja.

Kemahiran berfikir :

1. Membuat kaitan2. Menyelesaikan masalah

Nilai murni : Bersemangat, bekerjasama, menghormati, berusaha, keberanian

Page 2: PERPULUHAN PENDARABAN

Langkah / Masa Kandungan Langkah-langkah/ aktiviti Catatan

Set induksi

(5 minit)

Teknik

visualisasi/

pengenalan

1. Guru memulakan proses P&P dengan

bertanya khabar kepada murid dan

memeriksa kekemasan serta

kebersihan kelas.

2. Guru menunjukkan persembahan silap

mata menggunakan tali.

3. Dua orang murid dipanggil untuk

menjadi sukarela.

4. Guru mengaitkan persembahan silap

mata tersebut dengan pembelajaran

hari ini.

Kemahiran :

- Penjanaan idea

- Sintesis idea

BBM :

- Tali

KBKK :

- Menganalisis

Langkah 1

(13 minit)

Imaginasi/

konsep

1. Guru menunjukkan persembahan

multimedia kepada murid.

2. Murid di minta untuk memberi tumpuan

terhadap persembahan slaid.

3. Murid diminta menjelaskan langkah-

langkah yang telah dinyatakan

persembahan slaid.

4. Guru memberi bimbingan semasa

murid menjelaskan langkah-langkah

dalam pendaraban perpuluhan.

5. Murid juga diminta untuk

menyelesaikan masalah yang diberi

oleh guru.

Kemahiran :

- Penjanaan idea

- Sintesis idea

Nilai :

- Menghormati

- Berdisiplin

ABM :

- Laptop

- Lcd

Langkah 2

(20 minit)

Pengukuhan

Aktiviti

kumpulan

“Jom Membeli”

1. Guru meminta murid duduk dalam

kumpulan.

2. Guru memberikan penjelasan kepada

setiap kumpulan tentang aktiviti yang

akan dijalankan.

3. Setiap kumpulan akan diedarkan satu

“broshure harga barang” dan kertas

kira-kira.

4. Terdapat 5 stesen yang perlu dilalui

oleh setiap kumpulan.

5. Apabila guru meniupkan bunyi wisel,

Nilai :

- Berkerjasama

- Berusaha

-

Kemahiran :

- Aplikasi idea

- Sintesis idea

ABM :

- “broshure harga

barang”, kertas

Page 3: PERPULUHAN PENDARABAN

murid diminta membuka sampul surat

pada stesen yang diduduki. Sampul

surat tersebut mengandungi gambar

barang yang ingin dibeli oleh murid.

Murid perlu merujuk harga barang pada

broshure yang diberi. Bilangan barang

ditentukan oleh bilangan gambar yang

ada dalam sampul surat tersebut. Murid

perlu mengira jumlah harga barang

tersebut menggunakan teknik

pendaraban perpuluhan. Murid diberi

masa selama 3 minit untuk

menyelesaikan tugasan tersebut.

6. Apabila wisel dibunyikan lagi, setiap

kumpulan diminta bergerak ke stesen

yang berikutnya dan menyelesaikan

tugasan yang diberi.

7. Aktiviti tamat apabila kesemua

kumpulan telah melalui 5 stesen.

8. Guru membincangkan jawapan hasil

kira-kira murid secara bersama-sama.

kira-kira, kad

gambar barang.

Kecerdasan pelbagai :

- Kinestatik

- Logik matematik

- Intrapersonal

Langkah 3

(15 minit)

Aktiviti individu

- “kotak minda”

1. Murid diminta duduk di tempat masing-

masing.

2. Murid diminta untuk menjawab soalan

di dalam lembaran kerja yang diberi.

3. Guru membimbing murid yang

memerlukan.

4. Kemudian, guru memainkan muzik dan

murid diminta menggerakkan “kotak

minda” melalui semua murid.

5. Murid yang memegang “kotak minda”

ketika muzik dihentikan harus

mengambil satu kertas dari kotak

tersebut. Kertas tersebut tertera

nombor soalan.

6. Murid berkenaan perlu menunjukkan

penyelesaian bagi soalan yang telah

dinyatakan pada kertas yang dipilih

pada papan putih.

7. Guru akan memberi penerangan

secara mendalam apabila terdapat

Nilai murni :

- Keberanian

- Bekerjasama

Kemahiran :

- Penjanaan idea

- Sintesis idea

ABM :

- Lembaran kerja,

“kotak minda”,

lagu.

Kecerdasan pelbagai :

- Intrapersonal

- Logik Matematik

Page 4: PERPULUHAN PENDARABAN

ramai murid tidak dapat menjawab

sesuatu persoalan.

8. Langkah 5 diulang sebanyak 3 kali.

9. Guru memberikan pujian dan galakan

kepada murid.

Penutup

(7 minit)

Ulang kaji 1. Guru menguji kefahaman murid

berkaitan tajuk yang diajar pada hari

ini.

2. Murid menyatakan hasil pembelajaran

yang dapat pada hari ini.

3. Guru meminta beberapa orang murid

memberikan refleksi tentang

pembelajaran pada hari ini.

4. Guru memotivasikan murid dan

memberi galakkan kepada murid untuk

meneruskan pengajian.

Nilai :

- Bersemangat

- Menghargai