40
PERUNDANGAN DAN PROSEDUR DISEDIAKAN OLEH, CHONG CHUEY MIIN GEEVANYA HOO FON YEAN KALPANA PBK 3093 ETIKA KAUNSELING

Perundangan Dan Prosedur k9

  • Upload
    hui-min

  • View
    284

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

salah laku

Citation preview

Page 1: Perundangan Dan Prosedur k9

PERUNDANGAN DAN PROSEDUR

DISEDIAKAN OLEH, CHONG CHUEY MIIN GEEVANYA HOO FON YEAN KALPANA

PBK 3093 ETIKA KAUNSELING

Page 2: Perundangan Dan Prosedur k9

Perundangan dan prosedur tentang hak-hak klien dan kaunselor dalam amalan profesional bimbingan dan kaunseling

Page 3: Perundangan Dan Prosedur k9

AKTA KAUNSELOR 1998PERATURAN-PERATURAN KAUNSELOR (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1999

Pada menjalankan kuasa yang diberikan di bawah

seksyen 49 Akta Kaunselor 1998 (Akta 580), Menteri,

selepas berunding dengan Lembaga Kaunselor,

membuat peraturan-peraturan yang berikut:

Page 4: Perundangan Dan Prosedur k9

1.Nama dan permulaan kuat kuasaPeraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Kaunselor(Kelakuan dan Tatatertib) 1998Peraturan-peraturan ini mula berkuatkuasa pada 31 Disember 1999

2.PemakaianPeraturan-peraturan ini hendaklah terpakai bagi seseorang kaunselor berdaftar yang didaftarkan di bawah akta ini.Pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini akan mengakibatkan seseorang kaunselor berdaftar boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Bahagian 1

PERMULAAN

Page 5: Perundangan Dan Prosedur k9

3.TatakelakuanSeseorang kaunselor berdaftar hendaklah mematuhi Akta Kaunselor 1998 dan

melaksanakan tugasnya dengan wajar.Dalam mempertahankan dan mengekalkan maruah, tahap dan reputasi seseorang kaunselor, seseorang kaunselor berdaftar hendaklah :-

Bahagian -II

KELAKUAN

Page 6: Perundangan Dan Prosedur k9

sentiasa mengutamakan kepentingan kliennya dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan dirinya sendiri ;

menghormati hak peribadi klien dan menyifatkan segala maklumat yang diperolehi semasa kaunseling sebagai rahsia melainkan jika mengikut budi bicara kaunselor maklumat yang diperolehi boleh dianggap membahayakan klien atau orang lain di persekitarannya;memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi kliennya;

memberitahu klien tentang tanggungjawab klien dalam pembentukan diri dan tingkah lakunya dan kaunselor berdaftar hendaklah menghormati apa-apa keputusan yang dibuat oleh klien kemudiannya;

menjelaskan kepada klien tentang keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling yang diberikan; dan merujukkan klien kepada pakar yang relevan sekiranya kaunselor berdaftar itu mendapati klien tersebut memerlukan perkhidmatan pakar di luar bidang kepakaran kaunselor berdaftar itu.

Page 7: Perundangan Dan Prosedur k9

Mengenai tanggungjawab seseorang kaunselor berdaftar kepada organisasi

dan majikannya, seseorang kaunselor berdaftar –hendaklah menjelaskan tahap

kepakaran dan kecekapannya dalam bidang kaunseling kepada majikan dan

organisasinya;hendaklah menjalin hubungan antara perorangan dan persetujuan

dengan penyelia dan kakitangannya berhubung dengan aspek kerahsiaan maklumat

yang diterima, perbezaan antara fakta umum dan peribadi, beban kerja dan

kebertanggungjawapan sebagai seorang kaunselor; dan hendaklah membenarkan

dirinya dinilai secara professional oleh Lembaga dari masa ke semasa.

Page 8: Perundangan Dan Prosedur k9

4.Pemberitahuan perkhidmatan persendirian

Seseorang kaunselor berdaftar, dalam memberikan maklumat mengenai amalan persendiriannya, hendaklah menzahirkan –Kelulusannya yang tertinggi dalam kaunseling atau bidang yang berkaitan;

Status perakuan amalan dan nombor pendaftarannya;

Jenis perkhidmatan kaunseling yang akan diberi; dan

Alamat tempat amalan persendiriannya.

Page 9: Perundangan Dan Prosedur k9

5.Bayaran untuk urusan merujukSeseorang kaunselor berdaftar tidak boleh mengenakan sebarang fi ke atas kliennya atas urusan merujuk klien kepada mana-mana ahli professional yang relevan.

6.Kelayakan dan latihanSeseorang kaunselor berdaftar yang bertanggungjawab dalam bidang melatih kaunselor hendaklah mempunyai kelulusan dalam bidang yang diajarnya.Seseorang kaunselor berdaftar hendaklah mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga berkenaan dengan latihan praktikal, peranan pelatih dan pengajar.Seseorang kaunselor berdaftar yang terlibat dalam latihan hendaklah menerangkan kepada pelatih keperluan dan kandungan program latihan serta peluang kerjaya dalam kaunseling sebelum latihan dimulakan.

Page 10: Perundangan Dan Prosedur k9

7.Ujian kaunseling dan psikologi

Seseorang kaunselor berdaftar tidak boleh mentadbir dan mentafsir ujian-ujiankaunseling dan psikologi di mana dia tidak berkemahiran ataupun cekap melakukannya. Klien hendaklah diberitahu mengenai kegunaan keputusan ujian kaunseling sebelum ujian dilakukan, melainkan jika pengecualian eksplisit hak tersebut telah dipersetujui terlebih dahulu oleh klien.

Seseorang kaunselor berdaftar yang memberikan khidmat ujian hendaklah memberi penerangan yang lengkap kepada klien mengenai ujian yang akan dijalankan ke atasnya supaya keputusan ujian itu dapat difahami dan diterima oleh klien dalam perspektif yang betul.

Page 11: Perundangan Dan Prosedur k9

Salah Laku Dalam Amalan Kaunseling

Page 12: Perundangan Dan Prosedur k9

Salah Laku

SALAH LAKU mengikut kamus Oxford Fajar edisi ketiga bermaksud “kelakuan yang tidak sopan atau berkelakuan  buruk” atau “menguruskan sesuatu dengan tidak cekap”. “salah laku yang berlaku di sesebuah organisasi di mana seseorang pekerja itu menguruskan kerjanya dengan tidak cekap”

Page 13: Perundangan Dan Prosedur k9

Dari tahun 1994 hingga 2003, rekod menunjukkan bahawa tindakan tatatertib yang diambil ke atas psikologis/kaunselor di Amerika Syarikat adalah berkaitan dengan:

Pelanggaran sempadan seksual

Perhubungan bukan seksual yang beraneka/multiple

Masalah insuran dan fi

Hak penjagaan anak

Pecah rahsia

Melakukan amalan di luar sempadan kompetensi

Meninggalkan klien (abandonment)

Diagnosis yang tidak cukup

Page 14: Perundangan Dan Prosedur k9

Dari kajian yang lain, didapati salah laku berikut telah berlaku:

Kerana didapati bersalah melakukan jenayah

Menipu

Penyimpanan rekod yang tidak sempurna

Penyeliaan yang tidak betul atau tidak mencukupi

Keuzuran

Gagal mematuhi keperluan pendidikan lanjutan

Menipu semasa memohon lesen amalan

Page 15: Perundangan Dan Prosedur k9

Salah laku boleh berlaku jika: Prosedur yang digunakan oleh kaunselr diluar skop amalan profesional/amalan konvensional yang diterima;

Kaunselor menggunakan kaedah rawatan yang ia sendiri tidak terlatih di dalamnya/ tak ada kompetensi;

Kaunselor tidak menggunakan kaedah yang mungkin lebih berfaedah dan berkesan;

Page 16: Perundangan Dan Prosedur k9

Salah laku dan tindakan yang harus diambil bagi mengelak daripada SAMAN salah laku.

Kegagalan untuk mendapatkan atau mendokumentasikan persetujuan termaklum:  

        

Kaunselor hendaklah mempunyai dokumen atau bukti yang proses kaunseling dan rawatan yang akan dilalui oleh klien difahami dan diterima oleh klien, sama ada dalam bentuk tulisan ataupun dalam bentuk lisan (rakaman).

Page 17: Perundangan Dan Prosedur k9

Meninggalkan (abandonment) klien dan penamatan pramatang (premature termination):    

   

Penamatan di definisikan sebagai the ethically and clinically

appropriate process by which a professional relationship is

ended "/ melakukan proses penamatan perhubungan kaunseling secara

etika dan klinikal,   manakala meninggalkan klien pula di definisikan

sebagai " the failure of the psychologist to take the clinically

indicated and ethically appropriate steps to terminate a

professional relationship" / kegagalan terapis mengambil langkah-

langkah klinikal dan etika yang sesuai untuk menamatkan sesuatu

perhubungan profesional. 

Page 18: Perundangan Dan Prosedur k9

Langkah-langkh yang perlu diambil oleh kaunselor bagi mengelakkan "abandonment":

Kaunselor perlu merekod bagaimana penamatan dilakukan dengan bukti yang jelas yang hubungan profesional ditamatkan secara profesional.

Hendaklah juga:

Direkodkan siapa yang meminta ditamatkan.

Bagaimana permintaan untuk menamatkan perhubungan dikendali.

Setakat mana matlamat awal tercapai.

Dan apakah usaha membuat rujukan jika sesuai.

Page 19: Perundangan Dan Prosedur k9

Langkah-langkh yang perlu diambil oleh kaunselor bagi mengelakkan "abandonment":

Klien hendaklah dimaklumkan tentang penamatan, bila ia akan dilakukan dan klien hendaklah dilibatkan di dalam keputusan ini.

Jika matlamat sudah dicapai, maka sesuailah penamatan dilakukan, dan dengan cara ini, tindakan undang-undang tidaklah akan berlaku.

Page 20: Perundangan Dan Prosedur k9

Penamatan pramatang boleh berlaku sekiranya:

Fi tidak dijelaskan oleh klien ataupun syarikat insurannya.

Kaunselor sedar yang ia tidak lagi mampu memberikan perkhidmatan.

Klien tidak berkembang ke arah mencapai matlamat.

Klien tidak mempunyai motivasi atau komitment untuk berusaha

mencapai matlamat.

Kaunselor tidak hadir secara tiba-tiba.

Page 21: Perundangan Dan Prosedur k9

Tindakan berikut boleh ditafsirkan sebagai meninggalkan klien:

Gagal untuk membuat tindakan susulan apabila klien dimasukkan ke dalam hospital.

Sukar untuk dihubungi antara sesi.

Gagal untuk bertindak balas terhadap permintaan semasa kecemasan.

Gagal untuk menyediakan terapis ganti sewaktu bercuti.

Kaunselor menamatkan perhubungan profesional secara unilateral dan penamatan ini telah menyebabkan kemudaratan kepada klien.

Kaunselor menamatkan perhubungan profesional kerana jumlah sesi yang

diperuntukkan sudah tercapai, dan bukan kerana keperluan terapeutik klien.

Page 22: Perundangan Dan Prosedur k9

Salahlaku seksual dengan klien:

Melanggar sempadan seksual antara klien dengan kaunselor merupakan salah laku yang amat kerap berlaku dan sering menjadi punca bagi tindakan undang-undang.

Hubungan seksual antara kaunselor dan klien tidak akan dianggap sesuai sampai bila-bila pun.

Persetujuan klien untuk mengadakan hubungan seksual tidak boleh dijadikan alasan untuk membela diri dalam kes salah laku.

Page 23: Perundangan Dan Prosedur k9

Melakukan amalan terapi yang jauh berbeza dengan amalan konvensional

Jika kaunselor menggunakan prosedur terapi yang luar biasa, mereka telah mendedahkan diri mereka kepada risiko.

Mereka bertanggungjawab untuk menjelaskan rasional bagi teknik baru yang mereka amalkan.

Jika dapat dibuktikan bahawa amalan mereka jauh tersimpang daripada amalan biasa yang diamalkan oleh kebanyakkan profesional, mereka terdedah kepada bahaya salah laku.

Page 24: Perundangan Dan Prosedur k9

Melakukan amalan diluar skop kompetensi

Kaunselor hendaklah merawat klien mereka dengan kompetensi yang mereka miliki. Jika mereka cuba mengamalkan sesuatu yang diluar kompetensi mereka, dan jika klien mengalami kemudaratan disebabkan oleh amalan ini, tindakan undang-undang boleh diambil oleh klien ke atasnya. Justeru kerana itu, eloklah kaunselor menggunakan teknik dan kaedah-kaedah yang mereka kompeten di dalamnya.

Page 25: Perundangan Dan Prosedur k9

Salah diagnosisJika dapat dibuktikan bahawa kaunselor tidak mempunyai kompetensi yang cukup, ia boleh didakwa sebagai melakukan salah amalan.

Biasanya mahkamah tidak akan menyoal tentang diagnosis kaunselor, tetapi jika dari rekod kaunselor dapat ditunjukkan yang diagnosis tidak diperlukan, dan ianya dilakukan dengan cara yang kurang piawai, kaunselor boleh didakwa melakukan salah amalan.

Jika ini berlaku, mahkamah akan menyoal kaunselor samada ia telah menggunakan prosedur penaksiran yang sesuai dan telah membuat diagnosis yang betul.

Calfee (1997) mengesyorkan agar seseorang klien itu  diwajibkan menjalani pemeriksaan fizikal oleh doktor bagi memastikan yang masalahnya itu bukan berpunca dari ketidakfungsian biologi.

Page 26: Perundangan Dan Prosedur k9

Ingatan yang ditekan atau palsu

Sesuatu ingatan dianggap palsu jika ia diperolehi melalui suatu bentuk intervensi yang belum pernah diuji.

Terdapat kes dimana kaunselor didakwa dan klien diberi pampasan berjuta dollar kepada seorang wanita yang mendakwa beliau mengalami kemudaratan lantaran ingatan palsu yang telah di "induce" setelah psikatrisnya mencadangkan yang ia mengalami "multiple personality disoder“ yang dihasilkan oleh keganasan seksual oleh adik beradiknya yang melakukan keatasnya berulan-ulang kali.

Tidak dapat dinafikan bahawa cara kaunselor menyoal kliennya terutama kanak-kanak, boleh mempengaruhi ingatan mereka.

Page 27: Perundangan Dan Prosedur k9

Hukuman dan tindakan bagi salah

laku dan amalan dalam bimbingan

dan kaunseling

Page 28: Perundangan Dan Prosedur k9

Jika kaunselor didapati bersalah terhadap aduan , maka Jawatankuasa Tatatertib boleh mengenakan mana - mana satu atau mana - mana kombinasi hukuman tatatertib berikut:

(i) kaunselor itu dicela;

(ii) kaunselor dikehendaki mengikuti kursus Kod Etika Kaunselor yang ditetapkan oleh Lembaga;

(iii) kaunselor dikenakan denda yang tidak melebihi dua ribu ringgit; dan/atau

(iv) nama kaunselor itu digantung dari Daftar bagi tempoh yang tidak melebihi satu tahun;

Page 29: Perundangan Dan Prosedur k9

Pemenjaraan selama lebih daripada dua tahun sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda;

(a) suatu kesalahan yang melibatkan fraud,

ketidakjujuran atau keburukan akhlak;

(b) suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;

Page 30: Perundangan Dan Prosedur k9

memerintahkan supaya nama kaunselor berdaftar itu dikeluarkan dari Daftar.

(c) jika pendaftaran kaunselor berdaftar diperoleh melalui fraud atau salah nyataan; atau kaunselor berdaftar menjadi bankrap,

Page 31: Perundangan Dan Prosedur k9

a) Kaunselor berdaftar telah menawarkan atau menerima suatu komisen yang

pada pendapat Jawatankuasa Tatatertib ialah suatu komisen haram; atau

b) Kaunselor berdaftar telah melanggar mana- mana peruntukan AKTA

KAUNSELOR 1998 atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah AKTA

KAUNSELOR 1998, mengenakan mana-mana satu atau mana-mana kombinasi

hukuman tatatertib yang berikut:

Page 32: Perundangan Dan Prosedur k9

memerintahkan supaya nama kaunselor berdaftar itu dikeluarkan dari Daftar;

memerintahkan supaya nama kaunselor berdaftar itu digantung dari Daftar bagi tempoh yang tidak melebihi dua tahun;

memerintahkan pengenaan denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit;

memerintahkan supaya kaunselor berdaftar itu dicela.

Page 33: Perundangan Dan Prosedur k9

Analisis isu-isu salah laku dan amalan dalam bimbingan dan kaunseling

Page 34: Perundangan Dan Prosedur k9

ISU ETIKA GURU BK

Berdasarkan pembacaan dan analisis artikel yang telah dipetik dari Berita Harian yang bertajuk 'NUTP Dedah Salah Laku Guru Wanita', terbaca satu isu yang berkaitan kesantunan guru iaitu gangguan seksual. Berdasarkan artikel yang dipilih menunjukkan bahawa guru tersebut didakwa ‘mengusik’ pelajar lelaki terutamanya yang memiliki paras rupa atau penampilan yang menarik.

Isu etika yang terlibat dalam kes ini ialah isu kesantunan.

Page 35: Perundangan Dan Prosedur k9

ANALISIS ISU

HUKUMAN KEPADA PESALAH

Berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh Jabatan perkhidmatan Awam Malaysia menyatakan, seseorang Pegawai Awam yang didapati melakukan gangguan seksual, boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana telah melanggar peraturan 4A atau peraturan 4(2)(d), Peraturan Pegawai Awam yang memperuntukkan “Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemar nama perkhidmatan awam”.

Selain itu, seseorang Pegawai Awam juga yang didapati bersalah melakukan gangguan seksual boleh dikenakan mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang berikut, bergantung kepada keseriusan kesalahan itu menurut peraturan 38, Peraturan Pegawai Awam iaitu mendapat amaran, denda,lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau buang kerja.

Page 36: Perundangan Dan Prosedur k9

KOD ETIKA YANG BERKAITAN                

Kod etika yang terlibat dengan kes ini ialah guru tidak harus berkelakuan begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan akan menyebabkan kehilangan kepercayaan orang ramai. Guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di mana dalam pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan berhati-hati.

Page 37: Perundangan Dan Prosedur k9

Setiap penjawat awam terutamanya guru yang mempunyai dan mengamalkan prinsip ini tidak akan bersikap mementingkan diri sendiri malah sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan orang ramai khususnya murid-murid. Prinsip-prinsip ini mampu mengelakkan seorang guru daripada terjebak dengan isu etika keguruan yang boleh mencemarkan imej profesion perguruan.

Page 38: Perundangan Dan Prosedur k9

Gangguan seksual merupakan perkara yang mampu mewujudkan implikasi yang kompleks terutamanya kepada profesion guru kerana guru merupakan pendidik yang sepatutnya menjadi ‘role model’.Antara impaknya termasuklah impak kepada psikologi, impak kepada emosi, impak kepada kesihatan fizikal, impak kepada hubungan sosial dan ikatan sosial dan impak kepada tekanan kerjaya. Menurut American Psychological Association pada tahun 1999 melaporkan ramai mangsa mengalami tekanan berat selepas menerima gangguan seksual. Ini termasuklah kesan psikologi iaitu rasa rendah diri dan sering menyalahkan diri sendiri. Apabila mereka mengalami perkara ini terlampau lama mereka akan mengalami penyakit neurosis termasuk fobia.

Page 39: Perundangan Dan Prosedur k9

Antara implikasi yang dihadapi oleh guru yang melakukan perbuatan ini ialah hubungan guru dan murid menjadi renggang di mana semua murid akan menjadi takut untuk menuntut ilmu dengan guru tersebut. Dalam situasi ini murid berasa tidak selamat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu hubungan guru dan rakan sejawat juga akan musnah kerana guru lain tidak akan percaya kepada guru tersebut. Guru tersebut juga akan mengalami masalah jiwa terjadap perbuatan yang dilakukannya.