24
4.0 Kekuatan dan Kelemahan Program Bersepadu Sekolah Sihat(PBSS) serta cadangan /penambahbaikan Selepas menjalankan pemantauan dan penilaian Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) di sekolah saya, didapati bahawa aktiviti-aktiviti PBSS dan juga pro dijalankan iaitu seperti Rancangan Makanan Tambahan Rendah, Program Susu Satu Malaysia, Perkhidmat Sekolah, Perkhidmatan Pergigian Sekolah , Program Keselamatan, Kebersihan dan keindahan Alam Sekitar Sekolah dan juga Sekolah Kawasan Larangan Merokok telah membawa kesan yang baik dalam peningkatan taraf kesihatan murid dan juga dapat m persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat. Antara kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan terhadap Program Bersepadu Sekolah Sihat(PBSS) adalah seperti berikut: 4.1 Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah(RMT) Program RMT ini bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan murid yang terlibat agar golonga memberi tumpuan sepenuhnya dalam usah pembelajaran di sekolah. Selain daripada itu, program ini diharap

PK_kebaikan Dan Kelemahan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PK_kebaikan Dan Kelemahan

4.0 Kekuatan dan Kelemahan Program Bersepadu Sekolah Sihat(PBSS)

serta cadangan /penambahbaikan

Selepas menjalankan pemantauan dan penilaian tentang Program Bersepadu

Sekolah Sihat (PBSS) di sekolah saya, didapati bahawa aktiviti-aktiviti PBSS dan

juga program-program yang dijalankan iaitu seperti Rancangan Makanan

Tambahan Sekolah Rendah, Program Susu Satu Malaysia, Perkhidmatan

Kesihatan Sekolah, Perkhidmatan Pergigian Sekolah , Program Keselamatan,

Kebersihan dan keindahan Alam Sekitar Sekolah dan juga Sekolah Kawasan

Larangan Merokok telah membawa kesan yang baik dalam peningkatan taraf

kesihatan murid dan juga dapat memelihara persekitaran sekolah yang bersih,

ceria, selamat dan sihat.

Antara kekuatan, kelemahan dan juga cadangan penambahbaikan terhadap

Program Bersepadu Sekolah Sihat(PBSS) adalah seperti berikut:

4.1 Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah(RMT)

Program RMT ini bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan

murid yang terlibat agar golongan ini dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam

usaha pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain daripada itu, program ini

diharap dapat memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan

umum murid sekolah bertambah baik selain membantu murid mendapat makanan

yang seimbang.

4.1.1 Kekuatan Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah(RMT)

a) Murid-murid yang miskin berpeluang mendapat makanan yang sempurna

dan seimbang.

Page 2: PK_kebaikan Dan Kelemahan

Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah(RMT) yang dijalankan di

sekolah saya telah banyak memberi manfaat kepada murid-murid di sekolah

terutamanya bagi murid-murid yang berasal dari keluarga yang miskin.

Pelaksanaan program RMT tersebut membolehkan murid-murid yang miskin

mendapat makanan yang sempurna dan seimbang. Dengan ini, murid-murid

tersebut dapat menumpukan perhatian dengan sepenuhnya dalam pelajaran

mereka. Selain daripada itu, program RMT di sekolah saya dapat dijalankan

dengan baik dan berkesan kerana guru yang berpengalaman selama 8 tahun dalam

pelaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah (RMT)

tersebut telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa untuk mengendalikan program

tersebut.

b)Pemilihan murid dalam RMT secara adil dan saksama iaitu pemilihan

mengikut kriteria

Murid-murid yang terlibat dalam Rancangan Makanan Tambahan

Sekolah Rendah(RMT) di sekolah saya adalah dipilih mengikut kriteria yang telah

ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu murid sekolah rendah dari

keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.

Dengan ini, murid-murid dari keluarga yang miskin di sekolah saya berpeluang

untuk mendapat mendapat makanan yang seimbang melalui Rancangan Makanan

Tambahan Sekolah Rendah(RMT) ini kerana taraf sosio ekonomi keluarga menjadi

kriteria utama pemilihan murid dalam RMT di sekolah saya.

4.1.2 Kelemahan Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah(RMT)

a) Tidak mendapat kerjasama daripada ibu bapa

1

Page 3: PK_kebaikan Dan Kelemahan

Sikap ibu bapa yang kurang cakna dalam memastikan anak-anak mereka

datang awal ke sekolah untuk mengambil makanan RMT telah menyebabkan

anak-anak mereka yang terlibat dalam RMT tersebut tidak dapat sampai awal ke

sekolah untuk menikmati hidangan RMT. Kadang-kala, makanan yang tidak

sempat dihabiskan oleh murid-murid tersebut telah menyebabkan pembaziran

makanan.

b) Sikap murid yang cerewet

Murid-murid yang agak cerewet dalam memilih menu makanan menyebabkan

menu makanan susah disediakan. Hal ini adalah kerana murid yang cerewet tersebut

selalu membazirkan makanan dan menyebabkan guru yang bertanggungjawab

dalam menentukan menu makanan RMT sukar untuk memilih jenis makanan yang

diminati oleh murid-murid dalam tersebut.

4.1.3 Cadangan penambahbaikan untuk mengatasi kelemahan

a) Sokongan dan galakan dari pihak PIBG

Pihak sekolah haruslah bekerjasama dengan pihak PIBG dalam melaksanakan

Rancangan Makanan Tambahan Sekolah Rendah (RMT).Contohnya melibatkan

melibatkan ibu bapa dalam pemilihan menu makanan RMT . Dengan ini ,

ibu bapa akan lebih mengambil perhatian terhadap kesihatan anak-anak mereka dan

mereka akan menyokong secara sepenuhnya terhadap Rancangan Makanan

Tambahan Sekolah Rendah(RMT) yang dijalankan di sekolah .

b) Mengadakan ceramah tentang kepentingan makanan seimbang

Untuk mengatasi masalah memilih makan oleh murid-murid yang terlibat

dalam program RMT, pihak sekolah haruslah mengadakan ceramah tentang

kepentingan makanan seimbang kepada murid-murid supaya murid-murid tersebut

menyedari dan memahami tentang kepentingan makanan seimbang kepada mereka.

2

Page 4: PK_kebaikan Dan Kelemahan

Jika murid-murid tersebut sentiasa digalakkan untuk mengambil makanan yang

seimbang, masalah pembaziran makanan RMT akan dapat diselesaikan.

4.2 Program Susu 1Malaysia(PS1M) Program Susu 1Malaysia (PS1M) dilaksanakan serentak dengan Rancangan

Makanan Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada

keluarga miskin yang berpendapatan isi keluarga di paras status sosio ekonomi yang

rendah agar mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah. Program ini

juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah

rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum

murid sekolah bertambah baik serta menggalakkan murid meminum susu di

peringkat awal.

4.2.1 Kekuatan Program Susu 1Malaysia (PS1M)

a) Melahirkan generasi baru yang lebih kuat, tegap dan cergas.

Program susu 1Malaysia dapat melahirkan generasi baru yang lebih kuat, tegap

dan cergas. Ini adalah kerana Program Susu 1Malaysia (PS1M) yang dijalankan di

sekolah telah meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid mengenai kepentingan

pengambilan susu untuk tumbesaran kesihatan. Dengan ini, murid-murid di sekolah

akan mendapat manfaat yang besar sekiranya mereka dididik untuk membiasakan

diri meminum susu setiap hari.

3

Page 5: PK_kebaikan Dan Kelemahan

b ) Murid-murid menguasai tentang cara pengambilan susu yang betul

Ahli jawatankuasa sekolah telah memberi taklimat tentang cara pengambilan susu

yang betul kepada murid-murid berdasarkan panduan minum susu kotak. Dengan

ini, murid-murid dapat mengambil susu dengan cara yang selamat pada setiap hari

demi memenuhi keperluan minimum kalsium tubuh badan.

4.2.1 Kelemahan Program Susu 1Malaysia (PS1M) a) Murid yang terlibat dalam Program Susu 1Malaysia hanya murid yang

menerima RMT

Murid-murid di sekolah yang terlibat dalam Program Susu 1Malaysia hanya

melibatkan murid yang menerima RMT iaitu murid yang miskin. Dengan ini , bagi

murid-murid lain yang memerlukan tidak dapat menikmati manfaat daripada

program tersebut.

4.2.3 Cadangan penambahbaikan untuk mengatasi kelemahan a) Dapatkan bantuan dan sumbangan daripada pihak PIBG atau agensi swasta

Untuk memastikan bahawa murid-murid di sekolah mendapat dapat protien dan

kalsium yang mencukupi serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid

tentang pentingnya pengambilan susu untuk tumbesaran, pihak sekolah perlu

mendapatkan bantuan dan sumbangan daripada pihak PIBG dan agensi swasta untuk

membekalkan susu yang percuma kepada murid-murid sekolah selain daripada

murid yang terlibat dalam Program Susu 1Malaysia (PS1M). Dengan ini, semua

murid dalam sekolah akan mempunyai kesihatan yang baik dan mereka akan dapat

memberikan tumpuan dan meningkatkan prestasi lebih baik dalam pelajaran.

4.3 Perkhidmatan Kesihatan Sekolah Perkhidmatan kesihatan sekolah merupakan satu perkhidmatan yang diberikan

oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah

bagi memastikan penjagaan kesihatan yang optimum. Keutamaan diberi kepada

murid-murid sekolah bantuan kerajaan di seluruh Malaysia. Perkhidmatan kesihatan

4

Page 6: PK_kebaikan Dan Kelemahan

telah dimulakan di negara ini pada tahun 1967 dan mulai tahun 1975, pasukan-

pasukan kesihatan sekolah ditubuhkan bagi membolehkan lawatan dibuat ke

sekolah-sekolah rendah dan menengah .

4.3.1 Kekuatan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

a) Pemeriksaan kesihatan murid oleh Pasukan Kesihatan Sekolah

dijalankan pada setiap tahun

Melalui Perkhidmatan Kesihatan Sekolah yang dijalankan di bawah Program

Bersepadu Sekolah Sihat, pemeriksaan kesihatan murid di sekolah saya telah

dijalankan pada setiap tahun. Oleh itu, murid-murid yang mempunyai keadaan

kesihatan yang tidak normal dapat dikesan dengan lebih awal supaya dapat merujuk

kepada pakar-pakar tertentu, pertubuhan-pertubuhan atau badan yang berkaitan

untuk membetulkan kecacatan-kecacatan yang boleh dirawat dan juga untuk

pemulihan . Dengan ini, murid dapat berada dalam keadaan kesihatan yang paling

optimum untuk menerima pelajaran dan mengambil bahagian dalam rancangan

sekolah.

b) Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM 1) dilengkapkan oleh guru dengan

sempurna

Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM 1) di sekolah saya telah

dilengkapkan oleh guru kelas masing-masing dengan sempurna. Misalnya maklumat

diri murid-murid , ukuran tinggi dan berat seperti dalam Buku RKM 1 yang perlu

diisikan pada setiap tahun. Dengan ini, segala maklumat murid yang telah

dilengkapkan oleh guru kelas akan dapat menjadi rujukan kepada Pasukan Kesihatan

Sekolah semasa menjalankan pemeriksaan kesihatan murid di sekolah. Dengan ini,

pemerikasaan kesihatan murid dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.

Kelemahan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

a) Tidak mendapat sokongan daripada sesetengah ibu bapa

5

Page 7: PK_kebaikan Dan Kelemahan

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah yang dijalankan di sekolah tidak

mendapat sokongan daripada sesetengah ibu bapa di sekolah. Sesetengah ibu bapa

atau penjaga murid di sekolah tidak membenarkan Pasukan Kesihatan Sekolah untuk

menjalankan pemeriksaan kesihatan dan suntikan imunisasi kepada anak-anak

mereka walaupun ia diberikan secara percuma. Ini adalah kerana ibu bapa atau

penjaga tersebut tidak yakin dengan Pasukan Kesihatan Sekolah.

b) Mengganggu guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran.

Pengisian maklumat diri murid-murid , ukuran tinggi dan berat seperti

dalam Buku RKM 1 yang perlu diisikan pada setiap tahun oleh guru kelas

membebankan guru. Ini adalah kerana guru perlu meluangkan masa untuk mengukur

ketinggian dan keberatan murid dalam kelasnya masing-masing yang mempunyai

murid seramai 50 orang dalam kelas. Dengan ini , ia akan mengganggu aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang perlu dijalankan oleh guru

4.3.3 Cadangan penambahbaikan untuk mengatasi kelemahan

a) Memberi taklimat mengenai program Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

kepada ibu bapa

Untuk mendapatkan sokongan daripada ibu bapa dan penjaga murid-murid

kepada Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, pihak sekolah haruslah bekerjasama

dengan Pasukan Kesihatan Sekolah dengan mengadakan taklimat kepada mereka.

Dengan ini, ibu bapa dan penjaga murid akan lebih memahami tentang aktiviti yang

akan dijalankan dalam program Perkhidmatan Kesihatan Sekolah iaitu seperti

penilaian kesihatan kanak-kanak sekolah; rawatan, rujukan dan tindak

susul ;imunisasi; pendidikan kesihatan;Kaunseling serta rekod dan laporan. Dengan

ini, ibu bapa dan penjaga murid-murid akan lebih memahami tentang aktiviti-aktiviti

6

Page 8: PK_kebaikan Dan Kelemahan

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah yang akan dijalankan oleh Pasukan Kesihatan

Sekolah dan mereka akan membenarkan anak-anakmereka untuk menyertai aktiviti

tersebut demi untuk menjaga kesihatan anak-anak mereka.

b) Penglibatan pelbagai pihak dalam masyarakat dalam program

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Aktiviti-aktiviti kesihatan yang semakin berkembang memerlukan strategi dan

kaedah pelaksanaan yang lebih berfokus. Ciri-ciri promosi kesihatan, penerapan

nilai-nilai kesihatan yang merangkumi aspek fizikal, mental, psikososial dan

kerohanian adalah ciri-ciri baru yang perlu diberi penekanan dan penelitian bagi

membentuk satu model amalan gaya hidup sihat.

Tindakan bersepadu yang mengambil kira kurikulum sekolah, keadaan fizikal

dan sosial sekolah, Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, peraturan dan garis panduan,

akan memberi impak kepada kesihatan murid-murid. Penglibatan dan komitmen

semua warga sekolah, PIBG, agensi-agensi luar dan masyarakat setempat

merupakan pemangkin ke arah keberkesanan pelaksanaan program kesihatan di

sekolah.

4.4 Perkhidmatan Pergigian Sekolah

Perkhidmatan pergigian sekolah secara ‘incremental’ telah diperkenalkan

pada tahun 1985. Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik

ini diberi untuk memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang

baik apabila mereka tamat zaman persekolahan.Perkhidmatan yang disediakan di

sekolah adalah penjagaan pergigian asas termasuk pendidikan kesihatan pergigian,

pemeriksaan, tampalan, penskaleran dan penggilapan gigi.

4.4.1 Kekuatan Perkhidmatan Pergigian Sekolah

a)Kerosakan gigi dan penyakit gusi di kalangan kanak-kanak dapat

7

Page 9: PK_kebaikan Dan Kelemahan

dikurangkan .

Di bawah Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS), sebuah bilik

pergigian telah ditubuhkan di sekolah saya.Dengan ini, rawatan pergigian untuk

semua murid di sekolah dapat dijalankan . Rawatan pergigian yang diberi kepada

murid-murid di sekolah bukan sahaja dapat mencegah kerosakan gigi dan penyakit

gusi di dalam kalangan murid, tetapi juga dapat memastikan murid-murid

mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan di

sekolah rendah.

4.4.2 Kelemahan Perkhidmatan Pergigian Sekolaha) Murid-murid masih tidak dapat menguasai cara memberus gigi dengan

betul

Walaupun aktiviti tunjuk cara memberus gigi telah dijalankan pada setiap

tahun sekali tetapi didapati bahawa murid-murid masih tidak dapat menguasai cara

memberus gigi dengan betul. Oleh ini, walaupun murid-murid telah melakukan

amalan memberus gigi pada setiap hari, tetapi disebabkan dengan cara memberus

gigi yang tidak betul, masalah kesihatan gigi juga sering dihadapi oleh murid-

murid.

4.4.3 Cadangan penambahbaikan untuk mengatasi kelemahana) Menambahkan aktiviti memberus gigi di sekolah

Untuk mengatasi masalah cara memberus gigi yang tidak betul di kalangan

murid, aktiviti memberus gigi di sekolah haruslah ditambahkan. Guru yang

mengajar Pendidikan Kesihatan di sekolah bolehlah mengadakan aktiviti tunjuk cara

memberus gigi untuk kelasnya masing-masing supaya murid dapat menguasai cara

memberus gigi dengan betul . Dengan aktiviti tunjuk cara memberus gigi yang

dijalankan pada setiap hari , murid-murid akan dapat menguasai cara memberus gigi

dengan baik dan berkesan agar dapat menjaga kebersihan dan kesihatan giginya.

8

Page 10: PK_kebaikan Dan Kelemahan

4.5 Program Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar

Sekolah (3K) Program 3K dimulakan pada tahun 1991 yang bertujuan untuk memastikan

semula sekolah mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isi

berkaitan dengan keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah. Pada tahun 2004,

program ini tampil dengan konsep baharu yang menggabungkan tiga program

berasingan menjadi satu program sahaja yang dikenali sebagai Insiatif

Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan Kecerian Sekolah atau Insiatif 3K yang

meliputi Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta

Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah. Program inisiatif 3K ini diletakkan di

bawah tanggungjawab Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.Program

Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K)

memberi peluang kepada mana-mana sekolah yang terpilih merasai hakikat bahawa

keceriaan itu semangnya ada dalam pendidikan.

4.5.1 Kekuatan Program Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) a) Penambahan keindahan dan keceriaan sekolah

Program Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K)

yang dijalankan di sekolah saya telah menambahkan keindahan dan keceriaan

sekolah. Misalnya, sekolah saya mempunyai susun atur landskap yang menarik dan

pondok rehat yang ceria dan berguna bukan sahaja menyenangkan mata memandang

, bahkan ia juga dapat memberi keselesaan kepada pelajar dan seterusnya membantu

dalam proses pembelajaran.

9

Page 11: PK_kebaikan Dan Kelemahan

Selain itu, suasana yang indah , cantik dan bersih juga mampu memberi

keyakinan dalam diri pelajar dan para guru lebih seronok mengajar dalam keadaan

yang selesa.

b) Guru-guru yang bekerjasama Program Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K)

yang dijalankan di sekolah saya agak berjaya , hal ini kerana dengan adanya

kerjasama di antara guru yang bertanggungjawab. Guru-guru ini menjalankan

tugasnya mengikut jadual yang diatur oleh Penolong Kanan HEM.

Guru kebersihan di sekolah saya perlu membuat pemantauan di setiap kelas dan

tandas sekolah pada waktu rehat , kemudian guru kebersihan perlu mengisi borang

pertandingan kebersihan kelas selepas membuat pemeriksaan kelas. Kelas yang

mendapat Johan kebersihan akan diberi piala untuk disimpan dalam kelas. Bagi

kelas yang kotor ,dendaan yang diberi ialah memunggut sampah sarap di sekeliling

sekolah. Dengan ada pertandingan kebersihan kelas,murid-murid lebih

mementingkan kebersihan kelas dan memupuk lagi sikap bekerjasama di antara satu

sama lain.

c) Keselamatan murid diutamakan.

Persekitaran sekolah yang selamat akan mewujudkan warga sekolah yang

bahagia, sihat mental dan emosi, serta mampu memberi tumpuan sepenuhnya

kepada proses pengajaran dan pembelajaran dan juga aktiviti kokurikulum. Alam

persekolahan yang selamat dan menyeronokkan akan meningkatkan keyakinan dan

kekuatan dalaman diri murid bagi membantu pencapaian akademik dan

pembangunan sahsiah murid serta rela memberi sumbangan secara positif kepada

sekolah, masyarakat dan negara.

Latihan kecemasan kebakaran telah dijalankan oleh bidang keselamatan Hal

10

Page 12: PK_kebaikan Dan Kelemahan

Ehwal Murid di sekolah saya. Tujuannya ialah mendedahkan dan membiasakan

warga sekolah terhadap tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran

atau kecemasan. Di samping itu , setiap kelas dilekatkan satu pelan selamatan untuk

membolehkan murid mengenali cara melarikan diri semasa berlaku kebakaran .

Pada masa rehat , guru keselamatan yang bertugas akan membuat

pemantauan di kawasan kantin dan disekeliling sekolah.Sekiranya pada hari tersebut

ada murid yang cedera, guru keselamatan akan membawa murid yang cedera itu ke

hospital untuk dirawat. Pengawas sekolah dikehendaki membantu guru di dalam

melaksanakan keselamatan di persekitaran sekolah.  Pengawas diminta merekodkan

murid yang melanggar peraturan yang dietapkan.

Setiap hari guru keselamatan perlu membuat laporan harian pemantauan

keselamatan .

d)Merapatkan hubungan sesama pihak sekolah dan juga dengan Persatuan

Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat.

Program Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K)

yang dijalankan di sekolah dapat merapatkan hubungan sesama pihak sekolah dan

juga dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat. Ini

adalah kerana dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bawah program 3K iaitu

seperti gotong-royong sekolah yang melibatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru

(PIBG) serta masyarakat setempat, nilai-nilai yang baik seperti kerjasama dan

tolong-menolong di antara satu sama lain dapat diwujudkan. Dengan ini, hubungan

yang baik di antara pihak sekolah dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta

masyarakat setempat dapat dijalin.

Program ini melibatkan warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat serta

agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan untuk bekerjasama bagi

menjamin kejayaan pelaksanaan program keselamatan di sekolah.

11

Page 13: PK_kebaikan Dan Kelemahan

4.5.2 Kelemahan Program Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K)

a)Sikap sesetengah murid yang tidak bertanggungjawab terhadap kebersihan di

sekolah

Sikap sesetengah murid yang tidak bertanggungjawab terhadap kebersihan di

sekolah telah menyebabkan program 3K tidak dapat berjalan dengan lancar.

Misalnya walaupun tandas sekolah telah dicuci sebanyak 3 kali sehari, tetapi

didapati bahawa masih ramai murid tidak mengepam air selepas menggunakan

tandas. Dengan ini, walaupun tandas baru sahaja dicuci,tetapi akan menjadi kotor

dan berbau busuk semula selepas itu.

Bagi kebersihan dan keceriaan bilik darjah di sekolah pula, ia juga kurang

memuaskan. Walaupun jadual tugasan untuk membersihkan kelas telah disediakan

oleh guru kelas, tetapi ramai murid masih tidak menjalankan tugas membersihkan

kelas mengikut jadual tugasan yang telah ditetapkan tersebut. Selain daripada itu,

murid-murid terutama murid di tahap 1 juga tidak pandai menjaga kebersihan kelas

mereka. Mereka sering membuang sampah di merata-rata tempat seperti dalam laci

meja dan juga di atas lantai.

b) Tidak mendapat kerjasama daripada ibu bapa

Sesetengah ibu bapa yang tidak bekerjasama dengan pihak sekolah telah

menyebabkan Program Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar

Sekolah (3K) di sekolah tidak dapat dijalankan dengan baik. Misalnya dari segi

keselamatan sekolah, pihak sekolah tidak membenarkan ibu bapa masuk ke dalam

kawasan sekolah tanpa kebenaran. Walau bagaimanapun, terdapat ramai orang ibu

bapa yang tidak bekerjasama dengan pihak sekolah dan sering masuk ke kawasan

sekolah tanpa kebenaran.

12

Page 14: PK_kebaikan Dan Kelemahan

4.5.3 Cadangan penambahbaikan untuk mengatasi kelemahan a) i) Mengadakan pertandingan kebersihan dan keceriaan tandas

Mengadakan pertandingan kebersihan dan keceriaan tandas akan dapat

mengatasi mengatasi kelemahan tentang masalah kebersihan tandas di sekolah .

Murid- murid dari setiap darjah dikehendaki menjaga kebersihan tandasnya dan juga

bertanggungjawab untuk menceriakan tandas mereka. Dengan ini, mereka akan

bekerjasama dan bertanggungjawab ke atas kebersihan dan keceriaan tandasnya

masing-masing agar dapat menang dalam pertandingan tersebut. Secara tidak

langsung, ia akan dapat mengubah sikap mereka kepada sikap yang baik dan

bertanggungjawab terhadap kebersihan tandas.

ii) Mengadakan pertandingan antara kumpulan dalam kelas

Untuk mengatasi masalah kebersihan bilik darjah yang dihadapi, guru

kelas boleh menjalankan pertandingan antara kumpulan untuk menjaga kebersihan

bilik darjah mereka. Misalnya, terdapat lima kumpulan dalam kelas yang

bertanggungjawab untuk membersihkan bilik darjah mereka mengikut jadual

tugasan yang telah ditetapkan oleh guru kelas dengan hari yang berlainan. Guru

kelas akan memberi markah kepada setiap kumpulan mengikut hari tugasan mereka

selepas mereka membersihkan kelas. Kumpulan yang menang akan diberi hadiah

kecil sebagai galakkan pada setiap bulan. Dengan ini, murid-murid akan berusaha

untuk menjaga kebersihan bilik darjah mereka.

b) Melibatkan ibubapa dalam pembangunan polisi sekolah selamat dan

menjadi ahli dalam jawatankuasa sekolah selamat

Melibatkan ibubapa dalam pembangunan polisi sekolah selamat dan menjadi

ahli dalam jawatankuasa sekolah selamat ialah satu cara yang baik untuk

mendapatkan sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa dalam menjalankan

aktiviti-aktiviti dalam program 3K iaitu seperti aktiviti sekolah selamat. Hal ini

13

Page 15: PK_kebaikan Dan Kelemahan

adalah kerana jika melibatkan ibu bapa dalam pembangunan polisi sekolah selamat

dan menjadi ahli dalam jawatankuasa sekolah selamat, ibu bapa akan lebih

memahami tentang kepentingan polisi sekolah selamat bagi mewujudkan keadaan

atau persekitaran persekitaran yang selamat di sekolah. Selain daripada itu, ibu bapa

yang lain juga boleh sentiasa diberitahu tentang program sekolah selamat, pelan ,

prosedur tindakan dan juga peranan dan tangungjawab mereka oleh ibu bapa yang

menjadi ahli dalam jawatankuasa sekolah selamat . Dengan ini,ibu bapa akan

bekerjasama dengan pihak sekolah bagi melancarkan program 3K yang dijalankan.

4.6 Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok Kementerian Pendidikan telah membuat ketetapan menjadikan bangunan dan

kawasan sekolah sebagai kawasan larangan merokok mengikut peruntukan

Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993 . Semua guru, kakitangan , ibu

bapa atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah adalah dilarang dari

menghisap rokok di kawasan sekolah.

Larangan ini meliputi keseluruhan premis sekolah, sama ada di kawasan

terbuka mahupun di dalam bilik atau di tempat-tempat yang terselindung dari

pandangan murid.

4.6.1 Kekuatan Sekolah Kawasan Larangan Merokok a) Pelaksanaan kawasan larangan merokok di sekolah dapat

menjadikan kawasan sekolah lebih bersih dan segar

Sekolah Kawasan Larangan Merokok yang dilaksanakankan di sekolah saya

di bawah Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) telah mendapat sokongan dan

kerjasama daripada semua pihak iaitu seperti guru, kakitangan sekolah dan juga ibu

bapa demi mewujudkan suasana sekolah yang bersih, sihat dan segar.Sekolah

Kawasan Larangan Merokok yang dilaksanakankan di sekolah bukan sahaja dapat

14

Page 16: PK_kebaikan Dan Kelemahan

menjadikan kawasan sekolah lebih bersih dan segar tetapi juga dapat menghindarkan

diri murid di sekolah daripada perbuatan negatif dari peringkat awal.

4.6.2 Kelemahan Sekolah Kawasan Larangan Merokok a)Kekurangan papan tanda larangan merokok

Selepas menjalankan pemantauan dan penilaian, didapati bahawa papan

tanda larangan merokok di kawasan sekolah saya tidak mencukupi. Walaupun papan

tanda tersebut telah disediakan oleh pihak sekolah tetapi ia hanya terdapat di

kawasan yang tertentu sahaja.Dengan ini, fungsi papan tanda larangan merokok

mungkin tidak mendapat kesan yang baik kerana hanya terdapat di kawasan sekolah

yang tertentu sahaja.

4.6.3 Cadangan penambahbaikan untuk mengatasi kelemahana) Papan tanda larangan merokok haruslah diletakkan di sekitar kawasan

sekolah

Untuk mengingati semua orang yang berada di kawasan sekolah bahawa

sekolah merupakan kawasan larangan merokok, papan tanda larangan merokok

haruslah diletakkan di sekitar kawasan sekolah terutamanya pintu masuk sekolah.

Dengan meletakkan papan tanda larangan merokok di sekitar kawasan sekolah, ia

akan dapat mengingati semua orang yang berada di kawasan sekolah bahawa

sekolah merupakan kawasan larangan merokok dan ini akan dapat menjadikan

kawasan sekolah sebagai tempat yang bersih, sihat dan segar yang sesuai untuk

perkembangan murid.

15

Page 17: PK_kebaikan Dan Kelemahan

Rujukan

Lan, N. C, (2007),Program Bersepadu Sekolah Sihat, Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Mohd Syahrul Hanafi, (2009), Dasar Program Bersepadu Sekolah Sihat ,Bahagian Sekolah Kementerian Kesihatan Malaysia

Muhammad Bin Harun, (2009) ,Rancangan Makanan Tambahan Unit Kesihatan Sekolah, Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

Robaiyah Binti Kasim ,(1997), Program Kesihatan Sekolah Sihat ,Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia

Slideshare. (n.d.). Retrieved Jun 12, 2013, from http://www.slideshare.net/Syaaban/pelan-tindakan-program-sekolah-selamat

Tripod. (n.d.). Retrieved Jun 12, 2013, from http://semekanet99.tripod.com/pengurusanhem3.htm

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Retrieved Jun 10, 2013, from http://www.moe.gov.my/my/rmt

16