Persoalan Kajian Plagiarism

  • Upload
    fina

  • View
    1.123

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Persoalan kajianDari beberapa penumpuan yang dinyatakan di dalam objektif kajian di atas, maka jawapan kepada persoalan-persoalan berikut ingin dikenal pasti iaitu :

a. Apakah persepsi pelajar dan pensyarah tentang plagiarism. Mengenal pasti persepsi sebenar pelajar dan pensyarah tentang gejala plagiarism yang berlaku di institusi pengajian tinggi (IPTA) sekarang dan tanggapan pensyarah terhadap pelajar yang melakukan plagiarism dalam tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Seterusnya bagaimana cara untuk mengubah persepsi dan mentaliti mereka terhadap gejala plagiarism dalam prestasi akademik pelajar mahupun pensyarah di IPTA yang mengamalkannya agar mereka beroleh kejayaan yang cemerlang tanpa melakukan plagiarism.

b. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya plagiarism. Mengenal pasti faktor yang menyebabkan berlakunya plagiarism. Adakah berlakunya kemerosotan pencapaian akademik pelajar-pelajar dalam setiap tugasan yang diberikan pensyarah mahupun peperiksaan semester. Adakah ia berpunca dari pelajar sendiri secara individu, atau berpunca daripada pihak pensyarah yang mengajar pelajaran tersebut atau lain-lain faktor yang berkaitan dengannya. Seterusnya, memberi kesedaran kepada pelajar dan pensyarah akan keburukan mengamalkan plagiarism dalam pembelajaran dan pengajaran di IPTA. Seterusnya, menambah usaha yang kurang dan mencari jalan yang terbaik agar gejala plagiarism ini berkurangan dikalangan pelajar dan pensyarah IPTA.

c. Apakah kesan daripada plagiarism yang dilakukan pelajar dan pensyarah terhadap dunia akademik IPTA. Mengenalpasti kesan daripada plagiarism yang dilakukan pelajar dan pensyarah terhadap dunia akademik IPTA. Adakah ia memberi kesan positif atau negatif kepada pelajar dan pensyarah dalam membantu meningkatkan mutu dan prestasi pecapaian akademik mahupun kualiti kerja mereka. Sejauh mana plagiarism membantu pelajar dan pensyarah IPTA memperoleh keputusan cemerlang dalam tugasan akademik dan kualiti kerja yang baik. Adakah kesan daripada plagiarism ini mempengaruhi kehidupan mereka untuk masa hadapan contohnya, dalam dunia pekerjaan bagi pelajar ataupun kualiti ilmu yang diberikan oleh pensyarah yang melakukan plagiarism terhadap pelajar, adakah ilmu yan diberikan berkualiti atau tidak. Seterusnya, bagaimana cara untuk menanamkan jati diri kepada pelajar dan pensyarah, agar tidak mengamalkan plagiarism dalam dunia akademik IPTA untuk menghasilkan individu yang berkualiti kelak.